i PENGURUSAN PROJEK DI DALAM PEMANTAUAN

Transcription

i PENGURUSAN PROJEK DI DALAM PEMANTAUAN
i
PENGURUSAN PROJEK DI DALAM PEMANTAUAN PENJADUALAN KERJA
KAJIAN KES PROJEK PEMBINAAN DI PUSAT TEKNOLOGI UTM
MUHAMMAD ADAM BIN ABD KADIR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16i(Pind. 1/07)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
DECLARATION OF THESIS / UNDERGRADUATE PROJECT PAPER AND COPYRIGHT
Author’s full name :
MUHAMMAD ADAM BIN ABD KADIR
Date of birth
3 MAC 1986
Title
:
: bahawa
PENGURUSAN
PROJEK
DIDALAM
PEMANTAUAN
“Saya akui
saya telah
membaca
karya
ini dan padaPENJADUALAN
pandangan KERJA
KAJIAN KES PROJEK PEMBINAAN DI PUSAT TEKNOLOGI UTM
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
Academic Session :
2009 / 2010
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam”
I declare that this thesis is classified as:
CONFIDENTIAL
(Contains confidential information under the Official Secret
Act 1972)*
Tandatangan (Contains
: ......................................
RESTRICTED
restricted information as specified by the
research
was done)*
Nama Penyeliaorganization
: IR. where
AZHAR
AHMAD

OPEN ACCESS
Tarikh
I agree :that
thesis
to be published as online open
15 my
APRIL
2010
access (full text)
I acknowledged that Universiti Teknologi Malaysia reserves the right as follows:
1. The thesis is the property of Universiti Teknologi Malaysia.
2. The Library of Universiti Teknologi Malaysia has the right to make copies for the
purpose of research only.
3. The Library has the right to make copies of the thesis for academic exchange.
Certified by :
SIGNATURE
860303-56-6061
(NEW IC NO. /PASSPORT NO.)
Date : 19 APRIL 2010
NOTES :
*
SIGNATURE OF SUPERVISOR
IR. AZHAR AHMAD
NAME OF SUPERVISOR
Date : 19 APRIL 2010
If the thesis is CONFIDENTAL or RESTRICTED, please attach with the letter from
the organization with period and reasons for confidentiality or restriction.
i
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam”
Tandatangan
: ......................................
Nama Penyelia
: Ir. Azhar Ahmad
Tarikh
: 19 April 2010
i
PENGURUSAN PROJEK DI DALAM PEMANTAUAN PENJADUALAN KERJA
KAJIAN KES PROJEK PEMBINAAN DI PUSAT TEKNOLOGI UTM
MUHAMMAD ADAM BIN ABD KADIR
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam
Fakulti Kejuruteraan Awam
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2010
ii
PENGAKUAN
Saya akui bahawa karya yang bertajuk “Pengurusan Projek di dalam Pemantauan
Penjadualan Kerja Kajian Kes Projek Pembinaan di Pusat Teknologi UTM” ini
adalah hasil kerja sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah
saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan : …………………………………..
Nama Penulis : Muhammad Adam Bin Abd Kadir
Tarikh
: 18 April 2010
iii
“Teristimewa buat Ayahanda dan Bonda yang tercinta Abd Kadir Bin Ramlee dan
Ramlah Binti Hussain di atas sokongan dan dorongan yang diberikan”
iv
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan izinnya.
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memberi tunjuk ajar
dan bimbingan serta dorongan dan sokongan di dalam melaksanakan kajian ini.
Pertama sekali setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih
diucapkan kepada penyelia projek ini, Ir. Azhar Ahmad di atas kesudian beliau
meluangkan masa di dalam memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta sokongan di
dalam melaksanakan kajian ini.
Tidak lupa juga, ucapan terima kasih kepada pihak kontraktor, Mentega
Resources Sdn. Bhd. dan pihak Perunding Amin di dalam membantu memberi
maklumat serta info yang berkaitan di dalam melancarkan lagi kajian yang
dijalankan.
Seterusnya, ucapan terima kasih juga diucapkan buat seluruh ahli keluarga
dan rakan-rakan yang telah banyak bersabar dan dalam memberi dorongan dan
sokongan serta memahami di atas kesibukan di dalam menyiapkan kajian ini.
v
ABSTRAK
Kelemahan dalam menyediakan penjadualan kerja yang lengkap dan efektif
bagi sesebuah projek boleh menyebabkan berlakunya konflik dan kesukaran dalam
memantau kemajuan sesuatu kerja yang mana masalah-masalah ini boleh membawa
kelewatan kepada projek tersebut. Sikap kebanyakan kontraktor yang suka
mengambil jalan mudah telah memandang hal ini tidak begitu penting dalam
menyediakan jadual kerja yang sempurna telah menyebabkan peratusan projek yang
lewat siap semakin meningkat. Kesedaran yang kurang ini lah yang membawa punca
kepada penggunaan sumber yang berlebihan dan pembaziran hasil negara. Hal dari
itu, maka kajian mengenai penjadualan kerja yang digunakan oleh pihak kontraktor
di buat bagi mengenal pasti kelemahan dan kekurangan yang dilakukan oleh mereka
semasa menyediakan jadual kerja tersebut Dalam kajian ini sebuah projek telah
dipilih dengan mendapatkan jadual kerja bagi projek tersebut dari pihak kontraktor
yang terlibat. Kajian dibuat dengan mengenal pasti kaedah penjadualan kerja yang
digunakan serta pemantauan yang dibuat terhadap jadual kerja tersebut. Setelah itu,
kelemahan dan kekurangan jadual kerja yang disediakan dikenal pasti bagi
mendapatkan penambahbaikan bagi jadual tersebut serta dibuat perbandingan dan
kemungkinan yang berlaku di atas kelemahan dan kesalahan yang dilakukan oleh
pihak kontraktor. Hasil dari kajian ini maka akan dicadangkan satu sistem dalam
menyediakan jadual kerja yang bersepadu bagi menghasilkan jadual kerja yang lebih
efektif dan berkesan.
vi
ABSTRACT
The lack preparation of completed and effective work schedule for the
construction project may occur the conflicts and difficulty in monitoring the
performance of the work and it is also became the problem the work to delay or to
the entire project. The majority attitude of the contractors in Malaysia, they always to
take easy and to look not important in preparations of the work schedule. All of this
attitude will be contributor the increasing of the percentage of the late project and it
is may occur to much using the resources of the construction resources and to cause a
waste of the nation resources. Because of that problem, the study of the work
schedule and the monitoring system that practicing by contractors in construction
project would be conduct to find the weakness and mistaken that producing by
contractors in preparation of the work schedule. For this study, one of the
construction project will be study in their work schedule and monitoring system.
After that, the weakness and mistaken from the work schedule will be find to make
the correction of the work schedule. From the original work scheduled and the
corrected work scheduled, we would plan the system in preparation of the effective
work schedule.
vii
KANDUNGAN
BAB
BAB 1
PERKARA
MUKA SURAT
JUDUL
i
PENGAKUAN
ii
DEDIKASI
iii
PENGHARGAAN
iv
ABSTRAK
v
ABSTRACT
vi
KANDUNGAN
vii
SENARAI JADUAL
xi
SENARAI RAJAH
xii
SENARAI SIMBOL/ SINGKATAN
xiii
SENARAI LAMPIRAN
xiv
PENDAHULUAN
1
1.1
Pengenalan
1
1.2
Kenyataan Masalah
3
1.3
Objektif Kajian
4
1.4
Skop Kajian
5
1.5
Kepentingan Kajian
6
viii
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
7
2.1
Pengenalan
7
2.2
Kepentingan penjadualan kerja
7
2.3
Teknik penjadualan kerja
8
2.3.1
Carta bar
9
2.3.2
Teknik Rangkaian
9
2.3.2.1 Kaedah Laluan Genting
10
(CPM)
2.3.2.2 Teknik Penilaian Dan
11
Penelitian Projek (PERT)
2.4
2.5
Sumber Perancangan Penjadualan Kerja
11
2.4.1
Bahan Binaan
12
2.4.2
Peralatan dan Jentera
12
2.4.3
Tenaga Buruh
13
2.4.4
Aliran Kewangan
13
2.4.5
Masa
14
Pemantauan dan Pengawalan Jadual Kerja
15
Pembinaan
2.5.1
Maklum Balas Dari Perhubungan
15
Langsung
BAB 3
2.5.2
Maklum Balas Dari Fotografi
16
2.5.3
Maklum Balas Dari Carta Bar
16
2.5.4
Maklum Balas Dari Rangkaian
17
METODOLOGI KAJIAN
18
3.1
Pengenalan
18
3.2
Kajian Literatur
18
3.3
Mengkaji Jadual Kerja Dan Kaedah
19
Pemantau Kerja Yang Di Lakukan Oleh
Kontraktor
3.4
Pengumpulan Data
20
3.5
Analisis Data
20
ix
BAB 4
3.6
Pembentangan Keputusan Kajian
21
3.7
Cadangan Sistem Penjadualan Bersepadu
21
ANALISIS KAJIAN
22
4.1
Pengenalan
22
4.2
Analisis Perancangan dalam menyediakan
23
Jadual Kerja
4.3
Analisa Penjadualan Kerja yang
24
disediakan
4.3.1. Kelemahan yang dikenal pasti
31
4.3.2. Jangkaan kesan dari kelemahan
34
jadual kerja yang disediakan
4.4
Penambahbaikan jadual kerja
34
4.5
Analisis dari jadual kerja yang telah dibuat
42
penambahbaikan
4.6
Analisis Kaedah Pemantauan jadual kerja
42
yang dilakukan
4.7
Penambahbaikan kaedah pemantauan
43
penjadualan kerja
4.8
Perbandingan di antara kaedah
45
penjadualan dan pemantauan yang
digunakan dengan penambahbaikan
kaedah penjadualan dan pemantauan yang
dibuat.
4.9
BAB 5
Perbincangan
48
KESIMPULAN
50
5.1
Pengenalan
50
5.2
Kesimpulan
50
x
RUJUKAN
54
LAMPIRAN
56
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL
TAJUK
MUKA SURAT
4.1
Jadual kerja asal
25
4.2
Penambahbaikan jadual kerja
36
4.3
Peratus perbezaan di antara kemajuan yang
48
dirancang dan kemajuan sebenar
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH
4.1
TAJUK
Aktiviti yang tidak dihubungkan kepada mana-
MUKA SURAT
32
mana aktiviti lain
4.2
Aktiviti yang dijalankan pada hari ahad
33
4.3
Contoh Borang Laporan Harian
44
4.4
Gambarajah Lengkung-S (Jadual Asal)
46
4.5
Gambarajah Lengkung-S (Penambahbaikan
47
Jadual)
xiii
SENARAI SIMBOL/ SINGKATAN
UTM
Universiti Teknologi Malaysia
MTDC
Malaysian Technology Development Centre
CPM
Critical path method
PERT
Program Evaluation And Review Technique
M&E
Mechanical and Electrical
C&S
Civil and Structure
BQ
Bill of Quantity
MSB
Main Switch Board
SSB
Sub-switch Board
DB
Distribution Board
xiv
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN
A1
TAJUK
Laporan Kemajuan (Sehingga 18
MUKA SURAT
56
November 2009)
A2
Laporan Kemajuan (Sehingga 9 Disember
64
2009)
A3
Laporan Kemajuan (Sehingga 12 Januari
73
2009)
A4
Laporan Kemajuan (Sehingga 23 Februari
2009)
85
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan
Pengurusan projek adalah untuk menentukan kaedah kerja yang paling sesuai
dan yang menguntungkan dalam membuat perancangan sesuatu projek. Proses
pengurusan projek haruslah merangkumi proses-proses membuat perancangan,
menyusun struktur organisasi kerja, mengawal kerja, membuat ramalan, komunikasi
yang berkesan dan memotivasikan diri dan orang di bawahnya. Walau
bagaimanapun, kejayaan sesuatu perancangan itu bergantung pada kebolehan dan
bakat seseorang dalam menguruskannya.
Kebiasaannya akan berlaku kelewatan di dalam menyiapkan sesuatu projek
pembinaan sama ada pada sebahagian kerja atau pada keseluruhan projek. Ia berlaku
disebabkan oleh masalah-masalah yang biasa berlaku seperti kekurangan pekerja,
bahan binaan yang sampai lewat, kesilapan kerja, pengurusan yang lemah dan
pelbagai lagi. Kelewatan yang serius boleh menyebabkan projek tersebut
menghadapi masalah yang besar dalam menyiapkan projek tersebut di dalam tempoh
yang di tetapkan. Oleh itu, penjadualan kerja perlu dibuat dengan teliti dengan
2
mengambil kira semua faktor yang berkaitan supaya dapat memastikan projek
mengikut seperti apa yang dirancang.
Penggunaan penjadualan kerja yang efektif dalam projek pembinaan dapat
memastikan projek pembinaan tersebut berjalan dengan lancar. Terdapat pelbagai
teknik penjadualan yang boleh digunakan, di antaranya yang meluas digunakan sama
ada bagi projek yang kecil atau yang besar ialah kaedah carta Gantt dan kaedah
rangkaian. Teknik yang digunakan bergantung pada saiz, kerumitan dan tempoh
projek. Ia juga bergantung pada kehendak individu atau klien bagi projek tersebut
supaya teknik penjadualan yang digunakan mudah ditafsirkan oleh semua pihak yang
terlibat.
Pada masa kini teknik penjadualan kerja ini sudah lebih mudah dibuat dengan
ada bantuannya perisian yang dapat membantu dalam penyediaan jadual kerja
tersebut. Di antara perisian yang biasa digunakan adalah seperti Microsoft Project,
Primavera Project Planner dan pelbagai lagi perisian yang terdapat di pasaran.
Pembangunan perisian ini telah banyak mengubah persepsi individu seseorang di
dalam industri pembinaan. Di antara mereka berpendapat, dengan pengaplikasian
perisian seperti itu ia dapat memudahkan proses dalam membuat penjadualan kerja
dan juga boleh menghasilkan suatu laporan yang lebih baik. Dengan penggunaan
penjadualan berkomputer ia lebih mudah berbanding penjadualan secara manual, ini
disebabkan dengan penggunaan secara berkomputer ia dapat memasukan banyak
aktiviti dan dapat memproses pelbagai data dengan kurang berlakunya konflik.
Walau bagaimanapun pengaplikasian perisian yang lebih canggih adalah kurang
digunakan di negara ini kerana harganya yang terlalu mahal dan kurang tenaga
pengajar yang berpengalaman dalam mengendalikan perisian tersebut.
Dengan penjadualan ini juga, ia dapat menjadi asas dalam membuat
pemantauan dan pengawalan aktiviti di dalam sesuatu projek pembinaan. Perkaitan
di antara tempoh masa projek dan kos yang terlibat yang dimasukkan ke dalam
penjadualan kerja dapat membantu pengurus projek membuat pemantauan serta
3
mengawal projek agar tidak melebihi tempoh masa yang telah ditetapkan dan
mengelakkan dari pertambahannya kos disebabkan kelewatan atau kesilapan kerja
yang dilakukan. Dengan pemantauan ini juga, ia dapat menunjukkan keberkesanan
jadual kerja yang dibuat.
1.2
Masalah Kajian
Dalam menguruskan sesuatu projek pembinaan, pasti akan terdapat masalahmasalah yang akan terjadi semasa projek dijalankan. Masalah tersebut boleh
menyebabkan kelewatan menyiapkan projek. Kelewatan adalah perkara besar di
dalam projek pembinaan, ia melibatkan secara keseluruhan di dalam projek tersebut.
Zaimi Yusof (1996), menyatakan terdapat enam faktor yang menyebabkan kelewatan
pada sesuatu projek tersebut iaitu sumber bahan binaan, sumber tenaga kerja,
peralatan dan mesin, sumber kewangan, subkontraktor dan pengurusan projek
tersebut.
Bagi semua projek pembinaan yang hendak dibina telah mempunyai
penjadualan kerja di peringkat awal lagi, tetapi kelewatan masih berlaku juga. David
R. Pierce (2006), menyatakan perancangan, penjadualan, pemantauan dan
pengawalan adalah perkara asas yang perlu di kaji dan diambil tindakan dalam
penyediaan penjadualan kerja dan memastikan ia dapat dijalankan.
Kaedah dan penyusunan aktiviti di dalam jadual kerja, mestilah mengikut
logiknya dan teratur. Kegagalan dalam menyediakan jadual kerja yang betul boleh
menyebabkan perjalanan kerja yang tidak lancar dan boleh menyebabkan kelewatan
menyiapkan projek tersebut. Kesan kelewatan ini boleh menyebabkan perubahan
terhadap jadual kerja, perubahan terhadap aktiviti kerja, perlanjutan penggunaan
peralatan di tapak dan penggunaan sumber manusia yang berlanjutan yang mana
4
kesemua ini boleh menyebabkan peningkatan kos projek dan seterusnya
membebankan kepada klien yang terpaksa menanggung pertambahan kos tersebut.
Penjadualan yang baik mestilah disertakan dengan pemantauan yang kerap.
Kegagalan dalam memantau kemajuan kerja di tapak boleh menyebabkan pelbagai
masalah. Masalah-masalah yang berlaku di tapak tidak dapat dikesan dan
diselesaikan dengan segera sekiranya pemantauan tidak dibuat, ini menyebabkan
kelewatan dan mengganggu jadual kerja yang telah dibuat. Kurangnya pemantauan
boleh menyebabkan kesilapan dalam melakukan kerja, kesilapan ini juga boleh
mengubah jadual kerja, di mana pembetulan kerja terpaksa dibuat dan mengganggu
kerja-kerja yang lain dan pertambahan masa diperlukan.
Dengan adanya pemantauan pada jadual kerja yang telah dibuat, ia dapat
membantu pihak kontraktor untuk merancang sumber-sumber yang diperlukan
semasa projek dijalankan seperti bekalan bahan binaan, keperluan tenaga pekerja dan
penggunaan jentera dan mesin. Secara tidak langsung ia dapat membantu dalam
mencapai matlamat bagi projek tersebut.
1.3
Objektif Kajian
Setelah dikaji dan diteliti dari semua aspek pengurusan projek dan
pemantauan penjadualan kerja, maka terdapat empat objektif utama dalam kajian kes
ini iaitu:

Mengenal pasti penambahbaikan kaedah penjadualan kerja yang disediakan
oleh pihak kontraktor dalam projek pembinaan tersebut
5

Mengenal pasti penambahbaikan kaedah pemantauan kerja yang dilakukan
oleh pihak kontraktor

1.4
Mencadangkan satu sistem penjadualan kerja yang bersepadu.
Skop kajian
Di dalam melaksanakan kajian ini, skop kajian dikhususkan kepada
pengurusan penjadualan kerja bagi satu projek pembinaan sahaja. Ini bertujuan agar
perlaksanaannya dapat dijalankan dengan lebih mudah dan terperinci. Kajian ini
dirujuk kepada projek pembinaan bangunan 4 tingkat yang dijalankan untuk Tetuan
Malaysian Technology Development Corporation Sdn. Bhd. Berikut adalah beberapa
maklumat projek tersebut:
Nama Projek:
Membina Dan Menyiapkan 1 Blok Bangunan 4 Tingkat Dan KerjaKerja Berkaitan Di Pusat Teknologi UTM MTDC Fasa 2.
Lokasi:
Technovation Park, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor
Projek ini diambil dalam masa projek tersebut dijalankan kerana ia lebih
mudah untuk dipantau sepenuh masa kepada penjadualan kerja yang telah
dipersetujui oleh pihak klien dan kontraktor. Ini akan mendapatkan hasil kajian yang
lebih realistik dan benar bagi tujuan pembaikan dan kemajuan dalam industri
pembinaan pada masa akan datang.
6
1.5
Kepentingan Kajian
Kajian ini dijalankan bagi tujuan untuk mengenal pasti kaedah penjadualan
kerja dan pemantauan kerja-kerja di tapak bina yang digunakan untuk memastikan
projek berjalan dengan lancar dan dapat disiapkan pada tempoh masa yang
ditetapkan. Kajian ini juga akan dapat mengenal pasti masalah-masalah teknikal yang
berlaku semasa pelaksanaan jadual kerja yang telah dibuat bagi menjadi panduan dan
penekanan yang penting yang perlu diambil kira bagi setiap kontraktor semasa
melaksanakan kerja dan menyiapkan projek mereka. Diharap dengan adanya sistem
penjadualan kerja yang berkesan, ia dapat mengurangkan masalah kelewatan yang
sering berlaku kepada kontraktor Malaysia terutamanya dalam menyiapkan projek
pembinaan.
7
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1
Pengenalan
Di dalam bab ini, akan di terangkan mengenai perkara-perkara yang terlibat
di dalam penyediaan jadual kerja bagi projek pembinaan serta teknik-teknik yang
boleh digunakan. Pemantauan dan pengawalan bagi jadual kerja juga akan di
bentangkan bagi memberi pemahaman yang jelas mengenainya.
2.2
Kepentingan Penjadualan Kerja
Penjadualan kerja adalah aspek yang penting di dalam pengurusan projek
pembinaan. Di antara kepentingan penjadualan kerja ialah untuk memberikan
kepercayaan kepada klien bahawa projek yang diperolehi dapat disiapkan pada masa
yang telah dipersetujui di samping memberikan gambaran kepada kerja-kerja yang
dilakukan.
8
Jadual kerja yang disediakan juga meliputi seluruh aktiviti yang terlibat di
dalam menjayakan projek tersebut. Dengan adanya aktiviti itu, objektif projek itu
akan lebih difahami dan sasaran dapat dibuat bagi menghasilkan suatu hasil kerja
yang lebih bermutu.
Dengan menyediakan jadual kerja ia dapat memastikan bahawa hanya kerjakerja yang terlibat sahaja perlu dilakukan dan mengelakkan dari perkara-perkara
yang tak menentu. Selain itu juga, dengan penjadualan yang disediakan ia dapat
menjadikan operasi yang dilakukan lebih efisien dengan disebabkan adanya
pengurusan sumber-sumber yang efisien. Dengan itu juga, pengawalan kos dapat
dilakukan dengan mudah.
Dengan adanya jadual kerja ini juga, pemantauan dan pengawalan projek
dapat dilakukan dengan lebih mudah lagi dalam memastikan ianya mencapai sasaran
yang dituju.
2.3
Teknik Penjadualan Kerja
Di dalam penyediaan penjadualan kerja, pelbagai teknik yang boleh
digunakan. Pemilihan teknik yang digunakan mestilah dapat difahami dan boleh
ditafsirkan oleh semua pihak yang terlibat terutamanya pemilik atau klien. Lazimnya
pemilik atau klien sendiri yang akan mengarahkan kepada pihak kontraktor untuk
menggunakan teknik yang boleh digunakan. Terdapat pelbagai teknik yang boleh
digunakan di antaranya ialah teknik penggunaan carta bar dan teknik rangkaian.
9
2.3.1
Carta Bar
Carta bar biasanya digunakan bagi projek yang tidak kompleks dan tidak
banyak aktiviti yang dijalankan. Jadual ini menggunakan skala masa dalam
menunjukkan aktiviti yang dilakukan dari permulaan sehinggalah kesudahan aktiviti.
Carta bar ini mudah dan boleh difahami oleh semua peringkat di dalam pengurusan
yang mengendalikan projek pembinaan.
Walau bagaimanapun, teknik carta bar ini tidak dapat digunakan bagi projek
yang kompleks dan mempunyai aktiviti yang banyak. Ini kerana teknik ini tidak
dapat menunjukkan hubungan di antara satu aktiviti dengan aktiviti yang lain. Sudah
semestinya di dalam setiap aktiviti pembinaan mempunyai perkaitan di antara satu
sama lain. Teknik ini mungkin juga boleh digunakan sebagai pelan induk tetapi
bukan sebagai pelan yang detail untuk setiap aktiviti.
2.3.2
Teknik Rangkaian
Teknik rangkaian ini adalah satu teknik penjadualan yang menghubungkan
setiap aktiviti ke dalam satu siri yang bersambung di antara satu sama lain yang
mempunyai perkaitan di dalam satu kerja yang dijalankan. Hubungan ini samalah
seperti di dalam pembinaan bangunan yang memerlukan kerja-kerja substructure
dijalankan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja super structure dijalankan.
Dengan teknik rangkaian ini, aktiviti di dalam projek tersebut di pecahkan
mengikut kumpulan kerja yang tertentu, seterusnya diberikan tempoh untuk setiap
aktiviti yang dipecahkan tadi dan aktiviti tadi dikaitkan di antara satu sama lain di
dalam satu rantaian kerja bagi memastikan ianya logik dan bersesuaian.
10
Di dalam penyediaan teknik rangkaian ini, iakan lebih memudahkan kita
dalam memantau aktiviti yang kompleks. Penentuan laluan atau bahagian kerja yang
kritikal dapat diketahui. Teknik ini juga mudah untuk dikaitkan dengan perancangan
sumber-sumber pembinaan. Dengan teknik ini juga lebih mudah untuk membuat
penjadualan semula dengan menggunakan perisian komputer seperti Microsoft
project dan primavera. Dengan penggunaan teknik rangkaian ini juga dapat
membantu pihak kontraktor dalam membuat keputusan dengan segera.
Di antara teknik rantaian yang boleh digunakan adalah seperti Kaedah Laluan
Genting (CPM), Gambarajah Duluan (precedence diagram), Teknik Penilaian dan
Penelitian Projek (PERT) dan sebagainya. Setiap teknik yang digunakan mempunyai
kelebihannya tertentu.
2.3.2.1 Kaedah Laluan Genting
Teknik kaedah laluan genting adalah lebih mudah dan lebih fleksibel
daripada pertama kali ia digunakan. Proses pembinaannya mengambil selangkah
pada satu masa dan dipecahkan serta diunjurkan ke dalam sub-bahagian atau aktivitiaktiviti yang akan dijalankan. Setiap pelan yang dibuat adalah untuk menjadikan
setiap aktiviti yang dijalankan mengikut turutan yang betul dan menjadikan ia lebih
bersistematik.
Menurut William (2009), langkah-langkah asas dalam menyediakan satu
jadual CPM termasuklah:
1) mengenal pasti tugas-tugas asas atau aktiviti-aktiviti yang mesti
dipersembahkan untuk menyiapkan projek itu
2) membuat anggaran tempoh masa yang diperlukan bagi setiap aktivitiaktiviti yang terlibat
11
3) membuat satu keputusan untuk aliran logik kerja yang terlibat dengan
memastikan aktiviti-aktiviti sebelumnya mesti disiapkan sebelum
yang berikutnya boleh dimulakan
4) memasukan maklumat kedalam komputer supaya ia boleh membuat
pengiraan-pengiraan yang membawa kepada perumusan jadual itu.
2.3.2.2 Teknik Penilaian Dan Penelitian Projek (Program Evaluation And Review
Technique) PERT
Teknik ini merupakan suatu teknik laluan kritikal. Ia mempunyai beberapa
persamaan dengan kaedah laluan genting. Ia mempunyai gambarajah anak panah
untuk memodelkan suatu projek secara grafik yang membolehkan perancang
menentukan jangka masa suatu projek dan masa yang ada untuk melakukan kerja
yang tidak kritikal. Perbezaan di antara dua sistem ini adalah kaedah laluan genting
lebih menekankan aspek aktiviti manakala PERT pula menitikberatkan kelengkapan
data-data aktiviti.
2.4
Sumber Perancangan Penjadualan Kerja
Di dalam merancang sesuatu projek, terdapat banyak kaedah yang boleh
digunakan. Ramai di kalangan perancang projek biasa menggunakan jadual yang
terdiri daripada satu senarai tarikh, butir-butir tertentu yang perlu dilakukan dalam
menyiapkan sesuatu projek. Walau apa pun kaedah yang dipilih untuk merancang
sesuatu projek, keputusan yang dibuat adalah memerlukan sebanyak mungkin
pengumpulan maklumat mengenai butiran-butiran penting di dalam projek yang juga
dikatakan sebagai sumber-sumber dalam perancangan penjadualan kerja seperti
bahan binaan yang digunakan, mesin dan peralatan yang diperlukan, tenaga kerja
manusia, kewangan dan masa.
12
Dengan melibatkan sumber-sumber yang diperlukan di dalam perancangan
penjadualan kerja, sumber-sumber ini perlu dirancang yang juga dinamakan sebagai
pengarasan sumber (resource leveling) bagi memenuhi keperluan di dalam aktiviti
yang hendak dijalankan.
2.4.1
Bahan binaan
Dalam menentukan kuantiti bahan binaan yang diperlukan, pengiraan kuantiti
bahan hendaklah disediakan oleh penganggar dengan merujuk kepada pelan
spesifikasi yang disediakan untuk melakukan kerja tersebut. Di samping itu, jumlah
simpanan bahan binaan yang ada dan masa penghantaran yang diperlukan untuk
dihantar ke tapak pembinaan haruslah di ketahui dan mendapatkan maklumat dari
pembekal atau kepada pengalaman yang ada.
2.4.2
Peralatan Dan Jentera
Peralatan dan jentera yang digunakan di dalam menyiapkan sesuatu projek itu
bergantung kepada bahan binaan yang digunakan. Ini kerana setiap bahan yang
digunakan mempunyai peralatan serta jentera yang tersendiri untuk pengendaliannya
serta menempatkannya di lokasi yang sepatutnya.
Di samping itu juga, perancangan untuk penggunaannya turut di ambil
perhatian. Masa yang diperlukan untuk menggunakannya perlulah dirancang dengan
teliti agar ia tidak menjejaskan perjalanan kerja di tapak pembinaan serta tidak
13
membabitkan
penggunaan
kos
yang
terlalu
tinggi
disebabkan
oleh
kos
penghantarannya ke tapak pembinaan.
2.4.3
Tenaga Buruh
Tenaga buruh atau tenaga pekerja adalah satu sumber yang sangat penting
dan utama di dalam menyiapkan sesuatu projek pembinaan. Ketiadaan tenaga pekerja
ini diibaratkan seperti gantung tak bertali. Ini kerana ketiadaan tenaga pekerja, maka
tidak akan ada yang akan melakukan kerja termasuklah yang mengendalikan sesuatu
mesin atau jentera.
Walau bagaimanapun, jumlah tenaga pekerja yang di sediakan juga menjadi
faktor di dalam melihat kemajuan sesuatu projek pembinaan tersebut, kekurangan
tenaga pekerja pada waktu yang kritikal boleh menyebabkan kelewatan di dalam
penyiapan sesuatu kerja itu tetapi sekiranya tenaga pekerja yang ramai turut boleh
meningkatkan kos dalam membayar gaji mereka. Lagilah sekiranya mereka terpaksa
menunggu dan tidak melakukan kerja kerana ketiadaan peralatan atau ruang untuk
bekerja, ini akan merugikan majikan kerana terpaksa menanggung mereka.
2.4.4
Aliran Kewangan
Bagi sesebuah syarikat kontraktor, aliran kewangan syarikat bagi projek yang
dijalankan turut menjadi faktor dalam menentukan perancangan jadual kerja di tapak.
Aliran wang tunai yang cukup adalah perlu bagi memastikan kerja-kerja di tapak
bina berjalan dengan lancar. Ketiadaan wang tunai yang mencukupi boleh
14
melewatkan kerja-kerja di tapak bina kerana tidak boleh membeli dan mendapatkan
bahan binaan yang diperlukan pada satu-satu masa tertentu.
Aliran kewangan yang tidak stabil juga perlu diberi perhatian. Ini turut
menjadi faktor dalam perancangan penjadualan kerja yang seterusnya. Kegagalan
dalam memastikan aliran kewangan dalam keadaan yang stabil boleh menyebabkan
kelewatan semakin bertambah seterusnya terpaksa memohon perlanjutan masa dan
seterusnya juga meningkatkan kos keseluruhan projek.
2.4.5
Masa
Setiap pengurusan daripada sumber-sumber yang telah diterangkan di atas
tadi, semuanya membabitkan peruntukan masa yang diperlukan. Oleh itu, peruntukan
masa yang diberikan adalah perkara yang sangat kritikal yang perlu diambil
perhatian di dalam perancangan dan penyediaan jadual kerja di tapak bina. Ketepatan
masa penyiapannya seperti yang telah dipersetujui di dalam kontrak adalah perkara
yang diinginkan oleh semua pemilik projek tersebut. Penyusunan aktiviti dan
peruntukan masa setiap aktiviti turut menjadi permainan di kalangan kontraktor di
dalam menyiapkan sesuatu projek pembinaan di dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Kebijaksanaan dan pengalaman yang banyak dapat membantu mereka dalam
menyediakan jadual kerja tersebut. Kebolehan dalam menentukan masa bagi setiap
aktiviti adalah menjadi pertaruhan yang sangat mencabar di dalam memastikan ianya
mencapai sasaran yang telah dibuat. Kegagalan di dalam perancangan masa bagi
suatu aktiviti itu perlulah disusun semula kerja agar ia tidak melanggar tempoh masa
penyiapan keseluruhan projek tersebut.
15
2.5
Pemantauan Dan Pengawalan Jadual Kerja Pembinaan
Pemantauan atau pengawasan sesuatu kerja yang dijalankan di tapak
pembinaan adalah perkara yang mesti dilakukan dalam memastikan kerja yang
dilakukan adalah mengikut jadual kerja yang telah disediakan. Pemantauan ini
memerlukan sumbangan maklum balas perkembangan atau kemajuan yang telah
dicapai daripada pengurus tapak dan sumber-sumber lain seperti pengurus peralatan,
pengurus pekerja buruh dan laporan harian yang disediakan oleh pihak kontraktor.
Di dalam sesuatu organisasi, pemantauan ini adalah suatu tugas yang perlu
dilakukan secara berterusan agar penilaian sesuatu kerja tersebut dapat dibuat dengan
tepat. Di dalam proses pemantauan ia melibatkan satu set laporan yang lengkap
dengan senarai periksa dan carta yang boleh menunjukkan kemajuan kerja tersebut.
Lengkapnya suatu laporan itu ia dapat membantu pihak kontraktor dalam mengawal
segala sumber yang ada bagi mencapai jadual kerja yang disediakan.
2.5.1
Maklum Balas Dari Perhubungan Langsung
Dari perhubungan langsung pemerhatian seorang pengurus projek di tapak
pembinaan ia dapat memberi maklum balas kepadanya mengenai perkembangan dan
kemajuan yang berlaku di tapak pembinaan. Tatacara ini adalah sangat berkesan dari
segi masa dan daya usaha dalam mendapatkan maklum balas tersebut, tetapi ia
memerlukan kerjasama yang baik di antara pengurus projek dan pekerja-pekerja di
tapak bina. Dengan maklum balas yang diperolehi, ia dapat membantu dalam
pengawalan kesemua kerja-kerja di tapak dan sumber-sumber di dalam pembinaan
untuk jangka masa pendek dan serta-merta. Dengan itu tindakan segera dapat diambil
dan mengelakkan kelewatan. Dari maklum balas yang diterima, pengurus projek
16
akan membuat catatan dan menyampaikan kesemua maklumat di dalam bentuk
laporan yang kemudiannya dapat dinilai mengikut sasaran yang dijangka.
2.5.2
Maklum Balas Dari Fotografi
Maklum balas juga dapat diperolehi melalui bentuk fotografi atau gambar di
tapak bina. Kaedah ini sudah lama digunakan oleh kebanyakan kontraktor untuk
mencatatkan perkembangan atau kemajuan secara fizikal bagi projek yang dibuat
serta digunakan dalam penyediaan dokumen kerja yang tetap. Gambar yang diambil
dapat digunakan untuk tujuan menentukan anggaran siapnya projek dengan
dibandingkan dengan gambar yang berikutnya.
Fotografi selang masa dapat digunakan dalam menyukat perkembangan kerja
dan akan dapat mengenal pasti kelemahan yang berlaku. Dengan ini, ia dapat
membantu dalam membuat pembetulan kerja atau mempercepatkan sesuatu kerja.
Filem selang masa juga boleh digunakan dalam memantau kemajuan kerja di tapak
bina. Dengan filem selang masa ini, ia dapat menunjukkan operasi tertentu dengan
lebih berkesan lagi, tetapi cara ini kurang digunakan kerana ia melibatkan belanja
yang banyak.
2.5.3
Maklum Balas Daripada Carta Bar
Carta bar mengandungi senarai aktiviti yang akan di jalan di tapak dengan
merujuk kepada masa yang diperuntukkan. Dengan tatacaranya ia berhubung rapat
dengan senarai semakan yang boleh digunakan untuk pemantauan jadual kerja di
17
tapak bina. Satu salinan carta bar yang ditandakan untuk menunjukkan status projek
pada permulaan waktu akan dihantar ketapak bina. Di dalam penyediaan laporan,
kerja yang telah selesai akan ditandakan terus pada salinan itu dan seterusnya akan
dibuat perbandingan dengan sasaran kerja asal yang telah dirancang dan seterusnya
membuat penyusunan semula kerja agar mencapai sasaran yang disediakan dari
penjadualan kerja yang telah disediakan.
2.5.4
Maklum Balas Daripada Rangkaian
Satu salinan gambar rajah seluruh rangkaian disediakan untuk pengawalan
projek. Salinan ini ditandakan untuk menunjukkan apa yang berlaku semasa tempoh
kawalan. Sebelum mengembalikan salinan gamba rajah kepada pengurus projek, nota
perkara yang di luar jangkaan atau keadaan yang khas perlu ditambah di tepi aktiviti
yang terpengaruh. Perancangan kemudiannya menambahkan maklumat ini kepada
rangkaian asal lalu salinan-salinan dibuat untuk tempoh berikutnya.
Rangkaian ini adalah satu mekanisme laporan iaitu pengawalan mempunyai
maklumat yang lengkap mengenai status projek itu sehingga keputusan tapak yang
tepat dapat dibuat. Pengawal perlu menyedari objektif dan keperluan projek tersebut
dengan sepenuhnya. Mereka perlu mempunyai pemahaman yang baik tentang
rangkaian dan kaedah kawalan yang digunakan.
18
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1
Pengenalan
Di dalam bab 3 ini akan diterangkan bagaimana proses kajian yang akan
dijalankan bagi mencapai objektif kajian ini. Secara keseluruhannya proses kajian ini
dibahagikan kepada 5 peringkat berturutan iaitu kajian literatur, mengkaji jadual
kerja dan pemantauan kerja yang disediakan oleh pihak kontraktor, pengumpulan
data, menganalisis data dan pembentangan keputusan kajian. Dari hasil kajian yang
dibuat
akan
dicadangkan
satu
sistem
penjadualan
yang
bersepadu
bagi
kesinambungan daripada kajian ini.
3.2
Kajian Literatur
Kajian literatur ini diambil dari beberapa sumber maklumat yang digunakan
sebagai rujukan dalam menerangkan bagaimana proses penyediaan penjadualan kerja
itu dilakukan serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Bahan rujukan yang
19
digunakan adalah seperti buku rujukan di perpustakaan, jurnal-jurnal yang berkaitan,
kertas-kertas kerja persidangan, laporan-laporan kajian, artikel-artikel dan beberapa
penulisan di internet. Di dalam kajian literatur ini akan menerangkan lebih
kefahaman tentang:
3.3
i.
Kepentingan penjadualan kerja dan teknik-teknik yang diguna
ii.
Sumber-sumber yang terlibat di dalam penyediaan jadual kerja
iii.
Pemantauan dan pengawalan jadual kerja dan
iv.
Faktor-faktor dalam penyediaan penjadualan kerja
Mengkaji Jadual Kerja Dan Kaedah Pemantau Kerja Yang Di Lakukan
Oleh Kontraktor
Untuk mengkaji jadual kerja bagi projek tersebut, master program atau jadual
kerja induk untuk projek pembinaan tersebut akan diperolehi dari pihak kontraktor
utama yang telah dilantik. Di dalam master program yang disediakan ianya akan
dikaji cara penyusunan kerja yang digunakan serta pembahagian masa yang
diberikan kepada setiap aktiviti yang terdapat di dalamnya. Di dalam pembahagian
masa bagi setiap aktiviti yang terlibat di dalam projek tersebut, kajian terhadapnya
akan dibuat dengan mengaitkan sumber-sumber yang diperolehi oleh pihak
kontraktor untuk menjalankan aktiviti tersebut dan mengenal pasti, adakah ianya
mampu untuk menjalankan aktiviti tersebut dalam tempoh yang telah dirancang atau
sebaliknya
Di dalam memastikan master program yang disediakan adalah berkesan
maka kaedah pemantauan dan pengawalan yang dijalankan juga akan dikaji. Dengan
kajian yang dijalankan ke atas kaedah pemantauan dan pengawalan kerja yang
dijalankan, maka kelemahan dan kesilapan pada jadual kerja yang telah dibuat dapat
20
dikesan seterusnya penyusunan semula aktiviti pada jadual kerja tersebut dapat
dilakukan.
3.4
Pengumpulan Data
Data akan diambil dengan membuat lawatan ketapak pembinaan dan
berjumpa dengan pihak kontraktor untuk mendapatkan data yang berkaitan. Data ini
diambil pada setiap hari pada hari kerja-kerja di tapak dijalankan. Di antara data
yang diambil ialah:
3.5
i.
Sasaran kerja pada setiap hari
ii.
Merekodkan kerja yang dijalankan di tapak pada setiap hari
iii.
Merekodkan peratusan kerja yang telah siap pada setiap hari
iv.
Perancangan kerja mingguan
Analisis Data
Daripada data yang diperolehi dengan lawatan tapak setiap hari. Data-data ini
akan dianalisis dengan menggunakan perisian Microsoft office project dan Microsoft
office excel. Data –data ini dianalisis bagi mendapatkan:
i.
Mendapatkan peratusan kerja yang telah siap dibina dan mengenal
pasti tempoh kelewatan yang berlaku
21
ii.
Penyusunan semula aktiviti dalam jadual kerja bagi mengurangkan
tempoh kelewatan yang berlaku supaya projek tersebut dapat
disiapkan pada tempoh yang telah ditetapkan
3.6
Pembentangan Keputusan Kajian
Hasil daripada analisis data kajian tadi, keputusannya akan dibentangkan
dalam bentuk kaedah laluan kritikal (CPM) dan Gambarajah Lengkung-S. Kaedah ini
biasa di gunakan oleh kebanyakan pihak kontraktor dalam menerangkan pencapaian
yang telah dicapai oleh mereka dalam menyiapkan projek tersebut. Kaedah ini juga
mudah untuk difahami dan mudah untuk meramal kemajuan yang akan dicapai
selepas itu.
3.7
Cadangan Sistem Penjadualan Bersepadu
Hasil daripada kajian yang telah dibuat, dengan mengambil kira sumbersumber pembinaan yang diperlukan dalam penyediaan serta penambahbaikan dari
kelemahan-kelemahan yang di dapati di dalam sistem penjadualan kerja yang telah
disediakan oleh pihak kontraktor. Satu sistem penjadualan bersepadu akan
dicadangkan bagi menyediakan satu sistem penjadualan kerja yang lebih berkesan
bagi membantu pihak kontraktor dalam menyediakan penjadualan kerja untuk kerjakerja di tapak pembinaan.
22
BAB 4
ANALISIS DAN KEPUTUSAN
4.1
Pengenalan
Dalam menjalankan kajian ini, beberapa data atau maklumat telah diperolehi
dengan mendapatkannya daripada pihak kontraktor dan perunding yang menjalankan
projek Membina Dan Menyiapkan 1 Blok Bangunan 4 Tingkat Dan Kerja-Kerja
Berkaitan Di Pusat Teknologi UTM MTDC Fasa 2. Di antara maklumat yang
diperolehi adalah seperti latar belakang projek, jadual perancangan kerja, kemajuan
kerja yang telah dijalankan dan masalah yang dihadapi serta penyelesaiannya. Di
samping itu, pemantauan di tapak juga dijalankan bagi mendapatkan maklumatmaklumat yang berkaitan. Oleh itu, di dalam bab ini akan di terangkan lebih lanjut
mengenai maklumat yang telah diperolehi. Berikut adalah beberapa latar belakang
bagi projek tersebut.
Nama Projek:
Cadangan membina& Menyiapkan satu( 1) Blok Bangunan4 Tingkat
Dan Kerja-kerja Berkaitan di Pusat Teknologi UTM-MTDC Fasa II,
Technovation Park, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Darul
Takzim.
Pelanggan:
Malaysian Technology Development Corporation Sdn. Bhd. (MTDC)
23
Perunding:
Perunding Amin
Kontraktor:
Mentega Resources Sdn. Bhd.
Tarikh Milik Tapak: 29 November 2009
Tarikh Siap:
4.2
28 November 2010
Analisis Perancangan dalam menyediakan Jadual Kerja
Sebelum memulakan kerja-kerja di tapak. Pihak kontraktor telah membuat
perancangan untuk menjalankan kerja-kerja bagi projek tersebut dengan merancang
segala aktiviti yang terlibat dengan mengambil kira penggunaan kos yang paling
minimum tanpa mengabaikan kualiti yang dikehendaki dalam tempoh masa yang
relevan. Segala perancangan yang dibuat, mereka merujuk kepada kehendak klien
dengan merujuk kepada dokumen kontrak yang telah diperolehi selepas berjaya
mendapatkan projek ini.
Bagi memastikan perancangan yang dibuat mengikut seperti apa yang
dirancang.
Pihak
kontraktor
mempertanggungjawabkan
telah
individu
membentuk
di
dalam
suatu
organisasi
organisasi
dengan
tersebut
dengan
tanggungjawab yang tertentu bagi memastikan kerja yang dirancang dapat dijalankan
dengan lancar. Secara tidak langsung ini dapat memastikan keberkesanan kerja yang
dirancang.
Selain itu, pihak kontraktor juga telah merancang aktiviti atau kerja tersebut
dengan mengkategorikan ia kepada beberapa pecahan kerja yang melibat kumpulankumpulan kerja dengan kerja yang tertentu. kategori kerja tersebut adalah seperti
kerja-kerja awalan ‘preliminary work’ kerja tanah ‘ earthwork’, Kerja awam dan
struktur ‘civil and structure (C&S)’ dan Kerja mekanikal dan elektrikal ‘ mechanical
and electrical (M&E)’,. Pecahan kerja ini dibuat adalah bertujuan memudahkan
24
dalam proses pemantauan dengan dipertanggungjawabkan kepada individu tertentu
untuk memastikan kerja dijalankan mengikut seperti apa yang dirancang. Jadual
kerja yang disediakan boleh dilihat di Jadual 4.1
Selepas ditanyakan kepada pihak kontraktor, kesemua perancangan yang
dibuat adalah mengikut kepada pengalaman mereka dalam menyiapkan projekprojek sebelumnya serta kemampuan mereka dalam menyediakan segala keperluan
dan kelengkapan yang diperlukan dalam menyiapkan projek tersebut.
4.3
Analisa Penjadualan Kerja yang disediakan
Dalam memastikan perancangan yang dirancang berjalan lancar, mereka telah
membuat penjadualan kerja menggunakan kaedah laluan genting (critical path
method, CPM) dengan menggunakan perisian Microsoft project. Jadual kerja ini
telah di sediakan oleh planner dari pihak kontraktor dengan menyenaraikan setiap
aktiviti yang ingin dijalankan dengan merujuk kepada BQ (Bill of Quantity).
Setiap aktiviti yang telah disenaraikan itu, ia meletakkan tempoh masa untuk
setiap aktiviti tersebut menyelesaikan aktivitinya dengan mengambil kira kepada
keperluan kepada setiap aktiviti itu untuk menjalankan aktivitinya. Keperluan ini
adalah merupakan sumber-sumber yang terlibat di dalam pembinaan ini seperti
jumlah tenaga kerja yang di perlukan, penggunaan mesin dan jentera, bahan-bahan
binaan, masa yang diperuntukkan dan kewangan yang ada. Semua yang dijadualkan
adalah mengikut kepada pengalaman mereka dalam menjalankan projek yang hampir
serupa dan keupayaan mereka dalam menyediakan sumber-sumber yang diperlukan.
Penjadualan yang disediakan adalah seperti dalam Jadual 4.1.
25
25
26
26
27
27
28
28
29
29
30
30
31
4.3.1 Kelemahan yang dikenal pasti
Hasil daripada data-data dan maklumat yang diperolehi. Didapati bahawa
penggunaan perisian Microsoft Project di dalam menyediakan jadual kerja ini oleh
pihak kontraktor adalah tidak menyeluruh. Tidak menyeluruh ini adalah
dimaksudkan, tidak menggunakan kemudahan lain yang terdapat di dalam perisian
Microsoft Project dalam penyediaan jadual yang baik, seperti penjadualan sumber.
Selain itu juga, terdapat beberapa kekurangan dan kesilapan yang telah
dikenal pasti yang dilakukan oleh pihak kontraktor dalam menyediakan jadual kerja
ini. Di antaranya terdapat aktiviti yang tidak dihubungkan dengan mana-mana
aktiviti yang lain.
Dari analisa yang dibuat terdapat beberapa aktiviti yang tidak dihubungkan
iaitu kerja-kerja mengecat ‘paint work’, kerja-kerja elektrikal seperti pembuatan dan
pemasangan bagi Main Switch Board (MSB), Sub Switch Board (SSB), Distribution
Board (DB), Street & Compound lighting, dan Low Voltage Underground Cable, dan
kerja-kerja mekanikal seperti pembuatan dan pemasangan sistem lif. Di antara
aktiviti yang tidak dihubungkan adalah seperti Rajah 4.1.
Kelemahan lain lagi adalah dari segi penetapan waktu bekerja yang telah
ditetapkan oleh pihak kontraktor. Di mana, di dalam jadual kerja yang di sediakan
oleh pihak kontraktor ia menunjukkan bahawa jumlah hari bekerja adalah selama 5
hari iaitu dari hari Isnin hinggalah hari Jumaat. Hakikatnya jumlah hari bekerja
adalah 6 hari seminggu dan bermula pada hari Isnin hinggalah hari Sabtu. Aktiviti
yang dijalankan pada hari ahad adalah seperti dalam Rajah 4.2
32
Rajah 4.1 : Aktiviti yang tidak dihubungkan kepada mana-mana aktiviti yang lain
32
33
33
Rajah 4.2 : Aktiviti yang dijalankan pada hari ahad
34
4.3.2 Jangkaan kesan dari kelemahan jadual kerja yang disediakan
Penjadualan yang salah boleh menyebabkan hubungan di antara aktiviti boleh
terganggu dan juga akan melibatkan keseluruhan aktiviti. Hal seperti boleh
menyebabkan berlakunya konflik di antara aktiviti yang mana aktiviti yang utama
tidak dapat dikenal pasti, lantas mengganggu aktiviti yang lain.
Kesan kesilapan menetapkan hari bekerja juga boleh menjejaskan kemajuan
sesuatu projek. Walaupun hal ini tidak mengganggu jumlah keseluruhan hari bekerja
tetapi ia boleh menyebabkan maklumat tidak dapat disampaikan dengan tepat, ini
boleh merumitkan apabila sesuatu urusan yang melibatkan hari berurusan.
Contohnya tidak logik la kalau hari ahad adalah hari bekerja sedangkan ia telah di
tetapkan untuk hari bercuti dan tarikh penyiapan projek adalah pada hari ahad, ini
boleh menyebabkan pihak kontraktor terpaksa mencuri masa untuk bekerja hari ahad,
hal ini juga boleh menyebabkan kebajikan pekerja terganggu.
Selain itu, masalah-masalah ini juga boleh menyebabkan maklumat tidak
dapat disampaikan dengan tepat dan kurang jelas dan sukar untuk mendapatkan
kemajuan sebenar. Dari sudut etika kerja pula, ia boleh menyebabkan seseorang
individu cenderung untuk memalsukan maklumat.
4.4
Penambahbaikan jadual kerja
Untuk mendapatkan kesan yang lebih jelas terhadap penjadualan kerja yang
telah disediakan oleh pihak kontraktor, penambahbaikan jadual kerja tersebut dibuat
dengan mengambil kira kelemahan-kelemahan yang telah dikenal pasti dari jadual
35
asal untuk di buat perbandingan sama ada ia memberikan kesan yang serius atau
tidak.
Penambahbaikan yang dibuat adalah dengan menyusun semula aktivitiaktiviti yang terlibat dan menghubungkan semua aktiviti tersebut tanpa mengubah
tarikh asal bermulanya projek tersebut serta tarikh tamat yang telah di tetapkan. Di
antara perubahan yang dilakukan adalah dengan mengubah waktu bekerja yang mana
ia selama enam hari dalam seminggu bermula pada hari Isnin hingga hari Sabtu.
Jadual 4.2 menunjukkan penambahbaikan yang dibuat.
36
36
37
37
38
38
39
39
40
40
41
41
42
4.5
Analisis dari jadual kerja yang telah dibuat penambahbaikan
Hasil dari penambahbaikan jadual kerja tersebut, perkara pertama yang
dikenal pasti adalah tempoh keseluruhan waktu bekerja adalah bertambah daripada
283 hari kepada 287 hari. Secara jelas ia dapat membantu dalam menyiapkan projek
tanpa memerlukan permohonan lanjutan masa jika tidak ada sebarang masalah yang
lain.
Semasa dalam proses penambahbaikan dengan menghubungkan setiap
aktiviti-aktiviti yang terlibat. Beberapa aktiviti terpaksa disingkatkan tempoh bekerja
nya bagi mengelakkan projek siap melebihi tarikh siap yang telah ditetapkan iaitu
pada 28 November 2010. Di antara perubahan tempoh bekerja yang dibuat adalah
seperti pada kerja-kerja elektrikal iaitu aktiviti luminaries and fitting dari tempoh 34
hari kepada 32 hari, pada kerja-kerja pemasangan pintu dan tingkap dari tempoh 23
hari kepada 22 hari, juga untuk kerja provisional and contingency sum dari 85 hari
kepada 84 hari. Jadual kerja yang telah dibuat penambahbaikan boleh dilihat di
Jadual 4.1.
4.6
Analisis Kaedah Pemantauan jadual kerja yang dilakukan
Setiap kerja yang dilakukan akan dipantau oleh penyelia tapak dan setiap
kerja yang dilakukan akan direkodkan untuk digunakan sebagai rujukan dalam
merancang kerja yang seterusnya. Bagi projek ini, untuk kerja-kerja yang dijalankan
di tapak tidak direkodkan secara official hanya sekadar direkodkan ke dalam buku
nota peribadi. Suatu kaedah yang biasa digunakan oleh kebanyakan kontraktor untuk
merekodkan setiap aktiviti yang dijalankan yang dipanggil diari tapak, tidak
digunakan oleh penyelia tapak projek ini.
43
Kegagalan dalam menyediakan diari tapak ini telah menyusahkan pihakpihak tertentu untuk mengetahui kemajuan projek yang sedang dijalankan.
Disebabkan ketiadaan diari tapak atau rekod kerja yang sempurna ini menyukarkan
lagi dalam membuat analisis kaedah penjadualan kerja yang digunakan.
Bagi menjalankan analisis ini, semua rekod kerja-kerja yang dilakukan
diperolehi dari laporan kemajuan yang disediakan oleh pihak kontraktor seperti yang
lampirkan dalam Lampiran A1, A2, A3, A4. analisis ini dibuat dengan mengambil
kira kemajuan projek sehingga 23 Februari 2010 sahaja.
4.7
Penambahbaikan kaedah pemantauan penjadualan kerja
Dalam mendapatkan rekod kerja yang sempurna, suatu bentuk borang di bina
untuk diisikan segala aktiviti yang dijalankan di tapak seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 4.3
44
Rajah 4.3 : Contoh borang laporan harian
45
4.8
Perbandingan di antara kaedah penjadualan dan pemantauan yang
digunakan
dengan
penambahbaikan
kaedah
penjadualan
dan
pemantauan yang dibuat.
Untuk mendapatkan perbandingan yang lebih jelas, kedua-dua jadual kerja
tersebut dikemas kini dengan membandingkannya dengan tempoh aktiviti yang
sebenar seperti yang dilampirkan dalam Jadual 4.1 dan 4.2. Hasil dari perbandingan
itu, satu graf dibina untuk menjelaskan perbandingan di antara perancangan aktiviti
yang dibuat dengan aktiviti yang sebenar. Rajah 4.4 menunjukkan perbandingan di
antara perancangan aktiviti yang dibuat dengan aktiviti yang sebenar bagi jadual
kerja yang asal manakala Rajah 4.5 menunjukkan perbandingan di antara
perancangan aktiviti yang dibuat dengan aktiviti yang sebenar bagi jadual kerja yang
telah dibuat penambahbaikan.
Kedua-dua gambarajah lengkung-s tersebut menunjukkan peratus perbezaan
di antara aktiviti yang dirancang dengan aktiviti yang sebenar yang telah dilakukan
di tapak pembinaan. Nilai negative di dalam perbezaan tersebut menunjukkan peratus
kelewatan yang berlaku dari keseluruhan kemajuan yang ingin dicapai.
Dari pemerhatian kedua-dua gambarajah lengkung-s tersebut peratus
perbezaan yang dikeluarkan oleh jadual kerja yang telah dibuat penambahbaikan
adalah lebih besar berbanding jadual kerja yang asal. Ini menunjukkan penyusunan
semula ,mengenai hubungan di antara setiap aktiviti perlu atau penambahan sumber
di tapak pembinaan atau menggunakan teknologi yang terkini agar kerja dapat
dilakukan dengan lebih cepat dan lancar.
46
CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN 1 BLOK BANGUNAN 4 TINGKAT DAN KERJA-KERJA
BERKAITAN DI PUSAT TEKNOLOGI UTM - MTDC, FASA II, TECHNOVATION PARK, UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR DARUL TAKZIM
100.00%
90.00%
80.00%
70.00%
KEMAJUAN [%]
60.00%
50.00%
40.00%
30.00%
20.00%
10.00%
0.00%
Oct-09
Nov-09
Dec-09
Jan-10
Feb-10
Mar-10
Apr-10
May-10
Jun-10
Jul-10
Aug-10
Sep-10
Oct-10
Nov-10
Nov-10
9.00%
14.00%
20.00%
27.00%
35.00%
45.00%
62.00%
85.00%
96.00%
100.00%
% KUMULATIF KEMAJUAN JADUAL
0.00%
2.00%
4.00%
5.00%
7.00%
% KUMULATIF KEMAJUAN SEBENAR
0.00%
2.00%
3.00%
4.00%
7.00%
% PERBEZAAN [+/-]
0.00%
0.00%
-1.00%
-1.00%
0.00%
Rajah 4.4 : Gambarajah Lengkung - S (Jadual Asal)
46
47
CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN 1 BLOK BANGUNAN 4 TINGKAT DAN KERJAKERJA BERKAITAN DI PUSAT TEKNOLOGI UTM - MTDC, FASA II, TECHNOVATION
PARK, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR DARUL TAKZIM
100.00%
90.00%
80.00%
70.00%
KEMAJUAN [%]
60.00%
50.00%
40.00%
30.00%
20.00%
10.00%
0.00%
Oct-09
Nov-09
Dec-09
Jan-10
Feb-10
Mar-10
Apr-10
May-10
Jun-10
Jul-10
Aug-10
Sep-10
Oct-10
Nov-10
Nov-10
11.00%
17.00%
22.00%
29.00%
39.00%
51.00%
68.00%
85.00%
97.00%
100.00%
% KUMULATIF KEMAJUAN JADUAL
0.00%
1.00%
3.00%
6.00%
8.00%
% KUMULATIF KEMAJUAN SEBENAR
0.00%
1.00%
2.00%
4.00%
7.00%
% PERBEZAAN [+/-]
0.00%
0.00%
-1.00%
-2.00%
-1.00%
Rajah 4.5 : Gambarajah Lengkung - S (Penambahbaikan Jadual)
47
48
4.9
Perbincangan
Hasil dari perbandingan kedua-dua penjadualan yang di kaji di antara jadual
kerja yang asal dan jadual kerja yang telah buat penambahbaikan dapat diringkaskan
seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 4.3.
Jadual 4.3 : Peratus perbezaan di antara kemajuan yang dirancang dan kemajuan
sebenar
Jadual Kerja Asal (%)
Penambahbaikan jadual kerja (%)
Nov-09
0
0
Dec-09
-1
-1
Jan-10
-1
-2
Feb-10
0
-1
Jadual 4.3 menunjukkan bahawa peratus perbezaan di antara kemajuan yang
dirancang dengan kemajuan sebenar bagi jadual kerja yang telah dibuat
penambahbaikan adalah lebih besar dari jadual kerja yang sebenar. Ini menunjukkan
bahawa jadual kerja yang asal tidaklah memberikan keputusan yang tepat dalam
membuat perbandingan di dalam kemajuan kerja seperti yang dirancangkan. Ini
disebabkan oleh faktor kelemahan dan kekurangan yang dibuat oleh pihak kontraktor
sendiri dalam menyediakan jadual kerja tersebut.
Perbezaan yang paling ketara adalah pada bulan Januari dan Februari, di
mana peratus perbezaan di antara jadual kerja yang asal dan jadual kerja yang telah
dibuat penambahbaikan adalah 1% dan merupakan peratus perbezaan yang paling
tinggi dalam tempoh sehingga 23 Februari 2010. Hal ini berlaku disebabkan oleh
pada 15 Februari kerja-kerja untuk bangunan tambahan seperti cafeteria sepatutnya
telah bermula kalau mengikut kepada perancangan asal tetapi ia masih lagi belum
bermula.
49
Di antara punca lain yang menyebabkan peratusan perbezaan ini meningkat
ialah terdapat aktiviti yang tidak dihubungkan pada jadual kerja yang asal yang telah
dibuat penambahbaikan dengan menghubungkan semula aktiviti tersebut mengikut
keutamaannya. Aktiviti tersebut adalah kerja-kerja elektrikal seperti low voltage
underground cable dan street & compound lightning
Maka pihak kontraktor seharusnya perlu membuat perancangan semula
semua sumber-sumber yang terlibat agar dapat mengejar masa untuk menyiapkan
projek dalam tempoh yang ditetapkan.
50
BAB 5
KESIMPULAN
5.1.
Pengenalan
Di dalam bab terakhir ini, akan disimpulkan segala analisis yang telah dibuat
ke atas kajian ini yang mana ia meliputi ke atas penyediaan jadual kerja bagi projek
membina dan menyiapkan 1 blok bangunan 4 tingkat dan kerja-kerja berkaitan di
Pusat Teknologi UTM – MTDC fasa ke-2.
5.2.
Kesimpulan
Berdasarkan kepada objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini. Data-data
yang berkaitan telah dikumpulkan dengan mendapatkannya daripada pihak
kontraktor dan pemantau sendiri di tapak pembinaan untuk dianalisis mengikut
objektif yang disasarkan. Hasil dari analisis ini keempat-empat objektif tersebut telah
dicapai dan disimpulkan seperti berikut
51
Objektif 1:
Mengenal pasti penambahbaikan kepada kaedah penjadualan
kerja yang digunakan oleh kontraktor
Pihak kontraktor telah menggunakan perisian Microsoft Project
dalam menyediakan jadual kerja dan didapati terdapat beberapa kekurangan
dan kesalahan yang dibuat dalam pengaplikasian perisian tersebut. Di antara
kekurangan dan kesalahannya adalah seperti berikut:
1. Terdapat beberapa aktiviti tidak dihubungkan dengan aktiviti yang
lain iaitu:
a. Kerja mengecat
b. Kerja-kerja elektrikal seperti pembuatan dan pemasangan
Main Switch Board, Sub Switch Board, Distribution Board,
Low Voltage Underground Cable, Street and Compound
Lighting
c. Kerja-kerja mekanikal seperti pembuatan dan pemasangan lif
2. Penetapan hari bekerja yang salah dengan meletakkan hari bekerja
bermula dari hari Isnin hingga Jumaat. Sedangkan hari bekerja
sebenar adalah dari hari Isnin hingga hari Sabtu.
Daripada kesalahan yang dibuat. Penambahbaikan dibuat dengan
membina semula jadual kerja tersebut dengan mengekalkan tarikh
bermulanya projek serta tarikh siap projek seperti yang telah ditetapkan. Di
antara perubahan yang dibuat adalah:
1. Menyusun semula aktiviti yang terlibat mengikut aliran kerja yang
betul
2. Menghubungkan semua aktiviti yang terlibat mengikut pada
keutamaannya
52
3. Menetapkan semula hari bekerja iaitu bermula pada hari Isnin hingga
Sabtu dan ahad adalah hari bercuti.
Objektif 2 :
mengenal pasti penambahbaikan kaedah pemantauan yang
dijalankan
Daripada analisis yang dijalankan, pihak kontraktor meletakkan
penyelia tapak untuk mengawasi kerja-kerja di tapak. Tetapi kerja-kerja tidak
direkodkan setiap hari dan tidak mempunyai diari tapak yang lengkap.
Penyelia tapak hanya merekodkannya di hujung bulan dengan direkodkan ke
dalam laporan kemajuan.
Masalah dari itu, penambahbaikan yang dibuat adalah dengan mereka
bentuk suatu borang yang mana ia bertujuan untuk merekodkan segala
aktiviti yang dijalankan dan dijadikan sebagai diari tapak agar ia dapat
memudahkan mana-mana pihak untuk mengetahui kemajuan semasa projek
tersebut.
Objektif 3 :
mencadangkan suatu sistem penjadualan kerja yang bersepadu
Daripada hasil kajian dan keputusan serta objektif yang dicapai. Maka
satu sistem atau panduan dalam menyediakan jadual kerja bagi sesuatu projek
perkara berikut perlulah diambil perhatian:
1. Membuat anggaran masa yang diperlukan bagi setiap aktiviti yang
terlibat di dalam sesuatu projek.
2. Dengan menggunakan anggaran masa
keseluruhan projek tamat di tentukan.
yang telah dibuat tempoh
53
3. Bina jeda masa bagi setiap aktiviti dengan menentukan masa mula
dan masa siap.
4. Menentukan aktiviti yang mana mempunyai tempoh masa yang
kritikal dalam menentukan aturannya di dalam tempoh projek yang
telah ditetapkan
5. Bagi projek yang tidak mempunyai tempoh masa yang tetap di dalam
kontrak, seeloknya tempoh masa yang ditentukan mestilah pendek dan
mestilah bersesuaian dengan kos dan kehendak klien.
6. Dengan adanya masa apungan bagi setiap aktiviti, aktiviti tersebut
kemudiannya disusun untuk mengurangkan konflik dan melancarkan
dalam penggunaan sumber seperti penggunaan tenaga kerja dan
peralatan.
7. Masukkan jadual kerja tersebut ke dalam kalender dengan mengambil
kira hari bekerja dan tidak bekerja untuk menentukan tarikh mula dan
siap bagi rangkaian aktiviti tadi.
8. Masukan andaian yang telah dibuat dan kerja-kerja yang kritikal
untuk menunjukkan aspek-aspek yang perlu dalam menyiapkan projek
dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Setelah menyiapkan jadual kerja tersebut, jadual tersebut mestilah
sentiasa dikemas kini mengikut pada kemajuan kerja yang telah dilakukan
dengan membuat pemantauan ke atas projek tersebut dan membuat catatan
yang berkaitan bagi menjadi rekod semasa dalam proses kemas kini yang
dijalankan.
Daripada kelemahan dan kekurangan yang terdapat di dalam
penyediaan dan pemantau jadual kerja bagi projek ini. Pihak kontraktor
haruslah mengambil tindakan untuk memperbaikinya supaya projek tersebut
tidak menjadi projek sakit. Pihak perunding juga perlu mengambil tindakan
yang tegas, supaya pihak kontraktor tidak mengambil mudah di dalam segala
urusan dan seharusnya melantik kontraktor yang lain sekiranya tindakan atau
arahan yang dikeluarkan tidak diendahkan.
54
RUJUKAN
James D. Stevens. (1990). Techniques for Construction Network Scheduling. New
York. Mc Graw-Hill.
David R. Pierce, Jr. (2006). Project Scheduling and Management for Construction.
Revised Third Edition. Kingston. Reed Construction data.
Edward R. Fisk. (2000). Construction Project Administration. 6th ed. N. J. Prentice
Hall.
Richard H. Clough, Glenn A. Sears, S. Keoki Sears. Construction Project
Management. 4th Edition. New York. JohnWiley & Son Inc.
Jimmie W. Hinze (1998). Construction Planning and Scheduling. USA. Prentice
Hall
Mohamad Ibrahim Mohamad, Rosli Mohamad Zin, Shaiful Amri Mansur dan
Donald Chan Bing Tee (2008) Guidelines for the Preparation and
Submission of Work Schedule for Construction Project. Faculty of Civil
Engineering, UTM. Malaysian Journal of Civil Engineering, 20 (2). pp. 145159.
Justin Bong Chunn Tat. Factors Affecting In The Preparation Of Construction Work
Schedule. M.Sc thesis. Universiti Teknologi Malaysia; 2009
55
Yusof B. Abu Bakar. Kajian Penggunaan Kaedah Penjadualan Kerja Oleh Pihak
Klien Didalam Projek Pembinaan. M. Sc thesis. Universiti Teknologi
Malaysia; 2003
William C. Last, Jr. (2002). The Use of a Construction Schedule to Analyze a Delay.
http://www.lhfconstructlaw.com/CM/Articles/Articles104.asp