ABC_NVS_Ramadan Patient Booklet_Localised BM-7
Transcription
ABC_NVS_Ramadan Patient Booklet_Localised BM-7
Bersama-sama Memudahkan Puasa Di Bulan Ramadan MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA MALAYSIA ENDOCRINE & METABOLIC SOCIETY Apa yang berlaku pada badan anda ketika berpuasa? Buku ini memberi panduan dan informasi untuk pesakit diabetes menjalani ibadah puasa serta pengambilan ubat, perancangan menu dan pengubahsuaian gaya hidup ketika berpuasa di bulan Ramadan: Ia memberi maklumat mengenai: ❖ Merancang menu ❖ Bersenam ❖ Memantau paras gula dalam darah ❖ Hipoglisemia ❖ Dos dan masa pengambilan ubat ❖ Bagi orang yang normal, insulin membantu sel mengambil masuk gula darah untuk disimpan dan ditukarkan kepada tenaga.1 ❖ Bagi pesakit diabetes, badan mereka mungkin tidak mampu untuk menghasilkan insulin yang diperlukan secukupnya atau insulin yang dihasilkan tidak dapat berfungsi dengan sempurna (rintangan insulin).1 Pemecahan glikogen (simpanan glukosa) Rembesan insulin Gula dalam darah Diadaptasi daripada Al-Arouj1 Apa yang berlaku ketika anda berpuasa? ❖ Bagi individu yang sihat, purata paras gula dalam darah akan menurun sedikit di awal bulan Ramadan dan akan kembali normal selepas lebih kurang 20 hari berpuasa.2 ❖ Bagi pesakit diabetes yang mempunyai kesedaran yang baik tentang penyakit dan di bawah pengawasan perubatan, tiada perubahan ketara dapat dikesan pada paras gula dalam darah ketika mereka berpuasa di bulan Ramadan.2 2 3 Apa yang anda patut makan? 3 ❖ Jangan ambil banyak makanan bergula ketika berbuka puasa (contoh kek). ❖ Ambil banyak makanan berkanji supaya anda tidak berasa lapar ketika berpuasa (contoh nasi) ❖ Ambil buah-buahan dan sayur-sayuran dalam setiap hidangan. ❖ Bersahur sebelum subuh dan bukan di tengah malam supaya dapat membantu mengimbangkan paras gula dalam darah dengan baik. ❖ Ambil minuman bebas gula atau minum air jika anda berasa dahaga. ❖ Kurangkan pengambilan makanan bergoreng – contoh ayam goreng dan roti canai. Apakah indeks glisemik (GI)? Indeks glisemik (indeks kadar gula dalam darah) dikaitkan dengan sesetengah makanan karbohidrat yang boleh menyebabkan kadar gula dalam darah berubah berbanding makanan lain.4 Makanan rendah GI (Indeks GI ≤ 55) Makanan sederhana GI (Index GI 56 - 69) Makanan tinggi GI (Index GI ≥ 70) Makanan ini meningkatkan kadar gula dalam darah secara perlahan-lahan Makanan ini meningkatkan kadar gula dalam darah dengan kadar sederhana Makanan ini meningkatkan kadar gula dalam darah dengan pantas - Jus oren tanpa gula - Beras perang - Susu lemak penuh - Epel - Anggur - Kacang bakar - Pastri - Minuman ringan - Beras putih - Capati - Ais krim - Betik - Donat - Minuman sukan - Beras Jasmine - Beras pulut - Laici - Tembikai Diadaptasi daripada Malaysian Clinical Practice Guidelines. Management of T2DM. May 2009 (4th ed.).5 Apakah faedah mengambil makanan yang rendah indeks glisemik? 6 ❖ Menyebabkan paras gula darah naik dan turun dengan perlahan. ❖ Membantu anda berasa kenyang dengan lebih lama dan mengurangkan pengambilan makanan ketika hidangan atau snek seterusnya. 4 5 Bersenam untuk lebih bertenaga Mengapakah bersenam itu penting?7 Tips untuk bersenam ketika berpuasa3 ❖ Selalu melakukan senaman boleh meningkatkan sensitiviti badan terhadap insulin yang dirembeskan oleh pankreas. ❖ Rujuk kepada doktor anda untuk mengetahui samada tahap diabetes anda stabil atau tidak untuk melakukan senaman. ❖ Senaman membantu sel mengambil masuk gula darah dan menggunakannya sebagai tenaga. ❖ Mula bersenam sebaik-baiknya 1-2 jam selepas berbuka puasa. Solat malam Tarawih menolong pesakit mengekalkan aktiviti fizikal. Berapa banyakkah senaman yang perlu saya lakukan?3 Untuk mendapatkan manfaat kesihatan, anda digalakkan untuk melakukan senaman ringan atau sederhana dengan kerap. Sejauh manakah kesan daripada senaman ini akan berterusan?7 Kesan senaman kepada gula darah berbeza bergantung kepada berapa lama anda bersenam dan banyak faktor lain. Senaman boleh menurunkan gula darah selama 24 jam or lebih selepas senanman dengan menyebabkan badan anda lebih sensitif terhadap insulin. ❖ Cari teman untuk bersenam, ahli keluarga, anak atau cucu, atau rakan sekerja anda dan jadikan senaman aktiviti yang menyeronokkan. ❖ Pilihlah aktiviti yang anda suka supaya aktiviti tersebut boleh dilakukan secara berterusan. ❖ Elakkan senaman berat ketika berpuasa kerana risiko hipoglisemia. KALENDER Isnin Ahad btu ummat Sa u Khamis J ab R sa Sela iviti Akt iviti Akt iviti Akt iviti Akt 6 7 Pemantauan tahap gula dalam darah3 ❖ Pemantauan tahap gula secara berterusan di rumah adalah sangat penting. ❖ Pemantauan ini tidak akan membatalkan puasa. ❖ Dinasihatkan untuk mengambil bacaan gula dalam darah seperti berikut: Sila isi bacaan anda dalam jadual di bawah : Sebelum sahur 2-4 jam selepas sahur Pertengahan atau lewat tengahari Sebelum berbuka puasa 2-4 jam selepas berbuka puasa Sebelum sahur 2 – 4 jam selepas sahur Pertengahan atau lewat tengahari Sebelum berbuka puasa 2 – 4 jam selepas berbuka puasa Jika pesakit mengesyaki berlaku hipoglisemia (bergantung kepada individu) jika pesakit tidak sihat (contoh demam) ❖ Pesakit perlu menamatkan puasa jika mengalami simptom hipoglisemia, menghadap kesan gula darah yang tinggi (hiperglisemia), atau dehidrasi. BAGUS 8 9 Puasa.... Adakah gula dalam darah anda rendah? Simptom-simptom gula dalam darah rendah (hipoglisemia):8 Puasa… Apakah jenis ubat yang sesuai untuk pesakit diabetes? Terdapat dua jenis ubat untuk penyakit diabetes: Ubat-ubatan oral dan suntikan Ubat Oral Gemuruh Mengigil Lapar ❖ Metformin: Risiko hipoglisemia rendah.9 ❖ Dipeptidyl peptidase-4 inhibitor: Ubat oral ini adalah pilihan yang selamat bagi rawatan diabetes ketika bulan Ramadan. Risiko hipoglisemia rendah.10 ❖ Sulphonylureas: Risiko hipoglisemia secara am adalah tinggi.10 Pening Mengantuk Berpeluh dingin Suntikan ❖ Insulin: Long-acting insulin: Ambil ketika berbuka puasa. Doktor akan mengubah dos jika paras gula dalam darah dapat dikawal dengan baik.10 Short-acting insulin: Doktor akan mengubah dos insulin bersesuaian dengan saiz hidangan anda dan kandungan karbohidrat. Doktor juga mungkin akan mengurangkan dos insulin ketika bersahur jika paras gula anda terkawal dengan baik.10 Rawatan segera untuk hipoglisemia8 Jika tahap gula dalam darah kurang daripada 3.9 mmol/L (70mg/dL), batalkan puasa anda serta-merta dengan megambil satu daripada makanan tersebut bagi menaikkan tahap gula darah: ❖ ½ cawan jus buah-buahan ❖ ½ cawan minuman biasa (bukan khusus untuk diet) ❖ Secawan susu ❖ 5 atau 6 biji gula-gula ❖ Incretin analogue: Kumpulan ubatan ini mungkin selamat bagi rawatan diabetes. Risiko hipoglisemia rendah.10 Apakah garis panduan khusus dari segi rawatan terapeutik? ❖ Dos dan masa rawatan ketika bulan puasa mungkin perlu diubahsuai oleh doktor mengikut keadaan setiap pesakit.3 ❖ Jangan ubah dos dan masa rawatan tanpa kebenaran doktor. ❖ 1 sudu besar gula atau madu 10 11 Maklumat yang terkandung dalam buku panduan ini disediakan sebagai pengetahuan tambahan dan tidak boleh digunakan sebagai alternatif kepada nasihat doktor. Rujukan: 1. Al-Arouj M, Bouguerra R, Buse J, et al. Recommendations for management of diabetes during Ramadan. Diabetes Care 2005; 28 (9):2305-11. 2. Jaleel MA, Raza SA, Fathima FN, Jaleel BN. Ramadan and diabetes: As-Saum (The fasting). Indian J Endocrinol Metab 2011; 15 (4): 268-73. 3. Ministry of Health Malaysia and Malaysian Endocrine & Metabolic Society. Practical Guide to Diabetes Management in Ramadan 2015. 4. American Diabetes Association: Glycemic Index and Diabetes. Available at http://www.diabetes.org/food-and-fitness/food/what-can-i-eat/understanding-carbohydrates/glycemic-index-anddiabetes.html. Last accessed: 15-4-2015. 5. Malaysian Clinical Practice Guidelines. Management of T2DM. May 2009 (4th ed.). 6. National Health Service United Kingdom: What is the glycaemic index (GI)? Available at http://www.nhs.uk/chq/pages/1862.aspx?categoryid=51. Last accessed 19-4-2015. 7. American Diabetes Association: Blood Glucose Control and Exercise. Available at http://www.diabetes.org/food-and-fitness/fitness/get-started-safely/blood-glucose-control-and-exercise.html. Last accessed 15-4-15. 8. National Diabetes Information Clearinghouse. Hypoglycemia. Available at: http://diabetes.niddk.nih.gov/dm/pubs/hypoglycemia/hypoglycemia.pdf. Last accessed: 20-5-2014. 9. Ahmed MH, Abdu TA. Diabetes and Ramadan: an update on use of glycemic therapies during fasting. Ann Saudi Med 2011; 31 (4):402-6. 10. Hassanein MM. Diabetes and Ramadan: how to achieve a safer fast for Muslims with diabetes. The British Journal of Diabetes & Vascular Disease 2010; 246-50. MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA MALAYSIA ENDOCRINE & METABOLIC SOCIETY Level 22, Tower B, Plaza 33, No.1, Jalan Kemajuan, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: 03-7948 1888 Fax: 03-7948 1818 www.novartis.com © 2015. Novartis Corporation (Malaysia) Sdn. Bhd. GLS/0315/PIL/01 Pesanan pendidikan awam ini disokong oleh: