Selongkar kisah ibu Metamorfosis mencari diri dan lipas

Transcription

Selongkar kisah ibu Metamorfosis mencari diri dan lipas
Source: Berita Harian © Singapore Press Holdings Limited.
Permission required for reproduction
Berita Harian | Selasa, 29 Mac 2016
10
Gah!
Gaya Hidup · Artistik · Hiburan
Metamorfosis mencari
diri dan lipas...
Pensyarah Lasalle teroka
isu perubahan dan obsesi
sebagai respons pada
novel Franz Kafka
!HARYANI ISMAIL
[email protected]
RASA jengkel timbul di hati Encik Abdul
Rashid Gapur apabila beliau membaca sebahagian daripada novel popular The Metamorphosis tulisan penulis Jerman, Franz Kafka.
Menyifatkannya sebagai karya muram
yang payah difahami, pensyarah pengajian
visual di Maktab Seni Lasalle itu langsung
memikirkan idea yang lebih positif sebagai
tindak balas dalam menjayakan pameran
Metamorphosis: (Edited).
Beliau kemudian menghasilkan karya bertajuk Moving Towards Another Rashid yang
terpalit di tembok serta menggambarkan
proses kerohanian mencari diri dan mengelilingi Kaabah sebagai satu unsur metamorfosis atau perubahan.
Pameran di Praxis Space dan Project
Space di Institut Seni Kontemporari Singapura, Lasalle, itu menyatukan karya kreatif 11
pensyarah di institusi seni itu.
Dengan menggunakan novel The Metamorphosis yang mengisahkan watak Gregor
Samsa yang bangun tidur langsung bertukar
menjadi sejenis serangga sebagai isu untuk
dikupas, pameran ini memberi ruang buat
pensyarah terus berseni.
Mereka juga perlu memberi respons mereka dan meninjau tentang kesan perubahan
atau obsesi terhadap sesuatu perkara – dua
tema yang dikupas menerusi watak Samsa.
Menceritakan lebih lanjut mengenai karyanya itu, Encik Abdul Rashid, 47 tahun, berkata:
“Saya berusaha memahami karya The
Metamorphosis tetapi lebih terasa unsur negativitinya yang membuatkan saya rasa
tidak selesa. Bayangkan Samsa menjadi serangga dan dia pula menimbulkan bebanan
buat keluarga dan orang tercinta serta hidup
tersingkir.
“Maka sejajar dengan kecenderungan
saya menghasilkan karya seni tentang kero-
KARYA LIPAS KUDUNG: Encik Zaki
menyiapkan buku kupasan tentang lipas
dalam masa agak terbatas. – Foto ihsan
ZAKI RAZAK
UJI MINDA TINJAU SERANGGA: Selepas membaca
novel The Metamorphosis tentang perubahan manusia
menjadi serangga, Encik Zaki Razak teruja ingin tahu
tentang tanggapan orang mengenai lipas yang dibenci.
TIGA TAHAP
BERBEZA: Encik
Erzan Adam
meneroka tiga
tahap kehidupan
iaitu kelahiran,
kandungan dan
kematian dalam
karyanya.
BERKELILING MENCARI DIRI: Konsep perubahan ditinjau Encik Abdul Rashid Gapur dalam lakaran
yang menggambarkan ibadah haji dengan proses mengelilingi Kaabah. – Foto-foto MAKTAB SENI
LASALLE
hanian dan keagamaan, saya mengubahnya
menjadi karya lebih positif tentang penghijrahan saya.
“Obsesi saya dalam seni ialah dalam mencari siapa diri saya. Saya gunakan ibadah
mengelilingi Kaabah dengan palitan berkeliling (melambangkan perjalanan jemaah) dan
kekotak yang dikosongkan (Kaabah).”
Ditanya tentang cabaran yang dihadapi,
Encik Abdul Rashid merasakan ia lebih pada
menentukan bagaimana karya ini boleh dipaparkan secara berkesan.
“Mulanya saya nak lukis pada kertas tetapi terfikir lebih baik saya lakarkan pada tembok sahaja. Cuma perlu tahan turun naik
tangga sahaja untuk mencapai bahagian tembok di atas!” katanya.
Rakannya, Encik Erzan Adam, 40 tahun,
turut memberi respons yang berpangkalan
pada isu kerohanian dalam karyanya.
Sungguhpun begitu, persis dalam karya
pementasan dengan babak tersendiri, beliau,
yang menamatkan zaman bujangnya tiga
minggu lalu, mengasingkan hasil seninya itu
menjadi tiga babak – kelahiran, kandungan
dan kematian.
“Metamorfosis wujud dalam tiga peringkat kehidupan. Apabila kita dilahirkan, kita
tidak tahu apa erti kehidupan dan siapa diri
kita.
“Kemudian, kita perlu mencari dan mendefinisikan diri kita dalam perjalanan kita.
Apakah matlamat hidup kita? Saya menggunakan teks yang abstrak dengan bentuk tulisan berbeza.
“Akhir sekali, batu nisan melambangkan
kematian di mana kita tinggalkan segala keduniaan bagi memasuki alam barzakh pula.
Orang tersayang seperti ibu bapa dan
adik-beradik berjalan pergi, meninggalkan
kubur kita dengan kehidupan masih berterusan buat mereka,” jelas Encik Erzan.
Puisi cendekiawan Islam Jalaluddin Rumi, The Guest House, dan perkataan Jerman
ungeziefer yang bermaksud ‘binatang
perosak’ menjadi bahan kajian dan penerokaannya.
Beliau akur antara cabaran yang dihadapi
adalah membahagikan masa dan terpaksa
menunda penghasilan karya ini ketika sibuk
membuat persiapan bagi majlis perkahwinannya.
Sebagai satu kelainan yang turut membabitkan penyertaan bekas pelajar dan pelajarnya kini, Encik Zaki Razak, 37 tahun, pula bereksperimen dengan karya seni dalam
bentuk kupasan kajian, ilustrasi dan esei
yang dibukukan dan diedarkan percuma.
Sebanyak 300 naskhah buku Conference
of The Cockroaches: The Most Despised &
The Least Understood dicetaknya dengan
wang saku sendiri.
“Saya memilih lipas sebagai subjek utama mengenangkan watak Samsa yang bertukar menjadi serangga raksasa. Sebabnya,
ia adalah yang paling dibenci ramai!
“Lipas serangga yang bertahan sejak zaman prasejarah lagi. Saya meminta pelajar
saya menulis rencana tentang pandangannya
mengenai lipas.
“Dua lagi pelajar dan bekas pelajar pula
melakar hasil kajian saya tentang lipas. Teman saya yang merupakan saintis pula
mengetengahkan pemerhatiannya secara
saintifik tentang serangga ini. Isteri saya pun
turut memberi dorongan dan ideanya.
“Saya berharap dapat cetuskan minat
orang ramai berbincang tentang lipas menerusi aktiviti yang akan saya rancang
kelak,” ujar Encik Zaki yang diuji dengan
penyakit sewaktu tempoh menyiapkan
karya seninya itu.
! Pameran percuma di Praxis Space dan
Project Space, Institut Seni Kontemporari
Singapura, Lasalle, itu dibuka hingga 8
Mei. Masanya ialah dari 12 tengah hari
hingga 7 malam (Selasa hingga Ahad).
Selongkar kisah ibu
Metamorphosis in finding true self and cockroaches…
LASALLE lecturers explore issues of changes and obsession in response to
the novel by Franz Kafka
GOING ROUND SEEKING TRUE SELF: The concept of change is contemplated in
Mr Abdul Rashid Gapur’s sketches, which depict the religious pilgrimage and the act
of circling the Kaabah. – Photos LASALLE COLLEGE OF THE ARTS
FAST COMPLETION OF WORK Mr Zaki completed his book on the analysis of
cockroaches in a rather limited time. – Photo courtesy of ZAKI RAZAK
TESTING MINDSETS ON INSECTS: After reading the novel The Metamorphosis
about the transformation of man into insect, Mr Zaki Razak was excited to find out
public perception on the abhorred cockroach.MENYAYAT HATI: Pelakon teater Noorlinah Mohamed (kiri) dan Claire Wong menunjukkan gelagat ibu mereka yang kian
meningkat usia tua. Mereka berkongsi kisah peribadi tentang ibu masing-masing dalam pementasan Recalling Mother di Teater
Studio Esplanade pada hujung minggu lalu. – Foto LIME PIXELS
THREE DIFFERENT STAGES: Mr Erzan Adam!NURMAYA
explored
three
stages
of atau
life:Ibunya,
birth,
ALIAS
biarkanlah’,
‘lupakan saja’
Cik Wong Yoot Ho, 82 ta‘sudah takdir’.”
hun, masih tinggal di sana.
[email protected]
Namun, penonton dapat berasa
Dipentaskan sebanyak tiga kali
essence of life and death in his work.
MENDENGAR penggiat teater kemarahan Noorlinah apabila be- pada 2006, 2009 dan tahun lalu, peNoorlinah Mohamed dan Claire
Wong memaparkan gelagat ibu mereka menerusi pementasan Recalling Mother membuat penonton ketawa terbahak-bahak di samping
membuat mereka berasa tersentuh.
Bak berkongsi pengalaman sama
dengan Noorlinah, penonton yang
ingin dikenali sebagai Junaina, 34 tahun, seorang guru, berkata:
“Mak saya juga macam Mak
Noorlinah. Suka cakap ‘takpalah...’.”
Beliau merujuk pada salah satu
babak yang dikongsi Noorlinah dalam pementasan itu bahawa ibunya
liau mencampakkan kerusi di atas
pentas yang lapang bagi menunjukkan bagaimana perkahwinan kedua
ibunya telah menjejas hubungan antara ibu dengan anak.
Pada satu babak lain, penonton
berasa tersentuh apabila Noorlinah
berkongsi tentang sikap ibunya
yang sedang mengalami penyakit
nyanyuk (demensia) – bagaimana
ibunya berbual tentang sotong dan
perkahwinan keduanya pada lewat
malam.
Seperti Noorlinah, Wong juga
berkongsi pelbagai gelagat ibunya
dalam pementasan tersebut.
Pementasan Recalling Mother
mentasan yang diadakan di Teater
Studio Esplanade dari 24 hingga 27
Mac lalu meraikan ulang tahun pementasan itu yang ke-10.
Menurut kededua pelakon tersebut di sesi selepas pementasan, setiap cerita berubah dengan setiap pementasan berdasarkan perkembangan ibu mereka.
Dalam pementasan ini Noorlinah berkongsi tentang kisah ibunya
yang mengalami penyakit nyanyuk
sejak 2010.
Beliau juga menerapkan kisah
perkahwinan kedua ibunya berdasarkan maklum balas penonton
yang pernah menyaksikan pemen-
Source: Berita Harian © Singapore Press Holdings Limited.
Permission required for reproduction
Feelings of exasperation emerged in Mr Abdul Rashid Gapur when he read part of
the popular novel The Metamorphosis, written by German writer, Franz Kafka.
Describing it as a dismal piece that was difficult to understand, the visual studies
lecturer at LASALLE College of the Arts immediately responded with more positive
ideas in making the Metamorphosis: (Edited) exhibition a success.
He then produced a work titled Moving Towards Another Rashid that is drawn on the
walls, depicting the spiritual process of finding one’s self while circling the Kaabah,
which in itself is an element of metamorphosis or change.
The exhibition held across Praxis Space and Project Space at the Institute of
Contemporary Arts Singapore, LASALLE, consolidated the creative works of 11
lecturers from the art institution.
Using the novel The Metamorphosis - in which the character Gregor Samsa found
himself transformed into an insect when he woke up - as a point of analysis, the
exhibition provides an avenue for the lecturers to continue their artistic pursuits.
Through this exploration, they responded and reviewed the impact of changes and
obsessions on various matters, two themes which were analysed through Samsa’s
character in the novel.
Speaking further about his work, Mr Abdul Rashid, 47, said: “I tried to understand
The Metamorphosis but I felt that the negative elements were more pronounced and
that made me uncomfortable. Imagine Samsa transforming into an insect and
becoming a burden to his family and loved ones and being ostracised. In line with my
inclinations to produce works of art that are spiritual and religious, I turned it into a
more positive work about my (spiritual) migration. My obsession in art is in finding my
true self. I represented the act of religious worship circling the Kaabah with circular
strokes (representing the journey of the pilgrims) and an emptied box (Kaabah).”
When asked about the challenges he faced, Mr Abdul Rashid share that it was when
determining how his work can be displayed effectively.
“At first I wanted to paint on paper but then I thought it may be better if I just do it on
the walls. However, it was challenging that I had to climb up and down the ladder to
reach the top part of the wall!” he said.
His friend, Mr Erzan Adam, 40, gave a similar response touching on spiritual issues
in his work.
Nevertheless, like a play with its different acts, he who had ended his bachelorhood
just three weeks ago, separated his art into three acts – the birth, the essence of life
and the death.
“Metamorphosis exists in three stages of life. At the beginning when we are born, we
don’t know the meaning of life and who we are. Thus, we need to find and define
ourselves in our journey through life – we ask ourselves, what is our mission in life?
Source: Berita Harian © Singapore Press Holdings Limited.
Permission required for reproduction
In my work, I used abstract texts with different forms of writing to explore these
stages. The final stage is the headstone, representing death where we leave behind
all worldly matters and enter another realm. The people we love, parents and siblings
walk away, leaving us alone in our graves as life goes on for them,” explained Mr
Erzan.
Islamic scholar Jalaluddin Rumi’s poem, The Guest House, and the German word
‘ungeziefer’ which means ‘pest’, became the subject of his research and exploration.
He shared that the challenges he faced were managing his time and being forced to
delay production of his work due to the hectic preparation of his own wedding
ceremony.
As a variant that also involved the participation of his former and current students, Mr
Zaki Razak, 37, produced an experimental artwork in the form of study, illustration
and essay analyses, which he published and distributed for free.
A total of 300 copies of his book, Conference of The Cockroaches: The Most
Despised & The Least Understood were printed and personally funded by him.
“I chose the cockroach as the main subject recalling Samsa’s character who was
transformed into a giant insect because it was most despised by many! The
cockroach is an insect which has survived since the prehistoric ages. I asked my
student to write an article touching on his views of cockroaches.
Two more students and a former student will sketch my study findings on
cockroaches. My friend, a scientist, also presented his scientific observations on this
insect. My wife also gave her ideas and support. I hope to spark off public interest in
starting discussions on cockroaches through activities which I will be planning,” said
Mr Zaki who was challenged by illness during the near completion period of his art
piece.
The free exhibition at Praxis Space and Project Space, Institute of Contemporary Arts
Singapore, LASALLE, is open now until 8 May from 12 pm to 7 pm (Tuesday to
Sunday).