di sini - Hong Kong Tourism Board

Transcription

di sini - Hong Kong Tourism Board
Hong Kong: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
Hong Kong
Manjakan Mata, Manjakan Rasa
Dicetak di Malaysia Jun 2014
KANDUNGAN
Hong Kong
merupakan kawasan kepulauan di
pesisir pantai selatan China. Kawasan ini terbahagi kepada Hong Kong
Island, Kowloon Peninsula, New Territories, dan lebih dari 260 pulau
yang tersebar di sekitarnya. Bagi memudahkan percutian anda di Hong
Kong, kami menyusun buku panduan ini dengan membahagikan ke
dalam empat zon utama: Hong Kong Island, Kowloon, New Territories
dan Outlying Islands. Semua tempat mempunyai daya pikatnya yang
tersendiri, dan andalah yang perlu memutuskan destinasi pilihan yang
akan dituju terlebih dulu.
Hong Kong Island 05
31
New Territories
Kowloon
55
Outlying Islands
Pulau Lantau
Pulau Lamma
Pulau Cheung Chau 2
02
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
65
66
73
77
Resepi
Butter and Honey with Lemon on Crispy Bun 8
Tomato and Egg with Macaroni 8
Rose Scones with Clotted Cream and Strawberry Jam
Hong Kong Style Milk Tea
10
18
37
Scrambled Egg with Truffle
32
Hong Kong Style French Toast
37
Stewed Fish Head with Green Onion
43
Chilled Mango Sago Cream with Pomelo
45
Deep Fried Spring Roll in Squid Shape
52
Maklumat Penting
Nombor Penting, Pusat Pelancong
87
Ada Apa Hong Kong 2014
88
Perlu Tahu
90-93
Untuk Pelancong Beragama Islam
94-95
Peta MTR96
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
03
p
o
h
S
&
y
a
l
P
,
t
a
E
Dunia adalah sebuah
buku dan mereka
yang tidak menjelajah
membaca hanya
sehalaman sahaja.”
Mutiara kata St. Augustine, seorang ahli teologi
dan falsafah Rom kuno. Dan dari beberapa
halaman buku tersebut adalah Hong Kong
yang menawarkan pengalaman pelancongan
yang menarik dan tidak ternilai!
Eat.
Selera makan anda pasti terbangkit apabila anda merasa
pelbagai hidangan dari makanan jalanan hinggalah makanan lima
bintang yang memang lazat. Bagi kaum Muslimin, usah bimbang
kerana terdapat banyak tempat makan di Hong Kong yang khususnya
menyediakan makanan yang disahkan halal.
Play.
Nikmati juga pelbagai destinasi pelancong unik
lain yang pasti memuaskan hati anda. Bawalah seluruh keluarga
anda dan cipta saat-saat bahagia bersama yang tersayang di Hong
Kong, menjelajah arena permainan moden sambil melihat sendiri
pelbagai tarikan hebat yang menakjubkan atau pelajari budaya
yang eksotik.
Shop.
Kepuasan yang dikecapi daripada
pengalaman membeli-belah anda tidak dapat dijelaskan
apabila anda meneroka pasar jalanan hinggalah pusatpusat membeli-belah mewah. Hong Kong–Asia’s
World City ini menawarkan pilihan luas dari produk
tempatan yang unik lagi menawan hinggalah ke produk
antarabangsa yang berbaloi diburu oleh para pelancong
yang gemar membeli-belah.
www.DiscoverHongKong.com/my
Buku panduan ini diterbitkan oleh:
Pusat Kreatif Femina
Jl. Kebon Kacang Raya No. 1 Flat IV
Jakarta 10240
Tel: (021)314 1710
Faks: (021) 319 35677
4
Discover Hong Kong@DiscoverHK@
DiscoverHongKong
Hak cipta Hong Kong Tourism Board selaku penerbit. Tiada mana-mana
bahagian atau seluruh isi kandungan buku ini boleh digunakan tanpa
persetujuan penerbit terlebih dahulu. Kesemua maklumat di dalam buku
ini adalah benar dan betul pada masa diterbitkan, iaitu bulan Mei 2014, dan
tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Hong Kong
Tourism Board tidak bertanggungjawab terhadap sebarang
kekurangan kualiti, ketepatan, kesilapan atau ketidaksesuaian
maklumat yang diberikan atau digunakan oleh pihak ketiga atau
pihak lain yang menggunakan maklumat daripada buku ini.
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
Hong Kong
Island
Hong Kong Island
Alami sendiri pesona
dan menampilkan
yang begitu menarik
ya Barat dan Timur,
gabungan seni buda
merlap cahaya
ketenangan alam, ge
gai tarikan hebat
kota raya serta pelba
Hong Kong,
di Madame Tussauds
Park Hong Kong.
The Peak dan Ocean
eat
Pak Lee Café Since 1964
K
afe ini adalah bing sutt atau kedai legenda di Hong
Kong. Rekaan dalamannya melahirkan nostagia dengan
paparan poster dan aneka memorabilia perfileman Hong
Kong era 1960an hingga 80an yang dipadukan dengan
hiasan urban moden.
Selain menu-menu khas bing sutt klasik seperti
Pak Lee’s Style Milk Tea, Pak Lee Café Since 1964 juga
menyajikan pelbagai pilihan hidangan yang memberi
anda tenaga tambahan untuk memulakan hari anda. Jika
anda tidak mahu sarapan yang berat, cubalah ban nenas
(pineapple bun) ala Pak Lee, Pineapple Bun with Eggs.
Sekiranya anda percaya anda harus memulakan hari
dengan sarapan enak, cubalah dengan Macaroni with Beef
in Satay Sauce dengan sos resipi rahsia Pak Lee Café.
Egg Pearls, donat goreng istimewa Hong Kong
dengan taburan gula yang rangup di luar
tetapi lembut di dalam juga boleh menjadi
altematif mengalas perut anda di pagi hari
sebelum anda bergegas menjelajah Hong
Kong.
Pineapple Bun khas Pak Lee
Bing SuTt: Nostalgia Hong Kong Era 1960-an
D
alam bahasa tempatan, bing sutt
bermaksud “bilik sejuk”. Bing sutt
berkembang di tahun 1960an sebagai kafe
kecil yang lengkap dengan pendingin hawa
dan menyajikan ais batu hancur berperisa
dan beberapa hidangan sederhana untuk
sarapan dan makan tengah hari. Pada masa
itu, tidak banyak rumah yang mampu
memasang pendingin hawa. Oleh itu,
bing sutt menjadi popular sebagai tempat
untuk berehat, terutamanya di musim
panas. Selepas satu dekad bing sutt pudar
berikutan kemasukan makanan segera,
kafe dan restoran moden kini tampil
dengan penambahbaikan menu serta
pengubahsuaian dalaman. Nostalgia zaman
bing sutt kembali hadir di tengah kota raya
Hong Kong yang moden.
6
Lokasi: UG/F, The Pemberton, 22-26 Bonham Strand,
Sheung Wan.
Dibuka: Setiap hari kecuali Ahad 07.00 – 22.00.
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
eat
D
engan hiasan eklektik yang unik dan lukisan berwarnawarni di dinding, Homei dinobatkan sebagai salah satu
kafe kecil terbaik di Hong Kong oleh CNN Travel. Terletak
di persekitaran yang tenang dan hanya boleh menampung
seramai 10 orang, Homei biasanya dipenuhi oleh warga
tempatan dan pelancong antarabangsa yang berehat
sejenak untuk menikmati makan tengah hari setelah
melayari deretan butik dan galeri bergaya di sepanjang
jalan Tai Ping Shan.
Menyajikan makanan istimewa masakan Eropah, anda
boleh memilih aneka sandwic untuk mengisi semula tenaga
anda. Salah satunya adalah Tomato and Cheese Sandwich.
Homei juga menghidangkan aneka pilihan pasta dan sup
yang berbeza setiap hari. Antaranya adalah Spaghetti with
Clam, Mushroom and Shallot in Creamy Sauce yang lazat
atau Tomato and Carrot Soup yang manis menyegarkan.
Kemudian, segarkan diri dengan aneka pilihan teh, kopi dan
coklat. Kami mengesyorkan anda mencuba Rose Café Latte
yang mempunyai rasa manis yang unik, kehangatan Ginger
Mint Tea dengan sari halia segar untuk mengembalikan
stamina, atau kesegaran minuman Iced Minty Chocolate.
H omei
Hiasan vintaj
menambah
suasana menarik
Lokasi: Shop B, G/F, 22-24A Tai Ping Shan Street Soho, Sheung Wan.
Dibuka: Isnin – Jumaat 09.00 – 19.00 (Rabu adalah cuti),
Sabtu – Ahad
ABC K itchen
D
ari dapur sebesar gerai di pusat membeli-belah utama di Queen Street,
ABC Kitchen telah menjadi salah satu restoran Itali yang tersohor di
Hong Kong. Anda tidak perlu menempuh suasana medan selera yang bising
dan menikmati sepenuhnya satu demi satu hidangan enak di ABC Kitchen.
Sajian masakannya memang menggambarkan namanya, A Better Cooking
(ABC) Kitchen dengan perkhidmatan dan harga yang lebih baik (baca:
berpatutan).
Bangkitkan selera anda dengan Pear, Blue Cheese and Caramelised
Walnut Salad atau Pan Fried Foie Gras with Rhubarb Compote sebelum
Lokasi: Shop CF 7, 1/F Queen Street
Cooked Food Market No.38 Des
Voeux Road West, Sheung Wan.
Dibuka:Isnin-Sabtu, 12.00-14.30
dan 19.00-22.30.
Ahad, 19.00-22.30.
www.abckitchen.com.hk
menikmati pilihan menu utama, iaitu
Steak Diane atau Salmon Cooked in
Two Ways: Smoked Salmon. Sebelum
meninggalkan restoran bersuasana
dai pai dong ini, akhiri santapan
anda dengan manisan mulut seperti
Chocolate Souffle atau Pavlova.
eat
Sing Heung Yuen
K
Lokasi: 2 Mee Lun St (near Gough St),
Central.
Dibuka: Setiap hari 08.00-17.30.
Ahad tutup.
erusi plastik dan meja sederhana tidak
menghalang para pengunjung untuk menikmati
sarapan di Sing Heung Yuen, iaitu dai pai dong yang
amat terkenal dan wujud sejak 1957. Anda tidak
perlu berasa canggung berkongsi meja dengan
eksekutif muda, pekerja mahupun pelancong asing.
Jangan pula tertidur kerana anda mungkin terpaksa
menyertai barisan menunggu yang panjang.
Nikmati kelazatan pilihan sarapan Tomato and
Egg with Macaroni, Butter and Honey with Lemon
on Crispy Bun atau Kaya Toast on Soft Bun with
Butter. Atau cubalah pelbagai pilihan menu lain yang
menanti anda.
Dai pai dong: Ikon Masakan
dan Ikon Sejarah Hong Kong
S
ecara literal, dai pai dong bermaksud “restoran
dengan plat lesen yang besar”. Sebenarnya, dai pai
dong adalah tempat makan berbentuk sederhana di
pinggir jalan. Ia berkembang pesat setelah berakhirnya
Perang Dunia Ke-2. Kunjungi dan nikmati makanan dai
pai dong sebagai sebahagian dari pengalaman sajian
asli Hong Kong.
Resepi
Butter and Honey
with Lemon on
Crispy Bun
• Bakar roti bulat atau ban yang
dibelah dua di dalam pembakar
roti selama 5-10 minit atau
sehingga berwarna keemasan.
Bakar selama 5 minit lagi supaya
roti mejadi ranggup.
• Sapukan adunan yang telah
disiapkan terlebih dahulu
(campuran mentega, air lemon,
madu) pada roti dan sajikan segera.
8
Datang awal pagi untuk
mendapat ruang duduk.
• Campurkan 1 tin sup
tomato Campell’s, 1 tin
tomato kisar, dan tomato
segar yang dikupas kulit
dan dipotong dadu ke
dalam periuk. Rebus
sehingga mendidih.
Tomato and Egg
Masukkan makaroni dan
with Macaroni
kemudian, tambahkan
garam dan lada yang secukupnya.
• Setelah masak, sajikan bersama telur mata kerbau
dan daging lembu kisar dalam tin (corned beef).
Jika suka, tambahkan daging kisar yang telah
ditumis dengan sedikit sos barbeku. Anda juga
boleh menggantikan makaroni dengan mihun.
• Hidangan untuk 2 orang.
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
eat
G rassroots
S
Pantry
iapa kata makanan sihat itu bukan makanan lazat?
Grassroots Pantry mendapat inspirasinya dari slow
food movement dan percaya bahawa makanan sihat
adalah makanan yang tidak hanya lazat, malah baik untuk
kesihatan, persekitaran alam dan kehidupan masyarakat.
Restoran ini menggunakan bahan makanan organik
terbaik yang diperoleh daripada pengeluar tempatan
dan menyajikan masakan antarabangsa dengan cita rasa
hidangan vegetarian masakan sendiri yang lazat dan
berkhasiat.
Selain dari menyajikan hidangan vegetarian yang lazat,
Grassroots Pantry juga menyediakan perkhidmatan
Lokasi: 12 Fuk Sau Lane, Sai Ying Pun.
katering, makan minum peribadi dan bengkel
Dibuka: Selasa – Jumaat 12.00-15.00
masakan. Menu vegetarian Grassroot Pantry
(Makan tengahari) 18.00-22.00 (Makan
dipenuhi dengan bahan tempatan yang segar serta
malam)
berubah mengikut musim. Berdasarkan permintaan
Sabtu dan Hari Cuti: 12.00-15.00 (Makan
ramai dan untuk melayani lebih ramai pengunjung,
tengahari), 15.00-18.00 (Teh), 18.00-22.00
(Makan malam) Ahad 10.00-16.00 (Sarapan
Grassroots Pantry membuka kafe sampingan yang
tengah hari atau brunch) Isnin tutup
dinamakan Prune Organic Deli & Workshop yang
www.grassrootspantry.com
terletak disebelahnya pada awal 2014 lalu.
Teakha
R
Lokasi: Shop B, 18 Tai Ping Shan
Street, Sheung Wan.
Dibuka: Selasa-Ahad 11.00-19.00.
www.teakha.com
eka cipta dalaman Teakha dirancang untuk memberikan
persekitaran rumah kecil di desa, dan restoran tersendiri
ini menyajikan pelbagai pilihan adunan teh yang unik,
manisan serta sandwic untuk mengisi perut. Semua
makanan yang disediakan dimasak dengan bahan organik
yang berasal hanya dari Asia.
Penggemar teh boleh mencuba pelbagai adunan teh
yang unik seperti Caramelized Lemon Iced Tea, Keemun
Milk Tea with Red Date Honey, dan Roselle and Fresh Mint
Tea yang diperbuat daripada bunga rosela dan daun pudina.
Anda juga boleh memesan Thai Iced Tea atau Hong Kong
Style Milk Tea. Untuk mengimbangi rasa teh, cubalah
Osmanthus & Okinawa Black Sugar Chiffon dan manisan
terkenal, Green Tea Cheesecake sebagai hidangan penutup.
Teakha juga turut menjual pelbagai cenderamata unik
seperti cawan teh buatan tangan atau pinggan mangkuk
yang merupakan usahasama di antara Teakha dengan artis
tempatan di Hong Kong dan China.
eat
Tea Saloon
by A n ot h e r F i n e D ay
Rose Scones with Clotted Cream
and Strawberry Jam
Resepi
Bahan:
420g tepung, 7g tepung penaik,
7g soda penaik, 3g garam, 78g
mentega sejuk, 260g susu segar, 12g
air mawar, 10g kelopak bunga ros,
krim pekat (clotted cream) dan jam
strawberi (boleh dibeli di pasar raya)
Cara membuat:
•
•
•
•
•
•
•
10
yak tepung, serbuk penaik dan
A
soda penaik.
Dalam bekas yang besar,
adunkan campuran tepung dan
mentega sehingga terbentuk
doh berpasir. Ketepikan.
Tuangkan susu, kacau rata
hingga sebati.
Bulatkan doh dan canai di atas
permukaan yang sudah ditaburi
tepung hingga mencapai
ketebalan 1 - 2 sm. Gunakan
acuan kek berbentuk bulat
berdiameter 5 sm. Susun di atas
loyang yang permukaannya
sudah disapu mentega dan
ditabur tepung supaya tidak
melekat.
Bakar dalam oven suhu 180
darjah selama 20 minit.
Untuk skon yang lebih garing,
masukkan adunan dalam peti
sejuk dan biarkan selama 20-30
minit.
Sajikan dengan krim pekat dan
jem strawberi.
A
nda boleh menikmati tradisi minum lewat
petang (high tea) khas bangsawan lnggeris
di Tea Saloon by Another Fine Day. Penggemar
snek manisan Earl Grey Tea Cupcake atau Mango
Mousse Cake boleh memilih Ladies’ Afternoon
Tea Set manakala mereka yang menyukai snek
savori pasti akan menyukai Mini Popover with
Black Truffle Cream Cheese atau Mini Chicken
Burger With Oolong Tea Sauce boleh memilih
Gentlemen’s Afternoon Tea Set. Atau padukan saja
keduanya menjadi hidangan lazat tiga-tingkat di
petang hari.
Faktor unik Tea Saloon by Another Fine Day
adalah produk tehnya yang dipadankan dengan 9
jenis personaliti manusia, atau yang lebih dikenali
sebagai Enneagram. Sekiranya anda gemar
mengumpul barangan era Victoria, anda juga boleh
membelinya di sini.
Lokasi: G/F, 80-82 Peel Street, Mid-Levels.
Dibuka: Selasa-Jumaat 12.00-19.00,
Sabtu-Ahad 10.30-19.00
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
Bekas penghidang teh yang cantik
ini boleh dibeli di sini.
eat
Coffee
A s s e m b ly
B
udaya minum kopi di Hong Kong mungkin belum serancak di
Paris, New York atau Aceh. Namun, sekiranya anda penggemar
kopi tegar, anda pasti bergembira. Kedai-kedai kopi terdapat di
merata tempat - hampir di setiap sudut Hong Kong. Anda mungkin
mengunjungi kedai kopi yang terbaik tanpa diduga, dan salah
satunya adalah Coffee Assembly. Ia melangkau ruangan yang
kecil tetapi selesa di salah sebuah bangunan di Elgin Street. Coffee
Assembly bak oasis kecil di tengah hiruk-pikuk kawasan Central.
Anda perlu menunggu sebelum pesanan anda sampai. Tetapi
itu tidak penting kerana anda di Hong Kong untuk bersantai, bukan?
Coffee Assembly seolah-olah mengingatkan anda bahawa untuk
mendapatkan hasil yang terbaik, anda tidak boleh tergesa-gesa.
Nikmati kopi asli satu punca (single origin) dari bijian kopi terbaik
yang dipilih khas di pelbagai ceruk dunia seperti Ethiopia,
Kenya, Panama hinggalah lndonesia. Pecinta latte juga
pasti teruja melihat latte art yang beranika, cantik
menghias cawan anda. Oh, jangan lupa Banana
Muffin yang dibakar sendiri, manis dan lembut, untuk
mengimbangi rasa kopi dan sekaligus mengisi perut
untuk kembali menjelajah Hong Kong.
Lokasi: Cockloft, No. 6 Elgin Street, Soho, Central.
Dibuka: Isnin-Selasa 13.00-18.00.
Khamis-Ahad 13.00-21.00.
Rabu tutup.
Selain menjual mesin
kopi dan aksesori,
Coffee Assembly turut
menjalankan bengkel kopi
eat
i kawasan Sheung Wan yang sentiasa sibuk, hadir
Sinmei Tea yang memanjakan penggemar teh
hijau dengan pelbagai variasi minuman dan makanan
dengan ramuan dasarnya teh hijau. Hiasan dalaman
yang bergaya China tradisional dan lengkap dengan
alat muzik khas China menyambut anda di Sinmei
Tea. Aneka minuman seperti Matcha Classic, Green
Tea Mojito, Matcha Snow White dengan ais krim
hinggalah Matcha Cappucino membuatkannya ia
umpama syurga pencinta teh. Jika anda berasa lapar,
pelbagai hidangan boleh dicuba seperti Matcha
Fondant Cake dan Hojicha Fondant Cake yang
disajikan dengan ais krim vanila, Green Tea Panna
Cotta dengan mangga segar, Matcha Cheesecake
dan aneka sandwic akan memuaskan para pecinta teh.
Sambil menikmati teh, ajaklah Mithu, kucing penghuni
Sinmei Tea, untuk bermain-main sejenak.
Lokasi: 5/F, CS Tower, 50 Wing Lok
Street, Sheung Wan.
Dibuka: Setiap hari 11.30-19.30.
S inmei
Tea
Hojieha
Fondant
Cake
Hiasan
dalaman yang
selesa seperti
rumah sendiri
V ia T okyo
K
eghairahan warga Hong Kong untuk mencuba semua yang baru
membuatkan masakan dari pelbagai negara mencari tempatnya
di sini. Manisan istimewa Jepun dengan tekstur lembut, tidak terlalu
manis dan disajikan bersama aneka topping seperti okome (bertih
beras yang ranggup), shiratama (bola tepung seperti mochi), dan
buah-buahan segar. Cubalah Fruit Matcha Soft Cream Shiratama
Anmitsu atau Okome Shiratama Azuki Mix Soft Cream yang
lembut dan segar. Sekiranya anda tidak
begitu gemar manisan sejuk, cubalah segelas
Matcha Latte yang dihias dengan sentuhan
unik kartun Jepun. Sebagai pilihan, anda
juga boleh menikmati aneka pilihan kopi
seperti Single atau Doppio Espresso,
Lokasi: Shop no. 1A-1B,
Cappuccino, Latte, Americano,
G/F, Leishun Court, 106-126
Machiato, dan aneka teh seperti
Leighton Road, Causeway Bay
Dibuka: Isnin-Jumaat 09.30Earl Grey, Chamomile, Liquorice
22.30, Sabtu-Ahad 09.30-22.30.
dan Peppermint.
12
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
Foto: dok. sinmei tea.
D
eat
T he
R
P awn
estoran ini terkenal dengan sajian makanan
British moden yang lazat dan ciri-ciri bangunan
klasiknya yang mempunyai nilai sejarah. The Pawn
menduduki tiga tingkat sebuah gedung membeli-belah
bergaya Guangzhou dari peninggalan abad ke-19 yang
menggabungkan seni bina China dan Barat. Ia terbahagi
kepada tiga tingkat yang masing-masing memiliki daya
tarikan berbeza: Living Room yang santai dengan konsep
bar dan kafe, Dining Room yang berkonsep restoran
dan Rooftop Garden yang menampilkan idea taman
terbuka yang khusus disewa untuk pelbagai majlis. Spot
pula adalah beranda yang tersedia di setiap tingkat dan
menawarkan keselesaan jelas kerana terlindung dari
deruan angin kuat dan membolehkan anda melihat
pemandangan kawasan Wan Chai dan sekitarnya.
Pilihan menu - menu utama akan pasti memberikan
kepuasan apabila anda menjamu selera: Butter Poached
Salmon, Fish and Chips, Wagyu Hanger Steak, Roasts
Selection, Treacle Tart dan Apple and Blueberry
Crumble. Atau, beberapa pilihan lain yang tidak kalah
menggoda selera: Boston Mussels, Calamari, Garlic,
Shallot, Thyme & White Wine Butter, Cigar Rum, Old
Fashioned Cocktail, Pawn Broker Cocktail, atau Roast
Meats.
Jejak sejarah gedung yang dihuni
The Pawn terpampang di salah
satu dindingnya
The Pawn
Soup
The Pawn Dessert_
Treacle Tart
Lokasi: 62 Johnston Road, Wan Chai.
Dibuka: Setiap hari*
www.thepawn.com.hk
* Living Room: Isnin-Sabtu: 11.00-02.00 (last order: 24.00).
Ahad & Hari cuti: 11.00-24.00 (last order: 23.00).
Dining Room : Isnin-Jumaat Makan tengahari: 12.00-15.00 (last order: 14.30). Makan malam: 18.00-24.00 (last order: 23.00).
Sabtu, Ahad & Hari cuti: Makan tengahari: 11.00-15.00 (last order: 14.30). Makan malam: 18.00-24.00
(last order: 23.00).
eat
D
imulakan oleh chef
berpengalaman dari Syria,
hidangan asli Timur Tengah akan
menggoda tunas rasa anda di
restoran kecil ini. Fattouche, salad
Lebanon dengan minyak zaitun dan
limau nipis serta Hummus berkrim
dengan sedikit kemasaman segar
boleh menjadi pembuka selera anda.
Teruskan kepada hidangan utama
anda dengan Chicken Shawarma
atau Lamb Rack with Fried Rice,
daging ayam dan kambing yang
lembut, berjus dan kaya rempah akan
melengkapkan hari anda di Hong
Kong.
Bukan sahaja hidangan lazat, pelayan ramah Oh Food
mampu mengesyorkan hidangan yang sesuai bagi anda
yang tidak biasa dengan hidangan Timur Tengah.
Lokasi: 11/F, Flat A & B, Southern Commercial Bldg,
11-13 Luard Rd, Wan Chai.
Dibuka: Isnin-Jumat 11.30-14.30, 18.00-21.00.
Ahad 12.30-14.30, 18.00-21.00, Sabtu tutup.
www.ohhalalfood.com
I sl amic C entre C anteen
D
i sinilah satu-satunya tempat makan di Hong Kong
yang menyediakan hidangan Canton halal. Oleh itu,
tidak hairan tempat makan ini dipenuhi dengan warga
Islam tempatan serta para pelancong antarabangsa
pada waktu makan. Kantin yang terletak di tingkat lima
bangunan Islamic Centre ini amat terkenal, bukan sahaja
di Hong Kong, malah di pentas antarabangsa, dengan dim
sum yang enak. Anda harus datang antara pukul 10.0015.00 untuk menikmatinya.
Apa pun pilihan dim sum, anda pasti tidak akan kecewa,
baik dari rasa atau harganya. Dari ‘bakpau’ seperti Chicken
and Black Mushroom Buns, Red Bean Paste Buns, atau
Butter Egg Cake sehinggalah ke ladu atau dumpling seperti
Steamed Siu Mai with Chicken, Steamed Beef Balls,
Steamed Soybean Sheet with Chicken and Vegetable.
Anda mahukan nasi goreng? Pesan sahaja Chicken and
Salty Fish Fried Rice. Dijamin sedap!
14
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
Lokasi: 5/F, Masjid Ammar and Osman Ramju
Sadick Islamic Centre, 40 Oi Kwan Rd, Wan
Chai.
Dibuka: Makan pagi & siang 10.00-15.00. Ahad & hari cuti 09.00-15.00.
Makan malam 18.00-21.00.
eat
R abbit H ole
C o ff e e
and
Roaster
T
erletak di salah sebuah jalan yang
sibuk di kawasan Wan Chai, Rabbit
Hole menyambut anda dengan hiasan
dalaman ala perindustrian yang bergaya
- berlantai konkrit, kerusi logam, meja
kayu serta pencahayaan yang nyaman.
Suasananya menenangkan dan tawaran
kopinya menyegarkan.
Espresso, Latte, Siphon, Coffee Drip–
jika anda bukan penggemat kopi yang
tegar, anda mungkin berasa bingung
untuk membuat pilihan. Jangan segan
bertanya kepada barista ramah yang
boleh membantu anda mengesyorkan
dan menentukan kopi yang paling
sesuai dengan selera anda.
Bagi pencinta kopi tegar yang
merancang untuk tinggal di Hong
Kong bagi tempoh yang lebih lama,
mereka dapat mencari aktiviti menarik
untuk mengisi masa. Rabbit Hole
menawarkan Introduction Class atau
Kelas Pengenalan yang terdiri daripada
beberapa kelas yang akan menambah
pengetahuan anda tentang kopi . Di
Hand Drip Class, misalnya, anda boleh
mempelajari teknik membancuh kopi
yang sempurna bagi mendapatkan
secawan kopi hand-drip yang lazat.
Bagi mereka yang berminat untuk
mempelajari membuat aneka corak
indah di cawan latte, ikuti Latte Art
Class sementara Coffee Tasting Class
akan menajamkan deria rasa dan
bau anda supaya lebih peka terhadap
pelbagai jenis bijian kopi terbaik yang
datang dari seluruh. Tiap-tiap kelas juga
menyediakan Kelas Khas atau Custom
Class yang boleh disesuaikan dengan
masa anda di Hong Kong.
Lokasi: 3 Landale Street, Wan Chai.
Dibuka:Isnin-Jumat 08.00-20.00.
Sabtu-Ahad dan hari cuti
09.00-20.00.
www.rabbitholecoffee.com
Kelas Hand Drip
Kopi Gayo dari Aceh, antara kopi
yang digemari pengunjung
eat
Brunch Club & Supper
D
engan sajian masakan Eropah yang menyelerakan,
Brunch Club & Supper popular di kalangan pekerja
bandar di Hong Kong. Suasana tenang dan hiasan
dalaman minimalis yang lengkap dengan seni mural di
salah satu dindingnya akan menyambut anda apabila
anda menjejak masuk ke restoran ini.
Untuk menu sarapan tengah hari atau brunch,
pilihlah Pancake with Fresh Mix Berry Coulis yang
boleh memberi anda ledakan tenaga di pagi hari. Tidak
menjadi masalah sekiranya anda mahukan manisan
pada waktu malam kerana menu ini tersedia sepanjang
hari. Bagi menambah tenaga setelah penat bekerja
seharian, pasti enak menjamu Eggs Benedict with
Smoked Salmon untuk makan malam. Telur Benedict
ini padat dengan isi ikan salmon yang sedap. Anda juga
boleh mencuba Hong Kong Dog Rescue Croissant atau
New Zealand Lamb Burger sebagai alternatif menu
sepanjang hari. Ia begitu menyelerakan pada bila-bila
masa sahaja, baik untuk sarapan, brunch, makan tengah
hari, ataupun makan malam.
Usah bergegas pulang! Nikmati kesegaran Red Chi
dengan rasa masam buah beri, Lemonade dengan buah
lemon yang menyegarkan atau Pinkie Peach yang manis
segar. Tunggu sejenak dan bersembang-sembang. Dan
jangan lupa menikmati Dessert of The Day sebagai
penutup pengalaman gastronomik anda.
Lokasi: First Floor 13 Leighton Road,
Causeway Bay.
Dibuka: Ahad-Khamis 09.00-23.00.
Jumaat-Sabtu: 09.00-larut malam.
www.brunch-club.org
16
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
Pilihan hiasan dalaman
klasik menambah seri
suasana makan anda
eat
F i at
Caffé
Nikmati
keunikan
rasa Limey
Espresso
paduan
espresso dan
limau nipis
S
Lokasi: Shop G5-G6, Leighton
Centre, 77 , Causeway Bay.
Dibuka: Setiap hari, 11.30-23.00.
inggah untuk menjamu selera di Fiat Caffé adalah satu
perkara wajib anda lakukan ketika mengunjungi Hong
Kong. Bukan sahaja hiasan dalamannya mencuri tumpuan
(masakan tidak kerana kafe ini terletak di dalam bilik
pameran kereta Itali yang terkenal, Fiat), malah hidangannya
juga mengujakan selera. Oleh itu, selain selera anda
dibangkitkan oleh barisan menunya yang hebat, pandangan
anda turut dimanjakan oleh kereta dan aksesori keren Fiat
yang turut dijual di sana.
Sebagai ‘kedai’ ltali, semestinya anda mendapatkan
menu khas ltali di kafe yang mampu mendudukkan sekitar
20 orang. Pada awal makan malam anda, cuba rasa Ricotta
Figs Salad, hidangan ringan yang membuka selara dengan
keju istimewa Itali. Teruskan jamuan makan anda dengan
Grilled Calamari, White Truffle Mushroom with Trofie
atau Macaron untuk melengkapkan malam anda. Untuk
minuman, Italian Smooch atau Honey Figs Margarita
menjadi pilihan hebat sebagai penutup malam.
eat
The Match Box
S
uasana retro mendominasi kafe
ini, dari hiasan dalamannya,
muzik hinggalah ke pakaian seragam
para pelayan. Ia membuatkan anda
seolah berada di sebuah adegan
filem Mandarin klasik era 1960an. Jika
anda mencari makanan memberi
ketenangan istimewa Hong Kong,
cubalah Chicken Pie in a Green
Bean Soup. Berbeza dengan kerak
pai ayam yang biasanya masin, kerak
pai ayam The Match Box pula berasa
manis yang berpadu sempurna
dengan sup kacang pis yang
berkrim dan lazat. Bagi penggemar
manisan, tiga lapisan Hot Buttered
Walnuts and Jamaican Banana
Pancake dengan sos karamel enak
menjadikannya hidangan yang mesti
dicuba.
Cuba juga hidangan utama yang
menggabungkan masakan Eropah
dengan cita rasa tempatan seperti
Deep Fried Chicken Leg with Salad
dan Spaghetti with Salted Ox
Tongue & Tomato. Selain Teh Susu
istimewa Hong Kong yang menjadi
minuman wajib di setiap bing sutt,
anda juga harus mencuba minuman
sensasi lagi unik Mixed Coffee and
Tea.
Lokasi: 2 Sun Wui Road, Causeway Bay.
Dibuka: Setiap hari 08.00-23.00.
18
Resepi
Hong Kong Style Milk Tea
A
nda boleh mencipta semula rasa teh
istimewa – Teh Susu gaya Hong
Kong – dengan menggabungkan
tiga jenis teh: Teh yang berperisa
“kuat” seperti Teh Pu-erh, Teh
Assam, Teh Darjeeling, teh
berperisa “lembut” seperti Teh
Oolong, dan teh uncang Lipton
Yellow Label. Nisbah gabungannya
adalah 2:2:1.
Didihkan ketiga-tiga daun teh selama 10 minit. Teh
Susu versi tradisional biasa ditapis dengan kain yang
menyerupai sarung kaki wanita sehingga ia dikenali
sebagai “pantyhose milk tea” atau “silk stocking milk
tea”. Bagi memudahkan tugas anda, tapis sahaja air
teh tersebut sebanyak dua kali dengan penapis biasa.
Hidangkan dengan menambah susu pekat manis
mengikut cita rasa atau susu sejat untuk menghasilkan
rasa teh yang lebih kuat.
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
shop
K onzepp
D
Lokasi: 50 Tung St, Sheung Wan.
Dibuka: Setiap hari 12.00-20.00.
shop.konzepp.com
H
omeless adalah salah satu
jenama produk gaya hidup
yang terbesar di Hong Kong. Ia
menampikan pelbagai jenis produk
sepeti perabot, lampu, kelengkapan
dan hiasan rumah. Homeless
menawarkan empat jenama
produk gaya hidup (Homeless,
Lost & Found, Mr.Blacksmith dan
Homeless & sidekick) dan dua
restoran, Basement dan Full/half di
Hong Kong.
Mula beroperasi sejak 2003,
Homeless kini mempunyai lima
cawangan yang tersebar di Hong
Kong. Di kedai ini, anda boleh
mencari sekitar 3,000 produk unik
yang tidak hanya mempunyai fungsi
bernas tetapi reka bentuk yang
tersendiri. Lihat sendiri keunikan
produk-produk Homeless, dan anda
juga boleh membelinya sama ada
untuk kegunaan sendiri atau sebagai
hadiah untuk orang tersayang.
ari luar, kedai Konzepp memikat mata dengan
bahagian luarnya yang unik: garisan tak simetri
menarik dengan warna kuning garang. Walaupun lokasi
Konzepp agak tersembunyi di salah sebuah jalan di
kawasan Sheung Wan, ia amat mudah dicari. Konzepp
didirikan bersama oleh Geoff Tsui dan Willie Chan
(penerbit filem dan pengurus bakat yang melonjakkan
nama pelakon kungfu Jackie Chan).
Anda akan menemui pelbagai produk menarik
seperti pakaian, aksesori, minyak wangi, gajet
canggih hinggalah ke produk-produk eksklusif hasil
ciptaan pereka-pereka
tempatan. Lokasinya yang
tersembunyi membuat
Konzepp bak sebuah
peti harta karun yang
tersembunyi.
H omeless
Lokasi: G/F, 29 Gough
Street, Central.
Dibuka: Isnin-Sabtu
11.30-21.30.
Ahad dan hari cuti
11.30-18.30.
www.homeless.hk
shop
D e a r B e ll
Lokasi: G/F, 13 Aberdeen Street,
Central.
Dibuka: Setiap hari 12.00-21.00.
www.dearbell.com
D
i kawasan Central yang memang riuhrendah, anda boleh memasuki dunia
dogeng ala Alice in Wonderland. Di sini,
anda boleh mencari pelbagai barang kodi
dan perhiasan seperti boneka binatang
dan patung watak kartun, atau pelbagai
aksesori seperti kalung, gelang, cincin, dan
anting-anting yang memperlihatkan reka
bentuk yang aneh dan mengejutkan kerana
ciri-cirinya yang unik. Visi pemilik DearBell
adalah kesemua produknya mestilah
berbeza dan membuat orang mengungkap
kata “Wow!”.
Lagi satu perkara yang membuat
DearBell istimewa adalah semua
produknya merupakan buatan tangan.
Kelainan yang didapati di DearBell telah
menambat selebriti Hong Kong menjadi
pelanggan setianya. Sekiranya anda
ingin tampil unik dengan aksesori edgy,
berfesyen tinggi atau kelihatan feminin
dengan gaya vintaj, DearBell menawarkan
tempahan dalam talian atau online dan
menghantar produk ke seluruh dunia.
V isionaire
S
ebahagian dari Gough Street yang hip dan bergaya,
Visionaire menampilkan aksesori dan perhiasan yang
terbaik dari setiap penjuru dunia. Hiasan dalamannya
membuat anda seperti di sebuah kedai kecil di
Paris. Visionaire menawarkan produk dengan
reka bentuk dan kualiti terbaik seperti dari
Finland, Itali hinggalah ke UK dengan rangkaian
produk beg tote, beg galas, pouch kembara, skarf,
produk penjagaan wajah dan tubuh hinggalah
ke wangian rumah mewah dan megafon mini.
Koleksi Visionaire memberi sentuhan bergaya pada
penampilan anda serta elemen unik di rumah anda. Cuma
perlu berhati-hati kerana beg pakaian anda pasti akan
menjadi bertambah berat dengan pelbagai produk yang
dibeli setelah pulang dari Visionaire.
20
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
Lokasi: G/F, No.26 Gough Street,
Central.
Dibuka: Isnin-Jumaat 11.30-20.30.
Sabtu 11.30-21.30.
Ahad 12.00-18.30.
www.visionaire.hk
Megafonemini, 'oleholeh' unik untuk
smartphone anda.
shop
T ang T ang
T ang T ang
T
ang Tang Tang Tang dibangunkan oleh Sir David
Tang, pengasas Shanghai Tang yang juga jenama
fesyen dan gaya hidup terkenal dari Hong Kong.
Dengan konsep butik gaya hidup yang memberikan
sentuhan mewah di setiap aspek, Sir David Tang
memilih bekas kedai pajak gadai yang memiliki seni
bina gaya Cina - Anglo 125 tahun di Wan Chai. Dalaman
Tang Tang Tang Tang memperlihatkan gabungan
warna kuning emas padu khas China dari era Dinasti
Tang dan kuning satu warna (monotone) Inggeris
dari zaman Victoria. Ruang seluas 325m2 ini
dibahagikan kepada bilik keluarga yang serba
lengkap, ruang makan, dapur dan bilik mandi.
Setiap bilik menampilkan koleksi mengikut
fungsinya: kimono, gaun tidur dan fesyen untuk
lelaki dan wanita di dalam bilik tidur, peralatan
memasak di dapur, pinggan-mangkuk, peralatan
mandian di bilik mandi, serta gajet dan aksesori di
ruang tamu.
Menggabungkan fungsi dan estetika, reka cipta
moden minimalis dan warna-warna yang menyegarkan,
Tang Tang Tang Tang bekerjasama dengan pereka
British, Czechoslovakia dan tempatan untuk
membentangkan hasil kualiti yang unggul – seunik
nama “Tang Tang Tang Tang” yang diilhamkan dari
empat nada pembuka Beethoven di Symphony No.5.
Periuk Nasi: Kotak ini pasti membuat
tetamu ke rumah anda berasa kagum
Lokasi: 66 Johnston Road, Wan Chai.
Dibuka: Setiap hari 10.30-20.00.
www.tangtangtangtang.com
shop
Picture This
G
emerlap lampu neon di Nathan
Road, siluet pencakar langit yang
boleh dilihat dari Victoria Harbour, atau
Hong Kong pada suatu masa dahulu
apabila wanita berjalan anggun memakai
cheong sam. Permandangan seperti
inilah yang telah menarik jurugambar
dunia untuk cuba menangkap jiwa Hong
Kong ke dalam foto gambar sejak dulu
lagi.
Berbeza dengan galeri balai seni
yang mempamerkan karya eksklusif
artis, Picture This menghasilkan semula
karya-karya jurugambar berpengalaman
di dunia. Bukan sahaja foto-foto Hong
Kong lama, malah Picture This juga
mempunyai koleksi jurugambar fotografi
yang luas dan bertaraf dunia serta
melangkai pelbagai subjek: alam liar
Afrika, selebriti dan peristiwa-peristiwa
bersejarah. Picture This juga mempunyai
koleksi antik peta, buku-buku klasik dan
poster vintage.
poster
'jadul'
Chinese
Missionary
Lokasi:
- Kedai: 212, 2nd Floor Prince’s Building, Central.
Dibuka: Isnin-Sabtu 10.00-19.00.
Ahad dan hari cuti 12.00-17.00.
- Galeri & Pejabat: Suite 1308, 13th Floor, Office Tower,
9 Queen’s Road, Central.
Dibuka: Isnin-Sabtu 11.00-18.00.
www.picturethiscollection.com
Sin Sin Fine Art
K
Lokasi: 53-54 Sai Street, Central.
Dibuka: Isnin-Sabtu 09.30–18.30.
www.sinsinfineart.com
22
awasan Tai Ping Shan yang bergaya dan tenang
turut menempatkan beberapa galeri seni, dan
salah satunya adalah Sin Sin Fine Art Gallery yang
menampilkan pelbagai artis Indonesia. Ini adalah kerana
cinta pemilik Sin Sin Fine Art ke atas seni lndonesia.
Di bina pada tahun 2003, Sin Sin Fine Art Gallery
adalah galeri yang pertama membawa artis lndonesia
ke Hong Kong. Sin Sin Fine Art turut mempopularkan
seni lukisan lndonesia di Hong Kong melalui pameran
yang kerap dianjurkan termasuklah: Eddie Hara, I Gusti
Ngurah Buda, Putu Sutawijaya, S. Teddy Darmawan
dan Tisna Sanjaya. Selain seni kontemporari Indonesia,
Sin Sin Fine Art juga menghargai karya seni di Asia
Tenggara dan juga daripada negara-negara lain di dunia.
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
shop
H ysan P lace
P
Foto: dok. Hysan place.
ara pelancong yang gemar membeli-belah pasti
berasa puas di Hysan Place. Pusat membeli-belah
dengan konsep semula jadi moden ini menempatkan
120 cawangan produk-produk ternama tempatan dan
antarabangsa. Dari produk fesyen dan kecantikan hinggalah
gaya hidup dan budaya, anda boleh mendapatkannya
di gedung membeli-belah 17 tingkat ini. Dengan hiasan
dalaman dan seni lampu yang cantik, moden, berteknologi
tinggi dan mutakhir, Hysan Place menjadi destinasi
membeli-belah yang selesa dan menyenangkan.
Lokasi: 500 Hennessy Road, Causeway Bay.
Dibuka:
- Ahad-Khamis 10.00-22.00.
Jumaat, Sabtu dan hari cuti 10.00-23.00.
- Restoran 11.00-24.00.
hp.leegardens.com.hk
Foto: dok. sogo.
B
eroperasi sejak 1985, pusat
membeli-belah ala Jepun
terbesar ini menjadi salah satu
‘sasaran utama’ para pelancong
domestik dan antarabangsa
kerana tempatnya yang selesa dan
rangkaian produknya yang luas.
Pusat membeli-belah 11 tingkat ini
menawarkan pelbagai jenis produk
berjenama, dari fesyen, kecantikan,
peralatan rumah tangga, elektronik,
dan mainan kanak-kanak. Anda
juga boleh mencari buku, komik,
novel, dan majalah Jepun di tingkat
atas dalam suasana yang selesa.
Lokasi: 555 Hennessy Road,
Causeway Bay.
Dibuka: Ahad-Khamis 10.00-22.00.
Jumaat, Sabtu dan hari cuti 10.00-23.00.
www.sogo.com.hk
B
ersiar-siar di Causeway
Bay tidak lengkap tanpa
melangkahkan kaki ke Times
Square, gedung yang paling
berprestij di kawasan ini
sejak satu dekad yang lalu.
Gedung ini membawakan
230 kedai yang menjual
produk rangkaian sederhana
hingga premium, iaitu dari
pakaian, aksesori, elektronik,
perlengkapan rumah dan
barang permainan. Dengan
dua pusat membeli-belah,
sebuah pasar raya dan
lebih dari 20 restoran yang
menyajikan masakan Cina,
Korea, Jepun, dan Eropah, Lokasi: 1 Matheson Street,
Causeway Bay.
Times Square menjadi
Dibuka: Setiap hari 10.00pusat membeli-belah
22.00.
yang terbesar di pulau
www.timessquare.com.hk
Hong Kong.
Foto: dok. times square.
Sogo
Times Square
shop
Stanley
Dibuka: Setiap hari 09.00-22.00.
P
usat perabot dan kelengkapan
rumah terbesar di Hong Kong
adalah Horizon Plaza. Ia meliputi
28 tingkat dan membawakan
jenama-jenama terkenal seperti
Lane Crawford, Max Mara, Joyce
Warehouse, Armani dan sebagainya.
Susunan dalam kedai yang rapi
membuat pengalaman membelibelah anda selesa dan menyenangkan.
Turut menarik perhatian penggemar
makanan adalah pilihan tiga buah kafe
dan pasar raya Itali di pusat ini.
Sedikit tip untuk anda supaya tidak
perlu beratur lama apabila memasuki
lif adalah mengambil brosur panduan
membeli-belah yang tersedia di pintu
masuk. Anda berupaya membuat
pilihan lokasi keutamaan anda atau
kalau ingin berjalan-jalan melihat
produk yang ada, naik saja lif dan
tekan ke tingkat paling atas, dan turun
menggunakan eskalator.
24
P
ara pelancong yang gemar makanan dan membelibelah tidak boleh terlepas dari mengunjungi destinasi
yang terletak di daerah selatan Hong Kong Island
ini. Suasananya yang santai dengan pemandangan
Laut China Selatan serta pelbagai pilihan restoran
dan pub membuatkan lokasi ini menjadi kegemaran
para pelancong Barat dan warga tempatan yang ingin
berehat. Kunjungi Stanley Market untuk membeli-belah
pelbagai barangan keperluan seperti pakaian, aksesori,
kraftangan, cenderamata, perhiasan hinggalah barangbarang antik istimewa dari oriental pada harga yang
berpatutan.
Apabila terasa penat, kunjungi salah satu atau
beberapa restoran dan kafe atau pub dengan pelbagai
pilihan masakan antarabangsa di persisiran pantai
di sepanjang jalan utama kampung nelayan kecil
ini. Bersantai bersama teman atau keluarga sambil
menikmati makanan setelah berbelanja di suasana
nyaman merasa sepoi-sepoi angin laut .. ada yang lebih
nyaman dari itu?
Horizon
P laza
Lokasi: 2 Lee Wing Street,
Ap Lei Chau.
Dibuka: Setiap hari
10.00-19.00
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
PLAY
D
ipanggil The Peak kerana lokasi ini memang terletak
di titik tertinggi di Hong Kong Island, The Peak
merupakan kawasan elit sejak era jajahan. Udaranya
yang sejuk menarik orang berada dan selebriti. Kini,
pemandangan kota dari The Peak menjadi daya
tarikan orang ramai termasuk para pelancong. Kontras
pemandangan bandar antara siang dan malam tentu
akan memukau anda.
Anda boleh menikmati keindahan bandar di beberapa
tempat iaitu di Sky Terrace 428, Lugard Road Lookout,
Lions View Point Pavilion, dan di dek pemerhatian di
Peak Galleria. Anda boleh melihat keindahan tersebut
sambil menikmati hidangan lazat di beberapa restoran
di sana. Atau bersiar-siarlah sepanjang 3.5km di Peak
Circle Walk. Lebih suka pilihan lain? Naik The Peak
Tram, trem bersejarah yang mula beroperasi sejak 1888.
The Peak
Lokasi: Mid Levels.
Dibuka:
- The Peak Tram & Peak Tram Historical Gallery:
Setiap hari 07.00-24.00.
- The Peak Tower, Sky Terrace 428, The Sky Gallery:
Isnin-Jumaat 10.00-23.00.
Sabtu-Ahad-hari cuti 08.00-23.00.
www.thepeak.com.hk
Foto: dok. hong kong discovery.
Shek O
S
hek O menjadi salah satu destinasi luar yang
digemari oleh pelancong pecinta alam. Di sini
terdapat denai kembara jalan kaki yang melangkau
pemandangan indah alam di sekitar Dragon’s Back
Hike (Shek O Country Park). Majalah TIME Asia pernah
menobatkannya sebagai “Best Urban Hike in Asia”. Selain
pohon rimbun dan pokok bungaan, anda juga akan turut
dihiburkan dengan kicauan pelbagai jenis burung dan
pemandangan alam yang menakjubkan.
Tidak jauh dari Dragon’s Back adalah pantai
yang menjadi sasaran para pelayar, Big Wave Bay
Beach. Pantai ini juga merupakan tempat penemuan
peninggalan batu terpahat dari zaman prasejarah yang
kini dinamakan Declared Monument. Ia memaparkan
reka bentuk geometri dan binatang sebagai
‘dokumentasi’ era prasejarah, dan merupakan satu dari
sekian banyak batu pahat yang ditemui di pesisiran
Hong Kong.
Lokasi: Di bahagian tenggara Hong Kong Island
play
P
Ocean
Polar Adventure
elbagai tarikan menarik yang
menggabungkan hiburan,
Jelajahlah Kutub Utara dan Kutub Selatan hanya dalam
pendidikan, dan pemuliharaan
satu hari di sini. Anda akan melihat haiwan-haiwan
alam boleh anda nikmati di taman
khas kutub. Apabila ingin rehat, Tuxedos Restaurant
pelancongan yang memenangi
menawarkan makanan dan minuman sambil terhibur
Applause Award pada tahun 2012 menyaksikan aksi burung penguin.
satu-satunya anugerah tertinggi dalam
bidang industri tarikan wahana di
seluruh dunia ini. Terletak di selatan
Hong Kong, taman kedua ini berada di
kawasan seluas 870,000 meter persegi.
Keunikan budaya Hong Kong era 50an, 60an, dan
Ocean Park terbahagi kepada dua
70an boleh dirasai di sini. Anda boleh menikmatinya di
bahagian, iaitu The Summit (Headland)
atas Tram Kolonial. Bawalah pulang cenderahati antik
dan The Waterfront (lowland). Keduaistimewa Hong Kong supaya anda sentiasa mengingati
duanya boleh diakses menggunakan
saat menarik di Old Hong Kong.
kereta kabel dan Ocean Express.
Saat musim perayaan, Ocean
Park yang dibuka pada 1977 ini
menganjurkan pelbagai acara unik
Rasakan sensasi kutub
seperti Halloween Bash - sebuah
di North Pole Encounter.
pesta Halloween terbesar di Asia,
atau Summer Splash - bermain air
sepuas-puasnya di musim panas.
Sebagai kawasan pemuliharaan, Ocean
Park komited dalam menyokong
pemuliharaan haiwan di Hong Kong
dan Asia. Sebahagian dari perolehannya
dijana kepada Yayasan Pemuliharaan
Taman Laut Hong Kong untuk
membiayai projek pemuliharaan
haiwan.
Bagi memastikan penerokaan
anda di Ocean Park menarik, anda
disyorkan untuk mengambil peta dan
jadual tarikan yang disediakan di pintu
gerbang.
Lokasi: Wong Chuk Hang.
Dibuka: Setiap hari 10.30-19.00,
Summit ditutup pada pukul
King Penguin
18.00
www.oceanpark.com.hk
Old
Hong Kong
26
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
play
Park
Aqua City
Masakan Halal
Pengembaraan bawah laut Aqua City
akan memberikan anda pengalaman
yang tidak dapat dilupakan. Saksikan
Symbio, sebuah persembahan yang
0
memaparkan skrin 360 pertama
dunia. Lihat sendiri 5,000 ikan dari
lebih 400 spesies dan keajaiban
bawah laut lain di kubah air yang
terbesar di dunia atau melalui panel
pemerhatian. Bahkan, sensasi unik
makan di dalam akuarium juga boleh
anda kecapi di Neptune ‘s Restaurant.
Ocean Park juga menyediakan hidangan halal untuk
pelancong Muslim. Kunjungi saja Lakeside Snacks
dan nikmati menu-menu halalnya sambil berseronok
melihat pemandangan tasik. Ada beberapa pilihan
sajian halal di restoran ini seperti nasi ayam Hainan,
sate ayam, sate daging, special chicken wraps, salad
daun hijau dan pelbagai buah segar.
Thrill Mountain
Pelbagai wahana yang merangsang
adrenalin boleh anda rasakan di
sini. Bergantungan dari tepi tebing
di roller coaster tanpa lantai,
bergantungan terbalik sambil
berayun di The Flash, terbang
bersama The Aviator, atau cuba Rev
Rooster berkelajuan tinggi.
Tuxedos Restaurant
perut dan hati terpuaskan.
The Rainforest
Kekayaan alam hutan hujan
tropika bakal membuat anda
kagum. Perilaku lucu monyet
terkecil di dunia - Pygmy
Marmoset, tikus terbesar di
dunia - Kinkajou, atau burung
Toucan terkecil di dunia Aracari Hijau boleh dijumpa
di sini dan tentu saja pelbagai
tanaman tropika yang eksotik.
Burung
Toucan
terkecil di
dunia, Toco
Toucan.
play
Madame Tussauds
Hong Kong
Lokasi: Shop P101, The Peak Tower 128 Peak Road,
The Peak.
Dibuka: Setiap hari 10.00 - 22.00.
www.madametussauds.com/hongkong
28
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
Idola gadis masa kini, Robert
Pattinson.
Alatan atau
props untuk
berfoto turut
disedikan
apabila
bergambar
dengan idola
Materi foto dalam artikel ini menampilkan sosok patung lilin yang dibuat dan dimiliki oleh Madame Tussauds.
(foto: dok. Madame Tussauds)
J
ika ingin berfoto bersama selebriti dan idola, ke
mana lagi kalau bukan ke Madame Tussauds.
Lebih dari 100 patung lilin dan para selebriti dunia
siap menanti anda untuk diajak foto bersama.
Dari bintang filem, atlet, tokoh kartun hinggalah
ke pemimpin dunia, dari tokoh lama hingga tokoh
masa kini, semua ada di sini. Pasti anda kagum
dengan patung-patung yang sangat mirip dengan
personaliti asalnya sehingga ketinggian dan
perincian wajah turut tepat. Selain bergambar,
anda juga berkesempatan membawa pulang
buah tangan beraneka macam barangan yang
menarik. Madame Tussauds adalah muzium
patung lilin yang ditubuhkan oleh Anne Mane
Grosholtz, seorang wanita tukang patung lilin
yang berbangsa Perancis. Beliau memulakan
usahanya membuat muzium patung lilin
di Britain, Amsterdam, dan Las Vegas dan
mendapat sambutan luar biasa dari masyarakat
dunia. Madame Tussauds Hong Kong adalah
muzium pertama di rantau Asia yang dibuka pada
tahun 2000.
play
Hollywood Road
H
ollywood Road menghubungkan kawasan padat
Central dan Sheung Wan serta merupakan salah
satu jalan yang tertua di Hong Kong. Bagaimanapun,
jalan ini sebenarnya tiada sebarang kaitan dengan
kawasan Hollywood di Amerika Syarikat. Kononnya,
nama Hollywood berasal dari deretan semak-semak
holly yang banyak tumbuh di kawasan ini semasa
Hollywood Road dibina di pertengahan abad ke-17.
Di sepanjang Hollywood Road, terdapat deretan
kedai-kedai yang menjual barang-barang antik khas
China, dari seramik dan skrin dari era Dinasti Ming,
patung dan lukisan Buddha hinggalah ke poster dan
memorabilia dari era Mao. Tidak hairan juga jika
Hollywood Road turut dikenali sebagai Antique’s
Street. Berhampiran dengan Upper Lascar Row,
kawasan ini juga dipanggil sebagai ‘Antique Market’.
Selain dari koleksi barangan antik, kini galeri seni
kontemporari mula muncul di Hollywood Road.
Lokasi: Sheung Wan.
Dibuka: Setiap hari 11.00-18.00.
Central-Mid-Levels Escalator
H
Lokasi: Central-Mid-Levels.
Dibuka: Setiap hari
06.00-10.00 (turun).
10.00-24.00 (naik).
ong Kong mempunyai kepadatan penduduk
yang tinggi, lalu-lintas dan gaya hidup seharian
yang amat sibuk. Berserta dengan topografinya yang
berbukit-bukit membuat Kerajaan Hong Kong memerah
otak mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi
masalah ini. Mula beroperasi sejak tahun 1993, CentralMid-Levels Escalator berfungsi sepanjang 800 meter
dengan ketinggian menegak mencapai 135 meter dan
dinobatkan sebagai “The World’s Longest Covered Outdoor
Escalator”. Central-Mid-Levels Escalator menghubungkan
Des Voeux Road di Central dengan Conduit Road di
Mid-Levels. Eskalator ini bergerak turun ke satu arah
pada pukul 06.00-10.00 dan naik semula pada pukul
10.00 hingga ke tengah malam.
Tip untuk anda - elakkan menggunakan eskalator
pada waktu sibuk yang berlangsung hingga jam pukul
09.00. Perjalanan dari Central ke Mid levels dengan
eskalator ini memakan masa kira-kira 20 minit.
Sepanjang perjalanan, anda boleh melihat warga
Hong Kong menghabiskan masa di deretan kafe dan
restoran di kanan kiri eskalator.
play
Man Mo Temple
S
ebagai bandaraya moden Asia, Hong Kong adalah
contoh bagaimana tradisi dan kemodenan boleh
berjalan seiringan. Contohnya, Man Mo Temple yang
tetap berdiri megah di tengah hiruk-pikuk Sheung Wan
sejak ditubuhkan pada tahun 1847.
Man Mo Temple didedikasikan untuk Dewa Sastera
(Man) dan Dewa Perang (Mo). Tidak jauh berbeza
dengan tradisi lama, sehingga kini para pelajar dan
orang tua memenuhi kuil untuk memanjatkan doa dan
persembahan kepada Man agar diluluskan dan diberi
kenaikan pangkat. Manakala para peniaga serta orang
dewasa memanjatkan doa dan persembahan pada Mo.
Selain patung Man dan Mo, di dalam kuil ini juga
terdapat patung Dewa Keadilan, Pau Kung dan Dewa
Pelindung Bandar, Shing Wong.
Anda juga boleh membaca sejarah Man Mo pada
papan maklumat yang terletak di dekat pintu masuk.
Pada tahun 2009, Man Mo Temple disenaraikan
Lokasi: 124-126 Hollywood Road, Sheung Wan.
Dibuka: Setiap hari 08.00-18.00.
sebagai Grade I Historic Building dan menjadi
www.lcsd.gov.hk
salah satu Declared Monument di Hong Kong.
Hong Kong
D
Park
i tengah-tengah lanskap Hong Kong yang dipenuhi dengan deretan
bangunan pencakar langit, Hong Kong Park hadir sebagai oasis kecil
yang nyaman. Taman ini dirancang dengan seni reka yang harmoni
dengan persekitaran bandar di sekelilingnya. Anda boleh mengunjungi
Hong Kong Visual Arts Centre atau muzium barangan dan perlengkapan
minum teh Flagstaff House. Bersantailah di restoran yang terdapat di
Hong Kong sambil menikmati bunyi gemercik air dari air pancut dan
Lokasi: 19 Cotton
Tree Drive, Central. kolam bunga lili yang indah.
Hong Kong Park juga memiliki rumah kaca dan
taman burung yang menempatkan lebih dari 80
spesies burung yang dibina seperti hutan hujan
tropika. Para pencinta burung juga berkesempatan
mengikuti acara memerhati burung secara
percuma pada setiap hari Rabu yang dianjurkan
oleh Leisure and Cultural Services Department dan
Hong Kong Bird Watching Society.
30
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
Kowloon
anan yang
Dari kilauan lampu jal
eriahan
berwarna-warni, kem
ktu malam,
membeli belah di wa
tempatan
kelazatan hidangan
lbagai pusat
dan antarabangsa, pe
pertunjukan
membeli belah, juga
semuanya boleh
akhbar multimedia,
diterokai di sini.
eat
Capital Café
D
inobatkan sebagai salah satu yang terbaik
daripada bing sutt generasi baru oleh CNN Travel
dan New York Times, Capital Café mengadunkan rasa
khas nostalgia bing sutt dengan meja kayu, kipas, dan
hiasan dengan gaya retro chic. Anda harus mencuba
Scrambled Egg with Black Truffle yang lembut dan
sedap dengan bauan enak truffle. Citron Honey Tea
yang segar dan panas, atau minuman terlaris Capital
Café, Red Bean and Fresh Milk adalah lazat. Sekiranya
anda sukar untuk membuat keputusan, Capital Café
juga menyediakan pilihan menu set: Breakfast Set
boleh didapati bermula pada jam 07:00 hingga 12:00.
Regular Set boleh didapati selepas 12.00 atau Light
Meal Set boleh didapati sepanjang hari.
Lokasi: G/F, 107 Sai Yeung Choi Street South.
Dibuka: Setiap hari 07.00-23.00.
Tai Choi Go: Agar-agar sejuk berbentuk
telur ini boleh menjadi pilihan pencuci
mulut yang menyegarkan.
Resepi
Scrambled Egg with Truffle
Cara membuat:
Untuk scrambled egg:
Pukul telur, tidak terlalu kuat, sehingga putih dan
kuning telur bercampur. Tambahkan susu, garam
dan lada hitam dan pukul sehingga sebati.
Panaskan mentega dalam kuali leper tidak melekat
dengan api rendah sehingga mentega cair. Tuang
telur dan masak selama 20 saat sebelum digaul
menggunakan sudip kayu. Biarkan selama 10 saat
dan kemudian gaul sehingga telur masak tetapi
masih lembut. Matikan api, angkat kuali dan biarkan
telur di dalam kuali selama beberapa saat. Gaulkan
telur sesaat. Sajikan scrambled egg di atas roti bakar.
1
2
Bahan:
2 biji telur, 6 sudu besar susu segar
atau susu cair penuh lemak, garam
dan lada hitam secukupnya, mentega
secukupnya untuk menggoreng,
½ black truffle – dicincang halus,
1 keping roti bakar
32
Untuk truffle:
* Tumiskan truffle seketika dengan sedikit mentega
sehingga bau cendawan naik. Angkat dan taburkan ke
atas scrambled egg.
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
eat
He She Eat
S
Foto: dok. he she eat.
ekiranya anda gemar benda-benda manis,
ayuh ke He She Eat. Dengan tingkap kaca yang
mendominasi bahagian luar, He She Eat adalah tempat
untuk ‘melihat dan dilihat’. Hiasan dalaman berwarna
fuschia dan magenta yang terang dengan meja kayu
serta candelier kontemporari membuat anda seronok
untuk menghabiskan masa di sini.
Pelbagai variasi souffle, pannacotta, crepe, waffle,
pastry, atau pemanis mulut berasaskan susu, coklat,
dan telur boleh anda rasa di sini. Anda boleh mencuba
Sakura Strawberry Panna Cotta yang menyegarkan,
Kahlua and Baileys Souffle with Cookie Ice Cream
yang enak, Lemon Cream Pancake Roll yang manis,
dan Soft Hazelnut Chocolate yang ‘mencairkan
hati’. Anda juga boleh mencuba Japanese Caramel
Cheesecake yang kaya rasanya dan Mango Napoleon
rangup. Bukan hanya sekadar lazat, pemanis mulut di
He She Eat juga dihidangkan dengan cantik, seperti
Double Chocolate Mousse yang dihidangkan dalam
balang kecil. Sedap!
Lemon Cream
Pancake Roll
Lokasi: Shop 4, G/F, Ngai Hing Mansion,
22 Pak Po Street, Mong Kok.
Dibuka: Setiap hari 14.00-01.00.
www.facebook.com/HeSheEat
Makanan Jalanan
alanan
M
akanan jalanan di Hong Kong memiliki status
sendiri dalam himpunan masakan dunia. Bukan
itu sahaja, pengalaman merasai makanan jalanan
juga menjadi penanda untuk menentukan kesahihan
kunjungan anda ke Hong Kong. Di setiap sudut jalan di
Hong Kong, amat mudah untuk anda menemui penjual
makanan jalanan. Anda hanya perlu mengikut bau sedap
yang dibawa angin atau hanya dengan memerhatikan
Rasa
barisan panjang yang menanti pesanan.
masam-pedas
Dalam kesibukan Kowloon, anda perlu mencuba
takoyaki
beberapa makanan jalanan istimewa Hong Kong. Bukan
membuat lidah
hanya wafel telur atau bebola ikan, tetapi juga pelbagai
anda menari)
makanan laut yang dipanggang, dibakar, atau digoreng.
Ada juga sayur-sayuran seperti terung atau lada. Belum
Lokasi: Jalan-jalan sekitar Mong Kok
lagi pelbagai pilihan sos yang boleh anda cuba: sos kari,
Dibuka: Setiap hari, biasanya sehingga
mustard, sos BBQ, atau serbuk cili. Hmmm... gabungan
tengah malam
kelazatan tanpa batas.
eat
Hui Lau Shan
D
idirikan sejak tahun 1960an di kawasan Yuen
Long, Hui Lau Shan kini menjadi salah satu kedai
pemanis mulut yang paling popular di Hong Kong
serta mudah ditemui di mana sahaja. Menyajikan
pemanis mulut istimewa Hong Kong yang didominasi
rasa mangga yang manis segar seperti Mango
Combo yang terdiri dari potongan buah mangga
dan buah-buahan segar, ais kisar, dan santan. Untuk
dikongsi bersama rakan-rakan, anda boleh memesan
Mango Platter, tiga pemanis mulut berbeza: Mango
Chunks with Mango Puree and Glutinous Rice
Balls, Crystal Jelly with Mango Chunks and Mango
Ice Cream, dan Mango Mochi with Fresh Mango.
Hui Lau Shan juga menyajikan pemanis mulut
mengikut musim seperti pemanis mulut istimewa
musim, Stewed Bird’s Nest with Harsmar, yang
dihidangkan panas dalam tempurung buah kelapa.
Kandungan sarang burungnya dipercayai mampu
menjaga stamina apabila musim sejuk tiba.
Lokasi: 58-60 Sai Yeung Choi Street.
Dibuka: Setiap hari 11.00-01.00.
Jumaat, Sabtu dan hari cuti 11.00-02.00.
www.hkhls.com
Ming Fat Spicy Crabs
R
asai pengalaman masakan asli Hong Kong dengan
menjamu selera di dai pai dong di kawasan Yau Ma
Tei, lengkap dengan suasana masa silam Hong Kong di
sekitar Temple Street. Sesuai dengan namanya, Ming Fat
Spicy Crabs menyajikan makanan laut istimewa Hong
Kong, Spicy Crabs. Ketam kaya dengan rasa enak disajikan
dengan cepat dan panas. Bukan hanya ketam, Ming Fat
juga menyajikan pelbagai hidangan makanan laut istimewa
Hong Kong seperti Fried Squids yang rangup, Spicy Snails
yang pedas dan mengujakan, dan banyak lagi.
Jika anda berkunjung ke Hong Kong pada musim sejuk,
Ming Fat Spicy Crabs juga menawarkan pelbagai pilihan
periuk tanah dan periuk panas dengan pelbagai lauk atau
sayuran goreng untuk menghangatkan perut di malam
yang sejuk.
34
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
Lokasi: G/F, No 105 Woosung
Street, Jordan.
Dibuka: Setiap hari.
eat
Dai Mok
X
injiang dikenali sebagai daerah yang didiami
orang Muslim di China. Berabad-abad yang
lalu, Xinjiang adalah salah satu kota perdagangan
yang sibuk pada era Laluan Sutera. Tidak hairanlah
apabila masakan Xinjiang dipengaruhi masakan
Timur Tengah.
Kelazatan masakan Xinjiang dapat anda nikmati
di Dai Mok. Suasana Xinjiang juga tidak hanya
dirasai oleh hidangan, tetapi juga dengan seni
bina dalaman yang dihias dengan barang kodi
dan hiasan khas Xinjiang serta muzik tradisional
Xinjiang yang beralun lembut. Anda boleh
menikmati keunikan sensasi masam segar Salted
Jelly Fish sebagai hidangan pembuka. Sebagai
hidangan utama, Dai Mok menyediakan daging
biri-biri menjadi pelbagai hidangan lazat seperti
Lamb Rack yang berjus atau Hand Roll Minced
Lamb. Akhiri hidangan anda dengan Lamb Yogurt
dan teh herbal Lemon Honey Osmanthus Tea
yang panas dan menyegarkan.
Lokasi: 27C Pak Tai Street,
To Kwa Wan.
Dibuka: Rabu-Ahad 12.00-15.00,
18.00-22.30.
Ma’s R e s ta u r a n t
R
estoran ini boleh menjadi pilihan anda sekiranya
anda ingin mencari hidangan halal di Hong Kong,
terutamanya ketika anda berada di Kowloon. Poster
masjid dan warna hijau membuatkan Ma’s Restaurant
mudah ditemui. Menyajikan masakan halal Kanton
sebagai menu utama dan juga masakan Xinjiang, Ma’s
Restaurant digemari oleh bukan hanya pelancong
Muslim bahkan juga orang tempatan.
Ma’s Restaurant menyajikan begitu banyak pilihan
makanan. Anda tidak perlu risau, sebagai hidangan
utama, anda boleh mencuba Sliced Beef with
Vegetable Chow Mein atau sayur goreng penuh
rasa, Braised Vegetable with Dried Scallop and
Mushroom, diiringi semangkuk nasi panas.
Sliced Beef with
Vegetable Chow Mein
Cubalah mi sejuk’
Shredded Beef with
Bean Thread Sheets ini.
Rasanya unik)
Lokasi: G/F, 21-25 Cheung Sha
Wan Road, Sham Shui Po.
Dibuka: Setiap hari, 11.30-23.00.
eat
C afé
N eo
S
iapa yang tidak tergoda dengan
bufet masakan laut segar dan
lazat serta masakan antarabangsa
a la carte yang tersaji sehingga
larut malam? Manjakan lidah anda
dengan hasil laut berkualiti terbaik
seperti udang putih Amerika Syarikat,
isi ketam Alaska, kekapis Australia,
dan kupang New Zealand di Café
Neo. Ditambah pula dengan hiasan
dalaman serta ruangan yang selesa
dan layanan mesra, acara makan
anda akan menjadi sempurna.
Selain daripada masakan utama
seperti Braised Grouper on Bean
Curd and Mushroom and Fried
Rice with Seafood, anda juga boleh
memilih sajian lain seperi Chicken
Makhni, Indian Vegetable Soup,
Mutton Curry dan Tandoori Lamb
Chops yang asli dan penuh perisa.
Selain itu, Café Neo juga menyajikan
menu a la carte seperti pasta,
sandwic, dan pilihan pemanis mulut
seperti Golden Chestnut Cake
yang dibuat dari buah beri segar
dan krim.
Dengan kapasiti 298 orang, Café
Neo menyajikan bufet sepanjang
hari mulai dari Breakfast Buffet
pada pukul 06.30-10.30, Brunch
Buffet 11.00-15.00, Lunch Buffet
12.00-14.30, Tea Buffet 15.00-17.30,
sehingga Dinner Buffet 18.30-21.30,
setiap hari.
Mutton Curry
Braised Grouper
on Bean Curd
and Mushrooms
Lokasi: B1, Regal Oriental Hotel,
30-38 Sa Po Road.
Dibuka: Setiap hari 06.30-23.00.
www.regalhotel.com/regal-oriental-hotel/en
36
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
eat
Kam Wah Café
“P
ineapple bun” atau bo lo bau – salah satu ikon
makanan Hong Kong – terbaik boleh didapati di
sini. Keenakannya diakui pelbagai media dan penulis
blog antarabangsa. Roti ini dipanggil “Pineapple Bun”
kerana bentuk rekahan keemasan di bahagian atas roti
yang menyerupai corak kulit nenas. Bo Lo Bau Kam
Wah Cafe dikenali kerana tekstur rotinya yang gebu
dan lembut serta rasa manis perasa dari hiasan atas Bo
Lo Bau yang berwarna keemasan. Di Kam Wah Café,
anda wajib mencuba Bo Lo Yau. Sebagai alternatif, anda
boleh membelah Bo Lo Bau yang masih panas dan
memasukkan kepingan mentega di tengahnya.
Pelbagai makanan penenang dan makanan ringan
istimewa Hong Kong ini juga wajib dicuba: Egg Tart
dengan kulit rangup dan adunan kastard yang manis,
Mexican Bun yang beraroma kopi, Hong Kong Style
French Toast, atau untuk tenaga tambahan di waktu
pagi, anda juga boleh mencuba Satay Beef Noodle.
Lokasi: G/F, 47 Bute Street, Prince Edward.
Dibuka: Isnin-Ahad 06.30-12.00.
Resepi
Hong Kong
Style French Toast
Bukti-bukti
pengiktirafan
ke atas
kelazatan
juadah di
kafe ini)
Bo Lo Yau
French Toast istimewa Hong Kong menggunakan dua
keping roti yang disapu mentega kacang, ditangkupkan,
kemudian dicelupkan ke dalam telur yang dipukul lalu
digoreng dengan minyak yang banyak. Pastikan minyak
sudah panas ketika anda menggoreng supaya Hong Kong
French Toast anda ranggup dan tidak menyerap minyak.
Bahan:
2 keping roti tawar, 2 biji telur - dipukul, mentaga kacang
untuk sapuan, susu pekat manis – jika perlu, mentega,
madu secukupnya
Cara membuat:
1
2
3
4
Sapu roti dengan mentega
kacang dan susu pekat manis
Celup ke dalam telur yang telah
dipukul sehingga rata
Goreng sehingga berwarna
keemasan
Sajikan panas dengan mentega
cair dan madu
eat
S tarbucks
Sai Yee Street
K
edai Starbucks ini menjadi tempat tumpuan
pelbagai budaya dan trend terbaru di tengah
Sai Yee Street yang dinamik. Dengan visi untuk
mencerminkan ciri-ciri Mong Kok yang kaya dan
bertenaga serta mempromosikan budaya dan
karya seniman tempatan, Sai Yee Street Starbucks
mengandungi jenama cara hidup tempatan G.O.D
dan seniman Stanley Wong dalam merancang dua
tingkat Sai Yee Street Starbucks. Dengan keluasan
besar melebihi 550m2, Sai Yee Street Starbucks menjadi
kedai konsep yang dihias dengan koleksi gambar dari
masyarakat tempatan yang melakukan aktiviti di Sai Yee
Street. Filem, salah satu ikon budaya di Hong Kong,
juga dimanfaatkan Sai Yee Street Starbucks sebagai
elemen penting melalui teater mini dengan skrin seluas
100 inci, pemain video HD, dan audio yang hebat.
Lokasi: 1/F & 2/F, Wai Kee House,
89-91 Sai Yee Street, Mong Kok.
Dibuka: Isnin-Khamis, Ahad dan hari
cuti 08.00-24.00.
Jumaat-Sabtu 08.00-01.00.
Duddell Street
D
uddell Street dengan anak tangga yang diperbuat
daripada batu granit dan empat lampu gas masa
silam Hong Kong menjadi inspirasi bagi gerai Starbucks.
Menyatukan suasana nostalgia masa lalu Hong Kong
dengan reka bentuk istimewa minimalis moden Starbucks,
Duddell Street Starbucks adalah satu-satunya dan juga
Starbucks pertama di dunia yang memiliki sudut bing sutt.
Bekerjasama dengan jenama cara hidup tempatan
G.O.D. salah satu sudut di Duddell Street Starbucks
bertukar rupa menjadi Bing Sutt istimewa Hong Kong,
lengkap dengan pelbagai hiasan dan barangan hiasan
dari era 1950an dan 1970an. Melangkah masuk ke dalam
Duddell Street Starbucks akan membuat anda seolah-olah
melangkah ke masa lalu Hong Kong.
Lokasi: Shop M2, Mezzanine Floor, Baskerville House,
13 Duddell Street, Central.
Dibuka: Isnin-Khamis 07.00-21.00, Jumaat 07.00-22.00.
Sabtu 08.00-22.00, Ahad dan Hari cuti 09.00-20.00.
38
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
eat
Harbour Plaza
8 Degrees Hotel
M
asyarakat Muslim di Asia, memang sudah
biasa dengan Harbour Plaza 8 Degrees
Hotel. Jangan terkejut sekiranya di hotel empat
bintang yang berlokasi strategik di daerah Kowloon
ini, anda dengan mudah bertembung dengan
personaliti-personaliti Asia Tenggara dan Asia
Selatan. Salah satu sebab ramai pelancong memilih
hotel ini adalah lokasinya. Dari hotel dengan
reka bentuk condongan 8 darjah ini di beberapa
bahagian dalamannya, anda mudah menuju ke
MTR Station, Kowloon Bay, kawasan beli belah
Kwun Tong, dan Tsim Sha Tsui. Harbour Plaza 8
Degrees juga menyediakan bas ulang-alik dari
hotel ke beberapa tempat. Anda akan berasa
selesa dengan keramahan staf hotel
dan kebersihan kawasan hotel.
Lokasi: 199 Kowloon City Road,
Tokwawan.
www.harbour-plaza.com/hp8d
Penerima Best Mid-Range
Hotel in Hong Kong 4x berturutturut sejak 2010 dan pelbagai
penghargaan lain
M
C afé 8 D egre es
enu halal juga menjadi salah satu sebab utama orang
Muslim mengunjungi hotel ini. Nikmati sajian bufet
atau pun a la carte pilihan anda di Cafe 8 Degrees. Ada
beberapa menu yang boleh anda cuba kelazatannya di sini
seperti Yum Sum O (udang dan salad limau bali dengan
kacang dan cili), Spaghetti Bolognaise with Cheese,
Roasted Lamb Chop with Rosemary Sauce, atau Indian
Curry Chicken. Untuk minuman, nikmati kesegaran Salty
Mango Lassi, Strawberry Lemonade atau Masala Chai.
Dibuka: Setiap hari
Sarapan pagi: 06.30-10.00, Makan
tengahari: 12.00-14.30 Teh: 15.0017.00, Makan malam: 18.00-23.00
Ahad (Lunch buffet): 12.00-14.30
eat
Cuisine Cuisine
at
the
Mira
J
ika anda ingin makan di tempat yang selesa dengan
hiasan dalaman moden yang berani dan mewah
di Hong Kong, Cuisine Cuisine adalah pilihan yang
tepat. Hiasan candelier yang menarik di atas perabot
berwarna hijau zamrud yang direka sesuai dengan feng
shui bakal menambah tumpuan upacara makan anda.
Restoran yang meraih penghargaan satu Bintang
Michelin ini menyediakan hidangan Kantonis dan
Cina dengan rasa dan hiasan yang unik memikat hasil
kreativiti para chef kelas antarabangsa yang akan
menyediakan menu yang berbeza di setiap musim.
Di sini, anda bakal mengalami tradisi dim sum yang
berbeza dan meninggalkan kesan di hati. Anda juga
boleh mencuba Steamed Lobster with Scallops and
White Truffle atau Steamed Crab Meat, Shrimps
and Vegetables. Bukan itu sahaja, anda juga boleh
merasai Steamed Crab Claw with Black Truffles on
Winter Melon dan Steamed Lobster with Egg White
Topped with Sea Urchin and Fish Roe. Terdapat juga
hidangan-hidangan lain dengan rasa eksklusif yang
boleh anda rasai.
Steamed Crab Claw
with Black Truffles on
Winter Melon.
Lokasi: 3rd Floor The Mira, 118
Nathan Road, Tsim Sha Tsui.
Dibuka: Lunch: Isnin-Sabtu 11.3014.30, Ahad & Hari cuti 10.30-15.00
Makan Malam: setiap hari 18.0022.30
www.themirahotel.com
40
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
eat
A lle g r e t t o
V i v a E s p r e ss o
A
nda tentu sudah biasa dengan pelbagai pilihan
latte art di cawan kopi anda. Namun, bagaimana
pula dengan latte art 3 dimensi atau kopi 3D dalam
pelbagai bentuk haiwan yang melucukan? Di
Allegretto, kreativiti penyaji kopi (barista) dalam
membentuk latte art 3 dimensi membuatkan
pengunjung rela menunggu hingga 30 minit, hanya
untuk mendapatkan secawan kopi dengan latte art
berbentuk panda, beruang, atau kucing yang comel.
Walau apa pun kopi yang menjadi pilihan, anda
boleh meminta penyaji kopi untuk menghasilkan
latte art 3 dimensi secara percuma. Untuk menemani
kopi, anda boleh mencuba Tiramisu yang gebu dan
berkrim, Napoleon Hazelnut Cake dengan kek coklat
mousse yang kaya dan taburan kacang yang ranggup,
kek keju dengan jem strawberi dan aneka buah beri
yang masam segar, atau aneka mufin yang lazat.
Lokasi: Shop 1A, Promenade Level of
Tower 3, China Hong Kong City, 33
Canton Road, Tsim Sha Tsui
Dibuka: Isnin-Sabtu 08.00-20.00
Ahad 10.00-20.00
P a tiss e ri e
Tony Wong
T
Lokasi: - 74 Fuk Lo Tsun Road, Kowloon City.
Dibuka: Setiap hari, 11.00-21.00.
www.patisserietonywong.com
ony Wong yang berpengalaman lebih dari 30
tahun, tidak menghentikan inovasinya dalam
mencipta kek unik daripada bahan yang berkualiti
terbaik. Salah satu hasil kreatifnya yang masyhur ialah
Rose Cake. Kelopak kuih yang berbentuk mawar ini
dibuat daripada coklat yang dibuat dan dirangkai
satu persatu. Ia disediakan dalam pelbagai pilihan
warna seperti merah jambu, coklat, merah, ungu, oren
keemasan dan hijau epal.
Selain daripada Rose Cake, Patisserie Tony
Wong juga menghasilkan kuih bertema Tahun Baru
Cina, Hari Natal, kuih dengan bentuk unik serta
kuih dekoratif yang biasa anda pesan untuk musim
perayaan bersama orang tersayang. Patisserie Tony
Wong juga mencipta ciptaan baru daripada kuih
turun-temurun yang diberikan sentuhan rasa Asia
seperti Green Tea Opera atau Azuki yang dimadukan
dengan rasa Matcha, teh hijau, dan kacang merah.
eat
Spice
D
i tengah kepadatan dan banyaknya kawasan
Tsim Sha Tsui, anda selalu boleh bertemu di
tempat makan dengan atmosfera dan suasana yang
nyaman serta–tentu sahaja–menawarkan hidangan
yang lazat. Terletak di dalam sebuah bangunan
komersial, Spice yang merupakan salah sebuah
restoran halal, menyajikan kulinari autentik Malaysia,
Thailand, dan India.
Hiasan dalamannya yang moden dan elegan
dengan beragam pernik khas Asia menyambut
kedatangan anda. Mulai suapan anda dengan
Thai Pomelo Salad yang segar lagi pedas dengan
udang yang sedap. Malay Satay dengan kuah
kacang masam pedas lagi segar, Stir Fried Mixed
Vegetables yang renyah, atau Thai Green Curry
Chicken dan Thai Yellow Curry Chicken yang
sedap juga boleh membuatkan lidah anda berdecak.
Bagi penggemar makanan pedas, hidangan
autentik India Lamb Rogan Josh mesti dirasa.
Acara menjamu selera tentu tidak lengkap tanpa
Naan, roti khas India yang selalu ada semasa acara
menjamu selera. Spice turut menyediakan Garlic
Naan. Akhiri dengan Mango Lassi yang pekat dan
manis serta menyegarkan.
Sukar untuk membuat pilihan? Spice
menyediakan 3-Course Set Lunch yang disediakan
setiap hari jam 12.00-14.30 dan terdiri daripada Soup
of The Day, 2 pilihan salad, dan 8 pilihan
hidangan utama untuk anda pilih salah
satu daripadanya. Spice juga menyediakan
ruangan VIP untuk santapan peribadi.
Lokasi: 2/F, No. 1 Knutsford Terrace,
Tsim Sha Tsui.
Dibuka: Setiap hari 12.00-15.00,
18.00-00.00.
www.spice-restaurant.hk
42
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
eat
Empire City
R oasted Duck
Lokasi: Shop 221, Level 2, K11 Art Mall,
18 Hanoi Road, Tsim Sha Tsui.
Dibuka: Setiap hari, 11.00-23.00.
D
i sini wujudnya sajiani khas
dari China, terutamanya Beijing
dan Szechuan, di tengah-tengah
kota Hong Kong. Dengan interior
yang moden dan nyaman, nikmati
santapan tengah hari dengan satu
bahagian Peking yang disajikan
sesuai dengan tradisi autentik di
Beijing: dipanggang dengan kayu
laici, disajikan dengan cara digulung
bersama kulit pastri khusus, hirisan
sayur segar, gula, dan sos BBQ.
Variasi menu yang lain tidak
kurang lazatnya. Salah satunya adalah
Stewed Fish Head with Green
Onion. Kelembutan daging ikan yang
lembut dan sedap bergabung dengan
bumbu yang manis dan daun bawang
yang segar, sesuai untuk menjamu
selera tengah hari bagi anda dan
keluarga. Atau cuba juga Stewed Fish
Head with Homemade White Sauce
bersama sensasi rasa yang kaya,
sedap dan berkrim.
Resepi
Stewed Fish Head
with Green Onion
Bahan:
1 kepala ikan tawar berukuran besar
Cendawan butang–jumlah mengikut cita rasa–dibelah
dua
1–2 tangkai daun bawang–potong serong memanjang
3 ulas bawang putih–ditumbuk halus
1 biji bawang merah–dipotong halus
Seledri secukupnya
1-2 senduk makan angciu
Stok ayam yang pekat
Cara membuat:
1
2
3
4
Goreng kepala ikan selama lebih kurang 5 minit,
asingkan.
Tumis cendawan butang, seledri, daun bawang,
bawang putih, bawang merah, halia, dan angciu di
kuali selama 2-3 minit sampai berbau harum.
Tambahkan kepala ikan dan kuah ayam yang
pekat secukupnya. Rebus selama 10 minit hingga
kepekatan terserap.
Hidangkan segera.
eat
Dim Sum Bar
M
enikmati dim sum autentik merupakan satu perkara
yang tidak sepatutnya anda tangguhkan seandainya
berada di Hong Kong. Ada sebegitu banyak variasi dim
sum di Hong Kong ini yang jarang atau bahkan tidak
akan anda temui di negara sendiri. Untuk pengalaman
menikmati dim sum dalam suasana moden, kasual, dan
mengikut aliran, orak langkah kaki anda ke Dim Sum Bar.
Jangan lepaskan peluang menikmati hidangan
istimewa seperti Baked Abalone and Chicken Pastry
yang kaya dengan rasa, Deep Fried Squid Balls yang
lazat, atau Steamed Rice Flour Rolls with Crispy Rice
Nest and Seafood yang sedap dan kenyal. Pelbagai pilihan
bubur, mi, nasi mahupun beraneka hidangan yang sesuai
mengikut musim juga disediakan. Anda boleh memilih
Breakfast Set yang disediakan dari jam 08.00-11.00 atau
Lunch Set yang disediakan dari jam 11.30-14.30. Keduaduanya juga disediakan untuk dibungkus jika anda sedang
mengejar masa.
Lokasi: Shop G103, Ground Floor, Gateway Arcade,
Harbour City, Tsim Sha Tsui.
Dibuka: Isnin-Ahad 08.00-22.30.
www.cafedecogroup.com
Kemanisan rasa Chilled Coconut
Milk and Osmanthus Pudding boleh
mengimbangi rasa sesudah menikmati
dim sum yang sedap.
Antara Dim Sum dan Yum
D
Baked
Abalone
and
Chicken
Pastry
44
Cha
im sum (bererti “menyentuh hati”) ialah hidangan dalam
bahagian yang kecil yang biasa dimakan bersamasama. Kini, dim sum yang mempunyai variasinya sehingga
lebih daripada 2,000 ini sudah menjadi hidangan utama
dengan banyak modifikasi dalam sajiannya.
Umumnya, teh menjadi minuman wajib bersama
dengan dim sum. Tidak hairanlah apabila memakan dim
sum juga dikenali sebagai juga yum cha atau minum teh.
Ketika berada di restoran, cuba perhatikan pelanggan
yang mengetukkan tiga batang jari di meja. Ini ialah cara
yang berasal dari era Dinasti Qing (1644-1911) sebagai
tanda terima kasih ketika seseorang atau pelayan yang
menuangkan air teh ke cawan. Jari telunjuk mewakili kepala
yang menunduk sebagai tanda hormat, dua batang jari yang
lainnya menggambarkan lengan yang sedang sujud.
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
eat
D essert K itchen
M
Lokasi: G/F, 12-12A Hau Fook Street,
Tsim Sha Tsui.
Dibuka: Isnin-Ahad 15.00-01.00.
www.dessertkitchen.com.hk
Resepi
erehatkan kaki dan berbual di petang hari
sambil menikmati pencuci mulut lazat setelah
seharian menjelajah Tsim Sha Tsui sudah tentu
terasa sangat menenangkan jiwa. Dessert Kitchen
menyajikan beraneka pilihan sajian pencuci mulut yang
menyegarkan, bermula daripada yogurt beku, parfait,
sundae, puding, ais campur hingga pencuci mulut khas
Hong Kong, sama ada yang panas ataupun sejuk.
Cuba hidangan pencuci mulut istimewa mereka,
Purple in Love, buih dengan rasa anggur yang segar,
bola tapioca, rasa manis anggur yang segar dari
Jepun, bergabung dengan taro mocha yang kenyal,
sirap anggur dari sari anggur semulajadi dan ais
campur ini boleh mengembalikan senyuman
pada waktu anda berehat setelah berjalanjalan. Selagi masih berada di Hong Kong, cuba
pula pencuci mulut khas kebanggaan orang Hong
Kong, Chilled Mango Sago Cream with Pomelo
yang menyepadukan manisnya potongan buah
mangga dengan asam segar limau Bali, disirami
sirap mangga dan susu pekat manis. Bagi
pencinta pencuci mulut yang berkrim
boleh mencuba Passion Couple
Parfait, atau Strawberry Pudding
yang segar dan Caramel Pudding yang
manis.
Chilled Mango Sago Cream with Pomelo
Bahan:
15 gram limau Bali (pomelo)
2 sudu besar susu segar
1 sudu besar santan
1 sudu besar susu sejat pekat manis
300-400 gram isi buah mangga
dipotong dadu (sisa isi buah mangga
dikisar dan dicampurkan dengan
sirap cair hingga pekat supaya
menjadi sirap mangga)
1 sudu besar sagu mutiara
1 sudu teh sirap gula
Cara membuat:
1. Tuangkan susu segar, santan, dan susu sejat pekat
manis. Tambahkan sirap mangga. Adunkan dengan
sekata.
2. Tambahkan sagu mutiara. Adunkan dengan sekata.
3. Tambahkan pomelo dan potongan mangga. Juga boleh ditambahkan dengan ais campur.
1
2
shop
Street Market
Ladies’ Market
Sneakers Street
S
F
alah sebuah destinasi membeli-belah yang
paling meriah di Mong Kok ialah Tung Choi
Street, atau lebih dikenali sebagai Ladies’ Market.
Lebih daripada 100 buah kedai pakaian, sama ada
pakaian wanita, lelaki, dan anak, aksesori, dan
cendera mata, seperti rantai kunci, magnet dan
set teh. Ladies’ Market menjadi lokasi yang sering
berada dalam senarai tugasan pelancong apabila
berkunjung ke Hong Kong. Bagi mendapatkan
tas tangan pada harga yang rendah, anda perlu
bersiap sedia untuk mengamalkan ilmu tawarmenawar.
Dibuka: Setiap hari,
kebanyakan kedai
dibuka sebelum jam
12.00-24.00.
a Yuen Street lebih dikenali
sebagai Sneakers Street
kerana di sinilah anda boleh
menemui deretan kedai yang
menjual pelbagai jenis kasut dan
perlengkapan olahraga dengan
harga yang berpatutan. Cuci
mata anda kerana anda akan
menemui koleksi terbaru atau
edisi terhad daripada jenama
kasut kesayangan anda di sini.
Psst... kononnya atlet tersohor
dunia juga sering
mengunjungi
Sneakers Street,
salah seorangnya
ialah atlet NBA
Lebron James.
Dibuka: Setiap hari 10.00-22.00/23.00.
Pasar Khusus yang lain
M
ong Kok juga menawarkan pengalaman membelibelah yang tidak dapat dilupakan, sekali gus menjadi
latar belakang bagi pengambilan gambar yang menarik.
Sayang sekali jika anda tidak mengunjungi deretan bunga
dan tanaman hiasan yang beraneka warna di Flower Market
yang ada di sepanjang Flower Market Road di kawasan Prince
Edward. Malahan, Goldfish Market di Tung Choi Street
North juga yang menawarkan pelbagai ‘hidupan air’ dan
perlengkapannya. Yuen Po Bird Garden di Yuen Po Street
juga menjadi alternatif lain buat pencinta unggas.
Dibuka:
- Flower Market: Setiap hari 07.00-19.00.
- Goldfish Market: Setiap hari 10.00-20.00/22.00.
- Bird Garden: Setiap hari 08.00-18.00.
46
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
shop
K11 Art Mall
K
11 Art Mall terletak di tengah-tengah bandar Tsim
Sha Tsui, berdekatan dengan Hong Kong Museum
of Art dan Hong Kong Museum of History. Dengan
keluasan 340,000 m2 dan terdiri daripada 7 tingkat,
K11 Art Mall telah dinobatkan sebagai “The World’s
First Art Mall”. Anda boleh menemui lebih daripada
75 karya seni dari maestro dunia di K11 Collection.
Lokasi: 18 Hanoi Road, Tsim Sha Tsui. Manakala di K11 Design Store, disediakan produk
eksklusif daripada pereka ternama dunia. Secara
Dibuka: Setiap hari 10.00-22.00
www.k11concepts.com
eksklusif, beberapa jenis produk telah dilancarkan
buat kali pertama di Hong Kong.
L angham P lace
L
angham Place Mall yang dikenali sebagai
“Hong Kong shopping hotspot” adalah yang
terbesar di kawasan Mong Kok. Dibangunkan
dengan konsep pusat membeli-belah yang
menegak, Langham Place Mall didirikan di
kawasan seluas 56,000 m 2 , dan setinggi 15
tingkat. Dengan reka bentuk unik The Spiral
di Aras 9 hingga Aras 12, anda tidak perlu
menggunakan eskalator untuk menerokai setiap
tingkatnya. Namun, jika sedang bergegas,
anda boleh memilih Xpresscalators, eskalator
setinggi sekitar 76
meter. Nikmati juga
kelazatan pelbagai
kulinari di medan
selera di tingkat 4
atau ruang makan
dalam alfresco di
tingkat paling atas.
Lokasi: 8 Argyle Street, Mong Kok.
Dibuka: Setiap hari 11.00-23.00.
www.langhamplace.com.hk/en
M ira M all
D
engan keluasan 100,000 m2 ,
Mira Mall terletak di dalam
kompleks hotel The Mira Hong Kong.
Fesyenista boleh mencari koleksi
terkini jenama antarabangsa di dua
tingkat teratas dari keseluruhan
tingkat. Sedangkan bagi barangan
gaya hidup seperti perhiasan rumah,
anda boleh mencari di dua tingkat
bawah. Apabila beg membeli-belah
anda mulai penuh, berehatlah di
Room One Lounge atau Vibes
Open Air Longe Bar. Pelbagai
pilihan kulinari Eropah, China, Jepun
yang lazat dan kafe untuk bersantai
juga ada di sini.
Lokasi: 118 Nathan Road,
Tsim Sha Tsui.
Dibuka: Setiap hari 10.00-22.00.
www.mira-mall.com
shop
iS quare
P
usat membeli-belah yang menempatkan kawasan
Hotel Hyatt Regency ini merupakan pusat
membeli-belah dengan konsep one-stop shopping and
entertainment yang bersambung dengan stesen MTR
Tsim Sha Tsui. Mencecah sehingga setinggi 31 tingkat,
iSquare terdiri daripada pelbagai penyewa.
Selain puluhan outlet fesyen dan pelbagai keperluan
rumah, anda juga boleh menyaksikan filem di Pawagam
UA yang memiliki 5 cineplex canggih termasuk UA
iSquare IMAX yang terbesar di Hong Kong. Sudah
tentu ia dilengkapi dengan berpuluh gerai makanan
dan minuman yang menyajikan aneka makanan
multinasional, dan sebuah restoran fine dining di tingkat
30 dan 31 dengan pemandangan yang menakjubkan
pada 270 darjah Victoria Harbour.
M
The
One
Acara pakaian
beragam menjadi
daya tarikan
pengunjung
Lokasi: 100 Nathan Road, Tsim Sha Tsui.
Dibuka: Setiap hari 11.00-23.00.
www.the-one.hk
48
Lokasi: 63 Nathan Road,
Tsim Sha Tsui.
Dibuka: 10.30 – 22.30.
www.isquare.hk
enjadi kompleks barangan
runcit tertinggi di Hong Kong
dengan 23 tingkat, The One seolaholah menyegarkan wilayah Tsim Sha
Tsui dengan menghubungkan daerah
perbelanjaan tradisional di sepanjang
Canton Road dan Tsim Sha Tsui
Central, sehingga menarik perhatian
sesiapa sahaja yang datang.
The One menggabungkan
lebih daripada 200 buah kedai
di dalamnya dan menawarkan
pengalaman runcit unik semuadalam-satu bagi pelancong. Penuhi
nafsu berbelanja anda, daripada
produk perhiasan, pakaian, aksesori,
kosmetik, perlengkapan rumah, dan
sebagainya. Untuk berehat semasa
membeli-belah, anda boleh memilih
beberapa restoran di Sky Dining yang
terletak di tingkat 17 hingga 21 untuk
menikmati pelbagai hidangan lazat
sambil menghayati pemandangan
indah Hong Kong dari ketinggian itu.
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
shop
H arbour C ity
D
engan keluasan melebihi 185 ribu m 2, bersedialah
menerokai Harbour City, pusat membeli-belah
yang terbesar di Hong Kong. Tidak jauh dari Victoria
Harbour, Harbour City menawarkan pengalaman
membeli-belah, menjamu selera dan hiburan paling
lengkap di Tsim Sha Tsui.
Harbour City terbahagi kepada 5 seksyen: Gateway
Arcade, Ocean Centre, Ocean Terminal, Marco
Polo Hong Kong Hotel Arcade dan Star Annex serta
8 kategori kedai runcit. Masing-masing menawarkan
pengalaman berbelanja yang tidak dapat dilupakan.
Bermula dengan jenama fesyen antarabangsa,
perhiasan, jam tangan, produk kecantikan hinggalah
ke alat elektronik. Apa pun yang anda inginkan, boleh
didapati di Harbour City. Setelah penat membelibelah, Harbour City menawarkan pengalaman
menjamu selera yang tidak dapat dilupakan dengan
pemandangan indah Victoria Harbour di lebih
daripada 50 restoran.
Lokasi: 3–27 Canton Road, Tsim
Sha Tsui.
Dibuka: Setiap hari 10.00-22.00.
G ranville
R oad
A
da begitu banyak alternatif destinasi membeli-belah
yang ditawarkan di Hong Kong. Bagi anda yang
menyukai fesyen, Granville Road menjadi destinasi
yang mesti dikunjungi. Deretan pengeluar kilang yang
menjual jenama tempatan dan antarabangsa serta butik
yang menawarkan fesyen jalanan yang digemari oleh
anak muda, sedia menanti kunjungan anda.
Jika anda ingin mengetahui arah aliran fesyen di
Hong Kong, kunjungi Rise Shopping Arcade di Granville
Road atau Beverly Shopping Centre di Chatham Road
South. Di sini, pereka muda Hong Kong sering mencari
inspirasi untuk koleksi terbarunya. Sama seperti mereka,
anda juga boleh mencari inspirasi gaya dari fesyenista
dan penggaya jalanan atau ‘streetstyler’ Hong Kong yang
lalu-lalang di Granville Road.
Dibuka: Setiap hari
10.00-22.00/23.00.
shop
1881
Heritage
B
Lokasi: 2A Canton Road,
Tsim Sha Tsui.
www.1881heritage.com
M
ayangkan perasaan membeli-belah jenama fesyen dan
jenama mewah antarabangsa seperti Rolex, Tiffany &
Co, Cartier, dan Shanghai Tang di gedung bersejarah. Anda
boleh merasakan pengalaman berbelanja unik ini di 1881
Heritage. 1881 Heritage menghidupkan kembali suasana
Hong Kong pada era Victoria di tengah gemerlap Kowloon,
dengan memanfaatkan gedung bekas markas Hong Kong
Marine Police. Selain membeli-belah, di kompleks 1881
Heritage juga ada beberapa bangunan bersejarah Hong
Kong dari era Victoria yang telah dibina semula, namun
masih mengekalkan struktur aslinya. Bangunan ini kini
digunakan sebagai hotel warisan, ruang pameran, dan
medan menjamu selera fine dining. Di sini juga ada Time
Ball Tower, menara penanda waktu bagi kapal yang akan
berlabuh di Hong Kong pada era sebelum komunikasi radio
dijumpai, serta penanda taufan manual yang bersejarah.
Silvercord
asih di kawasan Canton Road,
pusat membeli-belah Silvercord
Shopping Centre juga seharusnya
anda kunjungi. Dengan suasana yang
lebih santai dan tidak sesak, anda boleh
mencari barangan fesyen kasut dan
aksesori yang mengikut fesyen yang
dijual di seluas enam tingkat pusat
membeli-belah dengan luas keseluruhan
lebih daripada 20 ribu m2 ini. Jenama
fesyen ternama seperti Burberry, Calvin
Klein, Benetton, atau Longchamp boleh
anda temui di Silvercord. Destinasi
membeli-belah ini juga menawarkan
pelbagai restoran dengan aneka hidangan
antarabangsa untuk anda berehat semasa
berbelanja. Dengan semua kelebihan
tersebut, ditambah dengan jaraknya yang
hanya tiga minit dari Stesen MTR Tsim
Sha Tsui, Silvercord menjadi salah satu
Lokasi: 30 Canton Road, Tsim
Sha Tsui.
destinasi pelancongan antarabangsa
Dibuka: Setiap hari 10.00-22.00.
untuk memenuhi keghairahan anda
www.silvercord.hk
berbelanja.
50
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
Foto: dok. Kee Wah Bakery
S hopping C entre
play
sky100 Hong Kong
N
Observation Deck
ikmati permandangan 360° di Victoria Harbour yang lengkap
dengan bangunan pencakar langit serta pemandangan cahaya
kota Hong Kong dari aras ketinggian 393 meter. Anda akan dibawa
dengan lif yang berkelajuan tinggi untuk menuju ke sky100 Hong
Kong Observation Deck yang terletak di tingkat 100 International
Commerce Centre dalam 60 saat! International Commerce
Centre ini merupakan pusat membeli-belah yang tertinggi
di Hong Kong. Sekiranya anda ingin meluangkan masa,
anda boleh menikmati Set Jamuan Hidangan Teh ‘Sky
High Tea’ untuk dua orang di Vista@sky100.
Di paras ini juga, anda boleh menyaksikan pameran
interaktif melalui persembahan multimedia mengenai
kehebatan sejarah dan kebudayaan Hong Kong. Sebagai
cenderahati, ambillah gambar di ruangan bergambar yang
dilengkapi teknologi Augmented Reality (AR) yang terkini.
Maklumat lanjut mengenai pembelian tiket masuk, sila kunjungi
laman sesawang sky100.
Lokasi: 100/F International Commerce Centre, 1 Austin Road West.
Dibuka: Setiap hari 10.00-21.00 (kemasukan terakhir 20.00).
www.sky100.com.hk
ICC Light and
Music Show
G
uinness Book of World Records telah menobatkan ICC Light and
Music Show sebagai ‘pertunjukan cahaya dan muzik terbesar di
sesebuah bangunan’. Pertunjukan cahaya LED yang menakjubkan ini
telah dicipta oleh Hirohito Totsune, seorang pereka cahaya yang terkenal.
Beliau juga turut mereka seni lampu untuk Tokyo Skytree.
ICC Light and Music Show juga mengikut tema yang tertentu
bergantung kepada musim atau perayaan
tertentu yang popular bagi masyarakat Hong
Kong. Pertunjukan ini boleh dilihat di sepanjang
Waterfront Promenade dari Sheung Wan sehingga
ke Causeway Bay. Bagi menikmati pemandangan
visual yang terbaik, pergilah ke anjung di Podium 3
dan Podium 4 IFC Mall yang juga dilengkapi sistem
bunyi audio terbaik untuk mendapatkan kesan bunyi
yang menakjubkan.
Lokasi: International Commerce Centre,
1 Austin Road West.
Dibuka: Setiap hari 19.45 dan 21.00.
www.icclightshow.com.hk
Petak gambar yang
memaparkan teknologi
Augmented Reality
PLAY
Easy 123
S
Dining And
Cooking Studio
Resepi
Bahan:
Lokasi: Shop 221, 2/F, K11,
18 Hanoi Road, Tsim Sha Tsui.
Dibuka: Setiap hari 12.00-22.00.
www.easy123.com.hk/eng
Deep Fried Spring Roll in Squid Shape
• 5 helai kulit popiah, dibentuk
salah satu bahagian tepi agar
menyerupai tentikal sotong.
• 2-3 helai kulit popiah,
dipotong segi tiga (untuk
kepala sotong)
• 60 gram isi sotong kurita
• 20 gram isi sotong, dicincang
halus
• 10 gram cendawan butang,
dicincang halus
• Garam dan gula secukup
rasa
• Putih telur untuk melekatkan
kulit popiah
52
elain menyediakan kek atau kek cawan dengan
dekorasi yang khusus mengikut pesanan anda, Easy
123 Dining and Cooking Studio juga menganjurkan
kelas memasak. Sekiranya anda mempunyai waktu
yang terluang serta ingin menambah pengetahuan
sambil bercuti, anda boleh menyertai Dim Sum
Cooking Class. Kelas memasak dim sum ini juga
boleh diikuti oleh anak-anak kecil. Anda dan si kecil
boleh bersama-sama membuat dim sum yang lazat
berbentuk penguin atau sotong kurita.
Dibantu oleh tenaga pengajar yang profesional, Easy
123 Dining and Cooking Studio kerap menganjurkan
kelas-kelas mengikut tema menjelang perayaan atau
hari pelepasan am seperti Kelas Hidangan Tahun Baru
Cina, Kek Cawan Valentine atau Hidangan Pemanis
Mulut Easter. Selain itu juga, Easy 123 Dining And
Cooking Studio juga menganjurkan
kelas memasak dengan tema yang
tertentu mengikut hari. Untuk
maklumat yang lebih lanjut, sila
layari website Easy 123 Dining
And Cooking Studio.
1
2
3
4
Cara Membuat:
Daging sotong kurita dicincang
sehingga halus dan berbentuk
pes.
Pes sotong kurita dicampur
dengan isi sotong yang dicincang
bersama dengan cendawan
butang yang dicincang.
Letakkan isi yang dicampurkan tadi dengan
secukupnya ke atas kulit popiah. Gulung dan
cantumkan dengan putih telur. Cantumkan potongan
kulit popiah yang berbentuk segi tiga dengan
menggunakan putih telur agar kepala sotong
terbentuk.
Kulit popiah tersebut digoreng secara keseluruhannya
sehingga warna bertukar keemasan, kemudian angkat
dan toskan.
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
PLAY
S
Kowloon Park
etelah menempuh suasana kesesakan di
sekitar Tsim Sha Tsui, berkunjunglah ke
Kowloon Park untuk mencari ketenangan
diri, sebuah taman yang terletak berdekatan
Masjid Kowloon. Taman yang bagaikan
oasis di tengah kesibukan kota ini secara
rasmi telah dibuka kepada umum pada 24
Jun 1970 oleh kerajaan yang memerintah.
Tempat ini amat sesuai untuk berehat.
Anda boleh bersiar-siar sambil menyusuri
jalur pejalan kaki di Chinese Garden
yang terdapatnya kolam teratai dua
tingkat. Percikan air dari sebuah lata
yang menghubungkan dua kolam dan
sebuah junjung di atasnya pasti akan
menambahkan ketenangan anda. Di sini
juga anda dapat melihat kura-kura yang
berjemur di bawah sinaran terik sang suria.
Atau lawati Maze Garden, taman yang
berbentuk labirin di sebuah kawasan seluas
40 x 20 meter. Selain aneka bunga yang
indah, anda juga dapat menjalankan aktiviti
riadah yang terdapat di sana. Tidak
mustahil pada waktu petang dan
hari kelepasan am, terdapat pelbagai
lapisan masyarakat yang menjalankan
aktiviti rekreasi dan sukan di sini.
Lokasi: Tsim Sha Tsui.
www.lcsd.gov.hk
Terletak di sebelah Masjid
Kowloon, ramai pelancong
mengunjungi taman ini
Kung fu Corner
Pelbagai tarikan sering di
selenggarakan di taman ini. Setiap
minggu, tepat jam 14:30 hingga
16:30, misalnya, di salah satu sudut
Sculpture Walk Kowloon Park,
terdapat pertunjukan kung fu (atau
pelbagai seni mempertahankan diri
yang lain) dan pertunjukan tarian
singa untuk pengunjung.
PLAY
Avenue of Stars
S
ekiranya Amerika Syarikat memiliki
Hollywood of Fame, Hong Kong
pula terdapat Avenue of Stars. Terletak
di sepanjang jalan Victoria Harbour,
lokasi ini ditujukan khas buat para
profesional di industri perfileman
Hong Kong yang telah berjaya
mengharumkan nama tanah air ke
dunia persada antarabangsa. Ruangan
ini telah dibuka secara rasminya
kepada masyarakat umum pada 28
April 2004.
Di sepanjang 400 meter jalan ini, terdapat
plak penghargaan, cetakan tangan para seniman
yang masyhur, kenangan filem, patung lagenda
perfileman Bruce Lee dan banyak lagi. Selain
memperingati dunia perfileman Hong Kong,
anda juga boleh menyaksikan
30 pertunjukan muzik,
teater, dan tarian yang
dianjurkan setiap
bulan di Avenue of
Stars. Di kawasan
kompleks pula
terdapat Museum of
Art, Space Museum,
Cultural Centre dan
Clock Tower yang
menarik para pelancong.
Lokasi: the Avenue of Stars Promenade,
Tsim Sha Tsui.
www.avenueofstars.com.hk
54
A Symphony of Lights
D
i antara semua ini, pertunjukan yang
paling menakjubkan adalah A Symphony
of Lights yang dapat anda saksikan dari
sepanjang persiaran Avenue of Stars. Ini adalah
persembahan multimedia yang melibatkan lebih
dari 40 buah pusat membeli belah dari keduadua bahagian pelabuhan Victoria.
Guinness World Record telah menobatkan
Symphony of Lights sebagai pertunjukan
lampu dan bunyi kekal yang terbesar di dunia,
melibatkan cahaya laser dan pancaran lampu
dari puluhan pusat membeli belah di sekitarnya.
Alunan dan tarian cahaya diselarikan dengan
muzik yang dimainkan dengan tema yang
tertentu. Terdapat lima tema yang dimainkan
seperti Kebangkitan, Tenaga, Warisan,
Persahabatan dan Perayaan. Setiap pertunjukan
ini diadakan setiap malam pada jam 20.00.
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
New
Territories
t harta
Di Hong Kong, terdapa
yi. Jauh
karun yang tersembun
da boleh
dari kesibukan kota, an
r sambil
menikmati udara sega
urung yang
memerhati burung-b
njelajah
berterbangan serta me
n dengan
di kawasan pendalama
tkan seperti
aktiviti yang menyiha
rbasikal.
mendaki bukit atau be
eat
L’Eau Restaurant
S
ambil menikmati permandangan sungai Shing Mun,
L’eau Restaurant di Regal Riverside Hotel menawarkan
pengalaman kulinari yang tiada tolok bandingnya. Bagi yang
beragama Islam, anda tidak perlu berasa was-was kerana di
restoran ini juga menyediakan sajian yang halal untuk anda.
Pada tahun 2013, L’eau Restaurant telah memperoleh sijil halal
dari The Incorporated Trustees of The Islamic Community
Fund of Hong Kong. Anda boleh menikmati hidangan anda
tanpa perlu berasa risau kerana dapur dan proses penyediaan
makanan di restoran ini juga telah menepati syarat-syarat
yang ditetapkan untuk memperolehi sijil halal tersebut.
Menu halal yang terdapat di L’eau Restaurant
menawarkan sajian asli dari negara India yang disediakan
oleh chef yang berpengalaman berbelasan tahun.
Chicken Curry, Fish Curry dan Lamb Masala kaya
dengan rempah ratus serta masakan Chicken Tandoori
segar dan pedas disajikan bersama hidangan anda. Untuk
melengkapkan hidangan anda, Saffron Rice yang harum
serta pelbagai pilihan roti Paratha dan Roti Naan, sama ada
roti naan kosong atau roti naan bawang putih melengkapkan
hidangan anda. Selepas anda selesai makan, puaskan rasa
dahaga anda dengan Mango Lassi yang amat menyegarkan.
*)
Lokasi: 3/F, Regal Riverside Hotel,
34-36 Tai Chung Kiu Road, Shatin.
Dibuka: Setiap hari*
www.regalhotel.com
56
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
Berbagai-bagai bahan
makanan menjadi
perhiasan unik restoran
- Bufet Sarapan Pagi 06:00-10:30,
- Bufet Makan Tengah Hari 12:00- 14:30
- Bufet Makan Malam 18:00- 21:30
(Setiap hari)
- Bufet Minum Teh 15:00-17:00 (Sabtu,
Ahad dan Hari Kelepasan Am)
- Bufet Hidangan Lewat Malam
22:00- 00:30 (Jumaat, Sabtu)
eat
C huen K ee
B
Seafood Restaurant
erhampiran dengan dermaga Sai Kung,
anda boleh membeli hasil laut yang segar
dari nelayan tempatan. Pelbagai hasil dari laut
dengan bermacam-macam perisa yang sangat
menyelerakan boleh didapati di sepanjang pelantar
laluan, di antaranya hidangan kudapan sotong
kering yang manis dan pedas.
Sekiranya perut berasa lapar, jejakkan kaki
ke Chuen Kee Seafood Restaurant. Anda boleh
memilih bermacam-macam hidangan makanan
laut dari tangki-tangki yang disediakan di hadapan
restoran untuk dimasak. Antara hidangan terkenal
di restoran ini adalah Boiled Shrimps, Deep-fried
Mantis Shrimps with Pepper, dan Steamed
Abalone yang dimasak bersama rempahan
bawang sehingga membangkitkan selera anda.
Sekiranya jumlah hidangan menu yang mencapai
ratusan ini membuatkan anda bingung, pilihlah
menu set hidangan. Bagi 5 orang, Chuen Kee akan
menyediakan 5 jenis hidangan makanan laut, 1
sayuran dan 1 pencuci mulut.
Lokasi: 51-55 Hoi Pong Street, Sai Kung.
Dibuka: Setiap hari 07.00-15.00 (Yum Cha),
11.00-22.30 (Seafood).
S ai K ung Café & Bakery
S
ambil berjalan-jalan di Sai Kung yang tenang
dan cerah, singgahlah sebentar ke Sai Kung
Café and Bakery. Selain menyajikan kuih serta
manisan istimewa Hong Kong, kafe ini juga
terkenal dengan Portugese Egg Tart dengan
kastard yang diperbuat dari kuning telur dan
berasa sungguh lazat dan kental, serta Fresh
Milk Tart yang diperbuat dari putih telur dan
susu segar. Kulit luar tart yang ranggup serta
kastard yang lazat, dan disajikan panas, keduaduanya amatlah sesuai untuk dijadikan santapan
sampingan sambil berjalan-jalan menyusuri
Sai Kung atau boleh dinikmati ketika duduk
bersantai sambil menikmati pemandangan.
Sai Kung Café and Bakery juga menyediakan
pelbagai jenis hidangan teh, kopi mahupun
hidangan minuman coklat sambil anda
menikmati makanan pilihan anda.
Lokasi: G/F, 6-7 Kam Po Court, 2 Hoi Pong
Square, Sai Kung.
Dibuka: Setiap hari 07.00-22.30.
eat
Fung Lum
T
Lokasi: 45-47 Tsuen Nam Road, Tai Wai,
Sha Tin.
Dibuka: Setiap hari 11.00-15.00 (lunch),
17.30-22.30 (dinner)
idak mustahil untuk anda mengecam Fung
Lum Restaurant yang terletak di seberang
Exit A Tai Wai MTR Station, dengan dinding yang
berwarna kuning terang serta pintu gerbang yang
melengkung seperti kediaman Cina pada waktu
lampau. Di bahagian dalamannya, ciri-ciri istimewa
jelas kelihatan. Meja bulat, gaya hiasan, gaya
pembahagian klasik, sehinggalah pelayan restoran
yang ramah dan segak dalam pakaian vest dan
baju kot.
Antara menu terkenal yang termasuk dalam
Michelin Guide Hong Kong dan Macau 2013 adalah:
Baked Shrimp with Salt, Roast Pigeon, Lettuce
with Crab Meat, Fried Stuffed Bean Curd with
Soy dan Minced Beef Soup. Sebagai hidangan
penutup, cubalah salah satu pemanis mulut
istimewa kulinari Kanton: Red Bean with Sticky
Rice. Dengan kualiti dan rasa sebenar yang
terpelihara selama puluhan tahun, maka tidak
hairanlah jika pelanggan setia Fung Lum terdiri dari
kalangan orang-orang yang masyhur di Hong Kong.
Honeymoon Dessert
C
ubalah Durian Pancake ala Honeymoon
Dessert di ‘tempat kelahirannya’, iaitu
daerah Sai Kung. Didirikan sejak tahun 1995,
kedai yang khususnya menyediakan hidangan
pencuci mulut ini telah berkembang sehingga
ke negara luar. Penyediaan dengan balutan
plastik yang khas semakin menguatkan gaya
tersendiri Honeymoon Dessert.
Semua menu yang terdapat di sini harus
dicuba. Misalnya, Mango Pomelo & Sago Tofu
Pudding with Sweet Soup adalah pemanis
yang sejuk. Terdapat juga Double Mountain –
dua bebola ais krim yang disajikan di dalam
sos vanilla. Sekiranya anda mahukan hidangan
yang panas, pesan Sweet-Potato Soup
yang disajikan bersama sirap
halia, amat sesuai dinikmati
ketika musim sejuk. Kulinari
Hong Kong memang tidak
ada tolok bandingnya untuk
hidangan cita rasa yang asli.
58
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
Lokasi: G/F, 10A, B, C Po Tung Rd,
Sai Kung.
Dibuka: Setiap hari 13.00-02.00.
www.honeymoon-dessert.com
eat
Buah Tangan Berbentuk Snek
Sebagai salah satu syurga masakan dunia, adalah wajar apabila makanan istimewa Hong
Kong dibawa pulang ke tanah air sebagai cenderahati. Dua tempat ini harus dicuba.
Wing Wah
Cake Shop
B
ermula sebagai sebuah kedai kuih yang
sederhana di kawasan Yuen Long pada
tahun 1950, Wing Wah Cake Shop kini memiliki
lebih daripada 40 buah cawangan di seluruh
Hong Kong. Salah satunya berada di Lapangan
Terbang Antarabangsa Hong Kong. Dengan
matlamat untuk memperkenalkan secara meluas
serbuk teh dan kuih muih yang mempunyai
ciri-ciri istimewa Hong Kong, Wing Wah hanya
menggunakan ramuan yang terbaik untuk
menjamin kualiti produknya. Cubalah koleksi
Chinese Cakes dari Wing Wah, antaranya
Wife Cake, Egg Rolls, Phoenix Rolls, Sesame
Cakes, Walnut Cookies dan Almond Cakes
and Cookies. Wing Wah juga menawarkan
bermacam-macam pilihan serbuk teh Cina yang
sangat berkualiti yang boleh dibawa pulang.
Kee Wah BAKERY D
Lokasi: Shop SHT15, MTR Shatin Station,
Shatin (lihat juga lokasi lain di laman web
rasminya)
Dibuka: Setiap hari 07.30-22.00.
www.keewah.com
Lokasi: 86 Main Road, Yuen Long.
(lihat juga lokasi lain di laman web rasminya)
Dibuka: Isnin-Ahad 08.00-21.00.
www.wingwah.com
idirikan pada tahun 1938, Kee Wah Bakery kini
telah mempunyai lebih dari 50 buah cawangan
di seluruh Hong Kong termasuk di Hong Kong
International Airport. Produknya turut dikenali
sebagai The Souvenir of Hong Kong yang terkenal
dengan Chinese pastries. Bawa pulang Winter
Melon Pastries, pastri klasik istimewa Hong Kong
yang diperbuat daripada tepung gandum yang
terbaik, pes buah kundur, dan bijan. Atau Sweet
Crispies, snek manis tradisional Manchu yang
diperbuat daripada kacang gajus dan walnut yang
disajikan bersama madu. Egg Rolls yang ranggup
dalam perisa Mentega, Bijan Hitam, Kelapa dan Kopi
atau Panda Cookies dengan rasa
coklat yang lemak dan berbentuk
lucu juga boleh dijadikan
cenderahati.
play
FOTO: DOK. HONG KONG HERITAGE MUSEUM
The Hong Kong
Heritage Museum
D
i muzium ini, anda dapat mempelajari
pelbagai budaya eksotik dan sejarah
Hong Kong. Latar belakang lokasinya
kelihatan indah di kelilingi rimbunan pepohon
dan di tepi sungai yang luas. Tambahan lagi,
lokasinya yang jauh dari bangunan pencakar
langit di Sha Tin membuatkan bangunan
muzium ini tampak hebat dengan gaya
seni bina tradisional Si He Yuan yang cantik
dipandang mata.
Dibuka pada Disember 2000, The Hong
Kong Heritage Museum ini terbahagi kepada
12 galeri pameran yang setiap satunya
menceritakan tentang peninggalan budaya,
sejarah, dan kesenian Hong Kong dan di
sekitar Wilayah Cina Selatan. Anda juga
boleh melihat koleksi lukisan indah karya
dari artis Zhao Shao’ang serta mendalami
perkembangan opera Kanton yang terkenal.
S
‘Rumah’ Bruce Lee
ekiranya anda hanya mengenali Bruce Lee sebagai
lagenda kung fu, anda juga harus mengunjungi pameran
Bruce Lee: Kung Fu.Art.Life yang dikenali sebagai Hong
Kong Heritage Museum yang turut bekerjasama dengan
Yayasan Bruce Lee di Amerika Syarikat. Di muzium ini,
anda boleh mengenali Bruce Lee yang bukan sahaja
sebagai pendekar seni mempertahankan diri, tetapi juga
keperibadian dan falsafah hidupnya yang sangat jitu.
Anda pasti terpesona dengan lebih dari 600 memorabilia
yang berkaitan dengan Bruce Lee dan perjalanan hidupnya.
Ini semua dikumpulkan daripada pengumpul dan organisasi
tempatan serta antarabangsa.
Lokasi: 1 Man Lam Road, Sha Tin.
Dibuka:
- Isnin, Rabu-Jumat 10.00-18.00.
- Sabtu, Ahad, hari cuti 10.00-19.00.
- Hari Krismas dan Tahun Baru Cina 10.00-17.00.
- Selasa tutup (kecuali hari cuti) dan
dua hari pertama Tahun Baru Cina
www.heritagemuseum.gov.hk
60
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
Dok. Hong Kong Heritage Museum
Dok. Hong Kong Heritage Museum
Dok. Hong Kong Heritag
e Museum
play
FOTO: DOK. HONG KONG WETLAND PARK OF THE AGRICULTURE, FISHERIES AND
A
Hong Kong
Wetland Park
jak si kecil untuk belajar mencintai dan
melestarikan alam sejak awal dengan
mengunjungi Hong Kong Wetland Park. Taman
pelancongan eko bertaraf dunia ini terdiri daripada
Visitor Centre seluas 10,000 m2 dan 60 hektar
kawasan bakau rizab tanah lembap Wetland Reserve.
Setelah menjelajahi Wetland Interactive World di
Visitor Centre, anda dan si kecil boleh mengunjungi
galeri pameran, menonton filem di teater, serta
bermain di taman dalam bangunan Swamp
Adventure. Di Wetland Reserve, anda dan si kecil boleh
melihat pelbagai flora dan fauna endemik Hong Kong.
Anda dan si kecil boleh melihat burung di tiga kawasan
habitat burung, melihat kupu-kupu di Butterfly
Garden, atau menyelusuri lorong Stream Walk dan
Mangrove Boardwalk.
Lokasi: Wetland Park Road, Tin Shui Wai.
Dibuka: Isnin, Rabu-Ahad 10.00-17.00* (Selasa dan hari cuti tutup).
Kaunter tiket dibuka mulai pukul 09.30-16.00
www.wetlandpark.gov.hk
* Waktu operasi boleh
berubah mengikut keadaan
cuaca
Fotanian
H
Open Studios
ong Kong juga memiliki poket budaya
yang patut anda terokai. Salah satunya
Fotanian Open Studios. Memanfaatkan
kekurangan ruang, para seniman mengimbangi
ruang-ruang kosong bangunan di pusat
industri Wah Luen menjadi studio seni dan
mempamerkan karya mereka. Komuniti
Fotanian kini sudah mempunyai lebih dari 250
pekerja seni dan lebih 88 studio seni.
Pada setiap Januari, para seniman Fotanian
menganjurkan Fotanian Open Studios
Programme. Dalam acara ini, anda boleh
mengunjungi bengkel dan berinteraksi secara
langsung dengan para seniman. Selain itu,
ketika Fotanian Open Studios Programme juga
diadakan Fotanian Open Studios Guided Tours.
Sila lawati laman web rasmi Fotanian Open
Studios untuk maklumat lebih lanjut.
Lokasi: Wah Luen Industrial Centre,
15-21 Wong Chuk Yeung Street, Fo Tan.
www.fotanian.org
play
B erb a sik a l
Di tengah kesesakan lalu lintas dan bangunan yang tinggi, Hong Kong
menawarkan anda pengalaman menyeronokkan untuk berbasikal. Dengan
lokasi yang tidak jauh dari ibu kota, laluan berbasikal ini bakal membawa
anda menyelusuri alam, sejarah dan budaya Hong Kong.
© Hong Kong Discovery
JaLAN Sha Tin ke Tai Po
Laluan: Sungai Shing Mun ke
Tai Po Waterfront Park
Masa perjalanan purata:
Kurang dari 3 jam
Jarak: Sekitar 16 km
Tahap Kesukaran: Mudah
© Hong Kong Discovery
D
i laluan berbasikal ini anda dapat
menyaksikan keindahan pemandangan
gunung-ganang dan pantai di New
Territories. Anda akan melalui Sungai Shing
Mun yang pada mulanya merupakan sebuah
teluk kecil yang diubah menjadi sungai untuk
mengembangkan Sha Tin sebagai daerah
pinggir bandar dan Hong Kong Science
Park, pusat perniagaan dan penyelidikan
untuk industri sains dan teknologi Hong
Kong serta pelbagai bangunan dengan gaya
seni bina moden dan canggih.
Lokasi lain yang dilalui adalah Pak Shek
Kok Promenade yang menghubungkan Sha
Tin dan Ma Liu Shui, Tolo Harbour Cycling
Track dengan pemandangan alam yang
62
© Hong Kong Discovery
cantik Pat Sin Leng, sebuah gunung yang
mempunyai lapan puncak selari. Laluan ini
berakhir di Tai Po Waterfront Park, taman
urban terbesar di Hong Kong (22 hektar)
yang memiliki lokasi menarik seperti Insect
House, teater terbuka dan sebagainya.
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
play
JalAN Tai Po ke Tai Mei Tuk
Laluan: Tai Po Waterfront Park ke
Tai Mei Tuk
Masa perjalanan purata: Kurang
dari 1.5 jam
Jarak: Sekitar 9 km
Tahap Kesukaran: Mudah
© Hong Kong Discovery
Tokong Tai
Wong Yeh)
Suasana alam
yang indah di
Plover Cove
Country Park
© Hong Kong Discovery
D
ari Tai Po Waterfront Park, anda akan
dibawa menuju Tokong Tai Wong Yeh
yang berada di Yen Chau Tsai, bekas pulau
kecil. Tokong ini dibina oleh sekelompok
nelayan ketika dinasti Qing (1644-1911)
untuk menyimpan batu keramat yang
dipercayai memiliki kekuatan untuk
melindungi diri. Setelah mengunjungi
tokong, perjalanan diteruskan ke Tai
Mei Tuk. Di sini, banyak aktiviti boleh
dilakukan seperti barbeku, sukan air, dan
bermain layang-layang. Dari sini, anda
dapat menaiki cerun menuju ke empangan
Plover Cove Reservoir dan berbasikal di
sana sambil menikmati pemandangan
hamparan luas air yang biru.
© Hong Kong Discovery
PLAY
Tip Berbasikal
di Hong Kong
1
Carilah laluan yang
boleh anda tempuhi.
Jika ingin berbasikal
di jalan raya, anda
perlu lebih berhati-hati
mempertimbangkan
keadaan jalan dan
pengguna jalan raya yang
lain. Patuhi juga penanda
lalu lintas yang ada.
3
Periksa keadaan basikal
dan kelengkapannya
sebelum digunakan.
Bawa sekali peta, air minuman,
makanan ringan, baju hujan
dan kit pertolongan cemas.
Elakkan daripada membawa
barang-barang besar yang boleh
menganggu anda menunggang
basikal.
5
Di tempat sewaan
basikal, pelajari
peraturan yang ada
sebelum membayar.
64
BIKE
RENT
2
Sepanjang
laluan, jangan
berbasikal
bersebelahan,
kecuali ketika
memotong.
Berbasikal terus di
sebelah kiri dan jangan
zig-zag, serta jaga jarak dengan orang
berbasikal di hadapan.
4
Perhatikan
cuaca dan
keadaan jalan raya.
Jangan memaksa
diri sekiranya hujan
dan keadaan jalan
menjadi licin.
6
Untuk kecemasan,
sila hubungi 112 atau
999.
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
Outlying
Island
n
Keselesaan lingkunga
uat anda
kepulauan akan memb
an msyarakat
relaks, bersatu deng
nikmati
kampung sambil me
rgunungan
keindahan barisan pe
njadi
yang seolah-olah me
ani pasir
aid
penjaga bagi perm
n kilauan air
sepanjang pantai da
laut yang melimpah.
play
Pulau Lantau J
Pemerintah menandai setiap
rumah sebagai identitas
resmi penduduk asli.
elajahi Tai O, sebuah perkampungan
nelayan masyarakat Tanka –
masyarakat tradisional yang tinggal di atas
kapal di pesisiran Cina bahagian selatan
dan menjadikan memancing sebagai mata
pencarian. Mereka membina rumah yang
bersebelahan, membentuk komuniti kukuh
yang tinggal di atas air. Pada hari kelima
bulan kelima kalendar Cina, para nelayan
mengadakan sebuah ritual keagaaman
yang dikenali dengan nama Perarakan Air
Perahu Naga Tai O (atau Perarakan Dewadewa Tai O) sebagai tanda kesyukuran
mereka kepada para dewa.
Selain itu, pulau terbesar di kelompok
Outlying Islands ini menawarkan
pelancongan yang menyenangkan mata,
rasa, dan jiwa. Nikmati perjalanan yang
menenangkan jiwa di Jalan Kearifan dan
Biara Po Lin dengan Giant Buddha, atau
bersuka ria di Hong Kong Disneyland.
Semestinya pemandangan alam di luar
bandar dan pantai ini menyeronokkan hati
manakala barisan pasar makanan yang
menggecarkan lidah.
Tai O Heritage Hotel
M
asa sehari tidak cukup
untuk menjelajahi Pulau
Lantau. Anda boleh memilih Tai
O Heritage Hotel dan menginap
di situ. Hotel yang dibuka pada
tahun 2012 ini pada mulanya
merupakan stesen polis Tai O untuk
menjaga penduduk dari lanun dan
penyeludup serta memperkenalkan
undang-undang Inggeris ke seluruh
tanah jajahan.
66
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
eat
TAI O STREET FOOD
T
ai O menawarkan suasana yang damai dan tenang
bandar kecil. Selain sejarah dan pemandangan
semula jadinya, anda tidak boleh melepaskan keunikan
makanan dan minuman tempatan serta membawa pulang
cenderamata laut istimewa Tai O. Salah satu makanan
ringan istimewanya adalah keropok yang dihidangkan
dengan gula malt cair yang sudah jarang ditemui di Hong
Kong.
Namun kemuncak dari pengembaraan kulinari anda
sudah tentulah adalah makanan ringan dari hasil laut
tempatan istimewa Tai O. Cuba bebola ikan atau perut ikan
dengan perasa kari istimewa yang diolah dari 12 perisa
istimewa di kedai Ching Ching. Kelazatan pelbagai jenis
hasil laut tempatan yang dipanggang dengan perasa pedas
manis juga boleh anda rasai di Tai O Grilled Street Food.
Jangan lepaskan rasa garing egg waffle (gaidaan jai) ala Tai
O yang dinobatkan sebagai salah satu egg waffle terbaik di
Hong Kong oleh CNN Travel. Anda hanya
perlu memilih perisa pandan atau
vanila.
Untuk menghilangkan dahaga
setelah berjalan menyusuri Tai O,
anda boleh mencuba manisan
limau Mandarin Tai O
istimewa yang dipercayai
mampu menyembuhkan
sakit tekak. Masyarakat
tempatan biasanya
menghidangkannya
panas dengan air garam,
atau disajikan sejuk
dengan Sprite sehingga
menghasilkan rasa segar
yang unik. Atau, nikmati toufu
fa (puding tauhu) yang dihidangkan
sejuk dan dilitupi dalam sirap halia
pekat. Pelbagai puding dengan cita
rasa tempatan seperti osmanthus
dan bijan juga boleh anda bawa
sebagai makanan ringan dalam
perjalanan pulang ke Hong Kong.
Semuanya boleh didapati dengan
mudah di hampir semua gerai
penjaja makanan ringan tempatan.
Lokasi:
Ching Ching: Market Street 13, Tai O Street Market.
Tai O Grilled Street Food: Wing On Street 14.
play
Budaya
& Tradisi
D
aya penarik Tai O bukan hanya sekadar
deretan pentas di perkampungan nelayan
tradisional. Di Tai O Cultural Workshop
anda boleh melihat bagaimana kehidupan
tradisional sehari-hari di Tai O. Muzium
peribadi ini mengumpulkan peralatan rumah
tangga dan gambar-gambar sekitar Tai O dari
warga tempatan. Melalui kenang-kenangan
tersebut, anda boleh mengetahui tradisi
dan budaya orang-orang
Tanka, penduduk asli Tai
O, sebelum disentuh
kepesatan kemodenan.
Pembikinan
baram dan
industri perikanan
dahulunya menjadi
mata pencarian
utama penduduk Tai
O. Pembikinan garam
mulai ditinggalkan
apabila Tai O memasuki
era moden, paya bekas
pembuatan garam perlahan-lahan
mula ditumbuhi dengan tanaman bakau.
Kini, separuh dari spesis bakau di Hong Kong
boleh ditemui di Yim Tin Mangrove Forest.
Salah satunya adalah tanaman oleh warga
tempatan yang di sebut pokok tahan ombak
kerana ketahanan dan kelenturannya menahan
gelombang laut.
Produk budaya yang lain tentulah makanan
istimewa. Bukan sahaja toufu fa atau puding
tauhu yang lembut dengan sirap halia yang
panas, Tai O juga memiliki makanan dan
minuman ringan seperti cha guo atau kek teh
yang manis kenyal, serta puding kacang merah
yang lembut dan manis.
Tai O Cultural Workshop
Lokasi: 54 Tai O Wing On Street.
68
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
Toufu fa, segar
dinikmati dengan
sirap halia)
play
Ngong Ping 360
M
enjelajahi Pulau Lantau boleh dilakukan dengan
cara yang lebih cepat dan mudah, iaitu dengan
menaiki kereta kabel terbesar di Asia, Ngong Ping
360. Hanya 25 minit dan anda boleh menikmati
pemandangan sebahagian Hong Kong dari tempat
yang tinggi. Dengan kereta kabel yang melalui kabel
sepanjang 7.5km dari terminal Tung Chung ke terminal
penamat Ngong Ping ini anda akan menyaksikan
keindahan air laut yang biru dan pergunungan yang
hijau melalui lantai kaca di bawah kaki anda.
Perjalanan anda menjelajahi Pulau Lantau akan
berterusan dengan eksotik. Sebaik sahaja turun dari
kereta kabel, anda akan disambut oleh kampung
warisan budaya, kampung Ngong Ping seluas 1.5
hektar. Di sini anda boleh menikmati pelbagai destinasi
budaya seperti patung Tian Tan Buddha atau lebih
dikenali sebagai Big Buddha, sebuah patung Buddha
gangsa duduk di luar bangunan terbesar di dunia, Biara Po Lin, Piazza Ngong
Ping, dan Wisdom Path. Jangan pula terlepas pertunjukan multimedia Walking with Buddha
yang mengisahkan tentang Siddhartha Gautama dengan kesan visual menarik, serta membeli
makanan dan barangan cenderamata di Country Market. Rindukan masakan halal? Silakan
singgah di restoran bersijil halal Ebeneezer’s Kebab and Pizzeria yang menyediakan hidangan
Timur Tengah dan kebab India.
Lokasi: Ngong Ping, Lantau Island.
Dibuka: Isnin-Jumaat 10.00-18.00,
Sabtu-Ahad & hari cuti 09.00-18.30
www.np360.com.hk
Pertunjukan
multimedia
Walking with
Buddha
play
Hong Kong Disneyland
Pesta kembang api
Disney in the Stars
Flights of Fantasy Parade
idak perlu ke tempat jauh sehingga ke
negara Uncle Sam untuk mewujudkan
fantasi keluarga anda di rumah si tikus cilik,
Mickey Mouse dan si itik comel, Donald Duck.
Di Hong Kong Disneyland Resort, yang jaraknya
cuma tiga jam setengah penerbangan dari
Kuala Lumpur, anda sudah boleh berpuas hati
dengan keseronokan bermacam karakter hidup
Disney, keseronokan pelbagai daya tarikan dan
pengembaraan, pelbagai cenderamata istimewa
Disney yang unik, serta tentu sekali, hmmm...
kelazatan makanan yang tersedia.
Sejak dibuka pada September 2005, Hong
Kong Disneyland Resort telah menarik lebih
38 juta pengunjung dari seluruh dunia.
Saksikan perarakan Flights of Fantasy yang
unik dan interaktif dan dibuat secara eksklusif hanya
untuk Hong Kong Disneyland. Barisan daya tarikan ini
juga perlu anda cuba: The Many Adventures of Winnie the
Pooh, pengembaraan Jungle River Cruise, pertunjukan
unik tiga dimensi Mickey’s PhilharMagic, dan kenderaan
mendebarkan seperti Space Mountain dan RC Racer. Seluruh
daya tarikan di sana termasuk dalam senarai lima teratas
sebagai daya tarikan yang paling diminati oleh pengunjung.
Lokasi: Lantau Island.
Dibuka: Setiap hari 09.30-21.00 (boleh
berubah pada bila-bila masa)
www.hongkongdisneyland.com
70
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
FOTO: DOK. HONG KONG DISNEYLAND
T
Hidangan Halal
Hong Kong Disneyland
Mencari makanan di Hong Kong Disneyland adalah mudah bagi pelancong Muslim. Terdapat
lima restoran yang menyediakan hidangan bersijil Halal dari The Incorporated Trustees of The
Islamic Community Fund of Hong Kong sejak musim bunga tahun 2012. Selain Walt’s Cafe di
Hong Kong Disneyland serta Chef Mickey dan Studio Lounge di Disney’s Hollywood Hotel,
terdapat dua lagi restoran di Hong Kong Disneyland Park, iaitu:
FOTO: DOK. HONG KONG DISNEYLAND
Explorer’s Club
M
enawarkan pelbagai hidangan terkenal
dari Indonesia, Japan, Korea, dan Asia
Tenggara seperti Korean Ginseng Chicken
Soup, Nasi Goreng, dan Javanese Vegetable
Curry. Anda akan berasa selesa dan menjamu
dengan penuh selera bersama keluarga di
dalam tempat yang sangat luas dan dihias
dengan hiasan eksotik yang dibahagikan
kepada ruang-ruang makan bertemakan Mesir,
Rusia, Maghribi, India, dan China
Lokasi: Mystic Point, Hong Kong Disneyland Park,
Lantau Island.
Dibuka: Setiap hari 11.30 sehingga pertunjukan Disney in the Stars dimulakan.
Tahitian Terrace
R
estoran yang bertemakan tropik ini
menawarkan pelbagai hidangan Asia
Selatan seperti Middle East Chicken Steak
with Rice, dan Singaporean Laksa Rice
Noodle Soup serta masakan vegetarian cara
India. Anda juga boleh menemui pelbagai kari,
kebab, laksa dan masakan istimewa Malaysia
di restoran yang berada di dalam bahagian
Adventureland ini. Anda juga boleh mencuba
Black Lentil Set dan Lemongrass Chicken
Steak with Coconut-flavoured Rice.
Lokasi: Adventureland, Hong Kong Disneyland Park,
Lantau Island.
Dibuka: Setiap hari 11.30 sehingga pertunjukan Disney in the Stars dimulakan.
shop
Citygate Outlets Mall
I
ni adalah salah satu destinasi pilihan pelancong untuk
membeli-belah. Merupakan outlet mall terbesar di Hong
Kong, Citygate Outlets Mall menyediakan lebih daripada
80 jenama antarabangsa yang menawarkan diskaun dari
30 sehingga 70 peratus sepanjang tahun. Dari pakaian
dewasa dan kanak-kanak, peralatan sukan, aksesori,
produk kecantikan sehinggalah ke perhiasan rumah.
Selain itu, terdapat juga 16 cawangan kulinari dan
kemudahan hiburan seperti pawagam UA Citygate dan
juga spa. Pusat membeli-belah ini direka khas dengan
sebuah tempat makan terbuka yang terletak di sebelah air
pancut kinetik terbesar di Asia.
Terletak hanya 10 minit dari Hong Kong International
Airport dan berdekatan dengan stesen MTR Tung Chung
berhampiran Novotel, Citygate Outlets berbaloi menjadi
persinggahan pertama sebaik tiba di Hong Kong dan
boleh juga menjadi tempat untuk membeli-belah
saat akhir sebelum meninggalkan Hong Kong!
Lokasi: 20 Tat Tung Road,
Tung Chung, Lantau Island.
Dibuka: 10.00-22.00
www.citygateoutlets.com.hk
72
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
Ambil risalah
panduan membelibelah di pintu
masuk supaya
perbelanjaan
anda lebih
berkesan
play
Pulau
Lamma
L
okasinya yang tidak jauh dari pusat
bandar Hong Kong dengan hanya 30
minit perjalanan. Tempat yang tenang,
alam yang indah, dan kepelbagaian budaya,
ditambah pula dengan laluan mendaki yang
mencabar, kedai dan kafe pelbagai budaya,
dan restoran makanan laut, membuatkan
pulau ini menjadi tempat percutian hujung
minggu yang terkenal.
Ada pelbagai destinasi berbaloi
dikunjungi pelancong yang pastinya
bakal mengagumkan anda. Dari kampung
nelayan tradisional dengan penduduk asal
sehingga masyarakat moden yang memiliki
percampuran budaya antara Barat dan Cina.
Perbezaan ini mencipta suasana unik yang
membezakannya dengan kawasan sibuk di
tengah kota Hong Kong.
Kampung Nelayan Lamma
K
ehidupan di Pulau Lamma tidak dapat
dipisahkan dari laut dan masyarakat yang
memupuknya sungguhpun industri perikanan
sudah tidak lagi menonjol seperti suatu masa
dahulu. Di sini anda boleh memahami cara
kehidupan di pulau walaupun dengan industri
yang berkembang pesat di dalamnya.
Di bawah arahan penduduk asli dan
nelayan yang telah bersara, mereka membuat
beberapa jenis projek untuk mempertahankan
kaedah tradisional dalam menangkap ikan,
tidak hanya di Pulau Lamma bahkan juga
di Hong Kong. Anda akan dibawa untuk
mencuba beberapa cara seperti mengail,
menangkap ikan besar, menebar jalan, dan
menjalin tali. Hmm...menyeronokkan!
Lokasi: 2/F, 20 Sok Kwu Wan
First Street, Sok Kwu Wan
Lamma
WINDS
Lokasi: Tai Ling.
www.hkelectric.com
I
ni adalah kincir angin yang menjadi
penjana elektrik menggunakan tenaga
angin pertama di Hong Kong. Dengan
ketinggian 71 meter, kincir angin ini mampu
menggerakkan turbin berkuasa 800 kW.
Maklumat tentang projek Lamma Winds
boleh diketahui di bawah menara turbin,
boleh juga dilihat meter tenaga yang
menunjukkan data masa sebenar dari
prestasi turbin, termasuk kelajuan angin,
pengeluaran kuasa, jumlah tenaga elektrik
yang dihasilkan, dan kadar CO2 yang
dikurangkan. Di Lamma Winds, anda juga
boleh menyaksikan pameran tenaga yang
boleh diperbaharui.
play
Tokong Tin Hau
T
Pantai Hung Shing Yeh
S
atu-satunya pantai di Pulau Lamma ini
terkenal di kalangan pelancong tempatan
dan antarabangsa disebabkan air laut yang jernih
dan pasirnya yang putih. Pantai Hung Shing Yeh
adalah pilhan yang tepat untuk dijadikan destinasi
pelancongan bersama pasangan, keluarga,
atau rakan-rakan. Kawasan pantai ini yang luas
menjadikan lokasi ini menjadi pilihan tempat
melakukan aktiviti bersuka, bermain layang-layang,
berbabeku, dan yang paling digemari, berjemur.
Untuk sampai ke pantai ini, anda perlu berjalan
kaki selama 30 minit dari jeti Yung Shue Wan.
Sambil berjalan, anda akan
menikmati pemandangan
alam yang mempesonakan
di sepanjang Lamma
Island Family Trail.
Kanu yang
tersusun rapi
in Hau adalah Dewi Laut yang
memelihara dan melindungi
para nelayan dan masyarakat
Pulau Lamma yang bergantung
hidup dari hasil laut. Tokong ini
merupakan tempat pemujaan bagi
Dewi, dan dibina lebih dari seabad
yang lalu. Tokong Tin Hau memiliki
keunikan jika dibandingkan dengan
tokong yang lain. Bentuk patung
singa yang tersergam ‘menjaga’
pintu masuk bergaya Barat dan
bukannya Cina seperti tokongtokong lain.
Sementara itu, di dalam tokong
ini, anda boleh menemui loceng
gangsa peninggalan era Qianlong
(1736-1796), di belakang tokong ini
pula terdapat astaka kecil yang dari
situ kita boleh menyaksikan pantai
di bawah.
Lokasi: Yung Shue Wan.
www.lcsd.gov.hk
Lokasi: Yung Shue Wan.
GUa Kamikaze
D
i susur Family Trail, anda boleh menyaksikan sebuah gua
peninggalan Perang Dunia II, Gua Kamikaze. Gua ini dinamakan
begitu kerana ia telah menjadi lokasi strategik bagi pasukan
Jepun yang pernah menduduki Hong Kong selama PD II. Mereka
menempatkan pasukan bunuh diri (Kamikaze) dan bot laju yang
digunakan untuk menyerang pasukan Bersekutu di dalam gua ini.
Lokasi: Sok Kwu Wan.
www.islandsdc.gov.hk
74
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
eat
S
ebagai sebuah perkampungan nelayan dan
seperti di Tai O, makanan laut menjadi bahan
utama makanan jalanan di Pulau Lamma. Salah
satunya adalah ikan bilis yang dikeringkan dengan
cara dijemur lalu dipanggang dan ditaburkan bijan
atau udang kering dengan perasa pedas manis.
Ada juga makanan jalanan seperti ketam cili,
udang bawang, sotong goreng, dan ikan kukus
dengan halia dan daun bawang yang segar.
Di susur mendaki Family Walk berhampiran
Pantai Hung Shing Yeh, anda boleh berehat
sebentar sambil mencuba toufu fa di Kin Hing Ah
Po Tofu Dessert. Walaupun kedainya kelihatan
sederhana, toufu fa di sini disarankan oleh pelbagai
majalah pelancongan dunia, antaranya seperti
Time Out. Dihidang sejuk, kelembutan puding
tauhu dicampur dengan sirap halia pekat boleh
mengembalikan tenaga anda.
Bookworm CAfe K
Lokasi: 79 Main Street, Yung Shue Wan.
Dibuka: Isnin-Jumaat 10.00-21.00,
Sabtu-Ahad 09.00-22.00.
www.bookwormcafelamma.blogspot.com
Lamma Island
S treet F ood
etenangan Pulau Lamma menjadikannya
salah satu tempat beristirehat para ekspatriat
di Hong Kong. Hanya 5-10 minit berjalan kaki dari
Yung Shue Wan, anda boleh menemui restoran,
kafe, dan pub yang menawarkan masakan
Eropah. Salah satunya adalah Bookworm
Cafe, satu-satunya kafe di Pulau Lamma yang
menyajikan hidangan organik vegetarian.
Anda boleh menyegarkan diri dengan teh
herba panas Revitalize Tea atau Jazzy G, atau
Banana Lassi yang segar dan penuh nutrien.
Bookworm Cafe juga memiliki menu makanan
seperti Green Goddess Lasagna, Shepherdess
Pie, Organic Hummus Sandwich dan banyak
lagi hidangan organik vegetarian yang lain. Untuk
pemanis mulut, anda boleh menikmati Mango
Cheesecake yang gebu dan segar.
Lebih menarik lagi, sekiranya anda pencinta
buku-buku klasik boleh menemui
khazanah berharga di antara koleksi
buku terpakai di sini. Sediakan
buku anda dan tukarkan dengan
koleksi buku di Bookworm Cafe
secara percuma.
eat
Rainbow
Seafood
K
etika berlabuh di Sok Kwu Wan, Rainbow
Seafood Restaurant akan menyambut
anda untuk pengalaman kulinari terbaik di
Pulau Lamma. Dibina pada tahun 1984 dengan
kapasiti hanya 40 kerusi, Rainbow Seafood
Restaurant kini berkembang menjadi restoran
terbuka terbesar di Pulau Lamma dengan
kapasiti sehingga 1,000 kerusi. Restoran ini yang
memenangi pelbagai penghargaan, seperti
dari Hong Kong Tourism Board and Hong
Kong Award for Services, menyajikan hasil laut
tempatan yang terbaik. Rasalah kelazatan ketam
segar yang dimasak dengan perasa istimewa,
Fried Crab with Honey and Pepper pemenang
Pingat Emas dalam Best of the Best Culinary
Award. Atau, anda boleh mencuba masakan
pedas yang segar Fried Bamboo Clams with
Black Bean and Chili Sauce, serta kesedapan
Rainbow Seafood Restaurant menawarkan
Steamed Scallops with Garlic Sauce, Steamed
perkhidmatan feri ulang-alik dari Central Pier
Seasonal Fish, dan Boiled Shrimps.
9, Jeti Tsim Sha Tsui, atau Jeti Aberdeen ke
Sok Kwu Wan di Pulau Lamma setiap hari.
Perkhidmatan ini disediakan bagi anda yang
akan menjamu selera di Rainbow Seafood
Restaurant. Anda perlu lakukan tempahan
terlebih dahulu dan tiket akan diserahkan
oleh wakil perkhidmatan pelanggan Rainbow
Seafood Restaurant serta merta sebelum
bertolak.
Cubalah Steamed
Seasonal Fish yang
harum dan segar ini
Lokasi: 23-25 First Street, Sok Kwu Wan, Lamma Island
Dibuka: Isnin-Ahad 10.00-23.00
www.rainbowrest.com.hk
76
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
PLAY
Pulau Cheung Chau
D
alam bahasa Cina, Cheung Chau bermaksud
‘pulau panjang’. Pulau kecil yang terletak
sekitar 10 km sebelah barat daya dari Pulau
Hong Kong ini berbentuk memanjang dan
kelihatan seperti dumbbell. Kerana itu, pulau ini
juga dikenali sebagai ‘Dumbbell Island’. Tidak
ada bunyi bising dari kenderaan bermotor
membuatkan jalan sesak menjadikan pulau
ini mesra pejalan kaki atau penunggang
basikal. Anda boleh mengelilingi pulau dengan
basikal yang boleh disewa sebaik sahaja anda
meletakkan kaki di pulau yang mempunyai
penduduk lebih dari 20,000 orang ini. Kayuh
basikal anda menyelusuri Sai Tai Road dan
nikmatilah pemandangan laut
si satu sisi serta deretan
penjual makanan dan
pelbagai kedai di
seberangnya. Dari
jalan ini, anda juga
boleh mengunjungi
tempat-tempat lain yang
menarik di sekitar pulau.
Pantai Tung Wan dan Kwun Yam
P
ada hujung minggu, beberapa peluncur tempatan
meluncuri ombak di pantai-pantai yang ada di Pulau
Cheung Chau. Di sini juga adalah tempat kelahiran pemenang
pingat emas pertama untuk Hong Kong di Olimpik Atlanta
1996, Lee Lai-Shan (alias Shan Shan). Anda boleh bersamasama merasai keindahan Pantai Tung Wan dengan kebiruan air
laut serta pemandangan malam yang mempesona.
‘Jiran’ Pantai Tung Wan juga tidak kurang hebatnya, iaitu
Pantai Kwun Yam. Di sini terdapat Cheung Chau Windsurfing
Centre, tempat para peluncur muda
berlatih dan muncul sebagai peluncur
profesional. Anda juga
boleh melihat deretan
batuan pantai yang
terbentuk unik
dan Mini Great
Wall.
PLAY
Anda perlu
berhatihati apabila
memasuki gua
disebabkan
ruang yang
sempit
GUa Cheung Po Tsai
C
heung Po Tsai adalah watak wira dalam
pelbagai cerita dan filem yang digambarkan
sebgai Robin Hood versi moden. Dia adalah
seorang lanun terkenal di Laut Cina Selatan pada
abad ke-16 yang dikatakan pernah memimpin
600 kapal dengan 50,000 anak kapal. Cheung
Po Tsai menyerahkan diri kepada pemerintahan
Qing tahun 1810 dan telah diberikan jawatan
ketua Angkatan Laut Cina.
Gua ini merupakan salah satu tempat
persembunyian Cheung. Anda boleh masuk
ke dalamnya dan turut merasai perjuangan
Cheung pada masa itu. Percutian anda pasti
tidak akan dilupakan. Tapi jangan pula lupa untuk
membawa lampu kerana tiada cahaya di dalam
gua ini.
Cheung Chau
Bun Festival
S
alah satu daya tarikan yang tidak boleh
dilepaskan adalah Cheung Chau Bun
Festival yang diadakan sehari dalam setahun
setiap hari ke-5 sehingga ke-9 bulan ketiga
dalam kalendar Cina. Dalam acara yang
hebat ini diadakan pertandingan
memanjat menara yang
diperbuat daripada buluh dan
mengambil ribuan kuih bulan
(bun) yang dibungkus. Acara
ini yang diadakan di hadapan
tokong Pak Tai ini termasuk dalam
‘Top 10 Quirky Local Festivals’ dunia versi
Time.com.
Cheung Chau Bun Festival diadakan
sebagai rasa terima kasih kepada para
dewa, mengusir roh-roh jahat supaya tidak
mengganggu pulau, dan juga sebagai
peringatan kejadian penduduk tempatan
yang meninggal dunia disebabkan serangan
lanun ke atas pulau ini di abad ke-19.
78
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
eat
Kulinari
Cheung Chau
S
eperti pulau-pulau yang lain, kulinari di Pulau Cheung
Chau banyak didominasi oleh makanan berasaskan
makanan laut, tetapi makanan ringan berasaskan sayuran
juga boleh didapati dengan mudah. Di sepanjang jalan
utama dan beberapa jalan kecil di Pulau Cheung Chau,
anda boleh mendapatkan dengan mudah pelbagai deretan
makanan jalanan seperti bebola ikan, dim sum, BBQ, kuih
kering, tauhu, atau bakpao. Bukan itu sahaja, di sini anda
boleh menemui sushi atau tong shui.
Namun begitu, jangan lepaskan kesegaran ‘sate buah
ais’ yang diperbuat daripada potongan buah-buahan segar
berserat ais yang disajikan seperti sate. Rasa segar-manismasamnya berbaloi dinikmati di tengah hari sambil berjalan
menikmati pemandangan pantai. Jika mahu yang berperisa,
cubalah kerepek kentang yang juga dihidangkan unik
(dihiris dalam bentuk lingkaran mengelilingi sebatang lidi)
dengan pelbagai pilihan rasa, pedas, manis, dan sedap.
B
Rasa segar-manismasamnya berbaloi dinikmati
di tengah hari)
Seafood Street
erdekatan jeti Pulau Cheung Chau terdapat jalan yang
dikenali sebagai Seafood Street. Pelbagai restoran yang
dibuka sehingga malam boleh memuaskan rasa ingin
makan makanan laut anda. Mereka menjual pelbagai jenis
ikan, temasuk ketam dan kerang yang masih segar untuk
anda pilih dan kemudiannya dimasak mengikut permintaan
anda. Dengan lokasi berdekatan pantai, suasana makan
anda bakal menjadi lebih tenang dan senang dengan
pemandangan puluhan perahu yang berlabuh, aktiviti
nelayan, dan matahari terbenam yang indah.
Anda boleh berhenti di So Bor Kee, salah satu restoran
makanan laut dan hirup rasa enak hidangan terunggul
seperti Steamed Fish yang disajikan dengan kuah segar,
Garlic and Chili Crab yang pesas dan sedikit manis, atau
Fried Mantis Shrimps with Salt & Pepper yang berperisa
dan rangup. Untuk mengimbangi menu
makanan laut anda, pesan sahaja
satuean Stir Fried Green Beans
with Eggplant. Enak!
Lokasi: G/F, 11 C Pak She Praya Road, Cheung Chau.
Dibuka: Setiap hari 11.00-22.30.
play
Explore
Hong Kong
Tours*
J
angan terus puas menjelajah Hong Kong dengan
hanya menikmati kilauan bandar dan kalazatan
masakannya. Hong Kong masih mempunyai
ribuan khazanah yang boleh anda terokai untuk
memuaskan pengalaman pelancongan anda. Dari
destinasi alam seperti keindahan pantai, pulau
dan pergunungan, hinggalah ke destinasi sejarah
dan budaya seperti tokong bersejarah, kotakota kuno, pelbagai tradisi tempatan, dan seni
mempertahankan diri. Bukan sekadar melawat,
anda juga boleh mengetahui kisah-kisah menarik di
sebalik tempat-tempat tersebut.
Sudah tentulah ia akan mengambil masa berharihari untuk melawat semua tempat tumpuan
pelancong itu. Namun, jangan kecewa. Anda boleh
mendapatkan semua ini hanya dengan mengikut
beberapa pilihan program lawatan jelajah Hong
Kong. Pilih salah satu (atau semua) program lawatan
ini, dan jadikanlah percutian anda sebagai percutian
yang sangat bermakna.
Untuk maklumat lebih lengkap, kunjungi
www.DiscoverHongKong.com/explorehongkongtours
(*Semua maklumat lawatan ini betul ketika penerbitan pada bulan Mei 2014, sebarang pertukaran maklumat
mungkin berlaku tanpa sebarang notis. Hong Kong Tourism Board tidak bertanggung jawab ke atas
kekurangan kualiti, ketepatan, kesalahan, atau ketidaksesuaian maklumat dari pihak lain yang menggunakan
maklumat ini)
80
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
PLAY
‘Wing Chun’
Kung Fu Experience Tour
W
ing Chun adalah teknik kung fu tradisional
yang dikaji dan diterokai oleh lagenda Bruce
Lee. Dengan program lawatan ini, anda akan dibawa
mempelajari bentuk asas wing chun di Yip Man
Martial Arts Association dan mengamalkannya
bersama Master Sam Lau, pelajar generasi pertama
dari mentor Bruce Lee, Grandmaster Yip Man.
Setelah kelas yang mengambil masa selama
satu jam tamat, anda boleh mengunjungi pameran
Bruce Lee: Kung Fu•Art•Life di Hong Kong Heritage
Dok. Hong Kong Heritage Museum
Museum, melihat patung Bruce Lee yang
berdiri gagah di Avenue of Stars, Tsim
Sha Shui, dan tidak lupa juga menikmati
kelazatan dim sum Hong Kong yang
istimewa dan asli di Shamrock Hotel yang
menjadi tempat makan kegemaran Bruce
Lee dan Grandmaster Yip Man.
Anda tidak perlu menjadi penggemar
filem kung fu untuk mengikuti lawatan ini.
Ini kerana, selain daripada teknik kung fu,
anda juga akan belajar cara-cara menjalani
kehidupan seorang tokoh, Bruce Lee yang
memiliki karakter dan falsafah
hidup yang kuat.
B u tir a n L awata n
Masa berlepas: Tempoh: Bahasa: Harga: Pengelola: Laman web: E-mel: Tel.: Fax: Isnin, Khamis dan Jumaat pukul 09.50
6 jam
Inggeris
HKD 700/orang (min. 8 orang/lawatan)
Shoestring Travel Ltd.
www.shoestringtravel.com.hk
[email protected]
(852) 2723 2306, (852) 2723 0218
(852) 2721 2085
PLAY
Cycling the Castle Houses
of Southern CHina
M
Perhatian
Tempahan sekurangnya lima
hari sebelum berlepas. Sila
hubungi agen pelancongan
anda untuk maklumat lebih
lanjut.
Visa diperlukan bagi sebahagian
besar warga negara asing.
Jadi pastikan anda membuat
visa sebelum berangkat atau
boleh juga mengemukakan
permohonan di Hong Kong.
Sekiranya terjadi hal-hal di luar
kawalan seperti bencana alam,
pembatalan dan pemulangan
wang akan diberikan.
enyusuri kawasan bersejarah Kaiping World
Heritage di wilayah Guangdong dengan berbasikal
merupakan cara senang untuk mempelajari sekeping
sejarah Hong Kong dan China Selatan. Anda akan
dibawa menjelajahi kampung “Castle House” – rumahrumah unik berbentuk istana – yang menggabungkan
reka bentuk Cina dan Barat sehingga kawasan Kaiping
menjadi indah. Dahulu, kawasan ini dibangunkan pada
tahun 1920-1930-an oleh para pendatang yang pulang
dari perantauan. Mereka membina rumah istana ini
khusus untuk melindungi mereka dari para penjahat. Kini
Kaiping ditetapkan menjadi tapak warisan sejarah oleh
UNESCO.
Lawatan dimulakan dari Hong Kong, dan anda akan
bertolak ke Jiangmen dengan feri dan kemudian menaiki
kereta menuju ke Kaiping. Di sini perjalanan berbasikal
anda akan dimulakan dengan melalui jalan kampung dan
laluan kecil di hutan. Anda akan berkunjung ke kawasan
warisan sejarah Kaiping dan Chikan, juga kawasan lain
seperti Liyuan Garden, Zili Village, dan Majianglong.
B u tir a n L awata n
Masa berlepas: Isnin dan Jumaat pukul 07.00
Tempoh: 3 hari 2 malam
Bahasa: Inggeris (permintaan bahasa lain boleh dilakukan jika sesuai)
Harga: HKD 7,000/orang (10 orang atau lebih/lawatan), HKD 8,500/orang
(kurang dari 10 orang/lawatan)
Jumlah Peserta: Minimum 4 orang
Pengelola: Hikari International Travel Ltd.
Laman web: www.mountainbikingasia.com
E-mel: [email protected]
Tel.: (852) 2454 9191
Fax: (852) 3585 2834
82
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
PLAY
HONG KONG MUSEUMS
Dengan pelbagai muzium di Hong Kong, perjalanan anda boleh
menjadi benar-benar menyeronokkan dan bermanfaat.
Lebih dari 70% dari 500 alatan sains
yang dipamerkan di sini merupakan
model, termasuk robot, realiti maya dan
pengangkutan. Banyak keajaiban sains
yang boleh membuat anda kagum akan
anda lihat dan alami secara langsung di
muzium ini.
Lokasi: 2 Science Museum Road,
Tsim Sha Tsui East, Kowloon.
hk.science.museum
Hong Kong
Science Museum
Hong Kong
Museum of Art
Lokasi: 10 Salisbury Road,
Tsim Sha Tsui, Kowloon.
hk.art.museum
Menyimpan lebih dari 15,000 karya seni
termasuk kaligrafi, barangan antik Cina,
lukisan sejarah, dan karya seni lain yang
dibuat oleh seniman tempatan. Di sini juga
sering diadakan pelbagai pameran seni baik
peringkat tempatan juga antarabangsa. The
Flagstaff House Museum of Tea Ware di
Taman Hong Kong adalah cawangan dari
Hong Kong Museum of Art.
The Hong Kong
Museum of History
Planetarium terkenal di Hong Kong ini
terbahagi kepada Stanley Ho Space Theater,
Hall of Space Science, dan Hall of Astronomy.
Anda boleh menyaksikan pelbagai daya
tarikan atau menguji kenderaan simulasi
untuk menjelajah luar angkasa dengan
tempat duduk yang dilengkapi sistem
interaktif dan berbilang bahasa.
Hong Kong Space Museum
Lokasi: 10 Salisbury Road,
Tsim Sha Tsui, Kowloon.
www.lcsd.gov.hk
Sejarah berusia 400 juta tahun diringkaskan
dengan baik di dalam muzium seluas
7,000m2 ini. Anda boleh mempelajari
sejarah, arkeologi, etnografi, dan sejarah
semula jadi Hong Kong dan Cina Selatan di
sini. Pelbagai pameran bertema turut kerap
diadakan di sini.
Lokasi: 100 Chatham Road South,
Tsim Sha Tsui East, Kowloon.
hk.history.museum
Untuk maklumat lebih lengkap, kunjungi www.DiscoverHongKong.com.
Untuk jam buka museum, kunjungi masing-masing di laman web rasminya.
PLAY
Great Outdoors
Hong Kong bukan hanya dikenali dengan pencakar langit dan bandarayanya yang bercahaya.
Ia juga memiliki ‘harta’ lain berupa pulau-pulau hijau, kampung-kampung kuno yang eksotik,
pasiran pantai, dan pergunungan. Dapatkan pengalaman berbeza anda dengan menjelajahi sisi
liar yang cantik di Hong Kong!
Hong Kong Global Geopark of China
N
ikmati keindahan eksotik alam
semulajadi yang diciptakan oleh
pergerakan bumi di kawasan seluas 50 km
persegi ini. Taman alam ini merangkumi Sai
Kung Volcanic Rock Region dan Northeast
New Territories Sedimentary Rock Region,
keduanya membentuk lapan kawasan yang
mewakili muka bentuk semulajadi Hong
Kong. Di Sai Kung Volcanic Rock Region anda
dapat melihat keajaiban geologi dari High
Island, seperti ruang heksagon vulvanik dan
ruang lereng batu berdekatan East Dam of
High Island Reservoir.
Di bahagian barat Sai Kung, anda boleh
mengunjungi Sharp Island, pulau yang
terbentuk di atas batuan beku yang lebih
tua dari ruang heksagonal. Anda bakal
kagum melihat kepada enapan pantai yang
membentuk jambatan pasir sepanjang 250
meter yang menghubungkan Sharp Island
dan Kiu Tau Island.
Lokasi: High Island, Sai Kung, New Territories.
www.geopark.gov.hk
84
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
PLAy
FOTO: DOK. KADOORIE FARM & BOTANIC GARDEN
Kadoorie Farm &
Botanic Garden
A
ktiviti luar anda dan keluarga bakal
menenangkan fikiran dan jiwa dengan
mengunjungi destinasi yang merupakan
daerah pemuliharaan alam. Kawasan ini
dibangunkan oleh Kadoorie bersaudara untuk
membantu para petani tempatan. Di sini
anda dapat menikmati udara segar di kebun
sayuran, rumah hijau dengan pelbagai tanaman
bunga dan bermacam haiwan. Di sebalik ini
semua, ladang ini juga merupakan perintis
kaedah pembangunan persekitaran organik
di Hong Kong. Salah satu hasilnya adalah
memperkenalkan baka baru khinzir dan ayam
yang dapat anda saksikan di sini.
Lokasi: Lam Kam Road, Tai Po, New Territories.
www.kfbg.org.hk
Untuk mempelajari bagaimana
pertanian di Hong Kong pada zaman
dahulu, anda boleh mengunjungi
Farm Museum yang menyajikan
gambar-gambar dan pelbagai
peralatan pertanian zaman
dahulu. Di bahagian yang lebih
bawah terdapat kolam kecil
tempat pelbagai burung seperti
flamingo yang berkumpul dan
untuk melihat rusa lebih dekat. Sementara itu
di bahagian atas, berhadapan dengan Kadoorie
Brothers’ Memorial Pavilion adalah kawasan
pemuliharaan. Di sini, jika bertuah, anda boleh
menemui landak, tenggiling serta rusa.
PLAY
engan lokasi yang berhampiran
dengan Sungai Kam Tin dan Sungai
Shan Pui, dusun Nam Sang Wai banyak
menarik perhatian para pemerhati burung,
penunggang basikal, pelancong juga
jurugambar dan para penerbit filem. Dengan
lanskap sawah-sawah dan kolan ikan yang
dikelilingi oleh lalang-lalang yang tinggi dan
pondok-pondok kayu sederhana. Anda akan
berasa seolah-olah berada di ‘syurga’ – udara
bersih dan alam cantik, jauh dari kesibukan
bandar.
Mulakan perjalanan anda dari Nam Sang
Wai Road yang mengelilingi desa. Dari situ,
anda boleh menyelusuri tepi Sungai Shan
Pui dan menikmati keindahan pemandangan
alam. Perjalanan anda akan tiba di daratan
pasir di persimpangan Sungai Kam Tin dan
Shan Pui. Tempat ini sangat
bagus untuk memerhatikan
pelbagai jenis burung, ikan
belacak (ikan amfibia yang
boleh memanjat pokok)
dan beberapa jenis ketam.
Nam Sang Wai
FOTO: DOK. HONG KONG DISCOVERY
D
Anda juga boleh menyeberangi sungai
Shan Pui dengan perahu kecil yang selesa.
Tentunya dengan berjalan-jalan di Nam
Sang Wai, fikiran anda jadi lebih segar, dan
jiwa menjadi lebih tenang. Ingin mencari
makanan? Di sepanjang jalan desa ini,
beberapa warung tempatan
menyediakan pelbagai hidangan
istimewa. Tetapi, warungwarung ini tidak mempunyai
waktu operasi yang tetap,
jadi anda disarankan supaya
membawa sedikit makanan
sebagai langkah berjaga-jaga.
Lokasi: Yuen Long District.
86
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
NomBor Penting
Perkhidmatan Kecemasan (Polis, ambulans, bomba)
999
Maklumat nombor telefon
1081
Konsulat Jeneral Malaysia
+852 2821 0800
Hotline Polis
+852 2527 7177
Travel Industry Council of Hong Kong
+852 2807 0707
Hong Kong International Airport
+852 2181 8888
Jabatan Imigresen Hong Kong
+852 2824 6111
Consumer Council
+852 2929 2222
Jabatan Kesihatan Hong Kong
+852 2961 8989
Customs and Excise Department (24 jam)
+852 2815 7711
Hong Kong Post
+852 2921 2222
Hong Kong Observatory (untuk maklumat cuaca)
+852 1878 200
Hong Kong Hotels Association Hotel Reservation Hotline
+852 2383 8380/
+852 2769 8822
Hotline untuk pelancong
Pulau Hong Kong
Jika anda ingin mendapatkan apa-apa
maklumat tentang Hong Kong, anda
boleh mengunjungi Hong Kong Tourism
Board (HKTB) Visitor Centre di beberapa
lokasi berikut:
Lokasi: The Peak Piazza (di antara The Peak
Tower and The Peak Galleria), The Peak, Hong
Kong Island.
Dibuka: Setiap hari, 11.00 – 20.00.
Perkhidmatan:
 Maklumat tentang produk mendaki dan acara
Maklumat praktikal dan cadangan tempat
untuk dilawati
Maklumat tentang sukarelawan untuk kegiatan
tertentu
Hotline Pelancong HKTB:
+852 2508 1234
(setiap hari bermula 09.00 – 18.00)
Lapangan Terbang Antarabangsa
Hong Kong
Lokasi: Buffer Halls A and B, Arrivals
Level, Terminal 1, Hong Kong
International Airport, Lantau Island.
Dibuka: Setiap hari, 09.00 – 21.00
Perkhidmatan:
Tip jalan-jalan interaktif menggunakan
aplikasi iPad, peta dan buku panduan
 Cadangan tentang pelbagai acara dan
festival
 Maklumat berguna tentang
kemudahan lapangan terbang,
penerbangan, tempat tinggal dan
pengangkutan.
Kowloon
Lokasi: Jeti Star Ferry, Tsim Sha Tsui, Kowloon.
Dibuka: Setiap hari, 08.00 – 20.00.
Perkhidmatan:
Maklumat am tentang produk dan
perkhidmatan pelancong.
Perancangan jadual perjalanan pelancong
Bantuan dalam tempahan pakej pilihan
pelancong
Maklumat tentang sukarelawan untuk kegiatan
tertentu.
Pusat Informasi Lo Wu
Lokasi: 2/F Arrival Hall, Lo Wu Terminal Building,
Lo Wu, New Territories
Ada Apag
H o n g Ko n
2 0 14
Pelbagai perayaan budaya,
festival, olahraga, hiburan,
tawaran beli belah dan
kulinari – semuanya bakal
memeriahkan Hong
Kong – Asia’s World City
sepanjang tahun ini, dan
anda pasti sukar membuat
pilihan. Tetapi usah
sedih, kami menawarkan
beberapa daya tarikan
utama yang boleh anda
utamakan. Kemudian,
anda boleh menikmati
pilihan seterusnya.
Januari 2014
22 April - 7 Mei 2014
Hong Kong
Chinese New Year
Tahun Baru Cina adalah
perayaan budaya yang
terbesar dalam Kalendar
Cina – orang membeli
bunga, bergembira di Night
Parade, dan berdoa di
tokong untuk masa depan
yang lebih baik.
Hong Kong Cultural
Celebrations
Satu musim,
empat festival,
ratusan artis
dan tradisi
ribuan tahun!
Jadilah saksi
kebudayaan
Hong Kong yang tak lapuk
dek zaman dan terkandung
dalam empat festival setiap
musim bunga!
27 Jun - 31 Ogos 2014
6-8 Jun 2014
September 2014
Hong Kong Summer Fun
Seri acara tahunan yang
berlangsung antara Jun dan
Ogos ini akan membawa
anda ke dalam sebuah
perjalanan penuh sensasi
menjelajahi bandar yang
sungguh luar
biasa.
Hong Kong
Dragon Boat Carnival
Sertai ratusan hingga
ribuan pelancong di
Victoria Harbour untuk
menyaksikan para atlet
dunia perahu naga
berlumba di Hong Kong
International Dragon
Boat Races.
Hong Kong
Mid-Autumn Festival
Saksikan daya tarikan
gabungan menarik tanglung
tradisional dan lampu
moden, pameran magic
lantern, dan karnival. Daya
tarikan terbesar berlangsung
di Victoria Park, Hong Kong
Island setiap tahun.
88
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
Oktober 2014
Hong Kong
Halloween Treats
Pelbagai pesta kostum,
hiburan, hidangan istimewa
Halloween, serta gabungan
unik budaya Barat dan Timur
membuatkan Hong Kong
disebut-sebut sebagai ‘ibu
kota’ pesta Halloween Asia.
Jadilah sebahagian dari
kemeriahan ini!
November 2014
Great Outdoors
Hong Kong
Acara tahunan ini akan
memanjakan para pecinta
alam untuk menjelajahi
Hong Kong melalui kegiatan
outdoor dengan hiking dan
berbasikal.
30 Oktober 2 November 2014
30 Oktober 30 November 2014
Hong Kong
Wine & Dine Festival
Dapatkan pengalaman
pesta yang tidak akan
dilupakan di acara ini.
Nikmati pelbagai wine
dari seluruh pelusuk
dunia, ciptaan kulinari
tempatan dan
antarabangsa, daya
tarikan budaya minum
anggur, dan hiburan lain.
Hong Kong
Wine & Dine Month
Pelbagai acara diadakan
untuk memanjakan deria rasa
anda. Acara ini menjadikan
Hong Kong sebagai destinasi
yang tepat untuk menikmati
kehidupan, termasuk wine
dari seluruh pelusuk dunia
lengkap dengan pelbagai
ciptaan kulinari terhebat
Hong Kong.
November 2014 1 Januari 2015
31 Disember 2014
Hong Kong WinterFest
There’s no Christmas like
a Hong Kong Christmas!
Pelbagai tawaran menarik
akan diadakan untuk
merayakan Hari Natal, seperti
promosi serta diskaun beli
belah dan makan.
Hong Kong
Countdown
Celebrations
Tandakan kalender anda
dan ikuti pestanya dalam
kemeriahan dan kemegahan
perayaan tahun baru di
Hong Kong yang tidak akan
hilang dari ingatan.
PERLU TAHU
Di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung. Jadi, ketahuilah peraturan, adat,
dan budaya tempatan agar perjalanan anda
selesa daripada sebarang gangguan.
Sebelum bertolak
1. Hong Kong membenarkan WNI untuk
berada di Hong Kong selama 30 hari tanpa
visa. Sila hubungi pihak Imigresen Hong
Kong sekiranya anda ingin tinggal lebih
lama.
2. Ketahuilah cuaca di Hong Kong.
* Musim Bunga : Mac – Mei
* Musim Panas: Jun – Ogos
* Musim Luruh: September – November
* Musim Sejuk: Disember – Februari
KETIKA BERADA DI HONG KONG
1. Standard voltan elektrik di Hong Kong adalah 220 volt, 50Hz.
Sesetengah hotel mempunyai soket voltan 100 volt di bilik
mandi. Bagaimanapun, anda perlu mempunyai pengubah untuk
memastikan kesesuaian beberapa peralatan elektrik anda yang
menggunakan voltan 100 volt. Majoriti soket di Hong Kong mengikut
gaya Inggeris yang memiliki tiga pin. Oleh itu, bawalah adapter dari
rumah.
2. Larangan merokok berkuatkuasa di dalam semua tempat awam,
termasuk di dalam kenderaan awam dan beberapa kawasan di luar.
Melanggar peraturan ini akan menyebabkan anda didenda sebanyak
HKD1,500.
WAKTU PERNIAGAAN RASMI*
1. Pejabat: 09.00-18.00 (Isnin – Jumaat) dan 09.00-13.00 (Sabtu)
2. Bank: 09.00-16.30 (Isnin – Jumaat), dan 09.00-12.30 (Sabtu)
3.Kedai runcit: 10.00-19.00 atau lebih
4.Restoran: Kebanyakannya beroperasi sehingga pukul 23.00
setiap hari
*Maklumat di atas adalah secara umum. Waktu operasi
boleh berubah tanpa sebarang notis.
90
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
Telekomunikasi & Wi-Fi
1.Untuk memudahkan telekomunikasi, di Hong Kong ada
dijual kad SIM khas untuk pelancong dengan pilihan
pakej internet 5 hari dan 8 hari.
2.Atau, anda boleh mengakses internet menggunakan
Wi-Fi secara percuma di tempat-tempat tertentu seperti
bangunan kerajaan, pusat perkhidmatan awam, pusat
rekreasi dan budaya, pusat membeli-belah, lapangan
terbang, stesen MTR, dan kawasan khas Wi-Fi PCCW
(di setiap platform dan persimpangan MTR,
Starbucks Coffee, Pacific Coffee, 7-Eleven, Circle
K, dan beberapa pondok telefon PCCW)
Untuk maklumat lengkap
tentang ribuan lokasi
percuma Wi-Fi PCCW, muat
turun aplikasinya
PENGANGKUTAN
ULANG-ALIK KE LAPANGAN
TERBANG ANTARABANGSA
HONG KONG
Pengangkutan di Hong Kong
diakui sebagai salah satu sistem
pengangkutan awam yang selamat
dan cekap di dunia.
Untuk memudahkan Anda
memilih transportasi di
Hong Kong, unduh aplikasi
MTR Tourist
PAirport Express
Kenderaan MTR berkelajuan tinggi ini adalah
pengangkutan terpantas (lebih kurang 24
minit) dari lapangan terbang ke Hong Kong
Island dan sebaliknya.
VMTR (Mass Transit Railway)
Ia meliputi beberapa daerah utama termasuk
di sempadan Tanah Besar China (Lo Wu
Station dan Lok Ma Chau Station).
TTeksi
Dibahagikan mengikut daerah, semua teksi
memiliki meter dan AC. Teksi merah untuk
Hong Kong Island atau Kowloon, hijau untuk
New Territories, dan biru untuk Pulau Lantau
O Feri
Sebagai bandar perairan, Hong Kong
mempunyai feri yang berulang-alik dari Hong
Kong Island, Kowloon, dan Outlying Islands.
VTrem
Trem bertingkat ini melalui enam laluan di
sepanjang pantai utara Hong Kong. Cara
pengangkutan ini mula digunakan di Hong
Kong sejak 1904.
@Octopus Card
Ini adalah kad bayar elektronik yang praktikal
untuk kegunaan pelbagai pengangkutan
awam, juga boleh digunakan di beberapa
restoran dan kedai.
PERLU TAHU
Belanja
1.Anda tidak perlu membawa wang tunai dalam
jumlah yang banyak ketika berjalan-jalan di Hong
Kong. Terdapat banyak tempat membeli-belah
dan makan menerima pembayaran menggunakan
kad kredit.
2.Ketika berbelanja di pasar jalanan, anda boleh
menggunakan kalkulator dalam urusan tawar
menawar harga dengan penjual yang tidak
memahami Bahasa Inggeris.
3. Anda sepatutnya menawarkan harga barang sehingga
separuh harga atau lebih dari harga yang diminta
penjual ketika membeli-belah di pasar jalanan. Harga
yang dipersetujui biasanya lebih dari setengah harga
yang diminta.
4.Terdapat banyak tawaran diskaun dan promosi
menarik di waktu-waktu tertentu seperti bulan
Disember – Februari, terutamanya menjelang Krismas
dan Tahun Baru Cina, juga ketika musim panas pada
bulan Julai – September
Makan
1.Untuk keselesaan, sila kunjungi restoran dan tempat
makan yang mempamerkan logo QTS (Quality Tourism
Services) sebagai jaminan kebersihan, harga berpatutan,
dan perkhidmatan yang memuaskan. QTS juga
digunapakai untuk kedai, salon, dan tempat penginapan di
Hong Kong.
2.Beberapa restoran popular selalunya ramai ketika waktu
makan tengah hari, malam, dan hujung minggu. Jadi,
anda dinasihatkan untuk menempah terlebih dahulu agar
mendapat tempat.
3.Beberapa restoran mempunyai tradisi menyajikan teh
apabila anda datang, lengkap dengan makanan ringan
tanpa perlukan pesanan. Anda perlu bertanya kepada
pelayan sama ada semua ini diberikan secara percuma
atau perlu dibayar.
4.Kebanyakan restoran meletakkan caj perkhidmatan 10%,
tetapi ada juga yang tiada seperti di kedai-kedai kopi. Anda
boleh bertanya untuk kepastian.
92
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
Dim Sum dan Yum Cha,
dari Hong Kong untuk Dunia
D
im sum (ertinya ‘menyentuh hati’)
adalah sebahagian daripada kehidupan
seharian dan budaya tempatan Hong Kong
yang tidak dapat dipisahkan. Boleh dikatakan
tanpa mencubanya, pengembaraan kulinari
anda tidak lengkap – kerana hati anda belum
‘tersentuh’. Di restoran, menu dim sum boleh
mencapai sekitar 150 jenis, namun ada yang
mengatakan variasi dim sum mencapai 2000
jenis.
Kini, selain dikukus, dim sim juga disediakan
dengan digoreng dan dipanggang. Rasanya
pula tidak hanya berperisa, tapi ada juga yang
manis. Semuanya dihidangkan
dalam pelbagai bentuk cantik
dalam hidangan kecil dan terhidang 3-4 potong
dalam bekas buluh untuk dinikmati bersamasama.
Upacara makan dim sum akan lebih dinikmati
apabila disulami dengan teh. Ini kerana, upacara
makan dim sum juga disebut sebagai “yum cha”,
yang bermaksud “minum teh”. Mengikut tradisi,
yum cha boleh dilakukan bermula waktu pagi
sehingga lewat tengah hari. Namun peraturan
itu tidak lagi diikuti, dan banyak restoran yang
menyajikan dim sum sehingga lewat malam.
Etiket Bersantap Dim sum
x Apabila masuk ke restoran, beritahu jumlah
orang yang akan menjamu selera kepada
pelayan lalu tunggu sehingga anda dibawa
ke tempat duduk. Biasanya anda akan
dilayan oleh seorang pelayan yang sudah
ditugaskan untuk melayan meja anda.
Oleh itu, jangan sewenangnya melambai
tangai untuk memanggil pelayan lain.
x Sentiasa menuangkan teh kepada teman
menjamu selera anda
sebelum menuangkan teh
untuk diri sendiri. Apabila
seseorang menuangkan
teh untuk anda, ketuk
meja dengan jari
tengah dan jari telunjuk
sebanyak tiga kali sebagai
tanda ucapan terima
kasih.
x Sentiasa berkongsi dim
sum yang dihidangkan
dengan teman semeja anda.
x Jangan terkejut sekiranya
anda melihat orang mencuci peralatan
makannya dengan teh panas.
Kebiasaannya restoran akan menyediakan
satu cerek teh panas dan mangkuk untuk
mencuci peralatan makan. Cukup dengan
membilas gelas, penyepit, serta sudu anda
dengan teh panas di dalam mangkuk yang
telah disediakan. Namun, tiada masalah
jika anda tidak mahu melakukannya.
PERLU TAHU
Untuk PELANCONG Muslim
Hong Kong telah menjadi ‘rumah’ kepada warga Muslim sejak lebih dari
seabad yang lalu. Pada waktu ini, tidak kurang 270,000 orang adalah warga
Muslim dari tujuh juta penduduk tempatan. Jadi, Hong Kong kini
sudah menjadi destinasi yang mesra bagi pelancong
Muslim. Selain daripada tempat beribadah, anda juga boleh
menemui restoran halal di Hong Kong dengan mudah.
MASJID
Masjid Jamia/Shelley Street Mosque
Merupakan masjid tertua di Hong Kong,
dibina pada 1890 dan dipulihkan pada
1905 oleh kerajaan tempatan, bangunan
kuno ini diangkat menjadi warisan
sejarah.
Lokasi: 30 Shelley Street, Central,
Hong Kong. ☎ +852 2523 7743
Masjid Ammar & Osman Ramju Sadick
Islamic Centre
Memiliki gaya seni bina unik dengan
satu menara dan tanpa kubah. Masjid ini
mempunyai komplek bernama Osman
Ramju Sadick Islamic Center yang
memiliki ruang serbaguna, perpustakaan,
ruang seminar, klinik, pusat jagaan kanakkanak, pejabat, dan kantin.
Lokasi: 40 Oi Kwan Road, Wanchai,
Hong Kong.
☎ +852 2575 2218
Masjid Chai Wan
94
Masjid ini memiliki tiga dewan utama
untuk solat dengan hiasan dalaman
mewah yang berhiaskan marmar
putih. Di komplek masjid juga terdapat
perkuburan Islam.
Lokasi: Cape Collision, Chai Wan,
Hong Kong. ☎ +852 2556 5507
Masjid Kowloon
Diperbaiki pada 1984 bagi menggantikan
masjid lama yang dibina pada 1896. Kini,
masjid ini boleh memuatkan lebih dari
3,500 orang.
Lokasi: 105 Nathan Road, Tsim Sha Tsui,
Kowloon. ☎ +852 2724 0095
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
MAKAN
Selain daripada beberapa restoran
yang sudah diulas di halaman-halaman
sebelumnya, terdapat berpuluh-puluh
restoran dan warung makan yang
mendapat sijil halal dari Incorporated
Trustees of the Islamic Community
Fund of Hong Kong. Antaranya adalah
seperti berikut:
1.27 Kebab House (masakan Timur Tengah), Shop
D-E, 27 Hollywood Road, Central, Hong Kong
Island +852 2795 2727
2.2star Catering & Fast Food Centre (Nepal), Shop 2,
G/F, Galway Court, 9 Cross Road, Wan Chai, Hong
Kong Island +852 2575 2601
3.Big Pizza (Italia), Shop 61, G/F, New Mandarin
Plaza, 14 Science Museum Road, Tsim Sha Tsui,
Kowloon +852 2369 6200
4.Chicken on the Run (Australia), Shop A, Lower
Ground Floor,1 Prince’s Terrace, Mid-Levels, Hong
Kong Island +852 2537 8285
5.Halal Yea Yea Bakery, Room 1802, 18/F Wah Hing
Commercial Building, 283 Lockhart Road, Wan
Chai, Hong Kong Island +852 2511 7078
6.Harbour Cruise-Bauhinia (International) – Upper
Deck, North Point (East) Passenger Ferry Pier,
North Point, Hong Kong Island +852 2802 2886
7. Popeye’s Chickens and Biscuits (America), Shop
7T103, Level 7, Passenger Terminal 1, Hong Kong
International Airport, Lantau Island +852 3118 1334
8.Warung Malang (Indonesia), Flat B-2, 2/F, 9-11
Pennington Street, Causeway Bay, Hong Kong
Island +852 2313 1015
Senarai lengkap restoran halal di Hong Kong:
www.discoverhongkong.com/my/dine-drink/what-to-eat/special-diets /index.jsp
Info penting yang lain: www.iuhk.org dan www.islam.org.hk
Tip untuk pelancong Muslim
1. Sebelum bertolak, lawati dahulu DiscoverHongKong.com/my, www.iuhk.org, dan
www.islam.org.hk untuk mendapatkan maklumat penting bagi orang Muslim.
2.Sila bawa kompas atau muat turun aplikasi telefon bimbit untuk panduan arah kiblat.
Walau bagaimanapun, beberapa hotel di Hong Kong sudah memiliki tanda penunjuk arah
kiblat.
3. Sila bawa makanan ringan ketika berjalan-jalan untuk waktu kecemasan sebelum anda
menemui restoran halal atau apabila anda melawat tempat-tempat yang mungkin tidak
mempunyai restoran halal.
96
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
MUAT TURUN APLIKASINYA
PERCUMA!
Melawat Hong Kong menjadi lebih Mudah
DiscoverHongKong •
DiscoverHongKong •
Travel Pack
AR
Koleksi buku panduan
Hong Kong Tourism Board (HKTB)
yang mempunyai maklumat
makanan, tempat menarik, laluan
hiking, feng shui, street market, seni
bina, sejarah, tip pelancongan, dan
sebagainya tentang Hong Kong.
Dibuat dengan kerjasama
HKTB dan Cathay Pacific Airways
untuk membantu anda menikmati
pelbagai pengalaman yang
ditawarkan Hong Kong dengan
Augmented Reality (AR). Rasakan
sendiri pengalaman interaktif ini.
DiscoverHongKong •
DiscoverHongKong •
Heritage Walks
City Walks
Pelajari warna-warni
warisan sejarah Hong Kong
seperti puak raja-raja, desa kubu,
masyarakat nelayan, dan kumpulan
masyarakat tanpa undang-undang.
Selusuri sudut dan ruang
jalanan di Hong Kong untuk
merasakan kepelbagaian gabungan
budaya Barat-Timur. Anda boleh
membuat laluan jalan-jalan sendiri
mengikut keinginan.
DiscoverHongKong •
DiscoverHongKong •
Island Walks
Jelajahi keindahan alam
dan kekayaan budaya Outlying
Islands, buat perancangan
perjalanan anda sendiri, dan
kongsikan pengalaman anda
bersama rakan-rakan.
720°
Anda akan terpaku melihat
pemandangan seluruh Hong Kong
secara virtual melalui aplikasi ini.
*hanya boleh didapati di App Store
*Semua aplikasi di atas diusahakan oleh Hong Kong Tourism Board dan direka untuk penggunaan luar talian. Sila
pastikan anda menutup DATA ROAMING untuk mencegah penggunaan yang tidak perlu dibayar.
98
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
www.DiscoverHongKong.com
100
HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa