GCEL bantu Malaysia jimatkan kos

Transcription

GCEL bantu Malaysia jimatkan kos
GCEL bantu Malaysia jimatkan kos
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=101...
KORPORAT
ARKIB : 13/10/2010
Tweet
GCEL bantu Malaysia jimatkan kos
KUALA LUMPUR 12 Okt. - Global Coalition for Efficient Logistics (GCEL),
pertubuhan awam/swasta antarabangsa dari Zurich yang ditubuhkan bukan untuk
membuat keuntungan, berkata ia akan membantu Malaysia menjimatkan AS$8.9
bilion (RM27.41 bilion) setahun dalam kos perdagangan dengan membantu
mengubah ketidakcekapan industri logistik negara.
Setiausaha Agung GCEL, Dr Mark R. Drabenstott, berkata, program "HumaWealth"
akan menyediakan ahli perniagaan Malaysia dengan kemudahan perdagangan Alaf
ke-21, yang menjamin memudahkan urusan perniagaan di mana-mana sahaja di
dunia yang belum ditawarkan sebelum ini.
Menarik hari ini
Waktu Solat
Laporan Cuaca
Berita Utama
Dalam Negeri
Wilayah
Laporan Khas
Parlimen
Politik
Luar Negara
Sukan
Bisnes
» Ekonomi
» Korporat
» Saham
» Matawang
3 of 5
Pada alaf lepas, beliau berkata, pertumbuhan ekonomi berasaskan pelaburan dalam
infrastruktur "keras" seperti jalan, pelabuhan, dan laluan air, namun ia berkos
tinggi, mengambil masa yang panjang untuk dibangunkan dan mesti diberikan
keutamaan dalam krisis fiskal hari ini.
"Lebih-lebih lagi banyak pelaburan dalam infrastruktur begini sahaja tidak dapat
mewujudkan kemudahan perdagangan Alaf ke-21 yang ahli perniagaan Malaysia
perlukan untuk maju," katanya dalam ucaptama mengenai "Era Baharu Kecekapan
Perdagangan Alaf ke-21" di sini hari ini.
Drabenstott berkata, program GCEL bertumpu terhadap infrastruktur lembut
digital yang menghubungkan perniagaan dengan dunia secara elektronik dan akan
ditawarkan tanpa sebarang kos terhadap pengguna akhir menerusi rangkaian 30
syarikat bertaraf dunia yang bekerja bersama-sama dan berkongsi maklumat
perdagangan kritikal.
Anggota GCEL termasuk pemimpin dalam industri kewangan, insurans dan
teknologi.
"Industri ini kini di tengah-tengah perdagangan global namun mengalami
"serangan jantung" akibat legasi kesendatan dan fragmentasi perdagangan.
"HumaWealth menawarkan manfaat besar dalam dunia hari ini, menjimatkan
ekonomi global hampir AS$700 bilion setahun, mengurangkan kos pengeluaran
purata seunit sehingga 15 peratus," katanya.
Beliau berkata, program itu dapat membantu Malaysia menjadi lebih kompetitif
dan menarik pelaburan dalam kemudahan pengeluaran untuk memanfaatkan kos
operasi yang rendah.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz
Mahathir, yang turut berucap berkata, Malaysia yang mencatatkan pertumbuhan
positif dalam jumlah dagangan pada separuh pertama tahun ini, akan sentiasa
4/9/13 3:59 PM
GCEL bantu Malaysia jimatkan kos
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=101...
Mahkamah
mencari jalan yang lebih baik untuk meningkatkan perdagangan negara.
Jenayah
"Acara ini memberi peluang kepada kita untuk merencanakan laluan baharu untuk
ekonomi dunia yang kita ketahui, kini bersandar kepada sistem ekonomi dan
kewangan global yang lemah.
"GCEL boleh memain peranan penting dalam merapatkan hubungan negara selain
sektor swasta dan awam untuk menerima pakai dan melaksanakan idea khusus,
realistik dan mulia dalam meningkatkan cara kita bekerja," katanya. - Bernama
Malaysia, katanya, mencatat pertumbuhan 28.9 peratus dalam jumlah dagangan
dalam tempoh enam bulan pertama 2010 kepada RM569 bilion berbanding tempoh
yang sama tahun lepas.
Agama
Mukhriz berkata program itu dapat membantu perusahaan kecil dan sederhana
Malaysia berhubung dengan pasaran yang semakin berkembang di Asia dan dunia,
dan pada masa yang sama mengurangkan kos operasi perniagaan sehingga 15
peratus.
Keluarga
—
Hiburan
Rancangan TV
Feminin
Pendidikan
Tweet
0
0
Sains & Teknologi
Agro
Kesihatan
S3
Polis & Tentera
Sastera
Rencana
Cuit
Selak
Awang Selamat
Kolumnis
Forum
Catatan Kembara
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
• Kontrak MMC di Arab Saudi dibatal
• Boustead sasar catat keuntungan RM1 bilion
• WCT Land mahu ulangi kejayaan Paradigm Mall
• Hotel Melaka Grand Water City Resort beroperasi secara rasmi 1 Mei
• KFC tawarkan diskaun 'Promosi Pilihan Raya'
• Marrybrown tembusi pasaran Myanmar hujung bulan ini
• Muslim Best pelbagaikan produk
• Pengguna mahu khidmat perbankan lebih baik
• AirAsia diberi kebenaran melabur di India
• GETSB sasar RM20 juta daripada i-Great
• Wyndham tawar bina rumah Kampung Tanduo baharu
• Petronas minat beli syarikat AS
• Pharmaniaga intai Indonesia
• Thailand sertai sistem HVE
• Tesco perkenal Grocery Home
• REDtone dapat akses Metro-E milik TM
• U Mobile sasar peningkatan 20 peratus
• Courts buka cawangan ke-60 di Amanjaya
• Maybank sasar No.1
• Mihas 2013 himpun 457 syarikat
Iklan Teks
Classifieds
4 of 5
• Anda Lapar? Jom Cari Makanan Halal Sekarang!
4/9/13 3:59 PM