pdf Version - Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana

Transcription

pdf Version - Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana
Volume | Accuracy | Speed
Pensijilan
Amalan 5S Peringkat
Ibu Pejabat ICU JPM
ms11
ISSN 1985-0220
Taklimat Peraturan
Pegawai Awam
(Kelakuan Dan
Tatatertib) 1993
ms20
Edisi MEI - JUN 2009
Kejohanan
Rowing JPM
2009
ms22
PENGURUSAN ICU JPM Ibu Pejabat
KETUA PENGARAH
Y.Bhg. Tan Sri Khalid Ramli
TIMBALAN KETUA PENGARAH (PENYELARASAN DASAR)
Y.Bhg. Dato’ Ab. Ghani Ariffin
TIMBALAN KETUA PENGARAH (PEMANTAUAN DAN PENILAIAN)
Y.Bhg. Dato’ Mohammed Ismail
PENGURUS BPR BLESS
Pn. Musalmiah Hj. Asli
BAHAGIAN EKONOMI
Tn. Hj. Ahmad Shahrom Hj. Yasin
UNIT KHIDMAT NASIHAT
Y.Brs. Prof. Madya Dr. Osman Mohd. Yusoff
BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Pn. Rosni Abdul Malik
BAHAGIAN KHAS
Y.Bhg. Dato’ Ahmad Zaki Ansore Mohd. Yusoff
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
En. Makhtar Mustapha
BAHAGIAN PEMBASMIAN KEMISKINAN
Cik Normi Nordin
BAHAGIAN INFRASTRUKTUR
En. Nor Rizan Mohd. Thani
BAHAGIAN SOSIAL
Pn.Hjh. Norsini Hussin
BAHAGIAN KESELAMATAN
En. Zolkopli Dahalan
BAHAGIAN BADAN BERKANUN
En. Mahd Ishak Abd. Aziz
BAHAGIAN PENILAIAN
En. Ismail Hamad
BAHAGIAN SUSUN SEMULA MASYARAKAT
En. Zamry @ Fazilah Salleh
UNIT KAWAL SELIA PERDA
Pn. Hanani Sapit
PENGURUSAN ICU JPM!Negeri
JPP Kelantan
PPN Perak
PPN Selangor
PPN Kedah
PPN Pulau Pinang
PPN Negeri Sembilan
PPN Melaka
PPN W. Persekutuan
PPN Pahang
PPN Sarawak
PPN Terengganu
PPN Johor
PPN Sabah
PERDA
PPN Perlis
BPPB Pulau Pinang
Y.Bhg. Datuk Hj. Shukry Hj. Mohd Salleh
Y.Bhg. Dato’ Hj. Zainal Abidin Hj. Omar
En. Abd. Ghani Salleh
En. Hadzir Md. Zain
En. Nik Ali Mat Yunus
En. Mohd Bahrudin Mahfuz
En. Mohd Yazid Ramli
Y. Bhg. Dato’ Mohd Zaharil Kasim
Y. Bhg. Dato’ Dzul-Kifly Osman
Y. Bhg. Dato Kamal Husin
En. Ahmad Abdullah
En. Mohd Hatta Nordin
Tn. Hj. Matusin Sunsang
En. Azmi Lateh
En. Ahmad Zakaria
En. Azman Ibrahim
SI DANG Redaksi
PENAUNG
Y.Bhg. Tan Sri Khalid Ramli
PENASIHAT
Y.Bhg. Dato’ Ab. Ghani Ariffin
Y.Bhg. Dato’ Mohammed Ismail
KETUA EDITOR
Makhtar Mustapha
EDITOR
Hasniah Rashid
SIDANG PENULIS
Ahmad Shafiq Mirza Mansor
Azfa Lia Fardes
Amalina Abdullah
Eliana Mahat
Hasniah Rashid
Nor Asiah Abdul Halim
Rozilawati Abdul Rahman
Siti Mahfadzah Ashahril
Siti Rudziah Abdul Karim
Syamila Bakar
PENYELARAS PENERBITAN
Eliana Mahat
GRAFIK
Mohd Yaziz Sulaiman
JURUFOTO
Mohd Noor Yazid Ismail
Mohd Syah Erwan Che Mit
BANTUAN/SOKONGAN
Jamilah Tambi
Nurul Salihin Mohd Salleh
Norhakim Abd Wahab
Syamila Bakar
Sidang Redaksi mengalu-alukan pandangan bagi maksud
penambahbaikan dan sumbangan penulisan/artikel/
gambar dan lain-lain yang bersesuaian untuk keluaran
akan datang.
Hubungi Sekretariat Penerbitan di :
[email protected]
03 - 8881 0367
Minda Editor
Buletin Bergambar ICU JPM | MEI - JUN 2009
Menepati
Keperluan Rakyat
P
engumuman dan kemudiannya penjelasan
oleh YAB PM mengenai konsep 1MALAYSIA
yang berpaksikan RAKYAT DiDAHULUkan dan
PRESTASI DiUTAMAkan sebagai tema pentadbiran
beliau telah mendapat perhatian rakyat jelata. Dalam
proses merealisasikan konsep tersebut perhatian
rakyat di lapangan pastinya terarah terhadap
organisasi kita yang berperanan sebagai nadi
penggerak dan penyelaras utama dasar/program/
projek pembangunan negara.
diterapkan sebagai nilai bersama yang kita secara
bersama budayakan pastinya adalah kelebihan kita.
Justeru apabila perkhidmatan kita kepada rakyat
diberi keutamaan maka prestasi pastinya meningkat
dan imej organisasi menjadi bertambah mantap.
Matlamat akhir konsep tersebut dalam konteks
ICU JPM khususnya dan Perkhidmatan Awam amnya
ialah supaya para Penjawat Awam dalam proses
melaksanakan tugas memberi keutamaan kepada
keperluan rakyat. Ini bermakna segala urusan wajar
disegerakan dan tanpa berlengah atau pun tiada
satu pun yang tertangguh. Dalam konteks ini slogan
Volume, Accuracy & Speed yang telah sekian lama
Selari dengan etika kerja ICU JPM yang
mahukan wargakerjanya SENTIASA AWAL DAN
MENDAHULUI, saya percaya ketika ini kita semua
telah pun memahami dan mengambil inisiatif
berdasarkan
bidang/peranan
masing-masing.
Apatah lagi ICU JPM adalah agensi pusat yang
bertanggungjawab
secara
langsung
kepada
Y.A.B. Perdana Menteri. Maka adalah menjadi
tanggungjawab kita semua untuk memastikan
keperluan rakyat ditepati dan diberi keutamaan;
dan tanpa mengabaikan aspek kualiti dalam
sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada
rakyat.❚
Visi
Perkhidmatan Teras Utama
Agensi Pusat yang unggul dan berwibawa dalam
◆
memantau pelaksanan rancangan pembangunan
Pemantauan Projek Pembangunan
memastikan kecemerlangan dalam penyelarasan dan
pelaksanaan program/projek pembangunan
negara.
◆
Projek Khas
memastikan Projek Khas dilaksana mengikut garis
panduan yang ditetapkan
Misi
◆
memastikan projek penbangunan dilaksanakan
mengikut jadual dan matlamat yang ditetapkan
Agensi Pusat yang menggerakkan pembangunan negara
melalui penyelarasan, pengesanan dan penilaian dasar,
program dan projek dengan mengamalkan budaya
kerja cemerlang dan tadbir urus yang baik.
Penilaian Outcome
◆
Pembasmian Kemiskinan
memastikan keberkesanan Program Pembasmian
Kemiskinan
03
Isi Kandungan Mei-Jun 09
04
05
Gagasan 1Malaysia
12
Tips Do’s & Dont’s Dalam
Pengurusan Majlis Rasmi
06
Mesyuarat MTN Pertama
Dan Utama
13
Rampaian Peristiwa
17
Kursus Keberkesanan Penulisan
Memo, Surat Rasmi Dan Minit
Mesyuarat Jemaah Menteri
18
Program Fiesta Sehati Sejiwa
19
20
08
10
11
1Malaysia
Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan
Dalam Perspektif ICU JPM
Perjumpaan Pengerusi MTPNg
Bersama Ketua-Ketua Jabatan
Persekutuan Negeri Selangor
Pensijilan Amalan 5S Peringkat
Ibu Pejabat ICU JPM
Buletin Bergambar ICU JPM | MEI - JUN 2009
21
Kursus Non-Linear Editing
22
Kejohanan Rowing
Jabatan Perdana Menteri 2009
23
Kecekapan ICU JPM Dikagumi
Delegasi Asing
24
Lawatan Tapak Projek PIA
Wilayah Persekutuan Labuan
Taklimat Keputusan Ujian
Psikologi Online Indikator
Perwatakan Unggul
25
Lawatan Tapak Bangunan
Moot Serbaguna
Universiti Malaya
Taklimat
Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan Dan Tatatertib) 1993
26
Makluman Perkhidmatan
Gagasan!1Malaysia
Buletin Bergambar ICU JPM | MEI - JUN 2009
Intipati Konsep 1Malaysia,
Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan
PRINSIP TERAS
1MALAYSIA:
fPrinsip PENERIMAAN
fPrinsip KENEGARAAN
fPrinsip KEADILAN SOSIAL
NILAI-NILAI
1MALAYSIA:
fBudaya Kecemerlangan
fKetabahan
fRendah Hati
fPenerimaan
fKesetiaan
fMeritokrasi
fPendidikan
fIntegriti
Kata Bestari
❝
di mana bumi dipijak,
di situ langit dijunjung.
MALAYSIA tetap di HATI
Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan
❞
05
Jentera Pelaksanaan
Pembangunan
06
Buletin Bergambar ICU JPM | MEI - JUN 2009
Mesyuarat MTN Pertama
Dan Utama
Oleh HASNIAH RASHID
B
angunan Perdana Putra, Putrajaya; 25
Jun 2009 - Majlis Tindakan Negara (MTN)
Bilangan 1 Tahun 2009 yang bermesyuarat
pada tarikh ini secara tidak langsung telah
mencatit sejarah tersendiri. Selain merupakan
mesyuarat yang pertama untuk tahun 2009,
ianya juga adalah mesyuarat kali pertama
yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Sri
Mohd Najib Tun Razak sejak dilantik sebagai
Perdana Menteri (PM) yang keenam pada
3 April 2009.
Institusi MTN yang dipengerusikan oleh
PM seperti yang diketahui umum ialah legasi
Allahyarham Tun Abdul Razak, PM Malaysia yang
kedua. Ianya merupakan badan utama yang
berperanan mengawasi, menyelaras dan menilai
kemajuan pelaksanaan rancangan/program/
projek pembangunan Negara. Mesyuarat MTN
turut dibarisi oleh Timbalan PM, beberapa
07
Buletin Bergambar ICU JPM | MEI - JUN 2009
Menteri Kabinet, Ketua Setiausaha Negara
dan individu yang dijemput oleh Pengerusi
berasaskan isu semasa yang dibincangkan.
Mesyuarat kali ini melibatkan pembentangan
empat Kertas/Laporan. Dua daripadanya adalah
oleh ICU JPM yang menjurus kepada pelaksanaan
projek pembangunan di bawah Rancangan
Malaysia Ke9 dan juga pelaksanaan program
Bekalan Elektrik dan Bekalan Air di Sabah dan
Sarawak. Sebanyak dua lagi Kertas/Laporan
masing-masingnya adalah oleh Jabatan Kerja Raya
mengenai isu dan cadangan penambahbaikan
dalam Pelaksanaan Rancangan Malaysia;
dan Kertas/Laporan mengenai pengurusan
pembangunan Langkawi oleh Kementerian
Kewangan.
Selari dengan tagline ‘Rakyat DiUtamakan’
mesyuarat turut memberi perhatian kepada
perkara-perkara yang berkaitan kehendak rakyat
seperti Jaminan Keselamatan, Kesejahteraan
Sosial, Kemakmuran Ekonomi dan Keseimbangan
Pembangunan. Secara keseluruhannya mesyuarat
MTN berjaya mencetuskan strategi dan tindakan
penyelesaian kepada isu dan masalah pelaksanaan
di samping memastikan keselarasannya dengan
dasar-dasar negara sedia ada.
ICU JPM yang bertindak sebagai Urusetia
turut melakar catitan sejarah memandangkan
ianya merupakan penganjuran satu aktiviti
besar pertama dan yang utama bersama PM
Malaysia yang keenam. Selain faktor Pengerusi
dan keahlian yang berprofil tinggi, MTN juga
merupakan jentera utama yang menyelaras dasar
dan program/projek pembangunan kerajaan.
Demi keurusetiaan yang berkesan, jadi tidak
hairanlah mengapa ICU JPM di sepanjang
bulan Jun 2006 memberikan tumpuan yang
utama kepada penganjuran mesyuarat MTN
yang pertama bagi tahun 2009.❚
Gagasan 1Malaysia
08
1 Ma la ysia
Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan
Dalam Perspektif
ICU JPM
Oleh HASNIAH RASHID
B
angunan Perdana Putra, Putrajaya; 25 Mei 2009 - Ketua
Pengarah ICU JPM, Y. Bhg. Tan Sri Khalid Ramli menerusi
ucapan sempena Program Perhimpunan Bulanan ICU JPM
Bagi Bulan Mei 2009 menggesa semua wargakerja supaya segera
menghayati konsep ‘1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan’ yang diperkenalkan sebagai tema dalam pentadbiran
Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak.
Dalam konteks pembangunan, konsep tersebut yang
diperkenalkan sebaik mengambil-alih tampuk kepimpinan
negara pada 3 April 2009 secara tidak langsungnya merumuskan bahawa pada masa ini taraf kehidupan yang berkualiti
telah beralih menjadi seperti satu hak untuk dinikmati oleh
seluruh warganegara. Ke arah memenuhi ekspekstasi tersebut,
Y. Bhg. Tan Sri menyatakan bahawa:
Sebagai Agensi Pusat yang berperanan
utama dalam pemantauan dasar/program/
projek pembangunan Negara maka ICU
JPM perlu berada di hadapan...
bukan sekadar di tahap penghayatan,
malahan pembudayaan untuk diteladani oleh
agensi-agensi pelaksana…
demi untuk memastikan aspirasi kepimpinan
negara direalisasikan...
apatah lagi ICU bertanggungjawab secara
langsung kepada YAB PM…
dan pejabat ICU pun amat berhampiran
dengan Pejabat YAB PM... ❞
❝
Y.Bhg. Tan Sri KP diapit
Pengarah BTM dan
Pengarah Bahagian Ekonomi
Buletin Bergambar ICU JPM | MEI - JUN 2009
09
Buletin Bergambar ICU JPM | MEI - JUN 2009
>> Sambungan dari mukasurat
7
Menyentuh penekanan YAB PM terutamanya
aspek Penilaian Outcome dalam kitaran
pengurusan pembangunan yang diterajui ICU
JPM, Y. Bhg. Tan Sri menggesa hadirin supaya
tidak sahaja menunggu arahan, tetapi terlebih
awal meramalkan keperluan dan seterusnya
berusaha memenuhi kehendak stakeholders dan
pelanggan melalui analogi cerita Si Kembang
Cina dalam Hikayat Si Malim Deman :
Belum
Belum
Belum
Belum
Dipanggil Sudah Datang
DiSuruh Sudah Pergi
Diminta Sudah Beri
Ditanya Sudah Jawab
semangat kerja berpasukan. Sehubungan itu
para pegawai yang sering berhadapan dengan
pelanggan perlulah bertindak dengan penuh
kebijaksanaan, beserta amalan adil dan saksama
pada setiap masa.
Kesimpulannya
dalam
merealisasikan
hasrat kepemimpinan negara, wargakerja ICU
JPM perlulah bekerja dengan lebih gigih dan
tanpa perlu mengira masa; di samping bersedia
untuk berkorban tenaga demi meningkatkan
kesejahteraan bersama kerajaan dan rakyat.❚
Dalam perspektif ICU, konsep Pencapaian
Diutamakan
merupakan
kesinambungan
kepada Kempen Budaya Kerja Cemerlang yang
diperkenalkan dalam pentadbiran awam sejak
tahun 1989 yang mana adalah bersamaan dengan
nilai-nilai tonggak dalam Etika Kerja ICU JPM.
Justeru berpandukan kepada tonggak pertama
‘Sentiasa Awal dan Mendahului’ menurut Y. Bhg.
Tan Sri KP penghayatan konsep tersebut yang
dikaitkan dengan KPI (Indeks Petunjuk Utama)
seharusnyalah adalah secara otomatis dan tanpa
perlu menunggu arahan.
Dalam
konteks
Rakyat
Didahulukan,
Y. Bhg. Tan Sri mengingatkan hadirin supaya
berusaha
meningkatkan
kualiti
dalam
penyampaian perkhidmatan untuk memberi
kesejahteraan kepada rakyat melalui pelaksanaan
program/projek pembangunan yang diperlukan
oleh rakyat. Antaranya adalah dengan lebih
kerap turun ke padang untuk mendampingi
dan mengetahui hati rakyat; memandangkan
pelaksanaan sebarang program/projek tidak
akan berjaya tanpa bantuan atau pun sokongan
mereka.
Manakala di bawah konsep 1Malaysia, hadirin
adalah diingatkan supaya sentiasa mewujudkan
perpaduan di tempat kerja melalui pembudayaan
Y.Bhg. Tan Sri KP melancarkan Amalan 5S ICU JPM
Jentera Pelaksanaan
Pembangunan
10
Buletin Bergambar ICU JPM | MEI - JUN 2009
Perjumpaan Pengerusi MTPNg Bersama
Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan
Negeri Selangor
Oleh ROZILAWATI ABDUL RAHMAN
P
ejabat Pembangunan Negeri Selangor
(PPNS) telah mengadakan satu Majlis
Perjumpaan di antara Menteri Pertanian
& Industri Asas Tani Merangkap Pengerusi
MTPNg, Y.B. Dato’ Haji Noh Bin Omar bersama
Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan Negeri
Selangor pada 15 Mei 2009. Sebanyak 30 buah
Jabatan Persekutuan di Negeri Selangor telah
dijemput untuk majlis berkenaan.
Majlis yang diadakan adalah perjumpaan
pertama Y.B. Dato’ Haji Noh bin Omar selaku
pengerusi MTPNg Negeri Selangor dengan
Jabatan/Agensi Persekutuan Negeri Selangor.
D i m a j l i s b e r i k u t Y. B . D a t o ’ H a j i N o h b i n
Omar telah memberikan penerangan mengenai kepentingan konsep “Satu Malaysia,
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”
sebagaimana yang telah ditekankan oleh
Y.A.B. Perdana Menteri.
PPN Selangor juga telah memberi
ur
sedikit taklimat mengenai struktur
ni
organisasi dan peranan pejabat ini
esebagai pemantau dan penyelaras keri
pada agensi persekutuan bagi Negeri
Selangor.❚
Sebahagian Ketua-ketua Jabatan Persekutuan
Negeri Selangor bergambar kenangan bersama
Y.B. Dato’ Hj. Noh Omar
Buletin Bergambar ICU JPM | MEI - JUN 2009
Pembangunan!Organisasi
Ke Arah Pensijilan Amalan 5S
peringkat Ibu Pejabat ICU JPM
Oleh AZFA LIA FARDES
P
ort Dickson, Negeri Sembilan ; 17-19 Jun 2009 Dalam mewujudkan persekitaran kerja
yang kondusif, sistematik dan selamat,
ICU JPM peringkat Ibu Pejabat telah mengorak
langkah untuk mempersijilkan Program Amalan
5S yang telah dilaksanakan sejak tahun 2007 lagi.
Kursus Pendedahan dan Penghayatan Amalan
5S telah diadakan bagi memberi pendedahan
secara tepat dan terperinci berhubung dengan
konsep 5S. Konsep Amalan 5S yang berupa huruf
awalan bagi SISIH, SUSUN, SAPU, SERAGAM
dan SENTIASA AMAL adalah merupakan antara
program kualiti ICU JPM yang telah diamalkan
di kebanyakkan Bahagian/Sektor di Ibu Pejabat.
Malahan PPN Sarawak telah memperolehi
pensijilan pada awal 2008.
Kursus Pendedahan dan Penghayatan
Amalan 5S yang dihadiri oleh 25 orang Timbalan
Pengarah dan wakil setiap Bahagian/sektor ini
telah diadakan selama 3 hari bertempat di Corus
Paradise, Port Dickson. Tujuan kursus ini diadakan
adalah untuk memberi pemahaman kepada
para peserta tentang disiplin-disiplin yang perlu
dipatuhi dalam pelaksanaan Amalan 5S dan
persediaan ke arah pensijilan Amalan 5S. Kursus
ini dibimbing oleh Juruperunding daripada pihak
Malaysia Productivity Coorporation (MPC) iaitu
En. Mohd Lizuan Latif. Antara pengisian kursus
ini adalah lawatan ke Stesen Janakuasa Elektrik
Tuanku Jaafar, Port Dickson di mana organisasi
ini telah berjaya mempratikkan konsep Amalan
5S.
Pensijilan Amalan 5S peringkat Ibu Pejabat
ICU JPM adalah di bawah seliaan oleh pihak MPC
dan pensijilan dijangka dicapai pada penghujung
bulan Oktober 2009 ini. Outcome daripada kursus
ini, peserta-peserta akan bertindak sebagai
fasilitator dan resource person di peringkat
Bahagian/Sektor masing-masing.
Amalan 5S adalah merupakan asas utama
dalam kesemua program kualiti. Sehubungan
itu, komitmen dan penglibatan daripada semua
pihak terutama pihak atasan adalah sangat
penting dalam memastikan pelaksanaan Amalan
5S dapat berjalan dengan jayanya dan akhirnya
pensijilan Amalan 5S ini dapat direalisasikan
bersama. Hanya persekitaran kerja yang teratur,
tersusun, bersih, selamat dan berdisiplin sahaja
yang boleh menjamin kewujudan kecekapan dan
keberkesanan kerja dalam organisasi. Kecekapan
dan keberkesanan kerja merupakan kunci kepada
peningkatan kualiti dan produktiviti organisasi.❚
11
Pembangunan Modal Insan
12
Buletin Bergambar ICU JPM | MEI - JUN 2009
Tips Do’s & Dont’s
Dalam Pengurusan Majlis Rasmi
Oleh NOR ASIAH ABDUL HALIM
S
hah Alam, 26 Jun 2009 - Kursus The Do’s
& the Dont’s telah diadakan di Quality
Hotel, Shah Alam bermula pada 26
Jun 2009 hingga 28 Jun 2009. Seramai 46
orang pegawai iaitu P&P (11) dan Sokongan
(35) dari pelbagai gred jawatan telah
menghadiri kursus yang dianjurkan khusus
untuk pegawai/kakitangan ICU JPM.
Penganjuran kursus ini telah memberi
pendedahan kepada para peserta akan
pentingnya protokol ataupun peradaban
yang
bersesuaian
dalam
kehidupan
seharian. Manakala protokol majlis-majlis
rasmi adalah sistem, cara, peraturan
dan adat yang perlu diamalkan dan
dipraktikan dalam memastikan kelancaran
majlis. Pengetahuan seseorang pegawai/
kakitangan mengenai protokol adalah
penting supaya tidak berlaku kesilapan
dalam
panggilan
hormat,
susunan
keutamaan,
tempat
duduk
dan
sebagainya.
Satu sesi praktikal, jamuan makan
malam dengan menu Western telah
berjaya
mempertingkatkan
kesedaran
semua peserta akan majlis dan budaya
Eropah. Kemuncak kursus itu majlis
penyampaian Sijil yang telah di sampaikan
oleh Cik Harisah Mohd Ahwan, Timbalan
Pengarah Seksyen Sumber Manusia BKP.❚
Sekitar aktiviti
Kursus The Do’s & Dont’s
Buletin Bergambar ICU JPM | MEI - JUN 2009
Program
Qfncbohvobo
Rampaian!Peristiwa
Tan Sri KP Bersama Media (The Star) Mengenai SPPII
8 Mei 200 9
Program Temuduga Pengurus Projek Program Pembasmian Kemiskinan
11 Mei 200 9
13
Rampaian Peristiwa
14
Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam 2009
14 Mei 200 9
Ekspo Kerjaya & Usahawan 2009 di PWTC
15 Mei 200 9
Buletin Bergambar ICU JPM | MEI - JUN 2009
Buletin Bergambar ICU JPM | MEI - JUN 2009
Pelancaran Go For IT 2009
25 Mei 200 9
Perhimpunan Bulanan JPM Jun 2009
1 Jun 200 9
Program Qfncbohvobo
15
16
Rampaian Peristiwa
Festival Nasyid Peringkat Kementerian
9~10 Jun 200 9
Tan Sri KP Bersama Media (Utusan Malaysia) Mengenai BLESS
26 Jun 200 9
Buletin Bergambar ICU JPM | MEI - JUN 2009
Buletin Bergambar ICU JPM | MEI - JUN 2009
Pembangunan Modal Insan
Kursus Keberkesanan Penulisan Memo,
Surat Rasmi Dan Minit Mesyuarat
Jemaah Menteri
Oleh NOR ASIAH ABDUL HALIM
B
angi, 15 Jun 2009 - Kursus Keberkesanan
Penulisan Memo, Surat Rasmi dan Minit
Mesyuarat Jemaah Menteri telah diadakan
pada 15 – 17 Jun 2009 bertempat di Residence
Hotel, UNITEN Kajang. Kursus ini telah di sertai
oleh seramai 34 orang peserta dan dikendalikan
oleh 2 penceramah dalaman dan 2 penceramah
jemputan.
Aspek-aspek pengenalan kepada Penulisan
Memo, Surat Rasmi dan pendedahan kepada
tatabahasa, laras bahasa dan wacana memo,
dan surat rasmi serta latihan penulisan surat telah
dikendalikan oleh Puan Norsini Husin, Pengarah
Bahagian Sosial.
Slot panduan penyediaan Kertas Jemaah
Menteri telah dikendalikan oleh En. Nor
Azman Mohd Aminuddin dan En. Indra Khairil
Bahari daripada Bahagian Hal Ehwal Kabinet.
Sementara Tatacara Pengurusan Mesyuarat
secara keseluruhannya oleh En. Nik Shafiruddin
Nik Shahar.
Secara keseluruhan kursus ini telah berjaya
membantu pegawai-pegawai baru ICU JPM
dalam penyediaan Memo, Surat Rasmi mengikut
garis panduan yang ditetapkan dalam PKPA dan
keperluan organisasi.❚
Para peserta memberikan tumpuan semasa kursus berlangsung
Para peserta sibuk menyiapkan tugasan kumpulan
Barisan penceramah
jemputan
Majlis Penyampaian
cenderamata kepada
penceramah jemputan
17
Pembangunan Komuniti
18
Buletin Bergambar ICU JPM | MEI - JUN 2009
Program Fiesta Sehati Sejiwa
Oleh AMALINA ABDULLAH
Majlis perasmian oleh Y.Bhg KSU Keselamatan Negeri
P
etaling Jaya, 23 - 24 Mei 2009 - Majlis
Keselamatan Negara Negeri Selangor
bersama-sama beberapa agensi kerajaan
peringkat Negeri Selangor telah mengadakan
satu program yang berkonsepkan integrasi
nasional dan kerjasama strategik yang dinamakan
Program Fiesta Sehati Sejiwa di Padang PJS 4,
Petaling Jaya. Antara agensi-agensi kerajaan
yang terlibat adalah Pejabat Pembangunan
Negeri Selangor (PPNS), Polis Di-Raja Malaysia
(PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM),
Jabatan Penerangan, Jabatan Pelajaran, Majlis
Pembandaran Petaling Jaya (MBPJ), Agensi
Anti Dadah Kebangsaan (AADK), KEMAS, RELA,
Persatuan St. John Ambulans, Jabatan Kesihatan
dan pelbagai lagi agensi kerajaan telah turut
serta dalam menjayakan program ini.
Program ini merupakan program berbentuk
Karnival Rakyat yang mana ianya bertujuan
mendekatkan masyarakat setempat dengan
agensi-agensi kerajaan melalui pelbagai aktiviti
yang disusun. Program Fiesta Sehati Sejiwa ini
telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Tuan Nasirrahman
Hj. Saad Khiruddin, Setiausaha Keselamatan
Negeri, Majlis Keselamatan Negara Negeri
Selangor.
Program ini telah berjaya menarik kunjungan
kira-kira 3000 masyarakat setempat. Sejumlah
1000 para pengunjung bertuah yang datang
awal telah mendapat cenderahati berupa t-shirt.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang
program tersebut berlangsung antaranya
pameran booth oleh agensi kerajaan termasuk
PPN Selangor, kuiz Portal I Cerve U, senamrobik,
pemeriksaan kesihatan, sukaneka, pertandingan
memasak dan gubahan bunga, pertandingan
tarik tali dan sebagainya. Penyertaan daripada
masyarakat setempat terhadap aktiviti-aktiviti
yang dijalankan amat menggalakkan dan geraigerai pameran agensi kerajaan turut mendapat
sambutan baik daripada para pengunjung.
Dalam pada itu, acara cabutan bertuah juga turut
diselitkan sepanjang program berlangsung.
Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan
Program ini berakhir dengan majlis
penyampaian hadiah dan persembahan nyanyian
daripada artis tempatan. Secara keseluruhannya,
Fiesta Sehati Sejiwa ini telah berjaya menarik
kunjungan
masyarakat
setempat
dan
mengeratkan lagi perpaduan di kalangan rakyat
khususnya di daerah Petaling. ❚
Buletin Bergambar ICU JPM | MEI - JUN 2009
Pembangunan Kompetensi
Taklimat Keputusan Ujian Psikologi
Online Indikator Perwatakan Unggul
Oleh ELIANA MAHAT
B
angunan Perdana Putra, Putrajaya, 11 Jun 2009 Selaras dengan usaha-usaha pemantapan
perwatakan unggul bagi semua warga
ICU, satu taklimat mengenai Keputusan Ujian
Psikologi Online Indikator Perwatakan Unggul
Dan Tatatertib telah diadakan. Sesi ini adalah
bertujuan untuk menjelaskan kaedah Ujian
Psikologi Online yang diadakan pada bulan
September 2008 yang lalu untuk mengukur
personaliti, sikap, kecenderungan tingkah laku
yang mempengaruhi peribadi, keibubapaan,
perkahwinan, penyesuaian sosial dan latar
belakang akademik.
Taklimat telah disampaikan oleh Encik Badrul
Hisham Abu Hani dari Bahagian Pengurusan
Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam. Secara
amnya, ujian psikologi ini digunakan dalam
proses kaunseling dan ia merupakan satu
penyelidikan berdasarkan terapi individual dan
kaunseling perkahwinan. Ia dapat membantu
kaunselor membuat penilaian berhubung
kepentingan dan kefungsian trait serta kaitannya
dengan permasalahan atau situasi kaunseling
yang dihadapi. Melalui ujian ini, responden
dikehendaki untuk menjawab sejumlah soalan
yang dinilai oleh responden mengenai diri
masing-masing.
Sekitar sesi
taklimat yang
melibatkan warga
kerja ICU JPM
Terdapat 10 trait yang dinilai berdasarkan
jawapan-jawapan yang diberikan oleh responden
seperti yang berikut:
Trait A : Ketenangan lawan Kebimbangan
Trait B : Keceriaan lawan Kemurungan
Trait C : Hubungan Interpersonal Aktif
Sosial lawan Pasif Sosial
Trait D : Luahan Perasaan lawan
Pendaman Perasaan
Trait E : Bersimpati lawan Kurang Bersimpati
Trait F : Berfikiran Rasional lawan
Berfikiran Emotif
Trait G : Bersikat Asertif lawan
Kebergantungan
Trait H : Toleransi lawan Persengketaan
Trait I : Bersikat Sistematik lawan Spontan
Trait J : Kebolehpercayaan Menjawab
Bagi setiap trait, ia dinilai pada tahap sama
ada tinggi, sederhana atau rendah. Sebagai
contoh, bagi Trait A jika seseorang dikategorikan
dengan skala Ketenangan (tahap tinggi) individu
ini cenderung untuk bersikap tenang dan “cool”
dalam apa jua situasi yang dihadapi, tetapi jika
individu itu memperolehi skala Kebimbangan
(tahap tinggi), individu ini dilihat mudah risau,
terganggu atau tidak memberi tumpuan dengan
apa yang berlaku akibat dari tekanan perasaan
yang dicetuskan oleh faktor-faktor tertentu serta
tidak yakin dengan keupayaan diri.
Contoh lain termasuklah individu itu juga
akan dilihat sebagai peramah dan mudah bergaul
dengan individu lain jika Trait A mendapat skala
Ketenangan (tahap tinggi), Trait B mendapat
skala Keceriaan (tahap tinggi), serta Trait C
mendapat skala Aktif Sosial (tahap tinggi).
Secara keseluruhannya, berdasarkan ujian yang
melibatkan seramai 343 orang warga ICU,
majoritinya didapati mempunyai perwatakan
unggul.❚
19
Pembangunan Kompetensi
20
Buletin Bergambar ICU JPM | MEI - JUN 2009
Taklimat Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan Dan Tatatertib) 1993
Oleh ELIANA MAHAT
P
utrajaya, 11 Jun 2009 - Bagi maksud
pemahaman dan peringatan, satu taklimat
mengenai Tatatertib yang boleh dan
tidak boleh dilakukan penjawat awam telah
disampaikan oleh Encik Makhtar Mustapha,
Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP).
Dalam taklimatnya, yang dihadiri oleh seramai
100 orang beliau mengingatkan warga ICU
supaya pada setiap masa berusaha mematuhi
peraturan
tersebut.
Ini
adalah
kerana
kegagalan mematuhi peraturan yang ditetapkan
akan boleh menyebabkan tindakan tatatertib
diambil terhadap seseorang yang didapati
melanggar peraturan tersebut.
Pengarah BKP sebagai penyampai taklimat
Rasional pewujudan Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993/
P.U.(A) 395/1993 ialah sebagai pembangunan
modal insan minda kelas pertama, memahami dan
menghayati serta membudayakan tatakelakuan
sebagai penjawat awam serta memelihara imej
sektor Perkhidmatan Awam.
Di antara contoh-contoh pelanggaran
tatatertib di kalangan penjawat awam yang
boleh membawa kepada hukuman buang
kerja ialah bersubahat dengan musuh negara,
membocorkan rahsia kerajaan, mengganggotai
pertubuhan yang mengancam keselamatan
negara (anasir-anasir subversif), tidak hadir
bertugas tanpa sebab dan lain-lain lagi.
Warga ICU kusyuk mendengar taklimat
Di akhir taklimat itu juga, Pengarah BKP
turut menasihatkan seluruh warga ICU supaya
membina perwatakan unggul di samping
menjalankan tugas dengan penuh amanah dan
berintegriti demi menjaga nama baik negara
amnya dan Perkhidmatan Awam khususnya.❚
Antara warga kerja ICU JPM yang hadir
Buletin Bergambar ICU JPM | MEI - JUN 2009
Pembangunan Kompetensi
Kursus Non-Linear Editing
Oleh AHMAD SHAFIQ MIRZA MANSOR
K
uantan, 12-16 Jun 2009 - Satu kursus yang
khusus dalam aspek penyuntingan video
atau bahan digital yang diberi nama NonLinear Editing telah berlangsung di Duta Village
Beach Resort, Kuantan, Pahang. Kursus ini
dihadiri seramai dua puluh dua (22) orang
pegawai dari ibu Pejabat, PPN dan PERDA.
Warga ICU mendengar penerangan oleh pegawai FINAS
Modul kursus dimulakan dengan lawatan
pendedahan ke studio FINAS, bagi melihat
operasi dan peralatan penyuntingan audio dan
video digital yang telah diiktiraf di peringkat
antarabangsa sebelum meneruskan sesi pembelajaran di Kuantan, Pahang. Peserta kursus
didedahkan dengan prinsip dan kaedah
penyuntingan bagi memastikan mesej sesuatu
produksi disampaikan dengan jelas dan menarik.
Perjalanan kursus ini adalah secara “Hands On”
di mana peserta dibahagikan kepada empat (4)
kumpulan untuk melaksanakan tugasan seperti
berikut:
Kumpulan 1
Perusahaan Keropok Lekor dan
Karipap Panas
Kumpulan 2
Aktiviti Nelayan dan Pasar Segar
Kumpulan 3
Perusahaan Batik dan Pelancongan
Kumpulan 4
Perusahaan Hotel
Hasil tugasan berkumpulan iaitu dokumentari pendek telah dibentangkan semasa majlis
perasmian penutup dan penyampaian sijil oleh
En. Abdul Rahman Ismail, Ketua Penolong
Pengarah, Pejabat Pembangunan Negeri Pahang
yang mewakili Pengarah Pembangunan Negeri
Pahang.
Selain aspek penyuntingan, para peserta
turut didedahkan dengan teknik pengambilan
bahan audio dan video bagi memastikan pakej
produksi yang berkualiti tinggi. Semasa proses
penyediaan, para peserta digalakkan untuk
mencuba pelbagai skop tugasan (multi-tasking)
bagi memastikan setiap peserta mempunyai
pengalaman dalam setiap aktiviti produksi
yang bermula dengan proses pengambaran
sehinggalah ke peringkat pasca produksi.
Secara keseluruhan, kursus ini berjaya
menjana daya kreativiti para peserta yang terdiri
dari pelbagai Skim Perkhidmatan dalam aspek
penyuntingan bahan digital baik dalam bentuk
Linear (mendatar dari satu gambar) dan NonLinear (boleh dipotong, diadun dan ditambahan
baik) daripada pelbagai gambar/rakaman
(footages) liputan.❚
Sekitar program dan aktiviti yang dijalankan sepanjang kursus
Peserta bergambar kenangan
21
Sukan Rekreasi
22
Buletin Bergambar ICU JPM | MEI - JUN 2009
Kejohanan Rowing
Jabatan Perdana Menteri
2009
Oleh SYAMILA BAKAR
P
utrajaya, 20-21 Jun 2009 - Kejohanan
Rowing anjuran Jabatan Perdana Menteri
telah berlangsung dengan meriahnya
bertempat di Kompleks Sukan Air, Presint 6
bermula pada hari Sabtu dan kemuncaknya
adalah pada hari Ahad, 21 Jun 2009. Kejohanan
ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg Tan Sri Dato’
Setia Haji Ambrin Buang, Ketua Audit Negara,
manakala majlis penutup telah disempurnakan
oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd
Yassin, Timbalan Perdana Menteri.
johan bagi kategori empat sepasukan ialah SPRM
(lelaki) dan SPA (wanita).
Secara keseluruhannya, kejohanan ini telah
berjaya meningkatkan semangat kerja sepasukan
sesama ahli pasukan di samping menyatukan
jabatan/agensi di bawah JPM melalui satu aktiviti
kesukanan dan rekreasi. Kejohanan rowing ini
juga didapati telah menarik minat kakitangan
awam ke arah menjalani hidup sihat dan cergas
ke arah peningkatan kualiti kerja.❚
Acara senamrobik mengambil tempat
yang pertama sebelum pertandingan rowing
dimulakan. Selain itu, acara ini diselang-selikan
dengan persembahan oleh penyanyi jemputan,
aksi badut dan kehadiran maskot Upin dan Ipin
yang memeriahkan lagi suasana kejohanan.
ICU JPM turut serta dengan mengemukakan
satu pasukan lelaki dan satu pasukan wanita.
Pasukan lelaki yang mengambil bahagian dalam
acara cox 4, hanya mampu bertahan sehingga
ke peringkat saringan manakala pasukan wanita
yang mengambil bahagian dalam acara cox 8
pula berjaya sehingga ke peringkat suku akhir.
Selain ICU JPM, lain-lain jabatan yang
menyertai kejohanan ini adalah Jabatan
Perkhidmatan Awam, MAMPU, Suruhanjaya
Pilihanraya Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam
Negara. Pasukan JPA menjuarai kategori wanita
dan lelaki untuk lapan sepasukan. Manakala
Sekitar Kejohanan Rowing JPM 2009
Buletin Bergambar ICU JPM | MEI - JUN 2009
Pemantapan Imej Korporat
Kecekapan ICU JPM Dikagumi
Delegasi Asing
Oleh HASNIAH RASHID
P❝
utrajaya, 25 Mei 2009 -
Keberkesanan mekanisme penyelarasan
pelaksanaan program/projek di peringkat
Persekutuan, Negeri, Daerah dan Kerajaan
Tempatan yang diterajui ICU JPM khususnya
dalam memastikan kesemua 28,000 program/
projek utama di bawah RMKe9 berjalan lancar
disifatkan sebagai amat mengkagumkan.
Selain itu penetapan aspek penilaian
outcome sebagai satu komponen dan yang
penting dalam pengurusan pembangunan
negara pula dirumuskan sebagai contoh
amalan terbaik yang wajar diteladani oleh
negara kami
❞
Demikian kata-kata Mr. Wahidullah Waissi,
Director, Afghanistan National Development
Strategy (ANDS).
Mr. Wahidullah yang mengetuai misi
pembelajaran delegasi seramai 10 orang
pegawai kanan ANDS dan UNDP (United Nations
Development Program) ke Malaysia berkata
demikian selepas mendengar taklimat dan
setelah melalui sesi Q & A yang panjang lebar
di ICU JPM. Menurutnya lagi penilaian outcome
walaupun adalah satu fenomena yang baru dalam
kitaran program/projek pembangunan tetapi
melalui contoh-contoh yang telah ditunjukkan
mereka bekeyakinan yang ianya adalah antara
inisiatif terbaik oleh ICU JPM dalam mengukur
pencapaian objektif pelaksanaan sesuatu
program/projek pembangunan.
Para delegasi tertarik mendengar taklimat yang disampaikan
Sesi tersebut yang dipengerusikan oleh
Y. Bhg. Dato’ Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof,
Pengarah Bahagian Khas ICU JPM telah
berlangsung selama lebih 2 jam 30 minit
di mana lebih daripada 15 soalan/pemerhatian
telah dibincangkan secara terperinci. Untuk
rekod ianya adalah sesi Taklimat dan Q & A
yang terpanjang daripada kesemua tujuh sesi
yang diadakan sepanjang tahun 2009 sempena
lawatan delegasi asing ke ICU JPM. Justeru
ianya membayangkan kesungguhan pelawat
untuk mempelajari amalan terbaik Malaysia
dan juga komitmen tinggi ICU JPM dalam usaha
membantu pengurusan pembangunan Negaranegara Dunia Ketiga seperti Negara Afghanistan
yang umum ketahui dalam proses pembangunan
semula.❚
Penyampaian cenderamata oleh pihak ICU kepada wakil delegasi
Para delegasi bergambar kenangan
23
Pemantauan Penilaian
24
Buletin Bergambar ICU JPM | MEI - JUN 2009
Lawatan Tapak Projek PIA
Wilayah Persekutuan Labuan
Oleh SITI MAHFUDZAH ASHAHRIL
L
abuan, 3-5 Mei 2009 - PPNWP Y.Bhg.
Dato’ Hj. Mohd Zaharil Kasim, telah
membuat lawatan kerja ke WP Labuan
untuk mengiringi YB Menteri Wilayah
Persekutuan yang baru, YBM Senator Dato’
Raja Nong Chik Zainal Abidin ke WP Labuan.
Lawatan kerja selama 3 hari ini dipenuhi
dengan lawatan tapak dan kerja undian untuk
Pakej Rangsangan Ekonomi Ke-2 (PRE 2).
Pada 4hb Mei 2009, satu lawatan tapak telah
diadakan ke 3 buah Klinik Desa yang dibaikpulih
dan dinaiktaraf di bawah kelulusan Pakej
Rangsangan Ekonomi yang Pertama (PRE-1).
Klinik-klinik tersebut adalah:
PPNWP berharap dengan adanya kerjakerja pembaikan ini, ianya dapat membantu
Klinik Desa beroperasi dengan lebih lancar di
samping menjamin keselesaan penduduk ketika
mendapatkan rawatan dan perkhidmatan.
■ Klinik Desa Bukit Kallam
■ Klinik Desa Lajau Dan Tanjung Aru
■ Klinik Desa Bebuloh
Klinik-klinik desa yang
dibaikpulih dan dinaiktaraf
K l i n i k klinik Desa (KD)
ini memberikan
perkhidmatan
kepada kira-kira
5,000 hingga 20,000
penduduk dan
telah dibina sejak
tahun 1970-an.
Pembaikan struktur
Y.Bhg. Dato’ Hj. Mohd Zaharil
bangunan asal
Kasim semasa lawatan
amatlah diperlukan
memandangkan struktur lama yang tidak stabil
dan mulai reput. Klinik Desa ini juga mengalami
serangan anai-anai yang teruk. Antara kerja
membaikpulih yang dilaksanakan oleh PPNWP
dengan pemantauan dari Perbadanan Labuan
adalah seperti membaiki gutter yang bocor,
membaikpulih lantai, membesarkan ruang
menunggu yang sempit dan menurap semula
jalan masuk ke Klinik Desa yang telah rosak
dan berlubang.
Ketika lawatan, kerja-kerja pembaikan
Klinik Desa dilaporkan telah melebihi 50%
dalam status pelaksanaan. Perbadanan Labuan
menjangkakan kesemua Klinik Desa akan dapat
disiapkan selewat-lewatnya pada pertengahan
Julai 2009.❚
Buletin Bergambar ICU JPM | MEI - JUN 2009
Pemantauan Penilaian
Lawatan Tapak Bangunan Moot
Serbaguna Universiti Malaya
Oleh SITI RUDZIAH ABDUL KARIM
K
uala Lumpur, 14 Mei 2009 - Pejabat
Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan
(PPNWP) telah mengadakan lawatan
tapak ke Bangunan Moot Serbaguna Fakulti
Undang-Undang, Universiti Malaya bagi
memantau pelaksanaan projek tersebut.
Bangunan Moot Serbaguna Fakulti UndangUndang merupakan salah satu projek di bawah
Universiti Malaya, Kementerian Pengajian
Tinggi. Siling projek ini adalah sebanyak
RM3 juta. Ianya melibatkan pembinaan bangunan
baru. Kontraktor yang bertanggungjawab
terhadap projek ini ialah RYS Enterprise.
Kontraktor mula memasuki tapak pada
6 Oktober 2008 dan dijangka siap pada akhir
tahun ini. Sehingga tarikh lawatan, kemajuan
di tapak adalah sebanyak 30%. Pada peringkat
awal pembinaan wujud masalah berkaitan
cerucuk lama di tapak. Cerucuk-cerucuk itu
terpaksa dikeluarkan terlebih dahulu dan pihak
kontraktor juga terpaksa menambah bilangan
cerucuk daripada 190 point kepada 269 point.
Kerja-kerja cerucuk mengambil masa selama 3
bulan berbanding perancangan awal selama 3
bulan. Kekurangan bahan binaan terutamanya
besi juga telah menjejaskan kemajuan kerja di
tapak pada masa itu. Secara keseluruhannya,
projek ini didapati 6% melewati jadual asal.❚
Sekitar lawatan tapak projek
25
Makluman Perkhidmatan
26
Buletin Bergambar ICU JPM | MEI - JUN 2009
PERTUKARAN MASUK
Mei 09
Kumpulan Pengurusan Dan Profesional
Nama
Jawatan
Dari
Penempatan
Tarikh Kuatkuasa
Jabatan Penyiaran
Malaysia
Seksyen
Perhubungan Awam
04 Mei 2009
Abdull Hadi Bin Mohd Yusoff
Penerbit Rancangan
Gred B44
Rosni Binti Haron
Arkitek
Gred J41
JKR
Kuala Lumpur
PPN Kedah
18 Mei 2009
Hazlin Arini Binti Kamaruddin
Pegawai Tadbir Dan Diplomatik
Gred M41
Lantikan Baru
PPN Kedah
26 Mei 2009
Nor Aida Binti Idrus
Pegawai Tadbir Dan Diplomatik
Gred M41
Lantikan Baru
Keselamatan
26 Mei 2009
Dari
Penempatan
Tarikh Kuatkuasa
Lantikan Baru
PPN Kedah
18 Mei 2009
Jabatan Perangkaan
Malaysia, Putrjaya
JPP Kelantan
31 Mei 2009
Kumpulan Sokongan
Nama
Jawatan
Mohd Azizil B Abd Rahim
Pelukis Pelan
Gred J17
Hapsah Bin Che Ismail
Pembantu Perangkaan
Gred E17
PERTUKARAN DALAMAN
Mei 09
Kumpulan Pengurusan Dan Profesional
Nama
Jawatan
Dari
Penempatan
Tarikh Kuatkuasa
Afiah Binti Sheikh Ismail
PPN Kedah
Bahagian Ekonomi
4 Mei 2009
Mohd Azimin Bin Che Wil
Bahagian Khas
Kursus Diploma
Pengurusan Awam
Di INTAN
18 Mei 2009
26 Mei 2009
Husni Alhan Bin Md Salimun
Bahagian Ekonomi
Aimi Nazirah Binti Abd Razak
BahagianInfrasruktur
Nur Hazirah Binti Abd Razak
Bahagian Penilaian
Tun Noor Adillah Binti
Mohamed Sohami
Hajiawati Binti Tambi
Pegawai Tadbir Dan Diplomatik
Gred M41
Bahagian Penilaian
Bahagian Penilaian
Mohd Kyizzad Bin Mesran
BKP
Aris Bin Abdul Rahman
BKP
Noraisyah Binti Khairuddin
BKP
Normilawati Binti Mohd Yusof
Bahagian Khas
Noor Azam Bin Alias
PPN Sarawak
Bahagian Penilaian
Dari
Penempatan
Tarikh Kuatkuasa
Kumpulan Sokongan
Nama
Jawatan
Nazaruddin Bin Abdul Razad
Juruteknik Awam
Gred J17
PPN Perak
JPP Kelantan
20 Mei 2009
Mohd Fariz Bin Abdul Rahim
Juruteknik Awam
Gred J17
JPP Kelantan
PPN Perak
20 Mei 2009
27
Buletin Bergambar ICU JPM | MEI - JUN 2009
KENAIKAN PANGKAT
Mei 09
Kumpulan Pengurusan Dan Profesional
Nama
Jawatan
BHG/JPP/PPN
Tarikh Kuatkuasa
JPP Kelantan
22 Mei 2009
Datuk Shukry Bin Md Salleh
Gred Utama B
Jasmaliza Bt Haji Jamaludin
Pegawai Tadbir Dan Diplomatik
Gred M48
PPN Kedah
27 Mei 2009
Che Mohd Razali Bin Che Senik
Pegawai Tadbir Dan Diplomatik
Gred M44
PPN Pahang
27 Mei 2009
PERTUKARAN KELUAR
Mei 09
Kumpulan Pengurusan Dan Profesional
Nama
Jawatan
Dari
Penempatan
Tarikh Kuatkuasa
Amir Zakri Bin Mahmad
Mahyidin
Pegawai Tadbir Dan
Diplomatik
Gred M52 (M)
PPN Sabah
MAMPU
16 Mei 2009
Ahmad Suhaimi Bin Jusoh
Pegawai Tadbir Dan
Diplomatik
Gred M48
Bahagian Khas
(Bersandar Perjawatan
PPN Wilayah Persekutuan)
JPA
27 Mei 2009
Mansor Bin Jusoh
Pegawai Tadbir Dan
Diplomatik
Gred M48
PPN Selangor
KPM
16 Mei 2009
Khairani Binti Yasin
Penerbit Rancangan
Gred B44
Seksyen Perhubungan
Awam
Jabatan Penyiaran
Malaysia
04 Mei 2009
Abdul Hakam Bin
Jamaludin
Pegawai Tadbir Dan
Diplomatik
Gred M41
JPP Kelantan
Perletakan Jawatan
01 Mei 2009
Afezal Zain Bin Othman
Pegawai Tadbir Dan
Diplomatik
Gred M41
PPN Wilayah Persekutuan
Letak Jawatan
01 Mei 2009
Ahmad Suqairy Bin Alias
Pegawai Tadbir Dan
Diplomatik
Gred M41
PPN Perak
Kementerian
Pengajian Tinggi
04 Mei 2009
Nor Syahira Binti Bohari
Pegawai Tadbir Dan
Diplomatik
Gred M41
JPP Kelantan
JPA
04 Mei 2009
Dari
Penempatan
Tarikh Kuatkuasa
BTM
Jabatan Akauntan
Negara
14 Mei 2009
PPN Perak
Meninggal Dunia
21 Mei 2009
Kumpulan Sokongan
Nama
Jawatan
Norliza Binti Esa
Penolong Pegawai
Teknologi Maklumat
Gred F32
Nur Suhaily Binti Suhaimi
Pem. Tadbir (P/O)
Gred N17
Makluman Perkhidmatan
28
Buletin Bergambar ICU JPM | MEI - JUN 2009
PERTUKARAN MASUK
Jun 09
Kumpulan Sokongan
Nama
Jawatan
Rining Bin Tambaku
Penolong Pegawai
Perangkaan Gred E32 (M)
Anizah Binti Awang
Penolong Akauntan
Gred W27
Dari
Penempatan
Tarikh Kuatkuasa
Pejabat Operasi
Sandakan, Jabatan
Perangkaan Sabah
PPN Perlis
10 Jun 2009
Lantikan Baru
PPN Sabah
01 Jun 2009
KENAIKAN PANGKAT
Jun 09
Kumpulan Pengurusan Dan Profesional
Nama
Jawatan
Aizal Bin Mazlan
BHG/JPP/PPN
Tarikh Kuatkuasa
PPN Kedah
Tarmizi Bin Ab. Rahman
PPN Selangor
Asuat Bin Ahmad
BPPBP
Intan Safina Binti Sanusi
Pegawai Tadbir Dan Diplomatik
Gred M48
Mariza Binti Abd Majid @ Aziz
Mohd Syaifulrizal Bin Abu Bakar
PPN Johor
22 Jun 2009
PPN Kedah
PPN Negeri Sembilan
Nik Shafiruddin Bin Nik Shahar Shah
Bahagian Khas
Noramiza Binti Ahmad
PPN Sabah
Kumpulan Sokongan
Nama
Jawatan
BHG/JPP/PPN
Che Abdul Aziz Bin Abdul Razal
Pem. Tadbir Gred N22
JPP Kelantan
Wan Shukri Bin Wan Omar
Pem. Tadbir Gred N22
JPP Kelantan
Tarikh Kuatkuasa
26 Jun 009
PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI
Bagi tempoh Mei-Jun 2009, seramai 36 orang telah dilantik secara kontrak di bawah Pakej Rangsangan
Ekonomi untuk tempoh selama 1 tahun 6 bulan dan penjawatan Skim Perkhidmatan Singkat seperti berikut :Pegawai Tadbir N41
4 orang
Penolong Pegawai Tadbir N27
8 orang
Pembantu Tadbir N17
18 orang
Pembantu Tadbir (Kewangan) N17
6 orang
Pengambilan adalah selaras dengan Teras 1 Pakej tersebut yang bertujuan
untuk mengurangkan penggangguran dan menambah peluang pekerjaan.
Diterbitkan/Dicetak:
Seksyen Perhubungan Awam, Bahagian Khidmat Pengurusan,
Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri,
Bangunan Perdana Putra, 62250 Putrajaya.
Tel : 03 8888 1957
Fax : 03 8888 3528 (Am) / 3217 (SPA)
www.icu.gov.my