Seniman arca bertaraf dunia - LASALLE College of the Arts
Transcription
Seniman arca bertaraf dunia - LASALLE College of the Arts
Source: Berita Harian © Singapore Press Holdings Limited. Berita Harian | Selasa, 22 Disember 2015 Permission required for reproduction 9 Gah! Seniman arca bertaraf dunia Pemuda kacukan Melayu-Jepun muncul pemenang agung seni awam sempena pesta Kobe Biennale SAUJANA MATA MEMANDANG: Arca berbingkai seberat 2,000 kilogram yang dihasilkan Encik Muhammad Nur Faris menjadi tumpuan kerana membolehkan pengunjung bergambar dengan latar belakang laut Kobe di Jepun. – Foto ihsan MUHAMMAD NUR FARIS !HARYANI ISMAIL [email protected] SENIMAN muda, Encik Muhammad Nur Faris Nakamura Mohamed Salim, sentiasa impikan ruang besar dalam berkarya. Ini memandangkan beliau biasanya selesa dan teruja membina arca atau seni pemasangan ‘raksasa’ yang tampak gah dipandang mata. Situasi ini, bagaimanapun, payah diperolehi di Singapura kerana keterbatasan ruang yang turut menjadi keprihatinan ramai artis setempat. Encik Muhammad Nur Faris, 26 tahun, tidak berputus asa dan mencari ruang alternatif bagi menjadikan impiannya itu satu kenyataan. Temannya yang mengikuti kursus pengurusan seni menyarankan agar beliau mengembangkan bakat seninya dengan menyertai Peraduan Antarabangsa Seni Shitsurai (Seni Awam) sempena pesta seni besar-besaran Kobe Biennale, di Jepun. Hasilnya, arca berbingkai pemuda ini, yang diperbuat daripada besi dan konkrit, diiktiraf sebagai pemenang agung Seni Shitsurai di Kobe Biennale baru-baru ini. Beliau menerima hadiah 2 juta yen ($23,251). Saingannya ialah sekitar 40 seniman lain daripada serata dunia. Tahun ini, pesta seni dua tahun sekali itu memberi tumpuan kepada usaha mendefinisikan semula idea tradisional mengenai seni. Kekuatan budaya di kota itu, yang membantunya secara kolektif dalam membangkitkan setiap masyarakat daripada kesuraman musibah gempa bumi 20 tahun lalu, cuba diselongkar seiringan dengan daya keusahawanan anak mudanya. Ketika ditemui Gah! di Maktab Seni Lasalle baru-baru ini, Encik Muhammad Nur Faris, yang kini eksekutif operasi di Muzium Seni Singapura (SAM), berkata: “Selepas tamat pengajian ijazah seni halus di Lasalle, saya menetapkan dua misi iaitu mencari pekerjaan tetap dan menebarkan sayap seni ke peringkat antarabangsa. “Teman saya menyarankan agar saya rajin melungsur Internet bagi mencari peluang mempamerkan karya saya. “Selain di Jepun, saya turut melihat peluang berkarya di Australia dan London. Sayangnya, kededua tempat itu merupakan program bekerja sambil berseni yang memakan masa lebih sebulan, sesuatu yang tidak mampu saya lakukan kerana tugas sepenuh masa saya.” Mengenai kemenangannya itu, Encik Mu- TEBAR SENI PEMASANGAN KE JEPUN: Encik Muhammad Nur Faris, warga Singapura yang mempunyai darah Jepun, teruja memenangi Hadiah Agung di Peraduan Seni Awam sempena pesta seni gah, Kobe Biennale. – Foto KHALID BABA hammad Nur Faris, anak ketiga dalam lima beradik, terharu jerih payahnya selama lima bulan menghasilkan arca itu membawa hasil. “Banyak perkara tentang cara menghantar karya yang berat lagi besar tidak saya ketahui. “Sebabnya arca ini diukir di sini dan bukan di Kobe. Saya perlu mengkaji cara sebaiknya membawa karya ini ke Jepun. “Beratnya ialah sekitar 2,000 kilogram. Saya juga perlu membelanjakan $6,000 bagi kos pengangkutan. Nak pasang roda pada arca itu turut menimbulkan kesulitan. Saya yang terbiasa dengan arca kayu pula perlu menyesuaikan diri saya dengan bahan konkrit dan besi. “Mujurlah, segala penat lelah ini berhasil,” katanya lagi. Simbolisme struktur arca ciptaannya terletak pada keupayaannya menjadi bingkai merakam foto indah pemandangan sekitar laut Kobe. “Pihak pengadil gembira melihat arca saya ini mampu menjadi bingkai bagi orang ramai yang lalu-lalang memetik foto tiga ikon iaitu Pelabuhan Kobe, Hotel Oriental Kobe dan roda Ferris. “Saya pula tersentuh kerana sebuah negara seperti Jepun yang kaya nilai estetika seninya dapat menghargai bakat saya. Tambahan pula, darah Jepun ada mengalir dalam tubuh saya. Ia suatu pencapaian yang meng- gembirakan,” katanya lagi. Buat masa ini Encik Muhammad Nur Faris gembira dengan pekerjaannya yang membolehkan beliau berinteraksi dengan ramai artis muda. “Kebanyakan seniman muda ini masih teragak-agak dalam memikirkan masa depan mereka sebagai seniman. Mereka bimbang ibu bapa mereka tidak menyokong kerjaya mereka atau tidak banyak pendedahan diberi kepada seniman muda di Singapura. “Saya, bagaimanapun, memberi mereka jaminan bahawa kalau ada kemahuan, pasti ada jalan,” jelas lulusan Sarjana Muda Sastera (Kepujian Kelas Pertama) dalam Seni Halus daripada Maktab Seni Lasalle itu. Nana serikan acara di Istana Budaya World class sculptor BONUS menanti penonton acara Malam Kalimah Cinta di Istana Budaya. Malay-Japanese youth is the winner of public art grand prize Kobe Biennale. Selain kemunculan penyanyi mapanat Opick dan Hafiz Hamidun dari Rabu hingga Jumaat ini, pihak penganjur Mask Team dan Indigital Sdn Bhd akan menampilkan juara Gegar Vaganza (Musim Kedua), Siti Nordiana (Nana) Alias, bagi menyemarakkan persembahan. Siti Nordiana akan ditampilkan bersama Ronnie Hussein esok, manakala Lah Ahmad pula akan bersama Hafiz pada Khamis dan Jumaat ini. Berita Harian (Malaysia), yang menemui Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani, melaporkan bahawa sambutan terhadap konsert tersebut cukup memberangsangkan. “Sebab itu penganjur bersetuju menawarkan imbuhan istimewa menerusi penampilan ketiga-tiga vokalis berkenaan, iaitu Siti Nordiana, Lah dan Ronnie. “Pastinya, konsert ini yang menampilkan kelainan gabungan penyanyi kontemporari dan ketuhanan memberikan nilai tambah buat penonton,” katanya. Malam Kalimah Cinta menampilkan sisi muzikal istimewa menerusi gabungan nyanyian, zikir dan selawat diiringi persembahan penuh unsur berbilang media serta kesan khas selama 90 minit. Opick bakal diiringi kumpulan pemuzik profesional, Tombo Ati, yang dibawa khas dari Indonesia, manakala Hafiz pula akan disertai kumpulan pemuzik handalan di bawah susunan gubahan Faizal Uzir. Tiket masih boleh didapatkan menerusi tempahan di laman www.redtix.airasia.com atau di Istana Budaya. Sebahagian hasil kutipan jualan tiket akan didermakan kepada Tabung Kebajikan Generasi Bersatu Malaysia. AS FAR AS THE EYES CAN SEE: A sculpture of frames weighing 2,000 kilograms produced by Mr Muhammad Nur Faris has become a focal point because it allows visitors to take photographs with the sea off Kobe in Japan as a backdrop. – Photo courtesy of MUHAMMAD NUR FARIS BRINGING INSTALLATION ART TO JAPAN: Mr Muhammad Nur Faris, a Singaporean who has Japanese ancestry, is excited about winning the grand prize for public art at the Kobe Biennale. – Photo KHALID BABA Young artist Mr Muhammad Nur Faris Nakamura Mohamed Salim always thinks big for his works. DEKATI BELIA KEMBOJA DENGAN ILMU NIAGA: (Dari kiri) Cik Nur Sabrina dan Cik Nadhirah teruja menantikan peluang berbakti di Kemboja sekitar April tahun depan menerusi Program Mata Pencarian Belia, yang diusahakan Politeknik Republic dan World Vision. – Foto KHALID BABA Kongsi kemahiran berniaga MEWARNAI ACARA: Siti Nordiana Alias (kiri) bergambar bersama peminatnya, Irma Suriana Mahamud. Beliau diundang menjayakan Malam Kalimah Cinta di Istana Budaya esok. – Foto TAUFIK A. KADER This can be seen from the fact that he is usually comfortable with and excited about creating dengan ihsan diinstallations Kembojathat look magnificent. “gigantic” sculptures or art HASRAT Cik Nur Sabrina Abdul Shukur dan Cik Nur Nadhirah Abdul Khaliq menyertai kursus Diploma Pengurusan Keusahawanan Sosial didorong keinginan memperkasa insan lain. Lantaran itu, apabila Politeknik Republic dan badan tidak mengaup keuntungan, World Vision Singapore, melancarkan Program Mata Pencarian Belia (YLP) di Kemboja, mereka berminat ikut serta. Program perintis itu dibangunkan selepas satu Memorandum Persefahaman (MOU) ditandatangani antara politeknik itu dengan World Vision awal bulan ini. Ia menggerakkan kerjasama dua hala antara belia Kemboja dengan Singapura dengan pendekatan memberi bimbingan sesama peringkat usia diamalkan. Menurut pensyarah kanan di Pusat Keusahawanan dan Komunikasi Politeknik Republic, Encik Danny Lee, belia Singapura berpeluang memindahkan ilmu tentang keusahawanan sosial serta kemahiran menjalankan perniagaan dengan keihsanan kepada belia Kemboja. Ini diharap dapat membuka peluang ekonomi bagi menjamin mata pencarian belia di negara membangun itu. Sekitar 24 pelajar jurusan Diploma Pengurusan Keusahawanan Sosial daripada Politeknik Republic dijadualkan berangkat ke daerah Ponhea Leu di wilayah Kandal, Kemboja, April tahun depan bagi misi tersebut. Ketika ditemui Gah! di Politeknik Republic, Cik Nur Sabrina, 19 tahun, pelajar tahun kedua, berkata: “Saya datang daripada latar belakang keluarga yang menekankan keihsanan. “Sejak kecil lagi saya digalakkan membantu orang, termasuk pengemis di jalanan. “Lantaran itu, apa sahaja peluang menebarkan bakti akan saya rebut kerana ia juga akan memperkaya pengalaman saya, lebih-lebih lagi dengan peluang menjelajah ke luar negara.” Cik Nur Nadhirah, juga 19 tahun, pula menambah bahawa beliau teruja berkongsi pengetahuan tentang menjalankan bisnes dengan hati ihsan bersama belia di Kemboja. “Saya pernah mendengar cerita seorang teman yang bertugas sebagai jururawat. Beliau berpeluang ke Kemboja selama 10 hari bagi satu misi yang mendedahkannya kepada kehidupan kampung. “Saya harap menerusi kunjungan saya kelak, saya dapat memberi keceriaan kepada belia Kemboja yang ingin tahu selok-belok menggerakkan perniagaan berteraskan nadi sosial,” katanya yang pernah terlibat dalam projek kebajikan Sunlove bersama teman-temannya. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) World Vision, Cik Foo Pek Hong, berkata: “Mencari, menjana dan mengekalkan pekerjaan adalah kunci utama program perintis ini. Belia Singapura bukan sahaja fokus pada usaha berkongsi pengetahuan dan mewujudkan kesedaran, malah berpeluang membantu belia Kemboja memperbaiki teknik bercucuk tanam, menternak haiwan mahupun memperkasa pekerjaan di sektor perkhidmatan. Mereka boleh saling membimbing dan mencari huraian terbaik.” !HARYANI ISMAIL However, it is hard to do so in Singapore due to space constraints, and this is also a concern for many local artists. Mr Muhammad Nur Faris, 26, did not give up and has found an alternative space to make his dream a reality. His friend, who is taking BA(Hons) Arts Management at LASALLE College of the Arts, encouraged him to hone his artistic talent by taking part in the Shitsurai Art International Competition (Public Art) held in conjunction withVisitthe Kobe Biennale art festival in Japan. www.stdirectorytravel.com/yearendsales/12/ for the best shopping experiences ever! STDirectoryTravel His work, a sculpture of frames made of steel and concrete, was awarded the grand prize for Shitsurai Art at the recent Kobe Biennale. STDTravel A product of SPH, Singapore’s trusted media group Source: Berita Harian © Singapore Press Holdings Limited. Permission required for reproduction He received a prize of two million yen (S$23,251). He competed with around 40 artists from all over the world. This year, the bienniale focused on efforts to redefine traditional ideas about art. The strength of culture in the city, which collectively helped its society rise from the gloominess of a calamitous earthquake 20 years ago, was explored along with the entrepreneurial spirit of its youth. When Gah! met with Mr Muhammad Nur Faris at LASALLE College of the Arts recently, Mr Muhammad Nur Faris, who is an operations executive at the Singapore Art Museum (SAM), said: “After finishing BA(Hons) Fine Arts at LASALLE, I set for myself two missions, that is, to find a permanent job and to bring my art to the international level. My friend encouraged me to surf the internet diligently to look for opportunities to display my works. Besides Japan, I have also looked at producing work in Australia and London. It’s a pity that the two places offering working artist programmes are more than a month long, which is something that I cannot afford to do because of my full time job.” Regarding his win, Mr Muhammad Nur Faris, the third child among five siblings, is moved that his five months of hard work have paid off. “There were many things that I didn’t know about shipping a large and heavy work of art. That was because the sculpture was produced here and not in Kobe. I had to find the best way to ship the work to Japan. It weighed around 2,000 kilograms. I also had to spend S$6,000 on transportation cost. Even installing wheels on the sculpture posed difficulties. I also had to get used to working with concrete and steel as I am more familiar with creating wooden sculptures. Luckily, all my hard work paid off,” he added. The symbolism of his sculpture lies in its ability to be a frame for beautiful photographs of the sea off Kobe. “The judges were happy to see that my sculpture can be a frame for passersby to take photographs of three landmarks, that is, Kobe Port, Oriental Kobe Hotel and the Ferris wheel. I am touched because a country like Japan which is rich with aesthetic values can appreciate my talent. Furthermore, I have Japanese blood. It’s an achievement that makes me happy,” he added. For now, Mr Muhammad Nur Faris is happy with his job as it allows him to interact with many young artists. “Many young artists are still unsure when they think of their future as artists. They worry that their parents will not support their career or there is not enough exposure given to young artists in Singapore. However, I gave them the assurance that when there is a will, there is a way,” explained the BA(Hons) Fine Arts First Class Honours graduate from LASALLE College of the Arts.