sudut wira - Perpustakaan Negara Malaysia

Transcription

sudut wira - Perpustakaan Negara Malaysia
KAT
A
LOG
~ BAHAN-BAHAN
sudut wira
KATALOG
BAHAN-BAHAN SUDUT WIRA
TUN HUSSEIN ONN
. EDISI II
ARKIB NEGARA MALAYSIA
1995
e
1995 Arkib Negara Malaysia
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan menerbitkan sernula mana-mana
bahagian daripada terbitan ini dalam apa juga bentuk atau cara samada
secara elektronik atau mekanik, termasuk fotokopi, rakaman, atau cara
lain tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Arkib Negara
Malaysia.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Katalog bahan-bahan sudut wira Tun Hussein Onn.
ISBN 967-912-043-0
1. Hussein Onn, Tun, 1922-1990.
2. Prime Ministers--Malaysia-Bibliography.
016.923209595
Aturhuruf oleh : Sooners Enterprise
Dicetak oleh : Peroatakan Watan Sdn. Bhd.
KANDUNGAN
MUKA SURAT
Pendahuluan
viii
C.
BIOGRAFI
(AHO)
H.1.
Tun Hussein Onn bersama ahli keluarga
4
H.4.
Akademi Tentera, Dehra Dun, India,
1941 - 1942
4
H.5.
Hussein Onn di Akademi Tentera, Dehra
Dun, India, 1940 - 1942
4
H.6.
Kata-kata hikmat di tangga Akademi
Tentera, Dehra Dun, India
5
H.7.
Upacara Mengangkat Sumpah sebagai
Menteri, 1970
5
H.B.
Dato' Hussein Onn merasmikan Mesyuarat
Pertama Majlis Kebudayaan Melayu,
1971
5
H.9.
Seminar Pelajaran Untuk Rakyat, 1971
5
H.l0.
Dato' Hussein Onn dikunjungi oleh tujuh
orang Pakar Istilah Ejaan Indonesia,
1972
6
H.ll.
Penganugerahan Cokmar Universiti
Kebangsaan Malaysia, 1973
6
H.12.
Seminar Pentadbiran Tanah Negara
Kedua, 1973
7
- TUN HUSSEIN ONN
iii
KANDUNGAN
MUKA SURAT
H.13.
Mesyuarat Maj lis Tanah Negara,
1975
7
H.14.
Dato' Hussein Onn dilantik menjadi
Perdana Menteri, 1976
8
H.15.
Mesyuarat Kabinet Pertama Dato'
Hussein Onn, 1976
8
H.16.
Dato' Hussein Onn bersama Ketua-Ketua
Kerajaan Pertubuhan Negara-Negara
Asia Tenggara (ASEAN), 1976
9
H.17.
Dato' Hussein Onn menandatangani
Perisytiharan Bali, 1976
9
H.18.
Dato' Hussein Onn menerima Ijazah
Kehormat Doktor Undang-undang dari
Universiti Kebangsaan Malaysia, 1976
10
H.19.
Dato' Hussein Onn Melawat Republik
Arab Mesir, 1977
11
H.20.
Lawatan Rasmi ke Jepun, 1977
11
H.21.
Lawatan Rasmi ke Jepun, 1977
11
H.23.
Dato' Hussein Onn menyambut
ketibaan Perdana Menteri Australia,
1978
11
H.24.
Dato' Hussein Onn di hari membuang
undi di Pilihanraya Umum ke-6, 1978
12
iv
KANDUNGAN
MUKA SURAT
H.25.
Persidangan ke-14 Wi layah FAa
untuk ASIA dan Timur Jauh, 1978
12
H.26.
Data' Hussein ann mengangkat sumpah
Ahli Dewan Rakyat, 1978
12
H.27.
Data' Hussein ann meraikan kanak-kanak
cacat di Sri Taman, 1978
13
H.28.
Lawatan rasmi Naib Perdana Menteri
Republik Rakyat China, 1978
13
H.29.
Persidangan Antara Kerajaan Mengenai
Dasar~asar Komunikasi di Rantau Asia
dan Oceania, 1979 (ASIACOM)
14
H.30.
Lawatan rasmi ke Republik Rakyat China,
1979
14
H.3l.
Data' Hussein Onn melawat Tembok Besar
Negeri China, 1979
15
H.32.
Upacara Penutup Muktamar Islamiah bagi
Tenggara Asia dan Rantau Pasifik, 1980
15
H.33.
Lawatan rasmi ke Terengganu, 1980
16
H.34.
Upacara menandatangani Perjanjian
Kerjasama ASEAN-EEC, 1980
16
H.35.
Perasmian Kongres Ketujuh Pertubuhan
Kawasan Timur Bagi Perancangan dan
Perumahan (EAROPH), 1980
17
H.36.
Hari Bel ia Negara, 1980
17
v
KANDUNGAN
MUKA SURAT
H.37.
Mesyuarat Agung Persatuan Sejarah
Malaysia, 1980
18
H.38.
Perhimpunan Agung UMNO ke-31, 1980
18
H.40.
Upacara Perasmian Musabaqah Membaca
AI-Quran Peringkat Kebangsaan di
Stadium Merdeka, 1980
18
H.41.
Lawatan Perdana Menteri Samoa Barat
ke Malaysia, 1980
19
H.42.
Upacara Meletakkan Batu Asas Kompleks Pusat
Islam, 1980
19
H.43.
Upacara Menepung Tawar Kapal Baru Tentera
Laut Diraja Malaysia, KD Sri Indra
Sakti, 1980
19
H.44.
Data' Hussein Onn mengumumkan Rancangan
Hakmilik Saham Milikan Ker~jaan kepada
Bumiputera, 1981
20
H.4S.
Data' Hussein Onn sewaktu membentangkan
Rancangan Malaysia Keempat di Dewan
Rakyat, 1981
20
H.46.
Data' Hussein melancarkan Skim Amanah
Saham Nasional, di Dewan Tunku Abdul
Rahman, Kuala lumpur, 1981
21
H.47.
Pemeriksaan Perbarisan Kebangsaan St. John
Ambulans, 1980
22
vi
KANDUNGAN
MUKA SURAT
H.48.
Data' Hussein Onn merasmikan Mesyuarat
Perwakilan UMNO Bahagian Johor Bahru,
1981
22
H.49.
Data' Hussein Onn di Upacara Perletakan
Batu Asas Kompleks Bangunan UMNO,
1981
23
H.SO.
Data' Hussein Onn di Perhimpunan Agung
UMNO ke-32, 1981
23
H.S1.
Ucapan Dato' Hussein Onn, Presiden UMNO
Malaysia di Perhimpunan Agung UMNO
Kali Yang Ke-32, Kuala Lumpur,
26 Jun 1981
24
H.S2.
Data' Hussein Onn menerima gelaran
'Tun', 1981
24
H.SS.
'Barisan Nasional Digugat dan Digigit'
oleh Subky Latif diterbitkan oleh Syarikat
Usahasama Farook Subky, 197~,
166 muka surat
25
H.S7.
'Hussein Onn dengan Era Baru' oleh Aziz
Zakaria Ahmad diterbitkan oleh Firma
Malaysia Publishing, 1979, 106 muka surat
25
H.60.
'Rancangan Malaysia Keempat 1981 - 1985'
diterbitkan oleh Jabatan Penerangan
Malaysia, 1981, 13 muka surat
25
H.63.
Suratcara Perlantikan sebagai Perdana
Menteri, 1976
26
vii
PENDAHULUAN
Saya berasa syukur dan amat bangga kerana Jabatan ini telah berjaya
mengeluarkan edisi kedua siri katalog Sudut Wira. Katalog ini adalah
sebagai panduan kepada pelawat-pelawat yang melawat ke Sudut Wira
Jabatan ini terutamanya kepada penuntut-penuntut sekolah yang
mengambil bahagian dalam Kuiz Perdana. Tujuan pameran ini diadakan
adalah untuk mempamerkan sebahagian daripada bahan-bahan tokoh
negara iaitu YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Allahyarham Tun Hussein
Onn, dan YAS Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad.
Sejumlah 154 entri dimuatkan dalam terbitan ini yang mengandungi
gambar, dokumen dan bahan objek berhubung dengan tokoh tersebut
Katalog ini memberi maklumat mengenai koleksi tokoh-tokoh yang ada
di Arkib Negara.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada
Pegawai dan Kakitangan Sahagian Arkib Perdana Menteri yang telah
menyediakan katalog ini dan terima kasih kepada pegawai di Unit.
Penerbitan dan Percetakan, Cawangan Dokumentasi dan Penerbitan
yang telah berusaha menerbitkan edisi kedua ini.
DATO' ZAKIAH HANUM
Ketua Pengarah
Arkib Negara Malaysia
lOgos 1995
viii
Ahli Kumpulan Kerja
Edisi I (1990)
Penyunting
Puan Wan Jamilah H. Rahman
Penyusun
Puan Faridah Ishak
Pembantu
Puan
Puan
Puan
Puan
Jurutaip
Puan Sa'diah Abd. Aziz
Hasnah Abu
Rehan Harun
Saufi Abd. Rahman
Wan Rasnani Wan Othman
Edisi II (1995)
Penyunting
Puan Morni Haran
ix
c. BIOCRAFI
TUN HUSSEIN ONN (AHO)
Hussein bin Onn dilahirkan pada 12 Februari 1922 di Johor Bahru.
Beliau adalah anak sulung Dato' Onn bin Ja'afar dan Datin Halimah
binli Hussein yang mempunyai lapan orang anak iaitu empat lelaki dan
empat perempuan. Beliau mendapat pendidikan awal di Singapura dan
pelajaran menengahnya di English College, Johor Bahru. Selepas tamat
sekolah pada tahun 1940, beliau berkhidmat sebagai kadet dalam
pasukan Timbalan Selia Negeri Johor. Pada awal tahun 1941, beliau
dihantar ke Akademi Tentera di Dehra Dun, India dan menerima tauliah
pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai Rejimen Hyderabad ke19 di India.
Apabila Perang Dunia Kedua meletus, beliau berkhidmat di Timur
Tengah dan apabila perang tamat beliau dihantar ke India di Bahagian
Perisik Tentera di Markas Tentera, New Delhi. Memandangkan
pengalamannya yang luas, pihak British melantiknya menjadi jurulatih
di Pusat Rekrut dan latihan Polis Malaya di Rawalpindi. Ketika itu beliau
telah berpangkat Kapten.
Beliau balik ke Malaya pada tahun 1945 dan bertugas sebagai Komanden
Polis Depot, Johor Bahru. Selepas enam bulan di dalam perkhidmatan
tentera di Malaya, beliau memasuki perkhidmatan Kerajaan di dalam
Perkhidmatan Pentadbiran Melayu, sebagai Penolong Pegawai Pentadbir
di Daerah Segamat dan kemudian sebagai Pegawai Daerah di Kuala
Selangor dan Kelang. Kelika itu British sedang mengemukakan dasar
Malayan Union dan Dato' Onn sendiri memainkan peranan penting
menentang Malayan Union dengan menubuhkan UMO (United Malay
Organization) dan seterusnya UMNO (United Malays National
Organization).
Melihatkan perjuangan bapanya, Hussein Onn telah meletakkan
jawatannya sebagai Pegawai Daerah untuk turut serta dalam kegiatan
politik UMNO. Data' Onn telah memberikannya tugas sebagai Ketua
Pemuda UMNO yang dikenali sebagai Pergerakan Pemuda UMNO dan
seterusnya dal"am tahun 1950, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha
Agung UMNO dan bertugas sepenuh masa. Tempatnya sebagai Ketua
Pemuda UMNO diserahkan kepada Abdul Razak bin Hussein (Tun).
Beliau juga telah dilantik menjadi anggota Majlis Undangan Negeri Johor
dan Majlis Undangan Persekutuan. Semasa darurat, beliau dilantik
menjadi Pegawai Penjaga Pasukan Kawalan Kampung di Johor. Beliau
keluar dari UMNO mengikut bapanya apabila usul bapanya untuk
membolehkan orang-orang bukan Melayu diberi keahlian dalam UMNO
ditolak. Selepas itu beliau dan bapanya menubuhkan Parti Kemerdekaan
Melayu tetapi tidak mendapat sambutan.
Pada tahun 1948, beliau telah pergi ke London untuk belajar undangundang di Lincoln's Inn, England dan telah lulus sebagai seorang peguam
pada tahun 1958. Pad a tahun 1968, atas desakan Tun Abdul Razak,
Hussein Onn telah kembali menyertai UMNO. Pada bulan Jun 1969,
beliau telah dilantik menjadi anggota Jawatankuasa Kerja UMNO. Dalam
tahun yang sama juga, beliau telah memenangi pilihanraya umum di
kawasan Parlimen Johor Bahru Timur dan beliau dilantik sebagai Menteri
Pelajaran pada 23 September 1970. Sebagai Menteri Pelajaran, beliau
telah menghadapi beberapa isu penting yang berkaitan dengan pelajaran.
Masalah yang beliau hadapi ialah masalah keciciran di kalangan
penuntut-penuntut sekolah. Semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran
satu perjanjian antara Malaysia dan Indonesia mengenai sistem ejaan
baru telah diadakan di Kuala Lumpur. Dalam tahun 1972, Hussein Onn
telah dilantik sebagai salah seorang Naib Presiden UMNO dan pada
bulan November 1972 beliau telah mendapat anugerah pingat Seri
Paduka Maharaja Johor dari D.Y.M.M. Su1tan Johor yang membawa
gelaran Dato'.
Pada 13 Ogos 1973, Dato' Hussein Onn telah dilantik meAjadi Timbalan
Perdana Menteri menggantikan tempat Allahyarham Tun Dr. Ismail.
Beliau juga telah dilantik memegang jawatan Men.teri Kewangan dan
Menteri Penyelarasan Perbadanan Awam. Pada 14 Januari 1976, Dato'
Hussein Onn telah dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang
ke-3 menggantikan Allahyarham Tun Abdul Razak. Langkah pertama
yang beliau lakukan sebagai Perdana Menteri ialah pengumuman kabinet
baru pad a bulan Mac 1976. Sebagai satu langkah baru yang akan
memeranjatkan setengah pihak, beliau telah memberi peluang yang
meluas kepada tokoh-tokoh politik muda di dalam UMNO untuk
2
memegang jawatan-jawatan penting di dalam kabinet. Mengenai Dasar
Luar Negeri seperti juga dengan pemimpin-pemimpin sebelumnya, Data'
Hussein Onn terus mengadakan perhubungan yang baik antara Malaysia
dengan Negara-negara Luar termasuklah negara Barat dan lain-lain
anggota ASEAN.
Dalam tahun 1979, Data' Hussein Onn telah melancarkan Rancangan
Malaysia ke-3 Peringkat Kedua dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru.
Salah satu·program di bawah Rancangan ini adalah untuk menambahkan
peluang orang-orang Melayu dan kaum Bumiputera lain dalam pemilikan
modal sa ham di sektor syarikat. Pada 9 Januari 1981, Dato' Hussein
Onn telah mengumumkan pindaan Hak Milik Saham Milikan Kerajaan
kepada bumiputera yang dilaksanakan melalui Skim Amanah Saham
Nasional yang dikendalikan oleh Yayasan Pelaburan Bumiputera. Melalui
rancangan ini satu kemajuan telah dicapai dalam usaha Kerajaan menuju
ke matlamat perpaduan negara dengan mengimbangkan kedudukan
antara kaum. Pada bulan April 1981, Data' Hussein Onn telah
merasmikan pelancaran Skim Amanah Saham Nasional (ASN) yang
kemudiannya mendapat sambutan yang menggalakkan dari rakyat.
Dalam tahun 1981, beliau menghadapi gangguan kesihatan. Beliau telah
mendapat rawatan di luar negeri. Walaupun rawatan itu berjaya, beliau
merasakan keadaan kesihatannya tidak lagi membenarkan beliau untuk
bergerak cergas di dalam politik. Oleh itu beliau mengambil keputusan
untuk bersara. Dengan keputusan di atas pada 17 Julai 1981, Date'
Hussein Onn telah meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri
Malaysia. Beliau telah digantikan oleh Y.A.B. Data Seri Dr. Mahathir
Mohamad.
Sebagai tanda penghargaan negara ke atas jasa-jasa beliau, D.Y.M.M.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ke VII telah
menganugerahkan beliau Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN)
yang membawa gelaran Tun pada 16 Julai 1981.
3
H.l.
Tun Hussein Onn Bersama Ahli Keluarga
Tun Hussein Onn bergambar bersama-sama ahli lceluarganya.
Duduk dari kiri Ice kanan ialah Harris Hussein Onn, Tun
Hussein Onn, Toh Puan Suhaila dan Rosita Halina Hussein
Berdiri dari kiri ke kanan ialah Roziah Hanis Hussein,
Roquiah Hanum Hussein, Hishamuddin Hussein dan Surayah
Hani Hussein.
Sumber: AHO G. 557
H.4.
Akademi Tentera, Dehra Dun, India, 1941-1942
Pada tahun 1941, Hussein bin Onn telah dihantar mengikuti
kursus ketenteraan di Akademi Tentera, Dehra Dun, India.
Kursus tersebut memakan masa selama 2 tahun dan beliau
telah ditauliahkan pada tahun 1942. Kelihatan dalam gambar
nombor 3 dari kanan ialah Hussein bin Onn dan juga Ibrahim
Ismail (lcemudian menjadi Ketua Turus Angkatan Tentera,
Jeneral Tan Sri Ibrahim Ismail) di kiri sekali. Bangunan di
belakang ialah Akademi Tentera, Dehra Dun, India.
Sumber: AHO G. 552
H.5.
Hussein Onn Di Akademi Tentera, Dehra Dun, India, 19401942
Hussein Onn amat meminati perkhidmatan angkatan tentera.
Selepas tamat persekolahan beliau telah memasuki
perkhidmatan angkatan tentera Johor Oohor Military Force)
sebagai kadet Sewaktu berusia 28 tahun beliau telah dihantar
ke India (1940-1942).
Kelihatan dalam gambar Hussein Onn sewaktu berada di
India. Bermain tenis adalah salah satu kegiatan sukan yang
diminatinya.
Sumber: AHO G. 356
4
H.6.
Kata-Kata Hikmat Di Tangga Akademi Tentera, Dehra Dun,
India
Kata-kata hikmat yang terdapat di tangga Akademi Tentera
Dehra Dun, maktab di mana Hussein Onn menjalani latihan
tentera. Kata-kata ini menjadi pegangan hidupnya hingga
sekarang ini.
Sumber: AHO G. 558
H.7.
Upacara Mengangkat Sumpah Sebagai Menteri, 1970
Hussein Onn sedang mengangkat sumpah untuk menjadi
Menteri Kerajaan Malaysia di hadapan Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agang di Bilik
Singgahsana, Istana Negara pada 23 September, 1970. Beliau
kemudian telah dilantik sebagai Menteri Pelajaran.
Sumber: AHO G. 181
H.8.
Dato' Hussein Onn Merasmikan Mesyuarat Pertama Majlis
Kebudayaan Melayu, 1971
Data' Hussein Onn sedang berucap semasa merasmikan
Mesyuarat Pertama Majlis Kebudayaan Melayu di Kuala
Lumpur pada 24 Mei 1971. Di sebelah kanan bel iau ialah
pengerusi majlis tersebut, Datuk Alwi bin Jantan. Mesyuarat
pertama Majlis ini dihadiri aleh wakil dari beberapa buah
negara termasuk Filipina, Singapura, Thailand dan Malaysia.
Sumber: AHO G. 39
H.9.
Seminar Pelajaran Untuk Rakyat, 1971
Menteri Pelajaran, Dato' Hussein Onn telah merasmikan
Seminar Pelajaran untuk Rakyat di Kuala Lumpur pada 4
September, 1971.
Sumber: AHO G. 47
5
H.10.
Dato' Hussein Onn Dikunjungi Oleh Tujuh Orang Pakar
Istilah Ejaan Indonesia, 1972
Dato' Hussein Onn selaku Menteri Pelajaran telah dikunjungi
oleh 7 orang pakar istilah ejaan Indonesia di pejabatnya pada
27 Disember 1972. Tujuan kunjungan pakar-pakar tersebut
ke Malaysia ialah untuk mengkaji istilah-istilah bahasa Melayu
di Malaysia bagi mewujudkan satu istilah yang standard
antara Malaysia dan Indonesia, terutamanya bagi istilah-istilah
teknologi, saintifik, perdagangan dan perindustrian. Dengan
wujudnya satu istilah yang standard penggunaan bahasa
Malaysia/Indonesia di kedua-dua negara dapat dipercepatkan.
Kelihatan dalam gambar Dato' Hussein Onn sewaktu
menerima kunjungan pakar-pakar istilah bahasa Indonesia
di peJabatnya. Rombongan dari Indonesia itu diketuai oleh
Dr. Amran Halim.
Sumber: AHO G. 55
H.ll .
Penganugerahan Cokmar Universiti Kebangsaan Malaysia,
1973
Satu istiadat penganugerahan cokmar Universiti Kebangsaan
Malaysia (U.-K.M.) telah diadakan dalam upacara penuh
istiadat di I~tana Negara. Cokmar yang berukuran 1.52 meter
dan 2.3 sentimeter berha~g~a kira-kira $6,000.00 telah
dihadiahkan oleh D.Y.M.M. Seri Paduka 8aginda Yang diPertuan Agong atas persetujuan Majlis Raja-Raja. la
merupakan lambang kuasa kepada Universiti seperti Majlis
Konvokesyen serta Majlis Perisytiharan Perlantikan Pro
Canselor-Pro Canselor.
Kelihatan dalam gambar Menteri Pelajaran Data' Hussein
Onn sedang bersalaman dengan Duli Yang Maha Mulia Seri
Paduka 8aginda Yang di-Pertuan Agong Kelima, Tuanku
Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan 8adlishah
selepas upacara penganugerahan cokmar tersebut di Istana
Negara pada 16 Jun 1973.
6
Cokmar tersebu~ kemudiannya disampaikan pula kepada
Universiti Kebangsaan Malaysia oleh Menteri Pelajaran Data'
Hussein Onn pada hari perisytiharan perlantikan Perdana
Menteri Tun Abdul Razak bin Hussein sebagai Canselor
Universiti tersebut di hari Konvokesyen Pertamanya pada 23
Jun 1973.
Sumber: AHO G. 58
H.12.
SeminarPentadbiran Tanah Negara Kedua, 1973
Pemangku Perdana Menteri, Dato' Hussein Onn telah
merasmikan Pembukaan Seminar Pentadbiran Tanah Negara
yang kedua di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur
pada 18 September 1973. Seminar ini bertujuan
menghidupkan semula sistem pentadbiran tanah di
Semenanjung Malaysia. lanya akan dapat mengkaji sistem
yang sedia ada dan masalah serta kelemahan yang telah
melambatkan jentera pentadbiran tanah pad a masa lalu.
Kelihatan dalam gambar Data' Hussein Onn sedang berucap
di Pembukaan Seminar Pentadbiran Tanah Negara yang
kedua. Di kiri ialah Pengerusi Jawatankuasa Seminar, Datuk
Hj. Mohd. Asri, yang juga Menteri Kemajuan Tanah dan
Menteri Tugas-tugas Khas. Di kanan ialah.Pengarah Seminar
Datuk Harun bin Ariffin.
Sumber: AHO G. 230
H.13.
Mesyuarat Majlis Tanah Negara, 1975
limbalan Perdana Menteri, Dato' Hussein Onn telah
mempengerusikan Mesyuarat Majlis lanah Negara di
Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada 23 Oktober 1975.
Sumber: AHO G. 302
7
H.14.
Data' Hussein ann Dilantik Menjadi Perdana Menteri, 1976
Data' Hussein ann sedang mengangkat sumpah jawatan
sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketiga, di satu istiadat
ringkas di hadapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
8aginda Yang Kelima, Tuanku Haji Abdul Halim Muadzam
Shah Ibni Almarhum S·ultan 8adlishah, di Istana Negara pada
15 Januari 1976. Data' Hussein ann telah dilantik menjadi
Perdana Menteri Malaysia setelah kembalinya ke rahmatullah
Tun Haji Abdul Razak bin Hussein Perdana Menteri Malaysia
yang kedua pad a 14 Januari 1976.
Di atas desakan Allahyarham Tun Abdul Razak, Data'
Hussein telah menyertai UMNO semula pada bulan Jun 1969
dan telah dilantik menjadi anggota Jawatankuasa Eksekutif
UMNO. Apabila menang pilihanraya umum di kawasan
Parlimen Johor 8haru Timur (Sri Gading) beliau telah dilantik
menjadi Menteri Pelajaran iaitu pada 23 September 1970.
Pada 13 Ogos 1973, beliau telah dilantik pula menjadi
Timbalan Perdana Menteri bagi menggantikan tempat
Allahyamam Tun Dr. Ismail yang telah meninggal dunia pada
2 Ogos 1973.
Dalam pengumuman anggota kabinet Allahyarham Tun Abdul
Razak pada 5 September 1974, Data' Hussein telah juga
dilantik merangkap jawatan Menteri Kewangan dan Menteri
Penyelarasan Perbadanan Awam.
Sumber: AHa G. 310
H.15.
Mesyuarat Kabinet Pertama Data' Hussein ann, 1976
Data' Hussein ann sedang mempengerusikan mesyuarat
kabinetnya di Jabatan Perdana Menteri di Jalan Data' ann,
Kuala Lumpur pada 15 Januari 1976. Mesyuarat ini adalah
merupakan mesyuarat kabinetnya yang pertama setelah beliau
dengan rasminya dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia
yang ketiga pada tarikh yang sama.
8
Kelihatan di dalam gambar, duduk di sebelah kiri Perdana
Menteri ialah Datuk lee San Choon, Datuk Hj. Mohd. Asri
Hj. Muda, Datuk Ong Kee Hui dan Tan Sri Kadir Yusoff.
Manakala duduk di sebelah kanan Perdana Menteri, antara
yang kelihatan ialah Datuk Hamzah Abu Samah, Datuk lee
Siok Yew dan Puan Aishah Ghani.
H.16.
Dato' Hussein Onn Bersama Ketua-Ketua Kerajaan
Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), 1976
Dato' Hussein Onn bergambar bersama Ketua-ketua Kerajaan
ASEAN selepas kejayaan sidang kemuncak mereka di Bali,
Indonesia pada 23 hingga 24 Februari 1976. Pad a mulanya
Pertubuhan ini telah ditubuhkan dengan nama 'Association
of Southeast Asia' (ASA) pada 31 Julai 1961, atas daya usaha
Tunku Abdul Rahman Putra. Negara-negara yang terlibat ialah
Malaya, Thailand dan Filipina. Kemudian nama ASA
ditukarkan kepada ASEAN (Association of South-fast Asian
Nation) pada 8 Ogos 1967 dengan melibatkan kemasukan
dua buah negara lagi iaitu Republik Singapura, Indonesia,
Presiden Ferdinand Marcos, Presiden Filipina dan Encik Kukrit
Pramoj, Perdana Menteri Thailand.
Sumber: AHO G. 395
H.17.
Dato' Hussein Onn Menandatangani Perisytiharan Bali, 1976
kemunca~ Negara-negara ASEAN (Association of
South fast Asian Nation) yang telah diadakan di Bali,
Sidang
Indonesia dari 23 hingga 25 Februari 1976 telah meluluskan
satu piagam yang dikenali sebagai 'Perisytiharan Bali'.
Negara-negara anggota ASEAN yang terdiri dari Filipina,
Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand telah diwakili
oleh Ketua Kerajaan negara masing-masing iaitu Dato'
Hussein Onn, Paduka Presiden Soeharto, Tuan lee Kuan Yew,
Presiden Marcos dan Tuan Kukrit Pramoj.
9
Dengan lahirnya 'Perisytiharan Bali', negara-negara ASEAN
bersetuju untuk menjadikan Bali sebagai pejabat tetap
Sekretariat ASEAN dan bersetuju melantik Encik Hartono
Reksodharsono sebagai Setiausaha Agung ASEAN yang
pertama.
Perisytiharan tersebut juga menekankan soal
memperkukuhkan kerjasama ekonomi, kelonggaran tarif dan
penyelarasan perusahaan antara negara-negara ASEAN di
samping kerjasama politik dan kebudayaan yang lebih rapat
lagi antara negara-negara anggota.
Gambar menunjukkan Dato' Hussein ann Perdana Menteri
Malaysia sedang menandatangani 'Perisytiharan Bal i'
bersama-sama dengan Ketua-Ketua Kerajaan ASEAN yang lain
di Bali, Indonesia pada 24 Februari 1976. Kelihatan dari kiri
ke kanan ialah Perdana Menteri Singapura, Tuan Lee Kuan
Yew, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Hussein ann, Presiden
Soeharto, Indonesia, Presiden Marcos dari Filipina dan
Perdana Menteri Thailand, Tuan Kukrit Pramoj.
Sumber: AHa G. 396
H.1B.
Dato' Hussein ann Menerima Ijazah Kehormat Doktor
Undang-Undang Dari. Universiti Kebangsaan Malaysia, 1976
Canselor baru Universiti Kebangsaan Malaysia, Duli Yang
Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku
Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul -Rahman sedang
menyampaikan Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang
kepada Dato' Hussein ann di Upacara Konvokesyen yang
ke-4 Universiti tersebut di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur
pada 19 Jun 1976.
Sumber: AHa G. 454
10
H.19.
Data' Hussein Onn Melawat Republik Arab Mesir, 1977
Data' Hussein Onn dan Datin Suhaila, ketika mengunjungi
Presiden Anwar Sadat di Istana Presiden, semasa lawatan
beliau ke Republik Arab Mesir, pada 4 September 1977.
Sumber: AHO 2, H.19
H.20.
lawatan Rasmi Ke Jepun, 1977
Dato' Hussein Onn dan Encik Takeo Fukuda bersama isteri
masing-masing sedang berbual di kediaman Perdana Menteri
jepun, Encik Takeo Fukuda.
Sumber: AHO G. 551
H.21.
lawatan Rasmi Ke jepun, 1977
Data' Hussein Onn berjabat tangan dengan Perdana Menteri
jepun Encik Takeo Fukuda sambil diperhatikan oleh Menteri
luar Jepun, lichiro Hatayama (kanan) dan Ketua Setiausaha
Kabinet jepun, Encik Sunao Sanoda (kiri). Perjumpaan di
antara ketua negara Malaysia dan Jepun ini adalah sebahagian
daripada program lawatan Data' Hussein Onn ke Jepun dari
18 September 1977 hingga 24 September 1977. Semasa
lawatan ini Dato' Hussein telah berbincang dengan Encik
Takeo Fukuda mengenai berbagai perkara dua hala di antara
Malaysia dan Jepun. Di antara perkara-perkara ini ialah
mengenai bantuan jepun dalam Rancangan Malaysia Ketiga.
jepun telah bersetuju memberi pinjaman sebanyak 21 bilion
(M$195.7 bilion) kepada Malaysia dan bantuan-bantuan lain.
Sumber: AHO G. 550
H.23.
Dato' Hussein Onn Menyambut Ketibaan Perdana Menteri
Australia, 1978
Perdana Menteri Malaysia, Dato' Hussein Onn, ketika
menyambut ketibaan Perdana Menteri Australia, Encik
Malcolm Fraser, di lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
11
Lumpur pad a 18 Jun 1978. Lawatan beliau adalah bertujuan
untuk mengadakan rundingan mengenai soal ekonomi dunia
dan serantau. Rundingan ini juga disertai oleh Perdana
Menteri Singapura, Encik Lee Kuan Yew.
Sumber: AHO 6, H. 22
H.24.
Dato' Hussein Onn Di Hari Membuc:ng Undi Di Pilihanraya
Umum Ke-6, 1978
Gambar menunjukkan Dato' Hussein Onn sedang
memasukkan kertas undinya ke dalam kotak undi semasa
pilihanraya umum yang ke-6 pada 8 Julai 1978. Seperti rakyat
Malaysia yang lain, Dato' Hussein melaksanakan
tanggungjawabnya dengan membuang undi di Pilihanraya
Umum tersebut di Sekolah Kebangsaan Hishamuddin, Jalan
Swettenham, Kuala Lumpur. Di dalam Pilihanraya itu Parti
Barisan Nasional telah memenangi sebanyak 130 kerusi
daripada 152 kerusi dan telah berjaya menubuhkan Kerajaan
sekali lagi.
Sumber: AHO G. 18
H.25.
Persidangan Ke-14 Wilayah FAO Untuk.Asia Dan Timur Jauh,
1978
Perdana Menteri Dato' Hussein Onn sedang berucap di
hadapan para perwakilan di perasmian Persidangan Ke-14
Wilayah FAO untuk Asia dan Timur Jauh di Hotel Hilton
Kuala Lumpur pada 31 Julai 1978. Persidangan tersebut telah
berjalan sehingga 3 Ogos 1978 dan dihadiri oleh para wakil
Pertubuhan Makanan Bangsa-Bangsa Bersatu dari negaranegara Asia dan Timur Jauh.
Sumber: AHO G. 27
H.26.
Dato' Hussein Onn Mengangkat Sumpah Ahli Dewan Rakyat,
1978
Dato' Hussein Onn anggota Dewan Rakyat Kawasan Sri
Gading yang juga Perdana Menteri yang Ketiga sedang
12
mengangkat sumpah menjadi ahli Dewan Rakyat yang telah
dipilih dalam pilihanraya umum pada 18 Jun 1978. Upacara
mengangkat sumpah itu telah dilangsungkan di Dewan
Rakyat di hadapan Tuan Yang Dipertua Dewan iaitu Tan Sri
Syed Nasir bin Ismail pada 31 Julai 1978.
Sumber: AHO G. 28
H.27.
Dato' Hussein Onn Meraikan Kanak-Kanak Cacat di Sri
Taman, 1978
Dato' Hussein Onn sedang berbual-bual dengan salah
seorang kanak-kanak yang kurang bernasib baik di satu
jamuan teh bersempena dengan Hari Raya Aidil Fitri di Sri
Taman, Kuala Lumpur pada 6 September 1978. Dato' Hussein
ialah Presiden Persatuan Orang-orang Buta Malaysia sejak
dari tahun 1975.
Sumber: AHO G. 31
H.28.
Lawatan Rasmi Naib Perdana Menteri Republik Rakyat China,
1978
Dato' Hussein Onn menyambut dengan mesra ketibaan Naib
Perdana Menteri Republik Rakyat China, Teng Hsio Peng di
Bilik Gerakan Negara untuk mendengar taklimat Dato' Seri
Dr. Mahathir (kiri) dan penterjemah (kedua dari kiri) turut
hadir. Lawatan ini ialah dari 10 November hingga 12
November 1978.
Naib Perdana Menteri China ini merupakan pemimpin China
yang pertama melawat Malaysia semenjak terjalinnya
hubungan diplomatik di antara kedua negara, ini berikutan
kunjungan Perdana Menteri Tun Abdul Razak ke China pada
tahun 1974. Semasa lawatan ini Encik Teng Hsio Peng telah
berbincang dengan Perdana Menteri, Dato' Huss~in Onn.
Antara lain Encik Teng Hsio Peng telah menyatakan bahawa
China menyokong penuh ASEAN, tidak mengiktiraf orangorang China di Malaysia sebagai rakyat China dan berjanji
13
akan meningkatkan perdagangan di antara dua buah negara
ini. Bagaimanapun pemimpin China itu enggan menjelaskan
hubungan Parti Komunis Malaya dengan negaranya.
Sumber: AHO G. 549
H.29.
Persidangan Antara Kerajaan Mengenai Dasar-Dasar
Komunikasi Di Rantau Asia dan Oceania, 1979 (ASIACOM)
Dato' Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia, telah
merasmikan Persidangan Antara Kerajaan Mengenai DasarDasar Komunikasi di Rantau Asia dan Oceania yang telah
diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman pada 5 hingga 14
Februari 1979. Persidangan tersebut telah dihadiri oleh 100
orang perwakilan dari 23 buah negara. la merupakan
persidangan yang pertama diadakan di Benua Asia.
Persidangan selama 10 hari itu bertujuan untuk mengkaji
dasar-dasar komunikasi yang realistik bagi negara-negara
membangun Asia dan Oceania supaya wujud satu
perseimbangan dalam komunikasi ke arah mengukuhkan
keamanan dan persefahaman antarabangsa, penggalakan hak
asasi manusia dan penentangan terhadap dasar perkauman
dan warna kulit serta penghasutan peperangan.
H.30.
Lawatan Rasmi Ke RepublikRakyat China, 1979
Pada 2 Mei 1979, Dato' Hussein Onn telah melakukan
lawatan rasmi selama 8 hari ke Republik Rakyat China.
Lawatan tersebut bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan
diplomatik antara Malaysia dan Republik Rakyat China yang
telah diwujudkan oleh Tun Abdul Razak bin Hussein pada
tahun 1975. Rombongan seramai 70 orang itu telah dibawa
melawat ke tempat-tempat bersejarah di Shanghai, Hanchow
dan Canton.
14
Kelihatan dalam gambar, Dato' Hussein Onn sedang
bersalaman dengan Pengerusi Hua Kuo-Feng yang
menyambut ketibaannya di lapangan Terbang Antarabangsa
Republik Rakyat China pada 2 Mei, 1979. Di tengah ialah
Naib Perdana Menteri Republik Rakyat China, Encik Teng
Hsiao Pengo
Sumber: AHO G. 559
H.31 .
Data' Hussein Onn Melawat Tembok Besar Negeri China,
1979
Dato' Hussein Onn, Perdana Menteri, bergambar ramai
sewaktu melawat Tembok Besar Negeri China. Kelihatan
dalam gambar berdiri dari kiri ke kanan ialah Datin lee San
Choon, Datuk lee San Choon (Menteri Kerjaraya dan
Kemudahan Awam), Tengku Ahmad Rithauddin (Menteri luar
Negerj), seorang pemimpin China, Dato' Hussein Onn
(Perdana Menteri), Datin Suhailah, Tun Hajah Rahah dan
Tengku Nor Aini.
Sumber: AHO G. 524
H.32.
Upacara Penutup Muktamar Islamiah Bagi Tenggara Asia dan
Rantau Pasifik, 1980
Gambar menunjukkan Dato' Hussein Onn sedang
diperkenalkan kepada para perwakilan di upacara penutup
Muktamar Dakwah Islamiah bagi Tenggara Asia dan Rantau
Pasifik, di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala lumpur pada
14 Januari 1980. Wakil Malaysia di Muktamar ini ialah Ketua
Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abdul Rahman
Yaakob. Muktamar ini membincangkan perkara-perkara yang
bersangkutan dengan kepentingan umat Islam di seluruh
dunia, bagi membantu umat Islam yang menjadi penduduk
minoriti di setengah-setengah negara untuk menegakkan syiar
Islam yang sebenarnya.
Sumber: AHO G. 530
15
H.33.
Lawatan Rasmi Ke Terengganu, 1980
Dato' Hussein Onn disambut oleh Kaum Wanita UMNO
semasa tiba di Lapangan Terbang Telaga Batin, Kuala
Terengganu pada 21 Februari 1980 untuk membuat lawatan
rasmi selama tiga hari ke Terengganu. Di sebelah kanan
beliau ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Haji Wan
Mokhtar bin Ahmad. Tujuan lawatan beliau ke Terengganu
ini ialah untuk men injau pelaksanaan projek-projek
pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan di negeri
itu. Terengganu yang sedang pesat membangun dijangka akan
menjadi sebuah negeri yang termaju di Malaysia.
Pertumbuhan keluaran kasar negeri itu meningkat dari 250
juta ringgit pad a tahun 1970 kepada anggaran lebih kurang
685 juta ringgit pada tahun 1980 yakni pertambahan 61
peratus.
Sumber: AHO G. 532
H.34.
Upacara Menandatangani Perjanjian Kerjasama ASEAN - EEC,
1980
Dato Hussein Onn berucap sebelum Perjanjian Kerjasama
ASEAN-EEC dimeteraikan di Dewan Tunku Abdul Rahman,
Kuala Lumpur pada 7 Mac 1980. Dalam ucapannya, Hussein
Onn menyatakan bahawa adalah menjadi harapan ASEAN
untuk memperkukuhkan ketahanan negara masing-masing
menerusi pembangunan ekonomi. Oleh itu kerjasama serta
galakan dari EEC yang akan membantu ke arah 'pencapaian
azam dan cita-cita ASEAN ini amatlah disanjungi. Beliau
menyifatkan pemeterian perjanjian kerjasama ASEAN-EEC
sebagai satu lambang penting dalam persahabatan kedua
pihak. Katanya lagi, pemeterian tersebut juga memulakan era
baru dalam kerjasama ASEAN-EEC dalam tahun-tahun 80-an
dan zaman-zaman selanjutnya. Dato' Hussein Onn
menyifatkan perjanjian yang ditandatangani oleh kelima-lima
Menteri Luar ASEAN serta Presiden Majlis Menteri EEC, Encik
16
Attilio Rufini dan Naib Presiden Majlis Menteri EEC, Encik
Wilhelm Haferkamp sebagai bukti ASEAN menilai
persahabatan dan kerjasamanya dengan EEC.
Sumber: AHO G. 546
H.35.
Perasmian Kongres Ketujuh Pertubuhan Kawasan Timur Bagi
Pefancangan Dan Perumahan (EAROPH), 1980
Data' Hussein Onn merasmikan Kongres Ketujuh Pertubuhan
Kawasan Timur bagi Perancangan dan Perumahan yang
bertajuk 'Penempatan Penduduk dan Proses Pembangunan',
di sebuah hotel terkemuka di Kuala lumpur pada 9 Mac
1980. Kongres seminggu ini dihadiri oleh hampir 400
perwakilan dari lebih 80 negara termasuk Thailand, Australia,
New Zealand, Pakistan, Filipina, Jepun, Iran, Singapura dan
Korea Selatan. Dalam ucapannya, beliau menjelaskan bahawa
perancangan yang teliti harus dijalankan untuk mengatasi
berbagai masalah termasuk perumahan di bandar dan luar
bandar. Menerusi perancangan yang teliti ini taraf
penempatan penduduk akan dapat ditingkatkan.
Sumber: AHO G. 547
H.36.
Hari Belia Negara, 1980
Gambar menunjukkan Dato' Hussein Onn semasa menerima
cenderamata khas dari Jawatankuasa Nasional Belia Indonesia
di Majlis Perhimpunan Hari Belia Negara pada 15 Mei 1980
di Stadium Negara, Kuala lumpur. Seramai kira-kira 5,000
orang kebanyakannya dari pertubuhan-pertubuhan dan
persatuan-persatuan belia di seluruh negara dan juga wakilwakil pertubuhan belia dari beberapa buah negara datang
menghadiri majlis perhimpunan ini. Semasa merasmikan
majlis perhimpunan ini, Data' Hussein Onn telah menegaskan
tentang pentingnya sumber tenaga belia digembelingkan dan
digerakkan secara membina bagi menjamin kestabilan dan
kemakmuran negara di masa hadapan.
Sumber: AHO G. 535
17
H.37.
Mesyuarat Agung Persatuan Sejarah Malaysia, 1980
Perdana Menteri Dato' Hussein ann, Yang Dipertua
Persatuan Sejarah Malaysia merasmikan Mesyuarat Agung ke26 persatuan tersebut di Dewan Bahasa dan Pustaka pada
17 Mei 1980. Persatuan Sejarah Malaysia telah ditubuhkan
pad a 31 April 1953. la ditubuhkan bertujuan untuk
meningkatkan lagi kesedaran rakyat terhadap sejarah negara.
Kelihatan dalam gambar Dato' Hussein ann sedang berucap
di Mesyuarat Agung kali ke-26 Persatuan Sejarah Malaysia
di Dewan Bahasa dan Pustaka. Kelihatan di sebelah kanan
beliau ialah Tan Sri Sheikh Hamdan bin Sheikh Tahir, Naib
Canselor Universiti Sains Malaysia yang juga Pengerusi
Jawatankuasa Kerja dan di sebelahnya ialah Tun Omar Yoke
Lin Ong.
Sumber: AHa G. 554
H.38.
Perhimpunan Agung UMNO Ke-31, 1980
Oato' Hussein ann menyampaikan ucapannya di
Perhimpunan Agung UMNO ke-31 yang berlangsung pada
4 hingga 6 Julai 1980. Dalam ucapannya, beliau telah
menekankan ketahanan rakyat dan negara di dalam keadaan
politik dan ekonomi dunia yang tidak stabil. Dalam ucapan
penutup pula, Dato' Hussein ann telah menasihatkan
pemimpin UMNO supaya memelihara kestabilan politik,
keamanan dan keselamatan negara semasa memperjuangkan
kepentingan orang-orang Melayu.
Sumber: AHa G. 545
H.40.
Ucapan Perasmian Musabaqah Membaca AI-Quran Peringkat
Kebangsaan Di Stadium Merdeka, 1980
Dato' Hussein ann merasmikan Musabaqah Membaca AIQuran Peringkat Kebangsaan Yang Ke-22 di Stadium Merdeka
pada 28 Julai 1980.
18
H.41.
Lawatan Perdana Menteri Samoa Barat Ke Malaysia, 1980
Data' Hussein Onn dan Dato'Seri Dr. Mahathir Mohamad
sedang berbual-bual mesra dengan Perdana Menteri Samoa
Barat, Tuan Taisi Tupuola Efi sebelum jamuan makan malam
pada 19 September 1980 yang diadakan bagi meraikan
Perdana Menteri itu semasa lawatan beliau ke Malaysia.
Semasa jamuan makan malam itu Dato' Hussein Onn telah
menawarkan apa jua bantuan kepada Samoa Barat untuk
memajukan lagi negara itu.
Sumber: AHO G. 541
H.42.
Upacara Meletakkan Batu Asas Kompleks Pusat Islam, 1980
Dato' Hussein Onn sedang membuka tirai papan tanda
Kompleks Pusat Islam di upacara meletakkan batu asas
Kompleks Pusat Islam di Jalan Perdana, Kuala Lumpur pada
9 November 1980. Bersama beliau ialah Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Mohamed bin Nasir. Kompleks yang
berharga 28 juta ringgit itu mengandungi sebuah menara
pejabat setinggi 13 tingkat, sebuah dewan persidangan yang
boleh memuatkan 1,500 orang, sebuah bilik pameran, sebuah
perpustakaan, asrama, bilik-bilik kuliah, dewan seminar dan
kemudahan-kemudahan yang lain.
Sumber: AHO G. 560
H.43.
Upacara Menepung Tawar Kapal Baru Tentera Laut Di Raja
Malaysia KD Sri Indra Saleti, 1980
Data' Hussein Onn sedang berucap di upacara menepung
tawar kapal baru Tentera Laut Diraja Malaysia KD Sri Indra
Sakti di Pelabuhan Kelang pada 29 Disember 1980. Beliau
kemudian melancarkan perasmian kapal diraja itu dengan
menepung tawar sebuah loceng yang tergantung di bawah
satu mahkota melambangkan kebesaran Tentera Laut Diraja
19
Malaysia. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa
Kerajaan sedang berusaha memperluaskan serta
mempermodenkan lagi angkatan bersenjata seimbang dengan
kemampuan negara. Tegas beliau, pembelian kapal tersebut
membuktikan hasrat Kerajaan melengkapkan angkatan
bersenjata dengan peralatan dan kemudahan-kemudahan
moden bagi memenuhi keperluan pertahanan negara dengan
berkesan. Kapal seberat 4,450 tan itu merupakan sebuah
kapal komando dan pembantu serbaguna yang terbaru bagi
TLDM. la dibeli dari Republik Persekutuan Jerman dengan
harga hampir 60 juta ringgit.
Sumber: AHa G.542
H.44.
Dato' Hussein ann Mengumumkan Rancangan Hakmilik
Saham Milikan Kerajaan Kepada Bumiputera, 1981
Gambar menunjukkan Dato' Hussein ann ketika
mengumumkan Rancangan Hakmilik Saham Milikan Kerajaan
kepada Bumiputera di Dewan Taklimat, Jabatan Perdana
Menteri Kuala Lumpur pada 9 Januari 1981. Dasar pindah
hakmilik saham Kerajaan kepada Bumiputera ialah bertujuan
mengimbangkan kedudukan Bumiputera dengan bukan
Bumiputera dan ini adalah satu janji Kerajaan ketika
melancarkan Dasar Ekonomi Baru dalam tahun 1970.
Sumber: AHa G. 469
H.4S.
Dato' Hussein ann Sewaktu Membentangkan Rancangan
Malaysia Keempat Di Dewan Rakyat, 1981
Dato' Hussein ann sewaktu membawa usul dan berucap
membentangkan Rancangan Malaysia Keempat di Dewan
Rakyat pada 27 Mac 1981. Rancangan Malaysia Keempat
telah dirangka berasaskan kepada matlamat Dasar Ekonomi
Baru yang bertujuan untuk membasmi kemiskinan tanpa
mengira kaum, menyusun semula masyarakat serta
memperkukuhkan lagi ketahanan negara. Rancangan ini
adalah Rancangan Malaysia Ketiga dari tahun 1976-1980.
20
Di bawah Rancangan Malaysia Keempat, penekanan dibuat
ke alas penggunaan modal yang ada, tenaga manusia dan
teknologi moden dengan cara yang lebih cekap dan berkesan.
Beberapa rancangan bagi meninggikan lagi taraf hidup
masyarakat telah diatur dan disusun dengan teliti. Keutamaan
yang tinggi adalah diberi kepada pembangunan pertanian.
Ini meliputi pembukaan kawasan tanah baru, programprogram bagi mempelbagaikan pertanian dan tanaman
sulaman, program-program penyelidikan, pinjaman,
perkhidmatan luar dan memproses serta pemasaran bahanbahan. Selain daripada itu, kemudahan infrastruktur akan juga
dilaksanakan. Di dalam bidang sosial pula, kemudahan
pelajaran dan latihan akan diperluas dan ditingkatkan.
Manakala mutu kehidupan masyarakat di bandar dan luar
bandar akan diperbaiki menerusi pelaksanaan programprogram perumahan kos rendah bagi keperluan orang-orang
yang berpendapatan rendah. Rancangan Malaysia Keempat
adalah rancangan ke arah kemakmuran, perpaduan dan
kesejahteraan yang merupakan pembangunan untuk
kepentingan semua.
Kelihatan juga di dalam gambar di sebelah kanan beliau ialah
Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad
dan di belakangnya Menteri Pelajaran Dato' Musa Hitam.
H.46.
Dato' Hussein Onn Melancarkan Skim Amanah Saham
Nasional, Di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala lumpur,
1981
Dato' Hussein Onn serta Menteri-Menteri Kabinet di upacara
Perasmian Pelancaran Skim Amanah Saham Nasional di
Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala lumpur pada 20 April
1981. Pelaksanaan Skim Amanah Saham Nasional ialah
bertujuan untuk membantu Kerajaan mencapai matlamat
Dasar Ekonomi Baru di dalam penyusunan semula masyarakat
dan menggalakkan pelaburan di kalangan masyarakat
Bumiputera. Skim ini adalah Tabung Saham Amanah dan
21
faedah-faedah darinya akan hanya dibuka kepada masyarakat
Bumiputera. Di antara Menteri-Menteri Kabinet yang turut
hadir di masa pelancaran itu, dari kiri ialah Datuk Abdul
Manan Othman (Menteri Perusahaan Utama), Dato' Musa
Hitam (Menteri Pelajaran), Data' Seri Dr. Mahathir Mohamad
(Timbalan Perdana Menteri), Tun Ismail Ali (Pengerusi
Amanah Saham Nasional), Tengku Razaleigh Hamzah
(Menteri Kewangan) dan Datin Paduka Rafidah Aziz
(Timbalan Menteri Kewangan).
Sumber: AHO G. 488
H.47.
Pemeriksaan Perbarisan Kebangsaan St John Ambulan, 1980
Data' Hussein Onn sedang memeriksa perbarisan Kebangsaan
St John Ambulan di Padang Kelab Selangor pada 20 April
1980. Beliau diiringi oleh Ketua P~rgerakan St John Ambulan
Malaysia, Datuk Dr. P.T. Ardra. Di upacara perbarisan ini
Data' Hussein Onn selaku Presiden Pergerakan Kebangsaan
St John Ambulan Malaysia telah menyampaikan pingat-pingat
kepujian kepada beberapa ahli pergerakan itu. Beliau juga
menyeru agar pergerakan ini berusaha menambahkan ahliahli barunya kerana dengan melibatkan diri di dalam
sesebuah pergerakan sukarela seseorang itu dapat memupuk
semangat bersatupadu.
Sumber: AHO G. 543
HAS.
Dato' Hussein Onn Merasmikan Mesyuarat Perwakilan
UMNO Bahagian Johor Bahru, 1981
Gambar menunjukkan Data' Hussein Onn sedang berucap
merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Johor Bahru, di
Dewan Kelab Golf Johor Bahru, pada 15 Mei 1981. Dalam
ucapannya beliau telah menyatakan hasratnya untuk
meletakkan jawatan dan meminta supaya beliau tidak
dicalonkan untuk bertanding bagi jawatan Presiden UMNO
dalam Perhimpunan Agung UMNO pada bulan Jun atas
22
sebab-sebab kesihatan. DatQ' Hussein Onn telah menjadi
Wakil Rakyat Kawasan Parlimen Johor Bahru Timur sejak dari
tahun 1969.
Sumber: AHO G. 431
H.49.
Dato' Hussein Onn Di Upacara Perletakan Batu Asas
Kompleks Bangunan UMNO, 1981
Dato' Hussein Onn sedang melakukan upacara meletakkan
batu asas Kompleks Bangunan UMNO, di Jalan Tun Dr.
Ismail, Kuala Lumpur pad a 25 Jun 1981. Bangunan ini adalah
melambangkan peranan dan kedudukan UMNO sebagai
sebuah parti politik yang utama dan penting di negara ini.
Kompleks 35 tingkat ini mempunyai dewan persidangan yang
besar yang boleh memuatkan 6,000 orang. Dewan ini boleh
menempatkan Perhimpunan Agung UMNO dan juga
persidangan-persidangan besar antarabangsa. Selain daripada
itu, kompleks ini juga akan mendapat kemudahan yang
sempurna seperti kemudahan untuk penyelidikan dan kursuskursus. Dengan terbinanya bangunan ini akan dapat
menguatkan lagi kedudukan negara sebagai tumpuan
konvensyen antarabangsa.
Sumber: AHO G. 510
H.50.
Dato' Hussein Onn Di Perhimpunan Agung UMNO Ke-32,
1981
Gambar menunjukkan Dato' Hussein Onn selaku Presiden
UMNO Malaysia yang keempat di Perhimpunan Agung
UMNO kali yang ke-32 bersama Tunku Abdul Rahman Putra
ketika membalas sambutan alu-aluan dari para perwakilan
di Perhimpunan Agung UMNO yang ke-32 di Hotel Hilton,
Kuala Lumpur pad a 26 Jun 1981. Ini adalah kali terakhir
beliau memegang jawatan sebagai Presiden UMNO kerana
beliau terpaksa bersara atas sebab-sebab kesihatan.
23
H.51.
Ucapan Data' Hussein Onn, Presiden UMNO Malaysia Di
Perhimpunan Agung UMNO Kali Yang Ke-32, Kuala Lumpur,
26 Jun 1981
Data' Hussein Onn selaku Presiden Pertubuhan Kebangsaan
Melayu 8ersatu (UMNO) Malaysia telah memberi ucapan di
Perhimpunan Agung kali ke-32, yang diadakan di Kuala
Lumpur pada 26 Jun 1981. UMNO mengadakan
perhimpunan Agungnya pada setiap tahun, manakala
pemilihan pucuk pimpinan pula diadakan 3 tahun sekali.
Tujuan diadakan perhimpunan Agung ini ialah untuk memilih
pucuk pimpinan parti iaitu Timbalan Presiden, Naib-naib
Presiden dan Ahli-ahli Tertinggi Partie Dalam ucapannya,
Data' Hussein Onn telah menyatakan hasrat beliau untuk
mengundur diri dari arena polilik seterusnya meletakkan
jawatan sebagai Presiden UMNO, yang telah dipegangnya
sejak dari tahun 1978. Pengunduran beliau adalah disebabkan
gangguan kesihatannya setelah menjalani pembedahan
'Coronary By Pass'. Data' Hussein Onn telah aktif dalam
UMNO sejak tahun 1946.
Di akhir ucapannya, beliau telah menyeru kepada pucuk
pimpinan yang terpilih kelak, supaya berganding bahu
bekerjasama membentuk parti yang kuat demi kepenlingan
bangsa, agama dan perpaduan negara.
Sumber: AHO/U 632-17
H.52.
Data' Hussein Onn Menerima Gelaran 'Tun', 1981
Gambar menunjukkan Data' Hussein Onn, sewaktu
menerima anugerah Pingat Darjah Kebesaran Yang Mulia
Pangkuan Negara. Darjah Seri Maharaja Mangku Negara
(S.M.N.), yang membawa gelaran 'Tun'dari Duli Yang Maha
Mulia Seri Paduka 8aginda Yang di-Pertuan Agang Sultan
Ahmad Shah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, di Istana
Negara pad a 16 Julai 1981.
Sumber: AHO G. 555
24
H.55.
'Barisan Nasional: Digugat Dan Digigit' 0Ieh Subley Latif,
Diterhitkan QIeh ·Syarikat Usahasama farookSubky, 1978,
166 Muka Sural
'Barisal') Nasional: Digugat Dan Digigit' menyorot sekitar
muslihat pembentukan Barisan Nasional dan apa yang
mendorotig PAS tersiligldr. Kandungan buku ini mengupas
saingan UMNO dan PAS yang am merebut pengaruh di
kalangan masyarakat Melayu dan ia memperind saingan di
kalangan pemimpin-pemimpin UMNO yang menggunakan
isu PAS sebagai langga mencapai kejayaan.
Sumber: AHO/P/ 113/81
H.57.
'Hussein Onn Dengan Era Baru' oleh Aziz Zakaria Ahmad
Diterbitkan oleh Finna Malaysia Publishing, 1979, 106 muka
surat
Buku ini membicarakan isu palilik dalam era kepimpinan
Dato' Hussein Onn. Berbagai-bagai insiden palilik yang
begitu mencabar keperibadian dan lcepimpinan beliau telah
berlaku sehingga mencetuskan pergolakan di dalam UMNO.
Namun sebagai Pengerusi Barisan Nasional beliau mampu
menunjukkan kebolehan bagi mengatasi segala cabaran yang
dihadapi di samping berjaya membawa UMNO dan Barisan
Nasional mencapai kejayaan yang cemerlang di dalam
pilihanraya. Buku ini menggariskan kejayaan Hussein Onn
mengharungi liku-liku hidupnya yang penuh dengan cabaran
sebagai searang pemimpin negara.
H.60.
'Rancangan Malaysia Keempat (1981 - 1985)' Diterbitkan
Oleh Jabatan Penerangan Malaysia, 1981, 13 muka surat
Risalah ini mengandungi ucapan Data' Hussein Onn, Perdana
Menteri Malaysia ketika membentangkan usul mengenai
Rancangan Malaysia Keempat di Dewan Rakyat pada 27 Mac
1981. Di dalam ucapannya ini, beliau telah menerangkan
dan membentangkan program-program dan peruntukan-
25
peruntukan yang akan diberi dalam menjayakan rancangan
tersebut Dato' Hussein Onn, di akhir ucapannya, berharap
agar rakyat dapat memberi kerjasama dan sumbangan yang
positif ke arah menjayakan Rancangan Malaysia Keempat ini.
Sumber: AHO/P/1/82
H.63.
Suratcara Perlantikan Sebagai Perdana Menteri, 1976
Dato' Hussein Onn telah dilantik sebagaiPerdana Menteri
Malaysia oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong berikutan pulangnya ke rahmatullah
Tun Abdul Razak bin Hussein, Perdana Menteri Malaysia
yang kedua.
Sumber: Koleksi AHO/SCP/ 1.1/82
26