SekitarKampus

Transcription

SekitarKampus
BeritaKampus
28 JULAI 2008
ISNIN
JILID39 BIL 1
RM 0.50
JILID 41
ISSN: 1397-7443
SUARA DARI
KAMPUS
PTPTN LEWAT,
MPP DISALAHKAN-3
RENCANA
KURANG
UPAYA BUKAN
PENGHALANG-16
MENARA ILMU
AKSI
USM LESU DI
MASUM-19/20
MENYEMBA
H BUM
I..
POKOK BERH
ADAPAN UN
KAUNSELIN
IT
G TUMBANG
KIRAKIRA JAM 12
TENGAHARI
PADA
21 JULAI LA
LU. JABATA
N
KESELAMTA
N TELAH
MENGAMBIL
LANGKAH
SEGERA DE
NGAN
MEMBERSIH
KANNYA.
ConvEx’08 ketengah konsep Lestari Alam Sekitar
Oleh Siti Jumaayah
Abdol Samat
E
kspo Konvokesyen 2008,
(ConvEx’08)
Universiti
Sains Malaysia (USM),
bakal mengetengahkan konsep
“Kelestarian Alam Sekitar dan
Kampus” seiring dengan usaha
menjadikan Universiti dalam taman
ini sebagai Kampus Sejahtera.
Timbalan Naib Canselor,
Bahagian Hal Ehwal Akademik
dan Antarabangsa, Prof. Ahmad
Shukri Mustafa Kamal berkata,
konsep tersebut adalah usaha
untuk
meneruskan
program
Earth Hour dan kempen White
Coffin yang dijalankan oleh USM
sebelum ini.
“Konsep ini adalah sebagai
manifestasi daripada program
Earth
Hour
dan
Kempen
White Coffin yang dijalankan
oleh
USM
sebelum
ini.
“Semua usaha ini adalah untuk
membantu bumi kita yang sedang
menderita akibat pemanasan global
dan penggunaan bahan-bahan yang
tidak boleh dikitar semula,” katanya
semasa Majlis Pra Pelancaran
ConvEx’08
di
QueensBay
Mall di sini baru-baru ini.
Majlis
pra
pelancaran
tersebut
telah
menyaksikan
acara konvoi berbasikal yang
disertai oleh 40 pelajar yang juga
penyelaras ConvEx’08 bermula
dari QueensBay Mall ke Bukit
Jambul sebelum tamat di USM.
Upacara Konvokesyen Ke38 yang akan berlangsung pada
14 hingga 17 Ogos 2008 ini
menyaksikan
penganugerahan
ijazah kepada lebih 7,000
graduan dan akan dirasmikan
oleh Canselor USM , Duli
Yang Maha Mulia Tuanku Syed
Sirajuddin
Ibni
Al-Marhum
Tuanku Syed Putra Jamalullail.
TNC HEAA melepaskan peserta konvoi semasa pra pelan pelacancaran ConvEx’08.
e-Daftar
disambut baik
1690
bilangan
tertinggi
dicatatkan
Pusat
Pengajian
Pendidikan
“
85
peratus pelajar
yang mendaftar
37
hari tempoh
mendaftar
98
peratus
tertinggi
dicatatkan
Pusat
Pengajian
Kesihatan
Sistem yang julung kali diperkenalkan itu mendapat
sambutan membanggakan serta di luar jangkaan.”
-Mohd Azizudin Mohd Shariff
Berita selanjutnya di halaman-5
2
BK Meja Editorial
BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008
AUKU: Pinda Atau Mansuh
K
esepian Politik Kampus
selepas Pemilihan Majlis
Perwakilan Pelajar tahun
lalu kembali bergelora pada awal
bulan ogos ini berikutan kenyataan
Menteri Besar Selangor, Tan Sri
Khalid Ibrahim yang menyarankan
supaya 10 % kemasukan pelajar ke
Universiti Teknologi Mara (UITM)
dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera. Lantaran dari kenyataan
tersebut pelbagai pihak telah memberi reaksi mereka tentang cadangan Khalid terutamanya pihak pentadbir UITM, pemimpin politik ,
Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan
lain-lain lagi berdasarkan semangat
dan prinsip perjuangan mereka.
Kemuncak manifestasi bantahan cadangan ini ialah apabila seramai 5000 orang pelajar UITM telah
berarak ke bangunan SetiausahKerajaan Negeri Selangor pada
12 Ogos lalu untuk membantah
cadangan tersebut. Bantahan yang
berterusan telah digerakkan oleh
mahasiswa dan mahasiswi cawangan UITM di seluruh Negara.
Selang seminggu kemudian
pada 18 ogos 2008, sekumpulan pelajar yang mengelarkan diri mereka
sebagai Gerakan Mahasiswa Mansuh Auku (GMMA) telah menga-
dakan perhimpunan di pintu masuk
bangunan Parlimen yang membantah pindaan yang disifatkan mereka
sebagai pindaan kosmetik. Sebaliknya, mereka menuntut supaya
AUKU dimansuhkan terus kerana
dianggap sebagai mengongkong
kegiatan pelajar. GMMA telah
membawa patung mayat sebesar
saiz manusia yang dikafankan dengan kain putih diusung dari depan
pintu bangunan Parlimen ke pinggir Tugu Peringatan Negara bersamakain rentang unrtuk membantah
AUKU. Mereka cuba menggunakan alat pembesar suara tetapi pihak
berkuasa tidak membenarkannya.
GMMA juga membantah tindakan pelajar UITM yang dibenarkan menggunakan pembesar suara
sedangkan mereka dilarang sama
sekali menggunakan alat tersebut.
Di sini hal yang ingin diketengahkan ialah mengenai kewajaran
perhimpunan dan demonstrasi yang
telah diadakan itu dan bukannya
ingin mengulas cadangan Khalid
yang telah dianggap oleh sesetengah pihak sebagai telah dipolitikan
untuk kepentingan pihak tertentu.
Persolannya adakan kegiatan
ini tidak menyalahi AUKU? Hal ini
timbul kerana tiada tindakan yang
diambil terhadap pelajar-pelajar
UITM yang diketuai oleh Majlis
Perwakilan Pelajar yang mengadakan demonstrasi tersebut. Pada
20hb ogos lalu, Naib Canselor
UITM akur dengan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
supaya pelajar-pelajar yang mengadakan demonstrasi tersebut diambil
tindakan yang sewajarnya kerana
pada mulanya Gabungan Pelajar
Melayu Semenanjung (GPMS)
cuba untuk mempertahankan pelajar- pelajar tersebut. Namun,
sehingga kini masih belum ada sebarang tindakan yang diambil oleh
UITM terhadap pelajar- pelajar
terbabit.
Mungkin kejadian ini ada hikmahnya terutamanya dalam proses
Kemneterian Pengajian Tinggi
(KPT) membuat pindaan AUKU.
KPT perlu mengambil inisiatif
terbaik dengan mengambil kira
semua kejadian yang berlaku ini
dalam membuat keputusan samada
AUKU dipinda sahaja atau dimansuhkan terus. Disamping itu, semua
IPTA haruslah membuat pendirian
yang seragam tentang perkara ini
supaya pelajar tidak terus keliru.
erpaduan Teras Kejayaan’
itu tema sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke51. Namun bulan kemerdekaan
pada tahun ini seolah-olah hambar tidak seperti tahun-tahun sebelumnya yang lebih meriah dengan sambutan Jubli Emas.
Mungkinkah fenomena ini
berlaku disebabkan kenaikan kos
sara hidup dan peningkatan harga
minyak? Atau apakah disebabkan
tiada pemberian Jalur Gemilang
percuma secara besar-besaran
seperti tahun-tahun sudah? Atau
mungkinkah rakyat sudah berasa
selesa dan alpa dengan kemewahan yang dikecapi kini?
Sememangnya
tarikh
31 Ogos perlu diingati seluruh
warga Malaysia bukan hanya
untuk mengimbau sejarah ke-
merdekaan dan perit getir pejuang
kemerdekaan tetapi perasaan cintakan negara perlu disemai kukuh
di hati. Perpaduan dan keharmonian mesti dipertahankan agar negara
terus maju dan dihormati dunia.
Semua pihak terutamanya
golongan mahasiswa perlu memelihara kemerdekaan dan mengukuhkan perpaduan tanpa mengira
kaum, ras, agama dan warna kulit
dengan pelbagai aktiviti yang boleh
mengeratkan hubungan silaturahim.
Mahasiswa
perlu
memiliki semangat patriotisme yang
tinggi bagi mengharungi dunia global yang lebih mencabar.
Usia ke-51 tahun ini sepatutnya
menyedarkan mahasiswa agar berfikiran lebih matang dan gigih dalam
menuntut ilmu bukannya menjadi
alat propaganda sesetengah pihak
yang mempunyai agenda tersendiri.
Bertepatan dengan tema “Perpaduan Teras Kejayaan” mahasiswa seharusnya memantapkan
perpaduan dan terus berusaha
gigih untuk mencapai kejayaan.
Pengorbanan generasi terdahulu
yang sanggup berkorban harta dan
nyawa perlu dijaga generasi kini.
Sambutan kemerdekaan kali ini
yang jatuh hampir dengan bulan
Ramadan Al-Mubarak sepatutnya
mengajar mahasiswa erti kesyukuran. Perasaan syukur kerana di
lahirkan sebagai rakyat Malaysia.
Berita Kampus mengucapkan
Selamat Hari Kemerdekaan dan kepada umat Islam, Selamat Menjalani
Ibadah Puasa. Semoga Ramadan
kali ini memberi seribu pengertian.
Sambutan Kemerdekaan Hambar
‘P
Berita Kampus Jilid 38
Penasihat/Pensyarah
Tuan Haji Haroon Hj Awang
Timbalan Ketua Penyunting
Azila Bt Adonia
Pembantu Khas
Encik Izaham Musa
Ketua Atur Letak
Hang Kean Lee
Ketua Pengarang
Mohd Hafizee B Mohd Arop
Pengurus Iklan
Siti Fatimah Bt Yazid
Timbalan Ketua Pengarang
Mohd Firdaus B Ismail
Nur Azira Bt Abdullah
Pengurus Pemasaran
Nor Azmaliza Bt Mohd Yasin
Ketua Penyunting
Efarhana Bt Adenan
Wartawan
Adila Sharinni Wahid
Ahmad Yusri Yusoff
Asmahanim Amir
Chan Siang Ling
Chia Lee Ching
Christina Bakar
Eo Pee See
Fadzilla Hernani Mohd Janis
Farah Musa
Jauhariatul Akmal Johar
Ku Alnawirah Ku Ismail
Lau Chao Yi
Mahiran Hj Ismail
Maria Drahman
Muhammad Nurul Firdaus Ali
Muhammad Nur Hapis
Noor Hafiza Che Abdullah
Sebutir Perak Olimpik
Dan Sesuram Kompleks
Sukan
Selepas 12 tahun tidak
berpingat pada Temasya Olimpik,
akhirnya pada 17 Ogos lalu, Lee
Chong Wei berjaya menoktahkannya. Sekalipun tewas kepada Lin
Dan dalam perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki, namun kejayaannya mara ke final
dan meraih sebutir pingat gangsa
adalah satu pencapaian yang sangat
bermakna kepada negara. Susulan
daripada kejayaan itu, mencurahcurah ganjaran yang telah dan bakal
diterima oleh jagoan yang berasal
dari Bukit Mentajam itu. Selepas
tersenyum lebar kerana menerima
ganjaran RM300 000 diatas pencapaian pingat perak itu, Chong Wei
kini menanti hari untuk bergelar
Datuk (menjadi atlet kedua di Pulau
Pinang selepas Nicol David mencatat sejarah menjadi atlet termuda
di Pulau Pinang menerima gelaran
tersebut pada Jun lalu).
Tegasnya, bidang sukan yang
sememangnya memerlukan disiplin
serta pengorbanan yang bukan sikit
mampu memberi jaminan untuk
meneruskan kelangsungan hidup
jika dilakukan dengan bersungguhsungguh. Lihatlah juga bagaimana
Negara-negara yang masih dianggap sebagai antara yang termundur di dunia seperti Kenya mampu
megah di Olimpik Beijing baru-baru
ini apabila atletnya berjaya meraih
lima pingat emas. Bagaimana pula
dengan situasi sukan di kampus
ini? Setelah 40 tahun ditubuhkan,
adakah kita telah berada pada tahap yang hebat dan sepadan dengan
usia penubuhannya? Pencapaian
lesu pada kejohanan Majlis Sukan
Universiti-universiti Malaysia (Masum) yang lalu seolah-olah memberi
jawapan. Prestasi kontingen Universiti Sains Malaysia (USM) masih
lagi tidak sepadan dengan usianya
malah kita tewas kepada universitiuniversiti yang lebih “hijau” seperti
Universiti Teknologi Mara( UiTM)
dan juga Universiti Utara Malaysia.
Itulah rumusannya walaupun agak
pahit un tuk ditelan. Mengapakah
situasi ini berlaku, adakah kita
kekurangan fasiliti sukan? Jawapannya pasti kerana Kompekls Sukan yang tersergam indah itu sudah
pasti mampu menjadi gelanggang
yang mampu melahirkan atlet-atlet
yang berpontensi untuk membawa
cabaran universiti. Namun apa yang
berlaku adalah sebaliknya, kemudahan-kemudahan itu seolah-olah
dipandang sepi sahaja oleh warganya, hanya beberapa kerat sahaja
daripada lebih sepuluh ribu pelajar
yang menggunakan kemudahan
itu. Adakah kesibukan sebagai pelajar benar-benar menghalang kita
untuk aktif bersukan pada sebelah petang atau lebih enak tidur di
desasiswa masing-masing. Itulah
yang harus direnungkan dan juga
mungkin menjadi cabaran kepada
Unit Sukan sendiri supaya lebih
proaktif dalam usaha melahirkan
atlet yang mampu menyumbang
kepada gemilang universiti.
Walau bagaimanapun, kejayaan Skuad Hoki yang kembali
menempatkan diri ke divisyen
satu Liga Hoki Msum sedikit sebanyak memberi tonik kepada
perkembangan sukan universiti.
Selepas tersingkirnya ke divisyen
dua pada musim ini dan sekadar
bersaing dengan pasukan-pasukan
“hingusan”, pemegang-pemegang
kayu yang membawa cabaran universiti itu kembali menunjukkan
taring dengan mengamuk “sakan”
membelasah lawannya di divisyen
dua. Kembalilah mereka ke divisyen satu bolehlah dianggap sebagai sirih pulang ke gagang kerana
disitulah seharusnya kita berada
bersaing bersama pasukan- pasukan elit lain seperti Universiti Malaya. Cuma apa yang diharapkan,
prestasi cemerlang lagi gemilang
itu mampu konsisten agar sekali
lagi tidak menjadi pasukan belasahan. Selamat bersukan dan sentiasa
ingatlah “together we serve the best
to our university”.
Akhbar Makmal Kewartawanan
Bilangan 3
Noor Hajidah Hassan
Nor Malini Mohamad
Nor Hazwani Hamat
Nur Azimah Zulkafli
Nurain Azmi
Nurul Nadia Hamid
Radhiah Mohammad
Sakinah Alias
Siti Harisah Abdullah
Siti Jumaayah Abdol Samat
Siti Mahfuzah Othman
Siti Nurul Zahra Hamdan
Sitie Nurhajartulziemah Mohd
Nor
Tan Eng Lan
Vega Aulia Pradipta
Wan Norhaspalela Wan Ishak
Yusrina Mokhtar
Yasmalisa Yazid
Yusrina Mokhtar
Penyelaras Iklan
C.J Wong
Cindy Mahasen
Tang Jia yi
Berita Kampus adalah akhbar makmal penuntut tahun akhir pengkhususan
kewartawanan, Pusat pengajian Komunikasi, USM. Ia bukan pendirian dan pandangan
rasmi Universiti Sains Malaysia.
SekitarKampus BK
BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008
PTPTN LEWAT
3
Pelajar Tuding Jari Kepada MPP
Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop
Nor Hajidah Hassan
K
emasukan
wang
Perbadanan
Tabung
Pengajian Tinggi Nasional
(PTPTN) untuk semester 1 sidang
2008/ 2009 Universiti yang masuk
enam hari lewat berbanding sem
lepaas menimbulkan pelbagai
kritikan
yang
seakan-akan
menyalahkan kepimpinan Majlis
Perwakilan Pelajar 2007-2008.
YangDipertuaMajlisPerwakilan
Pelajar USM, Sdr. Muhammad
Syukri Ibrahim menjelaskan, isu
kelewatan PTPTN disebabkan
sistem penggiliran.
“Pada semester dua sidang
2006/2007, PTPTN lewat dua
minggu, semester dua sidang
2007/2008 PTPTN tiga hari awal
dan pada semester ini tiga hari
lewat. Hal ini berlaku disebabkan
sistem penggiliran dimana semester
isu ini.
“Bukan MPP yang tentukan
wang
PTPTN masuk awal, kita
tentukan wang PTPTN
hanya mampu memohon supaya
wang PTPTN dimasukkan awal
masuk awal, kita hanya
dan tidak mempunyai kuasa untuk
mampu memohon supaya menetapkan tarikh bila PTPTN
masuk,” ujarnya lagi.
Seorang pelajar yang ditemubual,
wang PTPTN dimasukkan
Saudara Mohd Shahrezz B.
awal dan tidak mempunyai Encharang, Sains Kemasyarakatan
3 berpendapat isu kelewatan tiga
hari wang PTPTN bukanlah suatu
kuasa untuk menetapkan
isu yang perlu diperbesarkan pelajar
tarikh bila PTPTN masuk.” kerana PTPTN untuk kali ini hanya
lewat tiga hari dari tarikh pelajar
sebelum ini kita dapat tiga hari awal mendaftarkan diri.
dan semester ini tiga hari lewat, ”
“Tidak patut salahkan MPP
katanya.
tentang isu ini kerana MPP telah
Syukri turut menjelaskan bahawa berusaha tetapi yang menetapkannya
MPP telah menghantar surat untuk ialah organisasi lain, saya sebagai
mempercepatkan
kemasukan pelajar memang memahami situasi
wang PTPTN untuk semester ini tersebut,”. katanya.
pada bulan lima yang lalu. Beliau
Wang PTPTN telah dimasukkan
berharap pelajar bersyukur dan ke dalam akaun pelajar pada 10 Julai
tidak menyalahkan MPP berkenaan 2008 iaitu 3 hari lewat dari tarikh
permulaan pengajian.
“Bukan MPP yang
Pelajar Bukan Islam
Dialukan Sertai PPMUSM
P
ergerakan
Perkhidmatan
Masyarakat
Universiti
Sains Malaysia (PPMUSM)
mengalu – alukan semua pelajar
terutamanya pelajar bukan Islam
untuk turut serta dalam aktiviti
- aktiviti yang akan diadakan
sepanjang sidang ini.
Menurut Yang di Pertua
PPMUSM, Sdra. Mohd. Saiful
Afindi
Sulaiman,
PPMUSM,
pihaknya
berhasrat
untuk
melibatkan semua warga kampus
pelbagai kaum untuk memberi
sumbangan idea dalam membantu
masyarakat.
“ Kami cuba menyedarkan
mahasiswa tentang tanggungjawab
mereka terhadap masyarakat di
samping tanggungjawab hakiki
yang patut dilaksanakan sebagai
seorang pelajar,” katanya.
Saiful berkata, PPMUSM
sebenarnya
berusaha
mengupayakan kesedaran dan
mencetuskan tindakan mahasiswa
untuk memartabatkan identiti serta
maruah masyarakat dan menjadi
pelapis dalam membela masyarakat
berdasarkan Al-Quran dan AsSunnah.
“ Atas kesedaran bahawa
mahasiswa sebahagian daripada
masyarakat,
kami
berusaha
memberi
sumbangan
kepada
masyarakat biarpun PPMUSM ini
bukanlah suatu persatuan besar
dan gah di mata warga kampus,”
katanya ketika ditemui Berita
Kampus (BK) baru-baru ini.
Tambahnya, PPMUSM akan
menganjurkan program Mahasiswa
Turun Sekolah (MTS) di Sekolah
Menengah Sultan Idris Shah II,
Gerik, Perak pada 8 Ogos ini
bagi
menyelami permasalahan
pelajar masyarakat Orang Asli
seterusnya mencetuskan idea dalam
menyelesaikannya. Warga kampus
yang berminat amat dialu-alukan.
Selain itu, PPMUSM juga akan
menganjurkan program seperti
Mahasiswa Bersama Masyarakat,
Kem Anak-Anak Sejahtera dan
Permata Hidayah akan diadakan
sepanjang sidang ini, jelasnya.
“Biarpun kehadiran PPMUSM
tidak dikenali, tetapi dengan
kehadiran kami menerusi pelbagai
program, akan dirasai,”tambahnya.
Aktiviti Menarik Untuk Ahli
P E R M ATA
Perkumpulan
Mahasiswa
Terengganu (PERMATA) pada
sidang ini melantik 59 exco dan
penolong serta mengatur beberapa
aktiviti menarik sepanjang semester ini.
PERMATA turut membuka
kaunter pendaftaran di Foyer Dewan Kuliah bermula 14 sehingga
18 Julai lepas untuk mengalakkan
penyertaan pelajar-pelajar baru bukan sahaja dari negeri Terengganu
malah terbuka kepada semua yang
berminat menyertai persatuan itu.
Yang Di Pertua Permata, Mohd
Zuhairi Mohd Ikmal berkata setakat
ini penyertaan daripada pelajar baru
amat memberangsangkan.
“PERMATA akan terus membuka penyertaan ini memandangkan
maklum balas yang diterima amat
menggalakkan dan tidak menghalang sesiapa yang ingin menyertai
kami walaupun ada segelintir yang
bukan datang dari negeri pantai
timur ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Berita Kampus ketika ditemui
baru-baru ini.
Jelasnya lagi, matlamat penubuhan Permata ialah untuk menjaga
kebajikan pelajar yang berasal dari
Terengganu dan ahlinya.
Zuhairi berkata, Permata telah
menubuhkan sekretariat baru untuk
sidang ini terdiri daripada Majlis
Tertinggi seramai lima orang dan
pemilihan tersebut adalah berdasarkan komitmen yang mereka berikan
pada sidang lepas.
Permata juga akan mengadakan
Hari Interaksi merupakan aktiviti
pertama persatuan tersebut bertujuan untuk memperkenalkan sekretariat Permata yang baru kepada
ahli-ahlinya.
“ Saya berharap segala program
yang telah diatur mendapat sambutan yang mengalakkan dari semua
pihak,” katanya.
Mohd Syukri Ibrahim, YDP Majlis Perwakilan Pelajar
Kuota Baru Biasiswa
JPA Mencukupi
K
erisauan
pelajar
Bumiputera
tentang
keputusan
Jabatan
Perkhidmatan
Awam
(JPA)
merombak kuota biasiswa barubaru ini adalah berikutan kurang
kefahaman mengenai peranan
sebenar jabatan berkenaan.
Menurut Pengerusi Rancangan
Sains Politik, Pusat Pengajian
Sains
Kemasyarakatan,
Dr.
Azeem Fazwan Ahmad Farouk,
kebanyakan pelajar Bumiputera
berasa bimbang kerana kurang jelas
akan fungsi sebenar JPA, selain isu
berkenaan sering dipolitikkan oleh
pihak-pihak tertentu.
“JPA bukanlah satu-satunya
institusi
yang
menawarkan
biasiswa untuk pelajar Bumiputera.
Seharusnya pelajar tidak berasa
bimbang kerana perkara ini tidak
bercanggah dengan perlembagaan
Malaysia atau mengenepikan hakhak kaum Bumiputera.”
“Saya berpendapat JPA perlu
melaksanakan tindakan ini untuk
mengambil kira kepentingan semua
golongan kerana jabatan berkenaan
bertindak sebagai satu institusi
yang
memberi
perkhidmatan
awam,” kata beliau ketika diminta
mengulas keputusan JPA menambah
kuota biasiswa bagi pelajar bukan
Bumiputera kepada 45 peratus
daripada 10 peratus sebelum ini.
Menurut beliau lagi, institusi
sedia
ada
seperti
Amanah
Rakyat Malaysia (MARA) telah
mnyediakan kuota biasiswa 100
peratus untuk pelajar Bumiputera.
Oleh itu, JPA sebagai institusi yang
berkhidmat kepada rakyat perlu
bersikap adil dalam menyediakan
perkhidmatan seperti penawaran
biasiswa.
Walaubagaimanapun, tinjauan
Berita Kampus mendapati bahawa
masih ada pelajar Bumiputera yang
tidak bersetuju dengan keputusan
JPA berkenaan.
FairuzRidzuan, Sains Komputer,
3, berkata beliau tidak bersetuju
dengan tindakan JPA berkenaan
kerana merasakan hak Bumiputera
diketepikan.
“Saya merasakan tindakan
ini adalah tidak adil bagi
pelajar Bumiputera dan ini akan
menimbulkan rasa tidak puas hati
dalam kalangan pelajar Bumiputera
yang merasakan hak mereka
diketepikan ,” katanya
Sementara itu, YDP Majlis
Perwakilan Pelajar Universiti
Sains
Malaysia
(MPPUSM),
Mohd Syukri Ibrahim berpendapat
bahawa perwakilan berkenaan
tidak boleh campur tangan dalam
isu berkenaan kerana ia melibatkan
dasar kerajaan.
“Pihak MPP tidak akan campur
tangan dalam isu berkenaan kerana
kerajaan boleh menilai sendiri
kebaikan atau keburukan keputusan
tersebut. Bagi saya, langkah ini
sebenarnya dapat mewujudkan
persaingan sihat antara pelajar,”
katanya.
4
BK SekitarKampus
BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008
Pelajar Antarabangsa
Terima Biasiswa Pelan
Colombo
NC sarankan
pelajar berjimat T
Oleh
Ahmad Yusri Yusoff
Nur Azimah Zulkafli
M
ajlis Perwakilan Pelajar
Universiti
Sains
Malaysia (MPPUSM)
menyeru semua persatuan dan
pertubuhan berdaftar universiti
ini supaya menerima saranan Naib
Canselor untuk mengurangkan
tempahan pakaian persatuan,
selari dengan Dasar Penjimatan
Universiti yang dilaksanakan
baru-baru ini.
Yang Dipertua MPPUSM,
Muhammad Syukri Ibrahim,
berkata pihak beliau memuji
tindakan
Pembantu
Pelajar
Minggu Suaikenal (PPMS) yang
menjadi pertubuhan pertama di
USM yang melaksanakan saranan
tersebut apabila mengurangkan
yang ditunjukkan oleh PPMS
dengan mengurangkan tempahan
pakaian seperti kemeja T bagi
aktiviti persatuan,” katanya dalam
satu pertemuan dengan Berita
Kampus, baru-baru ini.
Beliau
berkata
demikian
sebagai mengulas saranan Naib
Canselor USM, Prof. Tan Sri
Datuk Dzulkifli Abd Razak
yang
menyarankan
kepada
semua persatuan dan pertubuhan
berdaftar USM untuk berjimatcermat.
Ditanya mengenai reaksi
yang mungkin diterima berikutan
kemeja T sering menjadi identiti
sesebuah
persatuan,
Syukri
berkata mereka masih boleh
menempah pakaian berkenaan,
tetapi
disarankan
supaya
mengekalkan rekaan sedia ada.
“Dengan mengekalkan rekaan
pakaian sedia ada, hanya ahli
baru persatuan perlu membelinya,
sementara ahli-ahli lama yang
sudah memiliki pakaian berkenaan
tidak perlu berbuat demikian,”
katanya.
Selain itu, Syukri turut
mencadangakan agar majlis makan
malam persatuan tidak diadakan
di hotel, sebaliknya dilakukan di
dalam kawasan universiti seperti
di dewan bankuet atau di Dewan
Utama Desasiswa Restu, Saujana,
Tekun.
Langkah berkenaan boleh
mengelakkan
pembaziran
kerana dapat menjimatkan kos
pengangkutan,
selain
dapat
memanfaatkan kemudahan yang
disediakan oleh pihak universiti
untuk semua pelajar.
iga pelajar antarabangsa
program Ijazah Tinggi
Universiti Sains Malaysia
(USM) mencipta sejarah apabila
diumum sebagai penerima sulung
biasiswa Pelan Colombo 2008.
Pelajar dari Iran, Sri
Lanka dan Bhutan itu merupakan penerima pertama yang dipilih oleh Sekretariat Pelan Colombo (SPC) yang telah beroperasi
di rantau ini sejak lebih 50 tahun
yang lepas dan telah menyumbang lebih RM 400,000 biasiswa.
Naib Canselor USM, Prof.
Tan Sri Datuk Dr Dzulkifli Abdul
Razak berkata, kejayaan meraih
biasiswa itu bermula setelah termeterainya memorandum persefahaman (MoU)
pembangunan
akademik antara USM dengan Sekretariat Pelan Colombo pada 2006 .
“Melalui biasaiswa tersebut penerima akan memperoleh fae-
PPIP Kurangkan
Pengambilan
Pelajar Bar u
P
Pelajar-pelajar baru mendengar taklimat di dalam dewan kuliah sempena minggu
orientasi.
dah perbelanjaan bulanan sebanyak
RM 1,000 sebulan, pengecualian
tertentu, tiket kapal terbang pergi
balik percuma, elaun buku, elaun
tesis, “ katanya ketika ditemui pada
satu sidang akhbar di sini hari ini.
Seramai
9,400 orang
berjaya diberi pendedahan dan
latihan dalam pelbagai jenis program di bawah kelolaan SPC sejak 1995. Antara negara-negara
yang tersenarai sebagai penerima
di bawah program-program Pelan
Colombo ialah Mongolia, Jepun
Timur, Fiji, Australia dan India.
Sementara itu, Setiausaha
Agung SPC, Patricia Yoon-Moi
CHIA yang juga merupakan Setiusaha Agung SPC pertama dipilih dari Malaysia berkata, SPC
dalam proses tranformasi untuk
melaksanakan pelbagai pengisian program yang lebih bersesuaian dengan kehendak semasa.
engurangan
pengambilan
pelajar baru oleh Pusat
Pengajian Ilmu Pendidikan
(PPIP) pada tahun ini berbanding
tahun lepas bertujuan memberi
peluang kepada PPIP untuk
mengutamakan Ijazah Lanjutan
(post-graduate).
Menurut Timbalan Dekan
(Akademik dan Pembangunan)
Pelajar Pusat Pengajian Ilmu
Pendidikan, Prof. Madya Dr.
Munirah
Ghazali,
bilangan
pengambilan pelajar ditentukan oleh
Kementerian Pengajian Tinggi, dan
PPIP tidak mengehadkan bilangan
tersebut.
“Bilangan pengambilan
pelajar baru bergantung kepada
unjuran
dan
permintaan
Kementerian Pengajian Tinggi,”
kata beliau kepada Berita Kampus
baru-baru ini.
Menurut
beliau,
kekurangan bilangan pelajar baru
memberi peluang kepada PPIP
untuk lebih mementingkan Ijazah
Lanjutan,
supaya
penekanan
dapat diberikan dalam bidang
penyelidikan.
Tambahnya, kekurangan
bilangan
pelajar
tidak
mempengaruhi bilangan bakal guru
kerana masih terdapat universiti
lain yang menawarkan khusus
pendidikan untuk pelajar baru.
Sistem Wireless Akan Dipertingkat
Oleh Farah Musa
Jauhariatul Akmal Johar
P
enambahan liputan untuk
kemudahan
mengakses
internet
di
desasiswadesasiswa Universiti Sains Malaysia
(USM) khususnya di Restu, Saujana
dan Tekun (RST) termasuk desasiswa
lain yang berada dalam kampus
kini dalam peringkat perancangan
bagi
memberi
perkhidmatan
terbaik
kepada
penghuninya.
Menurut Ketua Unit Rangkaian
Pusat Pengetahuan Komunikasi
dan Teknologi (PPKT) USM, Encik
Ahmad Fadhlul Irham Yusoff,
liputan mengakses internet akan
diperluas kepada 80 peratus selewatlewatnya penghujung semester
ini dalam usaha meningkatkan
mutu
perkhidmatannya.
“ Pelan rancangan telah
disediakan, cuma memerlukan masa
untuk bertindak bergantung kepada
persetujuan pihak universiti. Pelbagai
aspek perlu diteliti dan diberi perhatian
memandangkan bukan sedikit kos
yang terpaksa diperuntukan bagi
memperluas liputan wireless di
setiap desasiswa dan keseluruhan
kawasan
universiti,”
katanya.
Katanya, pihak PPKT sentiasa
berusaha
memperbaiki
mutu
perkhidmatan sistem internet di
USM bagi memastikan pelajar dan
kakitanganuniversitidapatmengakses
internet dengan lancar dan berpuas
hati terhadap perkhidmatan internet
yang dibekalkan secara percuma ini.
“ Projek yang bakal dijalankan ini
mengambil masa antara dua hingga
tiga bulan memandangkan kami
perlu mengikut prosedur-prosedur
yang telah ditetapkan. Setiap
perancangan perlu mengambil kira
pemprosesan dokumen dan proses
perolehan daripada vendor,” jelasnya.
PPKT turut menyediakan
komputer yang dilengkapi rangkaian
internet di setiap blok desasiswa
dan pihak desasiswa seharusnya
menggunakan
kebijaksanaan
sendiri dalam memainkan peranan
bagi memastikan operasi kafe
siber berkenaan berjalan lancar.
“ Kami sedaya mungkin cuba
memberi
keutamaan
kepada
pelajar
dalam
menyediakan
perkhidmatan
terbaik
demi
kepuasan
semua,”
ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam
satu pertemuan bersama Berita
Kampus baru-baru ini ketika diminta
mengulas rungutan pelajar tentang
perkhidmatan wireless di desasiswa
yang mengecewakan.
Menurut
Sdri.
Latifah
Ahmad, Pendidikan Khas 3,
perkhidmatan wireless di blok RST
kurang memuaskan terutamanya
di
dalam
bilik
penghuni.
“ Saya agak kecewa dengan
perkhidmatan internet, susah dapat.
Malah terpaksa tunggu berjamjam di tangga mahupun koridor
bagi mengakses internet. Itupun
belum tentu dapat,” katanya
memberi reaksi terhadap tahap
perkhidmatan internet di desasiswa.
Latifah
turut
menjelaskan
walaupun menghadapi kesukaran
dalammengaksesinternet,tetapibeliau
mendapati ada sedikit peningkatan
mutu berbanding semester lepas.
Sdri. Nor Ez-zatul Hanani
Mohamed Rosli, Komunikasi 1, dari
Desasiswa Restu berkata, dia turut
menghadapimasalahyangsamadalam
menggunakan perkhidmatan internet.
“Semasa mahu mengisi borang
permohonan Perbadanan Tabung
Pendidikan
Tinggi
Nasional
(PTPTN), saya terpaksa cuba
berkali-kali kerana kelemahan sistem
liputan internet di sini,” katanya.
Sementara itu, pihak PPKT
mengharapkan agar pelajar dapat
menggunakan
perkhidmatan
pengaksesan internet percuma ini
dengan betul dan dimanfaatkan
untuk perkara-perkara berfaedah.
SekitarKampus BK
BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008
5
85% Pelajar Aplikasi Sistem E-Daftar
Pelajar Manfaat Kemudahan Baru
Oleh Adilla Sharini Wahid
Nor Hazwani Hamat
S
ebanyak 85 peratus pelajar
telah mendaftar melalui
sistem E-Daftar pada sidang
akademik 2008/2009 yang mula
diperkenalkan 1 Jun lalu.
Penolong Pendaftar Kanan
Unit Pemprosesan Data dan Rekod
Universiti Sains Malaysia (USM),
En. Mohd Azizudin Mohd Sharif
berkata, sistem yang julung kali
diperkenalkan mendapat sambutan
di luar jangkaan daripada pelajar.
“Sistem online E-Daftar yang
baru diperkenalkan ini bertujuan
memudahkan pelajar membuat
pendaftaran kursus tanpa pergi ke
Pusat Pengajian masing-masing.
Melalui E-Daftar ini pelajar
boleh melayari secara terus ke
laman web Kampus Sejahtera
dalam tempoh yang ditetapkan,”
katanya.
Azizudin berkata demikian
ketika ditanya oleh Berita Kampus
mengenai sambutan E-Daftar yang
diterima oleh pelajar baru-baru ini.
“Menurutnya lagi, sistem
E-Daftar yang dibuka selama
sebulan masih dianggap baru dan
sememangnya ia akan memberi
sedikit masalah kepada pelajar
semasa mereka mendaftar kursus.
MUDAH: Pendaftaran dalam talian mudah dan mesra pengguna.
“Masalah yang yang akan
dihadapi oleh pelajar seperti sukar
untuk mendaftar masuk ke laman
web ‘healthycampus’ kerana lupa
kata laluan mereka, ketidakpastian
kursus minor yang ditawarkan oleh
Pusat Pengajian lain, menyemak
jadual waktu dan masalah
teknikal,” katanya.
Azizudin berkata, pihaknya
akan berusaha memperbaiki dan
meningkatkan lagi perkhidmatan
Pelajar beri reaksi positif
E-Daftar Dapat
Sambutan
P
erlaksanaan
Sistem
Pendaftaran
Dalam
Talian
(E-Daftar)
Universiti Sains Malaysia
(USM), bermula 1 Jun lalu
mendapat pujian pelajar. Sistem
yang baru diperkenalkan pada
sidang akademik sesi 08/09
itu mencatat sambutan diluar
jangkaan pihak universiti.
Menurut Sdri. Masyitah
Hasan, Perumahan, Bangunan
dan Perancangan, 2, sistem
baru ini memudahkan pelajar
mendaftar kursus yang bakal
diambil untuk semester depan.
Para pelajar juga tidak perlu
lagi untuk bersesak-sesak dan
beratur di pusat pengajian
masing-masing.
“Sistem ni bagus dan
sistematik. Pelajar mungkin
sukar
untuk
menentukan
kursus yang ingin diambil dan
mungkin ingin berbincang dengan
rakan-rakan
terlebih
dahulu
dan sekurang-kurangnya kami
tidak lagi perlu beratur menuggu
giliran untuk mendaftar di pusat
pengajian.
“Kerja kami juga lebih
mudah dalam mendaftar dan
menggugurkan
kursus-kursus
yang dipilih kerana E-Daftar tidak
lagi memerlukan tandatangan
Penasihat Akademik (PA) sebagai
kebenaran
untuk
tindakan
menggugur dan menambah kursus
dalam sistem pendaftaran kami,”
jelas Sdri.Masyitah.
Dalam pada itu, ada segelintir
pelajar yang dihalang dari
menggunakan sistem ini. Pelajar
bertaraf akademik P1 dan P2
disaran
untuk
menggunakan
sistem pendaftaran secara manual
di pusat pengajian masing-masing
seperti sebelum ini.
Menurut Penolong Pendaftar
Kanan Unit Pemprosesan Data
dan Rekod USM, En. Mohd
Azizudin Mohd Shariff, pihak
universiti berbuat demikian kerana
mahu pelajar bertaraf P1 dan P2
berjumpa terus dengan PA mereka
untuk menyelesaikan masalah
akademik yang mereka hadapi.
“Kita mahu mereka terus
berhubung dengan PA masingmasing
dalam
membuat
perancangan pengajian yang lebih
teliti untuk memperbaiki status
akademik mereka di masa depan,”
kata Azizudin.
Sebelum ini sistem pendaftaran
online terdahulu memerlukan
semua
pelajar
mendapatkan
tandatangan PA bagi melayakkan
data mereka diproses untuk
pengguguran dan penambahan
kursus online di pusat pengajian
masing-masing.
sistem online ini bagi mengelak
masalah yang sama berulang.
“Sekiranya pendaftaran ini
mendapat sambutan yang lebih
menggalakkan pada semester akan
datang, kami akan berusaha untuk
menambah baik sistem pangkalan
data bagi memudahkan pelajar
mendaftar,” katanya.
Berdasarkan analisa yang dibuat,
peratusan pelajar yang paling tinggi
mendaftar secara online ialah Pusat
Pengajian Kesihatan sebanyak
98 peratus, Pusat Pengajian
Kejuruteraan Kimia 97 peratus,
Pusat Pengajian Komputer dan
Pusat Pengajian Farmasi mencatat
peratusan yang sama 95 peratus.
“Kami
tidak
menyangka
sambutan yang diberikan oleh
pelajar
sangat
menggalakkan
dengan rekod analisa yang agak
tinggi,” katanya.
Sementara itu, beliau juga
turut mengulas mengenai peranan
Penasihat
Akademik
(PA)
setelah sistem online E-daftar
diperkenalkan.
Walaupun
adanya
sistem
online E-daftar, khidmat PA masih
diperlukan lagi bagi memberi
khidmat nasihat kepada pelajar
untuk memilih kursus yang
bersesuaian dengan mereka.
“Peranan PA bukan hanya
sekadar menandatangani borang
pendaftaran kursus tetapi juga
mereka lebih membantu pelajar
dalam aspek akademik.
“Pelajar
juga
seharusnya
berbincang terlebih dahulu dengan
PA mereka sebelum mendaftar
kursus yang akan diambil pada
B e n g ke l
KRISALIS
Dingin
P
enyertaan
pelajarpelajar
tahun
satu
sidang
2008/2009
dalam bengkel KRISALIS
yang dijalankan oleh pihak
Perpustakaan Hamzah Sendut
(PHS) masih kurang daripada
80 peratus biarpun mereka
mendapat arahan daripada
pusat
pengajian
masingmasing supaya menghadiri
bengkel itu.
Pihak
PHS
dengan
kerjasama Pusat Pengetahuan
Komunikasi dan Teknologi
(PPKT)
dan
pusat-pusat
pengajian dalam penyediaan
makmal
komputer
telah
menambah
baik
prosedur
bengkel tersebut.
Pustakawan
Bahagian
Rujukan dan Penyelidikan,
Puan Rizalawati Ayu Abdul
Razak
berkata
biarpun
pelbagai
penambahbaikan
telah dilakukan, masih ramai
pelajar tidak berminat untuk
menghadirinya.
“ Universiti Sains Malaysia
tidak mewajibkan pelajarnya
menghadiri bengkel ini seperti
universiti lain tetapi pelajarpelajar harus mengetahui cara
mengakses dan menggunakan
sistem
KRISALIS
serta
pengkalan data yang lain.
“ Ini akan memudahkan
pelajar mencari bahan-bahan
untuk setiap tugasan kursus
yang diberikan, “ katanya
dalam satu pertemuan bersama
Berita Kampus baru-baru ini.
PHS
sebelum
ini
menjalankan
bengkel
KRISALIS di perpustakaan
itu dan mula memperkenalkan
kaedah teori dan praktikal
pada sidang lepas di PPKT
setelah mendapat maklum
balas, cadangan dan keperluan
dari para pelajar.
6
BK SekitarKampus
BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008
Pusat Kesihatan Baru Mula Beroperasi
rehat,” katanya.
Pada tahun 2006 Pusat Kesihatan
USM mendapat gelaran johan bagi
Pertandingan Kecekapan Tenaga dan
berhasrat akan mengekalkannya.
Menurutnya, Pusat Kesihatan juga
masih menggunakan peralatan rawatan
dan kelengkapan yang sedia ada seperti
kerusi, komputer, dan sebagainya tanpa
menggantikan dengan yang baru.
Oleh Radhiah Mohammad
Yasmalisa Yazid
P
usat Kesihatan Universiti Sains
Malaysia (USM) yang terletak
di Desasiswa Cahaya Gemilang
mula beroperasi sepenuhnya pada awal
bulan ini setelah berpindah ke bangunan
baru dilengkapi dengan pelbagai
kemudahan.
Pengarah Pusat Kesihatan USM,
Dr Nurul Ain Abdullah Bayamuddin,
berkata dengan adanya Pusat Kesihatan
yang baru ini, pihaknya dapat
menyediakan pelbagai kemudahan dan
memberi perkhidmatan yang terbaik
kepada pesakit.
“Kami menyediakan bilik
pemerhatian dan kuarantin yang
selesa kepada pesakit yang mana ia
mengasingkan antara lelaki dengan
perempuan berbanding dulu mereka
terpaksa berkongsi bilik yang sama.
“Sebelum ini, kami tidak
mempunyai ruang yang cukup untuk
menempatkan pesakit lelaki dan
perempuan secara berasingan tetapi
setelah adanya Pusat Kesihatan baru
ini pesakit dapat diasingkan,” katanya
kepada Berita Kampus ketika ditemui.
Pusat Kesihatan baru yang mula beroperasi awal bulan ini.
Bagi
meningkatkan
mutu
perkhidmatan, Pusat Kesihatan juga
turut menyediakan kemudahan lif
kepada pesakit terutamanya kepada
golongan kurang upaya (OKU) bagi
memudahkan pergerakan mereka
semasa mendapatkan rawatan di sini.
Menurutnya, terdapat juga pemasangan
kamera litar tertutup (CCTV) di
Pusat Kesihatan ini bagi menjamin
keselamatan peralatan dan kelengkapan
yang ada.
Nurul Ain berkata, klinik pergigian
akan menyediakan kemudahan untuk
memberi perkhidmatan yang terbaik
kepada pesakit semasa mendapatkan
rawatan.
“Bagi
meningkatkan
mutu
perkhidmatan
di
sini,
kami
menyediakan bebarapa kemudahan
seperti menambah bilik rawatan
bertujuan untuk membantu pesakit
agar tidak menunggu terlalu lama
berbanding dahulu mereka terpaksa
mengikut giliran untuk mendapatkan
rawatan,” katanya.
Beliau berkata, Pusat Kesihatan juga
akan mengekalkan penggunaan tenaga
secara efesien selaras dengan hasrat
kerajaan untuk menjimatkan tenaga.
“Sebagai langkah penjimatan
tenaga, kami akan menggunakan
segala sumber tenaga yang ada di Pusat
Kesihatan secara cekap.
“Pihak kami akan menggunakan
tenaga secekap yang mungkin dengan
menutup mana-mana suis dan alat
penghawa dingin di bilik yang tidak
digunakan terutamanya pada masa
Beliau berkata, Pusat Kesihatan
juga bercadang untuk menambahkan
peralatan dan kemudahan bagi memberi
perkhidmatan yang terbaik kepada
pesakit.
“Pusat Kesihatan merancang
untuk mewujudkan Taman Herba
dan menubuhkan Kafeteria sihat
(healthy cafe) bagi menjual makanan
yang berkhasiat kepada pesakit atau
pengunjung.
“Kami juga bercadang untuk
menjemput doktor pakar ke sini bagi
meninjau kes melibatkan kesihatan
untuk memberi perkhidmatan rawatan
yang baik kepada pesakit,” katanya lagi.
Selain itu, antara kemudahan lain
yang disediakan di Pusat kesihatan
seperti bilik x-ray, utiliti, autoclave,
fisioterapi, pemeriksaan jantung,
hemodialisis dan sebagainya.
Bekas Juruterbang Kempen
Terselamat Antara “Katakan Tidak
Pada Plastik”
Pelajar Baru
Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop
B
ekas juruterbang pesawat
Nuri
Tentera
Udara
diraja Malaysia (TUDM)
yang terselamat selepas pesawat
yang dipandunya terhempas di
Butterworth empat tahun lalu
antara pelajar baru Universiti Sains
Malaysia yang mendaftar bagi sesi
pengambilan 2008/2009.
Kapten
Yuhaizam
Yahya,
37, terpaksa berkerusi roda
ekoran kemalangan ngeri yang
menyebabkan
kecederaan
di
bahagian belakang dan retak tulang
kaki. Kejadian yang berlaku 5 Mac
2004 pukul 7.21 pagi itu meragut
nyawa dua rakannya. Beliau yang
sekarang bertugas sebagai Pegawai
Operasi 3 Skuadron TUDM ini akan
mengikuti Pengajian Ijazah Sarjana
Muda Sains Kemasyarakatan.
“Saya gembira dan tidak sabar
untuk memulakan pengajian di
USM kerana selama ini memang
saya berhajat untuk menyambung
pelajaran tetapi tidak pasti tentang
pemilihan
kursus
pengajian.
Kursus ini saya pilih supaya ilmu
yang diperolehi dapat digunakan
untuk
membetulkan
persepsi
dan membuang sikap negatif
masyarakat sekaligus menambah
kesedaran masyarakat terhadap
kami,”katanya.
Sementara itu, seorang pelajar
warga emas yang mempunyai 10
orang anak, Omar Yahaya, 50,
berkata, beliau tidak sabar untuk
memulakan pengajian dalam bidang
yang diminatinya iaitu farmasi.
Beliau yang kini bekerja sebagai
Pembantu Farmasi di
Klinik Kesihatan Sungai
Petani dan mempunyai
Sarjana
Pengurusan
Perniagaan
daripada
Universiti
Teknologi
Mara (UiTM), Merbok
gembira kerana diterima
masuk ke USM.
“Anak saya, pelajar
tahun akhir di USM
mulanya tidak berapa
suka dengan hasrat
saya untuk sambung
belajar di sini kerana
dia malu tetapi selepas
menjelaskan minat saya
ini, dia akhirnya akur.
“Isteri serta anakanak yang lain tidak
menghalang
malah
mereka
memberi
sokongan dan galakan
untuk saya sambung
belajar,” katanya yang
berasal dari Kampung
Ekor Kucing di Padang
Serai, Kedah.
“Saya gembira
dan tidak sabar
untuk memulakan pengajian
di USM”
U
niversiti Sains Malaysia
(USM) giat menjalankan
kempen “ Katakan Tidak
Pada Plastik” untuk mengurangkan
penggunaan plastik di sekitar
kampus USM. Usaha ini mendapat
sambutan yang memberangsangkan
dalam kalangan penuntut. Ratarata penuntut bersetuju dengan
kempen yang diadakan tersebut.
Menurut Naib Yang Dipertua
II, Kelab Alam Sekitar, Nurhidayah
Abd Rahman, Sains Kaji Hayat 2,
kempen ini dianggap wajar untuk
memastikan penuntut mengetahui
dan mengaplikasikan empat polisi
yang dicadangkan iaitu sama ada
makan di kafe, menghabiskan
makanan,
membawa
sendiri
bekas makanan dan menggunakan
biodegradasi.
“Kampus
Sejahtera
akan
memperkenalkan ‘ecobags’ tidak
lama lagi untuk kemudahan para
pelajar,” ujarnya.
Sementara itu, Nurhanisah
Zulkifli, Ilmu Pendidikan, 3,
berkata, kempen ini membantu
dalam penjagaan alam sekitar dan
patut diteruskan serta diperluaskan
bukan hanya di sekitar USM.
“Tetapi kadang-kadang timbul
masalah membawa barang apabila
penuntut membeli barang lebih
daripada dua atau tiga,” tambahnya
lagi.
Sementara itu, bagi Nor Rafidah
Khairuddin, Sains Kemasyarakatan
1, bersetuju dengan kempen yang
diadakan bagi mengurangkan
masalah alam sekitar.
“Saya ada terbaca dalam sebuah
akhbar mengenai penggunaan beg
plastik yang menjejaskan alam
sekitar iaitu dalam masa sehari
apabila dikumpulkan sampah sarap
dari seluruh Malaysia, ketinggian
sampah mencapai ketinggian
bangunan pencakar langit KLCC,”
jelasnya lagi.
Bagi Nik Wajihah Nik
Kamarulzaman, Komunikasi 1,
berkata, kempen yang dijalankan
amat baik sementelah USM begitu
peka dalam memelihara alam
sekitar.
“ Saya harap kempen ini dapat
diperluaskan di luar kampus
supaya masyarakat sedar dan
mempunyai rasa tanggungjawab
dalam menjaga alam sekitar,”
katanya.
Suhaily Ramlan, Pengurusan
3, berkata, kempen ini dapat
mengurangkan pencemaran alam
sekitar seperti sampah.
“ Cuma timbul masalah apabila
saya membungkus makanan untuk
rakan lain kerana sukar bagi saya
membawa bungkusan makanan
itu tanpa menggunakan plastik,”
ujarnya.
SekitarKampus BK
BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008
7
Masalah Laluan Pejalan Kaki
Sungai Dua Diatasi
Pelajar rasa lebih selamat
Oleh Noor Hafiza Che Abdullah
M
asalah laluan pejalan
kaki di Sungai Dua
yang terlalu dekat
dengan jalan raya, tiada penutup
longkang dan berlubang telah
diatasi setelah Majlis Perwakilan
Pelajar (MPP) membawa
masalah itu kepada pihak
berwajib.
Menurut Yang Dipertua MPP,
Sdr. Mohd Syukri Ibrahim, pihak
MPP telah menghantar surat
permohonan kepada Jabatan Kerja
raya pada April agar laluan tersebut
diperbaiki secepat mungkin.
Katanya lagi, surat tersebut dihantar
pada bulan April dan pihak JKR
bersetuju untuk membaiki laluan
tersebut.
“Pihak kami turut meminta
agar penghadang jalan dibina agar
keselamatan pelajar terjaga dan
pihak JKR bersetuju membina
penghadang tersebut,” ujarnya
ketika ditemui oleh wakil Berita
Kampus.
“Proses tersebut mengambil
masa kurang sebulan. Pada awal
Mei, laluan pejalan kaki telah siap
diperbaiki dan penghadang jalan
raya juga turut siap. Segala kos
membaikpulih dan pembinaan
LEBIH SELAMAT: Laluan pejalan kaki yang telah dibaiki dan ditambah penghadang.
penghadang jalan raya itu
ditanggung sepenuhnya oleh pihak
JKR,” ujarnya.
Ketika ditanya mengenai impak
perkara tersebut kepada pelajar
USM, Shukri menjelaskan selain
dapat menjaga keselamatan pelajar,
pihak MPP juga mahu setiap
pelajar tahu bahawa mereka tidak
memandang ringan terhadap setiap
aduan dan masalah yang dialami
oleh para pelajar.
“Kami mahu setiap pelajar
tahu kami mengamalkan sikap
diplomasi. Setiap masalah pelajar,
kami cuba selesaikan,” tambahnya
Tu n t u t B a r a n g
Sebelum Dilelong
H
asil lelongan barangbarang yang tidak
dituntut meningkat
sejumlah RM2,144.38 pada
sidang 2006/2007 berbanding
pada sidang 2005/2006 iaitu
sejumlah RM1,812.16.
Pegawai Keselamatan
Kapt.(B) Mohamed Fadzil
Baharuddin berkata hasil lelongan
barang tersebut akan dimasukkan
ke Unit Jabatan Bendahari
sebelum disalurkan ke tabung
pelajar di Jabatan Hal Ehwal
Pembangunan Pelajar (HEPP).
Mohamed Fadzil berkata
antara barang-barang yang tidak
dituntut dan akan dilelong oleh
pihak Jabatan Keselamatan ialah
payung, buku, baju sejuk, barang
kemas dan sebagainya.
“Biasanya antara barang
yang selalu ditinggalkan oleh
pelajar ialah payung, buku, baju
sejuk, beg dan sebagainya dan
barang-barang tersebut selalunya
dikutip di dewan kuliah dan
perpustakaan, jika tidak dituntut
pihak kami akan membuat
lelongan,” tanbahnya lagi.
Menurut beliau barang-barang
yang dikutip akan dihantar
ke Jabatan Keselamatan bagi
memudahkan pelajar berkenaan
membuat tuntutan, jika tidak
ada sebarang tuntutan, barang
berkenaan akan disimpan selama
setahun di jabatan tersebut
sebelum sebut harga dibuat oleh
Ahli Jawatankuasa Penetapan
Harga Barang Hilang Jumpa bagi
tujuan lelongan.
Sementara itu, Pegawai
Keselamatan Unit Stor, En.
Shahidan Saad berkata pihak
jabatan dengan kerjasama Unit
Audit Dalam, HEPP, Pusat
Islam dan Jabatan Bendahari
akan menetapkan harga barang
berkenaan sebelum dilelong.
“Pihak jabatan akan
mengeluarkan notis terlebih
dahulu untuk memberitahu tarikh
sebelum proses membuat lelongan
dilakukan dan harga yang
ditetapkan adalah berpatutan,
kami biasanya akan membuat
lelongan di foyer Dewan Tuanku
Syed Putra (DTSP),” katanya.
Beliau berkata, bagi kes
pelajar yang kehilangan kad
matrik dan kad pengenalan
mereka boleh membuat semakan
di Jabatan Keselamatan terlebih
dahulu, dalam tempoh dua
minggu kad tersebut masingmasing akan di hantar ke
Unit Kemasukan dan Jabatan
Pendaftaran jika tidak dituntut.
Menurut beliau, pada semester
ini tidak ada sebarang lelongan
dilakukan kerana pihaknya masih
dalam proses pengumpulan,
beliau menjangka proses lelongan
akan dilakukan pada bulan Mac
semester depan.
“Pihak kami menyeru supaya
pelajar yang ada kehilangan
barang-barang datang ke jabatan
untuk membuat semakan sebelum
barang tersebut dilelong atau
dilupuskan,” katanya.
lagi.
Menurut saudari Musdalifah
Mohd Nasir, Pendidikan 3,
penghadang jalan tersebut amat
berguna untuk mengelakkan pelajar
dan pengguna lain berebut menaiki
+bas walaupun bas masih belum
berhenti.
Saudara Mohd Nazri Samian,
Komunikasi 3 pula berpuas hati
dengan laluan itu dan berkata
pelajar tidak lagi berhadapan
dengan situasi yang tidak diingini
terutamanya pada waktu malam.
Pulau Aman
Destinasi
Hari Keluarga
KUSISDARI
Pulau Aman menjadi destinasi
pilihan Kumpulan Siswa Siswi
Darul Ridzuan Universiti Sains
Malaysia (KUSISDARI) sempena
sambuatan Hari Keluarga
persatuan itu yang akan diadakan
pada 9 dan 10 Ogos ini.
Yang di Pertua KUSISDARI,
Sdra. Mohd. Ridzuan Yahya
berkata, Hari Keluarga ini
bertujuan untuk mengeratkan
hubungan silaturahim dalam
kalangan setiap ahli di samping
memperkenalkan Pulau Pinang
kepada pelajar- pelajar baru.
“Kami mengharapkan
penglibatan semua ahli untuk
memeriahkan lagi hari keluarga
pada tahun ini,” katanya.
Ridzuan berkata, sokongan
setiap ahli amat diperlukan
dalam menjayakan program
ini bagi memastikan ahliahli KUSISDARI mengenali
antara satu sama lain dalam
mengukuhkan ikatan ukhuwah.
“Program ini pasti
menjanjikan kepuasan dan
pengalaman yang tidak terhingga
kepada peserta yang menyertainya
kelak memandangkan Pulau
Aman diyakini aman dan
mendamaikan,” jelasnya.
Tambahnya, bayaran
sebanyak RM 25 seorang yang
dikenakan pasti berbaloi dengan
kepuasan yang bakal dirasai.
Hanya mereka yang menyertai
program ini sahaja yang akan
mendapat pengalaman melihat
dan merasai suasana kehidupan
keluarga nelayan di Pulau Aman
di samping berpeluang menjamah
mee udang yang popular di situ.
Penyertaan ini tidak terhad
kepada ahli KUSISDARI sahaja
malah terbuka kepada semua
pelajar baru yang berminat.
8
BK SekitarKampus
BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008
Kaunter BHEPP
Dapat Sambutan
Pelajar
Harga Makanan
Kafeteria
Masih Terkawal
Oleh Fadzilla Hernani Mohd
Janis
Efarhana Adenan
H
Pelajar baru mengunjungi kaunter BHEPP di depan Dewan Tuanku Syed Putra
memberikan sambutan yang yang
diisi
oleh
pelajar
ari Bahagian Hal
amat
menggalakkan,
30
kaunter
dikaunter
HEP
adalah
satu
cara
Ehwal Pembangunan
dibuka
hari
ini
seperti
kaunter
untuk
mendapat
reaksi
pelajar
Pelajar (BHEPP)
jabatan bendahari, keselamatan, mengenai mutu perkhidmatan
bersama pelajar yang
sekretariat kampus sejahtera bahagian tersebut.
diadakan pada 16 Julai yang
dan lain-lain,” katanya kepada
“Ini adalah satu cara untuk
lepas mendapat sambutan
Berita
Kampus
baru-baru
ini.
penambahbaikan
bahagian
yang amat menggalakkan.
Pada
tahun
lepas,
program
ini
selepas
mendapat
reaksi
Tujuan utamanya ialah
ini
telah
diadakan
sebanyak
daripada
pelajar,”
ujarnya.
mendekatkan bahagian tersebut
dua kali iaitu pada semester
Program yang dijalankan
dengan pelajar serta melihat
satu
dan
semester
dua.
bermula
pukul 8.00 pagi
permasalahan pelajar.
Pelbagai
masalah
dan
aduan
sehingga
5.00 petang itu
Menurt Penolong Pendaftar Hal
pelajar
boleh
diajukan
terus
dijalankan
di
hadapan Dewan
Ehwal Pembangunan Pelajar
di
kaunter-kaunter
yang
telah
Tuanku
Syed
Putra yang
(HEPP), Cik Fadzilla Bosman,
dibuka.
Kaunter
bendahari
merupakan
laluan
utama
30 kaunter dibuka untuk
seperti
tahun-tahun
lepas
masih
pelajar
ke
dewan
kuliah.
Turut
memudahkan urusan pelajar
menjadi
tumpuan
utama
pelajar
diadakan
di
sepanjang
foyer
terutamanya pelajar tahun satu
iaitu
mengenai
masalah
PTPTN
Dewan
Kuliah
ialah
pembukaan
untuk mendapatkan meklumat
kaunter Pendaftaran Persatuan
mengenai
permasalahan pelajar tahun satu.
Fadzilla
turut
menjelaskan
anjuran Majlis Perwakilan
mereka.
mengenai
borang
soal
selidik
Pelajar (MPP).
“Pelajar
tahun
satu
H
arga siling yang
telah
ditetapkan
oleh pihak universiti
menyebabkan
pengusaha
kafeteria tidak menaikkan
harga makanan walaupun
harga barangan di pasaran
meningkat secara mendadak.
Tinjauan Berita Kampus
(BK) di beberapa buah kafeteria
mendapati
senarai
harga
yang dipaparkan masih tidak
berubah.
Pengusaha kafeteria yang
ditemui
berkata,
mereka
menjual makanan mengikut
kategori dan saiz lauk. Sebagai
contoh, seketul ayam bersaiz
kecil berharga RM1.50 dan
yang bersaiz sederhana berharga
RM1.80.
“Kami ada
memohon
kepada pihak universiti untuk
menaikan harga makanan tetapi
tidak dibenarkan dan berharap
pelajar
memahami
situasi
kami kerana kos pengeluaran
semakin meningkat berikutan
kenaikan harga minyak barubaru ini,” kata salah seorang
pengusaha Kafetaria kepada
Berita Kampus.
Walau
bagaimanapun,
terdapat
juga
segelintir
pengusaha yang menaikkan
harga makanan jenis mee dan
sup sekitar 10 hingga 20 sen
namun harga ini masih terkawal.
Berbeza dengan komen pelajar
yang kami perolehi, mereka
mengatakan pengusaha tidak
mengikut senarai harga makanan
yang dipaparkan dan harga yang
dikenakan tidak menentu.
“Harga yang ada di kafe
tidak menentu dan lebih mahal
berbanding sebelum ini. Jika
sebelum ini saya membeli nasi,
sayur dan ikan dengan harga
RM2.80 hingga RM3 tetapi
baru-baru ini meningkat kepada
RM3.50 untuk menu yang sama,”
kata seorang pelajar, PPIP 3, dari
Desasiswa Fajar Harapan.
Seorang lagi pelajar yang
enggan dikenali pula berpendapat,
pihak pengusaha tidak boleh
meningkatkan harga makanan
secara mendadak akibat harga
barangan dipasaran meningkat.
Mereka harus mempertimbangkan
situasi pelajar kerana pelajar turut
menggunakan wang pinjaman
yang tidak seberapa untuk
kegunaan-kegunaan lain.
Yang Dipertua (YDP) Majlis
Perwakilan
Pelajar
(MPP)
Universiti Sains Malaysia (USM),
Sdra. Muhammad Syukri Ibrahim
berkata, terdapat beberapa aduan
yang diterima pihaknya sepanjang
dua minggu semester baru
bermula.
“Selepas menerima beberapa
aduan pihak kami akan turun
padang meninjau harga makanan
di kafeteria-kafeteria dan akan
mengambil tindakan seterusnya,”
katanya ketika ditemui BK barubaru ini.
PALAPES Tetap Relevan Dalam Universiti
Oleh Siti Nurul Zahra binti
Hamdan
K
etua
jurulatih
Pasukan
Latihan
Pegawai
Simpanan
(PALAPES), Universiti Sains
Malaysia (USM), Mejar Mohd
Fadzil Ibrahim berkata badan
berpasukan itu masih lagi
relevan untuk dijadikan aktiviti
dalam universiti kerana dapat
memberikan alternatif kepada
pelajar.
Fadzil berpendapat, dengan
alternatif yang diberikan oleh
PALAPES dapat memberikan
kelebihan kepada para pelajar
sama ada untuk bekerja dalam
bidang ketenteraan atau bidang
lain.
“Terdapat alternatif budaya
dan keperibadian yang boleh
diamalkan pelajar contohnya cara
kerja berkumpulan dan tata tertib
ketika makan.
“Apa yang dipelajari di sini
berguna apabila berhadapan
dengan alam pekerjaan kerana
terdapat banyak perkara yang
dipelajari boleh diadaptasi ketika
menempuh alam pekerjaan,”
katanya ketika ditemubual.
Sementara itu, Fadzil juga
berkata
dengan
menyertai
PALAPES dapat membuatkan
pelajar itu menghargai kehidupan,
berkeazaman serta menghargai
jasa-jasa
Angkatan
Tentera
Malaysia (ATM).
“Terdapat
banyak
faedah yang dapat diperolehi
jika menyertai PALAPES dan
antaranya ialah merasai bagaimana
hidup dan tinggal dihutan seperti
apa yang dilalui oleh tentera dalam
menjaga keamanan.
“Dengan itu pelajar-pelajar
dapat menghargai kehidupan
dan bila adanya kutipan derma
Hari Pahlawan dapatlah mereka
menyumbang apabila terdapatnya
kesedaran
terhadap
mereka
yang mempertahankan negara,”
ujarnya.
Menurut beliau lagi, orang
ramai selalu membuat tanggapan
negatif seperti badan beruniform
merupakan
alat
propaganda
kerajaan.
Hal ini tidak benar kerana
semua aktiviti yang diajar bukanlah
bertujuan untuk menyokong
kerajaan.
“Saya sama sekali tidak
bersetuju dengan kenyataan
tersebut.
“Kami mengajar pelajarpelajar ini untuk menjadi pegawai
supaya mereka ini berguna ketika
negara dilanda kecemasan seperti
darurat,” katanya lagi.
Sementara itu ketika ditanya
mengenai langkah yang diambil
pihak PALAPES untuk menarik
minat para pelajar menyertai
badan berpasukan itu adalah
dengan mengurangkan masa
latihan.
“Masa
latihan
telah
dikurangkan untuk memudahkan
penuntut supaya mereka dapat
menumpukan perhatian dalam
akademik,” tambahnya.
Fadzil juga mahu membetulkan
anggapan sesetengah pihak yang
berpendapat dengan menyertai
PALAPES, minda penuntut akan
terkongkong kerana mereka
tidak diberikan peluang untuk
bersuara.
“Saya disini memberikan
ruang
untuk
pelajar-pelajar
bersuara. Tidak dinafikan suatu
ketika dahulu pelajar-pelajar
diajar untuk tidak bersuara.
“Namun keadaan ini sudah
berlainan di mana saya sedaya
upaya bertolak ansur. Jika
ada sebarang masalah yang
dihadapi oleh pelajar mereka
boleh berjumpa dengan saya
atau menghantar email,” ujarnya
mengakhiri perbualan.
SekitarKampus BK
BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008
SUKSIS dan PALAPES Kurang
Dapat Sambutan Pelajar
Timbalan
Komander
PALAPES
USM,
Mejar
Prof.
Madya
Ibrahim
Oleh Mahiran Hj Ismail
Siti Jumaayah Abdol
Samat
K
emasukan Pelajar Baru
dalam badan beruniform
bersenjata di Universiti
Sains Malaysia (USM) pada sidang
ini menurun dengan hanya 60
orang ahli berdaftar dalam Pasukan
Latihan
Pegawai
Simpanan
(PALAPES)
manakala
Kor
SukarelawanSiswaSiswi(SUKSIS)
pula terpaksa membuat temuduga
kedua untuk mencukupkan kuota
yang ditetapkan.
Menurut pegawai penyelaras
SUKSIS, ASP Faridah Shariff
Hussain, kemerosotan penyertaan
pelajar dalam SUKSIS boleh
dikaitkan
dengan
jumlah
kemasukan pelajar ke USM pada
sidang ini. Selain itu, kewujudan
pelbagai unit beruiform dan kelabkelab lain memberi peluang kepada
pelajar untuk membuat pilihan.
Saya tidak tahu kenapa
pelajar enggan menyertai
badan berunifom seperti
ini sedangkan ia memberi
banyak manfaat kepada
pelajar. PALAPES tidak
menekankan
bidang
ketenteraan semata-mata
tetapi banyak aspek lain
yang sangat berguna
untuk alam pekerjaan
dan kehidupan seharian.
“Jika hendak mengukur tahap
kemerosotan penyertaan pelajar
dalam SUKSIS, kita terpaksa juga
melihat kepada jumlah pelajar baru
yang masuk pada sidang ini. Tahun
ini, jumlah pelajar yang masuk
tidak ramai dan terbahagi pula
kepada pelbagai kaum.
“Setiap
sidang,
jumlah
penyertaan dari kaum melayu
memang tinggi berbanding kaum
lain. Pecahan kaum yang pelbagai
turut menjadi faktor kemerosotan
pelajar dalam SUKSIS kerana
kaum Cina dan India dilihat kurang
meminati badan beruniform seperti
ini,” katanya.
Beliau
berkata
demikian
ketika diminta mengulas tentang
kemerosotan jumlah pelajar dalam
badan beruniform bersenjata dalam
sidang 2008/2009.
Menurut Timbalan Komander
PALAPES USM pula, Mejar Prof
Madya Ibrahim Jaafar, jumlah
pelajar yang menyertai PALAPES
selalu tidak pernah mencapai
sasaran yang ditetapkan iaitu
seramai 150 pelajar untuk satu
Pelajar SUKSIS semasa Latihan Luar di Tupah, Bidong, Kedah
sidang. Jumlah tertinggi yang pernah
dicatat hanyalah seramai 89 pelajar
iaitu pada sesi 2006/2007.
“Saya tidak tahu kenapa pelajar
enggan menyertai badan beruniform
seperti ini sedangkan ia memberi
banyak manfaat kepada pelajar.
PALAPES
tidak
menekankan
bidang ketenteraan semata-mata
tetapi banyak aspek lain yang sangat
berguna untuk alam pekerjaan dan
kehidupan seharian. Misalnya, lebih
berdisiplin, berfikir secara lateral
dan kritikal, membentuk keyakinan
diri, menekankan keterampilan diri,
berkerjasama dalam pasukan dan
berbagai-bagai lagi,” ujarnya.
Sementara itu, Lt Mohd Mukhwim
Maghribi berkata, penyertaan dalam
ko-kurikulum sebenarnya akan
meningkatkan daya saing pelajar
untuk mendapat pekerjaan kelak.
“Kebanjiran graduan ketika ini
dan ditambah pula dengan keadaan
ekonomi semasa, peluang mendapat
pekerjaan semakin sukar. Hal ini
menyebabkan ramai graduan yang
menganggur .
“Cuba fikir jika dua orang calon
menghadiri temuduga dengan PNGK
yang sama tetapi, seorang lagi
mempunyai kelebihan penglibatan
dalam ko-kurikulum, sudah pasti
pelunag calon itu dipilih oleh
majikan lebih tinggi.” katanya.
Beliau juga melihat pola
kemasukan pelajar perempuan yang
menyertai PALAPES adalah lebih
ramai berbanding dengan lelaki dan
senario ini tidak sepatutnya berlaku
kerana tugas untuk mempertahankan
negara adalah tanggungjawab
lelaki.
“Rasa cintakan negara semakin
kurang diterjemahkan dalam diri
setiap pelajar. Dalam menghadapi
cabaran yang melanda negara
dan dunia ketika ini, pelajar
sepatutnya
lebih
menghargai
jasa dan perjuangan pahlawan
kemerdekaan melalui cara melatih
diri supaya lebih bersedia dengan
segala kemungkinan ancaman yang
wujud,” katanya.
Jurulatih
SUKSIS, Sarjan
Ismail Harun turut mempertahankan
kenyataan bahawa penyertaan
dalam badan beruniform ini dapat
membentuk keyakinan diri dalam
diri pelajar. Hal ini kerana modul
pembelajaran dan aktiviti tidak
terhad kepada latihan kawad
semata-mata. SUKSIS mempunyai
tiga pecahan modul iaitu akademik,
latihan luar, dan pentadbiran dan
ketiga-tiga modul ini mempunyai
peranannya yang tersendiri.
“Terdapat ramai ahli SUKSIS
yang berjaya memegang jawatan
tinggi tidak kira di desasiswa dan
pusat pengajian masing-masing.
Perkara ini adalah hasil daripada
latihan yang diberikan di sini,”
tambahnya lagi.
Berita
Kampus
turut
mendapatkan pandangan beberapa
ahli PALAPES dan SUKSIS. Mereka
menolak dakwaan kebanyakan
pelajar bahawa penyertaan dalam
9
badan beruniform ini menjejaskan
pelajaran dan membuang masa.
Noor Aini Mohd Nordin,
Pendidikan Sains 3, berkata
penglibatannya dalam SUKSIS
langsung
tidak
menjejaskan
pelajaran malah membantu dalam
menaikkan
PNGKnya
setiap
semester.
“Pihak USM sudah menyediakan
masa untuk waktu ko-kurikulum,
dan SUKSIS hanya mengambil
cuti hari Sabtu untuk menambah
latihan. Saya tidak rasa aktiviti ini
membebankan atau menjejaskan
pelajaran
tetapi
bergantung
kepada pelajar itu sendiri dalam
menguruskan masa dengan bijak.
“Khabar angin yang menyatakan
penyertaan dalam badan beruniform
menjejaskan
pelajaran
dan
membuang masa, itu semua tidak
betul. Mereka hanya membuat
andaian sendiri. Dalam SUKSIS,
kami diwajibkan mendapat PNGK
minimum 2.75 ke atas dan hal
ini meyebabkan saya dan kawankawan sepasukan sentiasa bersedia
melepasi tahap itu,” jelasnya.
Bagi Lt M. Ahmad Khairi
Mohamad, Ilmu Kemanusian 3,
menyertai badan beruniform ini
sungguh menyeronokkan dan
pelbagai pengalaman yang berharga
sukar didapati jika bersama
persatuan lain.
“Banyak pengalaman manis
saya
sepanjang
menyertai
PALAPES seperti menggunakan
senjata M16, M203, Morthar 60 dan
CARL GUSTAV. Keseronokannya
sukar digambarkan dan pengalaman
sebegini hanya diperolehi setelah
saya
menyertai
PALAPES,”
katanya.
Penyelidik USM Tempa
Nama Di ITEX
Kali Ke-9
keberkesanannya.
U
niversiti Sains Malaysia
(USM) berjaya menempa
nama dalam pertandingan
International Invention,
Innovation, Industrial Design &
Technology Exhibition (ITEX) kali
ke-19, yang diadakan di Kuala
Lumpur pada Mei lalu.
Dengan kejayaan tersebut,
Naib Cancelor, Tan Sri Prof.
Dato’ Dzulkifli Abdul Razak
menyifatkan sebagai sesuatu yang
membanggakan kerana berjaya
merangkul 9 pingat emas, 10 perak
dan 5 gangsa sekaligus melebihi
bilangan pingat dimenangi pada
tahun sebelumnya.
Bahkan, dalam pertandingan
tersebut, USM turut menerima
Anugerah Khas ITEX melalui
ciptaan kunci motosikal oleh
Prof.Ahmad Yusoff Hassan
yang mampu mengelakkan
dan menghalang kes kecurian
motosikal sehingga 90 peratus
Kejayaan anugerah khas
itu turut di sumbang oleh
Dr.Alexander Chong Shu-Chien
menerusi ciptaan makanan
ikan kaedah Biologi sehingga
terhasilnya lemak tidak tepu,
sekaligus mampu mengurangkan
penggunaan sumber alam
semulajadi.
Bagi Pingat emas USM
disumbang Dr.Alexander Chong
Shu-Chien, Prof.Ahmad Yusoff
Hassan, Prof Madya Dr.Mani
Maran Ratnam, dan Dr.Azizi
Bahauddin bergandingan dengan
Dr.Aldrin Abdullah.
Turut meraih kejayaan
ialah Dr.Syed Sahal Nazli
Alhady Shed Hassan menerusi
penciptaan sistem brek dan
penguncian kerusi roda khas
untuk golongan kurang upaya
(OKU) terutamanya ketika
melalui laluan curam.
10 BK SekitarKampus
BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008
Dulu Hari
Interaksi,Kini
Serasi Sejaya
P
ersatuan Siswa-Siswi Sabah
(PERSIS) akan mengadakan
program Serasi Sejaya
bersama pelajar tahun 1 pada 1
Ogos 2008. Program ini salah satu
antara acara tahunan PERSIS.
Menurut YDP PERSIS, yang
juga Pengerusi Program, Sdra.
Khalid Ashar Aripin, acara tahunan
PERSIS yang dinamakan Hari
Interaksi itu kini dipanggil Serasi
Sejaya bermula siding ini.
“Program Serasi Sejaya ini
sebenarnya sama dengan Hari
Interaksi, cuma namanya diubah
kerana kita mahu buat satu
pembaharuan,” katanya dalam satu
pertemuan dengan Berita Kampus
hari ini.
Walau bagaimanapun katanya,
tempat program itu diadakan
belum ditentukan lagi.
“Setakat ini ada dua tempat
yang dicadangkan iaitu di Dewan
Utama Peperiksaan (DUP) dan
di Dewan Kuliah (DK). Namun,
belum ditentukan lagi tempatnya
kerana masih dalam perbincangan
dengan Penolong Pendaftar, En.
Khairul Erwan,” katanya.
Menurutnya antara tujuan
program ini adalah mengalualukan kedatangan pelajar tahun
1 ke Universiti sains Malaysia
(USM) khususnya pelajar-pelajar
dari Sabah yang jauh daripada
keluarga.
“Kita bukan sahaja mengalualukan pelajar baru ke USM ini,
malah kita juga prihatin dan mahu
menjaga kebajikan mereka iaitu
ahli-ahli PERSIS dari segi masalah
kewangan, hal-hal kematian dan
memberi sokongan kepada mereka
yang memerlukan,” katanya.
‘pelajar-pelajar
junior berpeluang
mendapatkan nota
daripada pelajarpelajar senior’
Tambahnya
lagi,
dalam
program ini pelajar-pelajar junior
berpeluang mendapatkan nota
daripada pelajar-pelajar senior.
“Pada hari Serasi Sejaya itu
nanti, pelajar-pelajar ini akan
dikumpulkan
bersama-sama
dengan senior-senior mengikut
bidang pengajian masing-masing
dan waktu itulah mereka boleh
mendapatkan nota,” jelasnya.
Menurut Khalid, pelbagai acara
akan diadakan pada hari tersebut.
Ini termasuklah acara mentormentee iaitu junior diagihkan
kepada kumpulan mengikut kursus
bersama senior, cabutan bertuah
dan lain-lain permainan.
Beliau menjelaskan program
itu akan dirasmikan oleh Penasihat
PERSIS, Dr. Mapjabil dan dijangka
seramai 100 orang mengikuti
program tersebut.
Khalid
sebagai pengerusi
program berharap agar Serasi
Sejaya ini dapat mengeratkan
hubungan antara pelajar junior dan
senior.
Penyelidik USM
Cipta Axotrain
Oleh Nurain Azmi
U
niversiti Sains Malaysia,
(USM) sekali lagi mengukir
nama
dalam
bidang
perubatan apabila berjaya mencipta
Intelligent Axoskeletel Arm Trainer
(Axotrain) yang dapat membantu
mempertingkatkan kuasa pemulihan
pesakit angin ahmar atau strok.
Penyelidik USM, Prof. Mohd
Zaid Abdullah berkata, hasil
penyelidikan selama setahun itu
dapat membantu mempertingkatkan
kuasa pemulihan dengan lebih
berkesan dengan kos lebih rendah.
Menurut beliau, penghasilan
alat tersebut mampu memudahkan
pesakit menjalani proses pemulihan
tanpa bantuan dari ahli fisioterapi.
Ini kerana katanya, alat tersebut
mampu digerakkan sepenuhnya oleh
kuasa elektronik yang dikawal oleh
teknologi berkomputer 100 peratus.
Tambahnya,
dengan
menggunakan Axotrain, tempoh
pemulihan seseorang pesakit lebih
pendek iaitu sekurang-kurangnya
dua atau tiga bulan dengan kelebihan
alat tersebut dapat mengesan getaran
dan seterusnya menggerakkan
Pelajar USM
Rangkul Anugerah
Projek Terbaik
K
ajian mengenai pembangunan karbon nanotiub
berasaskan nano komposit sebagai bahan kapasitor yang
dihasilkan dua pelajar Universiti
Sains Malaysia (USM) berjaya
merangkul Anugerah Projek Terbaik pada Pertandingan Penyelidikan dan Inovasi Kebangsaan
(NRIC) 2008.
Produk yang dihasilkan oleh
dua penuntut jurusan Kejuruteraan Kimia itu berfungsi sebagai
bahan menyimpan tenaga yang 10
kali lebih berkesan daripada kapasitor yang ada sekarang untuk kegunaan pengangkutan awam dan
sebagainya.
Menurut pelajar berkenaan,
Mun Sing, hasil kajian itu memberi kesan besar kepada pengu-
SAINS@USM
Dilancar
Cawangan Baru di Bukit Jambul
U
niversiti Sains Malaysia
akan mempunyai satu
lagi kampus cawangan,
dikenali Sanggar Inovasi Sains
dan Sastera, atau SAINS@USM di
Bukit Jambul, Pulau Pinang.
Pelancaran
SAINS@USM
disempurnakan Canselor USM,
Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku
Syed Putra Jamalullail di USM
Pulau Pinang.
‘Kewujudan
Sebahagian pesakit guna Axotrain - Prof. Mohd Zaid Abdullah
anggota pesakit.
“ Pesakit akan melalui tiga sesi
pemulihan, iaitu Isometric bertujuan
untuk membiasakan pesakit dengan
alat tersebut dan fasa kedua iaitu
Sokinetic yang bertindak membantu
mengaktifkan sel-sel mati pada
anggota pesakit seterusnya membantu
pergerakan secara berperingkat,”
katanya.
Seterusnya
pesakit
bakal
menjalani proses peringkat Isotonic
(fasa ketiga)
yang bertindak
merangsang pergerakan lebih efektif
seperti keupayaan mengangkta
barang.”
Beliau yang komited dengan
ciptaan tersebut yakin alat
terbabit mampu membantu usaha
memulihkan pesakit strok yang kini
mencatatkan angka 40 ribu setahun
rangan kos dalam pembuatan
kapasitor pada masa depan selain
satu inovasi dengan menggunakan produk atau bahan sedia ada
dalam penyimpanan bahan tenaga
sekarang.
Hasil kejayaan tersebut membolehkan mereka membawa pulang wang tunai RM 5,000 dan
trofi yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Omar Abdul Rahman.
NRIC yang diadakan selama
tiga hari bermula Selasa lalu
mempamerkan 145 hasil penyelidikan pelajar Ijazah sarjana muda
dari 19 buah institusi pengajian
tinggi (IPT) awam dan swasta dari
seluruh negara.
SAINS@USM
merupakan
satu kejayaan
dalam usaha
menyepadukan
sains dan
sastera supaya
masyarakat
dapat
mengekalkan
ilmu dan budaya
yang seimbang’
Baginda bertitah, kewujudan
SAINS@USM
merupakan
satu kejayaan dalam usaha
menyepadukan
sains
dan
sastera supaya masyarakat dapat
mengekalkan ilmu dan budaya
yang seimbang.
Jelas baginda, konsep baru
seperti itu merupakan cetusan idea
yang berani kerana menjadikannya
berbeza daripada taman-taman
sains yang ada di serata dunia.
“Tidak
mustahil
usaha
memartabat ilmu menerusi projek
berkenaan
dapat
menyamai
pencapaian tamadun Andalusia
yang disegani suatu masa dahulu,”
titah baginda
Kampus dengan rekabentuk
kontemporari itu dibina dengan kos
RM59 juta ringgit dan dijangka siap
sepenuhnya pada 2014 di bawah
Rancangan Malaysia Kesembilan
(RMK-9).
Kemudahan seperti apartmen,
hotel, sekolah antarabangsa dan
pusat kajian turut disediakan untuk
kemudahan orang awam
Dalam
majlis
pelancaran
itu, USM turut menandatangani
memorandum
persefahaman
dengan enam syarikat berteknologi
tinggi serta Khazanah Nasional
Berhad.
Tuanku
Syed
Sirajuddin
kemudian menerima cek bernilai
RM24.35 juta ringgit daripada
Perbadanan
Pembangunan
Teknologi Malaysia (MTDC)
bagi menjayakan lapan projek
penyelidikan di USM.
SuaraSiswa BK
BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008
Boleh Saya Anjing Liar Ancam
Bantu?
Penghuni Desasiswa
Saudara Pengarang,
B
OLEH SAYA BANTU?
Itulah papan tanda yang
menyambut
kehadiran
pelawat di empat pintu pagar
kampus
induk
Universiti
Sains Malaysia (USM). Walau
bagaimanapun, sebagai pelajar,
saya ingin bertanya adakah
pengawal
keselamatan
yang
bertugas benar-benar memahami
maksud di sebalik perkataan itu???
Kejadian yang berlaku pada
satu malam minggu pertama
sekitar jam10.30 malam amatlah
mengecewakan saya sekaligus
merasakan bahawa pengawal
keselamatan tidak benar-benar
serius menjaga keselamatan pelajar.
Kenapa saya berkata demikian??
Ceritanya
mudah
sahaja.
Begini, selepas makan digerai
makan Ivory, saya bersama
empat orang rakan berkereta
untuk pulang ke Desasiswa Fajar
Harapan, kami menggunakan
pintu masuk Bukit Gambir.
Pada malam itu, palang
berfungsi.
Ketika
kenderaan
kami bergerak untuk masuk ke
kampus, ada sebuah kereta wira
dihadapan kami. Namun pemandu
kenderaan tidak menyentuh kad
matrik pada palang automatik.
Oleh itu, pamandu kereta itu
kelam kabut (pada pandangan
saya , mungkin orang luar tersilap
jalan). Oleh itu pamandu tersebut
mengundurkan kenderaannya dan
menyebabkan kami juga terpaksa
mengundur kenderaan kami..
Bayangkan ketika aksi undur
mengundur itu berlaku, jika
tiba-tiba datang kenderaan lain?
Apakah akan terjadi kepada kami?
Apa yang amat mengecewakan,
sikap pengawal keselamatan
yang bertugas malam itu.
Dia hanya duduk dikerusinya
sahaja dan tersenyum melihat
adegan tersebut. Sikap beginikah
seorang pengawal keselamatan
dan adakah ia bertepatan dengan
papan tanda yang menyambut
kedatangan tetamu di setiap
pintu pagar. Apakah kriteria
bagi mengambil
seorang
pengawal
keselamatan?
Adakah
tugas
pengawal
Keselamatan
hanya
untuk
menunggu
pelawat
masuk?
Budak Tahun 3`
Masalah Wireless
Saudara Pengarang,
S
aya merupakan pelajar tahun akhir. Saya mempunyai
masalah dengan wireless di
blok saya iaitu di blok K05, Desasiswa Amam Damai. Saya menginap di bilik yang sama sejak saya
tahun satu lagi dan sebelum ini
tidak mempunyai masalah dengan
wireless.
Tetapi pada semester ini saya
dapati wireless di blok saya selalu
putus-putus. Saya hanya dapat
online beberapa minit sahaja.
Itupun sangat perlahan. Hal ini
menyukarkan saya dan penghuni
lain untuk mencari bahan bagi
menyiapkan tugasan. Saya harap
agar pihak Pusat Komputer dapat
menyelesaikan masalah ini dengan segera.
Saudara Pengarang,
S
aya pelajar tahun akhir
juga penghuni desasiswa
Bakti Permai. Saya ingin
maklumkan kepada pengarang
mengenai anjing liar yang
berkeliaran di sekitar kampus.
Pernah satu hari saya baru
pulang dari kelas jam 11 pagi,
seekor anjing liar berada di
foyer laluan dari dewan kuliah
kearah Perpustakaan Hamzah
Sendut 1. Pada masa itu terdapat
ramai pelajar dilaluan itu dan
takut untuk menghalau kerana
bimbang digigit anjing tersebut.
Anjing itu juga, seolah-olah tidak
menghiraukan kehadiran orang
ramai malah cuba mengikut
sesiapa sahaja yang berada disitu.
Anjing lain juga pernah
masuk kebahagian laluan ke
tandas di H09 Desasiswa Bakti
Permai. Pada masa itu saya
hendak ke tandas akhirnya lari
lintang pukang kembali masuk
kedalam bilik.
Saya pernah mendangar
laporan tentang pelajar yangt
digigit anjing yang berkeliaran di
Desasiswa Saujana. Hal ini sangat
membimbangkan. Terbaru saya
terserempak dengan tiga ekor
anjing liar berhampiran Dewan
Kuliah Sains Kemasyarakatan
semasa pulang dari perbincangan
kumpulan. Saya harap pihak
pengarang memandang serius hal
ini dan cuba mendapatkan komen
daripada pihak pengurusan atau
keselamatan universiti.
Mohon pihak pengarang tidak
memandang remeh hal ini kerana
ia melibatkan keselamatan pelajar
universiti.
Siswi takut anjing
Larangan Menyertai
Perhimpunan Haram
K
ementerian Pelajaran
Tinggi telah
mengeluarkan arahan
agar para pelajar tidak menyertai
sebarang perhimpunan haram
selaras dengan peruntukan di
bawah Seksyen 15(3), Akta
Universiti dan Kolej Universiti
(AUKU).
Mengikut Akta Universiti
dan Kolej Universiti (AUKU),
Seksyen 15(3) menyatakan,
“Tiada sesiapa jua, semasa
menjadi seorang pelajar universiti,
boleh menyatakan atau berbuat
sesuatu yang boleh ditafsirkan
sebagai menyatakan sokongan,
simpati atau bangkangan terhadap
mana-mana parti politik atau
kesatuan sekerja atau sebagai
menyatakan sokongan atau
simpati dengan mana-mana
pertubuhan, badan atau kumpulan
orang yang haram.”
Mohammad Abdullah
Pejabat Naib Canselor
Universiti Sains Malaysia
T: 04.653 2193/3105
F: 04. 658 8444
11
Selain surat kepada
Ketua Pengarang,
Berita Kampus
juga menerima
surat kepada Ketua
Kaunselor serta
mengalu-alukan
sebarang pendapat,
soalan dan komen
membina terhadap
universiti. Semua
surat mesti disertai
nama, nombor kad
pengenalan, nombor
matrik dan alamat
lengkap.
Nama samaran boleh
digunakan untuk
tujuan siaran.
Pengarang berhak
menyunting surat
yang disiarkan.
Alamatkan surat
anda kepada:
Pengarang Berita
Kampus, Bangunan
D37, bilik Berita
Kampus, USM
atau emel kepada :
bkampus@yahoo.
com.my
Dah Bosan
Kebersihan Desasiswa Tanggungjawab
Bersama
Saya pelajar tahun akhir
juga penghuni desasiswa
Cahaya gemilang . Saya tidak
berpuas hati dengan tahap
kebersihan desasiwa .Saya ingin
memberitahu kepada pengarang
bahawa tandas dan bilik mandi
kotor dengan sampah sarap yang
dibuanmg oleh penghuni .
Walaupun tong sampah telah
disediakan oleh pihak Desasiswa,
namun para penghuni masih
tidak menggunakan kemudahan
tersebut,bahkan mereka lebih
gemar membuang sampah
di merata tempat sehingga
mengotorkan kawasan terutama
di tandas.
Seperti semester lepas, kedaan
kotor di semua desasiswa tetap
sama. Sikap dan tabiat pelajar
yang telah mengharapkan kerjakerja oleh tukang cuci sahaja.
Keadaan yang kotor diselonggok
dengan sampah sarap yang
berlimpahan melebihi tong
sampah.Akibat itu, binatang
berkeliaran seperti kucing,
anjing dan burung menyelongkar
sampah-sampah tersebut.
Jesteru itu, saya memohon
agar semua penghuni desasiswa
agar menjaga kebersihan bagi
memastikan agar desasiswa
sentiasa bersih.
12 BK Salam Alumni
BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008
PERSATUAN Alumni USM 12th Annual
General
Meeting
(AGM)
ALUMNI USM
P
ersatuan Alumni USM
ditubuhkan pada tahun
1989 melalui cetusan idea
sekumpulan bekas pelajar USM.
Usaha
penubuhan
Persatuan
Alumni ini bermula pada awal
tahun 1989 menerusi pembentukan
Jawatankuasa
Protem
yang
diketuai oleh Prof. Madya Itam
Sulaiman (Biologi ’74) yang
merupakan pensyarah dari Pusat
Pengajian Sains Kajihayat USM
dan beberapa orang staf akademik
serta pentadbiran USM.
Persatuan
Alumni
USM
mempunyai
Jawatankuasa
Eksekutif yang terdiri daripada
Presiden, Timbalan Presiden,
Setiausaha, Penolong Setiausaha,
Bendahari dan Ahli Jawatankuasa
yang dipilih semasa Mesyuarat
Agung Tahunan. Jawatankuasa
Eksekutif akan menerajui jawatan
tersebut untuk tempoh dua tahun.
Sejak penubuhannya, Persatuan
Alumni telah dipimpin oleh
beberapa orang presiden.
Presiden yang pertama ialah
Prof ra,li Mohamed (Komunikasi
’74) untuk tempoh empat tahun.
Kini hingga 2009 di terajui oleh
Dr Mohamed Jafre Zainol Abidin
(Pendidikan ’85)
Persatuan
Alumni
USm
semakin bergerak ke hadapan
dan kini telah membuka peluang
perniagaan kepada pelajar dan ahliahli Alumni yang mana perniagaan
tersebut berpusat di Bangunan
Sekretariat dan Rumah Alumni.
Persatuan
Alumni
juga
mempunyai Kedai Alumni yang
terletak bersebelahan Dewan
Budaya.
Pelbagai
barangan
yang dijual termasuk barangan
cenderahati, t-shirt, pen dan
sebagainya sebagai tanda kenangan
daripada Alumni USM.
MATLAMAT ALUMNI
USM
1.
Mewujudkan
saluran
komunikasi di antara Universiti
Sains Malaysia (USM) dengan
bekas siswazah.
4.
Mewujudkan hubungan
saintifik sosial dan kebudayaan di
kalangan ahli.
2.
Mengambil
bahagian
yang aktif dalam pembangunan
fizikal dan intelektual USM.
5.
Mencadangkan aktivitiaktiviti kepada Jawatankuasa
USM dan perbadanan lain yang
berkaitan.
The USM 12th AGM was
attended by about 35 members on
17 March at the Lecture Theatre
‘A’.
Among the list of Alumni
activities planned for the year
are the hosting of an ‘English
Camp’ in May and a motivational
seminar for PMR/SPM students
in June.
Photograph courtesy of Centre for Instructional
Technology and Multimedia (PTPM), USM
Persatuan Alumni menjemput semua pelajarpelajar ke tapak gerai konvo Alumni untuk
melihat Pameran Keusahawanan dan Kerjaya yang
diperkenalkan oleh Perda-Best-2U.
3.
Mewujudkan interaksi di
kalangan ahli-ahli
MATLAMAT
“ Membentuk satu kerjasama antara Usahawan PERDA dan
pihak Alumni USM di dalam aktiviti keusahawanan yang
mampu melahirkan graduan dengan kualiti modal insan dan
keusahwanan yang profesional ”
Alamat Terkini Persatuan Alumni USM
Persatuan Sekretariat
Persatuan Alumni USM
Bangunan D10
Universiti Sains Malaysia
11800 Minden
Pulau Pinang
TEL : 04-6569370 (DL)
FAKS : 04-6569370
E-Mail : [email protected]
Website : www.alumni.usm.net.my
PERSATUAN ALUMNI
DENGAN BANGGANYA
MENGUCAPKAN
SELMAT DATANG DAN
TAHNIAH KEPADA
SEMUA PELAJAR
BARU SIDANG
2008/2009
BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008
Koleksi Khas
BK
13
Kalimah Cintamu
Pengulas : Jauhariatul Akmal Johar
Ulasan Novel: Kalimah Cintamu
Penulis : Hafirda
Afiela
Tahun Penerbitan :
2008
Penerbit :Fajar Pakeer Sdn.
Bhd
Halaman : 575
Harga : RM 20.90
C
i n t a
merupakan
sesuatu
yang unik. Cinta
datang
tanpa
berjemput
dan
k a d a n g k a l a
perginya
tanpa
dipinta atau diduga sesiapa.
Cinta tidak mengenal daripada
siapa dan kepada siapa. Malah,
cinta juga kadangkala hadir
tanpa disangka dengan insan
yang sama sekali tidak terbayang
di benak fikiran. Itulah definisi
cinta
yang
tersirat.Walau
apapun tafsirannya, cinta tetap
cinta.
Melalui “kalimah cintamu”,
penulis
mempersembahkan
hubungan persahabatan yang
telah menyemarakkan api cinta
dalam diri Wirda dan Suffian
tanpa mereka sedar.
Kemunculan
Izwanie
di antara mereka berdua
menyebabkan perhatian Suffian
beralih arah. Biarpun hati
kecil Wirda masih utuh buat
Suffian, namun demi memujuk
hati sendiri Wirda mengambil
keputusan menjauhkan diri.
Nama Pengulas : Efahana
Adenan
Tajuk Buku : Sejarah Awal
Pulau Pinang
Editor : Muhammad Haji Salleh
Halaman :117 muka surat
Penerbit : Penerbit Universiti
Sains Malaysia.
B
uku
ini
menghidangkan
karya
tiga
orang
sarjana dan pakar terkenal
yang mengkaji bukti-bukti
pembukaan
awal
Pulau
Pinang. Mereka ialah Dr
Mokhtar Saidin, seorang
a h l i a r k e o l o g i , D r. M a h a n i
M u s a , s e j a r a w a n d a n D r.
tetap bahagia walaupun hanya
bergelar teman kepada Wirda.
Tahun berganjak, Suffian
kembali menagih cinta di hati
Wirda namun sekeping hati
itu milik Airy kini. Tetapi,
kekeliruan Airy pada cinta Wirda
membuatkan dia membawa
diri. Rela jika Wirda bukan
untuknya. “ Tiada kalimah yang
lebih agung, kalimah cintamu
yang kutunggu-tunggu…”
Kalimah cintamu hasil idea
dan garapan kreatif Hafirda
Afiela sebagai buah tangan
khas kepada penggemar novel.
Susunan kata yang mudah mampu
menarik pembaca menjiwai
watak yang diketengahkan.
Di samping itu, penulis cuba
membawa pembaca menyelami
hati budi dalam setiap hubungan
persahabatan.
Sepi
Sejarah Awal
Pulau Pinang
Noriah
Mohamed,
seorang ahli bahasa.
Buku
yang
mempunyai
empat
bab ini menceritakan
sejarah awal Pulau
Pinang dan Seberang
Perai.
Berbeza
dengan
buku-buku
sejarah
yang lain, buku ini
lebih lebih banyak
menceritakan tentang
k e p e n d u d u k a n
sebelum kedatangan
Francis Light dan
tidak berpihak kepada
penjajah.
Kajian
mereka
bermula dari bukti
awal dan membawa
kepada dekad awal
kedatangan Syarikat
H i n d i a Ti m u r.
Penulis
juga
banyak
menceritakan
mengenai
individu-individu
yang
membuka penempatan di
sekitar Pulau Pinang dan
Seberang
Perai
sebelum
kedatangan
Light
pada
1786.
Bahasa yang digunakan
untuk menceritakan sejarah
ini adalah mudah dan senang
untuk difahami pembaca.
Selain daripada itu, foto,
peta
dan
jadual
yang
disertakan
juga
menarik
perhatian
para
pembaca
dan membantu memudahkan
pembaca memahami sejarah
tersebut.
Kehadiran Haiqal mengisi ruang
kekosongan di hati Wirda yang
sedang berduka lara dengan satu
simpulan ikatan pertunangan.
Tetapi,
dalam
meniti
bahagia, sekali lagi Wirda
diuji. Ketika menanti hari
bahagia diijabkabulkan, Haiqal
pergi meninggalkan Wirda.
Walaupun bersedih, Wirda
tidak keseorangan. Airy teman
baiknya sejak dibangku sekolah
sentiasa setia menemani dan
menjadi penghibur buat Wirda.
Airy dalam diam menyimpan
perasaan pada Wirda namun
sanggup
mengenepikan
perasaan sendiri demi melihat
kebahagiaan Wirda. Biarpun hati
tidak mampu menipu keinginan
perasaannya
sendiri
tetapi
Airy tetap cuba berselindung
di sebalik layanan dan gelak
tawa ketika bersama Wirda. Dia
Pengulas : Fadzilla
Hernani Mohd Janis
Tajuk : Sepi
Pengarah : Kabir
Bhatia
Genre : Cinta
Pelakon : Adflin
Shauki, Tony Eusoff,
Baizura
Kahar,
Vanidah
Imran,
Nasha Aziz,
Siti
Sharizah, Riezman
Khuzaimi,
Syed
Hussien,
Pierre
Andre.
Durasi : 1 jam 45
minit
F
ilem
karya
pengarah yang
mula mendapat
tempat
di
k a l a n g a n
peminat filem tempatan,
Kabir
Bhatia
ini
mengisahkan koflik cinta
tiga
watak
utamanya,
Adam, Sufi dan Imaan.
Ketiga-tiga
watak
utama
ini
diceritakan
secara berasingan tetapi
diketemukan dalam suatu
peristiwa.
Filem ini dimulakan
dengan
watak
Adam
(Adflin Shauki) seorang
tukang masak yang jatuh
hati
dengan
seorang
perancang
perkahwinan,
Ilyana
( Va n i d a h
Imran)
dalam pertemuan semasa
Adam membantu rakannya
menguruskan
majlis
perkahwinan.
Pertemuan
tersebut
akhirnya membawa kepada
bibit-bibit
percintaan
tetapi cinta mereka yang
belum bermula terpaksa
dilupakan kerana Ilyana
sudah
terlebih
dahulu
merancang perkahwinannya
dengan jejaka lain sebelum
pertemuan mereka.
Kehilangan
isteri
tersayang
dalam
kemalangan
memberi
tamparan
hebat
kepada
S u f i l a k o n a n To n y E u s o f f
disebabkan rasa bersalah
menjadi punca kemalangan
tersebut.
Sufi
bertemu
dangan
Marya
(Siti
Shahrizah) yang menjadi
penyelamat
hidupnya
daripada terus menyalahkan
diri. Sufi dan Marya saling
jatuh cinta tetapi Marya
terpaksa
melepaskan
cinta itu kerana dia sudah
berkahwin.
Imaan (Baizura Kahar)
serang
gadis
pendiam
bertemu
dengan
Ean
(Syed Hussien) di dalam
pementasan teater kolej,
tetapi
gadis
itu
tidak
menyenangi sikap Ean yang
kurang serius dan sering
mempermainkan
karya
seni. Imaan kemudian sudi
membantu Ean menjayakan
teater
karyanya
kerana
kesungguhan jejaka itu.
Imaan mula menyenangi
sikap Ean tetapi dalam masa
yang sama terperangkap
dalam
bayangan
cinta
bersama kekasihnya Khalil
(Pierre Andre).
Filem
Sepi
pasti
meninggalkan
kesan
mendalam di hati penonton
kerana
jalan
ceritanya
yang menarik dan mampu
membuatkan
penonton
turut merasai kesepian dan
kesedihan
watak-watak
utamanya untuk mencari
cinta mereka.
14 BK Kembara
BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008
Sesedap Rasa Resepi Istimewa
MyFriend’s Char Koay Teow
Oleh Sakinah Alias
Farah Musa
C
har Koay Teow amat
popular
di
Asia
terutamanya
China,
Singapura, Jepun, Korea dan
juga Malaysia. Di mana ada
masyarakat
cina,
disitulah
adanya
sajian
berkenaan.
Malaysia amnya, hidangan itu
turut dikenali sebagai Chinese
Seafood.Menu dengan tarikan
yang tersendiri itu digemari
ramai kerana rasanya.
Begitupun,
apakah
keistimewaan Char Koay Teow
yang terdapat di MyFriend’s Char
Koay Teow? MyFriend’s Char
Koay Teow terkenal di Malaysia
terutamanya di Pulau Pinang dan ia
mendapat sambutan menggalakkan
untuk merasai sendiri keunikan
Char Koay Teow tersebut.
Menurut pengurusnya, Mohd
Ghazali Murshid, 29, minat untuk
menjalankan perniagaan ini timbul
setelah melihat sambutan yang
menggalakkan serta keuntungan
yang diperolehi dari perniagaan
ini selain potensinya untuk terus
berkembang pada masa hadapan.
„Masyarakat bumiputera Pulau
Pinang telah menjadikan Char
Koay Teow sebagai makanan
popular sebaris dengan rojak, laksa
penang, pasembor dan nasi kandar.
Segelintir masyarakat bumiputera di
sini telah mengkomersialkan Char
Koay Teow kerana keunikan dan
rasanya yang sedap serta digemari
pelbagai kaum,” katanya.
MyFriend’s Char Koay Teow
mula beroperasi pada tahun 2007
setelah timbulnya idea untuk
M y F r i e n d ’s
Char
Koay
T e o w .
Contohnya,
di
Kubang
S e m a n g
jualannya telah
mencecah
RM10,000
dalam tempoh
satu
bulan,“
ujarnya lagi.
Pemilihan
Sungai
Dua
s e b a g a i
lokasi terbaru
berhampiran
Universiti
Sains Malaysia
(USM) kerana
s a s a r a n
pelanggan kami
ialah
pelajar
MEGAH: MyFriend’s Char Koay Teow tawar pelbagai hidangan istimewa.
daripada
pelbagai
lapisan
masyarakat, malahan pelbagai
kaum di negara ini.
Sajian unik di MyFriend’s
itu,bukanlah seperti yang terdapat
di restoran atau gerai-gerai lain.
Keistimewaan yang terdapat pada
menu ini adalah ia berasaskan koay
teow dan ramuan kicap yang diadun
dengan cara yang tersendiri selain
diperincikan lagi dengan kaedah
memasak yang unik untuk menjaga
mutu, keaslian dan keenakannya.
Kicap yang menjadi bahan
utama untuk menghasilkan menu
ini dihasilkan 100 peratus oleh
MyFriend’s Char Koay Teow
Food Stuff. Ia dihasilkan daripada
pelbagai bahan yang diimport dan
bebas daripada bahan pengawet
atau kimia selain bahan-bahan
yang digunakan halal dan suci.
Berita Kampus mengunjungi My
Friend’s Char Koay Teow yang
baru membuka cawangannya
di Sungai Dua, Pulau Pinang
memperkenalkan makanan enak ini
kepada rakyat Malaysia, Singapura,
Brunei, Indonesia dan seterusnya
ke peringkat antarabangsa dalam
konsep
perniagaan
francais.
MyFriend’s Char Koay Teow yang
turut beroperasi di Bukit Mertajam,
Pulau Pinang juga mengedar ramuan
aslinya (kicap) kepada beberapa
restoran dan gerai di sekitar Pulau
Pinang, Kedah dan Perak berikutan
permintaannya yang tinggi.
”Kami telah membuka beberapa
cawangan di Pulau Pinang dan
Kedah. Kami juga akan membuka
lebih banyak cawangan pada masa
hadapan. Cawangan di Alma dan
Kubang Semang (Bukit Mertajam)
bukan sahaja mendapat sambutan
daripada penggemar tempatan
tetapi juga dari Kuala Lumpur dan
Johor.
Kami
telah
menawarkan
pembukaan francais secara percuma
kepada 20 usahawan dalam usaha
untuk
menambah
cawangan
USM. MyFriend’s Char Koay
Teow turut menerima tempahan
melalui telefon dan menyediakan
khidmat penghantaran kepada
ENAK: Cendawan goreng istimewa.
pelanggannya.
„ S e l a i n
dari Char Koay
Teow, kami turut
menyediakan menu
lain seperti Nasi
Goreng
Udang
dan Udang Goreng
Sepinggan
yang
menggunakan
kicap
istimewa
k e l u a r a n
MyFriend’s
Char
Koay
Teow pada harga
berpatutan,“ kata
Ghazali. S e l a i n
menghasilkan
kicap dan sos serta
menjadi pembekal
bahan
mentah
kepada
peniaga
tempatan mereka
juga menyediakan
kelas
latihan
memasak
dan
cara pengurusan
francais
kepada
rakan niaga baru
bertempat di Pusat Perniagaan
Alma, Bukit Mertajam.
Menurut
pelanggan
yang
ditemui, Aliena Abdullah, 25, menu
yang disediakan di MyFriend’s
Char Koay Teow lain dari yang lain
dan sangat menyelerakan .
”Saya berpuas hati dengan
masakan yang disediakan di sini
kerana rasanya yang unik dan sedap
dan saya berharap agar ia akan
dapat diperkenalkan kepada orang
ramai supaya mereka dapat datang
untuk mencuba sendiri resepi ini,”
katanya.
Seorang lagi pelanggan, Faridah
Ahmad, 48, yang kali pertama
datang makan di MyFriend’s
Char Koay Teow berpendapat,
perniagaan ini perlu dipopularkan
lagi supaya lebih ramai orang yang
akan tahu mengenai keenakan serta
keunikan Char Koay Teow.
”Saya tertarik dengan makanan
yang disediakan kerana rasanya
sedap dan makanan yang disediakan
juga cepat,” katanya.
MyFriend’s Char Koay Teow
beroperasi setiap hari bermula pada
pukul 6 petang hingga 3 pagi dan
boleh hubungi 017-4275768 untuk
tempahan.
Char Keow Teow yang
menjadi menu utama
kedai ini.
BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008
Kembara
BK
15
Rumah P.Ramlee Menyimpan
Seribu Memori
Oleh Sakinah Alias
Farah Musa
A
llahyarham Tan Sri P.
Ramlee seorang seniman
agung yang
berjasa
kepada negara dalam bidang seni.
Beliau seorang penghibur yang
sempurna, pengarah, penyanyi,
pelakon, penerbit dan pelawak yang
disegani dan dihormati oleh semua
lapisan masyarakat termasuk di
dalam dan luar negara.
Walaupun selepas 35 tahun
pemergian beliau, karya-karya
seperti filem yang dihasilkan
masih lagi ditayangkan serta lagulagu yang dinyanyikan oleh beliau
masih berkumandang di corong
radio.
Selain itu, barangan artifak
yang berkaitan dengan beliau
juga di simpan dan dijaga untuk
diabadikan dan dijadikan tatapan
kepada generasi akan datang.
Rumah kelahiran seniman serba
boleh ini masih ada sehingga
sekarang menunjukkan betapa
besarnya
penghargaan
yang
diberikan kepada Allahyarham.
P.Ramlee dilahirkan pada
22 Mac 1929 di rumahnya yang
terletak di Jalan P. Ramlee,
Pulau Pinang dan selepas tempoh
pantang selama 44 hari, beliau
telah dibawa ke rumah ibu bapanya
di Kampung Jawa.
Rumah
beratap nipah berlantaikan papan
ini telah dibina oleh ayah beliau
iaitu Puteh bin Kasim bersamasama bapa saudaranya Rejab bin
Hussien pada tahun 1926.
Kini rumah tersebut telah
dibaik pulih dan dijadikan salah
satu lokasi pelancongan popular
negara
yang
menempatkan
barang-barangberharga
peninggalan beliau seperti potretpotret keluarga serta barangbarang pengenalan peribadi untuk
tatapan umum bagi generasi akan
datang .
Berita Kampus mengunjungi
Rumah Kelahiran beliau di Jalan
P. Ramlee, Pulau Pinang yang
terletak kira-kira dua kilometer
dari pusat bandar untuk melihat
sendiri cara hidup beliau semasa
hayatnya.
Sebaik melihat rumah tersebut,
para pengunjung pasti tertanyatanya dan ingin mengetahui
segala isi kandungan di dalamnya.
Pemandangan sekitar kawasan
rumah tersebut dihiasi dengan
pokok-pokok menghijau yang
dipelihara dan dijaga rapi untuk
mengekalkan kecantikan dan
kedamaian kawasan tersebut.
Berdasarkan maklumat yang
diterima, rumah asal P.Ramlee
terletak di lorong Yahudi telah
dirobohkan kerana kawasan
itu digunakan untuk membina
kuarters kerajaan.
Namun, rumah asal ini pernah
dibaiki oleh bapa saudaranya di
zaman pendudukan Jepun dan
sekali lagi ia dibaiki pada tahun
1948.
Kini, rumah bersejarah itu
telah dibina semula mengikut
bentuk asalnya oleh Arkib Negara
Malaysia sebagai mengenang
jasa dan sumbangan Allahyarham
kepada
perkembangan
seni
tanah air pada 1961 dan dibuka
dengan rasminya oleh Menteri
Kebudayaan,
Kesenian
dan
Pelancongan Malaysia, Datuk
Seri Sabaruddin Chik pada 13
Disember 1991.
Menurut
penjaga
rumah
tersebut, Ahmad Hashim, 75,
rumah ini terbahagi kepada dua
bahagian iaitu bahagian dalam
dan bahagian luar. “Bahagian
dalam terdapat ruang pameran
yang memaparkan aspek-aspek
kehidupan beliau semasa remaja.
Ini dibahagikan kepada ruang
tamu yang merakamkan detikdetik hidup beliau dari kecil
hingga sehinggalah berhijrah ke
Singapura.
“Sementara itu di ruang tengah
menempatkan alat-alat muzik
dan gambar-gambar mengenai
kegiatan beliau dalam bidang
seni dan sukan serta di ruangan
bilik tidur terdapat katil besi,
meja dan cermin yang merupakan
kelengkapan seharian hidup
beliau.”
“Terdapat juga sebuah peti
besi yang merupakan tempat
menyimpan pakaian bagi keluarga
beliau serta ruangan dapur
yang memaparkan kedudukan
dapur dan kelengkapan harian,”
katanya.
Di bahagian luar pula terdapat
sebuah
basikal
kegemaran
P.Ramlee yang sengaja dicabutkan
sebelah break basikalnya sematamata untuk menghasilkan bunyi
yang menarik semasa mengayuh
basikal tersebut.
“Akibat perbuatan tersebutlah,
P. Ramlee selalu sahaja mendapat
ilham untuk mencipta pelbagai
jenis irama dan lagu sehinggalah
menjadi popular dan terkenal
seperti sekarang,” jelasnya lagi.
Jika pelawat berkunjung ke
sini, mereka dapat melihat pokokpokok disekeliling rumah tersebut
yang mempunyai kaitan rapat
dengan zaman kanak-kanaknya.
‘Paling
m e n j a d i
tarikan adalah
tikar
yang
digunakan
oleh P. Ramlee
untuk tidur dan
beristirehat.’
Selain itu, di halaman yang
sama terdapat “Kompleks Pustaka
Warisan Seni” dimana di kawal
selia oleh Arkib Negara. Di situ
ditempatkan juga Galeri P. Ramlee
yang
mempamerkan
artifak
peribadi beliau. Kompleks tersebut
menggunakan konsep bangunan
moden dan menggabungkan ciriciri tradisional supaya pengunjung
tetap merasai suasana pada zaman
dahulu.
Ditanya mengenai barangan
yang mempunyai nilai sejarah
paling tinggi terdapat di dalam
rumah tersebut, Ahmad menjawab,
kesemua
barangan
tersebut
mempunyai nilai yang sama,
tetapi yang paling menjadi tarikan
adalah tikar yang digunakan
oleh P. Ramlee untuk tidur dan
beristirehat.
“Beliau lebih senang untuk
berbaring dan tidur di atas
tikar
miliknya
berbanding
menggunakan
tilam
kerana
beliau sentiasa ingin merasakan
kesusahan dan penderitaan yang
dialami oleh golongan yang
kurang berkemampuan pada
ketika itu,” katanya lagi.
Ahmad menjelaskan jumlah
pelancong yang berkunjung ke
rumah dan galeri itu pada hari
biasa seramai 90 orang dan
jumlah itu meningkat sebanyak
40 peratus pada musim cuti umum
dan persekolahan.
Rumah Kelahiran P. Ramlee
dan Galeri ini dibuka kepada
orang ramai setiap hari kecuali
hari Isnin bermula dari jam 10
pagi hingga 5.30 petang dan
masuk adalah percuma.
16 BK Rencana
Kurang Upaya
BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008
Bukan Penghalang Jejak Menara Gading
Oleh
Asmahanim Amir
Eo Pee See
G
olongan
Orang
Kurang Upaya (OKU)
yang
mengalami
kecacatan pada anggota
badan biasanya dilihat sebagai
golongan yang tidak mampu
menjalani aktiviti biasa seperti
orang lain. Malah, terdapat
sesetengah daripada golongan
tersebut menyisihkan diri
daripada masyarakat kerana
menganggap
kecacatan
mereka akan mendatangkan
pandangan serong daripada
masyarakat.
Namun, bagi Yuhaizam
Yahaya, 37 tahun, kecacatan
kekal yang dialaminya sejak
empat tahun lepas akibat
kemalangan udara tidak pernah
menjadi penghalangnya untuk
meneruskan pengajian di
Universiti Sains Malaysia
(USM) dalam pengkhususan
Kerja Sosial pada sidang ini.
M e n c e r i t a k a n
pengalamannya
sepanjang
berkhidmat dengan TUDM,
Yuhaizam telah memasuki
kem tentera udara di Kinrara,
Kuala Lumpur dan seterusnya
di Subang, Ipoh, Kluang, Alor
Setar, Labuan dan akhir sekali
di Butterworth pada usianya
20 tahun selepas menamatkan
Tragedi
kemalangan
itu, memang
membawa seribu
kenangan yang
menyedihkan,
akan tetapi saya
anggap itu sebagai
satu ujian daripada
Tuhan untuk
menguji ketabahan
dan kesabaran diri
Yuhaizam
Yahaya
Bersama rakan-rakan OKU di Desasiswa Aman Damai
pengajian tingkatan limanya
di Maktab Rendah Sains
Mara (MRSM) Perlis .
S e p a n j a n g
perkhidmatannya
dengan
TUDM,
beliau
telah
menerima sayap terbang dan
sayap payung terjun seperti
tentera lain yang menjalani
latihan di TUDM dan beliau
telah diberi kepada Anugerah
Khidmat Cemerlang yang
diberi setiap lima tahun
sekali pada 2003.
Beliau yang pernah
bertugas sebagai juruterbang
helikopter Nuri selama 10
tahun sebelum ini, mempunyai
hasrat untuk menyambung
pelajaran sebelum berlakunya
kemalangan udara yang
mengakibatkannya lumpuh
seumur hidup (dari paras
pinggang ke bawah) pada 5
Mac 2004 lepas.
Walaupun pergerakannya
terbatas selepas kemalangan
tersebut, namun semangatnya
untuk meneruskan pengajian
ke menara gading tidak pernah
Disamping
keretanya
yang direka
khas untuk
golongan
OKU
pudar.
“Tragedi kemalangan itu,
memang membawa seribu
kenangan yang menyedihkan,
akan tetapi saya anggap itu
sebagai satu ujian daripada
Tuhan
untuk
menguji
ketabahan dan kesabaran diri,”
katanya.
“Walaupun saya lumpuh
selepas kejadian tersebut, tetapi
saya tetap redha menghadapi
dugaan ini, ” katanya yang
kelihatan optimis atas kejadian
yang berlaku ketika ditemui
Berita Kampus di Desasiswa
Aman Damai baru-baru ini.
Mengimbas
kembali
kejadian
yang
berlaku
kira-kira pukul 7.21 pagi
pada hari kejadian, beliau
berkata
helikopter
yang
dipandunya terputus dua
selepas membuat pendaratan
cemas di kawasan perumahan
Jalan Solok Beringin, Taman
Udara, Permatang Tengah,
Butterworth.
“Ketika itu saya bersama
seorang pembantu juruterbang,
Kapten Dicky Richi Chin,
berasal dari Johor Bahru
dan seorang krew, Sarjan
Udara Zailani Ab. Kadir,
dari Pasir Puteh, Kelantan.
Kami berlepas dari pangkalan
Tentera Udara Diraja Malaysia
(TUDM) Butterworth untuk
membuat ujian penerbangan
bagi sesi latihan mencari dan
menyelamat kira-kira pada
pukul 7 pagi,” katanya.
Beliau berkata semasa
menjalani latihan, helikopter
tersebut
mengalami
kerosakkan teknikal pada
bahagian enjin dan dalam
keadaan
yang
terdesak,
beliau mengambil keputusan
membuat pendaratan cemas.
“Semasa
membuat
pendaratan
cemas,
saya
mencuba
sedaya
upaya
mengimbangi dan mengalih
haluan pesawat itu daripada
menimpa bumbung deretan
rumah teres setingkat di situ
bagi mengelakkan kejadian
yang lebih buruk lagi berlaku,”
kata Yuhaizam.
Walau
bagaimanapun,
helikopter
berkenaan
terhempas di belakang deretan
rumah teres tersebut, kirakira 50 meter dari tempat
mendarat di Pangkalan TUDM
Butterworth, menyebabkan
kedua-duarakannyameninggal
Rencana BK
BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008
di tempat kejadian.
“Ketika kejadian tersebut,
saya dalam keadaan separuh
sedar dan tidak dapat
mengingati apa yang berlaku
seterusnya. Semasa sedar
sepenuhnya, saya mendapati
diri sudah berada di Hospital
Seberang Jaya, Pulau Pinang,”
katanya.
Semasa Yuhaizam sedar,
beliau tidak diberitahu tentang
kematian kedua-dua rakannya
itu,
sehinggalah
beliau
terdengar
isteri rakannya
meraung di luar wad.
“Semua orang yang datang
melawat saya diberi amaran
supaya
tidak
diberitahu
tentang kematian kawankawan saya itu kerana takut ia
akan menganggu emosi saya,”
katanya yang sekarang ini
masih berkhidmat di TUDM
Butterworth sebagai Pegawai
Operasi.
Susulan daripada kejadian
berkenaan,
Yuhaizam
kemudiannya
menerima
rawatan di Hospital Kuala
Lumpur
(HKL)
selama
setahun.
Semasa
menerima
rawatan di HKL, beliau telah
menyertai Persatuan Perwira
K-9 yang banyak mengajar
tentang kerja-kerja kehidupan
harian OKU seperti cara-cara
mengendalikan kerusi roda.
“Ramai orang memikirkan
OKU tidak boleh melakukan
banyak perkara yang biasa
dilakukan orang normal.
“Tetapi melalui persatuan
“Jangan
jadikan
kecacatan
sebagai alasan
untuk menagih
simpati
daripada
orang ramai,
kerana di
luar sana
ada lagi
golongan
jauh lagi
kurang
bernasib baik
daripada kita,”
ini, saya telah
d i a j a r
bagaimana
mengendalikan
kereta yang diubah
suai khas untuk OKU.
Kini, saya mampu memandu
kereta ke mana-mana sahaja.”
katanya yang sering berulangalik dari tempat kerja ke
rumahnya di Taiping.
Selepas
menyertai
persatuan tersebut, beliau
menjadi lebih ramah dan
mudah bergaul dengan orang
ramai berbanding sebelum itu.
“Sebelum
berlakunya
kemalangan itu, saya bukanlah
seorang yang suka berbual.
Tetapi selepas menyertai
persatuan itu, saya mula
bergaul dengan orang ramai
17
dan menjadi peramah sehingga
kadang kala saya disuruh
berhenti bercakap,” katanya
sambil berseloroh.
Sepanjang
menerima
rawatan di hospital, beliau
mendapat sokongan daripada
keluarganya terutama isterinya,
Rosila Hassan, 33 tahun,
seorang suri rumah tangga
bersama empat orang anak
yang kini menetap di Taiping,
Perak.
“Sokongan
daripada
mereka amat penting bagi saya
Bersama
rakanrakan
semasa
minggu
orientasi.
meneruskan
kehidupan yang
semakin mencabar ini.
“Tanpa mereka, mungkin
saya tidak setabah dan
berfikiran optimis sebegini,”
katanya.
Setelah lama menyimpan
hasratnya untuk menyambung
pelajaran, akhirnya hasratnya
tercapai apabila beliau telah
ditawarkan biasiswa daripada
Angkatan Tentera Malaysia
(ATM).
Dalam
kursus-kursus
yang ditawarkan, beliau telah
memilih kursus Kerja Sosial
sebagai kursus pengajiannya
kerana beliau mempunyai misi
tersendiri .
“Kerja
Sosial
boleh
memberi banyak pendedahan
terutamanya
mengenai
tingkah laku manusia kerana
manusia itu unik. Jadi, melalui
kursus ini saya dapat belajar
bagaimana hendak menolong
orang yang senasib dengan
saya”, katanya.
“Bukan semua orang faham
tentang jiwa dan perasaan
OKU. Malah pekerja sosial
yang normal pun kadang kala
tidak memahami perasaan
OKU.
“Melalui kursus ini, saya
berharap masyarakat akan
lebih memahami serta dapat
menerima golongan ini dengan
seadanya,” katanya yang
turut mendapat cuti bergaji
selama tiga tahun sepanjang
pengajiannya di sini..
Selain
itu,
beliau
berpendapat OKU perlu
berdikari dan tidak seharusnya
bergantungsepenuhnyakepada
orang di sekeliling mereka.
“ Masyarakat tidak perlu
terlalu memanjakan golongan
ini sahaja kerana ada banyak
lagi golongan lain yang perlu
diberi perhatian.
“Jangan jadikan kecacatan
sebagai alasan untuk menagih
simpati daripada orang ramai,
kerana di luar sana ada lagi
golongan jauh lagi kurang
bernasib baik daripada kita,”
katanya.
Dalam
menyesuaikan
diri dengan pelajaran dan
kehidupan baru di kampus,
Yuhaizam juga menyimpan
azam
dalam menghadapi
pengajian selama tiga tahun.
“Azam
saya
ialah
belajar bersungguh-sungguh
dan berharap saya dapat
menamatkan pengajian dengan
cemerlang.selama tiga tahun
di sini.
“Pelajaran sangat penting.
Semua orang tidak kira
normal
atau
sebaliknya
perlu mendapat pendidikan
sempurna supaya berjaya
dalam kehidupan,” katanya
mengakhiri perbualan.
18 BK Rencana
BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008
Fahami Diri Sebelum Cari Sahabat
Oleh
Siti Nurhajatulziemah
Mohd Noor
H
idup ini pasti terasa
sunyi tanpa kehadiran teman-teman.
Kawan menjadi platform terbaik untuk berkongsi kisah
dan masalah. Bagaimana
dengan anda? Adakah anda
mempunyai teman yang
‘sekepala’? Atau masih tercari-cari sahabat sejati. Jika
mencari teman untuk gelak
ketawa memang mudah
tetapi mencari kawan ketika
menangis amat sukar.
Bagaimana dengan pelajar baru USM semester
ini? Adakah mudah mencari
kawan sehati sejiwa? Mungkin kini anda gembira dengan
kehadiran teman-teman baru
disisi. Tidaklah anda berasa
risau atau bersendirian lagi.
Ke mana sahaja anda pergi
pasti dikelilingi teman-teman. Tetapi bagaimana pula
dengan anda yang masih
mencari sahabat? Di sini
ada beberapa informasi yang
boleh dipraktikkan dalam
memulakan
persahabatan
dan untuk mengekalkan
hubungan yang terjalin.
Menurut Ketua Kaunselor Unit Kaunseling dan
Kerjaya, En.Azmi Hj Hassan, individu cenderung memilih kawan mengikut kriteria yang dia sendiri tetapkan.
Dalam konteks persahabatan
terutama di universiti, individu perlu melihat faktor
diri sendiri sama ada boleh
disukai, mudah didekati dan
senang dibawa berbincang.
“Jika individu itu seorang
pemalu jangan biarkan perasaan malu dan rendah diri
menjejaskan kehidupan seharian. Cuba cari peluang
memulakan perbualan dengan individu yang baru dikenali. Pelajar perlu memahami
diri sendiri terlebih dahulu.
Kaji sikap yang ada dalam
diri dan sentiasa melakukan
perubahan pada diri jika perubahan itu membawa kebaikan,” katanya lagi.
1. Tanya soalan
Apa kata anda bertanyakan soalan-soalan yang
berkaitan tentang dirinya
dan ini akan membuatkan
kawan baru anda berasa selesa dan ringan mulut untuk bercerita. Jangan berasa
ragu-ragu untuk bertanyakan
apa sahaja soalan asalkan tidak menyentuh hal peribadi
dan menimbulkan kemarahannya.
2. Beri perhatian
Anda juga perlu mendengar dengan penuh minat dan
elakkan dari memalingkan
muka ke arah lain ataupun
sibuk melakukan aktiviti
sampingan seperti menaip
‘sms’. Anda perlu menjadi
pendengar yang baik jika
kamu mahukan maklum
balas yang sama daripada
kawan anda ketika kamu sedang berbual.
SAHABAT
IBARAT
PELANGI
YANG
HADIR
SELEPAS
HUJAN,
WALAU
BUMI DIBASAHI,
NAMUN
PELANGI
TETAP
SETIA MEWARNAI
Sekadar Gambar Hiasan
menjadi punca persahabatan
yang terjalin menjadi
renggang dan
yang paling
buruk
boleh
3. Jaga perlakuan ketika
berbual
Cara kita menampilkan
diri
sewaktu berbual
perlu dititik
beratkan.
C o n tohnya
apabila
Si J
menunjukkan
ekspresi
muka seperti
‘bosan’ dan tidak berminat mendengar perbualan dengan memandang ke arah
lain. Setiap perlakuan yang
anda tonjolkan membawa
makna tersirat. Justeru itu,
anda perlu berhati-hati dengan tutur kata dan tingkah
laku supaya tidak wujud
perselisihan faham.
4. Buang prasangka
Setiap orang mempunyai
persepsi tersendiri terhadap
orang lain. Misalnya, jika Si
A kelihatan bergaya dari segi
penampilan pasti kamu beranggapan bahawa Si A akan
memilih untuk berkawan den-
gan individu yang ‘sealiran’
dengannya sahaja. Hapuskan
persepsi sedemikian kerana
setiap orang berbeza-beza
antara satu sama lain dan
mempunyai keistimewaan
tersendiri. Jangan menilai
dari segi luaran sahaja. Bak
kata pepatah, tak kenal maka
tak cinta.
5. Jangan pilih bulu
Segelintir individu dicop
pilih bulu dalam berkawan
sehingga sanggup memulau
dan mengutuk kerana tidak
suka individu lain. Contohnya, Si A tidak mahu bersahabat dengan Si B kerana
dia terlalu pendiam ataupun
tidak pandai bersosial. Janganlah begitu kerana dengan ada perbezaan, hidup ini
menjadi lebih seronok dan
pelbagai. Anda perlu belajar
untuk berfikiran lebih luas
dan terbuka.
6. Elak persengketaan
Apabila
kita
sudah
mengenali hati budi dan
tingkahlaku
masing-masing mulalah timbul pelbagai
masalah. Marah, sakit hati,
tidak puas hati, berselisih
pendapat dan kecil hati mula
menguasai diri. Inilah antara
perasaan yang seringkali
meng a k i b a t k a n
pergaduhan.
Semua ini perlu diatasi dengan bijak jika anda
sayangkan persahabatan dan
tidak mahu bermasam muka
sesama sendiri.
7. Terima kelebihan dan
kelemahan
Bukan mudah mengekalkan hubungan persahabatan
jika kita sendiri tidak berusaha untuk menjaga bersama. Kita perlu menerima
kelebihan dan kekurangan
masing-masing. Jika anda
rasakan bahawa hubungan
kamu dan sahabat mula dilanda masalah segeralah
berterus terang supaya dapat
menyelesaikan masalah secepat mungkin sebelum ianya menjadi lebih serius.
Anda perlu menghabiskan
masa selama tiga atau empat
tahun untuk mendapatkan
segulung ijazah. Selama itu
jugalah, hidup kamu sentiasa
bersama teman-teman sama
ada ke kuliah, beriadah,
membeli belah, menonton
wayang dan sebagainya. Kejayaan yang dicapai pasti ingin diraikan bersama teman
seperjuangan yang selama
ini melalui saat suka duka
sepanjang bergelar mahasiswa/i.
Aksi BK
BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008
KONTINGEN
USM GAGAL
MENYERLAH
Oleh Mohd Firdaus Ismail(ROONEY)
Kontigen Universiti Sains
Malaysia (USM) menamatkan
cabaran Sukan Majlis Universiti
Malaysia (MASUM) Fasa 1 2008
dengan pencapaian lesu apabila
hanya mengumpul satu pingat
emas, satu perak dan pingat satu
gangsa dalam kejohanan yang berlangsung dari 13 hingga 17 Mei
lalu di Universiti Malaya.
Selepas tamat hari terakhir kejohanan, USM hanya berjaya menduduki tempat ke 12 daripada 20
kontingen yang bertanding.
Pasukan mendayung wanita
telah menyelamatkan maruah
USM apabila menyumbangkan
pinggat emas tunggal dalam kategori “women coxed four” dengan
menewaskan pasukan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
yang sekadar berpuas hati dengan
pingat perak, manakala pingat
gangsa diraih rangkaian penda-
yung dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM).
Walaubagaimanapun, impian
USM untuk meraih emas kedua
dalam kategori “women coxless
four” berakhir apabila mereka
sekadar berpuas hati dengan pingat perak setelah rangkaian pendayung UTM berjaya memintas
pendayung USM di saat akhir.
Pingat gangsa USM pula disumbangkan menerusi acara mendayung kategori “men coxless
four”.
Universiti Teknologi Mara
(UiTM) membuktikan kejaguhan
mereka apabila muncul juara keseluruhan dengan catatan 11 pingat
emas, lapan perak, dan tiga gangsa,
manakala Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) turut menyerlah
apabila menduduki tempat kedua
melalui pungutan tujuh pingat
emas, tiga perak dan satu gangsa.
Sementara itu, bagi Sukan
Masum Fasa Kedua yang berlangsung di Universiti Malaysia
Sabah (UMS) dari 21–28 Mei
2008, pasukan USM mempamerkan peningkatan apabila berjaya
membawa pulang tiga pingat
emas, tiga perak dan tiga gangsa
untuk menduduki tempat ke-tujuh
secara keseluruhan. Pingat-pingat
USM telah disumbangkan melalui
acara taekwando dan bola tampar
wanita.
UiTM sekali lagi menunjukkan penguasaan mereka dengan
mengungguli saingan keseluruhan apabila memenangi 14 pingat
emas, 14 perak dan 11 gangsa untuk muncul juara keseluruhan
Namun begitu, mereka telah
menerima saigan sengit daripada
pasukan UPM yang turut meraih
14 pingat emas, 10 perak dan tujuh
gangsa bagi muncul sebagai naib
juara.
Fajar
Pertahan
Gelaran
Program riadah ‘Campus Walkrobic’ 2008
USM
Mengorak
Langkah
Dalam Bidang
Sukan
Selepas pencapaian kurang
memberangsangkan dalam Majlis
Sukan Unversiti (MASUM) barubaru ini, Universiti Sains Malaysia
(USM) telah mengorak langkah
dalam usaha memartabatkan bidang sukan supaya mampu berdiri
sama tinggi bersama pencapaian
bidang akademik setanding dengan universiti tempatan yang lain.
Terbaru, Program Sukan USM
telah diperkenalkan dengan objektif utama untuk menaikkan nama
USM pada kejohanan-kejohanan
berprestij seperti MASUM.
Melalui program warga sukan,
USM akan memberikan peluang
kepada pelajar mempunyai pengalaman sebagai atlet negeri atau
negara yang masih bergiat aktif
untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun untuk melanjutkan pelajaran di USM disamping
mencapai PNGK yang diperlukan
dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
Menurut Ketua Unit Sukan
USM, En Muhammad Mohd
Hanif, seramai 13 orang pelajar
telah terpilih sebagai perintis untuk projek ini ketika pengambilan
pelajar baru bagi sidang akademik
2008/2009.
“Pelajar-pelajar ini adalah
atlet-atlet yang berpengalaman
dalam sukan seperti ping pong,
ragbi, boling padang dan juga bola
tampar.
“Kita berharap mereka mampu menyumbang sesuatu kepada
D
Juara lagi.. Pelajar baru Desasiswa Fajar Harapan gembira selepas berjaya meneruskan legasi kemenangan senior mereka dalam acara sorak sempena minggu orientasi
baru-baru ini di Universiti Sains Malaysia.
19
esasiswa Fajar Harapan dinobatkan sebagai juara pasukan sorak untuk kali kedua berturut-turut
dalam program riadah Campus Walkrobic,1 Julai lalu.
Program yang dirasmikan
oleh Timbalan Naib Canselor
Bahagian Hal Ehwal Pelajar,
Prof. Madya Omar Osman
itu, disertai hampir 3540
orang penuntut baru Universiti Sains Malaysia (USM).
Program yang berlangsung
di Stadium Olahraga USM itu
turut menyaksikan Desasiswa
Cahaya Gemilang merangkul
juara bagi kategori slogan.
Desasiswa yang menang
membawa pulang Piala Pasukan Sorak Walkrobic dan Piala Slogan Walkrobic beserta
hamper.
universiti disamping berpeluang
untuk meneruskan pengajian mereka”, katanya ketika ditemui berita
kampus baru-baru ini.
Menjawab satu soalan mengenai pencapaian sukan USM yang
dilihat berada pada tahap “kurang
memberangsangkan” jika dibandingkan dengan beberapa universiti
lain.
Beliau menjelaskan bahawa
keadaan ini disebabkan status atlet
yang mewakili universiti.
“USM tidak mempunyai atlet
kebangsaan seperti universiti lain
.Atlet kita dilatih disini dan cuma
mempunyai asas sukan yang mereka sertai sahaja. Oleh itu, untuk
mendapat hasilnya , latihan masa
yang lama diperlukan , sedangkan
tempoh pengajian ialah antara tiga
tahun sehingga lima tahun sahaja.
Selain itu, jumlah pelajar juga
agak terhad, tidak ada program
diploma berbanding universiti Putra Malaysia atau Uitm, jadi peluang agar mendapatkan atlet yang
benar-benar berpotensi agak terbatas,” katanya.
Namun beliau menjelaska bahawa semua itu bukan halangan
bagi unit sukan untuk terus berusaha menyediakan para atlet yang
mampu membawa cabaran Usm
ke peringkat yang lebih tinggi.
“Saya yakin Program Warga
Sukan yang diperkenalkan ini
mampu untuk menyumbang sesuatu untuk universiti,” tambahnya.
Sementara itu, Pengarah
Projek Walkrobic Desasiswa
Fajar Harapan, Saudari Siti
Nur Syuhada Binti Abdul
Aziz, Sains Kemasyarakatan 2, berasa bangga dengan
penglibatan penuntut baru
yang amat bersemangat dan
telah memberi kerjasama untuk menjayakan program ini.
“Pelbagai cabaran telah
ditempuh oleh penuntut baru
terutamanya
semasa
sesi
latihan sorak kerana mereka
harus menyeragamkan gaya
dan sebutan sorakan dengan
peserta seramai 400 orang”
tambahnya lagi.
Saudara Mohamad Saffi
Hafiz Bin Mat Jenoldin, Ilmu
Kemanusiaan 1, turut berasa
gembira dengan kemenangan
Desasiswa Fajar Harapan.
FAJAR MENANG
LAGI-19
USM MENGORAK LANGKAH
DALAM BIDANG SUKAN-19
USM LESU
MAJLIS SUKAN UNIVERSITI MALAYSIA 2008 (MASUM)
DI MASUM
KONTINGEN Universiti Sains Malaysia (USM) menamatkan
cabaran Sukan Majlis Universiti Malaysia (MASUM) Fasa 1
2008 dengan pencapaian lesu apabila hanya mengumpul satu
pingat emas, satu perak dan satu gangsa dalam kejohanan
yang berlangsung dari 13 hingga 17 Mei lalu di Universiti
Malaya. Selepas tamat hari terakhir kejohanan, USM
hanya berjaya untuk menduduki tempat ke 12 daripada 20
kontigen yang bertanding. Pasukan mendayung wanita telah
menyelamatkan maruah USM apabila menyumbangkan
pingat emas tunggal universiti. Namun begitu, kontijen USM
menunjukkan peningkatan dalam Fasa II apabila berjaya
membawa pulang tiga emas, tiga perak dan tiga gangsa.
Program ‘Campus Walkrobic’ 2008
PUNGUTAN PINGAT (FASA 1)
IPTA
EMAS
PERAK GANGSA JUMLAH
UiTM
11
6
3
20
UKM
7
3
1
11
UPSI
7
2
3
12
UM
6
6
8
20
UTM
5
9
8
22
UIAM
4
5
10
19
UTHM
3
1
1
5
UPM
2
3
3
8
USIM
1
4
6
11
UPNM
1
2
5
8
UNIMAS
1
2
2
5
USM
1
1
1
3
UNITEN
0
2
0
0
UMP
0
1
2
2
UUM
0
1
2
2
UDM
0
0
4
4
UMT
0
0
2
2
UTEM
0
0
1
1
UMK
0
0
0
0
UMS
0
0
0
0
UniMAP
0
0
0
0
PUNGUTAN PINGAT (FASA 2)
UiTM
14
14
11
39
UPM
14
10
7
41
UM
9
9
3
21
UUM
8
4
10
22
UTM
3
4
7
14
UIAM
3
3
7
13
USM
3
3
5
11
UPSI
2
5
1
8
UMS
2
3
4
9
UKM
2
0
5
7
UPNM
1
1
2
4
UMT
1
1
1
3
UTHM
0
2
0
2
UTeM
0
1
2
3
UMP
0
1
1
2
UNIMAS
0
1
0
1
UDM
0
0
2
2
USIM
0
0
1
1
UNIMAP
0
0
1
1
Berita selanjutnya di halaman 19