Hasrat Strategik LHDNM - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Transcription

Hasrat Strategik LHDNM - Lembaga Hasil Dalam Negeri
LEMBAGA HASIL DALAM
NEGERI MALAYSIA
HASRAT
STRATEGIK
LHDNM
2016 - 2020
HASIL DAN ANDA DEMI KEMAKMURAN MALAYSIA
ISI KANDUNGAN
Ke
Ha nali
sra LH
BA
t L DN
B
HD M
NM (ms
4(m
5)
s6
)
B
BA
4
at
8
-1
ti (ms 14
a
ip
Int DNM
LH
1
M
DN
H
L
an egik
t
B
a
BA
ek trat -10)
d
9
S
n
Pe siko (ms
Ri DNM
LH
2
BA
lam )
t
Ma
)
s8
(m
3
B
Ra
LH sion
DN al
M Str
(m
s1
2)
at
eg
i
BAB
1
- Kenali LHDNM
Skala Aktiviti
- Hasrat LHDNM
M.S 3 | 20
KENALI LHDNM
PENYUMBANG DANA
LHDNM bertindak sebagai ejen kerajaan dan memberi perkhidmatan dalam
pentadbiran, penaksiran, pemungutan dan penguatkuasaan pembayaran
cukai pendapatan, cukai pendapatan petroleum, cukai keuntungan harta
tanah, duti harta pesaka, duti setem dan cukai lain yang dipersetujui antara
kerajaan dan LHDNM.
NASIHAT POLISI
Menasihati kerajaan tentang perkara-perkara berhubung dengan
percukaian dan bekerjasama dengan kementerian dan badan berkanun
mengenai perkara-perkara tersebut.
PEMUTUSAN DAN KETETAPAN KE ATAS PERUNDANGAN
Memberikan kepastian kepada pelanggan berhubung dengan hal ehwal
cukai mereka dengan menyediakan garis panduan berkenaan tafsiran
undang-undang cukai yang betul.
PENGURUSAN PEMATUHAN
Mengumpulkan maklumat mengenai aktiviti ekonomi, membuat tindakan
susulan ke atas kegagalan pengemukaan borang dan hutang tertunggak
serta menjalankan aktiviti audit dan siasatan cukai untuk memastikan
pematuhan.
PROGRAM POLISI SOSIAL
Menyokong program polisi sosial kerajaan seperti memproses permohonan
dan menguruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). LHDNM juga menjadi
ejen pemungutan pinjaman pendidikan bagi pihak mana-mana badan di
bawah undang-undang bertulis.
PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG
LHDNM bertanggungjawab mentadbir undang-undang berikut :
a. Akta Cukai Pendapatan 1967;
b. Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976;
c. Akta Penggalakan Pelaburan 1986;
d. Akta Setem 1949;
e. Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967; dan
f. Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990.
M.S 4 | 20
KENALI LHDNM
SKALA AKTIVITI
Hasilian
10,618
Pembayar Cukai
Korporat - 603,630
Individu - 6.2 juta
Lain-lain - 745,344
KOMUNITI
CUKAI
Ejen Cukai
3,058
Jumlah kutipan
RM133.695 bilion
Kos operasi bagi setiap
RM100 dipungut RM1.03
FUNGSI
FUNGSI
TERASTERAS
Bilangan kes diproses
Cukai pendapatan 4,022,698
kes**
Cukai Keuntungan Harta
Tanah 992,906 kes
Bayaran balik 1,826,709 kes
Bilangan dokumen
disetem 13,827,303
FUNGSI
SOKONGAN
BR1M
8.11 juta permohonan
Pinjaman pelajaran
RM147,207,577.65
*Statistik sehingga 31 Disember 2014
** Borang diterima
M.S 5 | 20
KENALI LHDNM
HASRAT LHDNM
LHDNM berhasrat menjadi sebuah organisasi yang relevan dan bernilai
kepada rakyat Malaysia. Aspirasi LHDNM adalah menjadi sebuah organisasi
yang unggul di dalam negara dan di peringkat antarabangsa melalui
penyusunan strategi pentadbiran percukaian yang dipercayai dan disegani.
LHDNM berazam memastikan pelaksanaan sistem percukaian yang adil,
cekap dan berkesan supaya percukaian diiktiraf dan dihargai sebagai satu
aspek penting oleh rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara.
LHDNM akan sentiasa menambah baik penyampaian perkhidmatan untuk
memudahkan pembayar cukai yang patuh menjalankan tanggungjawab
percukaian mereka. Di samping itu, LHDNM akan meningkatkan tindakan
penguatkuasaan ke atas pembayar cukai yang enggan patuh.
LHDNM memacu program transformasi menerusi perancangan pelan strategik
yang mantap untuk merealisasikan visi dan misi organisasi. Matlamat dan
strategi telah disusun dengan mengambilkira pendekatan pengurusan risiko
strategik bagi memastikan kejayaan pelaksanaannya. Selari dengan status
LHDNM sebagai Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan Sepenuhnya
(Self-Financing Agency), LHDNM berazam untuk mengutamakan
keberkesanan dalam setiap perancangan strategi dan inisiatif.
LHDNM menyahut seruan kepimpinan negara untuk membawa Malaysia
mencapai status negara maju dengan ekonomi berpendapatan tinggi
menjelang tahun 2020 melalui pelaksanaan inisiatif-inisiatif yang digariskan
untuk tempoh lima tahun mulai 2016 hingga 2020.
Perancangan strategik ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan LHDNM
dengan rakyat, meningkatkan produktiviti Hasilian di samping menuntut
sikap keterbukaan dan kesediaan Hasilian untuk berubah. Pernyataan hasrat
ini menyuarakan keazaman dan pendekatan pengurusan LHDNM dalam
menyelaraskan strategi, budaya dan keupayaan LHDNM untuk menjadi
Pentadbir Cukai Terunggul.
M.S 6 | 20
BAB
2
- Pendekatan LHDNM
Visi
Misi
Matlamat
Strategi
- Risiko Strategik LHDNM
M.S. 7 | 20
M.S. 8 | 20
1. Melaksanakan organisasi yang
mempunyai saiz penjawatan dan
struktur yang optimum
2. Membangunkan sumber manusia
yang kompeten dan profesional
3. Menyediakan persekitaran kerja yang
kondusif
4. Memperkukuhkan kepimpinan
Memberikan perkhidmatan
percukaian yang berkualiti ke
arah pematuhan cukai
secara sukarela
MISI
1. Meningkatkan pematuhan cukai secara
sukarela
2. Mengurangkan ketirisan cukai
3. Memantapkan pengurusan hutang cukai
4. Memperluaskan asas cukai
LHDNM
sebagai majikan
pilihan
LHDNM
penyumbang utama
kemakmuran
negara dan
kesejahteraan
rakyat
MATLAMAT
Sistem
dan prosedur
kerja yang cekap
dan berkesan
Pentadbir sistem
percukaian
yang diyakini
rakyat
1. Membangunkan dan memantapkan
sistem teknologi maklumat dan
komunikasi
2. Meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan kos
3. Menambah baik prosedur kerja
4. Membudayakan pengurusan risiko
dalam proses kerja
Pentadbir Cukai
Terunggul
VISI
1. Memastikan kesaksamaan dan keadilan
sistem percukaian
2. Meningkatkan penyampaian
perkhidmatan kepada pelanggan
3. Memastikan keselamatan aset dan
maklumat percukaian
4. Memelihara reputasi dan imej korporat
PENDEKATAN LHDNM
LHDNM menyediakan penyataan risiko strategik untuk diselaraskan dengan
Rangka Kerja Pengurusan Risiko LHDNM. LHDNM sentiasa memantau kawalan ke
atas risiko untuk memastikan semua risiko diurus dengan cekap dan berkesan.
Pelan tindakan pengurusan risiko diambilkira dalam merangka inisiatif
Perancangan Strategik 2016-2020.
SUMBER MANUSIA
LHDNM mempunyai sumber manusia yang kompeten,
profesional dan mempunyai kepakaran dalam
pelbagai aspek percukaian.
TEKNOLOGI MAKLUMAT
LHDNM perlu mempertingkatkan dan memantapkan
keupayaan ICT untuk mengoptimumkan automasi
proses kerja dan penyampaian perkhidmatan.
REPUTASI
LHDNM perlu mengekalkan prestasi yang cemerlang
demi meningkatkan keyakinan dan kepercayaan pihak
berkepentingan
terhadap
LHDNM.
Seterusnya
keyakinan dan kepercayaan tersebut direalisasikan
melalui peningkatan pematuhan cukai serta
pertambahan pungutan hasil kepada negara.
M.S. 9 | 20
RISIKO STRATEGIK LHDNM
PENGURUSAN RISIKO STRATEGIK
RISIKO STRATEGIK LHDNM
KEWANGAN
LHDNM
memastikan
pembiayaan
pentadbiran
mencukupi dalam menyediakan perkhidmatan kepada
pelanggan serta mempunyai dasar kewangan yang
berkesan untuk masa hadapan.
PENGURUSAN HASIL
LHDNM perlu mentadbir semua cukai langsung untuk
mengoptimumkan pendapatan dan sumbangan dana
yang menyokong aspirasi kerajaan.
FAKTOR LUARAN
LHDNM perlu memastikan urusan dengan pihak luaran
dijalankan secara profesional supaya strategi yang
dirancang dapat dilaksanakan selaras dengan visi
LHDNM sebagai Pentadbir Cukai Terunggul.
M.S. 10 | 20
BAB
3
- RASIONAL STRATEGI LHDNM
M.S. 11 | 20
RASIONAL STRATEGI LHDNM
1.
Perancangan Strategik 2012-2015 menjadi pengukur kepada pencapaian
LHDNM bagi tempoh tersebut. Pemantauan ke atas strategi dan inisiatif
yang disusun membolehkan LHDNM merangka perancangan strategik yang
seterusnya. Perancangan Strategik 2016-2020 ini bakal membawa
LHDNM ke tahap yang lebih tinggi dengan pelaksanaan strategi secara
lebih fokus dan menepati sasaran yang sepatutnya sama ada dalam
meningkatkan kutipan hasil, menambah baik penyampaian perkhidmatan,
memperkukuhkan sistem dan prosedur kerja mahupun merealisasikan
LHDNM sebagai majikan pilihan.
2.
LHDNM berazam untuk terus menjadi penyumbang terbesar hasil kerajaan
demi menyokong pembangunan negara untuk kesejahteraan dan
kemakmuran rakyat. Oleh itu, LHDNM merangka strategi untuk
menggandakan lonjakan kutipan dan mengurangkan ketirisan hasil.
3.
LHDNM perlu memastikan kelangsungan perkhidmatan dengan mengambil
kira kehendak pembayar cukai dalam persekitaran yang dinamik yang
memberi kesan ke atas perkhidmatan percukaian. LHDNM akan menghadapi cabaran ini dengan penggunaan kemajuan teknologi yang mampu
memberi capaian yang lebih luas serta menyampaikan perkhidmatan yang
cepat, tepat dan mesra pengguna.
4.
LHDNM komited dalam meningkatkan dan membudayakan pematuhan cukai
secara sukarela setanding dengan kadar pematuhan cukai negara maju.
Bagi tujuan ini, penekanan diberikan kepada strategi memantapkan
program pendidikan cukai dan mempermudahkan kepatuhan cukai.
5.
LHDNM menjamin keadilan dalam tindakan penguatkuasaan undang-undang
percukaian yang tegas ke atas mereka yang enggan patuh. Pendekatan
yang digunakan dalam merangka aktiviti pematuhan adalah berasaskan
pengurusan risiko yang mengambilkira punca dan akibat ketidakpatuhan
cukai digunakan dalam merangka aktiviti pematuhan.
6.
LHDNM bertekad untuk meneruskan operasi dengan pengurusan kos yang
cekap dan berkesan tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan. Strategi yang
dirangka mengambilkira perubahan dan cabaran yang dihadapi selaras
dengan pelaksanaan LHDNM sebagai Badan Berkanun Yang Diasingkan
Saraan Sepenuhnya.
7.
LHDNM berhasrat menjadi majikan pilihan individu yang berkaliber tinggi
dan mempunyai kepakaran yang relevan seiring dengan persekitaran
percukaian yang dinamik. Ini dilakukan dengan menyediakan persekitaran
kerja yang kondusif, faedah dan ganjaran yang kompetitif serta laluan
kerjaya yang berdaya saing.
M.S. 12 | 20
BAB
4
- INTIPATI MATLAMAT LHDNM
M.S. 12 | 18
M.S. 13 | 20
INTIPATI MATLAMAT
1
LHDNM PENYUMBANG UTAMA KEMAKMURAN NEGARA DAN
KESEJAHTERAAN RAKYAT
LHDNM adalah penyumbang utama
hasil kerajaan bagi mendanai pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat. Sejak 2011, hasil
kutipan LHDNM adalah melebihi
55% daripada keseluruhan hasil
negara. Kedudukan kewangan
negara yang kukuh menjamin
keupayaan kerajaan mengurus
keperluan rakyat dengan baik.
Pematuhan cukai secara sukarela
dimaksimumkan dengan program
pematuhan yang seimbang dan fokus
berasaskan risiko, ketelusan dan sikap
pematuhan pembayar cukai. LHDNM
mempelbagaikan usaha memudahkan
urusan percukaian dan mengurangkan
kos pematuhan pembayar cukai yang
sentiasa bersedia untuk mematuhi
tanggungjawab percukaian mereka.
Taraf sosioekonomi rakyat yang
meliputi kos sara hidup, peluang
pekerjaan, kemudahan pendidikan,
jaminan keselamatan dan perkhidmatan kesihatan dapat ditingkatkan. Di samping itu, kemudahan
infrastruktur yang lebih berkualiti
juga dapat disediakan. Justeru,
kekayaan dan kemakmuran negara
dapat dinikmati oleh segenap
lapisan masyarakat.
Dalam usaha menjamin pelaksanaan
yang adil kepada semua, tindakan
penguatkuasaan yang tegas dikenakan ke atas pembayar cukai yang
enggan mematuhi undang-undang
percukaian. LHDNM merancang dan
menyasarkan aktiviti pematuhan
menggunakan pendekatan pengurusan risiko yang mengambilkira punca
dan akibat ketidakpatuhan cukai.
LHDNM komited untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam
meningkatkan taraf hidup rakyat.
Kesinambungan kutipan hasil yang
memberangsangkan perlu dikekalkan melalui pelaksanaan strategistrategi yang telah dirancang iaitu
meningkatkan pematuhan cukai
secara sukarela, mengurangkan
ketirisan
cukai,
memantapkan
pengurusan hutang cukai dan
membesarkan asas cukai.
M.S. 14 | 20
Pengurusan hutang cukai diperkemaskan dengan memberi tumpuan
kepada pencegahan hutang, mengenal pasti punca yang boleh
menyebabkan keberhutangan dan
melaksanakan kaedah kutipan hutang
yang cekap dan berkesan.
Strategi memperluaskan asas cukai
adalah penting demi memastikan
kelangsungan kutipan hasil yang
mampan. Oleh itu, LHDNM mengambil langkah meningkatkan kesedaran
cukai melalui pemerkasaan aktiviti
pendidikan cukai serta memantapkan
perkongsian
maklumat
melalui
jaringan kerjasama dengan agensi
lain.
PENTADBIR SISTEM PERCUKAIAN YANG DIYAKINI RAKYAT
LHDNM mahu rakyat terus yakin
dengan sistem percukaian negara.
Sistem percukaian yang diyakini
haruslah mempunyai perundangan
yang adil dan mudah difahami.
Sistem ini perlu disokong oleh
pelaksanaan yang telus dan saksama serta pengurusan maklumat
yang berintegriti. Strategi LHDNM
adalah memastikan kesaksamaan
dan keadilan sistem percukaian,
meningkatkan penyampaian perkhidmatan
pelanggan,
memastikan
keselamatan aset dan maklumat
percukaian serta memelihara reputasi
dan imej korporat.
LHDNM menjalankan kajian berterusan
secara
proaktif
bagi
memastikan undang-undang percukaian Malaysia sentiasa terkini dan
menyeluruh. Akta-akta yang berkaitan cukai sentiasa ditambah baik
selari dengan perkembangan isu
percukaian semasa dan mengambil
kira dasar yang ditetapkan kerajaan.
Panduan percukaian dikeluarkan bagi
memudahkan pembayar cukai memahami hak-hak mereka seterusnya
mengurangkan kadar kesilapan dan
meningkatkan pematuhan. Ini dapat
membantu pembayar cukai merancang serta mengurus cukai mereka
dengan lebih teratur sekaligus
meningkatkan
keyakinan
rakyat
terhadap kesungguhan LHDNM dalam
memudahkan
pengurusan
cukai
mereka.
Amalan terbaik pentadbir cukai lain
sentiasa dirujuk untuk memastikan
sistem percukaian Malaysia berada
di tahap yang setanding dengan
pentadbir cukai antarabangsa. Strategi
ini
perlu
bagi
memastikan
amalan
percukaian yang konsisten di dalam
usaha LHDNM untuk berlaku adil
kepada pembayar cukai tertakluk
kepada bidang kuasa cukai yang
berbeza di dalam suatu masa.
INTIPATI MATLAMAT
2
Untuk tujuan ini, LHDNM mengambil
bahagian dalam kerjasama, perkongsian pintar dan perjanjian dengan
pentadbir cukai negara-negara lain
bagi menangani cabaran berhubung
dengan halangan kepada ketelusan
maklumat.
LHDNM komited untuk memberikan
perkhidmatan
yang
berkualiti,
menepati kehendak semasa dan telus.
Sistem
teknologi
maklumat
dimanfaatkan secara meluas dan
inovatif sebagai pemangkin dalam
penyampaian perkhidmatan. LHDNM
menyasarkan peningkatan perkhidmatan atas talian menjelang 2020
selaras dengan penggunaan internet
sebagai
saluran
penyampaian
perkhidmatan utama.
Penambahan rangkaian perkhidmatan
layan diri yang menyeluruh dan
automatik dapat menjimatkan masa
berurusan pembayar cukai dengan
LHDNM seterusnya mengurangkan kos
pematuhan.
M.S. 15 | 20
INTIPATI MATLAMAT
2
PENTADBIR SISTEM PERCUKAIAN YANG DIYAKINI RAKYAT
Keselamatan sistem maklumat dan
fasiliti adalah kritikal di dalam
memastikan kerahsiaan maklumat
pembayar cukai. LHDNM mengambil langkah keselamatan sewajarnya untuk melindungi sistem
maklumat dan fasiliti daripada
sebarang ancaman pencerobohan
dan kebocoran maklumat.
M.S. 16 | 20
LHDNM turut menekankan nilai
integriti yang tinggi ke atas semua
Hasilian. Pelan Integriti LHDNM
berteraskan nilai bijak, benar,
amanah, telus, adil dan bersyukur
bertujuan untuk memelihara reputasi dan imej korporat malah dapat
menambah keyakinan pembayar
cukai terhadap LHDNM.
SISTEM DAN PROSEDUR KERJA YANG CEKAP DAN BERKESAN
LHDNM akan sentiasa menambah
baik piawaian perkhidmatan bagi
memastikan keberkesanan dan
kecekapan prestasi perkhidmatan
yang cemerlang kepada pelanggan.
Strategi LHDNM ialah membangunkan dan memantapkan sistem
teknologi maklumat dan komunikasi,
meningkatkan
kecekapan
dan
keberkesanan kos, menambah baik
prosedur kerja dan membudayakan
pengurusan risiko dalam proses
kerja.
Kadar pematuhan dapat dipertingkatkan dengan adanya kemudahan
capaian kepada maklumat yang
cepat, tepat dan boleh diperolehi
pada bila-bila masa. Pemantapan
aplikasi sistem percukaian dibuat
supaya ia boleh dicapai dari
pelbagai lokasi dan peranti elektronik mudah alih.
Prosedur kerja diperkemas secara
berterusan
bagi
mengurangkan
kerenah birokrasi dan mempercepatkan proses membuat keputusan.
Inisiatif-inisiatif
yang
bertujuan
mempertingkatkan keberkesanan fungsi sistem teknologi maklumat akan
dilaksanakan di bawah strategi ini.
INTIPATI MATLAMAT
3
LHDNM juga membudayakan pengurusan risiko dalam semua proses kerja
bagi meminimakan ancaman yang
boleh menjejaskan keupayaan mencapai
matlamat.
Profil
risiko
dibangunkan dan risiko dipantau
dalam inisiatif-inisiatif perancangan
strategik bagi membolehkannya diurus dengan cekap dan berkesan.
Penggunaan alat analisis data dan
penambahan automasi dibuat untuk
menambah baik proses kerja sedia
ada. Ini menyumbang kepada
keberkesanan kos dalaman dengan
pengagihan sumber yang strategik.
M.S. 17 | 20
INTIPATI MATLAMAT
4
LHDNM SEBAGAI MAJIKAN PILIHAN
LHDNM berhasrat menjadi majikan
pilihan individu yang berkaliber
tinggi dan mempunyai kepakaran
yang relevan seiring dengan
persekitaran
percukaian
yang
semakin dinamik. Dalam usaha
mencapai matlamat ini, LHDNM
memberi tumpuan kepada empat
strategi
iaitu
melaksanakan
organisasi yang optimum, menyediakan persekitaran kerja yang
kondusif, membangunkan sumber
manusia yang kompeten dan
profesional, dan memperkukuhkan
kepimpinan.
Tadbir urus sumber manusia
diperkukuhkan melalui pelaksanaan organisasi yang mempunyai
saiz perjawatan dan struktur yang
optimum dengan meningkatkan
tahap kecekapan di samping
mengurangkan pembaziran sumber
manusia.
Pengambilan tenaga kerja baharu
diperkemaskan dengan penekanan
kriteria pemilihan yang khusus
dalam memastikan hanya calon
yang terbaik diterima sebagai
Hasilian.
Setiap inisiatif yang dirangka
menterjemahkan komitmen LHDNM
untuk menyediakan persekitaran
kerja yang kondusif berlandaskan
konsep Feel Good At Work.
M.S. 18 | 20
LHDNM menawarkan imbuhan perkhidmatan serta laluan kerjaya yang
kompetitif. Peluang kerjaya bersama
LHDNM juga memberikan pengalaman
dan kepakaran percukaian yang
terbaik.
Penekanan diberi untuk menggalakkan
keseimbangan di antara kerja pejabat
dengan kehidupan peribadi. Budaya
kerja yang sihat dan selamat
diamalkan untuk menjamin keselesaan
dan kesejahteraan Hasilian.
LHDNM memahami pentingnya Hasilian
yang kompeten dan profesional dalam
memberikan perkhidmatan percukaian
yang berkualiti. Hasilian diberi peluang
latihan di dalam dan luar negara untuk
mempertingkatkan kemahiran, pengetahuan dan kepakaran mereka selaras
dengan kemajuan semasa.
Salah satu elemen organisasi yang
berjaya adalah keupayaan untuk
berubah
mengikut
keperluan
persekitaran semasa. Untuk menjayakan sesuatu transformasi memerlukan kepimpinan yang mampu
menerajui perubahan serta menetapkan matlamat yang jelas kepada semua
Hasilian.
LHDNM akan terus melaksanakan
program pembangunan bagi memperkukuhkan kepimpinan LHDNM. Ini
dilakukan melalui pemantapan pengetahuan dan kemahiran pemimpin dan
bakal pemimpin supaya mereka dapat
memacu Hasilian ke arah pencapaian
matlamat organisasi.
KOMITMEN LHDNM
LHDNM komited untuk melaksanakan tanggungjawab dalam menyokong
matlamat kerajaan ke arah negara maju berpendapatan tinggi. Pelan
Strategik 2016-2020 yang dirangka mendokong penuh nilai-nilai yang
digariskan dalam memartabatkan prinsip rukun negara, menjalankan tugas
secara profesional dan berintegriti, memberikan perkhidmatan terbaik
kepada pelanggan dan memastikan pematuhan cukai secara sukarela. Ini
secara holistik akan meningkatkan imej LHDNM dan menjadikannya sebuah
pentadbir cukai bertaraf dunia.
M.S. 19 | 20
HASRAT STRATEGIK LHDNM
2016 - 2020
Website: www.hasil.gov.my | Facebook: facebook.com/LHDN
Tel: 03-83138888 | 1-800-88-5436