Resepi book-cover-D(Turquoise-E)

Transcription

Resepi book-cover-D(Turquoise-E)
Penerbitan oleh:
Hospital Kuala Lumpur
Resipi Pesakit Ginjal Kronik
Hospital Kuala Lumpur
Idea untuk anda
Buku ini telah diterbitkan dengan sokongan daripada:
Gambar hanyalah untuk tujuan ilustrasi sahaja.
Kata-kata Aluan
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
Penjagaan pemakanan di kalangan pesakit perlu dalam melengkapkan kaedah rawatan komprehensif
untuk mengawal kerosakan ginjal. Kawalan pemakanan merupakan salah satu kaedah penjagaan
penyakit ginjal bagi mengawal komplikasi jangka panjang penyakit.
Sehubungan dengan itu, Buku Resipi Penyakit Ginjal Kronik (CKD) ini diterbitkan untuk individu yang
mengalami CKD dengan tujuan memberi pendedahan serta idea yang bersesuaian dengan keadaan
kesihatan semasa individu di samping dapat meningkatkan tahap kesihatan melalui penjagaan
pemakanan.
Buku ini mengandungi 19 resipi yang diubahsuai khususnya dari segi jumlah protein dan sodium yang
sesuai dan sejajar dengan keperluan individu yang mengalami penyakit ginjal. Selain itu, disertakan
juga nasihat am penjagaan pemakanan dan panduan penggunaan buku ini supaya pengambilan
protein dapat dihadkan kepada 40 – 50g sehari.
Penerbitan buku ini adalah tepat pada masanya dan seiring dengan usaha Kementerian Kesihatan
Malaysia untuk memastikan setiap individu memperolehi maklumat pemakanan dengan mudah dan
tepat.
Saya yakin buku ini dapat memberi panduan kepada individu yang mengalami kerosakan ginjal kronik
dan juga anggota kesihatan yang terlibat dalam penjagaan kesihatan mereka.
Bagi pihak hospital khasnya dan kementerian amnya, saya ingin mengucapkan tahniah dan terima
kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penerbitan buku ini.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENYAYANG, BEKERJA BERPASUKAN DAN PROFESIONALISMA ADALAH
BUDAYA KERJA KITA”
Kata-kata Aluan
Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi–tinggi tahniah di
atas kejayaan semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan siri kedua buku resepi untuk Pesakit
Ginjal Kronik (CKD). Siri pertama yang dikeluarkan sebelum ini adalah khusus untuk pesakit CKD yang
menjalani rawatan Dialisis.
Mengikut kajian prevalen kebangsaan pada tahun 2012, lebih dari 9% penduduk dewasa di Malaysia
mengalami penyakit Ginjal Kronik dari tahap 1 hingga tahap 5. Beberapa faktor risiko telah dikenal
pasti termasuk penyakit Diabetes, Tekanan Darah Tinggi dan peningkatan umur. Kawalan
faktor-faktor risiko serta beberapa langkah lain termasuk penggunaan ubat-ubatan tertentu, berhenti
merokok dan kawalan pemakanan telah dibuktikan penting dan berkesan untuk memperlahankan
tahap kerosakan ginjal seterusnya. Usaha sedemikian mampu mengelakkan seseorang pesakit CKD
yang berada di tahap kurang serius daripada mengalami kegagalan ginjal secara kekal yang akan
mengakibatkan keperluan rawatan dialisis atau transplan ginjal.
Beberapa unsur penting dalam aspek kawalan pemakanan di kalangan pesakit CKD adalah bertujuan
untuk mengurangkan tekanan darah, tahap kolesterol, konsentrasi bahan kumuh di dalam darah dan
kadar kebocoran protein di dalam air kencing. Malangnya, makanan tradisional dan popular di
Malaysia mempunyai tahap kalori, garam dan protein yang tinggi yang boleh membebankan fungsi
ginjal, seterusnya meningkatkan tahap kerosakan ke peringkat yang lebih teruk.
Buku resepi ini berperanan untuk memberi pilihan dan contoh-contoh yang dapat digunapakai oleh
pesakit-pesakit CKD atau ahli keluarga dalam menyediakan masakan yang sesuai dan selamat untuk
pesakit berkenaan. Adalah diharapkan, agar buku ini bukan saja dapat membantu dalam penyediaan
atau pilihan makanan di kalangan pesakit CKD, tetapi ia juga dapat meningkatkan tahap kesedaran di
kalangan pesakit, ahli keluarga dan orang awam perihal pentingnya menjaga kesihatan dan merawat
penyakit dengan berkesan melalui amalan pemakanan yang sihat dan sesuai.
Sekali lagi, tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat di atas usaha gigih dan murni sehingga
terhasilnya buku resepi ini. Semoga ianya dapat menyumbang kepada tahap penjagaan kesihatan
pesakit CKD yang lebih baik di Hospital Kuala Lumpur khususnya dan di seluruh negara amnya.
Datuk Dr Ghazali Bin Ahmad MBBCh Hons, MMed, FRCPI
Dato’ Dr Zaininah Mohd Zain
Pengarah
Hospital Kuala Lumpur
Ketua dan Pakar Perunding Kanan
Jabatan Nefrologi
Hospital Kuala Lumpur. Selaku
Ketua Perkhidmatan Nefrologi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Kata-kata Aluan
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
Terlebih dahulu, jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengarah, Hospital Kuala Lumpur
(HKL) yang merestui penghasilan buku ini yang boleh digunakan sebagai panduan kepada individu
yang mengalami masalah fungsi ginjal.
Amalan pemakanan yang kurang seimbang boleh mengakibatkan kadar pengurangan fungsi ginjal
yang lebih tinggi. Penjagaan pemakanan merupakan salah satu elemen pelengkap rawatan penyakit
di samping pengambilan ubat- ubatan, senaman dan berhenti merokok. Melaluinya, pengambilan
protein, lemak, karbohidrat, kalori dan sodium disesuaikan supaya seiring dengan keperluan individu.
Buku resepi ini disediakan sebagai panduan dengan tujuan:
i. Memastikan kecukupan pengambilan kalori.
ii. Menghadkan pengambilan protein bagi membantu melambatkan kadar kerosakan fungsi ginjal.
iii. Memberi cadangan pengubahsuaian menu masakan bagi mengurangkan pengambilan gula dan
garam.
iv. Memberi maklumat kandungan nutrien terpilih selepas modifikasi menu dilakukan.
Pengenalan
Resepi Untuk Pesakit Ginjal Kronik
Apabila anda disahkan mengalami penyakit ginjal kronik, penjagaan diet adalah sangat penting untuk
dititikberatkan. Saranan diet akan berubah mengikut masa bergantung kepada tahap kerosakan ginjal
anda. Diharapkan dengan berpantang atau menjaga pengambilan makanan, anda akan lebih selesa
dan kadar kemerosotan fungsi buah pinggang anda dapat dilambatkan.
Buku resepi ini dihasilkan untuk memberikan idea kepada pesakit ginjal kronik tentang cara
penyediaan makanan yang bersesuaian. Resepi-resepi yang terpilih, telah diubahsuaikan dari segi
kandungan garam dan protein. Resepi yang terdapat di dalam buku ini boleh dijadikan sebagai
panduan. Apabila anda memahami cara ubahsuai diet ini, maka mudahlah untuk anda mencuba
masakan lain menggunakan konsep yang sama.
Pengubahsuaian yang dilakukan ke atas setiap resepi adalah dari segi jumlah garam dan protein.
Pesakit ginjal kronik disarankan mengecilkan saiz lauk-pauk yang dimakan. Ini adalah disebabkan lauk
mengandungi zat protein, kawalan jumlah protein ini akan membantu mengurangkan beban ke atas
ginjal. Pesakit ginjal kronik sememangnya digalakkan mengambil makanan yang kurang masin.
Susulan itu, penghasilan buku ini penting untuk memastikan satu panduan pemakanan disediakan
bagi membolehkan individu ini membuat pemilihan makanan yang lebih baik. Adalah diharapkan
dengan adanya buku resepi ini, individu ini mendapat manfaat sebaiknya dan menikmati makanan
yang sesuai dengan tahap penyakit.
Bagi pesakit yang berpeluang dan mempunyai kemudahan untuk memasak makanan sendiri di
rumah, ini adalah cara terbaik kerana anda dapat mengawal jenis dan cara masakan. Adalah
digalakkan anda mengambil makanan yang segar berbanding dengan makanan terproses atau
makanan segera.
Penghasilan buku ini melibatkan kerjasama erat anggota Jabatan Dietetik & Sajian, HKL, Jabatan
Nefrologi HKL dan pesakit yang menjalani rawatan susulan di hospital ini. Dengan adanya kerjasama
semua pihak, penghasilan buku ini telah menjadi realiti hasil usaha gigih semua pihak.
Pihak kami cuba mempelbagaikan pilihan menu di dalam buku ini. Resepi ini telah pun diujirasa oleh
sekumpulan doktor dan pesakit di klinik. Semoga buku ini dapat membantu pesakit yang masih keliru
tentang pilihan makanan yang sesuai dengan penyakit ginjal.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung dalam menerbitkan buku resepi ini.
Kami juga menggunakan program khas untuk menganalisakan setiap resepi. Anda akan dapat
mengetahui jumlah kalori, protein, karbohidrat, lemak dan sodium bagi setiap hidangan.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Diharapkan buku ini dapat memberikan manfaat kepada anda dan keluarga yang membantu anda
menyediakan makanan seharian.
“PENYAYANG, BEKERJA BERPASUKAN DAN PROFESIONALISMA ADALAH
BUDAYA KERJA KITA”
Selamat mencuba!
Datin Nor Sharita Mohd Saad
Ridzoni Sulaiman
Ketua Profesion Pegawai Dietetik
Kementerian Kesihatan Malaysia
Pegawai Dietetik
Zon Urologi & Nefrologi
Hospital Kuala Lumpur
Senarai Ahli
Jawatankuasa Kerja
Pakar Perunding Nefrologi terlibat dalam menjayakan buku ini:
Senarai Ahli
Jawatankuasa Kerja
Pembantu Penyediaan Makanan yang terlibat:
Dr Sunita Bavanandan
Pegawai Dietetik terlibat dalam menjayakan buku ini:
Duduk:
Pn Norfadilah bt Hassan
Berdiri dari kiri:
Pn Fatimah bt Termizi, Pn Siti Fatimah bt Mat Zain, Pn Syafila bt Suhaini
Tiada dalam gambar:
Pn Rudiya bt Suidi
Duduk dari kiri:
Cik Khalizah Jamli, Datin Nor Sharita Mohd Saad & Pn Kamariah Nawawi.
Berdiri dari kiri:
Cik Noor Adzha Yusoof, En Mohd Firdaus Nazri Shaharuddin,
En Md Hairil Muzammil Tokijan & Cik Low Phei Keow.
Isi Kandungan 1
Isi Kandungan 2
Penerangan Ringkas
Panduan Penggunaan Buku Ini
Sayuh & Buah
9 -10
Menu Utama
Nasi Goreng Kerabu
13 - 14
Kueh Teow Kantonis
15 - 16
Pasta Goreng
17 - 18
Lasagna Ayam
19 - 20
Soo Hoon Goreng Ala Thai
21 - 22
Idli & Tomato Chutney
23 - 24
Siew Pak Choy Goreng
39 - 40
Kerabu Betik Muda
41 - 42
Salad Campuran
43 - 44
Paceri Nenas
45 - 46
Kuih & Pemanis Mulut
Pau Kari Vegetarian
49 - 50
Skon Tanpa Telur
51 - 52
Sago Gula Melaka
53 - 54
Pulut Mangga
55 - 56
Lauk Pauk
7
Ayam Goreng Oat
27 - 28
Ayam Kung Pao
29 - 30
Lada Benggala Sumbat Ikan
31 - 32
Bebola Ikan Masak Masam Manis
33 - 34
Sambal Tempe & Kentang
35 - 36
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
8
Panduan Penggunaan Buku Ini
Buku ini dihasilkan berdasarkan pengiraan keperluan kalori dan protein serta kawalan pengambilan
sodium secara umum bagi individu berpenyakit kegagalan ginjal kronik.
Resipi-resipi ini dikategorikan berdasarkan waktu hidangan makanan, iaitu sarapan, makan
tengahari dan makan malam serta minum petang. Jumlah kalori dan protein untuk makan
tengahari dan makan malam adalah lebih banyak berbanding sarapan dan minum petang.
Kombinasi set makanan seharian adalah fleksibel. Pilihlah salah satu makanan daripada kategori
sarapan, satu set untuk makan tengahari dan satu set untuk makan malam serta satu daripada
minum petang.
Panduan Penggunaan Buku Ini
C. Minum Petang
i. Pau Kari Vegetarian
ii. Skon Tanpa Telur
iii. Sago Gula Melaka
iv. Pulut Mangga
Contoh kombinasi menu adalah seperti berikut:
Kategori makanan mengikut masa makan:
Masa Makan/
Contoh Menu Sehari
A. Sarapan
Sarapan
i.
ii.
iii.
iv.
Nasi Goreng Kerabu
Kueh Teow Kantonis
Soo Hoon Goreng Ala Thai
Idli & Tomato Chutney
Set B
Nasi Goreng Kerabu
Kueh Teow Kantonis
Lasagna
Epal
Nasi Putih
Sambal Tempe & Kentang
Pajeri Nenas
Betik
Minum Petang
Skon Tanpa Telur
Sago Gula Melaka
Makan Malam
Nasi Putih
Ayam Kung Pao
Ulam Timun
Salad Buah
Nasi Putih
Bebola Ikan Masak Masam Manis
Siew Pak Choy Goreng
Tembikai Susu
Makan Tengahari
B. Makan Tengahari & Makan Malam
a) Set makanan barat
i. Lasagna
ii. Pasta Goreng
b) Set nasi campur
i. Kumpulan lauk (protein)
1. Sambal Tempe & Kentang
2. Ayam Goreng Oat
3. Ayam Kung Pao
4. Lada Benggala Sumbat Ikan
5. Bebola Ikan Masak Masam Manis
Set A
ii. Kumpulan sayur & buah
1. Kerabu Betik Muda
2. Siew Pak Choy Goreng
3. Salad Buah
4. Pajeri Nenas
± Kombinasi ini akan menyumbangkan kalori makanan diantara 1500 hingga 1800 dan protein
kira-kira 40 - 50 g sehari berdasarkan pemilihan makanan yang dibuat.
≠ Untuk makan tengahari dan malam, ianya dimakan bersama 1 ½ cawan nasi putih.
# Buah-buahan juga perlu diambil untuk melengkapkan keperluan nutrien harian.
9
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
10
Menu Utama
11
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
12
Nasi Goreng Kerabu
Menu Utama
(4 hidangan)
Bahan-bahan:
6 sudu makan minyak masak
½ biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji cili padi
Dihiris nipis
½ kuntum bunga kantan
1 batang serai
2 helai limau purut
1 cawan kacang buncis
6 cawan nasi – dimasak dengan pewarna biru
½ sudu teh garam
½ sudu teh lada putih
½ biji timun – dipotong halus
1 cawan kobis – dihiris nipis
Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak.
2. Tumis bawang & cili sehingga naik bau.
3. Masukkan bunga kantan, serai & daun limau purut diikuti kacang buncis.
Kacau sebentar.
4. Masukkan nasi dan gaul rata.
5. Perisakan dengan garam dan lada putih.
6. Hidangkan dengan timun & kobis.
Kandungan Nutrien (1 hidangan)
Kalori (kcal)
343
13
Karbohidrat (g)
47
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
Protein (g)
5
Lemak (g)
15
Sodium (mg)
217
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
14
Menu Utama
Kueh Teow Kantonis
(4 hidangan)
Bahan-bahan A:
3 sudu makan minyak masak
4 cawan kueh teow
3 ulas bawang putih - dicincang
1 ½ ketul ayam bahagian dada - dipotong dadu
2 pokok sawi hijau – dipotong kecil
¾ cawan air
Bahan-bahan B:
3 sudu makan kicap pekat
Bahan-bahan C:
1 biji telur
½ sudu makan tepung jagung
2 sudu makan air
Dibancuh bersama
Cara Penyediaan:
1. Panaskan 2 sudu makan minyak dan gorengkan kueh teow.
Angkat dan ketepikan.
2. Menggunakan kuali yang sama, panaskan 1 sudu makan minyak,
tumis bawang hingga naik bau.
3. Masukkan ayam dan masak seketika.
4. Tambahkan sawi.
5. Masukkan air dan perisakan dengan kicap pekat. Biar mendidih seketika.
6. Masukkan telur dan kacau rata.
7. Masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga kuah
menjadi pekat. Kacau rata.
8. Angkat dan hidangkan ketika masih panas.
Kandungan Nutrien (1 hidangan)
15
Kalori (kcal)
Karbohidrat (g)
Protein (g)
Lemak (g)
Sodium (mg)
285
37
11
10
258
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
16
Menu Utama
Pasta Goreng
(4 hidangan)
Bahan-bahan A: Pasta
1 ½ cawan pasta – direbus selama 10 minit
1 ketul ayam – dicincang
½ cawan air
Bahan-bahan B: BahanTumis:
2 sudu teh minyak
5 biji bawang putih
Dicincang
5 biji bawang merah
4 sudu teh cili kisar
1 tin (250 g) tomato puri
½ sudu teh garam
1 sudu makan gula
2 biji bawang besar
1 biji lada benggala hijau
2 biji tomato
2 sudu makan daun pasli
Dipotong
kiub
Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar, kacau selama 3 minit diikuti tomato puri. Kacau rata.
3. Masukan ketulan ayam, biar hingga ayam agak masak. Tambahkan air.
4. Perisakan dengan garam dan gula.
5. Masukkan bawang besar, lada benggala, dan tomato, kacau sehingga rata.
6. Masukkan pasta, gaul sebati.
7. Taburkan daun pasli.
8. Angkat dan hidangkan.
Kandungan Nutrien (1 hidangan)
Kalori (kcal)
338
17
Karbohidrat (g)
57
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
Protein (g)
14
Lemak (g)
6
Sodium (mg)
398
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
18
Menu Utama
Lasagna Ayam
(4 hidangan)
Bahan-bahan A: Sos Tomato
Bahan-bahan B: Bahan Inti
Dipotong
kiub
2 biji tomato
½ biji bawang besar
2 ulas bawang putih
¼ sudu teh minyak
¼ sudu teh garam
¼ sudu teh gula
2 sudu teh minyak
1 biji bawang besar – dipotong kiub
1 ulas bawang putih – dimayang
1 ketul dada ayam – dikisar
¼ sudu teh garam
¼ sudu teh serbuk kasar lada hitam
Bahan C:
150g lasagna kering – direndam selama 20 minit
Cara Penyediaan Sos Tomato:
1. Panaskan ketuhar pada suhu180° Celsius.
2. Bakar tomato dan bawang selama 20 minit.
3. Keluarkan & kisar dengan sedikit air hingga lumat.
4. Menggunakan kuali, panaskan minyak.
5. Masukkan bahan yang dikisar, garam dan gula.
6. Biarkan mendidih seketika. Ketepikan.
Cara Penyediaan Inti:
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang hingga naik bau.
2. Masukkan ayam & Sos Tomato (Bahan A). Kacau rata hingga masak.
3. Perisakan dengan garam & serbuk lada hitam. Kacau sebati. Ketepikan
Cara Penyediaan Lasagna:
1. Griskan dulang pembakar. Susun kepingan lasagna di dalam bekas.
Masukkan 1/3 bahagian inti.
2. Ulang proses 1 hingga habis dengan menyusun kepingan lasagna di bahagian paling atas.
3. Tutup dulang dengan kepingan aluminum. Bakar selama 15 – 20 minit.
4. Keluarkan untuk dihidang.
Kandungan Nutrien (1 hidangan)
Kalori (kcal)
305
19
Karbohidrat (g)
39
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
Protein (g)
Lemak (g)
Sodium (mg)
12
11
287
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
20
Soo Hoon Goreng Ala Thai
Menu Utama
(4 hidangan)
Bahan-bahan:
2 cawan soo hoon kering – direndam selama 20 minit
2 ketul ayam, bahagian dada – dipotong 4
1 batang lobak merah – dipotong memanjang
2 pokok sawi pak choy – dipotong kecil
1 sudu makan sos cili
½ sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
1 batang serai – diketuk
2 helai daun limau purut – dihiris nipis
½ cawan air
Bahan Tumis:
Bahan Hiasan:
2 sudu makan minyak
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
¼ inci halia
½ sudu makan cili kisar
Dihiris
nipis
Cara Penyediaan:
Sedikit daun bawang
Dihiris
Sedikit daun ketumbar
kasar
Sedikit daun sup
3 biji cili merah – dihiris nipis
½ biji timun – dibuang kulit & dihiris
4 biji limau kasturi
1. Panaskan minyak.
2. Tumiskan bahan tumis hingga naik bau.
3. Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap manis. Kacau rata.
4. Masukkan serai dan daun limau purut.
5. Masukkan isi ayam. Biar seketika.
6. Masukkan lobak merah dan sawi. Masak seketika.
7. Masukkan soo hoon dan kacau rata.
8. Tambahkan 1⁄2 cawan air. Masak hingga soo hoon lembut.
9. Angkat dan bahagikan kepada 4 hidangan.
10. Hiaskan dengan daun bawang, daun ketumbar, daun sup, cili potong dan timun.
11. Perahkan 1 biji limau kasturi.
12. Sedia untuk dihidangkan.
Kandungan Nutrien (1 hidangan)
Kalori (kcal)
280
21
Karbohidrat (g)
46
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
Protein (g)
6
Lemak (g)
Sodium (mg)
8
198
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
22
Idli
Menu Utama
(8 hidangan)
Bahan-bahan:
1 ½ cawan beras
½ cawan kacang ulunthu
Direndam berasingan
selama 5 jam
Cara Penyediaan:
¼ sudu teh yis
¼ sudu teh garam
Sedikit air
1. Kisar kasar beras dengan hanya sedikit air. Ketepikan.
2. Kisar kasar kacang ulunthu dengan hanya sedikit air. Ketepikan.
3. Campurkan semua bahan idli, kacau rata dan perap bancuhan idli semalaman di
tempat yang suam dalam bekas bersaiz 2 kali ganda jumlah bancuhan.
4. Ceduk satu senduk bancuhan ke dalam periuk idli.
5. Kukus selama 20 minit.
6. Keluarkan idli dengan pisau dan hidangkan bersama tomato chutney. Griskan dengan
¼ sudu teh minyak sapi jika perlu untuk mengelakkan idli melekat pada periuk.
Kandungan Nutrien (1 hidangan)
Karbohidrat (g)
Kalori (kcal)
153
Protein (g)
Lemak (g)
Tomato Chutney
33
5
<1
Sodium (mg)
81
(8 hidangan)
Bahan–bahan A: Bahan Tumis
2 sudu teh minyak
1 biji bawang besar - dicincang
½ sudu teh biji sawi
3 tangkai daun kari
Dicincang
2 tangkai biji cili kering
halus
Bahan-bahan:
6 biji tomato – dikisar
¼ sudu teh garam
Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak.
2. Tumis Bahan A hingga naik bau.
3. Masukkan tomato.
4. Reneh dengan api kecil selama
20 minit hingga pekat.
5. Perisakan dengan garam.
6. Makan bersama idli.
Kandungan Nutrien (1 hidangan)
Kalori (kcal)
79
23
Karbohidrat (g)
10
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
Protein (g)
Lemak (g)
3
3
Sodium (mg)
166
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
24
Lauk Pauk
25
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
26
Ayam Goreng Oat
Lauk Pauk
(4 hidangan)
Bahan-bahan:
2 ketul ayam – dipotong 8
1 cawan minyak – untuk menggoreng
Bahan A: Bahan Perap
½ sudu makan serbuk kari
½ sudu teh serbuk kunyit
¼ sudu teh lada sulah
¼ sudu teh garam
Digaul sebati
Bahan B: Bahan Salutan
1 biji telur
1 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan oat
Cara Penyediaan:
1. Perapkan ayam dengan bahan A selama 30 minit.
2. Tuangkan telur ke dalam ayam dan gaul rata. Taburkan tepung jagung
dan gaul rata.
3. Golekkan ketulan ayam dengan oat.
4. Goreng sehingga garing.
Kandungan Nutrien (1 Hidangan – 2 potong kecil)
Kalori (kcal)
167
27
Karbohidrat (g)
8
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
Protein (g)
Lemak (g)
10
10
Sodium (mg)
177
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
28
Ayam Kung Pao
Lauk Pauk
(4 hidangan)
Bahan A: Bahan Perap
½ cawan minyak
Diperap bersama
2 ketul ayam – dipotong 8
selama 30 minit
1 sudu teh sos tiram
2 sudu teh tepung jagung
3 sudu makan gajus - dipanggang
½ biji lada benggala merah
Dihiris
memanjang
½ biji lada benggala hijau
Bahan C: Bahan Sos
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu teh kicap manis
1 sudu teh sos cili bawang putih
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Bahan A: Bahan Tumis
2 sudu makan minyak
Dicampur
bersama
2 sudu makan minyak bijan
2 ulas bawang putih
Dicincang
1 inci halia
4 tangkai cili kering
Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak. Goreng ayam hingga agak kekuningan. Angkat dan toskan.
2. Menggunakan kuali lain, panaskan campuran minyak.
3. Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.
4. Masukkan cili kering, tumis hingga sedikit garing.
5. Masukkan tepung jagung dan kacau rata.
6. Masukkan semua bahan sos lain. Masak hingga sedikit pekat dan naik bau.
7. Masukkan isi ayam dan gaul rata selama 5 minit.
8. Akhir sekali, masukkan gajus dan lada benggala. Kacau rata.
9. Sedia untuk dihidang.
Kandungan Nutrien (1 Hidangan – 2 ketulan kecil)
Kalori (kcal)
265
29
Karbohidrat (g)
13
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
Protein (g)
Lemak (g)
9
20
Sodium (mg)
286
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
30
Lauk Pauk
Lada Benggala Sumbat Ikan
(4 hidangan)
Bahan-bahan:
2 keping ikan tenggiri – diambil isi & diramas
2 biji lada benggala – dipotong dua & dibuang empulur
Bahan A: Bahan Salutan
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
1 inci halia
1 batang saderi
2 sudu teh serbuk lada hitam
¼ sudu teh garam
Dicincang
Bahan B: Bahan Kuah
½ cawan santan cair
Cara Penyediaan:
1. Campur isi ikan dengan bahan A. Gaul sebati.
3. Kaupkan isi ikan ke dalam lada benggala.
4. Masukkan lada benggala ke dalam periuk dan tuang santan ke dalamnya.
5. Reneh selama 10 minit.
6. Angkat dan hidangkan.
Kandungan Nutrien (1 Hidangan)
Kalori (kcal)
130
31
Karbohidrat (g)
5
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
Protein (g)
Lemak (g)
11
7
Sodium (mg)
221
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
32
Bebola Ikan Masak
Masam Manis
Lauk Pauk
(4 hidangan)
Bahan-bahan Bebola Ikan:
2 ketul isi ikan tenggiri
6 sudu makan air sejuk
1 sudu kecil garam
½ sudu kecil serbuk lada sulah
3 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil tepung ubi
¼ sudu kecil soda bikarbonat
Bahan-bahan Sos:
1 sudu makan minyak masak
1 senduk cili kering kisar
1 biji bawang
Dikisar
bersama
3 ulas bawang putih
½ cawan air
2 sudu makan gula perang
½ sudu teh garam
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
1 biji tomato – dipotong kiub
Cara Penyediaan Bebola Ikan:
1. Kisar isi ikan bersama air, garam dan lada sulah hingga lumat.
2. Masukkan tepung jagung, tepung ubi dan soda bikarbonat.
Kisar hingga sebati dan kenyal.
3. Basahkan tangan. Bulat-bulatkan sebatian tadi dalam saiz duit siling 20 sen.
4. Didihkan air, masukkan bebola ikan. Angkat apabila bebola ikan timbul.
Cara Penyediaan Sos:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar sehingga garing.
2. Apabila sudah garing, masukkan air. Biarkan mendidih.
3. Tambahkan gula perang, garam dan sos. Kacau rata.
4. Masukkan bebola ikan dan tomato. Biarkan ia mereneh seketika.
5. Tutup api dan sedia dihidang.
Kandungan Nutrien (1 Hidangan – 4 ketul bebola ikan)
Kalori (kcal)
140
33
Karbohidrat (g)
17
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
Protein (g)
Lemak (g)
7
4.5
Sodium (mg)
384
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
34
Sambal Tempe &Kentang
Lauk Pauk
(4 hidangan)
Bahan-bahan A:
1 cawan minyak masak – untuk menggoreng
3 biji kentang – dipotong memanjang
1 ½ peket tempe (3 inci panjang x 4 inci lebar) – dipotong kecil
Bahan-bahan B: Bahan Tumis
2 sudu makan minyak masak – untuk menumis
15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
Dikisar halus
2 ulas bawang putih
Bahan-bahan C: Bahan Perasa
1 biji limau nipis – diperah jusnya
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak.
2. Goreng kentang dan tempe secara berasingan hingga garing. Ketepikan.
3. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak.
4. Tumis bahan B hingga naik bau.
5. Masukkan jus limau nipis, gula dan garam. Masak seketika.
6. Apabila naik minyak, masukkan kentang dan tempe. Gaul rata.
7. Angkat dan hidangkan.
Kandungan Nutrien (1 Hidangan)
Kalori (kcal)
260
35
Karbohidrat (g)
19
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
Protein (g)
Lemak (g)
7
17
Sodium (mg)
502
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
36
Sayur &Buah
37
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
38
Siew Pak Choy Goreng
Sayur & Buah
(4 hidangan)
Bahan-bahan:
4 batang Siew Pak Choy
1 peket kecil cendawan tiram segar
Bahan A: Bahan Tumis
1 sudu makan minyak masak
4 ulas bawang putih
1 sudu makan sos tiram
4 sudu makan air
Bahan B: Bahan Pemekat
1 sudu makan tepung jagung
3 sudu makan air
Dibancuh bersama
Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan sos tiram dan air.
3. Masukkan cendawan tiram. Masukkan sawi bila cendawan tiram
agak lembut.
4. Masukkan air tepung jagung sedikit demi sedikit, kacau sentiasa
sehingga agak pekat dan sayur sedikit layu.
5. Sedia untuk dihidangkan.
Kandungan Nutrien (1 Hidangan)
Kalori (kcal)
93
39
Karbohidrat (g)
8
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
Protein (g)
Lemak (g)
3
5
Sodium (mg)
310
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
40
Kerabu Betik Muda
Sayur & Buah
(4 hidangan)
Bahan-bahan A:
½ biji betik muda
Dibuang kulit & dihiris memanjang
1 biji mangga muda
2 batang kacang panjang - dihiris nipis
1 biji tomato - dipotong kiub
Bahan-bahan B:
3 biji cili padi
1 biji bawang besar
1 tangkai daun ketumbar
1 kuntum bunga kantan
Dihiris nipis
Bahan-bahan C: Bahan Sos
½ sudu makan sos ikan
1 sudu makan gula
3 biji limau kasturi
Cara Penyediaan:
1. Campurkan Bahan A dengan Bahan B. Gaul rata.
2. Tambahkan Bahan Sos kepada Bahan-bahan A & B. Sebatikan.
3. Sedia untuk dihidangkan.
Kandungan Nutrien (1 Hidangan)
Kalori (kcal)
72
41
Karbohidrat (g)
15
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
Protein (g)
Lemak (g)
2
0
Sodium (mg)
182
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
42
Sayur & Buah
Salad Campuran
(4 hidangan)
Bahan-bahan:
2 biji epal merah
Dibuang sebahagian kulit, dipotong kiub dan
direndam seketika dalam air perahan limau nipis
2 biji epal hijau
4 sudu makan kismis hitam
½ batang lobak merah - disagat
½ cawan sago merah/ hijau/ kuning - dimasak
1 tub kecil yogurt asli rendah lemak
Cara Penyediaan:
1. Campurkan semua bahan.
2. Gaul rata.
3. Sedia untuk dihidangkan.
Kandungan Nutrien (1 Hidangan)
Kalori (kcal)
139
43
Karbohidrat (g)
24
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
Protein (g)
Lemak (g)
1
4
Sodium (mg)
161
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
44
Sayur & Buah
Paceri Nenas
(4 hidangan)
Bahan-bahan:
½ sudu teh serbuk kunyit
½ biji nenas (madu, Morris atau
Sarawak) – Dibelah 4. Dibuang
empulur & hiris setebal ½ inci
1 sudu makan rempah kari ikan
2 sudu teh minyak
½ sudu makan cili kisar
Bahan-bahan A: Bahan Kisar
1 sudu teh pes asam jawa
½ cawan santan cair
2 sudu makan kerisik
2 biji cili merah
Dibelah dua tanpa putus.
Direndamkan ke dalam air
2 biji cili hijau
¼ sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 sudu makan gula perang
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
½ inci halia
1 sudu teh udang kering – direndam selama 15 minit
dan ditoskan
½ inci kunyit hidup
2 biji buah keras – dihiris
Dikisar halus dengan
½ cawan air
Bahan-bahan B: Bahan Tumis
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
Cara Penyediaan:
1. Didihkan air. Masukkan serbuk kunyit & rebus nenas selama 5 minit. Toskan.
2. Campurkan rempah kari dengan bahan kisar hingga menjadi pes rempah. Ketepikan.
3. Panaskan minyak. Tumiskan cili kisar dan bahan tumis hingga naik bau
4. Gunakan api kecil dan kacau selalu. Tambahkan pes asam jawa, kacau rata.
5. Tuangkan santan dan masukkan kerisik, kacau rata dan biarkan hingga mendidih.
6. Masukkan nenas, cili merah dan hijau.
7. Kacau rata hingga kuah menjadi pekat.
8. Perisakan dengan garam dan gula.
9. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.
Kandungan Nutrien (1 Hidangan)
Kalori (kcal)
167
45
Karbohidrat (g)
15
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
Protein (g)
Lemak (g)
2
11
Sodium (mg)
185
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
46
Kuih &
Pemanis Mulut
47
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
48
Kuih &
Pemanis Mulut
Pau Kari Vegetarian
(12 hidangan)
Bahan-bahan Inti
Bahan-bahan Pau
Bahan-bahan A: Bahan tumis
3 sudu makan minyak
½ biji bawang besar
Dicincang
2 ulas bawang putih
1 sudu teh serbuk kari
Bahan-bahan C:
Dibancuh dalam 4 sudu
1 sudu teh yis
makan air suam
½ sudu teh gula
1 ½ cawan tepung pau
½ cawan air suam
Bahan-bahan B:
1 cawan air
1 batang lobak merah
2 biji tomato
Dipotong kiub
½ biji lada benggala merah
1 batang timun jepun – dipotong panjang
½ sudu teh garam
Bahan-bahan D:
½ cawan tepung pau
4 sudu makan gula
1 sudu teh lemak sayur
½ sudu teh double action
baking powder
Cara Penyediaan Inti
1. Panaskan minyak.
2. Tumis bawang dan serbuk kari hingga
naik bau.
3. Masukkan air diikuti lobak merah.
4. Masak hingga lobak merah lembut.
5. Masukkan tomato, lada benggala dan
timun jepun. Masak hingga empuk.
6. Perisakan dengan garam. Ketepikan.
Digaul bersama
Cara Penyediaan Pau
1. Masukkan bancuhan yis ke dalam tepung
pau. Sebatikan.
2. Masukkan air suam sedikit demi sedikit
dan uli tepung hingga kental.
3. Rehatkan doh selama 40 minit.
4. Masukkan campuran bahan D ke dalam
doh sedikit demi sedikit.
5. Uli sehingga sebati.
6. Bahagikan adunan kepada 12 biji dan
dibentukkan menjadi bulat.
7. Gelekkan dengan penggelek.
8. Masukkan 1/12 bahagian inti dan
cantumkan kembali doh.
9. Kukus selama 15 minit dengan api besar.
Kandungan Nutrien (1 Hidangan)
Kalori (kcal)
Karbohidrat (g)
Protein (g)
Lemak (g)
Sodium (mg)
145
24
4
4
121
49
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
50
Kuih &
Pemanis Mulut
Skon Tanpa Telur
(8 hidangan)
Bahan-bahan :
½ cawan marjerin rendah garam
6 sudu makan gula
½ cawan buah-buahan kering
½ sudu teh rempah campuran
¼ sudu teh serbuk buah pala
¼ sudu teh soda bikarbonat
1 ½ cawan tepung naik sendiri
6 sudu makan air panas
3 sudu makan kepingan badam
1 sudu teh marjerin
1 sudu teh tepung gandum
Griskan dulang pembakar dengan
marjerin dan taburkan tepung
Cara Penyediaan:
1. Menggunakan kuali leper dan api kecil, cairkan marjerin bersama gula,
buah-buahan kering, rempah campuran dan serbuk buah pala.
2. Kacau perlahan selama 3 minit.
3. Matikan api dan biar campuran menjadi suam.
4. Tambahkan soda bikarbonat. Kacau rata dan ketepikan.
5. Menggunakan mangkuk, masukkan tepung.
6. Buang lubang di tengah. Memasukkan air suam.
7. Masukkan campuran marjerin. Kacau rata.
8. Masukkan ke dalam dulang pembakar.
9. Tabur kepingan badam.
10. Panaskan oven ke suhu 365° F (185°C).
11. Bakar selama 1 jam 15 minit
12. Biarkan kek menyejuk selama 5 minit di dalam oven sebelum dikeluarkan.
Kandungan Nutrien (1 Hidangan)
Kalori (kcal)
270
51
Karbohidrat (g)
31
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
Protein (g)
Lemak (g)
4
14
Sodium (mg)
63
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
52
Kuih &
Pemanis Mulut
Sagu Gula Melaka
(4 hidangan)
Sagu:
4 cawan air
1 helai daun pandan - disimpul
1 cawan biji sagu – direndam dalam air selama 30 minit & ditoskan.
Bahan Kuah:
½ cawan susu cair
Bahan Manisan:
3 sudu makan gula merah
3 sudu makan gula pasir
1 cawan air
1 helai daun pandan - disimpul
Dicampur bersama
Cara Penyediaan:
1. Didihkan air bersama daun pandan. Tambahkan pewarna jika perlu.
2. Masukkan biji sagu, kacau dan masak hingga sagu bertukar jernih. Tutup api.
3. Toskan sagu dan lalukan dibawah air mengalir untuk membuang kanji.
4. Tuangkan ke dalam acuan. Sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit.
Cara Penyediaan Manisan:
1. Masakkan gula bersama air dan daun pandan hingga gula larut dan pekat.
Tapiskan manisan, jika perlu.
Cara Menghidang:
1. Keluarkan sagu dari acuan.
2. Curahkan manisan dan 3 sudu makan susu cair.
Kandungan Nutrien (1 Hidangan)
Kalori (kcal)
130
53
Karbohidrat (g)
26
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
Protein (g)
Lemak (g)
1.8
2
Sodium (mg)
34
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
54
Kuih &
Pemanis Mulut
Pulut Mangga
(4 hidangan)
Bahan-bahan :
1 cawan beras pulut
5 helai daun pandan
1 ½ cawan santan cair
5 sudu makan gula
½ sudu teh garam
5 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung beras
1 biji mangga
Dicampur bersama
Cara Penyediaan:
1. Masukkan beras pulut dan daun pandan ke dalam loyang.
Tambah air separas pulut.
2. Kukus hingga masak dengan api sederhana. Kacau sekali sekala. Ketepikan.
3. Dalam periuk berasingan panaskan santan dengan api sederhana.
4. Kacau hingga hampir naik minyak.
5. Masukkan 4 sudu makan gula. Kacau hingga larut.
6. Asingkan ¾ cawan santan dan tambahkan baki gula dan ¼ sudu teh garam.
Kacau rata.
7. Tuangkan santan sedikit demi sedikit ke dalam pulut ketika pulut masih panas.
Gaul rata.
9. Panaskan baki santan dengan api sederhana.
10. Tambahkan tepung untuk memekatkan santan.
11. Perisakan dengan ¼ sudu teh garam. Gaul rata.
Cara Menghidang:
1. Makan pulut bersama kuah santan dan hirisan mangga.
Kandungan Nutrien (1 Hidangan)
Kalori (kcal)
400
55
Karbohidrat (g)
50
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
Protein (g)
Lemak (g)
5
19
Sodium (mg)
250
Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014
56
Early intervention with Keto Acid Therapy
for Chronic Kidney Disease (CKD)
FKMY/KETO/0814 002
Find out more at www.diet-in-chronic-kidney-disease.com

Similar documents

Wholesome Meals

Wholesome Meals Anda boleh cuba mengukus, memanggang, membakar, menyalai, membuat stew dan sup serta menumis reneh, adalah pilihan lebih sihat daripada kaedah menggoreng. • Masak pelbagai hidangan makanan yang kur...

More information

AM1103-0030PHCL-YW AirFryer Recipe Book-4-1

AM1103-0030PHCL-YW AirFryer Recipe Book-4-1 Dan jika anda ingin menyerlahkan bakat memasak anda, gunakan AirFryer untuk menyediakan masakan yang lebih hebat seperti tapas, snek dan juga brownie coklat! Dengan AirFryer, masakan enak akan menj...

More information

through - Nutriweb

through - Nutriweb insiden (tekanan darah tinggi. Petua: • Had pengambilan makanan masin dan perenc.ah makanan (seperti kicap dan sos tiram) .

More information

Creative

Creative seharusnya meliputi makanan yang mengandungi lebih karbohidrat kompleks seperti nasi, roti, bijirin dan makanan berasaskan bijirin (6-10 hidangan/sehari) kerana kumpulan makanan ini adalah sumber u...

More information