Tokoh dan jejak pewaris 1

Comments

Transcription

Tokoh dan jejak pewaris 1
KHOO KEAN CHOON
BIODATA
En Khoo Kean Choon dilahirkan
pada 19 April 1942 di Pulau Pinang
sewaktu pihak Jepun dan pesawat
pengebom bersekutu berkejaran di
awangan, sebagaimana diberitahu
oleh ibu beliau. Khoo mendapat
pendidikan awal di sekolah rendah
dan sekolah menengah di Pulau
Pinang dan sekolah terakhir
Khoo ialah Penang Free School.
Selepas itu, Khoo menyambung
pengajian di Universiti Malaya,
Kuala Lumpur. Memandangkan ini
kali pertama Khoo berjauhan dari
rumah dan keluarga, sikap seperti
katak di bawah tempurung terpaksa
Mr Khoo atau kadang-kadang dipanggil
ditinggalkannya bermula pada
Abang Khoo
waktu itu. Setelah menamatkan
pengajian di peringkat Diploma,
Khoo menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sains. Dalam tempoh
tersebut, Khoo berada dalam dilema apabila ditawarkan satu jawatan
yang menarik—sebagai guru di tempat kelahiran beliau dan pada masa
yang sama, ditawarkan jawatan sebagai Pembantu Ahli Kimia di Institut
Penyelidikan Perhutanan (FRI).
Khoo dikenali dengan pelbagai nama, bermula daripada panggilan formal
seperti En Khoo atau Mr Khoo sehinggalah kepada panggilan tidak formal
seperti Abang Khoo atau Brother Khoo, ataupun Khoo sahaja daripada
rakan-rakan sejawat dan teman-teman rapat. Khoo kemudian dipanggil
dengan panggilan Uncle Khoo oleh anak-anak muda seiring dengan
pertambahan usia beliau ketika itu. Walau apapun panggilan yang diberi,
beliau ialah Khoo, seorang ahli entomologi yang berkhidmat di FRIM.
Keluarga menasihati beliau memilih pekerjaan sebagai seorang guru
daripada berada di Kepong yang dahulunya dikenali sebagai ‘Pekan
Koboi’ dengan kadar jenayah yang tinggi. Ini ditambah pula dengan
kedudukan institusi FRI yang dianggap sebagai sebuah hutan dan pada
ketika itu dilihat tidak mempunyai kepentingan langsung. Sebenarnya FRI
190
pada masa dahulu tidak terletak di dalam hutan tetapi lebih cenderung
sebagai taman persekitaran. Dengan faktor itu, Khoo membuat keputusan
untuk memilih berkhidmat di FRI, sekaligus mengatasi perasaan waswas yang wujud di dalam dirinya. Faktor yang mempengaruhi Khoo ialah
ketuanya, Encik Peh Teik Bein (Pengarah Bahagian Kimia pada ketika
itu), yang sangat menyayangi Khoo dan menjaganya seperti ahli keluarga
sendiri. Khoo turut rapat dan diterima oleh ahli keluarga Peh.
PERKHIDMATAN
Khoo mula berkhidmat dengan FRI sebagai Penolong Ahli Kimia pada 21
Januari 1967. Pada tahun 1970 hingga 1972 Khoo telah menyertai latihan
Teknologi Kertas dan Pulpa di Jerman. Pada 15 Januari 1979 Khoo dilantik
sebagai Pegawai Penyelidik Tingkatan Biasa (A-20). Khoo kemudiannya
diberi kelulusan bercuti sambil belajar di Jepun sebagai Hadiah Latihan
untuk mengikuti kursus ”Counterpart Training-Forest Products Research”
iaitu satu projek di bawah Rancangan Jepun dengan Rancangan Colombo
mulai 25 Mac –1 Julai 1986. Sekembalinya dari Jepun Khoo dinaikkan
pangkat pada 1 Ogos 1986 ke jawatan Pegawai Penyelidik Tingkatan
Kanan (A-11). Pada tahun 1988 Khoo telah menghadiri kursus ”trainingcum-research” selama empat bulan di Jerman.
Di sepanjang perkhidmatannya di Bahagian Kimia, Khoo pernah dilantik
sebagai Ketua Projek ”Utilization of Oil Palm Trunks and Fronds” bermula
1 April 1991. Pada 29 April–12 Mei 1991 Khoo menghadiri kursus ”Appita
Annual General Conference and Exhibition” di Australia. Khoo juga
pernah menanggung kerja sebagai Pengarah Bahagian Kimia mulai
12 Jun–20 Julai 1991. Pada 21 April 1997 jawatan Khoo telah dinaik
taraf sebagai Pegawai Penyelidik Gred Q2. Pada Februari 1993 Khoo
dilantik sebagai editor sepenuh masa di FRIM dan juga sebagai Ketua
Unit Penerbitan. Khoo bersara wajib pada Januari 1997. Bermula
Januari 1997–Disember 1999 perkhidmatan Khoo selaku editor Journal
of Tropical Forest Science telah disambung secara kontrak di Unit
Penerbitan FRIM. Kini, Khoo menumpukan khidmat sebagai editor bebas
kepada para saintis khususnya penuntut-penuntut peringkat Sarjana
dan Kedoktoran yang memerlukan perkhidmatan beliau dalam urusan
penyediaan tesis pengajian mereka, di samping kerja-kerja penyuntingan
yang lain. Khoo boleh dihubungi di talian telefon 012-9149946.
KHOO SEBAGAI EDITOR
Khoo sangat aktif sebagai editor dalam penerbitan The Journal of Tropical
Forest Science (JTFS). Journal ini mula dilancarkan oleh FRIM pada
191
tahun 1986 yang pada mulanya dibiayai oleh Winrock International, GTZ,
FAO, IDRC dan UNESCO. Diterbitkan empat kali setahun, antara jilid
jurnal yang melibatkan Khoo sebagai editor termasuklah:
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
Vol 1 (1988–89): S Appanah & KC Khoo
Vol 2 (1989–90): S Appanah & KC Khoo
Vol 3 (1990–91): S Appanah & KC Khoo
Vol 4 (1991–92): KC Khoo & Darus A
Vol 5 (1992–93): KC Khoo & Darus A
Vol 6 (1993–94): KC Khoo, Darus Ahmad & Faridah AM
Vol 7 (1994–95): KC Khoo & Faridah AM
Vol 8 (1995–96): KC Khoo & Nik Zanariah NM
Vol 9 (1996–97): KC Khoo & Nik Zanariah NM
Vol 10 (1997–98): KC Khoo & Nik Zanariah NM
Vol 11 (1999): KC Khoo & Nik Zanariah NM
Vol 12 (2000): KC Khoo & Nik Zanariah NM
Vol 13 (2001): KC Khoo, Nik Zanariah NM & Sarifah K.A
Khoo juga menjadi editor bersama bagi The Journal of Tropical Forest
Products yang diterbitkan pada tahun tahun 1995–2003. Jilid-lilid tersebut
ialah:
1
2
3
Vol 1 (1995): KC Khoo & Abdul Rashid AM
Vol 2 (1996–97): KC Khoo, Abdul Rashid AM & Ho YF
Vol 3 (1997): KC Khoo & Ho YF
KENANGAN
Sejak perpindahan ke Kuala Lumpur dan mula bekerja di FRIM bahkan
pada saat persaraan beliau, Khoo telah menjadikan Kuala Lumpur
sebagai rumah keduanya dan menetap di bandar-bandar berdekatan bagi
memudahkannya berulang-alik ke FRIM. Pada masa ini, Khoo menetap
di Sri Damansara dan di Bukit Manjalara dan kedua-dua lokasi tersebut
cukup dekat dengan FRIM. Sehingga ke hari ini, hubungan antara Khoo
dengan institusi masih lagi erat dan masih lagi berhubung dengan bekas
rakan-rakan sejawat yang masih bekerja di FRIM, baik secara rasmi atau
tidak rasmi. Tetapi sayangnya, seiring dengan waktu, wajah-wajah rakan
akrab yang sentiasa terpahat di ingatan telah diganti dengan wajah-wajah
baharu yang meneruskan perjuangan mereka yang telah lama berkhidmat
di institusi, yang lebih mendengar nama Khoo tetapi tidak pernah bersua
muka. Khoo merasakan kunjungannya ke FRIM bagaikan orang asing
kecuali apabila satu atau dua rakan sejawat yang sama-sama berkhidmat
datang bertegur sapa. Namun, ini merupakan satu kitaran semula jadi—
192
golongan senior yang telah lama berkhidmat harus membuka ruang untuk
diberikan kepada golongan yang lebih muda.
Khoo (duduk dua dari kiri) bergambar dengan pegawai dan warga kerja
Makmal Kimia
Khoo (paling kanan), di musim bunga tahun 1988 di Jerman, bersama-sama
Muhammad Deraman dan Koh Mok Poh ketika menjalani kursus Teknologi
Pulpa dan Kertas
193
Khoo Kean Choon (berdiri paling kiri) bersama-sama warga Unit Penerbitan
Khoo, (berdiri, paling kanan) bersama-sama dengan warga kerja Unit
Penerbitan dan kenalan di majlis perpisahan Puan Faridah seorang pegawai
penerangan FRIM
194
Kuarters di Jalan Jelutung ini pernah menjadi tempat tinggal Khoo pada tahuntahun awal beliau berkhidmat di FRI
Berbanding awal Januari 1967 ketika Khoo pertama kali menjejakkan kaki
ke FRIM, institut ini dilihatnya telah berkembang pesat, antaranya bekas
kuarters lama yang terletak di Jalan Jelutung telah diubahsuai menjadi
pejabat baharu (merupakan tempat tinggal Khoo semasa berkhidmat di FRI).
Di sepanjang perkhidmatannya di FRIM, Khoo telah bekerja di bawah
beberapa pucuk pimpinan pentadbiran, pertama di bawah mendiang
En KD Menon dan kemudian di bawah En Ismail Johari dan En Syeikh
Ibrahim. Selepas itu, pentadbiran dikemudi oleh Dato’ Dr Salleh Mohd Nor
(sekarang Tan Sri) yang bertanggungjawab menukar FRI kepada sebuah
badan berkanun. Selepas persaraan Tan Sri Dr Salleh, Khoo berada
di bawah pentadbiran Dato’ Dr Abdul Razak Mohd Ali dan berkhidmat
sebagai Ketua Bahagian Kimia. Ketua Pengarah pada masa ini, Dato’
Dr Abd Latif Mohmod telah mengambil alih pucuk pimpinan sebaik
sahaja Khoo bersara. Meskipun begitu, mereka sudah saling mengenali
sejak Dato’ memegang jawatan sebagai Pegawai Penyelidik di Bengkel
Penyelidikan Buluh.
195
Semasa berkhidmat di FRIM, Khoo telah menjalin persahabatan dengan
ramai rakan sejawat tetapi lama-kelamaan semakin berkurangan dan
telah terputus hubungan dengan rakan-rakan sejawatnya yang lama.
Namun begitu, Khoo masih lagi berhubungan dengan mantan ketuanya
iaitu En Peh Teik Bin yang telah berumur hampir 80 tahun. FRIM
merupakan satu-satunya tempat Khoo pernah berkhidmat dan kerana
itulah dia mengambil keputusan untuk menetap di Kepong.
PESANAN KEPADA WARGA FRIM
Khoo berharap agar FRIM akan terus berkembang pesat dengan kejayaan
setiap pucuk pimpinan melaksanakan visi dengan corak pengurusan
dan pentadbiran masing-masing. Pegawai-pegawai penyelidik muda—
kebanyakannya belum lagi lahir ketika Khoo mula-mula berkhidmat di
FRIM, hendaklah memberikan perhatian yang serius dalam pekerjaan
mereka. Ini merupakan perkara yang baik dengan matlamat yang mereka
juga mempunyai aset yang berguna untuk ditunjukkan kepada generasi
masa hadapan. Berlandaskan kepimpinan yang betul, perkara ini tentunya
bukanlah sesuatu yang sukar untuk dicapai dan FRIM haruslah berbangga
kerana telah berdiri sebaris dengan institusi maju yang lain.
ULASAN KETUA PENGARAH
Gambar kenang-kenangan
bersama-sama Dato’ Dr Abd Latif
ketika menerima Pingat Ahli
Mangku Negara (AMN)
daripada DYMM Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong
196
Saya mengenalinya secara
rapat bermula dari tahun 1993
dan Mr Khoo kerap memanggil
saya sebagai “my little brother”
dan selalu mengatakan bahawa
saya mempunyai jiwa yang lasak
dan berketahanan tinggi. Mr
Khoo banyak membantu dalam
merencana penulisan saya di
dalam pelbagai jurnal khususnya
JTFS; dan kerap membisikkan,
“ you are too fast in work”. Mr
Khoo paling berbangga bila saya
dapat menyempurnakan PhD
selama lima semester secara
separuh masa kerana dia juga
membantu menyunting tesis selain
ayah angkat saya Prof Walter
Liese dari Universiti Hamburg dan
penyelia saya Prof Nik Mohd Majid
dari UPM, serta En Hong Lay Thong dan mendiang N Manokaran. Mr
Khoo juga antara insan yang banyak membimbing saya dalam penulisan
saintifik tanpa mengenal erti kebosanan. Sesungguhnya saya banyak
terhutang budi kepada Mr Khoo. Selain guru sekolah saya Miss Lim dan
Prof Nik Mohd Majid, Mr Khoo juga sering mengingatkan saya tentang
kesempurnaan ayat dalam penulisan dan perbuatan yang memerlukan
penghayatan prinsip “4 W and 1 H”.
Seorang yang lembut, penyabar dan paling bersopan-santun bagi saya,
keunggulan Mr Khoo dalam kerja-kerja penyuntingan sememangnya sukar
ditandingi. Mr Khoo merupakan antara sifu saya dan mungkin juga sifu
Puan Nik Zanariah, Puan Sarifah Kunju Ahmad dan Cik Ho Yuen Foon.
Sangat sukar untuk melihat Mr Khoo marah. Setiap kali ke pejabatnya,
pasti saya dihidangkan air dan kuih sambil terus memberikan nasihatnasihat berguna kepada saya untuk lebih cemerlang dalam kerjaya. Mr
Khoo tidak pernah kedekut dalam mengajar saya dan sampai kini pun, dia
masih begitu.
Bagi saya, Mr Khoo tiada duanya. Jasa dan baktinya kepada FRIM dan
khususnya JTFS adalah sesuatu yang perlu kita kenang, hargai dan
hormati. Dan saya sememangnya kagum kepada ketelitian, kesungguhan
dan kesabaran beliau sebagai seorang warga FRIM dan sebagai seorang
editor.
Hormat saya buat Mr Khoo!!
197