Soalan-soalan Lazim Harta Intelek

Transcription

Soalan-soalan Lazim Harta Intelek
Soalan-soalan Lazim
Harta Intelek
Intellectual Property - Frequently Asked Questions (FAQs)
Siri Penerbitan “Panduan Harta Intelek”
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
Sistem Perlindungan Harta Intelek di Malaysia
Soalan-soalan Lazim Harta intelek
Sistem Paten di Malaysia
Sistem Cap Dagangan di Malaysia
Sistem Reka Bentuk Perindustrian di Malaysia
Sistem Petunjuk Geografi di Malaysia
Sistem Hakcipta di Malaysia
Penafian
Buku panduan ini mengandungi maklumat asas
mengenai tajuk yang berkaitan tetapi tidak
bermaksud sebagai ganti kepada dokumen atau
khidmat nasihat perundangan profesional.
Rujukan kepada produk dan perkhidmatan,
nama syarikat, pertubuhan dan laman web tidak
bermaksud sebarang sokongan atau pengiktirafan
oleh MyIPO.
Hakcipta MyIPO (2008)
Tidak dibenar mengeluar ulang mana-mana
bahagian penerbitan ini dalam apa juga bentuk
dan dengan cara apa jua samada secara
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara
lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua
Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia.
©MyIPO April 2008
Panduan Harta Intelek - 2
Soalan-soalan Lazim Harta Intelek
Buku panduan ini bertujuan meningkatkan pengetahuan pembaca
mengenai harta intelek. Penyediaan dokumen ini turut mengambil
kira maklum balas yang diterima oleh MyIPO.
PATEN
1. Apakah itu paten?
Paten adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap suatu rekacipta,
sama ada suatu produk ataupun proses untuk menghasilkan cara baru
bagi membuat sesuatu, ataupun untuk penyelesaian teknikal bagi sesuatu
masalah. Paten dilindungi selama 20 tahun dari tarikh pemfailan.
2.
3. Apakah itu perbaharuan utiliti?
Perbaharuan utiliti adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap suatu
rekacipta yang ringkas. Perbaharuan utiliti dilindungi selama 10 tahun
dan boleh dilanjutkan selama dua tempoh 5 tahun, menjadikan tempoh
maksima perlindungan selama 20 tahun.
Apakah hak pemunya paten?
Pemunya paten mempunyai hak untuk menggunakan rekacipta yang
dipatenkan atau memberi lesen kepada orang lain bagi menggunakan
rekacipta tersebut atau menjual hak tersebut kepada orang lain yang
akan menjadi pemilik baru kepada rekacipta tersebut.
4.
5.
Bolehkah pemohon mengetahui samada rekaciptanya adalah sesuatu
yang baru sebelum memohon perlindungan?
Boleh. Carian boleh dilakukan di Bilik Carian Awam di MyIPO atau melalui
capaian internet Patent and Trade Mark Administration System (PANTAS)
keatas dokumen paten Malaysia yang terdahulu.
Bolehkah pemohon
mendapat perlindungan selepas rekaciptanya
diketahui umum sebelum pemohon membuat permohonan?
Boleh, dengan syarat pemohon memfailkan permohonan dalam tempoh
12 bulan selepas rekaciptanya dizahirkan.
6.
4
Berapakah jumlah kos permohonan paten dan perbaharuan utiliti?
Jumlah kos bagi permohonan paten – RM 1050 dan bagi perbaharuan
utiliti – RM 900.
7.
Dimanakah pemohon boleh mendapat bantuan bagi
permohonan paten?
menyediakan
Pemohon boleh mendapat perkhidmatan penyediaan permohonan
paten dengan ejen paten yang berdaftar.
8.
Adakah setiap permohonan dianggap sulit?
Ya, setiap permohonan adalah sulit sehingga selepas 18 bulan dari tarikh
prioriti atau tarikh pemfailan permohonan bagi tujuan semakan awam.
9.
Bolehkah pemohon mengambil tindakan mahkamah jika seseorang meniru
rekaciptanya semasa permohonan sedang diproses?
Tindakan mahkamah tidak boleh diambil semasa permohonan sedang
diproses. Walau bagaimanapun, tindakan mahkamah boleh diambil sebaik
sahaja pemberian paten dikeluarkan. Hak perlindungan paten bermula
dari tarikh pemfailan.
10.
Apakah yang berlaku setelah paten luput ?
Sebaik sahaja paten luput, pemunya tidak lagi mempunyai hak eksklusif
ke atas rekacipta tersebut.
11.
Bagaimanakah pemohon ingin mendapatkan perlindungan rekaciptanya
di negara lain?
Terdapat dua cara dimana suatu rekacipta boleh mendapat perlindungan
di negara lain. Permohonan boleh dibuat terus ke negara negara
berkenaan atau melalui sistem permohonan paten antarabangsa (Patent
Cooperation Treaty).
12.
Apakah itu Triti Kerjasama Paten (PCT)?
PCT adalah triti antarabangsa, yang ditadbir oleh Pertubuhan Harta
Intelek Dunia (World Intellectual Property Organisation - WIPO) dengan
memberi kemudahan bagi pemfailan permohonan paten antarabangsa
ke atas suatu rekacipta di negara lain dengan hanya memfailkan satu
permohonan.
5
13.
Permohonan paten antarabangsa boleh difailkan di MyIPO, yang
merupakan Pejabat Penerima [Receiving Office (RO)].
14.
Apakah fi yang terlibat bagi memfailkan permohonan paten
antarabangsa?
Terdapat tiga jenis fi bagi memfailkan permohonan paten
antarabangsa :
(i) fi pemfailan antarabangsa;
(ii) fi carian; dan (iii) fi penghantaran.
Pemohon hendaklah membayar hanya satu set bayaran fi
berkenaan dalam Ringgit Malaysia. (sila rujuk PCT Fees di laman
web MyIPO: www.myipo.gov.my)
15.
6
Di manakah permohonan paten antarabangsa boleh difailkan?
Berapa lamakah proses permohonan paten antarabangsa sebelum
memasuki fasa nasional ?
Proses permohonan paten antarabangsa mengambil tempoh masa
lebih kurang 18 bulan dari tarikh prioriti atau tarikh pemfailan sebelum
memasuki fasa nasional. Proses permohonan adalah termasuk
carian yang dijalankan oleh Pihak Berkuasa Carian Antarabangsa
(ISA) dan penerbitan dokumen paten serta laporan carian oleh Biro
Antarabangsa (WIPO).
16. Apakah itu carian antarabangsa ?
Carian antarabangsa adalah carian yang berkualiti ke atas
dokumen paten dan bahan rujukan teknikal yang berkaitan.
Keputusan laporan carian antarabangsa dan pendapat bertulis
oleh ISA adalah mengenai kebaharuan rekacipta permohonan
tersebut.
17. Apakah itu penerbitan antarabangsa ?
Penerbitan antarabangsa ialah penerbitan kandungan permohonan
paten antarabangsa ke seluruh dunia bersama-sama laporan
carian antarabangsa oleh WIPO. Ianya diterbitkan selepas 18 bulan
dari tarikh prioriti.
18. Apakah itu pemeriksaan permulaan antarabangsa?
Pemeriksaan permulaan antarabangsa ialah pemeriksaan ke atas
kebolehpatenan (patentability) rekacipta dimana satu laporan
akan dikeluarkan mengenai kebolehpatenan rekacipta tersebut.
Laporan ini memberi pendapat bertulis ke atas kriteria mematuhi
kebolehpatenan bagi setiap tuntutan dimana pemeriksaan
dijalankan untuk menilai peluang bagi mendapatkan perlindungan
paten.
19.
Bila dan bagaimanakah
memasuki fasa nasional?
20. permohonan
paten
antarabangsa
Pemohon hendaklah membuat permohonan untuk memasuki fasa
nasional sebelum tamat tempoh 30 bulan dari tarikh prioriti. Pemohon
hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti membayar fi memasuki
fasa nasional dan mengemukakan satu salinan permohonan
antarabangsa dalam Bahasa Inggeris.
Apakah faedah PCT?
PCT memberi kemudahan bagi pemfailan permohonan paten
antarabangsa ke atas suatu rekacipta ke negara-negara lain dengan
hanya memfailkan satu permohonan di Pejabat Paten Nasional
negara-negara anggota, atau boleh juga difailkan terus ke
Biro Antarabangsa, WIPO. Oleh itu sistem pemfailan ini dapat
menjimatkan kos pemohon.
7
CAP DAGANGAN
1.
Apakah cap dagangan?
Cap dagangan ialah apa-apa tanda yang dapat membezakan
barangan dan perkhidmatan seseorang peniaga daripada peniagapeniaga yang lain. Cap dagangan termasuklah perkataan, logo,
gambar, nama, huruf, nombor atau kombinasi daripada unsur-unsur
tersebut.
Cap dagangan merupakan alat pemasaran yang membolehkan pengguna
membuat pilihan barangan atau perkhidmatan yang dipasarkan.
Contoh-contoh cap dagangan:-
2.
Apakah fungsi-fungsi cap dagangan?
•
Fungsi asal- Cap dagangan dapat menunjukkan asal usul sesuatu
barangan atau perkhidmatan yang dipasarkan.
•
Fungsi pemilihan - Cap dagangan mempermudahkan pengguna
membuat pilihan semasa membeli sesuatu barangan atau
perkhidmatan.
•
Fungsi kualiti - Pengguna boleh memilih barangan atau perkhidmatan
yang berkualiti berdasarkan reputasi sesuatu cap dagangan.
•
Fungsi pemasaran - Cap dagangan adalah medium pengiklanan
yang berkesan bagi membolehkan pengeluar memasarkan
barangan atau perkhidmatan.
•
Fungsi ekonomi – Sesuatu cap dagangan terkenal yang terbukti
kualitinya, atau mempunyai reputasi yang tinggi boleh dilesenkan
atau dipindahmilik kepada pihak lain yang menjadikannya aset
ekonomi.
8
3.
4.
Apakah perundangan yang mentadbir cap dagangan?
•
•
Akta Cap Dagangan 1976
Peraturan-Peraturan Cap Dagangan 1997
Kenapakah pendaftaran cap dagangan penting?
• Hak eksklusif
- Pemilik Cap Dagangan berdaftar adalah diberikan hak
eksklusif untuk menggunakan cap dagangan mereka dalam
perniagaan. Mereka juga berhak mengambil tindakan
undang-undang ke atas sesiapa yang menggunakannya
tanpa kebenaran sama ada dalam bentuk sivil melalui
peruntukan pelanggaran (infringement) di bawah Akta Cap
Dagangan 1976 atau pun mengemukakan aduan kepada
Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN & HEP) untuk tindakan
di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.
• Bukti sah di sisi undang-undang
-
Sijil Pendaftaran boleh dijadikan bukti sah kepunyaan ke
atas sesuatu cap dagangan di mana ia boleh diterima
di mahkamah. Sijil Cap Dagangan merupakan dokumen
yang penting untuk mengesahkan hak milik sesuatu cap
dagangan dalam urusan perdagangan dan perniagaan.
5.
Adakah cap dagangan wajib didaftarkan?
Pendaftaran cap dagangan adalah penting untuk mendapat hak eksklusif
bagi tujuan mengeksploitasi dan mengambil tindakan pelanggaran walau
pun tidak wajib didaftarkan.
6.
Apa akan terjadi sekiranya cap dagangan tidak didafttarkan dalam
memulakan tindakan pelanggaran?
Pemilik tidak boleh mengambil apa-apa tindakan di bawah peruntukan
Akta Cap Dagangan 1976. Walau bagaimanapun tindakan pelanggaran
boleh diambil di bawah prinsip undang-undang lazim. Sekiranya cap
dagangannya digunakan oleh pihak lain, mereka perlu membuktikan
kepada mahkamah bahawa berlaku kekeliruan di kalangan pengguna
9
berkaitan dengan asal usul sesuatu barangan serta membuktikan bahawa
kedudukan pasaran mereka terjejas. Tindakan ini boleh menyebabkan
perbalahan rumit untuk diselesaikan dan memakan masa yang panjang
serta melibatkan kos yang tinggi.
7. Adakah semua cap dagangan boleh didaftarkan?
Tidak. Sesuatu cap dagangan yang hendak didaftarkan mestilah:
•
satu atau beberapa perkataan yang dicipta;
•
nama perseorangan/firma/syarikat yang dinyatakan dengan cara
yang khas atau tertentu;
•
tandatangan pemohon yang boleh dibaca;
•
tidak boleh menerangkan sifat atau kualiti barangan atau
perkhidmatan atau satu nama tempat/geografi;
•
apa-apa tanda yang distinktif seperti logo, gambar, simbol dan
sebagainya;
•
tidak memperdaya atau mengelirukan, tidak bertentangan dengan
mana-mana undang-undang dan tidak menyinggung mana-mana
pihak;
•
tidak menyerupai atau hampir menyerupai pendaftaranpermohonan
cap terdahulu; dan
•
tidak menyerupai atau hampir menyerupai mana-mana cap
dagangan yang terkenal (well-known mark).
Cap dagangan juga tidak boleh didaftarkan jika mengandungi apa-apa
perkataan atau representasi yang dilarang di bawah Seksyen 15 Akta Cap
Dagangan 1976 dan Peraturan 13, 14 dan 15 Peraturan Cap Dagangan
1997. Antara lain:
•
Paten, Telah Dipatenkan, Surat Paten Diraja, Berdaftar, Rekabentuk
Berdaftar Dan Hakcipta;
•
DYMM Yang Dipertuan Agong, DYMM Permaisuri Agong, DYMM
Sultan-Sultan Dan Tuan Yg Terutama Yang Dipertuan Negeri;
•
Mahkota atau Lambang Diraja atau Imperial, Lencana, Lambang
Kebangsawanan atau Lambang Kebesaran;
•
Angkatan Tentera Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia;
•
Bulan Sabit Merah Dan Palang Geneva Yang Berwarna Merah Dan
Palang Persekutuan Swiss Yang Berwarna Putih Atau Perak Yang
Berlatarkan Warna Merah;
•
Perkataan atau representasi Asean dan Bunga Raya.
10
8.
Adakah pendaftaran di Malaysia memberi perlindungan di seluruh dunia?
Tidak, kerana perlindungan adalah tertakluk kepada wilayah/negara
dimana pendaftaran dipohon sahaja.
9.
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan perlindungan di luar negara?
Pemohon boleh membuat permohonan secara berasingan di setiap
negara yang dikehendaki. Namun begitu permohonan pendaftaran di
Malaysia boleh digunakan untuk Tuntutan Tarikh Prioriti bagi pendaftaran
di negara-negara ahli Konvensyen Paris atau World Intellectual Property
Organization (WIPO).
10. Apakah prosedur-prosedur pemfailan?
Setiap permohonan cap dagangan hendaklah:• Memfailkan borang CD 5 sebanyak 5 salinan termasuk 1 salinan asal;
• Mengemukakan Akuan Bersumpah yang menyatakan cap dagangan
tersebut adalah miliknya;
• Menyertakan fi sebanyak RM250.00. Jika bayaran secara cek/ kiriman
wang/wang pos, hendaklah di atas nama Perbadanan Harta Intelek
Malaysia;
• Mengemukakan dokumen-dokumen sokongan yang lain seperti borang
49 (bagi pemilikan persendirian dan perkongsian), Tuntutan Tarikh Prioriti
dan sebagainya.
11.
Berapa lamakah tempoh perlindungan cap dagangan?
Tempoh sah perlindungannya ialah 10 tahun dan boleh diperbaharui bagi
satu tempoh selama 10 tahun seterusnya.
12.
Bilakah permohonan pendaftaran Cap Dagangan boleh dibuat?
Permohonan pendaftaran boleh dibuat pada bila-bila masa sama ada
cap dagangan tersebut telah, sedang atau akan digunakan di masa
hadapan.
13.
Berapakah jumlah kos bagi sesuatu permohonan Cap Dagangan?
Jumlah kos yang terlibat bagi pemfailan permohonan cap dagangan ialah
RM700.00.
11
14.
Siapakah yang
Dagangan?
Mana-mana pemilik Cap Dagangan sama ada warganegara atau bukan
warganegara yang sedang menggunakan cap tersebut di Malaysia atau
bercadang untuk menggunakannya boleh membuat pendaftaran. Pemilikpemilik tersebut boleh terdiri daripada orang perseorangan, perkongsian,
syarikat atau pertubuhan.
15. Perlukah pemohon melantik ejen cap dagangan untuk memfailkan
permohonan?
12
boleh
membuat
permohonan
pendaftaran
Cap
Pemohon tempatan boleh memfailkan permohonan cap dagangan
dengan sendirinya. Manakala, pemohon luar negara hendaklah
memfailkannya melalui ejen cap dagangan berdaftar.
16.
Siapakah ejen cap dagangan berdaftar?
Ejen cap dagangan berdaftar adalah orang perseorangan, firma atau
syarikat yang berdaftar di dalam Daftar Ejen Cap Dagangan. Mereka
dilantik oleh pemohon untuk mewakili dirinya di dalam proses untuk
mendapatkan pendaftaran cap dagangan.
REKA BENTUK PERINDUSTRIAN
1.
Apakah reka bentuk perindustrian?
2.
Apakah ciri-ciri reka bentuk perindustrian?
Reka bentuk perindustrian ialah rupa bentuk luaran secara keseluruhan
yang memberi suatu penampilan yang unik pada suatu barang atau
produk yang dihasilkan secara perindustrian.
Ciri-ciri reka bentuk perindustrian adalah terdiri daripada bentuk dan
tatarajah (3 dimensi) atau corak dan hiasan (2 dimensi) atau kedua-duanya
yang digunakan pada sesuatu barang.
(a) Bentuk dan tatarajah (Ciri 3D)
Kebaharuan suatu reka bentuk yang dilindungi adalah terletakkepada
bentuk dan tatarajah yang terdapat pada barang berkenaan.
(b) Corak dan hiasan (Ciri 2D)
Kebaharuan suatu reka bentuk yang dilindungi adalah terletak
kepada corak dan hiasan yang terdapat pada barang berkenaan.
(c) Gabungan kedua-dua ciri 3D dan 2D di atas.
3.
Apakah syarat
didaftarkan?
bagi
membolehkan
reka
bentuk
perindustrian
itu
Bagi membolehkan sesuatu reka bentuk perindustrian didaftarkan, ianya
hendaklah baru di Malaysia dan tidak pernah dizahirkan kepada awam
sebelum permohonan difailkan.
Walau bagaimanapun ciri-ciri perbezaan yang tidak ketara atau biasa
bukanlah dianggap baru. Contohnya pensil bersaiz biasa yang direka
bentuk menjadi pendek.
4. Apakah yang tidak dikategorikan sebagai reka bentuk perindustrian?
(i) Ciri-ciri barangan yang tidak mempunyai nilai estetik yang menarik
pada pandangan mata.
13
14
(i)
Kaedah atau prinsip pembinaan.
(iii)
Ciri-ciri barangan yang ditentukan semata-mata oleh fungsi. (dictated solely by the function).
(iv)
Ciri-ciri barangan yang bergantung kepada rupa suatu barangan lain (integral parts).
5.
Apakah reka bentuk perindustrian yang tidak boleh didaftarkan?
Reka bentuk yang bertentangan dengan ketenteraman awam atau prinsip
moral.
6.
Bagaimanakah cara untuk memfailkan permohonan bagi mendaftarkan
reka bentuk perindustrian?
Pemohon hendaklah mengemukakan:
i) Borang permohonan RBP 1 yang lengkap diisi dalam Bahasa Malaysia
atau Form ID 1 dalam Bahasa Inggeris.
ii) Enam set representasi samada dalam bentuk lukisan ataupun gambar
foto termasuk satu salinan asal.
iii) Satu pernyataan kebaharuan.
iv) Bayaran fi
v) Pernyataaan yang mewajarkan hak pemohon keatas pendaftaran
(statement justifying applicant’s right) sekiranya pemohon bukan
pencipta.
7.
Bilakah sesuatu permohonan harus difailkan?
Pemohon perlu memfailkan permohonan reka bentuk perindustriansecepat
mungkin atau sebelum sesuatu barang itu dizahirkan kepadaawam.
Tuntutan hak adalah berdasarkan kepada pertama difailkan atau first to
file. 8.
Siapakah yang layak memohon untuk mendaftarkan reka bentuk
perindustrian?
9.
Individu atau syarikat.
Suatu permohonan yang lengkap boleh didaftarkan dalam tempoh 8
bulan dari tarikh pemfailan.
10.
Berapa lamakah tempoh perlindungan reka bentuk perindustrian?
Tempoh perlindungan reka bentuk perindustrian berdaftar adalah selama
5 tahun berkuatkuasa dari tarikh pemfailan. Perlindungan tersebut boleh
dilanjutkan selama 2 tempoh dimana setiap tempoh perlindungan adalah
selama 5 tahun. Tempoh maksima perlindungan ialah 15 tahun.
11.
Kenapakah pendaftaran reka bentuk perindustrian penting?
Pemilik reka bentuk perindustrain berdaftar mempunyai hak eksklusif ke
atas reka bentuk perindustrian di mana pemilik berhak untuk membuat,
mengimport, menjual dan juga melesenkan atau menyewakan apa-apa
barang yang menggunakan reka bentuk perindustrian tersebut.
Mana-mana pihak lain mestilah memperolehi kebenaran pemilik reka
bentuk perindustrian berdaftar sebelum menggunakan reka bentuk
perindustrian berdaftar berkenaan. Pemilik reka bentuk perindustrian
berdaftar boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa yang
melakukan pelanggaran dalam tempoh 5 tahun dari tarikh pelanggaran.
12.
Apakah yang boleh dilakukan sekiranya ada pihak yang meniru reka
bentuk perindustrian berdaftar?
Pemilik berdaftar boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas
mana-mana pihak yang menggunakan reka bentuk perindustriannya
tanpa kebenaran melalui tindakan sivil.
Sijil Pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian yang dikeluarkan oleh Pejabat
Pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian boleh digunakan sebagai bukti
yang sah dalam tuntutan hak milik berkenaan di mahkamah.
Berapa lamakah proses pendaftaran reka bentuk perindustrian?
15
13.
Bilakah reka bentuk perindustrian itu boleh dikeluarkan atau dijual?
Pemohon boleh mengeksploitasikan reka bentuk perindustrian selepas
ianya difailkan.
14. Bolehkah maklumat permohonan reka bentuk perindustrian itu didedahkan
kepada umum?
Maklumat dan butiran lengkap permohonan reka bentuk perindustrian
yang masih dalam pertimbangan untuk pendaftaran hanya akan terbuka
untuk pemeriksaan awam setelah ianya didaftarkan.
15.
Perlukah seseorang itu mendaftarkan reka bentuk perindustriannya?
Suatu reka bentuk perindustrian perlu didaftarkan untuk mendapatkan
perlindungan dibawah Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996.
16.
Adakah pendaftaran di Malaysia memberi perlindungan di seluruh dunia?
Tidak, kerana pendaftaran di Malaysia hanya memberi perlindungan
di Malaysia sahaja.
16
Pemilik reka bentuk perindustrian yang ingin mendapat perlindungan
di luar negara perlu memfailkan permohonan di negara berkaitan.
Walaubagaimana pun pemohon boleh menggunakan pendaftaran di
Malaysia untuk membuat Tuntutan Tarikh Prioriti bagi pendaftaran di negaranegara ahli Konvensyen Paris atau World Intellectual Property Organization
(WIPO) dengan syarat permohonan difailkan dalam tempoh 6 bulan dari
tarikh pemfailan di Malaysia.
17.
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan perlindungan di luar negara?
Pemohon boleh membuat permohonan secara berasingan di setiap
negara yang dikehendaki. Namun begitu permohonan pendaftaran di
Malaysia boleh digunakan untuk Tuntutan Tarikh Prioriti bagi pendaftaran
di negara-negara ahli Konvensyen Paris atau World Intellectual Property
Organization (WIPO).
18.
Perlukah pemohon melantik ejen reka bentuk perindustrian untuk membuat
permohonan?
Pemohon tempatan boleh memfailkan permohonan reka bentuk
perindustrian dengan sendirinya.
Manakala, pemohon luar negara
hendaklah memfailkannya melalui ejen reka bentuk peridustrian
berdaftar.
19.
Siapakah ejen reka bentuk perindustrian berdaftar?
Ejen reka bentuk perindustrian berdaftar adalah orang perseorangan.
Mereka dilantik oleh pemohon untuk mewakilinya di dalam proses untuk
mendapatkan pendaftaran reka bentuk perindustrian.
17
PETUNJUK GEOGRAFI
18
1)
Apa itu petunjuk geografi?
Akta Petunjuk Geografi 2000 mendefinisikan petunjuk geografi sebagai
suatu petunjuk yang mengenal pasti apa-apa barang sebagai berasal dari
sesuatu negara atau wilayah, atau sesuatu kawasan atau tempat dalam
negara atau wilayah itu, jika suatu kualiti, reputasi atau ciri lain tertentu
barang itu adalah berpunca dari tempat asal geografinya.
2)
Adakah Malaysia mempunyai barangan yang boleh didaftarkan di bawah
Akta Petunjuk Geografi 2000?
Malaysia mempunyai beberapa barangan yang layak dan telah didaftarkan
sebagai petunjuk geografi. Barangan ini juga telah dieksploitasikan secara
komersil di dalam dan luar Negara. Salah satu contohnya adalah ‘Sarawak
Pepper’ iaitu produk lada hitam yang dihasilkan di negeri Sarawak. Lada
hitam dari Sarawak ini telah dikenali di peringkat antarabangsa kerana
produk yang dihasilkan dari wilayah Sarawak ini berkualiti dan mempunyai
reputasi yang baik.
Selain itu juga, barangan petunjuk georafi yang telah didaftarkan di
Malaysia adalah ‘Sabah Tea’, ‘Tenom Coffee’, ‘Borneo Virgin Coconut Oil’
dan ‘Sabah Seaweed’. Keempat-empat barangan petunjuk geografi ini
berasal dari negeri Sabah.
3)
Adakah petunjuk geografi hanya boleh digunapakai ke atas barangan
keluaran pertanian?
Penggunaan petunjuk geografi adalah tidak terhad atau tertakluk kepada
keluaran pertanian sahaja. Ini kerana petunjuk geografi boleh digunapakai
bagi barangan keluaran semulajadi seperti Gamat Langkawi dan juga
hasil kraftangan seperti Songket Terengganu, Batik Kelantan serta makanan
seperti Belacan Papar dan Budu Kelantan.
4)
Adakah pendaftaran petunjuk geografi ini wajib?
Pendaftaran petunjuk geografi tidak diwajibkan namun pendaftaran amat
digalakkan untuk melindungi kepentingan pengeluar dan pengguna.
Tuan punya petunjuk geografi yang berdaftar mempunyai hak eksklusif
untuk mengeksploitasi barangan petunjuk geografi bagi mendapat
pengikhtirafan baik di dalam negara mahupun luar negara.
5)
Bolehkah petunjuk geografi didaftarkan oleh individu?
Pendaftaran petunjuk geografi bukanlah merupakan konsep pemilikan
persendirian oleh seseorang individu tetapi konsep pemilikan bersama
bagi pengeluar-pengeluar yang menjalankan aktivitinya dalam kawasan
geografi yang dinyatakan. Petunjuk geografi juga boleh didaftarkan oleh
suatu pihak yang berwibawa seperti pihak berkuasa tempatan, agensi
kerajaan, badan berkanun; dan organisasi atau persatuan perdagangan.
6)
Apakah keistimewaan petunjuk geografi?
keistimewaan petunjuk geografi adalah pada barangannya yang
mempunyai kualiti dan ciri-ciri lain yang dipengaruhi oleh kedudukan
geografi tempat ianya dikeluarkan. Contoh petunjuk geografi seperti
Champagne amat dikenali di seluruh dunia terutama dikalangan peminat
wain. Ini adalah kerana, wain yang berasal dari wilayah Champagne yang
terletak di Perancis mempunyai kualiti yang baik dan rasa yang istimewa
berbanding wain yang dihasilkan dari kawasan lain.
7)
Berapa lamakah tempoh perlindungan petunjuk geografi yang diperuntukan
di bawah Akta Petunjuk Geografi 2000?
Tempoh perlindungan petunjuk geografi yang berdaftar adalah selama
10 tahun dari tarikh pemfailan. Pembaharuan pendaftaran boleh dibuat
bagi setiap 10 tahun selagi petunjuk geografi itu digunapakai.
8)
Apakah skop perlindungan petunjuk geografi di Malaysia?
Perlindungan petunjuk geografi adalah terhad di negara di mana ianya
didaftarkan. Sehubungan itu, petunjuk geografi yang didaftarkan di Malaysia
hanya dilindungi di negara ini sahaja. Bagi mendapatkan perlindungan
di negara lain, petunjuk geografi berkenaan perlu didaftarkan di negara
berkaitan.
9)
Apakah perbezaan antara petunjuk geografi dengan cap dagangan?
Cap dagangan adalah sesuatu tanda untuk mengenalpasti sesuatu
19
barangan yang dikeluarkan oleh pengeluar dan tanda ini dapat
membezakan barangan tersebut dengan barangan yang dikeluarkan
oleh pengeluar-pengeluar lain.
10)
20
Manakala petunjuk geografi adalah indikasi di mana barangan tersebut
dihasilkan dan mempunyai ciri yang berkait rapat dengan tempat
pengeluarannya atau kedudukan geografi.
.
Apakah tindakan yang boleh diambil oleh pihak-pihak yang terkilan jika
didapati petunjuk geografi yang digunakan adalah mengelirukan orang
ramai?
Mana-mana pihak yang terkilan boleh memfailkan kes ke Mahkamah
Tinggi.
HAKCIPTA
1.
Apakah hakcipta?
Hakcipta adalah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang
untuk tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal
penggunaan karya mereka di Malaysia.
2.
Apakah Akta yang melindungi hakcipta?
Perlindungan hakcipta di Malaysia adalah tertakluk kepada Akta Hakcipta
1987.
3.
Apakah karya-karya yang layak mendapat perlindungan hakcipta?
Karya-karya yang layak mendapat perlindungan hakcipta ialah:
(i) karya sastera ;
(ii) karya muzik;
(iii) karya seni ;
(iv) filem ;
(v) rakaman bunyi ;
(vi) siaran; dan
(vii) karya terbitan.
4.
Adakah Malaysia mempunyai sistem pendaftaran hakcipta?
Malaysia tidak mempunyai sistem pendaftaran hakcipta. Sesuatu karya
adalah dilindungi secara automatik.
5 .
Bagaimanakah cara untuk membuktikan pemilikan hakcipta?
Bagi membuktikan pemilikan hakcipta, pemilik bolehlah membuat:
i)
Akuan Berkanun di bawah Akta Akuan Berkanun 1960; atau
II) Karya yang dicipta hendaklah dimasukkan ke dalam sampul yang
dilakri dan diposkan ke alamat sendiri.
21
6.
Apakah syarat-syarat yang perlu ada untuk mendapatkan perlindungan
hakcipta?
Hakcipta wujud apabila syarat-syarat berikut dipenuhi :¬
(i) usaha yang mencukupi telah dilakukan untuk menjadikan karya itu
bersifat asli;
(ii) karya tersebut telah ditulis, direkod atau dijadikan dalam bentuk
bahan;
(iii)penciptanya adalah orang yang berkelayakan; dan
(iv)karya tersebut adalah dibuat di Malaysia atau penerbitan yang pertama
karya adalah di Malaysia.
7.
Siapakah yang memiliki hakcipta?
Pemilikan hakcipta bergantung kepada keadaan berikut:
i) karya yang dibuat dibawah sesuatu kontrak perkhidmatan;
- hakcipta untuk karya ini dimiliki oleh majikan
ii) karya yang dibuat dibawah satu kontrak untuk perkhidmatan;
- hakcipta untuk karya ini dimiliki oleh pencipta
22
iii) karya yang ditempah
- hakcipta daripada karya ini dimiliki oleh pihak yang membuat
penempahan.
8.
Bolehkah hakcipta dipindahmilik?
Hakcipta boleh dipindahmilik melalui penyerahhakkan,
berwasiat dan dengan kuatkuasa undang-undang.
9.
Selain daripada hak komersil pemunya dan pencipta karya, apakah hak
lain yang diberikan kepada pencipta karya?
Undang-undang hakcipta memberikan hak moral kepada pencipta karya
10.
Apakah jenis hak moral yang diberikan oleh Akta?
Dua jenis hak moral adalah diberikan iaitu:
i) hak untuk dikenali sebagai pencipta karya; dan
ii) hak untuk karya tidak dicacatkan.
pemberian
11.
Apakah tindakan yang boleh diambil oleh pemunya hakcipta bagi
pelanggaran hak moral?
Pemunya hakcipta boleh mengambil tindakan undang-undang, termasuk
gantirugi kewangan dan injunksi .
12.
Berapa lamakah tempoh perlindungan hakcipta?
(i) Bagi karya sastera, muzik dan seni hakcipta wujud semasa hayat
pencipta dan 50 tahun selepas kematiannya;
(ii) Bagi karya rakaman bunyi, filem dan siaran hakcipta wujud selama 50
tahun, bermula dari tahun kalender selepas tarikh ia mula diterbitkan;
dan
(iii)Bagi edisi yang diterbitkan hakcipta wujud selama 50 tahun daritahun
kalender selepas tarikh penerbitan pertama.
13.
Apakah hak-hak eksklusif pemilik hakcipta?
Pemilik hakcipta mempunyai hak esklusif untuk mengawal sebahagianbesar
karya terutamanya:
(i) pengeluaran semula dalam apa-apa bentuk bahan (termasuk fotokopi,
rakaman dan lain-Iain);
(ii) penyampaian kepada orang awam;
(iii) pertunjukan, tayangan atau permainan kepada awam;
(iv)pengedaran salinan-salinan kepada awam melalui penjualan atau
pemindahan pemunyaan secara lain; dan
(i) penyewaan secara komersil kepada orang awam.
14.
Apakah pelakuan-pelakuan yang melanggar hakcipta?
Pelakuan-pelakuan berikut adalah melanggar hakcipta:
(i) mengeluar semula dalam sebarang bentuk,
(ii) menayang, mempamer, memain dan mengedarkan kepada orang
awam atau menyiarkan keseluruhan atau sebahagian karya itu;
(iii) mengimport apa-apa artikel ke negara ini bagi tujuan perdagangan
atau untuk mendapat keuntungan;
(iv) membuat, untuk jualan atau sewa apa-apa salinan langgaran ;
(v) menjual, menyewakan atau secara dagangan, mendedah atau
menawarkan untuk jualan salinan langgaran;
(vi) mengedarkan salinan langgaran ;
23
24
(vii)
(viii)
(ix)
(x)
memiliki, melainkan untuk kegunaan persendirian dan domestik
apa-apa salinan langgaran;
dengan cara dagangan, mempamerkan kepada umum apa-apa
salinan langgaran.
mengimpot ke Malaysia, melainkan untuk kegunaan persendirian
dan domestik sebarang salinan langgaran ; atau
membuat atau memiliki sebarang perekaan yang digunakan
atau bertujuan untuk digunakan bagi maksud membuat salinan
langgaran.
15.
Apakah yang dimaksudkan dengan penggunaan persendirian dan
domestik?
Penggunaan persendirian dan domestik adalah setakat tiga salinan karya
sahaja.
16. Apakah pengecualian yang diberikan di bawah Akta Hakcipta 1987
kepada pengguna karya?
Penggunaan karya secara urusan yang wajar bagi tujuan yang berikut
adalah dibenarkan tertakluk kepada penghargaan diberikan kepada
pencipta karya:(i) penggunaan bagi tujuan penyelidikan;
(ii) penggunaan bagi pengajian persendirian; dan
(iii) penggunaan bagi tujuan kritikan dan laporan semasa.
17.
Apakah jenis tindakan yang boleh diambil bagi pelanggaran hakcipta?
Terdapat dua jenis tindakan yang boleh diambil iaitu tindakan sivil dan
jenayah.
18.
Apakah penalti yang boleh dikenakan bagi pelanggaran hakcipta?
Bagi setiap pelanggaran hakcipta, mahkamah boleh mengenakan denda
minima sebanyak RM2,000 dan denda maksima sebanyak RM20,000 bagi
setiap pelanggaran.
19.
Adakah menjadi kesalahan sekiranya karya hakcipta tersebut dimuat
turun dari internet tanpa kebenaran pemunya hakcipta?
Ini juga menjadi kesalahan di bawah Seksyen 41 Akta Hakcipta 1987.
20.
Adakah jumlah penalti yang sama dikenakan sekiranya muat turun tersebut
dilakukan dengan memintas langkah-langkah teknologi yang disediakan
oleh pemunya hakcipta bagi mengawal penggunaan karya?
Penalti yang lebih tinggi dikenakan iaitu denda tidak melebihi RM250,000
atau hukuman penjara tidak melebihi 5 tahun.
21.
Siapakah yang bertanggungjawab terhadap penguatkuasaan hakcipta?
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
(Bahagian Penguatkuasa) dan Polis DiRaja Malaysia bertanggungjawab
terhadap penguatkuasaan undang-¬undang tersebut.
22.
Apakah remedi yang boleh diberikan oleh pihak mahkamah bagi
pelanggaran hakcipta?
Remedi berikut diberikan oleh mahkamah:i) gantirugi kewangan;
ii) akaun keuntungan;
iii) hantar serah; dan
iv) injunksi.
23.
Apakah yang dimaksudkan dengan badan pemungut hakcipta?
Badan pemungut hakcipta ialah badan yang diberikan kuasa untuk
memungut bayaran royalti bagi pihak pemunya hakcipta.
24.
Apakah badan – badan pemungut hakcipta yang ada di Malaysia?
Badan-badan pemungut hakcipta tersebut adalah:
Nama: Public Performance Malaysia Sdn Bhd [“PPM”] (173608-V)
Tahun Ditubuhkan: 1988
Ahli : Recording Companies
Karya yang diwakili: Sound, Music Video and Karaoke Recordings
Laman Web: www.ppm.org.my
Nama: Music Authors Copyright Protection Bhd [“MACP”] (186403-X)
Tahun Ditubuhkan: 1989
Ahli: Composers, Lyricists and Publishers
Karya yang diwakili: Musical Works
25
Laman Web: www.macp.com.my
Nama: Performers and Artistes Rights (M) Sdn Bhd[“PRISM”](542747M)
Tahun Ditubuhkan: 2001
Ahli: Recording Artistes and Musicians
Karya yang diwakili: Performances embodied in Sound Recordings
Laman Web: www.prism.org.my
25.
Adakah Kerajaan Malaysia mengiktiraf badan-badan pemungut tersebut?
Badan tersebut diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
26.
Apakah hak yang diberikan oleh badan pemungut kepada pihak yang
memohon lesen?
27.
26
Badan pemungut boleh mengeluarkan lesen kepada pihak yang
terbabit untuk menyiarkan karya-karya berhakcipta di tempat awam.
Apakah yang dilakukan oleh badan pemungut kepada royalti yang
dipungut tersebut?
Royalti tersebut diagihkan oleh badan pemungut kepada pemunya karya
pada setiap tahun.
28.
Adakah pihak Kerajaan yang menetapkan kadar royalti yang dikutip oleh
badan pemungut?
Kerajaan tidak mengawal dan tidak terlibat dalam menetapkkadar
tersebut. Ia ditetapkan secara kontrak antara pemunya hakcipta dan
badan pemungut.
29.
Kenapa pihak Kerajaan tidak boleh terlibat di dalam menetapkan
kadarini?
Hakcipta adalah hak persendirian.
30.
Jikalau berlaku pertelingkahan antara pemunya hakcipta dan badan
pemungut, apakah tindakan yang boleh diambil oleh pemunya hakcipta?
Pertelingkahan bolehlah diselesaikan melalui bantuan Tribunal Hakcipta.
31.
Apabila berlaku pertelingkahan antara pengguna karya dan badan
pemungut, apakah tindakan yang boleh diambil oleh pengguna karya?
Pertelingkahan ini bolehlah juga diselesaikan melalui bantuan Tribunal
Hakcipta.
32.
Apakah itu Tribunal Hakcipta?
Tribunal Hakcipta adalah ditubuhkan di bawah Akta Hakcipta 1987
untuk:i) memberikan lesen bagi penterjemahan karya kepada Bahasa Malaysia;
dan
iii) menyelesaikan isu penetapan kadar royalti.
33.
Apakah asas penubuhan Tribunal Hakcipta?
Ditubuhkan mengikut peruntukan seksyen 28 Akta Hakcipta 1987
bagi mewujudkan keseimbangan hak di antara pemilik hakcipta dan
pengguna.
34.
Siapakah yang melantik ahli Tribunal?
Ahli- ahli Tribunal dilantik oleh Y.B. Menteri yang bertanggungjawab ke
atas pentadbiran Akta Hakcipta 1987, iaitu Y. B. Menteri Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
35.
Siapakah yang menjadi ahli?
Keahlian Tribunal adalah terdiri daripada seorang Pengerusi, Timbalan
Pengerusi dan tidak lebih daripada 20 orang ahli-ahli lain.
36.
Apakah Fungsi Tribunal?
i) Menimbangkan permohonan bagi mendapatkan lesen untuk
mengeluar
dan
menerbitkan
terjemahan
dalam
Bahasa
Kebangsaan sesuatu hasil penulisan yang ditulis dalam apa-apa
bahasa lain; dan
ii) menyelesaikan pertikaian antara pengguna karya-karya berhakcipta
dan pemilik hakcipta.
27
37. Apakah Kes-kes yang boleh difailkan kepada Tribunal?
i) Kes untuk menterjemah karya asing sekiranya tuan punya karya tidak
dapat dihubungi atau tuan punya enggan memberi kebenaran.
ii) Kes berkaitan dengan terma dan skim pelesenan hakcipta termasuk:
a) kes berkaitan dengan kadar bayaran royalti; dan
b)pengendali skim pelesenan enggan beri lesen atau enggan
perbaharui lesen.
38.
Siapakah yang boleh mengemukakan kes kepada Tribunal?
Pihak-pihak berikut boleh memulakan prosiding:i) Wakil orang yang memerlukan lesen;
ii) Pengendali skim pelesenan; dan
iii) Orang yang enggan diberi lesen oleh pengendali skim pelesenan.
39.
Bagaimanakah cara membuat permohonan ke Tribunal?
Permohonan hendaklah dibuat berdasarkan peruntukan Akta Hakcipta
1987.
40.
Bolehkah rayuan dibuat terhadap keputusan Tribunal?
Keputusan Tribunal boleh dirayu oleh pihak yang terkilan kepada Mahkamah
Tinggi Harta Intelek.
41.
Apakah yang dimaksudkan dengan hak pelaku?
Adalah hak yang diberikan kepada mereka yang mengambil bahagian
dalam persembahan awam secara langsung.
42.
Berapa lamakah tempoh perlindungan hak pelaku diberikan?
Perlindungan diberikan selama 50 tahun dari tarikh persembahan.
43.
Apakah kelayakan bagi perlindungan pelaku?
Hak pelaku hendaklah wujud dalam tiap-tiap persembahan secara
langsung yang pelakunya itu ialah:
i) warganegara atau pemastautin tetap Malaysia; atau
ii) bukan warganegara atau pemastautin tetap Malaysia tetapi
28
persembahannyaa) di adakan di Malaysia
b)telah digabungkan dalam rakaman bunyi yang dilindungi di bawah
Akta ini; atau
c) belum lagi ditetapkan dalam rakaman bunyi tetapi termasuk dalam
suatu siaran yang layak untuk dilindungi di bawah Akta ini
29
REKA BENTUK SUSUN ATUR LITAR BERSEPADU
1.
Apakah Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu?
2.
Apakah undang-undang yang melindungi Reka Bentuk Susun Atur Litar
Bersepadu?
Rekabentuk susun atur litar bersepadu adalah susunan tiga dimensi unsurunsur sesuatu litar bersepadu dan sebahagian atau semua saling hubungan
litar bersepadu itu atau susunan tiga dimensi sedemikian yang disediakan
bagi sesuatu litar bersepadu yang dimaksudkan untuk dikilang..
Undang-undang yang melindung reka bentuk susun atur litar bersepadu
adalah Akta Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 2000.
3.
Bagaimana untuk melindungi susun atur litar bersepadu?
4.
Siapakah pemegang hak reka bentuk susun atur dan apakah hak
pemegang hak?
• Pencipta;
• Orang yang menugaskan jika reka bentuk susun atur itu dicipta menurut
sesuatu penugasan; • Majikan jika reka bentuk susun atur itu dicipta oleh pekerja dalam
menjalankan pekerjaannya.
30
Sesuatu reka bentuk susun atur layak mendapat perlindungan secara
automatik sebaik sahaja memenuhi syarat-syarat berikut;
• Asli iaitu ia adalah hasil usaha intelek penciptanya sendiri dan bukan
perkara biasa antara pencipta reka bentuk susun atur dan pengilang
litar bersepadu;
• telah ditetapkan dalam bentuk material atau digabungkan dalam
suatu litar bersepadu; dan
• pemegang hak reka bentuk susun atur itu adalah orang yang layak.
5.
Apakah hak pemilik reka bentuk susun atur?
Pemegang hak sesuatu reka bentuk susun atur terlindung mempunyai hak
yang berikut;
• Menghasilkan semula dan memberi kuasa penghasilan semula reka
bentuk susun atur terlindungnya; dan
• Mengeksploitasikan secara perdagangan dan memberi kuasa
pengeksploitasian secara perdagangan;
- Reka bentuk susun atur terlindungnya ;
- Litar bersepadu yang dalamnya digabungkan reka bentuk susun
atur terlindung itu; atau
- Barang yang mengandungi litar bersepadu yang dalamnya
digabungkan reka bentuk susun atur terlindung itu.
6.
Bagaimanakah dengan tempoh perlindungan?
Sesuatu reka bentuk susun atur dilindungi bagi tempoh 10 tahun dari
tarikh ia mula-mula dieksploitasi secara perdagangan. Walau apa pun,
perlindungan yang diberikan tamat selepas 15 tahun selepas tarikh ia
dicipta.
31
32