WTO Cartoons.PM6

Comments

Transcription

WTO Cartoons.PM6
AOA
GATs
Diterbitkan Oleh
Disokong Oleh
PERSATUAN PENDIDIKAN
DAN PENYELIDIKAN
UNTUK PENGGUNA MALAYSIA
ERA CONSUMER MALAYSIA
Globalisasi dan
Impaknya ke atas
Para Petani di
Malaysia
Diterbitkan oleh
ERA CONSUMER MALAYSIA
[Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan untuk Pengguna, Malaysia]
ERA CONSUMER adalah sebuah organisasi sukarela demokratik bukan bersifat politik dan tidak mendapat
keuntungan. ERA memberi tumpuan kepada isu-isu yang merangkumi jaminan makanan, hak asasi manusia,
alam sekitar, hak-hak pengguna serta hak wanita untuk membina suatu masyarakat yang adil dan saksama.
Disokong oleh
Pendahuluan
Perdagangan dunia bebas ataupun lebih dikenali sebagai globalisasi
bermaksud produk yang dihasilkan oleh sesebuah negara dapat
memasuki pasaran antarabangsa tanpa sebarang had. Dengan tidak
adanya had perdagangan, para pengguna dapat membeli barangbarang dengan harga yang murah dan menikmati pelbagai jenis
barangan. Apakah yang akan terjadi dengan barangan tempatan
hasil keluaran negara kita sekiranya kita membeli barangan import
kerana ianya lebih murah? Apakah pula akan menimpa diri kita
sekiranya kerajaan Malaysia terus menandatangani perjanjianperjanjian WTO tanpa menilai baik buruknya?
Apapun pandangan kita, globalisasi telah pun dan akan terus
meninggalkan kesan yang mendalam ke atas semua lapisan
masyarakat. Ianya terpulang kepada diri kita untuk menilai baik
buruknya sebelum kita membeli sesebuah barang atau pun membuat
sesuatu keputusan.
Kami di ERA Consumer berpendapat bahawa proses globalisasi
yang kompleks ini harus dijelaskan dengan ringkas agar masyarakat
terutamanya para penduduk luar bandar dapat memahaminya
dengan mudah. Kami berharap agar buku komik ini dengan sedikit
sebanyak dapat menambahkan kesedaran para pengguna negara
Malaysia mengenai proses globalisasi.
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada SEACA
kerana memberikan sumbangan wang untuk menjayakan projek
ini.
1
2
WTO
WTO ialah pertubuhan perdagangan sedunia yang telah
wujud pada tahun 1994 sebagai lanjutan daripada GATT
(Persetujuan umum tariff dan perdagangan). WTO menggariskan
peraturan - peraturan perdagangan bebas di seluruh dunia. Semua
perjanjian yang dihasilkan oleh WTO bersifat mengikat
anggotanya secara ketat dan sebarang kesalahan boleh membawa
kesan yang buruk kepada ekonomi sesebuah negara.
Tidak ada perlembagaan antarabangsa yang lain yang
mempunyai kekuatan kuasa seperti WTO. WTO mewakili
kepentingan negara-negara maju kerana kuasa perundingan
terletak di tangan mereka. Mereka memiliki kuasa sebegitu besar
kerana mereka mempunyai kewangan dan sumber-sumber asli
yang lebih berbanding dengan negara-negara membangun seperti
Asia dan Afrika.
3
4
AOA
Perjanjian Pertanian di bawah WTO yang ditandatangani oleh
kerajaan Malaysia pada tahun 1995 telah membawa kesusahan
kepada para petani di negara ini. Oleh kerana hasil pertanian
keluaran negara asing adalah jauh lebih murah daripada hasil
keluaran para petani negara ini, maka keluaran tempatan tidak dapat
bersaing dengan keluaran negara asing. Selain itu penyeludupan
juga semakin berleluasa sekarang.
Siapakah yang ingin mengerjakan sawah padi sedangkan duit
yang diperolehi cuma seberapa berbanding dengan kerja yang
dilakukan? Apakah akan terjadi pada nasib petani kita pada masa
akan datang apabila subsidi baja dan harga diberhentikan? Adakah
mereka akan meninggalkan anak isteri dan bendang mereka untuk
berhijrah ke bandar agar mereka boleh mencari pendapatan yang
lebih lumayan? Kalau begitu, siapakah yang akan menanam
makanan untuk penduduk negara ini?
Sekiranya keadaan ini berlaku, maka negara ini akan susah
kerana kerajaan Malaysia terpaksa bergantung ke atas negara lain
untuk menyuap penduduk-penduduknya.
5
6
TRIPs
Pada zaman nenek moyang kita, para petani menggunakan
biji benih tradisi di mana mereka boleh mengawet, menyimpan
dan berkongsi biji benih untuk musim yang akan datang. Dengan
menjalankan aktiviti-aktiviti ini secara bersendirian atau
bersama, para petani tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi.
Dengan perjanjian TRIPs di bawah WTO, semuanya akan
berubah. Setiap kali tibanya musim menanam, para petani akan
terpaksa membeli biji benih yang baru. Mereka tidak boleh
menyimpan biji benih yang lama ataupun mendapatnya daripada
petani yang lain.
Para petani akan terpaksa membayar kepada syarikat yang
mencipta biji benih ini (pemilik hak paten). Di samping itu,
mereka tidak lagi boleh menggunakan ataupun berkongsi biji
benih ini dengan petani lain. Sekiranya, mereka melakukan
demikian, mereka boleh dikenakan hukuman denda ataupun
dipenjara oleh pihak berkuasa.
7
8
GATs
Sekarang ini di bawah GATs, air sudah menjadi komoditi
perdagangan, maka kerajaan tidak boleh mengawal
perkhidmatan bekalan air. Dulu, kerajaan boleh memberi
keutamaan perkhidmatan bekalan air kepada mereka yang
menyediakan air minuman, penjanaan kuasa elektrik dan untuk
tujuan irigasi, tetapi keutamaan seperti itu tidak wujud lagi. Kini
siapa yang boleh membayar untuk bekalan air yang digunakan
akan diberi air. Orang yang tidak berkemampuan untuk
membayar duit air tidak berhak untuk memperolehi bekalan air.
Tiada belas kasihan lagi.
Perjanjian GATs ini juga merangkumi perkhidmatan asas
yang lain seperti kesihatan dan pendidikan yang dahulunya
disediakan oleh kerajaan tetapi sekarang diswastakan. Fokus
utama perkhidmatan yang diswastakan adalah untuk mengaut
keuntungan dan bukan menjaga kebajikan masyarakat.
9
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan
kepada organisasi dan individu-individu
yang terlibat di dalam menghasilkan buku
komik ini:Marimuthu Nadason
Indrani Thuraisingham
Chubashini Suntharalingam
Che Aizawati Che Salleh
Nur Diyana Khalid
Amardip Kaur Soni
Fahmi Reza
Bina Swadaya, Indonesia
Pusat Komunikasi Masyarakat, Malaysia
ERA CONSUMER MALAYSIA
[Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan untuk Pengguna, Malaysia]
ERA CONSUMER adalah sebuah organisasi sukarela demokratik bukan bersifat politik dan tidak mendapat keuntungan. ERA
memberi tumpuan kepada isu-isu yang merangkumi jaminan makanan, hak asasi manusia, alam sekitar, hak-hak pengguna serta
hak wanita untuk membina suatu masyarakat yang adil dan saksama.
LatarBelakang ERA ConsumerMalaysia
Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan untuk PenggunaPengguna Malaysia (ERA Consumer Malaysia) adalah sebuah
organisasi sukarela, bersifat bukan politik yang ditubuhkan di Ipoh,
Perak pada tahun 1985. ERA Consumer Malaysia adalah sebuah
organisasi kebangsaan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan
Malaysia 1966. Ia ditubuhkan untuk mempromosikan dan
menjalankan aktiviti-aktiviti kritikal yang berkaitan dengan
masyarakat awam.
ERA Consumer merupakan sebuah institusi dinamik yang sering
memberikan respon dan memperkembangkan perkhidmatannya
mengikut kehendak dan pennintaan masyarakat. Era Consumer
Malaysia mempunyai visi untuk mewujudkan sebuah organisasi
untuk masyarakat yang mampu berdikari dan membuat keputusan
sendiri dengan melibatkan diri secara aktif dalam melindungi
kepentingan pengguna sebagaimana mereka melindungi diri
sendiri, disamping mengamalkan corak hidup dan penggunaan
yang lestari dan bertindak secara adil dalam mengawal proses
pentadbiran. Ia juga berperanan dalam memberi kesedaran
kepada orang ramai dalam isu-isu yang menekan kehidupan
mereka melalui penyelidikan dan program pendidikan. ERA
Consumer terlibat dalam membina perpaduan dan persefahaman
dengan badan-badan bukan kerajaan lain di Malaysia;
mengeratkan hubungan Selatan-Selatan dan persefahaman
Utara-Selatan. Komponen dan program utama ERA Consumer
adalah penyelidikan, pendidikan dan perlindungan pengguna,
pentadbiran bertanggungjawab dan pendidikan hak-hak asasi
manusia serta pertanian mampan, jaminan makanan, dan
pembangunanpedalaman.
Diterbitkan oleh:
PERSATUAN PENDIDIKAN DAN
PENYELIDIKAN UNTUK PENGGUNA
MALAYSIA
(ERA CONSUMER MALAYSIA)
No 24, Jalan SS1/22A
47300 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tel
(603) 7877 4741, 7876 4648
Faks
(603) 7873 0636
Emel
[email protected]
Laman Web
www.eraconsumer.org

Similar documents