Program Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik (COPD)

Transcription

Program Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik (COPD)
Laluan Penjagaan Bersepadu
Program Penyakit
Pulmonari Obstruktif
Kronik (COPD)
Buku Panduan Pesakit
Kandungan
Kata Pengantar.......................................................................................... 1
Apakah itu COPD?..................................................................................... 3
Apakah yang menyebabkan COPD?.......................................................... 4
-Merokok .......................................................................................... 4
- Pencemaran udara .......................................................................... 4
- Peranan jangkitan ............................................................................ 5
Bagaimanakah COPD terjadi?.................................................................... 5
Apakah gejala-gejala COPD?...................................................................... 5
Bagaimanakah cara mendiagnosis COPD?................................................ 6
Bagaimanakah saya boleh membantu keadaan saya? ............................... 6
- Berhenti merokok............................................................................. 6
- Dapatkan vaksinasi.......................................................................... 7
- Memahami ubat-ubat COPD anda................................................... 7
- Senaman dan pemakanan yang baik................................................ 8
- Menjimatkan tenaga dan mengawal tekanan.................................... 8
- Mengawal pernafasan...................................................................... 8
- Pemulihan fungsi paru-paru.............................................................. 9
- Terapi oksigen.................................................................................. 9
- Menguruskan serangan akut............................................................ 10
Bagaimana saya boleh merancang lebih awal?........................................... 11
Penjagaan semasa hampir di akhir hayat ................................................... 12
Kata Pengantar
Program Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik (COPD) JurongHealth
adalah yang pertama di Singapura yang mengintegrasikan pelbagai klasifikasi
perkhidmatan bagi pesakit merentasi pelbagai saluran seperti poliklinik,
klinik pengamal perubatan am (GP), hospital akut, hospital masyarakat dan
penjagaan hospis di rumah.
COPD adalah sejenis penyakit yang sangat melemahkan yang sering dialami
sebagai batuk kronik dan sesak nafas. Jika tidak dikesan dan dirawat di
peringkat awal, COPD boleh menjejas mutu kehidupan seseorang dan
menyebabkan kesukaran untuk berjalan jauh, naik tangga dan mengambil
bahagian dalam aktiviti kehidupan harian dan bekerja. COPD boleh menyebabkan
serangan akut atau serangan yang memerlukan seseorang itu dimasukkan ke
hospital dan dalam kes-kes yang teruk, membawa kepada kematian. Dengan
intervensi awal dan pengurusan penyakit yang lebih baik, perkembangan
COPD boleh dilambatkan atau juga dihalang.
1
Di bawah program ini, pesakit COPD JurongHealth meraih manfaat daripada
pendekatan yang bersepadu dan pelbagai disiplin dalam pengurusan
keadaan perubatan mereka. Penyelaras yang berdedikasi bersama
sekumpulan doktor, jururawat, ahli teknologi pernafasan, ahli farmasi,
ahli fisioterapi dan pekerja sosial perubatan akan:
• Melakarkan pelan penjagaan khas bagi setiap pesakit
• Memperkasakan pesakit ke arah pengurusan diri melalui pendidikan
• Memantau perkembangan penyakit pesakit
• Menyelaraskan rujukan dan temujanji pesakit merentasi saluran penjagaan
Melalui kerjasama rapat dengan pesakit di bawah program COPD ini,
JurongHealth berharap supaya dapat meningkatkan jangka hayat pesakit
COPD serta meningkatkan mutu hidup mereka.
Untuk maklumat lanjut tentang program
ini atau untuk mendaftar, sila hubungi kami di
1800-JHS-COPD / 1800-547-2673
Isnin - Jumaat, 8.30pagi - 5.30petang
[email protected]
2
Apakah itu COPD?
COPD adalah singkatan bagi “Pulmonari Obstruktif Kronik”.1
Kronik bermakna penyakit ini tidak akan hilang
Obstruktif bermakna sebahagiannya tersekat
Pulmonari berkaitan dengan paru-paru
Individu yang menghidapi COPD mungkin mempunyai masalah untuk bernafas
atau mengalami batuk yang tidak reda.
Saluran udara yang menyalurkan
udara ke paru-paru akan menjadi
semakin kecil seperti dahan pokok.
Di hujung setiap dahan kecil terdapat
banyak pundi-pundi udara kecil yang
kelihatan seperti belon-belon kecil.
Di dalam tubuh orang yang sihat,
setiap saluran udara adalah terbuka
tanpa sebarang sekatan, dan ini
membolehkan setiap pundi udara
kecil dipenuhi udara, serta udara
dapat dilepaskan dengan cepat.
Bagi pesakit COPD pula, pembukaan
saluran udara adalah lebih kecil dan udara yang masuk tidak mencukupi kerana:
• Dinding saluran udara menebal dan bengkak
• Saluran udara ini dihimpit oleh otot-otot kecil di sekelilingnya
• Saluran udara ini menghasilkan lendir yang keluar apabila anda batuk
Pundi-pundi udara kecil ini tidak dapat dikosongkan dan paru-paru terasa
penuh. Pengurus kes bagi Program COPD boleh membantu anda memahami
masalah yang anda alami dengan paru-paru anda.
1
2
Buku Panduan Pesakit. Inisiatif Global bagi Penyakit Kronik Paru-Paru Obstruktif. 2011.
T.P Ng et al. Perubatan Pernafasan (2009) 103, 895-901
3
Apakah yang menyebabkan COPD?
Kira-kira 8 daripada setiap 100 orang di Singapura menghidapi COPD2. Setakat
ini, merokok merupakan punca utama COPD, tetapi ia bukanlah satu-satunya
punca. Bagi sebilangan kecil orang, punca utamanya adalah kecenderungan
genetik atau pendedahan kepada bahan pencemar alam sekitar.
Merokok
Keradangan sistem pernafasan yang disebabkan oleh merokok mencetuskan
banyak proses tubuh untuk merosakkan saluran udara dan melemahkan tisu
paru-paru. Walaupun tabiat merokok adalah faktor risiko terbesar COPD, asap
rokok juga boleh menyumbang kepada penyakit ini. Walaupun anda bukan
seorang perokok, anda boleh mengalami risiko COPD daripada menyedut
asap rokok isteri atau suami, ibu atau bapa atau perokok yang tinggal bersama
anda atau yang anda meluangkan banyak masa bersama.
Pencemaran udara
Pendedahan yang berpanjangan kepada asap toksik serta asap dan habuk
daripada industri boleh meningkatkan risiko anda mendapatkan COPD.
Punca utama daripada pendedahan harian termasuklah sulfur dioksida (bahan
kimia yang dilepaskan dari ekzos kereta), asap kilang dan asap hitam, yang
mengandungi bahan zarah seperti jelaga (sebahagian daripada pencemaran
udara). Kadmium, bahan kimia yang digunakan di sesetengah kilang, dipercayai
meningkatkan lagi risiko COPD. Di negara-negara membangun, satu punca
utama COPD adalah memasak di ruang yang tidak mendapat pengalihan
udara, di mana asap daripada memasak mengisi udara di dalam rumah.
Walau bagaimanapun, pencemaran udara adalah punca kecil COPD berbanding
dengan merokok.
4
Peranan jangkitan
Bakteria dan virus tidak menyebabkan COPD, tetapi ia boleh membuat
gejalanya menjadi lebih teruk. Pesakit mungkin mengalami serangan apabila
sesak nafas dan batuk meningkat. Serangan seperti ini mungkin disebabkan oleh
jangkitan pernafasan yang tertentu.
Orang yang menghidapi COPD juga lebih berkemungkinan mengalami
jangkitan pernafasan. Doktor mengesyaki bahawa bakteria memainkan
peranan kerana ia biasa terdapat dalam saluran udara orang yang mempunyai
bronkitis kronik. Virus yang menyebabkan selesema dan flu biasa juga boleh
menyebabkan serangan COPD. Sebagai pencegahan, doktor menasihatkan
orang yang mempunyai penyakit paru-paru untuk mendapatkan vaksin selesema
setiap tahun.
Bagaimanakah COPD terjadi?
COPD terjadi secara beransur-ansur kerana perubahan di dalam saluran udara
dan paru-paru berlaku selama bertahun-tahun. Dalam kebanyakan orang yang
berpenyakit ini, masalah berpunca daripada keradangan yang berlaku apabila
perengsa, biasanya asap rokok, merosakkan saluran pernafasan selama
beberapa tahun. Perengsa seperti ini merosakkan saluran udara dan kelenjar
yang bertanggungjawab menghasilkan mukus untuk melincirkan dinding
saluran udara.
Apakah gejala-gejala COPD?
Gejala-gejala yang utama termasuk:
• Sesak nafas
• Batuk yang berterusan
•Berdehit
• Pengeluaran kahak yang meningkat
Beberapa daripada gejala ini sering dikelirukan orang
sebagai tanda meningkatnya usia, kurang cergas tubuh
badan dan menganggapnya sebagai masalah lama.
5
Walau bagaimanapun, sesak nafas adalah tanda
bahawa paru-paru tidak berfungsi dengan betul.
Ramai orang yang hidup dengan sesak nafas dan
tidak menyedari bahawa sesuatu boleh dilakukan
untuk membantu diri mereka.
Bagaimanakah cara
mendiagnosis COPD?
Hubungi pengurus kes atau doktor anda jika anda
mempunyai masalah bernafas atau batuk yang
berterusan selama lebih daripada sebulan. Anda
boleh dirujuk untuk menjalani ujian bagi menilai
pernafasan anda.
Ini mungkin termasuk:
• Ujian pernafasan (juga dikenali sebagai ujian fungsi paru-paru atau spirometri).
Ujian yang mudah dan tidak menyakitkan, anda akan diminta untuk
menghembuskan nafas dengan kuat ke dalam tiub getah yang disambungkan
ke mesin yang dipanggil spirometer.
• X-ray dada yang mungkin diperlukan untuk mengecualikan diagnosis
yang lain.
Apakah yang boleh saya
lakukan untuk membantu
keadaan saya?
Pada masa ini tiada penawar bagi COPD. Walau
bagaimanapun, terdapat ubat-ubatan untuk merawat gejala
dan komplikasi. Perubahan pada gaya hidup boleh memberi
kesan kepada perkembangan keadaan ini secara ketara.
6
Berhenti merokok
Tidak terlambat untuk berhenti. Anda boleh mula merasakan manfaatnya
dalam beberapa hari, tidak kira berapa usia anda atau berapa lama anda sudah
merokok. Berhenti merokok membantu anda kekal sihat dan hidup lebih lama.
Orang yang berhenti merokok sebelum mencapai usia 50 tahun juga dapat
mengurangkan risiko kematian dalam masa 15 tahun akan datang kepada separuh,
berbanding dengan mereka yang terus merokok. Bekas perokok menikmati
mutu hidup yang lebih baik dan kurang mengalami penyakit seperti selesema
dan flu. Mereka juga berasa lebih sihat daripada orang yang terus merokok.
Minta bantuan daripada doktor, ahli farmasi atau pengurus kes anda, kerana mereka
boleh memberikan anda preskripsi pil, gula-gula getah khas, atau pelekat khas untuk
kulit bagi membantu anda berhenti merokok.
Dapatkan vaksinasi
Jangkitan virus atau bakteria, seperti selesema atau radang paru-paru boleh
menjangkiti orang yang menghidapi COPD dengan mudah oleh kerana mereka
lebih mudah mendapat jangkitan berbanding orang yang sihat. Pesakit COPD
disyorkan untuk mendapatkan vaksinasi selesema dan radang paru-paru
setiap tahun jika mereka berusia lebih daripada 65 tahun.
Memahami ubat-ubat COPD anda
Memahami ubat-ubat anda dan mengambilnya secara kerap adalah langkah yang
sangat penting bagi kehidupan lebih baik dengan COPD.
Ubat-ubatan
memperbaiki
pernafasan
anda dan mengurangkan gejala-gejala yang
tidak menyelesakan sekiranya ia diambil
dengan betul. Banyak jenis ubat yang boleh
digunakan untuk merawat COPD.
Jenis-jenis yang paling penting ialah:
•
Bronkodilator,
yang
mencegah
dan
membalikkan otot-otot yang mengetat di sekitar
saluran udara (kekejangan otot pernafasan).
•
Ubat anti-radang, yang mengurangkan
keradangan dan bengkak pada saluran udara.
Jika keradangan dan otot yang mengetat dapat
dikawal, masalah berdehit dan sesak nafas
boleh diperbaiki.
7
• Antibiotik boleh digunakan untuk merawat jangkitan, serangan akut, atau serangan
yang semakin teruk.
Senaman dan pemakanan yang baik
COPD membuat paru-paru dan jantung anda bekerja lebih keras untuk
membawa oksigen ke semua bahagian tubuh anda. Kawal berat badan anda
untuk mengurangkan tekanan pada jantung dan paru-paru dan bincangkan
dengan doktor atau ahli fisioterapi anda untuk melakarkan program senaman
untuk menguatkan otot dada serta memperbaiki pernafasan anda. Senaman
aerobik seperti berjalan kaki dan menunggang basikal juga meningkatkan stamina
atau “daya tahan” anda dan meningkatkan keupayaan anda untuk menjalankan
aktiviti harian. Latihan kekuatan untuk bahagian atas tubuh memberikan
manfaat yang sama.
Kesihatan yang baik adalah mustahil tanpa pemakanan yang betul. Bincangkan
dengan doktor, pengurus kes atau pakar diet anda mengenai cara-cara untuk
merancang dan menyediakan makanan yang sihat. Berat badan yang sihat
adalah sangat penting dalam mengawal COPD. Makan dalam jumlah yang
sedikit sepanjang hari dan elakkan makan tiga kali dalam jumlah yang banyak.
Perut anda terletak di bawah paru-paru anda dan makan dengan banyak
akan menghimpit diafragma anda dan menjadikannya sukar bagi anda untuk
bernafas. Minum air dengan banyak untuk memastikan lendir di dalam saluran
udara anda nipis dan bebas mengalir.
Menjimatkan tenaga dan mengawal tekanan
Kebanyakan orang yang menghidapi COPD perlu melakukan kerja pada
kepantasan yang tidak membebankan diri mereka untuk mengelakkan diri
daripada keletihan di sepanjang hari. Jimatkan tenaga dengan tip-tip praktikal
yang diajarkan oleh profesional penjagaan kesihatan kami. Tip-tip ini akan
membantu anda merasa lebih berupaya tanpa mengalami sesak nafas.
Mengawal pernafasan
Teknik pursed-lip breathing di mana anda bernafas melalui hidung, kemudian
secara perlahan-lahan menghembus nafas keluar melalui bibir yang tidak
dibuka sepenuhnya, boleh membantu anda rehat dan menolak lebih banyak
oksigen ke dalam paru-paru anda untuk mencegah sesak nafas. Amalkan teknik
8
pernafasan ini sehingga ia berkesan untuk anda. Ahli fisioterapi anda boleh
memberikan nasihat tentang senaman nafas ini.
Pemulihan fungsi paru-paru
Pemulihan fungsi paru-paru bertujuan untuk membantu anda mengawal atau
mengurangkan sesak nafas. Ia mengembalikan semula keadaan tubuh anda
supaya anda berasa kurang sesak nafas. Dengan senaman dan pendidikan,
orang yang menghidapi COPD boleh mengurangkan pergantungan mereka
pada ubat-ubatan, kurang dimasukkan ke hospital, menikmati mutu hidup
yang lebih baik, dan meningkatkan jangka hayat.
Doktor dan ahli fisioterapi anda akan melakarkan satu program pemulihan
yang sesuai untuk anda, yang mungkin merangkumi latihan fizikal, pendidikan
tentang penyakit, serta intervensi pemakanan sihat, psikologi dan tingkah laku.
Dengan menghadiri kelas-kelas pemulihan fungsi paru-paru, anda akan
memperoleh pengetahuan mengenai apakah yang tidak kena dengan
paru-paru anda, apakah fungsi ubat-ubat anda, bilakah masanya untuk
menghubungi penyedia penjagaan kesihatan anda, dan bagaimanakah untuk
mengelakkan diri anda daripada dimasukkan ke
hospital. Semasa sesi-sesi berkumpulan, anda juga
boleh bertemu dengan pesakit lain dalam perjalanan
ini untuk berkongsi keprihatinan dan cara-cara untuk
hidup dengan lebih baik dengan COPD.
Terapi oksigen
Jika penyakit anda menjadi lebih teruk dan paruparu anda tidak dapat membekalkan oksigen yang
mencukupi untuk memenuhi keperluan tubuh anda,
doktor anda boleh memberikan anda preskripsi bagi
terapi oksigen di rumah. Pesakit yang memerlukan
bantuan untuk tempoh yang singkat daripada sesak
nafas diberikan preskripsi silinder oksigen. Penumpu
oksigen akan dicadangkan bagi pesakit yang mendapat
manfaat daripada oksigen untuk tempoh yang lebih lama
setiap hari, walaupun ketika mereka sedang tidur. Penumpu oksigen adalah cara
yang mudah untuk membekalkan sumber oksigen yang tetap kepada pesakit.
9
Oksigen yang terlalu sedikit dalam darah adalah satu keadaan yang dikenali
sebagai hipoksemia. Gejala-gejalanya termasuk mengantuk, sakit kepala di
pagi hari, cepat marah, kurang daya tumpuan, sesak nafas yang semakin teruk,
dan pengekalan cecair badan. Tahap oksigen yang rendah juga menambahkan
tekanan pada jantung, menyebabkannya kurang efisyen semasa mengepam.
Ramai orang cuba untuk tidak menggunakan oksigen kerana bimbang
mereka akan menjadi terlalu bergantung padanya.
Walau bagaimanapun, terapi oksigen sebenarnya meningkatkan tenaga dan
pernafasan anda untuk membantu anda meraih mutu hidup yang lebih baik.
Ia memperbaiki pertukaran oksigen di dalam tubuh anda dan mencegah
komplikasi COPD yang tertentu. Gunakan oksigen seperti yang diarahkan
atau tanyakan kepada doktor atau pengurus kes anda tentang tempoh
untuk menggunakannya.
Menguruskan serangan akut
Serangan akut bermakna gejala yang semakin teruk/serangan teruk, yang
biasanya disebabkan oleh jangkitan. Punca serangan tidak selalu diketahui,
tetapi orang yang menghidapi COPD biasanya mengalami jangkitan berulang.
Elakkan jangkitan atau mengesannya di peringkat awal dengan mengenali
gejala-gejala anda.
Tanda-tanda serangan akut:
•Perubahan pada warna dan jumlah
lendir anda
•Lebih banyak lendir atau kesukaran
mengeluarkan lendir dari paru-paru anda
•Batuk yang
yang kerap
lebih
teruk
atau
batuk
• Gejala selesema atau flu, seperti hidung
berair, sakit tekak, rasa sengal, menggigil,
demam, atau rasa seperti hendak demam
•Sesak nafas yang meningkat apbila
melakukan aktiviti ataupun semasa berehat
• Berdehit atau bunyi bersiul di dada
10
Adalah sangat penting untuk mengenali gejala di peringkat awal bagi
mengelakkan serangan yang teruk atau dimasukkan ke hospital. Sertai pelan
rawatan bersama doktor atau pengurus kes anda supaya dapat mengawal
penyakit anda.
• Ikuti preskripsi doktor anda dengan teliti dan habiskan antibiotik walaupun
anda sudah mula merasa lebih sihat
• Gunakan ubat batuk untuk mengeluarkan lebih banyak lendir
• Bincangkan dengan doktor anda mengenai terapi oksigen. Ia mungkin
perlu diubah
• Ambil ubat-ubatan lain, seperti steroid dan bronkodilator semasa serangan
akut walaupun anda biasanya tidak berbuat demikian
Bagaimana saya boleh merancang
lebih awal?
Merancang untuk keadaan di akhir hayat adalah perlu jika anda menghidapi
COPD peringkat lanjut. Bincangkan keprihatinan anda dengan doktor, pengurus
kes atau pekerja sosial perubatan anda, dan libatkan keluarga anda untuk
memastikan bahawa keinginan anda dihormati walaupun anda terlalu sakit
untuk mengkomunikasikannya.
11
Penjagaan semasa hampir di akhir hayat
Didapati bahawa mutu penjagaan di akhir hayat bagi pesakit COPD menjadi
lebih teruk berbanding dengan pesakit yang hidup dengan penyakit lain.
Pesakit COPD mempunyai kawalan gejala yang kurang baik, menghabiskan
lebih banyak masa secara progresif di hospital menjelang akhir hidup mereka
dan lebih berkemungkinan mati di hospital. Perkara utama tentang penjagaan
akhir hayat bagi pesakit COPD melibatkan persediaan untuk proses kematian,
serta menentukan pilihan intervensi semasa fasa akhir kehidupan.
Bincangkan dengan doktor, pengurus kes atau profesional penjagaan kesihatan
anda untuk mengetahui lebih lanjut.
Ingat:
Doktor tidak boleh menyembuhkan COPD, tetapi mereka boleh membantu
memperbaiki gejala yang anda alami dan melambatkan kerosakan kepada
paru-paru anda.
Apabila anda mengikuti arahan doktor dan profesional penjagaan kesihatan anda,
• Anda akan mengalami kurang sesak nafas
• Anda kurang mengalami batuk
• Anda menjadi lebih kuat dan sembuh lebih cepat
• Anda akan berasa lebih ceria
12
Nota-Nota:
13
For more information
1 Jurong East St 21,
Singapore 609606
General enquiries: 6716 2000 Fax: 6716 5500
www.ntfgh.com.sg
Jurong Medical Centre
60 Jurong West Central 3,
Singapore 648346
General enquiries: 6716 2000 Fax: 6551 7999
www.jmc.com.sg
Clinical and appointment line hours
(closed on Sundays and public holidays)
Clinical and appointment line hours
(closed on Sundays and public holidays)
For appointments, please call 6716 2222
Monday - Friday 8.00am - 5.30pm,
Saturday 8.00am - 12.30pm
For appointments, please call 6716 2222
Monday - Friday 8.00am - 5.30pm,
Saturday 8.00am - 12.30pm
For dental appointments, please call 6716 2233
Monday - Thursday 8.00am - 5.30pm,
Friday 8.00am - 5.00pm
For dental appointments, please call 6716 2233
Monday - Thursday 8.00am - 5.30pm,
Friday 8.00am - 5.00pm
Getting there
Getting there
By train
By train
Jurong East MRT Station
Boon Lay MRT Station
By bus
By bus
From Jurong East Bus Interchange
SBS 49, 51, 52, 66, 78, 79, 97, 97e, 98,
98M, 105, 143, 143M, 160, 183, 197,
333, 334, 335, 506
SBS 30, 79, 154, 157, 174, 179, 181,
182, 192, 193, 194, 198, 199, 240, 241,
242, 243 W/G, 246, 249, 251, 252, 254,
255, 257, 405
SMRT 172, 178, 180, 187
Along Boon Lay Way
SBS 99, Private bus service 625
Disclaimer:
The information in this brochure is meant for educational purposes and should not be used as
substitute for medical diagnosis or treatment. Please seek your doctor’s advice before starting any
treatment or if you have any questions related to your health, physical fitness or medical condition.
Copyright © JurongHealth B M 022-13 May 2013
Updated June 2015
Ng Teng Fong General Hospital and
Jurong Community Hospital