Program Penghakupayaan Pelajar Bersama Tokoh Belia

Comments

Transcription

Program Penghakupayaan Pelajar Bersama Tokoh Belia
Belia bukan askar upahan
oleh MOHD HAFIZ ISMAIL FOTO AFIQ RAZALI
GOLONGAN belia merupakan bakal pemimpin negara masa hadapan,
justeru mereka perlu dibentuk untuk menjadi golongan
berfikiran matang untuk menapis segala maklumat yang diterima.
Pada zaman teknologi di hujung jari, ada pihak-pihak tertentu
mengambil kesempatan menyebarkan maklumat palsu dan idealisme
bagi mempengaruhi pemikiran golongan belia.
Golongan belia ini akhirnya dilabelkan sebagai askar upahan
untuk turun ke jalanan bagi menunjukkan protes demi
kepentingan politik.
Bagi mengulas mengenai isu tersebut, wartawan Sinar Harian,
Mohd Hafiz Ismail dan jurufoto, Afiq Razali menemu ramah
Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), MUAMMAR GHADAFI JAMAL
JAMALUDDIN bagi mendapatkan pandangan beliau.
Golongan belia didakwa sering menjadi golongan yang
dipergunakan pihak tertentu untuk kepentingan politik sematasemata sehingga ada dalam kalangan mereka tidak tahu apa
tujuan atau matlamat sebenar. Situasi ini telah mewujudkan
persepsi bahawa mereka ini askar upahan bagi kepentingan pihak
tertentu, boleh ulas mengenai perkara itu.
Belia sekarang ini ramai yang sudah cukup matang berfikir,
tapis maklumat (dalam konteks politik) tanpa mengira parti.
Kita boleh nilai berita-berita itu tepat atau tidak. Tidak
ramai golongan muda yang menggelar diri mereka dipergunakan
secara sedar atau tidak. Namun kita akui sehingga sekarang ada
ramai pihak ambil kesempatan dengan cara memberikan upah,
menggunakan pengaruh persatuan ataupun mempengaruhi cara
pemikiran dengan idealisme.
Secara peribadi, belia ini perlu didekati dan didengari suara
mereka. Sebab itu apa yang dilaksanakan oleh MBM, jika ada
idea-idea atau cadangan dari orang muda, kita adakah Majlis
Perundingan Belia. Ia cukup penting kerana kita bawa suara
anak muda dari sudut dasar sehingga boleh tertubuhnya polisi
serta dasar kerajaan hasil daripada suara anak muda ini.
Berkenaan dengan penyalahgunaan tenaga anak muda yang dibawa
ke jalanan untuk menunjukkan kekuatan dan protes, saya rasa
walaupun mungkin ada sesetengah pihak kata ia adalah cara
berkesan, tetapi cara ini tidak sesuai dengan apa yang ada
dalam negara kita.
Malaysia telah merdeka lebih dari 50 tahun, kita ada cara
tersendiri, hidup dalam masyarakat berbilang kaum dan kita
aman dengan cara kita sendiri.
Kalau anak muda kita cepat terpengaruh dengan dakyah-dakyah
mana-mana pihak yang menghasut atas nama kebenaran dan
sebenarnya membawa perpecahan. Jadi platform sesuai untuk anak
muda adalah mengundi. Jangan buat cara tidak sihat kerana
kesannya lebih buruk untuk negara.
Pesanan saya kepada anak muda, jangan terlalu terikut- ikut.
Kedua, kepada pihak-pihak tertentu jangan pentingkan diri
sehingga menggadai generasi akan datang. Kalau kita ajar anak
muda kita kurang ajar maka nanti bayangkan kita ada pemimpin
kurang ajar. Apa pula akan diajar kepada anak-anak muda akan
datang. Saya minta pemimpin jangan ajar anak muda jadi kurang
ajar.
Pengertian belia di zaman sekarang ini mungkin berbeza dari
sebelumnya kerana kecanggihan teknologi masa kini. Jadi
bagaimana cara pihak MBM memenangi hati golongan belia digital
ini?
Kalau kita cakap mengenai Festival Hari Belia Negara itu
sendiri promosi kita melalui atas talian, media sosial dan
media elektronik. Kalau dulu orang panggil arus media perdana
itu televisyen tetapi hari ini, arus media perdana sebenarnya
adalah
media
Belia
Future
media sosial. Program-program kita buat juga melibatkan
sosial seperti pertandingan video pendek Inspirasi
bersesuaian dengan tema Hari Belia Negara iaitu The
Is Now.
Pendekatan media sosial itu memang tidak boleh ditolak ke
tepi. Selain itu pada 15 Mei ini kita adakan Konvensyen Belia
Kebangsaan berkaitan dengan inovasi sosial dan ia adalah
sambungan daripada tahun lepas.
Tahun ini kita panggil speaker yang boleh diiktiraf di
peringkat antarabangsa iaitu Hun Many iaitu anak kepada
Perdana Menteri Kemboja. Beliau sekarang Presiden Asean Youth
Council (AYC) dan kita panggil juga Kishva Ambigapathy
(Pengerusi Majlis Belia Komanwel (CYC). Kedua- dua individu
hebat ini akan bercakap mengenai inovasi sosial.
Media arus perdana seperti televisyen dan radio telah berubah
kepada media sosial. Pelbagai maklumat wujud di media sosial,
ada yang sahih dan tidak. Bagaimana MBM memainkan peranan
untuk beri pencerahan kepada golongan belia kini?
Salah satu program berterusan yang dilaksanakan oleh pihak
kami adalah Program Literasi Media. Kita mendekati golongan
muda dengan cara fizikal dan atas talian. Kita buka
pendaftaran secara atas talian dan kita akan mendekati
golongan ini secara fizikal seperti adakan taklimat, beri
pendedahan betapa penting integriti sebagai penggiat media
sosial.
Kalau kita lihat sekarang ini semua anak muda dikira penggiat
media sosial di mana mereka ada Facebook, Instagram, Twitter
dan blog.
Sebenarnya usaha mengubah pemikiran anak muda hari ini, ia
tidak boleh terletak pada satu pihak semata-mata. Sebab itu
saya suka menyarankan setiap rakyat di negara ini lebih
beretika dalam menyampaikan sebarang berita kepada orang
ramai. Periksa dan pastikan faktanya itu betul baru kita
viralkan. Begitu juga dengan komen-komen kita terhadap
sebarang isu, pastikan kita bertanggungjawab dan beretika
dalam memberi pandangan.
Berkenaan dengan isu kemasukan maklumat tidak bertapis
mempengaruhi pemikiran golongan belia, adakah anda bersetuju
ia boleh menjadi bom jangka masa?
Media sosial ini bukan sahaja mempengaruhi pemikiran belia,
malah orang yang lebih daripada paras umur belia juga
terkesan. Saya rasakan bukan belia yang menjadi bom jangka
tetapi rakyat Malaysia boleh menjadi bom jangka masa jika
perkara ini tidak dapat dikekang.
Kekangan ini bukan dengan mewujudkan akta atau undang-undang
semata-mata tetapi kesedaran masyarakat itu dalam berfikir.
Jangan kita jadi malas untuk berfikir dan anak muda negara ini
perlu rajin berfikir supaya dapat tahu maklumat sebenar. Kita
tidak boleh terlalu pasif dengan benar-benar mempercayai dan
menyebarkan maklumat tanpa pengesahan sahih. Jangan terlalu
ghairah untuk menyampaikan berita. Bagaimana jika berita itu
mengenai fitnah seseorang dan kita tanpa selidik menyebarkan
maklumat itu. Apa akan jadi?
Wajarkan pihak Kementerian Pendidikan memperkenalkan subjek
berkaitan pengurusan maklumat di media sosial?
Saya bersetuju dengan cadangan itu, bak kata pepatah melentur
buluh biar dari rebungnya. Saya ingat kalau bukan menjadi satu
mata pelajaran atau subjek, mungkin boleh dimasukkan sebagai
salah satu bab dalam mata pelajaran tertentu.
Boleh ulas sedikit kelainan yang dibawa pada Hari Belia Negara
tahun ini?
Kelainan tahun ini adalah seperti memberi fokus kepada jelajah
kampus dan kita akan menjelajah ke kampus-kampus tertentu yang
akan bermula di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan akan ke
universiti terpilih seluruh negara. Kita akan fokuskan kepada
program-program yang hampir sama seperti program kerohanian,
aktiviti sukan, aktiviti sukan lasak, konvensyen dan beberapa
program lain. Fokus kita adalah kepada anak-anak muda yang
berada di kampus-kampus.
Pada 10 Mei, kita adakan Konvokesyen 1Belia 1Kemahiran yang
kita kumpulkan kira-kira 500 graduan Program Pendidikan dan
Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Selain memberi fokus
kepada mahasiswa kita juga beri fokus kepada pelatih-pelatih
bidang kemahiran. Kita mahu ubah mentaliti anak muda bahawa
bidang kemahiran ini adalah jalan terakhir sekiranya tidak
berjaya melanjutkan pendidikan ke peringkat universiti. Kita
mahu bidang kemahiran ini sebagai salah satu bidang utama.
Dalam usaha Malaysia menuju kepada negara maju berpendapatan
tinggi bidang kemahiran juga penting bagi membangunkan negara.
Kami berasakan kita wajar ajak seluruh rakyat Malaysia ubah
pandangan mereka terhadap bidang kemahiran. Jangan kita
meletakkan mereka ini alam kelompok belakang sebaliknya letak
mereka ini sebaris dengan bidang-bidang lain.
Majlis Konvokesyen Kali Ke-4
1B1K – MBM
Putrajaya 10 Mei – Majlis Konvokesyen Kali Ke-4 1B1K – MBM dan
Pelancaran 1B1K – UMP Kompeten : TVET Berasaskan Pembelajaran
Sepanjang Hayat (PSH) telah berlangsung dengan jayanya dimana
ia dirasmikan oleh YB. Encik Khairy Jamaluddin Menteri Belia
Dan Sukan Malaysia yang bertempat di Dewan De Seri Endon,
Puspanitapuri, Putrajaya.
Majlis bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul
5.00 petang ini dimulakan dengan perarakan masuk dif-dif
jemputan dan kehormat, seterusnya nyanyian lagu Negaraku,
Menggerak Belia dan bacaan doa. Majlis diteruskan dengan
ucapan aluan oleh Presiden MBM Tuan Hj. Mua’amar Ghadafi dan
ucapan perasmian oleh YB. Encik Khairy Jamaluddin Menteri
Belia Dan Sukan Malaysia.
Sesi penyampaian Sijil Kemahiran Malaysia kepada para
graduan seramai 450 orang yang disampaikan oleh YB. Encik
Khairy Jamaluddin. Sesi berikutnya ialah Penyampain Anugerah
Pelatih Terampil Cemerlang dan Pelancaran 1B1K – UMP Kompeten
: TVET Berasaskan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Sesi
terakhir adalah penyerahan surat tawaran kepada pelajar baru,
penyampaian cenderamata dan sesi bergambar kenangan.
Malaysiakini
perlu
matang, profesional
lebih
KUALA LUMPUR 8 Mei – Portal berita, Malaysiakini perlu lebih
matang dan rasional dengan tidak membenarkan komen negatif
dalam kalangan pembaca portal itu yang sering mendoakan
keburukan terhadap pemimpin tertinggi negara.
Walaupun Malaysiakini cenderung menyokong pembangkang, namun
ia bukanlah tiket bagi membenarkan segala komen berunsurkan
kebencian terhadap kerajaan dipaparkan di portal terbabit.
Zambri Mohd ISa, Presiden
GPMS
Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri
Mohd. Isa berkata, Malaysiakini perlu bersikap lebih sensitif
terhadap komen yang berbaur kebencian bagi mengelakkan
daripada timbul rasa tidak puas hati sesetengah pihak.
“Malaysiakini perlu memadam komen yang dirasakan tidak relevan
terutama komen berbaur kebencian dan provokasi bagi
mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini seperti
salah faham dan fitnah yang dibimbangi akan menjadi isu lebih
besar.
“Selain itu, masyarakat juga tidak harus terlalu emosional
sehingga budaya Timur yang menekankan nilai positif seperti
saling menghormati dan kepentingan tatasusila tidak lagi
diendahkan.
“Setiap komen berbaur negatif patut dipadam dan tidak
seharusnya dibiarkan begitu sahaja kerana akan tercetusnya
konflik dan kesannya pada masa akan datang,” katanya kepada
Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas tentang sikap Malaysiakini yang dilihat lepas
tangan dengan membiarkan pembacanya memberi komen berunsur
kesat dan biadab terhadap mangsa nahas helikopter di Subayau,
Sarawak, Khamis lalu.
Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah pula
berkata, Malaysiakini perlu menjadi sebuah media yang bersifat
lebih adil dan telus dalam menyampaikan maklumat kepada
pembacanya.
“Sepatutnya Malaysiakini memadam segala komen yang dianggap
biadab terutamanya komen yang mendoakan keburukan seseorang.
Walaupun media diberi kebebasan, namun bukanlah bermaksud
bebas untuk menyebarkan dan mendidik masyarakat mengenai
kebencian. Media perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada
masyarakat Malaysia amnya,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau menyeru kepada masyarakat agar lebih
berhati-hati sewaktu mengutarakan pendapat dengan mengambil
kira sensitiviti keluarga dan kenalan mangsa nahas yang masih
bersedih berikutan tragedi helikopter terbabit.
Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mua’mar Ghadafi Jamal
Jamaluddin
berkata,
Malaysiakini
sepatutnya
tidak
mempromosikan perkara berbaur negatif, sebaliknya sebagai
sebuah media, mereka perlu bersikap lebih matang dan
profesional.
“Seharusnya Malaysiakini tidak membiarkan komen negatif begitu
sahaja. Prinsip Kesopanan dan Kesusilaan dalam Rukun Negara
harus diterapkan dalam masyarakat Malaysia hari ini,” katanya.
–
See
more
at:
http://www.utusan.com.my/berita/politik/i-malaysiakini-i-perlu
-lebih-matang-profesional-1.320220#sthash.X79Js63w.dpuf
MBM rai 500 belia tercicir
KUALA LUMPUR 9 Mei – Majlis Belia Malaysia (MBM) akan meraikan
500 belia yang pernah tercicir dalam bidang akademik dalam
satu majlis Konvokesyen 1 Belia 1 Kemahiran, esok.
Setiausaha Agung MBM, Ahmad Saparudin Yusup berkata, majlis
itu yang juga majlis konvokesyen keempat program tersebut amat
bermakna kepada semua belia terbabit yang diberi peluang kedua
dalam bidang latihan kemahiran walaupun tidak mendapat
keputusan cemerlang dalam akademik.
“Majlis konvokesyen ini merupakan suatu pengiktirafan kepada
semua belia berkenaan yang pernah tercicir dalam bidang
akademik tetapi telah bangkit untuk berjaya melalui Program 1
Belia 1 Kemahiran kelolaan MBM.
“Program tersebut juga merupakan kerjasama kami dengan
beberapa agensi kerajaan dan institusi latihan kemahiran awam
dan swasta untuk memberi peluang kepada golongan belia
memajukan diri mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini
hari ini.
Majlis penyampaian sijil kepada semua belia itu akan
disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia di Dewan
De Seri Endon, Bangunan Puspanitapuri, Putrajaya.
Turut berlangsung majlis pelancaran program 1B1K-UMP Kompeten:
TVET Berasaskan Pembelajaran Sepanjang Hayat yang merupakan
kerjasama antara MBM dengan Universiti Malaysia Pahang.
–
See
more
at:
http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/mbm-rai-500-belia-terc
icir-1.321435#sthash.yWUVMA9s.dpuf

Similar documents

Pertandingan bola sepak erat hubungan belia orang asli,Pameran

Pertandingan bola sepak erat hubungan belia orang asli,Pameran organisasi kebeliaan membawa manfaat kepada pembangunan negara dan serantau. Sdra Mua’amar Ghadafi Jamal Jamaludin Presiden Majlis Belia Malaysia menyatakan hal tersebut kepada rakat sejawat beliau...

More information