Buku Peraturan Akademik

Transcription

Buku Peraturan Akademik
ii
ISI KANDUNGAN
Kandungan
Muka Surat
1. Bahagian I: Takrifan
2. Bahagian II: Tahun Akademik
3. Bahagian III: Semester Khas dan Pelaksanaannya 4. Bahagian IV: Pendaftaran Kursus 5. Bahagian V: Sistem Unit dan Kredit
6. Bahagian VI: Sistem Purata Nilai Gred 7. Bahagian VII: Peperiksaan 8. Bahagian VIII: Syarat Menduduki Peperiksaan
9. Bahagian IX: Persediaan Menghadapi Peperiksaan Akhir
10. Bahagian X: Penyeliaan Peperiksaan Akhir
11. Bahagian XI: Pengawasan Peperiksaan Akhir Semester
12. Bahagian XII: Tatatertib Peperiksaan Akhir Semester
13. Bahagian XIII: Penyelewengan Akademik
14. Bahagian XIV: Penilaian
15. Bahagian XV: Status Akademik
16. Bahagian XVI: Pertukaran Program Pengajian
17. Bahagian XVII: Penangguhan Pengajian
18. Bahagian XVIII: Berhenti Pengajian
19. Bahagian XIX: Syarat Penganugerahan Ijazah 20. Bahagian XX: Penganugerahan Ijazah 21. Lampiran A: Carta Tempoh Pendaftaran Kursus Pelajar
22. Lampiran B: Jadual Pengiraan Kursus-Kursus
yang Digabungkan
23.Lampiran C: Tempoh Proses Permohonan dan Pengesahan
Pengecualian Kredit
24. Lampiran D: Pengiraan GPA dan CGPA
25.Lampiran E: Borang Permohonan Pertukaran
Program Pengajian (HEA-12)
26. Lampiran F: Borang Penangguhan Pengajian (HEA/HEP-13)
27. Lampiran G: Transkrip Akademik
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
1
3
4
7
10
18
21
25
26
27
28
33
38
42
44
47
50
54
55
59
61
62
63
64
65
68
72
1
BAHAGIAN I:
TAKRIFAN
PERATURAN AKADEMIK
“ Universiti ” ialah Universiti Malaysia Perlis.
“ Senat ” ialah Senat Universiti Malaysia Perlis.
“ Pusat Pengajian ” ialah mana-mana fakulti, institusi dan pusat
pengajian universiti.
“ Dekan ” ialah ketua Pusat Pengajian / Institut / Pusat / Jabatan yang
dilantik oleh Naib Canselor Universiti.
“ Pelajar ” ialah seseorang yang telah sah didaftarkan secara rasmi untuk
mengikuti pengajian di universiti ini.
“ Calon Luar ” ialah pelajar semester akhir yang mendaftar kursus sahaja
yang pernah diikuti sebelumnya.
“ Kursus ” ialah komponen kurikulum kursus yang mempunyai kod
tersendiri.
“ Jawatankuasa Akademik Pusat Pengajian / Institut / Pusat ” ialah
jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Pusat Pengajian / Institut / Pusat
untuk menguruskan perkara-perkara mengenai hal ehwal akademik Pusat
Pengajian / Institut / Pusat.
“ Kredit ” ialah jumlah unit yang telah didaftarkan dan lulus. Untuk
pengajian peringkat ijazah, pelajar mesti mengumpulkan jumlah kredit
yang ditetapkan.
“ Unit Kira ” ialah jumlah unit yang diambilkira dalam pengiraan PNG dan
PNGK.
“ Unit Pengecualian ” ialah jumlah pengecualian unit yang diluluskan oleh
Senat Universiti.
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
2
” Unit Pindah ” ialah jumlah unit yang dipindahkan dari institusi lain dan
diluluskan oleh Senat Universiti.
“ Penganugerahan ” ialah pengesahan Senat Universiti ke atas pelajar
yang telah memenuhi syarat lulus.
“ Rakan Pendamping Siswa (RPS) / Penasihat Akademik (PA) ” ialah
staf akademik yang dikenalpasti untuk memberi penasihatan di dalam hal
yang berkaitan dengan akademik pelajar.
“ Peperiksaan ” ialah sebarang bentuk penilaian yang dibuat ke atas
pelajar Sarjana Muda yang dianggap oleh universiti sebagai sah untuk
digunakan sebagai mengukur pencapaian dan kemajuan akademik pelajar.
“ Majlis Peperiksaan Pusat Pengajian (MPPP) ” ialah majlis yang
ditubuhkan oleh Pusat Pengajian bagi semua urusan berkaitan dengan
peperiksaan.
“ Purata Nilai Gred (PNG) ” ialah purata mata nilai yang diperolehi dalam
sesuatu semester.
“ Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) ” ialah purata himpunan mata nilai
yang diperolehi bagi semua semester yang telah diikuti.
“ Majlis Peperiksaan Universiti (MPU) ” ialah majlis yang ditubuhkan
oleh universiti bagi semua urusan berkaitan dengan peperiksaan.
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
3
BAHAGIAN II:
TAHUN AKADEMIK
1.
Tahun Akademik Universiti dibahagikan kepada dua semester lazim
iaitu Semester I dan Semester II. Setiap semester ini mengandungi 14
minggu pembelajaran.
2.Di samping dua semester lazim di atas, universiti juga mempunyai satu
semester pendek yang diadakan dalam masa cuti akhir tahun akademik
dan dinamakan Semester Khas. Semester Khas menawarkan Kursus
Kuratif untuk Kursus-kursus Keperluan Universiti, Teras dan Elektif bagi
pelajar Tahun Akhir untuk tujuan bergraduat
3. Tahun Akademik dibahagikan seperti dalam Jadual I:
Jadual I: Tahun Akademik*
Minggu Suaikenal
1 minggu
(Dalam Tempoh Cuti Akhir Tahun
Akademik)
SEMESTER I
Pembelajaran
7 minggu
Cuti Pertengahan Semester 1 minggu
Pembelajaran
7 minggu
Ulangkaji
1 minggu
Peperiksaan Akhir Semester 3 minggu
JUMLAH
19 minggu
Cuti Antara Semester
SEMESTER KHAS
Pembelajaran
Peperiksaan
2 minggu
1 minggu
Cuti Akhir Tahun Akademik
6 minggu
5 minggu
SEMESTER II
Pembelajaran
7 minggu
Cuti Pertengahan Semester 1 minggu
Pembelajaran
7 minggu
Ulangkaji 1 minggu
Peperiksaan Akhir Semester 3 minggu
JUMLAH
19 minggu
* Tertakluk kepada pindaan
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
4
BAHAGIAN III:
PANDUAN PELAKSANAAN SEMESTER KHAS
1.Pengenalan
a)
Semester Khas menawarkan Kursus Kuratif untuk Kursus-kursus
Keperluan Universiti, Teras dan Elektif bagi pelajar Tahun Akhir
untuk tujuan bergraduat.
b)Tempoh Semester Khas merangkumi dua minggu pembelajaran dan
satu minggu peperiksaan sahaja.
c)Cuti pertengahan semester dan ulangkaji tidak diperuntukkan untuk
semester ini.
2. Syarat-Syarat Kelayakan Mengikuti Kursus Kuratif;
a) Pelajar tahun akhir yang akan bergraduat dan mendapat;
i) Gred C-/ D+/ D/ D-/ F dan DK untuk Kursus Keperluan Universiti;
ii)Gred C-/ D+/ D/ D-/ F dan DK untuk Kursus Teras dan Elektif
Universiti.
b)Pelajar yang mengulang satu kursus ulangan dengan syarat kursus
tersebut telah diambil setiap kali ianya ditawarkan;
3. Syarat-Syarat Pendaftaran Kursus Kuratif;
a)Pelajar yang mengikuti kursus Kuratif tidak dibenarkan menambah
atau menggugurkan kursus selepas minggu pertama;
b)
Pelajar yang ingin mengikuti kursus Kuratif wajib mendaftarkan
kursus dan hendaklah tidak melebihi 10 unit.
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
5
4. Kaedah Pengajaran
a)Pelaksanaan tutorial bagi kursus kuratif adalah diwajibkan selama 2
minggu dan kehadiran pelajar dalam tutorial yang dikendalikan juga
diwajibkan. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, Dekan
Pusat Pengajian boleh mengecualikan pelajar daripada menghadiri
tutorial yang diwajibkan itu dengan alasan yang munasabah.
b)Pelajar yang gagal dalam kerja kursus tidak layak untuk mengikuti
kursus kuratif.
5. Kaedah Penilaian
a)
Kaedah penilaian adalah berdasarkan gabungan komponen
peperiksaan Kuratif dan Gred Markah kerja kursus yang telah
diperoleh pelajar pada semester pelajar gagal dalam kursus yang
berkenaan.
Formula pengiraan Gred Akhir bagi kursus kuratif:
Markah Kerja Kursus Tertinggi + Markah Peperiksaan Kuratif
= Gred Akhir
b) Kaedah Pengiraan Purata Nilai Gred (PNG)
PNG untuk kursus Kuratif menggunakan gred kursus yang terkini
[Gred Akhir yang diperoleh semasa kursus Kuratif] dan perkiraan
adalah melibatkan kursus-kursus Semester Kedua serta kursuskursus yang diulang semasa Kuratif. Dengan cara perkiraan
berdasarkan gred terkini, keputusan PNG akan mencerminkan
keupayaan pelajar pada semester yang berkenaan.
c) Penentuan status akademik pelajar
Status Akademik Pelajar ditentukan oleh Nilai PNG. Sebagai contoh,
jika nilai PNG pada Semester Kedua 1.99 atau ke bawah, Status
akademik pelajar adalah “Percubaan”. Akan tetapi, jika nilai PNG
semasa kursus Kuratif adalah 2.00 atau ke atas, Status akademik
pelajar akan dikemas kini sebagai “Aktif”.
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
6
Walau bagaimanapun, jika nilai PNG pada Semester Kedua dan nilai
PNG semasa kursus Kuratif 1.99 atau ke bawah, Status akademik
pelajar dikekalkan mengikut Status pada Semester Kedua.
CONTOH 1:
Semester
PNG
Status Akademik
Kedua
1.89
Percubaan 1 [P1]
Kuratif
2.04
Aktif [A]
Semester
PNG
Taraf Akademik
Kedua
1.89
Percubaan 1 [P1]
Kuratif
1.92
Percubaan 1 [P1]
CONTOH 2:
d) Gred kursus akan diberikan untuk Semester Khas.
e)
Prosedur pengumuman keputusan peperiksaan yang sedia ada
akan digunakan untuk Semester Khas.
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
7
BAHAGIAN IV:
PENDAFTARAN KURSUS
1.
Semua pelajar yang aktif diwajibkan mendaftar kursus untuk setiap
semester. Pendaftaran kursus dibuat setelah pelajar berbincang
dengan Rakan Pendamping Siswa (RPS) / Penasihat Akademik (PA)
di Pusat Pengajian masing-masing. Kursus–kursus yang didaftarkan
tanpa mendapat pengesahan daripada Rakan Pendamping Siswa
(RPS) / Penasihat Akademik dianggap tidak sah.
2.Pelajar perlu memastikan kod kursus yang didaftarkan ialah kod yang
betul.
3.Pendaftaran kursus mesti dibuat mengikut tarikh yang telah ditetapkan
seperti hebahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftar melalui
e-mel dan portal.
4.
Sebarang permohonan pendaftaran kursus/ penambahan kursus /
pengguguran kursus / tarik diri di luar tempoh yang ditetapkan tanpa
sebab-sebab yang boleh diterima oleh Universiti boleh dikenakan
denda. Hanya pelajar yang mempunyai alasan yang tertentu sahaja
akan dipertimbangkan oleh Dekan Pusat Pengajian. Sebarang
permintaan daripada pelajar berkaitan pendaftaran kursus/penambahan
kursus/pengguguran kursus/tarik diri kursus semasa minggu
peperiksaan tidak akan dilayan.
a) Semakan Pendaftaran Kursus
i)
Pelajar wajib mencetak slip pendaftaran kursus sebagai bukti
pendaftaran kursus dan menyimpannya sehingga selesai minggu
peperiksaan bagi semester tersebut.
ii)Pelajar bertanggungjawab untuk menyemak dan memaklumkan
sebarang kesilapan yang terdapat pada slip pendaftaran kursus
kepada RPS/PA/Penolong Pendaftar Pusat Pengajian mengikut
tempoh yang ditetapkan.
iii)Pelajar perlu mendapatkan pengesahan RPS/PA sebelum boleh
mengikuti kursus berkaitan. Sekiranya gagal berbuat demikian,
pelajar tidak boleh mencetak slip peperiksaan.
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
8
iv)Sekiranya pelajar membuat pengguguran kursus / penambahan
kursus/tarik diri kursus , pelajar wajib mencetak semula sebagai
bukti pendaftaran kursus telah dikemas kini sehingga selesai
minggu peperiksaan semester tersebut.
v)
Pelajar wajib menyemak semula lagi slip pendaftaran kursus
yang telah dikemaskini dan melaporkan kepada RPS/PA
sekiranya terdapat kesilapan. Pelajar perlu mendapatkan
pengesahan kali kedua sekiranya berlaku perubahan pada
pendaftaran.
5. Penambahan Kursus
a)
Tempoh yang dibenarkan untuk penambahan kursus adalah
sehingga minggu ke-2 minggu pembelajaran.
6. Pengguguran Kursus
a)
Tempoh yang dibenarkan untuk menggugurkan kursus adalah
sehingga minggu ke-6 minggu pembelajaran.
7. Tarik Diri Kursus (TD)
a)
Pelajar dengan persetujuan Pensyarah Kursus dan Dekan Pusat
Pengajian boleh memohon untuk menarik diri daripada kursus yang
telah didaftarkan pada semester yang berkenaan tidak lewat dari
hari akhir bekerja pada minggu ke-12 minggu pembelajaran.
b)
Kebenaran untuk pelajar menarik diri daripada mengikuti sesuatu
kursus adalah tertakluk kepada jumlah unit minimum kecuali dengan
kebenaran Dekan.
c)
Status Tarik Diri (TD) akan dicatatkan dalam rekod pendaftaran
kursus dan transkrip.
d)Pelajar yang tidak mendaftar kursus bagi tempoh maksimum dua
(2) semester berturut – turut boleh ditamatkan pengajian dengan
menggunakan Borang HEA 20 (Borang Penamatan Pengajian
Pelajar).
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
9
e)
Bagi pelajar yang telah ditamatkan pengajian dan merayu untuk
menyambung semula pengajian perlu menulis surat rayuan
permohonan kemasukan kepada Naib Canselor melalui Dekan
Pusat Pengajian (perakuan Dekan diperlukan).
f)Penalti RM100 akan dikenakan kepada pelajar bagi setiap rayuan
kemasukan semula yang diluluskan.
g)Jangka masa pendaftaran, tambah-gugur (add-drop) dan tarik diri
kursus adalah seperti dalam LAMPIRAN A.
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
10
BAHAGIAN V:
SISTEM UNIT DAN KREDIT
1. Unit Kursus
Setiap kursus diberikan nilai yang dikenali sebagai UNIT kecuali manamana kursus-kursus yang diluluskan oleh Senat Universiti. Unit yang
diberikan berdasarkan skop kursus dan kedalaman kursus berkenaan.
2. Penilaian Unit
a)
Kecuali dalam kes-kes tertentu, nilai unit bagi kursus yang
mempunyai unit adalah seperti dalam Jadual II.
Jadual II : Penilaian Unit bagi setiap minggu untuk
Semester 14 Minggu
Bentuk
Pertemuan
Kuliah
Makmal/Tutorial
Projek Tahun Akhir
Pembelajaran berbantu
melibatkan mod penyampaian
lain seperti Problem-based
Learning (PBL), pembelajaran-e
(e-learning modules), lawatan
kerja dll.
Nilai
Unit
1
1
1
Jumlah Pertemuan
Setiap Minggu
1 jam
2 jam
3 jam
1
3 jam
Latihan Industri
1*
Bergantung kepada program
pengajian
*Nota: Nilai satu (1) unit bagi Latihan Industri adalah setara dengan dua (2) minggu latihan.
3. Beban Unit Untuk Setiap Semester
a)
Pelajar berstatus Aktif ditetapkan untuk mendaftar dengan had
tertentu bagi setiap semester. Bilangan unit minimum yang boleh
didaftarkan pada setiap semester ialah 10 unit manakala unit
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
11
maksimum ialah 22 unit kecuali pelajar semester akhir atau semasa
Latihan Industri. Pelajar yang ingin mengambil lebih daripada 22 unit
hendaklah mendapatkan kelulusan Dekan Pusat Pengajian.
b)Pelajar berstatus Percubaan (P), boleh mendaftar antara 8 hingga
12 unit.
c)
Jumlah unit (minimum dan maksimum) untuk pendaftaran kursus
mengikut taraf status pelajar adalah seperti dalam Jadual III.
Jadual III: Jumlah Unit (Minimum dan Maksimum) Untuk Pendaftaran Kursus
Mengikut Taraf Akademik / Status Pelajar
Status Pelajar
Aktif
Percubaan (P1)
Percubaan (P2)
Minimum
10
10
8
Maksimum
22
12
10
4. Pemindahan Kredit
a)
Pemindahan Kredit adalah pemindahan kredit bersama-sama
dengan gred yang diperoleh bagi kursus yang telah diambil oleh
pelajar di universiti (UniMAP) atau IPT lain sebelum atau semasa
mengikuti program di universiti (UniMAP). Proses pemindahan
kredit, kredit yang diperoleh bersama-sama gred dan mata gred
bagi kursus berkenaan akan diambil kira dalam pengiraan PNG dan
PNGK pelajar.
b)Kebenaran pemindahan kredit, antara lain tertakluk kepada syaratsyarat umum yang berikut:
i)
Gred minimum yang diperoleh bagi sesuatu kursus setara di
peringkat program pengajian berkenaan hendaklah sekurangkurangnya C. Walau bagaimanapun kursus-kursus setara yang
dipohon untuk pemindahan kredit boleh digabungkan (dua
kursus atau lebih) bagi mendapatkan pemindahan kredit untuk
satu kursus di UniMAP. Bagi kes seperti ini, gred purata (dan
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
12
bukannya gred individu) hendaklah sekurang-kurangnya gred C.
Kursus setara bermaksud kursus yang mengandungi setara 80%.
(Rujuk Lampiran B)
ii)Kursus setara yang dimohon mestilah kredit yang sama dengan
kursus dalam program yang diikuti.
iii)
Kelulusan untuk pemindahan kredit hanya diberikan kepada
program yang telah diperakui oleh kerajaan atau/dan mendapat
pengiktirafan dari badan/agensi akreditasi atau badan profesional
yang diiktiraf.
c)Pemindahan kredit (horizontal) iaitu pemindahan kredit daripada
program di tahap kelayakan yang sama, iaitu Ijazah Sarjana Muda
ke Ijazah Sarjana Muda atau Diploma ke Diploma:
i)
Tiada had pemindahan kredit ditetapkan bagi pelajar yang
sedang mengikuti program dan ingin menukar program lain
dalam bidang yang sama dengan program yang sedang diikuti,
dan bagi pelajar yang berhenti belajar daripada pengajian dan
kemudiannya ingin menyambung semula pengajian tetapi dalam
program lain di peringkat yang sama. Kursus yang dimohon
pemindahan hendaklah diambil dalam tempoh tidak melebihi lima
(5) tahun dari tarikh permohonan.
ii)Pemindahan kredit adalah tidak melebihi 30% daripada jumlah
kredit program yang sedang diikuti bagi pelajar yang sedang
mengikuti suatu program dan dalam masa yang sama mengambil
beberapa kursus di IPT yang lain (program mobiliti atau program
pertukaran pelajar).
iii)Pelajar hanya akan diberikan pemindahan kredit sekali sepanjang
tempoh pengajiannya. Walau bagaimanapun, pemindahan kredit
bagi pelajar yang mengikuti program mobiliti atau program
pertukaran pelajar tidak tertakluk kepada peraturan ini.
iv)
Bagi pelajar yang mengikuti program mobiliti atau program
pertukaran pelajar, kursus yang diberikan pemindahan kredit
akan diambil kira dalam pengiraan PNG dan PNGK pelajar.
Pihak Pusat Pengajian perlu mendapatkan markah keseluruhan
sebenar bagi kursus yang ingin diambil kira dalam pemindahan
kredit ini daripada IPT berkenaan. Gred bagi kursus terbabit akan
ditentukan dengan mengenal pasti kedudukan markah pada julat
markah yang berkenaan dalam jadual gred dan nilai gred yang
diguna pakai di UniMAP.
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
13
d)Pemindahan kredit (vertical), iaitu pemindahan kredit daripada
program di peringkat rendah ke peringkat yang lebih tinggi iaitu
Diploma ke Sarjana Muda atau sijil ke diploma:
i)Pemindahan kredit adalah tidak melebihi 30% daripada jumlah
kredit program Sarjana Muda yang akan diikuti.
ii)Pelajar hanya akan diberikan pemindahan kredit sekali sepanjang
tempoh pengajiannya.
iii)Kursus yang diberikan pemindahan kredit tidak akan diambil kira
dalam pengiraan Purata Nilai Gred (PNG) dan Purata Nilai Gred
Kumulatif (PNGK) pelajar dan akan disenaraikan dalam transkrip
akademik pelajar dengan nilai gred PK. Gred bagi kursus
yang akan diambil kira dalam pemindahan kredit ini adalah
berdasarkan gred yang diperoleh oleh pelajar semasa mengikuti
kursus di peringkat Diploma.
iv) Pemindahan kredit dari sijil ke diploma adalah tidak dibenarkan.
v)
Dalam keadaan tertentu, kursus yang tidak diluluskan untuk
pemindahan kredit boleh dipertimbangkan untuk pengecualian.
5. Pengecualian Kredit
a)
Pengecualian kredit ditakrifkan sebagai pengecualian daripada
pendaftaran dan mengikuti kursus yang ditetapkan untuk sesuatu
program pengajian berdasarkan kursus yang diambil oleh pelajar
sebelum diterima masuk ke program pengajian universiti ini
sebagaimana yang diluluskan oleh Dekan Pusat Pengajian/Dekan
Pengurusan Akademik. Gred dan Mata Nilai bagi kursus yang telah
diberikan pengecualian kredit ini tidak akan dikira dalam pengiraan
Purata Nila Gred (PNG) dan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK)
pelajar tersebut.
Kebenaran untuk pengecualian kredit antara lain, tertakluk kepada
syarat-syarat yang berikut:
i)
Gred minimum yang diperoleh bagi sesuatu kursus setara di
peringkat program pengajian berkenaan hendaklah sekurangkurangnya C. Walau bagaimanapun kursus-kursus setara yang
dipohon untuk pemindahan kredit boleh digabungkan (dua
kursus atau lebih) bagi mendapatkan pemindahan kredit untuk
satu kursus di UniMAP. Bagi kes seperti ini, gred purata (dan
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
14
bukannya gred individu) hendaklah sekurang-kurangnya gred C.
Kursus setara bermaksud kursus yang mengandungi setara 80%.
(Rujuk Lampiran B)
ii)Kursus setara yang dimohon mestilah kredit yang sama dengan
kursus dalam program yang diikuti.
iii)
Kelulusan untuk pengecualian kredit hanya diberikan kepada
program yang telah diperakui oleh kerajaan atau/dan mendapat
pengiktirafan dari badan/agensi akreditasi atau badan profesional
yang diiktiraf.
iv)Had pengecualian kredit yang boleh diberikan hendaklah tidak
melebihi 30% daripada keseluruhan kredit yang disyaratkan
untuk pengijazahan sesuatu program pengajian atau lebih kurang
satu tahun pengajian.
v)
Kelulusan untuk pengecualian kredit hanya diberikan kepada
program yang telah diperakui oleh kerajaan atau/dan mendapat
pengiktirafan dari badan/agensi akreditasi atau badan profesional
yang diiktiraf.
vi)Pelajar yang lulus kursus wajib pada peringkat sijil tidak boleh
mengambil semula kursus tersebut di peringkat diploma. Walau
bagaimanapun, bagi pelajar yang telah lulus kursus wajib di
peringkat sijil/diploma boleh mengambil kursus wajib di peringkat
Ijazah Sarjana Muda.
vii)Permohonan pengecualian kredit mestilah dibuat melalui pusat
pengajian pelajar dalam tempoh tidak melebihi minggu ketiga
(ke-3) pembelajaran dengan menggunakan Borang Pengecualian
Kredit. (Rujuk Lampiran C).
viii) Borang permohanan yang lengkap diisi hendaklah disertakan
dengan silibus dan sistem permarkahan kursus yang dipohon
untuk pengecualian kredit dan satu salinan sijil/diploma/ijazah
berkenaan.
ix)
Kelulusan untuk pengecualian kredit akan diberikan kepada
pelajar berdasarkan perakuan pusat pengajian pelajar dan akan
dimaklumkan secara bertulis oleh pendaftar.
x)
Kursus yang diberikan pengecualian kredit akan direkodkan
dalam rekod akademik pelajar.
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
15
6. Unit Kursus Gagal
a)
Pelajar yang gagal dalam sesuatu Kursus Teras Q, hendaklah
mengambil semula (tebus) dengan cara mengulang kursus tersebut
hingga lulus. Bagi tujuan pengiraan PNGK, unit kira dan mata nilai
terakhir kursus yang diulangi akan diambil kira dan unit kira serta
mata nilai yang asal akan dimansuhkan.
b)Pelajar yang lulus bersyarat/gagal dalam sesuatu Kursus Keperluan
Universiti, hendaklah mengambil semula dengan cara mengulang
kursus tersebut hingga lulus. Bagi tujuan pengiraan PNGK, unit kira
dan mata nilai terakhir kursus yang diulangi akan diambil kira dan
unit kira serta mata nilai yang asal akan dimansuhkan.
c)
Sekiranya gagal Kursus Opsyen/Kursus Ko-Kurikulum Berpakej,
pelajar perlu menggantikan kursus tersebut dengan kursus KoKurikulum lain. Unit dan mata nilai kursus yang gagal tidak akan
diambil kira dalam pengiraan unit kira dan PNGK.
7. Kredit Kursus Lulus
Pelajar mesti lulus atau sekurang-kurangnya Lulus Bersyarat dalam
semua kursus yang disyaratkan dalam kurikulum untuk sesuatu
program pengajiannya bagi memenuhi keperluan pengijazahan.
8. Mengulang Semula Kursus
a)Pelajar yang dibenarkan untuk mengulang kursus ialah pelajar yang
mendapat keputusan (gred) C-, D+, D, D-, F dan DK.
b) Kriteria Kursus yang Perlu Diulang:
i)
Kursus Teras
Pelajar yang tidak lulus* mana-mana Kursus Teras mesti
mengulangi semula kursus tersebut untuk mendapatkan unit/
kredit bagi tujuan pengijazahan. Sekiranya pelajar masih
ingin mengambil semula kursus yang bukan gred di atas maka
sejumlah bayaran berdasarkan unit dikenakan.
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
16
ii) Kursus Keperluan Universiti
Pelajar yang tidak lulus* mana-mana Kursus tersebut Keperluan
Universiti mesti mengulangi untuk mendapatkan unit/kredit bagi
tujuan pengijazahan.
iii)
Kursus Ko-Kurikulum
Pelajar Diploma yang tidak lulus* mana-mana Kursus KoKurikulum, mesti mengulangi kursus tersebut untuk mendapatkan
5 unit/kredit bagi tujuan pengijazahan.
Pelajar Sarjana Muda yang tidak lulus* mana-mana Kursus KoKurikulum, mesti mengulangi kursus tersebut untuk mendapatkan
3 unit/kredit untuk tujuan pengijazahan
iv)
Kursus Opsyen
Pelajar yang tidak lulus* mana-mana Kursus Opsyen mesti
mengulangi kursus tersebut untuk tujuan pengijazahan, pelajar
yang mendaftar Kursus Opsyen lebih daripada satu (1) dan
mendapat sekurang-kurangnya gred C pada salah satu Kursus
Opsyen tersebut, bermakna pelajar telah memperoleh dua (2)
unit/kredit bagi tujuan pengijazahan. Oleh yang demikian, pelajar
tidak perlu mengulang mana-mana Kursus Opsyen lain yang
gagal dan/atau lulus bersyarat.
Pelajar yang gagal Kursus Opsyen/Kursus Kokurikulum Berpakej
tidak perlu mengulang kursus tersebut tetapi boleh menggantikan
dengan kursus lain.
9. Tempoh Pengajian
a)
Pelajar hendaklah menamatkan pengajian mengikut tempoh yang
ditetapkan oleh universiti.
b)
Tempoh pengajian mengikut program pengajian universiti adalah
seperti dalam Jadual IV.
c)
Tempoh pengajian bagi pelajar yang memperoleh pengecualian
unit dan pengecualian semester adalah tertakluk kepada pusat
pengajian dengan kelulusan Senat.
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
17
Jadual IV: Tempoh Pengajian
Program Pengajian
Sarjana Muda Kejuruteraan
Sarjana Muda Teknologi
Kejuruteraan
Sarjana Muda Perniagaan
Sarjana Muda Sains Sosial
Diploma Kejuruteraan
Tempoh Minimum
(Semester)
8
Tempoh Maksimum
(Semester)
14
8
14
6
6
6
10
10
10
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
18
BAHAGIAN VI:
SISTEM PURATA NILAI GRED
1.
Prestasi pelajar dalam sesuatu kursus digambarkan oleh gred yang
diperoleh. Hubungan antara gred dan mata nilai adalah seperti dalam
Jadual V.
Jadual V: Hubungan Antara Gred & Mata Nilai
Gred
A
AB+
B
BC+
C
CD+
D
DF
Mata Nilai
4.00
3.75
3.50
3.00
2.75
2.50
2.00
1.75
1.50
1.00
0.75
0.00
Status
LULUS
TIDAK LULUS
2.
Gred lulus untuk sesuatu kursus adalah tertakluk kepada keperluan
kursus seperti yang berikut;
a)Gred LULUS untuk semua kursus ialah Gred C dan ke atas (Gred A
hingga C);
b)Gred TIDAK LULUS ialah C- hingga F
c)
Sekiranya pelajar memperolehi PNGK (CGPA) > 2.00, dan
mendapat Ged C- atau D+ untuk Kursus Teras ianya adalah dikira
sebagai LULUS.
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
19
3. Selain daripada gred di atas, gred berikut juga diguna pakai;
a)Tidak Lengkap (TL) - Kursus ini memerlukan tempoh melebihi satu
semester untuk diselesaikan. Gred TL akan diberikan pada semester
pertama kali kursus tersebut didaftarkan. Pelajar perlu mendaftarkan
kursus yang sama pada semester yang berikutnya dan gred
akhir akan diberikan pada semester terkini kursus berkenaan
disempurnakan.
b)Tarik Diri (TD) - Pelajar telah menarik diri daripada kursus yang
didaftarkan dengan kebenaran Dekan. Gred TD akan dipaparkan
pada slip keputusan peperiksaan semester kursus tersebut
didaftarkan tetapi tidak melibatkan pengiraan PNG & PNGK. Pelajar
perlu mendaftar semula kursus yang sama pada semester-semester
yang berikutnya. Walau bagaimanapun, kursus tersebut tidak dikira
sebagai kursus yang diulang. Gred akhir akan diberikan pada
semester terkini kursus berkenaan setelah disempurnakan. Minggu
akhir untuk pelajar menarik diri mestilah tidak lewat pada hari akhir
bekerja pada minggu ke-12 minggu pembelajaran.
c)DK - Tidak hadir peperiksaan atau tidak melengkapkan Projek
Tahun Akhir dengan kebenaran (biasanya) melibatkan masalah
kesihatan). Pelajar perlu mendaftarkan semula kursus yang
sama pada semester berikutnya. Gred akhir akan diberikan pada
semester terkini kursus berkenaan setelah disempurnakan. Walau
bagaimanapun, pelajar dibenarkan untuk membuat rayuan untuk
menduduki Peperiksaan Khas dalam tempoh 48 jam selepas
peperiksaan diadakan. Majlis Peperiksaan Universiti akan
memutuskan sama ada pelajar dibenarkan atau tidak dibenarkan
untuk menduduki Peperiksaan Khas atau pun tidak. Gred DK
akan diberikan sementara menunggu keputusan terkini daripada
keputusan Peperiksaan Khas.
d)F* - Tidak hadir peperiksaan tanpa kebenaran (tanpa alasan
yang munasabah). Gred F* akan dipaparkan pada slip keputusan
peperiksaan semester kursus tersebut didaftarkan walaupun pelajar
mendapat gred D ke atas. Unit kursus dan mata gred 0.00 (gagal)
akan dikira dalam PNG & PNGK. Pelajar perlu mendaftarkan semula
kursus yang sama pada semester-semester yang berikutnya. Pelajar
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
20
tidak dibenarkan untuk mendaftar kursus tersebut pada semester
Kuratif dan/atau menduduki Peperiksaan Khas. Gred akhir akan
diberikan pada semester terkini kursus berkenaan disempurnakan.
e)X - Tidak dibenarkan/dihalang mengambil peperiksaan. Gred X
akan dipaparkan pada slip keputusan peperiksaan semester kursus
tersebut didaftarkan walaupun pelajar mendapat gred D ke atas. Unit
kursus dan mata gred 0.00 (gagal) akan dikira dalam PNG & PNGK.
Pelajar perlu mendaftar semula kursus yang sama pada semestersemester yang berikutnya. Pelajar tidak dibenarkan untuk mendaftar
kursus tersebut pada semester Kuratif dan/atau menduduki
Peperiksaan Khas. Gred akhir akan diberikan pada semester terkini
kursus berkenaan disempurnakan.
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
21
BAHAGIAN VII:
PEPERIKSAAN
1.Kehadiran
a)
Pelajar hendaklah menghadiri semua bentuk pertemuan kursus
(kuliah / makmal / tutorial / latihan industri dan sebagainya).
Sekiranya pelajar tidak dapat hadir pertemuan kursus, pelajar
hendaklah memaklumkan sebab-sebab ketidakhadirannya dengan
kadar segera kepada pensyarah berkenaan beserta bukti yang
relevan jika perlu.
b)Pelajar hendaklah hadir tidak kurang daripada 80% masa pertemuan
bagi sesuatu kursus dalam tempoh SATU (1) semester.
2. Dihalang Menduduki Peperiksaan
a)
Pelajar yang tidak menghadirkan diri melebihi 20% daripada
keseluruhan bilangan pertemuan (kuliah / makmal / tutorial / latihan
industri dan sebagainya) tanpa sebab/bukti yang munasabah
dengan surat kebenaran atau tiga kali berturut-turut dalam tempoh
satu semester boleh dihalang daripada menduduki peperiksaan.
Pelajar hendaklah mengulang kursus tersebut pada semester biasa.
b)
Pelajar berkenaan boleh diberikan surat amaran dan seterusnya
surat tunjuk sebab. Kegagalan pelajar untuk memberikan maklum
balas boleh menyebabkan pelajar berkenaan dihalang daripada
menduduki peperiksaan (Barred).
3. Skim Penilaian
Penilaian bagi setiap kursus adalah ditentukan berdasarkan
Peperiksaan Akhir, Kerja Kursus yang dibuat dalam tempoh minggu
pembelajaran (merujuk kepada prinsip penilaian secara berterusan) dan
bentuk lain yang dibuat dalam sesuatu semester menurut kaedah yang
ditentukan oleh Pusat Pengajian tertakluk kepada kelulusan Senat.
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
22
4. Peperiksaan Akhir Semester
Peperiksaan Akhir Semester hendaklah dijalankan dalam tempoh
dan mengikut panduan yang ditetapkan oleh Senat. (Rujuk Peraturan
Peperiksaan).
5. Peperiksaan Khas
a)Peperiksaan Khas boleh dipertimbangkan oleh Majlis Peperiksaan
Universiti bagi kes-kes yang berikut :
i)Pelajar yang tidak dapat menduduki peperiksaan akhir semester
(pelajar mempunyai markah Kerja Kursus) kerana disahkan sakit
oleh Pegawai Perubatan Universiti atau Hospital Kerajaan dan
diperakui oleh universiti; atau
ii)Pelajar yang tidak dapat menduduki peperiksaan akhir semester
(pelajar mempunyai markah Kerja Kursus) kerana sebab-sebab
selain daripada masalah kesihatan dan diperakui oleh universiti;
atau
iii)
Pelajar semester akhir (status pengajian Aktif)), tetapi gagal
dalam SATU (1) / DUA (2) kursus yang diambil dalam mana-mana
DUA (2) semester terakhir pengajian untuk tujuan pengijazahan,
atau
iv) Kes-kes Khas yang lain.
b)
Markah Peperiksaan Khas diguna untuk menentukan keputusan
kursus yang diambil seperti berikut:
i)
Markah Peperiksaan Khas seperti para 5(b) (i & ii) akan
menggantikan markah peperiksaan akhir, manakala markah kerja
kursus adalah kekal.
ii)
Markah Peperiksaan Khas seperti para 5(b)(iii) yang lulus
Peperiksaan Khas akan diberikan gred yang ditetapkan oleh
pusat pengajian dan akan dikira untuk menentukan PNG dan
PNGK. Pelajar yang gagal dikehendaki mengulang kursus pada
semester biasa.
c)
Peperiksaan Khas hendaklah diadakan bermula daripada minggu
selepas peperiksaan semester tersebut sehingga sebelum bermula
semester berikutnya dan tertakluk kepada kes-kes tertentu.
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
23
d)Peperiksaan Khas tidak boleh diadakan bagi kes-kes seperti yang
berikut:
i) Kursus yang tidak ada peperiksaan akhir semester.
ii)
Pelajar yang tidak menduduki peperiksaan akhir tanpa sebab
yang boleh diterima oleh universiti.
iii) Pelajar yang mendapat keputusan (gred) F dan X.
6. Pengumuman Keputusan Peperiksaan
a)
Keputusan peperiksaan pelajar diumumkan selepas mendapat
pengesahan dan kelulusan daripada Majlis Peperiksaan Universiti.
b)Keputusan peperiksaan adalah rasmi setelah mendapat pengesahan
daripada Senat Universiti.
c) Keputusan peperiksaan diumumkan kepada pelajar melalui : i)
Secara dalam talian dan pelajar perlu mencetak sendiri slip
keputusan rasmi peperiksaan keseluruhan yang menentukan
status akademik pelajar.
ii)Secara khidmat pesanan ringkas (sebagai pilihan; perkhidmatan
ini dikenakan caj)
7. Rayuan Penyemakan Semula Kursus
a)Pelajar dibenarkan untuk memohon penyemakan semula keputusan
peperiksaan dengan menghantar borang HEA-15m [Borang
Rayuan Penyemakan Semula Kursus] kepada Unit Peperiksaan
& Pengijazahan dengan menyertakan Kiriman Wang/Wang Pos
Malaysia/Bank Deraf/Cek atas nama BENDAHARI UniMAP atau
resit pembayaran dari Jabatan Bendahari bernilai RM50.00 bagi
satu (1) kursus. Borang rayuan tersebut hendaklah dikemukakan
dalam tempoh 15 hari setelah keputusan rasmi diumumkan.
b)
Penyemakan semula hanya melibatkan pengesahan daripada
Pemeriksa Kursus terhadap semua skrip jawapan yang telah
diperiksa dan diberikan markah dengan tepat. Markah yang
dimasukkan ke dalam sistem juga perlu disemak bagi memastikan
tiada kes keciciran markah atau kesilapan semasa memasukkan
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
24
markah ke dalam sistem. Keputusan boleh kekal / berkurang /
meningkat daripada markah asal bergantung kepada semakan
pemeriksa kursus.
c)Setelah menerima borang rayuan daripada pelajar, Unit Peperiksaan
& Pengijazahan akan mengemukakannya kepada Pusat Pengajian
/ Pusat / Institut berkenaan untuk meminta Pemeriksa Kursus
menyemak semula keputusan (markah) pelajar yang terlibat dan
memberi maklum balas kepada Unit Peperiksaan & Pengijazahan
dalam tempoh 10 hari daripada tarikh surat dikeluarkan.
d)
Pusat Pengajian / Pusat / Institut akan mengesahkan sama ada
keputusan peperiksaan pelajar berkenaan mengalami perubahan
ataupun tidak dengan mengembalikan Borang Maklum balas
Semakan Semula Kursus yang disediakan oleh Unit Peperiksaan
& Pengijazahan. Jika mengalami perubahan gred/markah, Unit
Peperiksaan & Pengijazahan akan mengemukakan kepada
Naib Canselor atau Timbalan Naib Canselor (Akademik dan
Antarabangsa) untuk pengesahan sebelum dimaklumkan kepada
pelajar berkenaan. Sekiranya keadaan ini berlaku, pelajar akan
diberikan surat pengesahan Tuntutan Pengembalian Wang Semakan
Semula Kursus untuk diserahkan kepada Jabatan Bendahari. Pada
masa yang sama, Unit Peperiksaan & Pengijazahan akan membuat
pindaan terhadap keputusan peperiksaan kursus berkenaan.
e)
Sekiranya tiada perubahan markah/gred, perakuan daripada
Naib Canselor atau Timbalan Naib Canselor (Akademik dan
Antarabangsa) tidak diperlukan. Unit Peperiksaan akan terus
menghantar surat jawapan kepada pelajar. Sekiranya keadaan ini
berlaku, wang semakan semula sebanyak RM50.00 tidak akan
dikembalikan kepada pelajar.
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
25
BAHAGIAN VIII:
SYARAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN
1.Hanya pelajar yang telah mendaftarkan kursus dan disahkan oleh RPS/
Penasihat Akademik dibenarkan menduduki peperiksaan akhir yang
disyaratkan oleh Senat.
2.Pusat Pengajian boleh membenarkan penangguhan peperiksaan bagi
seseorang pelajar yang sakit sekiranya pelajar tersebut mempunyai
pengesahan daripada doktor Hospital Kerajaan atau Pegawai
Perubatan Universiti. Sijil cuti sakit hendaklah dikemukakan kepada
Dekan / wakilnya tidak lewat daripada dua puluh empat (24) jam dari
masa peperiksaan yang berkenaan dimulakan kecuali atas sebabsebab tertentu yang boleh diterima oleh universiti.
3.
Pelajar yang disabitkan kesalahan mengikut Lampiran V (Peraturan
Tindakan Ke Atas Pelajar Yang Tidak Menghadiri Kuliah Melebihi 20%),
boleh dihalang daripada menduduki peperiksaan akhir.
4.
Pelajar yang gagal membayar yuran boleh dihalang daripada
menduduki peperiksaan.
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
26
BAHAGIAN IX:
PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR
1. Draf jadual waktu Peperiksaan Akhir akan dikeluarkan sebelum minggu
ke-9 pengajian.
2. Jadual waktu peperiksaan akhir dimuktamadkan setelah mengambil
kira komen/bantahan daripada pelajar dan Pusat Pengajian/Pusat/
Institut tentang pertindihan jadual waktu.
3. Jadual waktu peperiksaan akhir akan dikeluarkan 30 hari sebelum
minggu peperiksaan akhir bermula.
4. Pelajar perlu mencetak sendiri slip peperiksaan akhir dalam Online
Student Information melalui pautan Examination > Current Exam
Slip sebulan sebelum minggu peperiksaan akhir bermula.
5. Sekiranya pelajar gagal membawa bersama slip peperiksaan
semasa hari peperiksaan, pelajar tidak dibenarkan memasuki dewan
peperiksaan.
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
27
BAHAGIAN X:
PENYELIAAN PEPERIKSAAN AKHIR
1. Penyelia Peperiksaan ialah Pendaftar atau wakilnya.
2.
Penyelia
Peperiksaan
bertanggungjawab
untuk
menentukan
peperiksaan akhir berjalan dengan pengawasan rapi dan tertib.
3.Penyelia Peperiksaan akan melantik Ketua Pengawas, Pengawas dan
Pembantu Pengawas bagi setiap peperiksaan akhir semester. Ketua
Pengawas dan Pengawas hendaklah terdiri daripada staf akademik,
manakala Pembantu Pengawas hendaklah terdiri daripada staf
kumpulan sokongan (Sokongan I dan Sokongan II).
4.
Ketua Pengawas, Pengawas dan Pembantu Pengawas peperiksaan
akhir bertanggungjawab kepada Penyelia Peperiksaan.
5.
Kebenaran untuk pertukaran Ketua Pengawas dan Pengawas hanya
dibenarkan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa).
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
28
BAHAGIAN XI:
PENGAWASAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER
1.
Dalam tiap-tiap peperiksaan seseorang Pengawas
bertanggungjawab untuk mengawasi peperiksaan.
hendaklah
2.
Nisbah pengawas peperiksaan kepada pelajar bagi sesuatu kursus
ialah 1:25.
3.
Sekurang-kurangnya tiga (3) orang Pengawas dilantik bagi sesuatu
kursus yang terlibat dengan peperiksaan. Seorang daripada mereka
akan dilantik sebagai Ketua Pengawas dan selebihnya dilantik sebagai
Pengawas. Staf Akademik terkanan hendaklah dilantik sebagai Ketua
Pengawas Peperiksaan.
4. Tanggungjawab Ketua Pengawas
a)
Ketua Pengawas dikehendaki melaporkan diri kepada Penyelia
Peperiksaan atau wakilnya di Pusat Kutipan / Penyerahan Kertas
Soalan Peperiksaan satu (1) jam sebelum Peperiksaan dimulakan.
Ketua Pengawas akan mendapatkan sampul surat yang bermaterai
mengandungi kertas soalan, buku jawapan, borang-borang HEA
dan senarai nama pelajar yang mengambil peperiksaan daripada
Penyelia Peperiksaan atau wakilnya.
b)Ketua Pengawas hendaklah mengarahkan Pengawas dan Pembantu
Pengawas mengatur buku jawapan, bahan-bahan rujukan tertentu
yang dibenarkan serta lain-lain keperluan di atas meja pelajar dan
mestilah 15 minit sebelum peperiksaan bermula.
c)Ketua Pengawas hendaklah memastikan bahawa kehadiran pelajar
dicatatkan dan direkodkan dengan teliti.
d)Ketua Pengawas akan mengumumkan masa permulaan dan akhir
peperiksaan. Beliau hendaklah juga memaklumkan kepada pelajar
peperiksaan akan tamat dalam tempoh 15 minit.
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
29
e)
Sekiranya seseorang pelajar dibenarkan meninggalkan dewan
peperiksaan untuk sesuatu maksud dan kemudian kembali semula,
Ketua Pengawas hendaklah memastikan supaya pelajar berada
dalam penyeliaan secukupnya semasa berada di luar dewan
peperiksaan.
f)
Ketua Pengawas boleh melarang pelajar yang melanggar atau
tidak mematuhi peraturan peperiksaan khususnya dan peraturan
Universiti amnya daripada menduduki peperiksaan sesuatu kursus.
g)Ketua Pengawas hendaklah melaporkan kejadian yang melanggar
kaedah dan peraturan peperiksaan kepada Penyelia Peperiksaan
atau wakilnya selepas tamat waktu peperiksaan menerusi
borang HEA-15f - Borang Laporan Kes Meniru/Menipu Semasa
Peperiksaan.
h)Ketua Pengawas boleh membenarkan pelajar meninggalkan dewan
peperiksaan sekiranya pelajar hendak menyerahkan buku jawapan
atau/dan kertas jawapan mereka melebihi lebih awal daripada 15
minit sebelum peperiksaan berakhir.
i)Ketua pengawas mestilah mengeluarkan arahan kepada Pengawas
dan Pembantu Pengawas untuk mengutip buku jawapan atau/dan
kertas jawapan semasa pelajar duduk di tempat masing-masing.
Buku jawapan atau/dan kertas jawapan yang kosong dan tidak
digunakan hendaklah dikutip secara berasingan.
j)Ketua Pengawas bertanggungjawab atas hitungan dan pengesahan
bilangan buku/kertas jawapan yang diterima.
k)
Ketua Pengawas bertanggungjawab menyerahkan semua buku
/ kertas jawapan kepada sesiapa yang namanya tertera dalam
Borang HEA-15d (Borang Pemberian Kuasa Memungut Skrip-Skrip
Jawapan).
l)Ketua Pengawas bertanggungjawab atas penyerahan lebihan buku
jawapan atau / dan kertas jawapan yang tidak digunakan, peralatan
peperiksaan yang tidak digunakan, dan Borang HEA kepada
Penyelia Peperiksaan atau wakilnya.
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
30
m)
Ketua Pengawas adalah bertanggungjawab memastikan kelicinan
perjalanan peperiksaan.
n)
Ketua Pengawas tidak boleh menangguh, menggantung atau
membatalkan sesuatu peperiksaan tanpa persetujuan Penyelia
Peperiksaan.
o)Ketua Pengawas hendaklah mengesahkan kehadiran Pengawas dan
Pembantu Pengawas kepada Penyelia Peperiksaan atau wakilnya
selepas tamat waktu peperiksaan.
5. Tanggungjawab Pengawas
a)Pengawas dikehendaki melaporkan diri kepada Ketua Pengawas di
dewan peperiksaan 30 minit sebelum peperiksaan bermula.
b)
Pengawas hendaklah menyusun kertas soalan dan bahan–bahan
lain yang dibenarkan di atas meja pelajar terlebih dahulu sebelum
pelajar dibenarkan masuk ke dewan peperiksaan.
c)Pengawas dengan kebenaran Ketua Pengawas boleh membenarkan
pelajar masuk ke dewan peperiksaan 10 minit sebelum peperiksaan
bermula.
d)Pengawas hendaklah memastikan bahawa maklumat yang tercatat
dalam borang kehadiran pelajar adalah sama dengan yang terdapat
dalam kad pengenalan dan/atau kad matrik pelajar dan slip
pendaftaran kursus pelajar sebelum mengutip borang kehadiran
pelajar.
e)
Pengawas hendaklah membenarkan dan memeriksa calon-calon
yang masuk dan keluar dari dewan peperiksaan.
f)Pengawas hendaklah melaporkan kepada Ketua Pengawas sesuatu
kejadian yang melanggar kaedah dan peraturan peperiksaan.
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
31
6. Tanggungjawab Pembantu Pengawas
a)
Pembantu Pengawas dikehendaki melaporkan kepada Ketua
Pengawas di dewan peperiksaan 30 minit sebelum peperiksaan
bermula.
b)
Pembantu Pengawas adalah bertanggungjawab kepada Ketua
Pengawas dan Pengawas, dan hendaklah :
i) membawa semua keperluan peperiksaan ke tempat peperiksaan;
ii)meletakkan alat keperluan di atas meja pelajar mengikut arahan
Pengawas;
iii)memulangkan semua alat keperluan setelah selesai peperiksaan
kepada Penyelia Peperiksaan; dan
iv)
menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Pengawas
dan Pengawas.
7.Kerahsiaan
a)Kertas soalan setiap kursus hendaklah disediakan oleh Pensyarah
yang berkenaan.
b)Pensyarah hendaklah memastikan bahawa pada setiap masa dalam
proses penyediaan soalan tersebut, kerahsiaan dan keselamatan
dijaga sepenuhnya.
c)
Semua kakitangan yang terlibat dalam penyediaan kertas soalan
hendaklah membuat pengakuan secara rasmi untuk menjaga
kerahsiaannya mengikut Akta Rahsia Negara 1972.
d) Soalan-soalan peperiksaan adalah dokumen RAHSIA.
8. Kerahsiaan Pengurusan Peperiksaan
a)
Semua urusan yang berkaitan peperiksaan adalah RAHSIA dan
tidak boleh diumumkan kepada mana-mana pelajar atau pihak lain
yang tidak berkenaan kecuali dengan kebenaran Naib Canselor.
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
32
b)
Semua pihak yang terlibat dalam urusan peperiksaan diwajibkan
menandatangani surat Pengakuan Kerahsiaan Peperiksaan pada
setiap semester.
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
33
BAHAGIAN XII:
TATATERTIB PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER
1. Tatatertib Peperiksaan Akhir Semester
a)
Pelajar adalah dinasihatkan supaya berada di luar dewan
peperiksaan tidak lewat daripada 15 minit sebelum peperiksaan
bermula.
b)
Pelajar perlu memastikan nombor meja masing-masing mengikut
senarai nama daripada Unit Peperiksaan yang dipaparkan di pintu
masuk dewan peperiksaan.
c)Pelajar dikehendaki menunggu di luar dewan peperiksaan sehingga
diberi kebenaran masuk oleh Pengawas yang bertugas. Pelajar
boleh dibenarkan masuk ke dewan peperiksaan 10 minit sebelum
peperiksaan bermula. Apabila kebenaran masuk telah diberikan,
pelajar hendaklah masuk dengan tertib melalui pintu yang
ditetapkan.
d)
Pelajar dimestikan memasuki dewan peperiksaan yang telah
ditetapkan sebagaimana yang telah tercatat dalam jadual
peperiksaan.
e) Pelajar tidak dibenarkan:
i)
membawa masuk ke dalamm dewan peperiksaan beg, tas
tangan, kalkulator, kecuali kalkulator model casio FX570ms atau
sekelasnya, jam tangan yang berbunyi atau boleh diprogramkan,
sarung mesinkira, dan bekas pensil. Atas alasan keselamatan,
barang-barang bernilai seperti beg duit dan dompet boleh dibawa
masuk ke dalam dewan peperiksaan, tetapi diletakkan di bawah
meja masing-masing.
ii)
Membawa masuk sebarang peralatan elektronik atau alat
komunikasi termasuk pemain muzik (pemain mp3 dan iPOd),
kamus elektronik, telefon bimbit, dan personal digital assistant
(PDA). Sekiranya terdapat calon yang membawa masuk
peralatan berkenan, maka calon diminta mematikan dan
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
34
meletakkan di bawah meja peperiksaan. Universiti tidak akan
bertanggungjawab atas kehilangan/kerosakan barangan yang
diletakkan di luar dewan peperiksaan.
iii)
berhubung dengan mana-mana pelajar lain dalam masa
peperiksaan dengan apa-apa cara.
iv)merokok dan/atau makan semasa berada di dewan peperiksaan.
Pelajar dibenarkan membawa masuk air minuman kosong/
mineral di dalam botol kecil yang lutsinar dan hendaklah
diletakkan di bawah meja peperiksaan. Minuman adalah tidak
dibenarkan sama sekali.
f)Pelajar dikehendaki memakai pakaian mengikut dasar dan peraturan
pakaian yang ditetapkan oleh Universiti.
g)Pelajar hendaklah masuk dan keluar dari dewan peperiksaan dalam
keadaan tertib dan teratur.
h)
Ketika berada di dalam dewan peperiksaan, pelajar tidak boleh
merujuk dan menggunakan sebarang bahan rujukan yang dilarang
di dalam atau di luar bilik peperiksaan bagi keperluan peperiksaan
semasa peperiksaan sedang berjalan.
i)
Pelajar tidak boleh memberi atau menerima sebarang bantuan
daripada pelajar atau pihak lain yang berkaitan dengan peperiksaan
semasa peperiksaan kecuali yang dibenarkan oleh Ketua
Pengawas/Pengawas.
j)
Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dewan peperiksaan selepas
30 minit peperiksaan bermula. Pelajar yang datang selepas 30
minit dari waktu sesuatu peperiksaan dimulakan tidak dibenarkan
menduduki peperiksaan tersebut kecuali atas budi bicara Ketua
Pengawas untuk kes-kes tertentu.
k)
Pelajar yang lewat hadir tetapi tidak melebihi 30 minit daripada
waktu peperiksaan dimulakan adalah dibenarkan mengambil
peperiksaan, tetapi waktu tamat peperiksaannya bagi kursus
tersebut adalah sama dengan pelajar lain.
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
35
l)
Pelajar tidak boleh meninggalkan dewan peperiksaan dalam
masa 30 minit pertama selepas peperiksaan bermula dan 15 minit
sebelum peperiksaan berakhir. Pelajar yang ingin keluar sebentar
dari dewan peperiksaan hendaklah mendapatkan kebenaran
daripada Ketua Pengawas / Pengawas.
m)
Semua pelajar dikehendaki membawa slip peperiksaan bersama
kad matrik pelajar dan kad pengenalan ke dewan peperiksaan. Slip
peperiksaan, kad matrik dan kad pengenalan pelajar hendaklah
diletakkan di sudut kanan meja peperiksaan untuk diperiksa
oleh Pengawas / Pembantu Pengawas. Pelajar tidak dibenarkan
menduduki peperiksaan sekiranya tidak berbuat demikian.
n)
Pelajar yang tidak mempunyai slip peperiksaan tidak dibenarkan
mengambil peperiksaan melainkan setelah mendapat kebenaran
bertulis daripada Penyelia Peperiksaan.
o)Kegagalan pelajar mencetak slip peperiksaan dalam jangka masa
yang ditetapkan dan / atau kehilangan slip peperiksaan perlu
membuat permohonan cetakan semula kepada Unit Peperiksaan
dan dikenakan denda RM5.00.
p)
Alat keperluan yang dipinjamkan kepada pelajar hendaklah
dikembalikan kepada Pengawas pada akhir peperiksaan.
q)
Semasa berada di dalam dewan peperiksaan pelajar hendaklah
mematuhi segala arahan Ketua Pengawas.
r)
Dalam masa 15 minit sebelum peperiksaan dimulakan, pelajar
dibenarkan:
i) membaca kertas soalan tanpa membuat sebarang catatan,
ii)
mengisi Borang Kehadiran dan maklumat yang dikehendaki di
muka hadapan buku/kertas jawapan peperiksaan,
s)
Pelajar hendaklah menulis nama, angka giliran, nombor kad
pengenalan, kod kursus dan nama kursus serta maklumat lain yang
diperlukan di tiap-tiap buku jawapan, kertas jawapan serta lampiran
yang digunakan.
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
36
t)
Pelajar hendaklah membaca dengan teliti dan mematuhi arahan
yang tercetak pada kulit buku jawapan.
u)
Pelajar hendaklah memastikan bahawa mereka telah diberikan
kertas soalan yang betul serta muka surat yang cukup sebelum mula
menjawab. Sekiranya seorang pelajar mendapati dia telah diberikan
kertas soalan yang salah, dia hendaklah dengan serta-merta
memberitahu perkara tersebut kepada Pengawas yang bertugas.
v)
Semua kertas peperiksaan termasuk kertas percubaan / rangka
kasar jawapan mestilah dibuat dalam buku jawapan sahaja. Pelajar
dilarang mengoyakkan / memisahkan mana-mana bahagian
kertas daripada buku jawapan. Helaian buku jawapan tidak boleh
dikoyakkan.
w)Buku jawapan atau / dan kertas jawapan yang telah digunakan tetapi
telah rosak atau kosong tidak dibenarkan dibawa keluar dari dewan
peperiksaan.
x)Pelajar tidak dibenarkan berhubung dengan mana-mana pelajar lain
dalam masa peperiksaan dengan apa-apa cara.
y)
Pada akhir peperiksaan, pelajar hendaklah memastikan bahawa
buku jawapan atau / dan kertas jawapan peperiksaan disusun dan
diikat dengan sempurna mengikut arahan sebelum menyerahkannya
kepada Pengawas.
z)
Pelajar dikehendaki berada di tempat duduk masing-masing
selepas tamat peperiksaan dan hanya dibenarkan keluar dari dewan
peperiksaan setelah mendapat arahan berbuat demikian daripada
Ketua Pengawas Peperiksaan.
aa)Semua buku jawapan peperiksaan sama ada yang telah digunakan
ataupun tidak digunakan, mestilah ditinggalkan di dewan
peperiksaan. Pelajar tidak dibenarkan membawa apa jua buku /
kertas keluar dari dewan peperiksaan.
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
37
ab)Kertas soalan pelbagai pilihan tidak boleh dibawa keluar dari dewan
peperiksaan (tertakluk kepada kebenaran pensyarah bagi kursus
yang berkenaan sahaja)
2.Tindakan Tatatertib Kerana Ketidakpatuhan Arahan Am
Peperiksaan
Tindakan tatatertib akan diambil terhadap pelajar yang melanggar
mana-mana arahan yang dinyatakan dalam Arahan Am Peperiksaan ini
atau arahan tambahan yang dikuatkuasakan dari semasa ke semasa.
3. Penggantungan atau Pembatalan Peperiksaan
a)
Apabila Naib Canselor mempunyai sebab mempercayai bahawa
keadaan atau isi mana-mana soalan peperiksaan atau kandungan
mana-mana kertas soalan peperiksaan mungkin telah diketahui
sebelum tarikh dan waktu peperiksaan yang sebenar oleh manamana orang selain daripada pemeriksa atau Jawatankuasa
Pemeriksa berkenaan atau Pendaftar atau mana-mana orang yang
diberi kuasa oleh Pendaftar, Naib Canselor boleh memberi perintah
penggantungan peperiksaan atau pembatalan kertas soalan
peperiksaan dan menyediakan kertas soalan baru.
b) J ika timbul satu-satu keadaan yang pada fikiran Ketua Pengawas
Peperiksaan, menyebabkan perlu pembatalan atau penangguhan
peperiksaan, pengawas peperiksaan hendaklah memberhentikan
peperiksaan dan, dengan segera memungut kertas jawapan yang
telah bertulis dan melaporkan perkara itu kepada Naib Canselor.
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
38
BAHAGIAN XIII:
PENYELEWENGAN / SALAH LAKU AKADEMIK
1.Pelajar tidak boleh melakukan mana-mana penyelewengan atau salah
laku dalam bidang akademik seperti berikut:
a)Plagiat, iaitu mengutip kalimat, idea atau maklumat tanpa kebenaran
penulis tersebut, atau tanpa menggunakan kaedah akademik
untuk menunjukkan bahawa kalimat, idea atau maklumat tersebut
diambil daripada sumber sedia ada. Seseorang pelajar tidak boleh
memplagiat apa-apa idea, penulisan, data atau ciptaan kepunyaan
orang lain. (Kaedah 6 (1) Kaedah-Kaedah Universiti Malaysia Perlis
(Tatatertib Pelajar-pelajar) 2009).
b)Memberi atau menerima atau memiliki sebarang maklumat yang ada
hubungan dengan soalan peperiksaan sebelum peperiksaan untuk
kursus tersebut bermula.
c)Merujuk dan menggunakan sebarang bahan rujukan yang dilarang
di dalam atau di luar bilik peperiksaan bagi keperluan peperiksaan
semasa peperiksaan sedang berjalan.
d)
Berhubung dengan mana-mana pelajar
peperiksaan dengan apa-apa juga cara pun.
lain
dalam
masa
e) Memberi atau menerima sebarang bantuan semasa peperiksaan.
f)Mula menjawab soalan peperiksaan sebelum waktu yang ditetapkan
atau meneruskan kerja selepas waktu peperiksaan tamat.
g)Mengambil, mengubah, menyembunyi, merosak atau memusnahkan
sebarang harta yang ada kaitan dengan persediaaan atau
penyempurnaan tugas penyelidikan atau peperiksaaan.
h)Menulis, atau telah menulis melalui orang lain, apa- apa maklumat
atau gambar rajah yang mungkin berkaitan dengan peperiksaan
yang didudukinya, di atas tangannya atau di atas mana-mana
bahagian lain tubuh badannya, atau di atas pakaiannya.
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
39
i)
Menipu atau cuba menipu atau berkelakuan mengikut cara yang
boleh ditafsirkan sebagai menipu atau cuba untuk menipu dalam
sesuatu peperiksaan, semasa peperiksaan itu sedang dijalankan
j)
Meniru atau cuba meniru atau berkelakuan mengikut cara yang
boleh ditafsirkan sebagai meniru atau cuba untuk meniru dalam
sesuatu peperiksaan, semasa peperiksaan itu sedang berlangsung.
k)
Menduduki peperiksaan atau menyiapkan tugasan (kertas projek,
tesis dan sebagainya) bagi pihak orang lain.
2.
Pelajar yang melakukan mana-mana penyelewengan atau kesalahan
akademik seperti (a) hingga (k) di atas boleh dikenakan pertuduhan dan
hukuman seperti berikut:
a)Pelajar yang disyaki dan dilapor (secara bertulis) telah melakukan
mana-mana penyelewengan akademik seperti yang disebut di atas
akan dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib Akademik Pelajar yang
dianggotai:
i) Pengerusi : Seorang (1) Profesor
ii) Ahli : Dua (2) orang Profesor dan empat (4) orang ahli
Senat
iii)Setiausaha : Penolong Pendaftar Pejabat Timbalan Naib
Canselor (Akademik & Antarabangsa)
iv) Urusetia : Penolong Pendaftar Unit Peperiksaan &
Pengijazahan
: Penolong Pendaftar Pusat Pengajian Siswazah
: Penolong Pendaftar Pusat Pengajian
Jawatankuasa boleh dari semasa ke semasa mengundang
mana-mana pegawai untuk menghadiri mesyuarat bagi maksud
menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan/
diputuskan tetapi pegawai itu tidak berhak untuk mengundi dalam
mesyuarat itu.
b)
Korum bagi sesuatu mesyuarat Jawatankuasa hendaklah terdiri
daripada TIGA (3) orang daripada jumlah ahli-ahli yang dilantik
termasuk Pengerusi.
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
40
c)
Pengerusi yang dilantik hendaklah mempengerusikan mesyuarat
berkenaan dan semasa ketiadaannya, ahli Jawatankuasa yang
hadir hendaklah melantik salah seorang daripada mereka untuk
mempengerusikan mesyuarat itu.
d)
Pelajar terlibat akan diberi notis / surat pertuduhan mengenai
kesalahan yang dilakukan dan akan dipanggil untuk menghadiri
Perbicaraan dihadapan Jawatankuasa Tatatertib Akademik Pelajar
pada tarikh dan tempat yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa.
e)
Jika seseorang pelajar yang melakukan suatu kesalahan
penyelewengan akademik di bawah Peraturan Akademik ini dan
didapati bersalah bagi kesalahan itu boleh dikenakan mana-mana
satu atau mana-mana gabungan dua atau lebih hukuman yang
sesuai yang berikut :i)
amaran;
ii) denda tidak melebihi Satu Ribu Ringgit Malaysia (RM1000.00);
iii) memberi Gred F bagi kursus berkenaan;
iv)
memberi Gred F bagi keseluruhan keputusan peperiksaan
semester yang terbabit;
v)
menggantung pengajian pelajar selama satu tempoh yang
difikirkan sesuai;
vi)
memberhentikannya;
Peruntukan hukuman di dalam para e (i) hingga (vi) tidak
mengurangkan kuasa yang telah diperuntukkan kepada Canselor
UniMAP di bawah Seksyen 61 Perlembagaan Universiti Malaysia
Perlis bagi kuasa perlucutan apa-apa ijazah, diploma, sijil atau
kepujian akademik yang diberikan oleh Universiti kepada manamana mahasiswa atas alasan salah laku dan skandal.
3.Pelajar yang didapati bersalah dan dijatuhi hukuman oleh Jawatnkuasa
Tatatertib Akademik boleh mengemukakan rayuan jika tidak berpuas
hati dengan keputusan seperti berikut:
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
41
a)
Pelajar hendaklah mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa
Rayuan Tatatertib Akademik Pelajar yang dianggotai:
i) Pengerusi : Seorang (1) Profesor
ii) Ahli : Tiga (3) orang ahli Senat
iii) Setiausaha : Penolong Pendaftar Pejabat Timbalan Naib
Canselor (Akademik & Antarabangsa)
Jawatankuasa boleh dari semasa ke semasa mengundang
mana-mana pegawai untuk menghadiri mesyuarat bagi maksud
menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan/
diputuskan tetapi pegawai itu tidak berhak untuk mengundi dalam
mesyuarat itu.
b)
Korum bagi sesuatu mesyuarat Jawatankuasa hendaklah terdiri
daripada TIGA (3) orang daripada jumlah ahli-ahli yang dilantik
termasuk Pengerusi.
c)
Pengerusi yang dilantik hendaklah mempengerusikan mesyuarat
berkenaan dan semasa ketiadaannya ahli Jawatankuasa yang
hadir hendaklah melantik salah seorang daripada mereka untuk
mempengerusikan mesyuarat itu.
d)Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Akademik Pelajar boleh mengambil
keputusan dari mana-mana satu, keputusan berikut : i)
Mengesahkan keputusan Jawatankuasa Tatatertib Akademik
Pelajar; atau
ii)
Mengesahkan keputusan Jawatankuasa Tatatertib Akademik
Pelajar tetapi mengubah hukuman kepada suatu hukuman yang
lebih ringan; atau
iii)Memansuhkan keputusan dan hukuman Jawatankuasa Tatatertib
Akademik Pelajar dan membebaskan pelajar itu daripada
pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
42
BAHAGIAN XIV:
PENILAIAN
1. Proses Penyediaan Soalan Peperiksaan Dan Penilaian (Vetting)
a)
Penyelia peperiksaan akan mengeluarkan memo kepada Pusat
Pengajian tentang Pekeliling Peperiksaan berhubung tarikh-tarikh
keperluan penyediaan kertas soalan peperiksaan.
b)Ketua kursus dan pensyarah perlu menyediakan soalan serta skema
jawapan peperiksaan berdasarkan objektif kursus yang dinyatakan
dalam borang penawaran kursus HEA01.
c)
Proses penilaian (vetting) terhadap soalan peperiksaan yang
telah disediakan dijalankan pada peringkat pusat pengajian dan
mendapatkan kelulusan Dekan / Ketua Jabatan.
d)
Panel penilai pada peringkat pusat pengajian mestilah terdiri
daripada pensyarah (sekurang-kurangnya 2 orang) yang mempunyai
kepakaran dalam bidang kursus yang dinilai. Walau bagaimanapun
mereka tidak terlibat langsung dalam proses membangunkan set
asal kertas soalan peperiksaan untuk dinilai (terkecuali untuk kursus
tertentu, contohnya bahasa asing).
e)Bagi peperiksaan akhir, soalan peperiksaan akhir perlu dihantar ke
Unit Peperiksaan untuk proses penilaian (vetting) pada peringkat
universiti yang dianggotai oleh dekan-dekan dan timbalan-timbalan
dekan atau wakil.
f) Soalan peperiksaan dicetak dan peperiksaan dilaksanakan.
2. Etika Kerahsiaan
a) Etika kerahsiaan peperiksaan merangkumi:
i) penyediaan kertas soalan peperiksaan,
ii) penilaian (vetting) kertas soalan peperiksaan,
iii) mencetak kertas soalan peperiksaan,
iv) pengendalian skrip jawapan pelajar,
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
43
v)
pemarkahan sehingga
Universiti dan Senat,
diluluskan
oleh
Majlis
Peperiksaan
b)
Berikut adalah etika kerahsiaan bagi menjamin integriti sistem
peperiksaan Universiti serta kualiti penilaian program pengajian
yang ditawarkan.
i)
Penyediaan/penilaian
kertas
soalan
peperiksaan
perlu
dilaksanakan secara tertutup.
ii)Setiap kertas soalan mesti dimasukkan ke dalam sampul surat
berlakri (sealed envelope).
iii)
Kertas soalan / skema jawapan tidak boleh diemel atau
ditinggalkan di dalam peti surat.
iv)
Bilik kebal perlu disediakan bagi penyimpanan kertas soalan
peperiksaan.
v)
Segala maklumbalas kepada pelajar hanya boleh dilakukan
selepas keputusan telah disahkan oleh Majlis Peperiksaan
Universiti dan Senat Universiti.
vi)Skrip jawapan pelajar adalah RAHSIA.
vii)Kerahsiaan kertas soalan adalah tanggungjawab ketua kursus/
pensyarah.
3.Penilaian
a)Penilaian kursus boleh dibuat berdasarkan kerja kursus, projek dan
peperiksaan atau mana-mana gabungan daripada penilaian ini.
Penilaian dilakukan menurut kaedah yang ditentukan oleh Pusat
Pengajian / Pusat / Institut tertakluk kepada kelulusan Senat.
b)
Sumbangan penilaian setiap komponen adalah berdasarkan
keperluan kursus seperti yang dinyatakan dalam borang penawaran
kursus HEA-01.
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
44
BAHAGIAN XV:
STATUS AKADEMIK
1. Status Akademik
a)Pencapaian pelajar dinilai menggunakan dua (2) ukuran iaitu PNG
dan PNGK.
b)Formula pengiraan PNG dan PNGK dipaparkan dalam LAMPIRAN
D
c)
Status akademik pelajar ditentukan pada akhir setiap semester
semasa berpandukan PNG seperti dalam Jadual VI.
Jadual VI: Status Akademik
Aktif
Status Akademik
PNG ≥ 2.00
PNG
Percubaan 1 (P1)
PNG < 2.00 (kali pertama)
Percubaan 2 (P2)
Percubaan 2* (P2*)
PNG < 2.00 (2 semester berturut-turut)
PNG < 2.00 (lebih daripada 2 semester
berturut-turut dan PNGK > 2.00)
PNG < 2.00 (3 semester berturut-turut dan
PNGK < 2.00)
Gagal dan Diberhentikan (GB)
d)
Status akademik boleh berubah sekiranya pelajar berkenaan
menduduki Peperiksaan Kuratif/Peperiksaan Khas setelah mendapat
nilai PNG semester tersebut ≥ 2.00.
e)
Pelajar yang mendapat status Percubaan sebanyak tiga (3)
semester berturut-turut akan mendapat status Gagal dan
Diberhentikan (GB). Namun demikian sekiranya PNGK ≥ 2.00,
pelajar tersebut akan mendapat status Percubaan 2* (P2*).
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
45
2. Menambah baik PNGK
a) Pelajar yang telah lulus kursus (mendapat gred ≥ C) tidak
dibenarkan mengulang kursus tersebut.
b)Namun, pelajar dibenarkan mengulang kursus pada semester biasa
untuk menambah baik PNGK sekiranya telah mendapat keputusan
(gred) C- dan ke bawah bagi kursus berkenaan.
c) P
elajar-pelajar antarabangsa perlu mendapat PNGK ≥ 2.00 untuk
keperluan perlanjutan pas pelajar daripada Jabatan Imigresen
Malaysia.
3. Penarafan Tahun Pengajian
a)
Penarafan tahun pengajian pelajar ditentukan berdasarkan kredit
terkumpul seperti dalam Jadual VII:
Jadual VII: Penarafan Tahun Pengajian Mengikut Program Pengajian
Program Pengajian
Sarjana Muda Kejuruteraan
Sarjana Muda Teknologi
Kejuruteraan
Sarjana Muda Perniagaan
(Keusahawanan Kejuruteraan)
Sarjana Muda Perniagaan
(Perniagaan Antarabangsa)
Diploma Kejuruteraan
Penarafan Tahun Pengajian (Unit)
Tahun 1
Tahun 2
Tahun 3
Tahun 4
≤ 36
≤ 73
≤ 106
137
≤38
≤76
≤ 111
142
≤40
≤ 80
122
-
≤40
≤ 80
124
-
< 40
≤76
100
-
4. Pelajar Berstatus Gagal dan Diberhentikan dan Masuk Semula
a)
Pelajar yang berstatus Gagal dan Diberhentikan dan mendapat
kelulusan kemasukan semula, akan diberi tempoh satu semester
sahaja untuk membaiki keputusan peperiksaan mereka. Pelajar
yang mendapat kelulusan masuk semula perlu mendaftar di Tahun
Satu kembali.
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
46
b)Pelajar perlu mendapat sekurang-kurangnya PNG 2.00 dan ke atas
pada semester pertama selepas kemasukan semula.
c)Sekiranya pelajar masih mendapat PNG di bawah 2.00, pelajar akan
diberi gred P2* dan seterusnya akan diberikan status Gagal dan
Diberhentikan.
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
47
BAHAGIAN XVI:
PERTUKARAN PROGRAM PENGAJIAN
1. Pertukaran Program Pengajian Pelajar bermaksud seseorang pelajar
menukar program pengajiannya kepada sesuatu program pengajian
yang lain atas sebab-sebab tertentu yang dipersetujui oleh kedua-dua
Dekan Pusat Pengajian sekarang dan Dekan Pusat Pengajian yang
dipohon.
2. Pertukaran program pengajian tidak digalakkan kerana melibatkan
penukaran agihan sumber yang sudah dirancang dengan rapi pada
awal sidang akademik. Walau bagaimanapun, permohonan rayuan
pertukaran program pengajian boleh dipertimbangkan dengan alasanalasan yang kukuh dan tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:
a)
permohonan hanya boleh dibuat oleh pelajar setelah tamat
sekurang-kurangnya satu semester pengajian dengan mengisi
Borang Permohonan Pertukaran Program Pengajian (HEA-12)
yang boleh didapati di Jabatan Pendaftar atau di Pusat Pengajian
(Rujuk LAMPIRAN E). Walau bagaimanapun, bagi kes-kes tertentu
permohonan pelajar untuk pertukaran program pengajian pada
permulaan pengajian boleh dipertimbangkan dengan kelulusan Naib
Canselor / Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa).
b)permohonan perlu dikemukakan dalam masa dua minggu pertama
semester bermula. Borang permohonan mestilah disertakan dengan
salinan keputusan peperiksaan semester yang lepas atau keputusan
di peringkat Matrikulasi/STPM/Diploma.
c)
pelajar hanya boleh memohon bertukar program pengajian
tidak melewati dua semester pertama pengajian di UniMAP.
Permohonan setelah masuk semester ketiga pengajian tidak akan
dipertimbangkan.
d)
setiap permohonan perlu menyertakan sebab-sebab yang kukuh
secara bertulis untuk bertukar program pengajian. Permohonan
perlu mendapat perakuan dan kelulusan berikut:
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
48
i)Rakan Pendamping Siswa (RPS) program asal dan program yang
dipohon.
ii)kedua-dua Dekan Pusat Pengajian program asal dan program yang
dipohon.
iii) Dekan Pengurusan Akademik
iv)
kelulusan Naib Canselor/Timbalan Naib Canselor (Akademik &
Antarabangsa)
e)Bagi pelajar yang mendapat biasiswa / PTPTN atau sebagainya, pelajar
mestilah mendapat kelulusan daripada penaja masing-masing. Pelajar
perlu berurusan secara terus dengan pihak penaja atau memohon
penerangan dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.
f)
Sekiranya permohonan diluluskan, pelajar perlu mengambil tindakan
untuk mendaftar kursus-kursus baru yang ditawarkan oleh program
pengajian baru tersebut.
g)
Pelajar yang bertukar program pengajian dalam bidang yang sama
boleh memohon pemindahan kredit bagi kursus teras dan kursus wajib
universiti atau kursus yang sama dalam kurikulum program pengajian
baru. Walau bagaimanapun, semua kursus lain yang tidak berkaitan
dengan kurikulum program pengajian baru akan kekal dalam transkrip
akademik tetapi pengiraan PNG/PNGK dan kredit tidak akan diambil
kira.
h)Pelajar yang bertukar program pengajian dalam bidang yang berlainan
hanya boleh memohon pemindahan kredit bagi kursus wajib universiti
sahaja atau kursus yang sama dalam kurikulum program pengajian
baru. Walau bagaimanapun, semua kursus lain yang tidak berkaitan
dengan kurikulum program pengajian baru akan kekal dalam transkrip
akademik tetapi pengiraan PNG/PNGK dan kredit tidak akan diambil
kira.
3. Peraturan Permohonan Pertukaran Program Pengajian
a)
Permohonan hanya boleh dibuat oleh pelajar setelah tamat
sekurang-kurangnya satu semester pengajian dengan mengisi
Borang Permohonan Pertukaran Program Pengajian (HEA-12).
Borang permohonan boleh didapati di Jabatan Pendaftar atau Pusat
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
49
Pengajian. Walau bagaimanapun, bagi kes-kes tertentu permohonan
pelajar untuk pertukaran program pengajian pada permulaan
pengajian boleh dipertimbangkan dengan kelulusan Naib Canselor/
Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa).
b)Permohonan perlu dikemukakan dalam tempoh dua minggu pertama
semester bermula. Borang permohonan mestilah disertakan dengan
salinan keputusan peperiksaan semester yang lepas atau keputusan
pada peringkat Matrikulasi/STPM/Diploma.
c)
Pelajar hanya boleh memohon bertukar program pengajian
tidak melewati dua (2) semester pertama pengajian di UniMAP.
Permohonan setelah masuk semester ketiga pengajian tidak akan
dipertimbangkan.
d)
Bagi pelajar yang mendapat biasiswa / PTPTN atau sebagainya,
pelajar mestilah mendapatkan kelulusan daripada penaja masingmasing. Pelajar perlu berurusan secara terus dengan pihak penaja
atau memohon penerangan dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan
Alumni.
e)Sekiranya permohonan diluluskan, pelajar perlu mengambil tindakan
untuk mendaftar kursus-kursus baru yang ditawarkan oleh program
pengajian baru tersebut.
f)Pelajar yang bertukar program pengajian dalam bidang yang sama
boleh memohon pemindahan kredit bagi kursus teras dan kursus
wajib universiti atau kursus yang sama dalam kurikulum program
pengajian baru. Walau bagaimanapun, semua kursus lain yang tidak
berkaitan dengan kurikulum program pengajian baru akan kekal di
transkrip akademik tetapi pengiraan PNG/PNGK dan kredit tidak
akan diambil kira.
g)
Pelajar yang bertukar program pengajian dalam bidang yang
berlainan hanya boleh memohon pemindahan kredit bagi kursus
wajib universiti atau kursus yang sama dalam kurikulum program
pengajian baru. Walau bagaimanapun, semua kursus lain yang tidak
berkaitan dengan kurikulum program pengajian baru akan kekal
dalam transkrip akademik tetapi pengiraan PNG/PNGK dan kredit
tidak akan diambil kira.
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
50
BAHAGIAN XVII:
PENANGGUHAN PENGAJIAN
1. Penangguhan pengajian adalah kebenaran kepada pelajar untuk
tidak mengikuti pengajian pada sesuatu semester atas alasan-alasan
tertentu yang dibenarkan Universiti.
2. Permohonan penangguhan pengajian dibenarkan kepada pelajar
yang mempunyai masalah kesihatan dan disahkan sakit oleh Hospital
Kerajaan/Doktor Panel Universiti / Pusat Kesihatan UniMAP sahaja.
Bagi kes-kes tertentu sijil sakit yang bukan daripada Hospital Kerajaan
atau Doktor Panel Universiti, perlu mendapat perakuan Pusat Kesihatan
UniMAP.
3. Permohonan selain daripada masalah kesihatan boleh dipertimbangkan
sekiranya mempunyai alasan yang munasabah dan mendapat
kelulusan Naib Canselor/Timbalan Naib Canselor (Akademik &
Antarabangsa).
4. Pelajar yang memohon untuk menangguhkan pengajian perlu mengisi
Borang Penangguhan Pengajian (HEA/HEP-13) yang boleh didapati
di Jabatan Pendaftar atau di Pusat Pengajian (Rujuk LAMPIRAN F).
Permohonan perlu mendapat perakuan dan kelulusan yang berikut:
a)Perakuan Rakan Pendamping Siswa (RPS),
b) Perakuan Dekan Pusat Pengajian,
c) Perakuan Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni,
d) Perakuan Kaunselor (jika perlu)
e) Perakuan Dekan Pengurusan Akademik, dan
f)Kelulusan Naib Canselor atau Timbalan Naib Canselor (Akademik &
Antarabangsa)
5. Borang pemohonan penangguhan pengajian pelajar perlu dikemukakan
sebelum minggu ketujuh (7) pengajian. Pemohonan selepas minggu
ketujuh hanya dibenarkan atas sebab kesihatan atau kes-kes tertentu
yang mendapat kelulusan Naib Canselor/Timbalan Naib Canselor
(Akademik & Antarabangsa).
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
51
6. Pelajar tidak dibenarkan menangguhkan pengajian melebihi dua (2)
semester berturut-turut kecuali dengan kelulusan Naib Canselor/
Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa).
7. Bagi kes selain sebab kesihatan, pelajar hanya dibenarkan pulang/
keluar daripada universiti setelah permohonan penangguhan pengajian
mendapat kelulusan universiti. Sekiranya pelajar telah pulang sebelum
kelulusan diperoleh, ia adalah di bawah tanggungjawab pelajar sendiri.
8. Pelajar yang menangguhkan pengajian atas sebab kesihatan/sakit
atau untuk alasan-alasan yang dibenarkan, semester berkenaan tidak
akan diambil kira dalam pengiraan semester yang digunakan untuk
pengijazahan (TANPA PENALTI). Bagi kes Tanpa Penalti, kursus yang
didaftarkan pada semester tersebut akan digugurkan, dan sekiranya
terdapat keputusan peperiksaan yang telah disahkan di peringkat Majlis
Peperiksaan Universiti (MPU), keputusan peperiksaan tersebut juga
akan terbatal.
9. Pelajar yang menangguhkan pengajian atas sebab selain daripada
sebab kesihatan, semester berkenaan akan diambil kira dalam
pengiraan semester yang digunakan untuk pengijazahan (DENGAN
PENALTI) kecuali dengan kebenaran Naib Canselor/Timbalan Naib
Canselor (Akademik & Antarabangsa). Bagi kes Dengan Penalti, kursus
yang didaftarkan pada semester tersebut tidak akan digugurkan dan
akan diambil kira dalam semester. Sebarang keputusan peperiksaan
yang telah disahkan pada peringkat MPU juga tidak terbatal dan akan
tertera dalam transkrip akademik pelajar.
10. P
elajar akan diberikan amaran secara bertulis oleh Pusat Pengajian
sekiranya didapati tidak mendaftar pada sesuatu semester tanpa
memberi sebarang permohonan penangguhan pengajian. Pelajar
yang tidak memberi sebarang maklum balas dalam sesuatu tempoh
yang diberikan boleh dikeluarkan dari senarai nama pelajar berdaftar
Universiti/ditamatkan dan disahkan berhenti dari Universiti.
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
52
11. Peraturan Permohonan Penangguhan Pengajian
a)
Permohonan penangguhan pengajian dibenarkan kepada pelajar
yang mempunyai masalah kesihatan dan disahkan sakit oleh
Hospital Kerajaan/ Doktor Panel Universiti/Pusat Kesihatan UniMAP
sahaja. Bagi kes-kes tertentu sijil sakit yang bukan daripada Hospital
Kerajaan atau Doktor Panel Universiti, perlu mendapat perakuan
Pusat Kesihatan UniMAP.
b)
Permohonan
selain
daripada
masalah
kesihatan
boleh
dipertimbangkan sekiranya mempunyai alasan yang munasabah
dan mendapat kelulusan Naib Canselor/Timbalan Naib Canselor
(Akademik & Antarabangsa).
c)
Borang pemohonan penangguhan pengajian pelajar perlu
dikemukakan sebelum minggu ketujuh (7) pengajian. Pemohonan
selepas minggu ketujuh hanya dibenarkan atas sebab kesihatan
atau kes-kes tertentu yang mendapat kelulusan Naib Canselor/
Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa).
d)
Pelajar tidak dibenarkan menangguhkan pengajian melebihi dua (2)
semester berturut-turut kecuali dengan kelulusan Naib Canselor/
Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa).
e)
Bagi kes selain sebab kesihatan, pelajar hanya dibenarkan pulang/
keluar daripada universiti setelah permohonan penangguhan
pengajian mendapat kelulusan universiti. Sekiranya pelajar
telah pulang sebelum kelulusan diperolehi, adalah di bawah
tanggungjawab pelajar sendiri.
f)
Pelajar yang menangguhkan pengajian atas sebab kesihatan/
sakit, semester berkenaan tidak akan diambilkira dalam pengiraan
semester yang digunakan untuk pengijazahan (TANPA PENALTI).
Bagi kes Tanpa Penalti, kursus yang didaftarkan pada semester
tersebut akan digugurkan dan sekiranya terdapat keputusan
peperiksaan yang telah disahkan pada peringkat Majlis Peperiksaan
Universiti (MPU), keputusan peperiksaan tersebut juga akan terbatal.
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
53
g)
Pelajar yang menangguhkan pengajian atas sebab selain daripada
sebab kesihatan, semester berkenaan akan diambil kira dalam
pengiraan semester yang digunakan untuk pengijazahan (DENGAN
PENALTI) kecuali dengan kebenaran Naib Canselor/Timbalan
Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa). Bagi kes Dengan
Penalti, kursus yang didaftarkan pada semester tersebut tidak
akan digugurkan dan akan diambil kira dalam semester. Sebarang
keputusan peperiksaan yang telah disahkan pada peringkat MPU
juga tidak terbatal dan akan tertera di dalam transkrip akademik
pelajar.
h)
Pelajar akan diberikan amaran secara bertulis oleh Pusat Pengajian
sekiranya didapati tidak mendaftar pada sesuatu semester tanpa
memberi sebarang permohonan penangguhan pengajian. Pelajar
yang tidak memberi sebarang maklum balas dalam tempoh yang
diberikan boleh dikeluarkan dari senarai nama pelajar berdaftar
Universiti/ditamatkan dan disahkan berhenti dari Universiti.
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
54
BAHAGIAN XVIII:
BERHENTI PENGAJIAN
1.Pelajar yang memohon untuk berhenti daripada mengikuti pengajian di
UniMAP perlu mengemukakan surat berhenti pengajian kepada Dekan
Pusat Pengajian untuk kelulusan. Pelajar juga perlu menyerahkan
salinan surat berhenti pengajian tersebut kepada Unit Kemasukan dan
Rekod Pelajar Jabatan Pendaftar, Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
dan Pengetua Kolej Kediaman untuk tindakan PTJ berkaitan.
2.
Surat berhenti pengajian pelajar dengan kelulusan Dekan Pusat
Pengajian seterusnya akan diserahkan ke Unit Kemasukan dan Rekod
Pelajar Jabatan Pendaftar untuk diproses.
3.
Pelajar yang ingin berhenti pengajian atas alasan bertukar universiti
kerana mendapat tawaran di IPTA lain, surat permohonan perlu
mendapat kelulusan Naib Canselor. Walau bagaimanapun, pelajar
perlu mendapatkan perakuan Dekan Pusat Pengajian terlebih dahulu
sebelum diserahkan kepada Naib Canselor untuk kelulusan.
4.
Bagi pelajar Antarabangsa semua permohonan berhenti pengajian
perlu mendapat kelulusan Naib Canselor. Pelajar perlu mendapatkan
perakuan Dekan Pusat Pengajian terlebih dahulu sebelum diserahkan
kepada Naib Canselor untuk kelulusan.
5.Surat pengesahan kelulusan pelajar berhenti akan dikeluarkan kepada
pelajar dan seterusnya status pelajar akan dikemas kini dalam sistem
maklumat pelajar sebagai berhenti. Pelajar perlu memastikan tiada
yuran universiti yang tertunggak sebelum berhenti pengajian. Salinan
surat pengesahan berhenti akan diberikan kepada Jabatan Bendahari,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Kolej Kediaman, Jabatan
Perpustakaan dan Pusat Pengajian.
6.Sekiranya permohonan berhenti tidak diluluskan, pelajar akan diminta
untuk mendaftar dalam suatu tempoh yang diberikan. Sekiranya gagal,
pelajar akan ditamatkan pengajian di UniMAP.
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
55
BAHAGIAN XIX:
SYARAT PENGANUGERAHAN IJAZAH
1.Pelajar hanya layak dianugerahkan ijazah setelah syarat-syarat berikut
dipenuhi:
a) Telah lulus semua kursus yang ditetapkan bagi setiap program.
b) Mendapat PNGK lebih ≥ 2.00
c)Telah LULUS semua syarat yang ditetapkan di dalam struktur
kurikulum program pengajian seperti dalam Jadual VII hingga XII.
Jadual VII: Syarat Pengijazahan Program Sarjana Muda Kejuruteraan
KURSUS
KURSUS TERAS KEJURUTERAAN
KURSUS KEPERLUAN UNIVERSITI
a. Keusahawanan Kejuruteraan
b. Kemahiran Berfikir
c. Bahasa Melayu Universiti
d. Bahasa Inggeris Universiti
e. Tamadun Islam & Tamadun Asia
f. Hubungan Etnik
g. Ko-kurikulum
h. Kursus Opsyen
JUMLAH
UNIT
(bagi pelajar
kemasukan
sidang akademik
2011/2012 dan
sebelum)
120
15
2
2
2
2
2
2
1
2
135
UNIT
(bagi pelajar
kemasukan
sidang akademik
2012/2013 dan
selepas)
120
17
2
2
2
2
2
2
3
2
137
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
56
Jadual IX: Syarat Pengijazahan Program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan
KURSUS
KURSUS TERAS TEKNOLOGI
KEJURUTERAAN
KURSUS KEPERLUAN UNIVERSITI
a. Keusahawanan Kejuruteraan
b. Kemahiran Berfikir
c. Bahasa Melayu Universiti
d. Bahasa Inggeris Universiti
e. Tamadun Islam & Tamadun Asia
f. Hubungan Etnik
g. Kemahiran & Teknologi dalam Komunikasi
h. Ko-kurikulum
i. Kursus Opsyen
JUMLAH
UNIT
(bagi pelajar
kemasukan sidang
akademik 2011/2012
dan sebelum)
UNIT
(bagi pelajar
kemasukan
sidang akademik
2012/2013 dan
selepas)
123
123
17
2
2
2
2
2
2
2
1
2
19
2
2
2
2
2
2
2
3
2
140
142
Jadual X: Syarat Pengijazahan Program Sarjana Muda Perniaagaan
(Keusahawanan Kejuruteraan)
KURSUS
KURSUS TERAS PERNIAGAAN
ELEKTIF
KURSUS KEPERLUAN UNIVERSITI
a. Keusahawanan Kejuruteraan
b. Kemahiran Berfikir
c. Bahasa Melayu Universiti
d. Bahasa Inggeris Universiti
e. Tamadun Islam & Tamadun Asia
f. Hubungan Etnik
UNIT
(bagi pelajar
kemasukan sidang
akademik 2011/2012
dan sebelum)
72
30
18
2
2
2
2
2
2
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
UNIT
(bagi pelajar
kemasukan
sidang akademik
2012/2013 dan
selepas)
72
30
20
2
2
2
2
2
2
57
UNIT
(bagi pelajar
kemasukan sidang
akademik 2011/2012
dan sebelum)
KURSUS
g. Kemahiran & Teknologi dalam Komunikasi
h. Komunikasi dalam Perniagaan
i. Ko-kurikulum
JUMLAH
2
3
1
120
UNIT
(bagi pelajar
kemasukan
sidang akademik
2012/2013 dan
selepas)
2
3
3
122
Jadual XI: Syarat Pengijazahan Program Sarjana Muda Perniagaan
(Perniagaan Antarabangsa)
UNIT
(bagi pelajar
kemasukan sidang
akademik 2011/2012
dan sebelum)
KURSUS
KURSUS TERAS PERNIAGAAN
ELEKTIF
KURSUS KEPERLUAN UNIVERSITI
a. Keusahawanan Kejuruteraan
b. Kemahiran Berfikir
c. Bahasa Melayu Universiti
d. Bahasa Inggeris Universiti
e. Tamadun Islam & Tamadun Asia
f. Hubungan Etnik
g. Kemahiran & Teknologi dalam Komunikasi
h. Komunikasi dalam Perniagaan
i. Ko-kurikulum
JUMLAH
74
30
18
2
2
2
2
2
2
2
3
1
122
UNIT
(bagi pelajar
kemasukan
sidang akademik
2012/2013 dan
selepas)
74
30
20
2
2
2
2
2
2
2
3
3
124
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
58
Jadual XII: Syarat Pengijazahan Program Diploma Kejuruteraan
KURSUS
KURSUS TERAS
KURSUS KEPERLUAN UNIVERSITI
a. Keusahawanan Kejuruteraan
b. Kemahiran Komunikasi
c. Bahasa Melayu Universiti
d. Bahasa Inggeris II
e. Tamadun Islam & Tamadun Asia
f. Hubungan Etnik
g. Badan Beruniform
JUMLAH
UNIT
(bagi pelajar
kemasukan
sidang akademik
2012/2013 dan
sebelum)
UNIT
(bagi pelajar
kemasukan
sidang akademik
2013/2014 dan
selepas)
83
15
2
2
2
2
2
2
3
83
17
2
2
2
2
2
2
5
98
100
2. Syarat Penyerahan Transkrip Akademik dan Skrol Pengijazahan
a)Tiada hutang atau baki tertunggak dengan Universiti yang melibatkan
yuran pengajian atau pinjaman Jangka Pendek
b)
Telah menjelaskan sebarang bentuk denda atau kompaun yang
dikenakan
c)Memulangkan semua bentuk harta benda universiti seperti peralatan,
buku, CD, pakaian konvokesyen dan sebagainya yang dipinjam
d)Melengkapkan tujuh (7) kursus wajib universiti (7 pillars) bagi program
Sarjana Muda empat (4) kursus wajib universiti (4 pillars) bagi program
diploma kejuruteraan.
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
59
BAHAGIAN XX:
PENGANUGERAHAN IJAZAH
1. Penganugerahan Ijazah
a)Pelajar yang memperoleh Taraf Aktif serta telah memenuhi semua
syarat penganugerahan ijazah dalam kursus pengajian yang telah
diikuti, layak untuk dianugerah Ijazah.
b)
Pelajar Semester Akhir yang telah lulus semua syarat yang
ditetapkan oleh keperluan kurikulum serta mendapat PNGK ≥ 2.00
akan dianugerah Ijazah dengan kepujian.
c)Tafsiran dalam format Transkrip Akademik (contoh format Transkrip
Akademik boleh dirujuk pada Lampiran G).
i)
Unit Daftar – Jumlah unit bagi kesemua kursus yang didaftarkan
pada setiap semester. Sebagai contoh, sekiranya pelajar
mendaftar kursus EMTXX1 (3 unit) sebanyak dua kali, dan
mendapat C- pada kali pertama dan C+ pada kali kedua, ‘unit
daftar’ pelajar ialah 6 unit.
ii)
Kredit Kira – Jumlah kredit yang diambil oleh seseorang
pelajar dalam sesuatu semester dan kesemua semester (akan
digugurkan). Kredit bagi setiap kursus hanya akan dikira sekali
sahaja dalam pengiraan PNG & PNGK walaupun kursus yang
didaftarkan lebih daripada sekali (diulang). Sebagai contoh, bagi
kes pelajar yang mengambil EMTXX1 (3 unit) sebanyak dua kali,
dan mendapat C- pada kali pertama dan C+ pada kali kedua,
‘kredit kira’ hanyalah 3 unit dan bukannya 6 unit walaupun pelajar
lulus kedua-dua kali.
iii)
Lulus – Pencapaian gred minimum sesuatu kursus yang di
tetapkan oleh universiti.
iv)
Gagal – Tidak mencapai gred minimum sesuatu kursus yang
ditetapkan oleh universiti.
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
60
v)
Tak Lengkap (TL) – kursus ini memerlukan tempoh melebihi
satu semester untuk diselesaikan. Gred TL akan diberikan pada
semester pertama kali kursus tersebut didaftarkan. Pelajar perlu
mendaftar kursus yang sama pada semester yang berikutnya
dan gred akhir akan diberikan pada semester terkini kursus
berkenaan diselesaikan.
vi)
Tarik Diri (TD) – pelajar telah menarik diri dari kursus yang
didaftarkan dengan kebenaran Dekan sama ada didenda
(bayaran) atau tidak didenda (akan digugurkan). Gred TD akan
dipaparkan pada slip keputusan peperiksaan semester kursus
tersebut didaftarkan tetapi tidak melibatkan pengiraan PNG &
PNGK. Bagi pelajar yang mendaftarkan semula kursus yang
sama pada semester-semester yang berikutnya, kursus tersebut
tidak dikira sebagai kursus yang diulang. Minggu akhir untuk
pelajar menarik diri adalah tidak lewat dari hari akhir bekerja
pada minggu ke-12 minggu pembelajaran.
vii)
Tidak hadir peperiksaan tanpa kebenaran (F*) – (Tanpa
alasan yang munasabah). Mata nilai gred ialah 0.00 (gagal).
Gred F* akan dipaparkan pada slip keputusan peperiksaan
semester kursus tersebut didaftarkan walaupun pelajar
mendapat gred D ke atas. Unit kursus dan mata gred 0.00
(gagal) akan dikira dalam PNG & PNGK. Pelajar perlu
mendaftarkan semula kursus yang sama pada semestersemester yang berikutnya (akan digugurkan). Pelajar
tidak dibenarkan untuk mendaftarkan kursus tersebut
pada semester Kuratif atau Peperiksaan Khas. Gred akhir
akan diberikan pada semester terkini kursus berkenaan
diselesaikan.
viii)
Dihalang mengambil peperiksaan (X) – Mata nilai gred
ialah 0.00 (gagal). Gred X akan dipaparkan pada slip
keputusan peperiksaan semester kursus tersebut didaftarkan
walaupun pelajar mendapat gred D ke atas. Unit kursus dan
mata gred 0.00 (gagal) akan dikira dalam PNG & PNGK.
Pelajar perlu mendaftarkan semula kursus yang sama pada
semester-semester yang berikutnya (akan digugurkan).
Pelajar tidak dibenarkan untuk mendaftarkan kursus tersebut
samada pada semester Kuratif atau Peperiksaan Khas. Gred
akhir akan diberikan pada semester terkini kursus berkenaan
diselesaikan.
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
P
e
p
e
r
i
k
s
a
a
n
K
e
p
u
t
u
s
a
n
Minggu
1
Pengesa
han
PA/RPS
kali
pertama
1
minggu
Kuliah
Bermula
1
minggu
Pendaftaran Diri &
Kursus ‘Online’
M2
M3
Pengesah
an
PA/RPS
kali
kedua
Pengesahan
PA/RPS kali
ke-2 (mula)
1)Penolong
Pendaftar Unit
Kemasukan&
Rekod Pelajar
keluarkan emel
kepada Pusat
Pengajian,
senarai pelajar
tidak
mendaftar
kursus
2) Pusat
Pengajian
hubungi
pelajar dan
keluarkan
surat minta
maklumbalas
2 minggu
Penambahan kursus/
pengguguran Kursus
‘Online’ & Pendaftaran
Lewat (guna borang)
M4
M5
M6
M8
73
M9
M10
M11
6 minggu
M12
M15
M16
5 minggu
M17
M18
Minggu
Peperiksaan
LAMPIRAN A
Minggu
Ulangkaji
M14
Tarik
diri
(akhir)
M13
Tarik Diri Kursus (guna borang) hantar
ke Unit Kemasukan & Rekod Pelajar
MINGGU PERKULIAHAN
M7
Pelajar yang ditamatkan pengajian/
diberhentikan melalui HEA-20, merayu untuk
kemasukan semula
 Kemukakan surat rayuan rasmi kepada
Naib Canselor melalui Dekan
 Denda wajib RM100
Penolong Pendaftar Pusat Pengajian beri
maklumbalas Status Pelajar Tidak Daftar
Kursus, sama ada:
 Berhenti – pelajar perlu beri surat
berhenti
 Tangguh – pela jar perlu isi borang
tangguh
 Tamatkan - HEA-20 (maksimum 2
semester berturut-turut)
 satu pelajar satu borang untuk kelulusan
Naib Canselor
 Pendaftar keluarkan surat tamat kepada
pelajar dengan kelulusan Naib Canselor
4 minggu
Pengguguran Kursus (guna borang)
hantar ke Pusat Pengajian
CARTA TEMPOH PENDAFTARAN KURSUS PELAJAR
CARTA TEMPOH PENDAFTARAN KURSUS PELAJAR
LAMPIRAN A
61
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
Matematik 1
Matematik 2
DQT 101
DQT 102
3 unit
3 unit
Unit
D+
C+
Gred
1.50
2.50
Mata
Nilai
(3 x 2.50) + (3 x 1.50)
6
= 2.00
Pengiraan Purata Gred
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
Matematik 1
Matematik 2
DQT 101
DQT 102
3 unit
3 unit
Unit
C
D+
Gred
2.00
1.50
Mata
Nilai
(3 x 1.50) + (3 x 2.00)
6
= 1.75
Pengiraan Purata Gred
* Bagi Kes 2, pelajar ini, tidak layak untuk mendapatkan pengecualian unit bagi subjek Matematik ini
kerana purata gred adalah di bawah nilai C.
Nama Kursus
Subjek Diploma
Kod Kursus Subjek
Diploma
Kes 2:
* Bagi Kes 1, pelajar ini, layak untuk mendapatkan pengecualian unit bagi subjek Matematik.
Nama Kursus
Subjek Diploma
Kod Kursus Subjek
Diploma
Kes 1:
JADUAL PENGIRAAN BAGI KURSUS-KURSUS YANG DIGABUNGKAN
(DUA KURSUS ATAU LEBIH)
LAMPIRAN B
62
2.
M1
M2
M3
Pelajar mengisi borang
permohonan .
Pelajar perlu berbincang
dengan
Pengerusi
Rancangan
berkenaan
kursus – kursus yang
layak diberi pengecualian
berdasarkan Peraturan
Akademik UniMAP yang
diluluskan Senat.
2.
1.
M4
M5
M6
75
M9
M10
M11
M12
M13
Senarai kursus yang diluluskan di peringkat Pusat Pengajian
di masukkan dalam sistem.
2.
M8
Borang dihantar ke UKRP untuk dihantar ke Bahagian
Pengurusan Akademik.
1.
7 minggu
Borang dihantar ke UKRP Jabatan Pendaftar untuk diproses.
Borang akan dihantar kepada Dekan Pengurusan Akademik
untuk kelulusan
Minggu Kuliah
M7
Pengerusi rancangan /Timbalan
Dekan Akademik menyemak
dan
menyerahkan
kepada
Dekan
untuk
kelulusan
selanjutnya.
Penolong
Pendaftar
Pusat
Pengajian
menyemak
dan
mengisi
surat
pengesahan
penghantaran
borang
pengecualian
unit
dan
seterusnya menghantar borang
ke UKRP untuk diproses.
4 minggu
3 minggu
1 minggu
1.
Borang permohonan dihantar ke
Pusat Pengajian dan Pengerusi
Rancangan mula menyemak borang
Pelajar mengisi borang
permohonan
Pendaftaran
Pelajar Baru
(Orientasi)
M14
TEMPOH PROSES PERMOHONAN DAN PENGESAHAN PENGECUALIAN KREDIT
Minggu
Ulangkaji
M15
M17
Minggu Peperiksaan
M16
Pelajar terima surat
pengesahan
TEMPOH PROSES PERMOHONAN DAN PENGESAHAN PENGECUALIAN KREDIT
LAMPIRAN C
LAMPIRAN C
63
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
64
LAMPIRAN D
PENGIRAAN GPA DAN CGPA
UNIT
NILAI
GRED [NG]
EKT121
3
3.75
A-
11.25
EMT102
4
2.50
C+
10.00
EMT111
4
3.50
B+
14.00
EMT112
4
4.00
A
16.00
EQT102
3
1.75
C-
5.25
EUT122
2
2.75
B-
5.50
KURSUS
GRED [G]
20
PNG
JUMLAH
NG
62.00
= 62.00/20
= 3.10
ECT200
3
3.50
B+
10.50
EKT212
4
2.00
C
8.00
EKT230
4
4.00
A
16.00
EKT240
4
3.50
B+
14.00
EQT203
3
3.75
A-
11.25
18
PNG
= 59.75/18
= 3.32
PNGK
=
Jumlah NG Terkumpul
Jumlah Bil. Unit Terkumpul
= 62.00 + 59.75
20 + 18
= 3.20
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
59.75
65
LAMPIRAN E
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
66
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
67
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
68
LAMPIRAN F
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
69
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
70
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
71
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
72
LAMPIRAN G
TRANSKRIP AKADEMIK
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa
73
Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa